Isnin, 17 September 2018

CADANGAN JAWAPAN SOALAN 3(C) SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI JOHOR (TANGKAK)


(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kami bersepakat untuk mengisi perut yang kosong di restoran nasi kandar kapitan yang sangat popular itu sebelum memulai lawatan ke Pulau Pinang.

Bil
Kesalahan ejaan
Kesalahan imbuhan
i
Restoren Nasi Kandar Kapitan
memulai-memulakan
Ulasan guru: Restoren Nasi Kandar Kapitan ialah kata nama khas dan perlu ditulis huruf besar di pangkaL perkataan.
Ulasan guru: Jawapan paling tepat ialah memulakan lawatan bukan memulai lawatan kerana memulai bermasud memulakan perjalanan dengan melawat sesuatu tempat. Sedangkan memulakan bermaksud melakukan lawatan.

(ii) Gelandangan yang berpakaian compang camping itu menarik pemerhatian orang ramai yang berada di situ.

Bil
Kesalahan ejaan
Kesalahan imbuhan
ii
compang camping – compang-camping
pemerhatian- perhatian
Ulasan guru: Compang-camping perlu menerima tanda  tanda sempang ( - ) kerana merupakan kata ganda 
Ulasan guru: Pemerhatian lebih kepada membuat penelitian atau kajian terhadap sesuatu, sedangkan perkataan sebenar yang perlu digunakan ialah perhatian/ tumpuan.

(iii) Rakyat Malaysia ternyata kurang senam dan beriadah, sayogia hanya 25 peratus sahaja yang terbabit dalam aktiviti tersebut.

Bil
Kesalahan ejaan
Kesalahan imbuhan
iii
Sayogia- seyogia
senam - bersenam
Ulasan guru: Ejaan sebenarnya ialah seyogia yang bermaksud sepatutnya / selayaknya,
Ulasan guru: senam ialah kata akar dan sepatutnya bersenam bermaksud melakukan senaman.



[6 markah]

1 ulasan:

Unknown berkata...

Alhamdulillah , its very useful