Sabtu, 22 September 2018

KATA PEMERI DAN PENGGUNAANNYA DALAM BAHASA MELAYU

Penggunaan kata pemeri “ialah” dan “adalah”. Kesilapan Yang Perlu Diperbetulkan

Semasa memebri ceramah kepada beberapa orang pensyarah institut ini dalam Kursus Penataran Tatabahasa, Munsyi telah diajukan beberapa kemusykilan tentang penggunaan kata-kata pemeri bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana kebanyakan mereka mengakui masih keliru untuk menggunakan kata-kata pemeri dengan betul. Oleh itu, melalui wahana ini, Munsyi akan perturunkan cara menggunakan kata-kata pemeri dengan betul seperti yang disarankan dalam Buku Tatabahasa Dewan.
Nik Safiah et. Al. (2004) mendefinisikan kata-kata pemeri tersebut seperti yang berikut :
(a)     Ialah – menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama
(b)     adalah – menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama
Yang berikut ialah kesilapan yang berlaku semasa penggunaan kata-kata pemeri dalam lisan dan penulisan.
1.       Kesilapan penggunaan kata adalah di tempat ialah :
SALAH
BETUL

a.       Anak adalah anugerah Allah.
b.       Beliau adalah orang yang pertama membiakkan …
c.        Kaum wanita adalah elemen…
d.       Malaysia mesti mempunyai rakyat yang sejumlah besar daripadanya adalah orang-orang yang berpendidikan.
e.       Masalah yang kita hadapi adalah kekurangan pendapat yang bernas.
f.         Matlamat NURY adalah pembinaan masyarakat yang cemerlang.
g.       Memandangkan TYT Tuan adalah bekas Pengerusi Lembaga ..
h.       Perkara ini adalah masalah yang tidak mudah diatasi.
i.         Sepak takraw adalah sukan yang elok dipertandingkan.


a.       Anak ialah anugerah Allah.
b.       Beliau ialah orang yang pertama membiakkan…
c.        Kaum wanita ialah elemen…
d.       Malaysia mesti mempunyai rakyat yang sejumlah besar daripadanya ialah orang-orang yang berpendidikan.
e.       Masalah yang kita hadapi ialah kekurangan pendapat yang bernas.
f.         Matlamat NURY ialah pembinaan masyarakat yang cemerlang.
g.       Memandangkan TYT Tuan ialah bekas Pengerusi Lembaga ..
h.       Perkara ini ialah masalah yang tidak mudah diatasi.
i.         Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan.



2.       Kesilapan penggunaan kata ialah di tempat adalah :
SALAH
BETUL

a.       Kursus ini ialah untuk ..
b.       Tarikh kerja pembaikan lif dijangka siap ialah pada ….


a.       Kursus ini adalah untuk ..
b.       Tarikh kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada

3.       Kesilapan penggunaan kata adalah di hadapan kata kerja
SALAH
BETUL

a.       Matlamat utama unit ini adalah membantu pihak pengurusan melaksanakan tanggungjawabnya secara berkesan.
b.       Satu usaha yang dijalankan adalahmenerbitkan risalah penerangan untuk tatapan masyarakat.


a.       Matlamat utama unit ini adalah untukmembantu pihak pengurusan melaksanakan tanggungjawabnya secara berkesan.

b.       Satu usaha yang dijalankan adalah untukmenerbitkan risalah penerangan untuk tatapan masyarakat.



4.       Kesilapan penggunaan kata adalah pada awal ayat.
SALAH
BETUL

a.       Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa ..
b.       Adalah diharapkan dengan pemilihan ini ..
c.        Adalah dimaklumkan bahawa …
d.       Adalah diumumkan bahawa …


a.        Dengan ini dimaklumkan bahawa ..
b.        Dengan  pemilihan ini ..
c.         Dengan ini dimaklumkan bahawa …
d.        Dengan ini diumumkan bahawa …



Dengan panduan yang diberikan, Munsyi berharap agar warga institut ini, khususnya, dapat menggunakan kata pemeri ialah dan adalah dengan betul dalam lisan dan penulisan pada masa-masa akan datang.
SUMBER BAHAN http://abrahimblog.blogspot.com

Tiada ulasan: