Jumaat, 21 September 2018

BIMBINGAN MENGARANG BAHAGIAN PERENGGAN PENGENALAN (SENTUHAN NURANI GURU KEPADA ANAK DIDIK)


BAGAIMANA CARA MENULIS KARANGAN CEMERLANG TERUTAMA PADA BAHAGIAN PERENGGAN PENGENALAN.

Penulisan karangan cemerlang sentiasa menjadi isu dalam kalangan guru dan juga dalam kalangan pelaja. Namun, kalangan pelajar yang kreatif dan inovatif,  mereka mampu untuk menghasilkan karangan yang menarik berdasarkan pembacaan luwes dan pengalaman membantu mereka menghasilkan karangan cemerlang selain daripada latihan mengarang yang berterusan. Tidak ada seorang pelajar akan dapat mengarang dengan baik tanpa membuat latihan dan dengan bimbingan guru. Selain itu, pelajar juga perlu mahir kemahiran tatabahasa, mahir menggunakan istilah menarik, mahir membina ayat yang gramatis, mahir dan menguasai pelbagai peribahasa dan frasa menarik serta menguasai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Gabungan kemahiran-kemahiran berkenaan merupakan aksesori kepada pelajar untuk menghasilkan karangan cemerlang, sebaliknya pelajar tidak dapat mempunyai kemahiran berkenaan, pelajar tidak akan mampu untuk menghasilkan karangan cemerlang. Oleh sebab itu, ilmu mengarang perlu diberi perhatian oleh pelajar kerana melalui dapatan saya sebagai seorang guru, pelajar yang tidak mahir mengarang tidak akan dapat markah yang baik, atau dengan kata mudah tidak akan mendapat markah cemerlang dalam kertas Bahasa Melayu (1103). Kesimpulannya, kelemahan pelajar mengarang akan menarik markah kertas Bahasa Melayu Kertas 2 sedangkan kertas Bahasa Melayu 2, pelajar mampu mendapat markah yang agak baik.

Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang guru, usaha untuk membantu pelajar menghasilkan karangan cemerlang amat mencabar sehingga saya memperkenalkan Kaedah Pengembangan Idea Perenggan Karangan untuk membantu mereka menghasilkan karangan bertaraf cemerlang. Namun, berdasarkan pemerhatian saya, pelajar yang rajin, mempunyai jati diri dan fokus semasa mengarang serta sentiasa berusaha untuk mengarang dengan baik sentiasa mendapat markah yang baik dalam karangan. Perlu diingat, untuk mendapat markah cemerlang atas amat sukar karangan cemerlang atas meruapakan karangan yang ideal kerana pelajar perlu tidak boleh membuat kesalahan dalam apa sahaja aspek kriteria karangan cemerlang selain perlu matang semasa mengarang. Namun, latihan menjadi faktor utama untuk pelajar berjaya menghasilkan karangan cemerlang kerana mengarang bukan boleh diwarisi tetapi lebih kepada proses membudayakan kemahiran mengarang untuk menghasilkan karangan cemerlang. Namun, ada sebilangan kecil pelajar saya tidak mahu berusaha untuk menghasilkan karangan bermutu atau cemerlang dan sekadar melepaskan batuk ditangga dengan tidak berusaha untuk menghasilkan karangan yang baik bertaraf cemerlang dan menulis karangan sekadar untuk menyiapkan karangan berkenaan. Tindakan pelajar sedemikian rupa amat merugikan mereka. Saya mengharapkan mereka menggunakan masa yang tinggal lagi selama 52 hari lagi sebelum peperiksaan SPM menjelma untuk berusaha menghasilkan karangan cemerlang dengan mengambil kira binaan ayat yang baik, mengelakkan kesalahan ejaan, mengelakkan kesalahan tatabahasa, membina pertautan ayat, isi mantap dan berkesan, penulisan dan huraian isi matang serta mengaplikasikan Kaedah Pengembangan Idea Perenggan Karangan. Tanpa mengaplikasikan kaedah berkenaan pelajar jangan mengharapkan untuk mendapat markah yang tinggi dalam karangan.

           Seterusnya, kepada pelajar yang telah mencapai markah cemerlang, perlu berusaha untuk mendapat markah kecemerlangan atas dengan mengelakkan melakukan kesalahan kecil apatah lagi kesalahan besar seperti kesalahan ejaan, tatabahasa, binaan ayat, kerana karangan cemerlang atas merupakan karangan yang ideal tanpa ada kesalahan. Selain itu, karangan berpandu contohnya perlu empat isi dan karangan umum lima isi tanpa kompromi. Sikap berkata susah, karangan terlampau panjang, tidak cukup masa perlu dielakkan dan pelajar perlu berkata boleh setiap masa. Ingat untuk berjaya, pelajar perlu berkorban masa dan berkorban segala-galanya kerana biarlah kita bersusah-susah dahulu seperti peribahasa Melayu berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Sebagai usaha tambahan yang perlu pelajar ambil adalah dengan menghasilkan latihan mengarang tambahan dengan mengambil mana-mana soalan daripada blog saya ini dan kemudian menghantar kepada saya karangan berkenaan untuk semakan. Pelajar tidak boleh bergantung kepada latihan dan kerja yang saya berikan sahaja kerana tindakan berkenaan antara satu faktor untuk anda berjaya serta  menghasilkan kemahiran mengarang yang baik dan selepas menyiapkan karangan berkenaan sila hantar karangan berkenaan untuk semakan guru. Hal berkenaan amat penting kerana melalui semakan guru sahaja, pelajar akan tahu kesalahan-kesalahan yang dilakukan dan pelajar boleh membuat pembetulan atau tahu kesalahan yang dilakukan semasa mengarang supaya kesalahan berkenaan tidak diulang semula semasa mengarang pada masa akan datang, contohnya kesalahan ejaan, binaan ayat, huraian yang tidak matang, tidak menulis unsur binaan ayat yang terdapat dalam kerangka Kaedah Pengembangan Perenggan Karangan, sama ada perenggan pengenalan, perenggan isi dan perenggan penutup.

Pertama saya akan membahaskan cara untuk menghasilkan karangan perenggan pengenalan terlebih dahulu. Sebagai makluman, penulisan perenggan pengenalan selalu diabaikan oleh sesetengah pelajar, sedangkan bahagian pengenalan bagi saya amat penting kerana penulisan karangan pengenalan merupakan impression pertama pemeriksa kertas. Jika, baik binaan pengenalan karangan, sudah pasti untuk perenggan seterusnya akan baik. Pelajar yang bijak, perlu mahir menulis dan memilih jenis pengenalan yang mampu memberi impak kepada pemeriksa semasa membaca karangan mereka. Penulisan saya sebelumnya, ada menegaskan bahawa bahagian perenggan pengenalan banyak. Pelajar perlu bijak memilih jenis perenggan karangan agar sesuai dengan tajuk atau tema karangan. Perlu diingat, hanya pemilihan jenis perenggan karangan yang sesuai akan membantu pelajar mengarang perenggan pengenalan dengan baik. Ada pelbagai jenis pengenalan, antaranya jenis:-

                    i.            Puisi ( Pantun, syair, selokan dan sebagainya)
                   ii.            Lagu
                 iii.            Sejarah
                 iv.            Cerita
                   v.            Umum
                 vi.            Berita
                vii.            dan banyak lagi, sila rujuk penulisan saya sebelumnya.





PERKARA
PENERANGAN
LAGU/ AYAT QURAN/KATA-KATA PEMIMPIN, BERITA, SAJAK, DAN SEBAGAINYA. RUJUK JENIS-JENIS PENGENALAN YANG PERNAH SAYA TULIS DALAM BLOG INI.
PADA BAHAGIAN INI, PELAJAR PERLU MEMILIH PENGENALAN YANG SESUAI, MANTAP, DAN DAPAT MEMBERI KESAN  MAKSIMUM KEPADA PEMERIKSA.  KESESUAIAN PEMILIHAN JENIS PENGENALAN MEMERLUKAN KREATIVITI PELAJAR TERUTAMA UNTUK MEMBUAT PERTIMBANGAN SAMA ADA PENGENALAN BERKENAAN SESUAI ATAU TIDAK SEBELUM MENGHASILKAN PERENGGAN PENGENALAN.
PELAJAR PERLU TAHU JENIS-JENIS PENGENALAN.
PELAJAR PERLU MEMBUAT LATIHAN DENGAN LEBIH KERAP DAN MEMIKIRKAN JENIS PENGENALAN YANG PALING MANTAP UNTUK MENARIK MINAT PEMERIKSA.
SEBAGAI INGATAN PERENGGAN PENGENALAN AMAT PENTING KERANA PEMERIKSA AKAN MEMBUAT TAFSIRAN AWAL SAMA ADA KARANGAN PELAJAR CEMERLANG ATAU SEBALIKNYA.
AYAT RANGSANGAN  1
AYAT DIBINA BERTUJUAN UNTUK MERANGSANG PEMERIKSA TERUS MEMBACA  KARANGAN.
Berdasarkan ………tulis jenis pengenalan dipillih………jelaslah bahawa .......................isu/ tema karangan  atau tugasan pelajar merujuk soalan karangan.
Cara lain untuk memulakan ayat  untuk ayat rangsangan 1 pengenalan bergantung kepada jenis pengenalan yang dipilih oleh pelajar, Contoh,
Berdasarkan sajak, berdasarkan pantun, berdasarkan kata pemimpin dan sebagainya berkait dengan soalan…………………………… kerana…………………………..
Maksud sajak, maksud pantun, maksud kata-kata pemimpin amat bertepatan dengan tajuk soalan/ tema soalan kerana………….
AYAT RANGSANGAN  2
AYAT RANGSANGAN KEDUA:- MENERUSKAN RANGSANGAN AGAR PEMERIKSA BERMINAT UNTUK MEMBACA AYAT SETERUSNYA.
Hal ini demikian kerana……………………  nyatakan  pendapat anda berkaitan tugasan anda.
Penanda wacana lain yang boleh digunakan untuk memperlihat pertautan ayat sebelum dan ayat yang ditulis seperti selain itu, bahkan juga, tambahan pula, situasi sedemikian berlaku kerana……….
Peringatan, pemilihan penanda wacana amat penting agar pertautan ayat sebelum ( Ayat Rangsangan 1) dan ( Ayat Rangsangan 2) ada perkaitannya.
AYAT RANGSANGAN  3
AYAT RANGANGAN KETIGA:-
MENERUSKAN RASA MINAT  PEMERIKSA TERHADAP KARANGAN PELAJAR.
Bahkan juga……………………. ( Ulas secara ringkas berkaitan pengenalan dengan tema atau tajuk )
Peringatan:- Ayat rangsangan ketiga bukanlah wajib ditulis, tetapi untuk mendapat markah A+ , pelajar cemerlang perlu mengambil berat penulisan bahagian ini.
Penanda wacana lain yang boleh digunakan untuk memperlihat pertautan ayat sebelum dan ayat yang ditulis seperti selain itu, bahkan juga, tambahan pula, Situasi sedemikian berlaku kerana.
Peringatan, pemilihan penanda wacana amat penting agar  pertautan ayat dengan ayat dan kesinambungan ayat dengan frasa atau perenggan dengan perenggan. Contoh fungsi penanda wacana Bahkan juga, mengaitkan ( Ayat Rangsangan 2) dan ( Ayat Rangsangan 3).
FRASA MENARIK
FRASA MENARIK (FM) BOLEH BERADA DI MANA-MANA SAHAJA DALAM AYAT PERENGGAN PENGENALAN, BERGANTUNG KEPADA KREATIVITI PELAJAR KERANA PELAJAR YANG KREATIF BOLEH MEMASUKKAN LEBIH DARIPADA SATU FRASA MENARIK DI DALAM PERENGGAN PENGENALAN.
Peribahasa, kata-kata pemimpin/ petikan Al Quran dan Hadis, di permulaan ayat juga dalam kategori frasa menarik.
Cara untuk memulakan frasa menarik:-
Persis kata peribahasa Melayu  “ .............................” bertepatan denga isi yang dibincangkan iaitu …………………..
Persis kata mutiara, ............ amat berkaitan dengan isi yang dibincangkan yang dibincangkan iaitu ………………………….
Persis kata cendekiawan, ............. amat berkaitan dengan isi yang dibincangkan yang dibincangkan iaitu ………………………….
“……………………….” Merupakan pepatah Melayu yang berkaitan dengan isi yang dibincangkan iaitu…………………………………
Peribahasa Melayu, “…………………………” berkait rapat denga nisi yang dibincangkan iaitu…………………………..
Antara pendapat cendikiawan Islam, “…………………………………………..
Antara kata-kata pemimpin negara  iaitu……………………..
Firman Allah”…………………………………………………………”
Rasullullah pernah bersabda,”………………………………………….”

Pelajar juga perlu mahir menulis frasa menarik supaya perkaitan frasa menarik dengan huraian isi ada pertautan.
UNSUR KBAT
KESAN DAN AKIBAT- TAJUK ATAU TEMA SECARA UMUM
Sekiranya…………………………tugasan berkenaan diambil tindakan …apa kesan/akibatnya kepada masyarakat/negara
Sekiranya ….tugasan berkenaan tidak diambil tindakan …apa kesan/impaknya kepada masyarakat/negara.
Pilih salah satu  kesan atau impaknya di atas sebagai kemungkinan
AYAT ARAHAN
MENULIS  AYAT TUGASAN / PERSOALAN -BERDASARKAN TAJUK DIPILIH
Persoalannya, bagaimanakah…….tema/tajuk karangan……. ( Rujuk semula kepada soalan karangan)

Sekiranya pelajar tidak berminat untuk memulakan pengenalan dengan jenis pengenalan di atas atau pengenalan lain, pelajar boleh menulis pengenalan umum seperti di bawah.


PERKARA
PENERANGAN
PEMULAAN AYAT PENGENALAN UNTUK PENGENALAN UMUM
Pilih frasa dengan pemilihan kata-kata menarik, seperti:-
Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang menuju ke arah negara maju pada tahun 2020 berdasarkan WAWASAN 2020 dan pada masa yang sama merubah paradigma dan budaya masyarakat.
Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda menjadi faktor penyebab masyarakat alpa dengan …………………….
Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia masyarakat menggabaikan tanggungjawab sebagai warganegara ……………………….
Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini ………………………..
Dalam meniti arus kemodenan ini, masyarakat sering alpa dengan……………….
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, masyarakat sering mementingkan……………………………..
Belakangan ini masyarakat dibayangi dengan permasalahan ekonomi sehingga menggugat daya ketahanan minda untuk  mengharungi ranjau dan duri kehidupan.
Secara umumnya, masyarakat mengakui isu berkaitan ....tulis isu yang diperkatakan..sering menjadi topik perbincangan sama ada dibincang atau diperdebat secara santai  di kedai-kedai kopi, dan juga dibicarakan di media massa sama ada media elektronik mahupun media cetak, juga di media sosial.

Kaitkan frasa  yang anda pilih seperti di atas dengan tugasan/tema/isu karangan anda berdasarkan soalan karangan sama ada berdasarkan isu semasa, atau berdasarkan pendapat/ pandangan kalangan masyarakat berdasarkan isu atau tugasan karangan.
AYAT RANGSANGAN  1
AYAT DIBINA BERTUJUAN UNTUK MERANGSANG PEMERIKSA TERUS MEMBACA  KARANGAN.
Jelaskan dengan lebih lanjut kenapa masyarakat bependapat atau berpandangan berkaitan isu/tema/ tugasan karangan.
AYAT RANGSANGAN  2
AYAT RANGSANGAN KEDUA:- MENERUSKAN RANGSANGAN AGAR PEMERIKSA BERMINAT UNTUK MEMBACA AYAT SETERUSNYA.
Jelaskan dengan lebih lanjut berkaitan isu/tema/tugasan menjadi buah mulut atau isu polemik ( perdebatan) dalam kalangan masyarakat.
Penanda wacana lain yang boleh digunakan untuk memperlihat pertautan ayat sebelum dan ayat ransangan 2  seperti selain itu, bahkan juga, selanjutnya situasi ini berlaku kerana,  hal ini berlaku kerana, hal ini disebabkan oleh, hal ini wujud  akibat daripada.
Peringatan, pelajar perlu memilih penanda wacana yang sesuai dengan ayat yang anda bina.
AYAT RANGSANGAN  3
AYAT RANGANGAN KETIGA:-
MENERUSKAN RASA MINAT  PEMERIKSA TERHADAP KARANGAN PELAJAR.
Bahkan juga……………………. ( Ulas secara ringkas berkaitan pengenalan dengan tema atau tajuk )
Peringatan:- Ayat rangsangan ketiga bukanlah wajib ditulis, tetapi untuk mendapat markah A+ , pelajar cemerlang perlu mengambil berat penulisan bahagian ini untuk mngambarkan kematangan semasa mengarang.
Penanda wacana yang boleh ditulis untuk memastikan perkaitan  yang ditulisnya sebelumnya berkait dengn ayat rangsangan 3 seperti selain itu,   bahkan juga,
FRASA MENARIK
FRASA MENARIK (FM) BOLEH BERADA DI MANA-MANA SAHAJA DALAM AYAT PERENGGAN PENGENALAN, BERGANTUNG KEPADA KREATIVITI PELAJAR KERANA PELAJAR YANG KREATIF BOLEH MEMASUKKAN LEBIH DARIPADA SATU FRASA MENARIK DI DALAM PERENGGAN PENGENALAN.
Peribahasa, kata-kata pemimpin/ petikan Al Quran dan Hadis, di permulaan ayat juga dalam kategori frasa menarik.
Cara untuk memulakan frasa menarik:-
Persis kata peribahasa Melayu ada mengatakan “ .............................” bertepatan denga isi yang dibincangkan iaitu …………………..
Persis kata orang tua-tua, “ ............... amat berkaitan dengan isi yang dibincangkan yang dibincangkan iaitu ………………………….
Persis kata mutiara, ............ amat berkaitan dengan isi yang dibincangkan yang dibincangkan iaitu ………………………….
Persis kata cendekiawan, ............. amat berkaitan dengan isi yang dibincangkan yang dibincangkan iaitu ………………………….
“……………………….” Merupakan pepatah Melayu yang berkaitan dengan isi yang dibincangkan iaitu…………………………………
Peribahasa Melayu, “…………………………” berkait rapat dengan isi karangan yang dibincangkan iaitu…………………………..
Antara pendapat cendikiawan Islam, “…………………………………………..
Antara kata-kata pemimpin negara  iaitu
Firman Allah”…………………………………………………………”
Rasullullah pernah bersabda,”………………………………………….”

Pelajar juga perlu mahir menulis frasa menarik supaya perkaitan frasa menarik dengan huraian isi ada pertautannya.
UNSUR KBAT
KESAN DAN AKIBAT- TAJUK ATAU TEMA SECARA UMUM
Sekiranya…………………………tugasan berkenaan diambil tindakan …apa kesan/akibatnya kepada masyarakat/negara
Sekiranya ….tugasan berkenaan tidak diambil tindakan …apa kesan/impaknya kepada masyarakat/negara.
Pilih salah satu  kesan atau impaknya di atas sebagai kemungkinan berlaku kepada masyarakat/negara.
AYAT ARAHAN
MENULIS  AYAT TUGASAN / PERSOALAN -BERDASARKAN TAJUK DIPILIH
Persoalannya, bagaimanakah…….tema/tajuk karangan…………..
( Rujuk semula kepada soalan karangan)


                
              
        Seyogia, pelajar yang bijak memilih dan menentukan jenis perenggan pengenalan yang sesuai sahaja yang akan dapat menarik perhatian pemeriksa kertas karangan. Sebagai contoh, penulisan karangan di bawah menggunakan kaedah umum. Persoalannya, mampukan pelajar menghasilkan karangan sedemikian rupa? Jawapannya, boleh jika pelajar membuat latihan berterusan dan pembacaan yang luwes. Sebelum itu, pelajar perlu merujuk Kaedah Pengembangan Idea Perenggan Pengenalan di atas sebelum melihat karangan di bawah. Cuba lihat bagaimana saya menghasilkan karangan di bawah, ayat-ayat yang dibina mantap, huraiannya mengambarkan kematangan seperti penulisannya mengambarkan bandingan masyarakat dulu dan sekarang dan kesan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja menimbulkan polimik dan konflik dalam kalangan masyarakat. Masalah kebejatan moral remaja bertambah kronik sehingga tindakan mereka tidak diterima akal dan mengusarkan kalangan ibu bapa, masyarakat dan kepimpinan negara. Pemilihan perkataan tepat dengan perbincangan, terdapat peribahasa diselitkan, ada istilah menarik seperti gajet, marcapada, seyogia, polemik, natijah, kebejatan, senario dan contoh isu dan moral remaja memang berlaku dan diketahui umum. Anda boleh menyelitkan pelbagai istilah lain seperti saya senaraikan di bawah untuk mengambarkan perbendaharaan kata anda luas. Berdasarkan bahan-bahan saya selitkan di dalam penulisan saya ini seperti Kaedah Pengembangan Idea Perenggan, istilah-istilah seperti di bawah, penanda wacana yang terdapat dalam ruang kaedah, selain tatabahasa, ejaan, kemahiran membina ayat membuktikan mengarang bukan mudah tetapi jika diikuti dengan latihan berterusan anda akan mahir mengarang kerana alah bisa tegal biasa. Sila rujuk karangan di bawah untuk mengambarkan kematangan anda mengarang. Semoga penulisan ini akan dapat membantu anda mengarang dengan baik.

ISTILAH MENARIK (IM) YANG BOLEH MEMATAPKAN KARANGAN. PELAJAR PERLU BIJAK MENYELITKAN ISTILAH MENARIK INI SEMASA MENGARANG UNTUK MENGAMBARKAN PERBENDAHARAAN KATA LUWES.

BILANGAN
KOSA KATA
MAKSUD DAN APLIKASI DALAM AYAT
1
POLEMIK
Maksud :
Perbahasan yang dilakukan dalam surat khabar atau dalam majalah mengenai sesuatu perkara

Aplikasi dalam ayat [Tema: Lumba Haram]
Akhir-akhir ini, isu lumba haram kerap  menjadi polemik dalam kalangan masyarakat
2
MARHAEN
Maksud:
Rakyat jelata

Aplikasi dalam ayat[Tema:Menabung]
Golongan marhaen tidak diabaikan oleh kerajaan dalam usaha mentransformasikan ekonomi ke arah negara berpendapatan tinggi.
3
KULAWARGA
Maksud:
Keluarga

Aplikasi dalam ayat[Tema: Keluarga Bahagia]
Kulawarga yang harmonis mampu membentuk anak-anak bersahsiah mulia
4
DASAWARSA
Maksud:
Dekad

Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Kejiranan]
Dasawarsa ini , hubungan kejiranan semakin diabaikan terutama dalam kalangan masyarakat metropolitan.
5
IKHTISAR
Maksud:
Pendapat yang ringkas mengenai sesuatu

Aplikasi dalam ayat[Tema: Pelajar Cemerlang]
Pelajar perlu memberikan  ikhtisar yang mantap sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
6
AMSAL/TAMSIL
Maksud:
Seperti,umpama, misal

Aplikasi dalam ayat[Tema: Menabung]
Amsalnya ,tabiat menabung bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat.
7
WASILAH
Maksud:
Ikatan
Aplikasi dalam ayat[Tema: Jasa Guru]
Seseorang pelajar tidak wajar  melupakan wasilah yang terjalin dengan guru .
8
NIRMALA
Maksud:
Suci

Aplikasi dalam ayat[Tema: Budi Bahasa]
Pada pagi yang nirmala ini, saya akan menyampaikan syarahan bertajuk, Budi Bahasa Budaya Kita.
9
SAKINAH
Maksud:
Ketenangan

Aplikasi dalam ayat[Tema: Keluarga Bahagia]
Ajaran agama yang diterapkan dalam keluarga mampu menjamin sakinah berpanjangan
10
SINERGI
Maksud:
Kerjasama

Aplikasi dalam ayat[Tema: Inap Desa]
Akhir  kalamnya, rakyat dan kerajaan perlu bersinergi untuk merealisasikan pelancongan inap desa menjadi pilihan kalangan rakyat Malaysia .
11
USLUB/MINHAJ/MANHAJ
Maksud:
Kaedah, cara

Aplikasi dalam ayat[Tema: Membaca]
Membaca merupakan uslub  berkesan untuk menambah ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar.
12
PRAKARSA
Maksud:
Inisiatif

Aplikasi dalam ayat[Tema:Lumba Haram]
Prakarsa perdana dalam membanteras gejala lumba haram ialah pemantauan ibu bapa di rumah.
13
AFORISME
Maksud:
Ungkapan, peribahasa, bidalan

Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Ponteng Sekolah]
Kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa terhadap anak-anak bertepatan dengan aforisme,  melentur buluh biarlah dari rebungnya.
14
SIRNA
Maksud:
Hilang

Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Buli]
Rasa perikemanusiaan semakin sirna daripada sanubari generasi pelajar pada hari ini.

15
JAGATRAYA
Maksud:
Seluruh dunia

Aplikasi dalam ayat[Tema: Pelancongan]
Malaysia terkenal di jagatraya sebagai sebuah negara yang memiliki keunikan budaya dan keindahan alam.
16
SEANTERO
Maksud:
Seluruh

Aplikasi dalam ayat[Tema: Bangunan Warisan]
Seantero dunia akan memandang tinggi  negara   Malaysia jika kita  Berjaya mengekalkan warisan sejarah rakyat Malaysia.
17
OBLIGASI
Maksud:
Kewajiban

Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Patriotik]
Sudah menjadi obligasi setiap rakyat Malaysia untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh.
18
MAYAPADA
/MARCAPADA
Maksud:
Dunia hari ini

Aplikasi dalam ayat[Tema: Kemalangan Jalan Raya]
Mayapada, isu kemalangan  remaja kerap disiarkan dalam media massa
19
MAPAN
Maksud:
Tidak berubah, sudah diterima umum

Aplikasi dalam ayat [Tema: Gejala Lumba Haram]
Sudah terang lagi bersuluh, kempen merupakan prakarsa mapan yang mampu mengatasi gejala lumba haram.
20
SEYOGIA
Maksud:
Sepatutnya

Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Patriotik]
Seyogia golongan remaja tidak terlibat dengan aktiviti subversif yang akan mencalarkan imej negara.
21
SEMENTELAHAN
Maksud:
Tambahan pula

Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Kejiranan]
Sikap tidak ambil peduli merupakan punca hubungan kejiranan semakin renggang sementelahan kesibukan bekerja menyebabkan komunikasi antara jiran semakin terbatas.
22
MAUDUK
Maksud:
Pokok perbincangan

Aplikasi dalam ayat[Tema:Rakan Sebaya]
Mauduk syarahan yang akan saya sampaikan ialah, Ciri-ciri Rakan yang Menjadi Pilihan Saya.
23
PADAU
Maksud:
Layar

Aplikasi dalam ayat
Sebelum padau perbincangan saya gali lebih dalam, molek kiranya saya mulakan dengan pendefinisian tajuk terlebih dahulu.
24
TEGAR
Maksud:
Tidak dapat dilenturkan, keras

Aplikasi dalam ayat[Tema: Merokok]
Pihak Kementerian Pelajaran gusar kerana ramai pelajar sekolah kini menjadi perokok tegar.
25
KONGKALIKUNG
Maksud:
Sekongkol dalam melakukan sesuatu yang tidak baik

Aplikasi dalam ayat [Tema: Ponteng Sekolah]
Sekumpulan pelajar SMK Lepar Hilir berkongkalikung ponteng sekolah di ladang kelapa sawit

26
MENYISIR
Maksud:
Mengemaskan

Aplikasi dalam ayat
Sebelum saya menyisir usul perbahasan dengan lebih dalam, izikan saya mendefinisikan terlebih dahulu frasa demi frasa.
27
MAHMUDAH
Maksud:
Terpuji

Aplikasi dalam ayat[Tema: Remaja Berwawasan]
Sifat mahmudah jika diaplikasi dalam kehidupan akan merubah personaliti  remaja agar menjadi remaja cemerlang dan terbilang.
28
GEMULAH
Maksud:
Arwah

Aplikasi dalam ayat [Tema: Bangunan Bersejarah]
Sewajarnya kita mencontohi sifat gemulah terdahulu yang sanggup mempertahankan warisan bangsa agar dapat dinikmati oleh anak cucu.
29
CERITERA
Maksud:
Cerita

Aplikasi dalam ayat[Tema:Remaja Berwawasan]
Sebagai remaja berwawasan, kita sepatutnya tidak terpengaruh dengan ceritera palsu yang berlegar-legar dalam  kalangan masyarakat.
30
INTI PATI
Maksud:
Bahagian yang penting

Aplikasi dalam ayat[Tema:Remaja Berwawasan]
Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan inti pati yang wajar difahami dan dihayati oleh seluruh warga Malaysia
31
BERIJTIHAD
Maksud:
Memberikan tafsiran berdasarkan peraturan tertentu

Aplikasi dalam ayat[Tema:Remaja Berwawasan]
Remaja mesti mengkaji sesuatu isu agar mampu berijtihad  apabila ditanyakan tentang sesuatu isu oleh orang luar.

32
MENGHADAP
Maksud:
Menghala, mengarah

Aplikasi dalam ayat[Tema: Remaja Berwawasan]
Kita perlu menghadap serta mendepani sesuatu perkara dengan cara yang rasional.
33
BELASUNGKAWA
Maksud:
ucapan takziah

Aplikasi dalam ayat:
Kami mengucapkan belasungkawa kepada keluarga Ali atas kematian anak tunggal mereka
34
KENDATIPUN
Maksud:
Meskipun

Aplikasi dalam ayat[Tema: Menabung]
Kendatipun pendapatan kita sekadar cukup-cukup makan, kita seharusnya menyimpan sebahagian daripada  pendapatan sebagai tabungan.
35
SIGNIFIKAN
Maksud:
Penting

Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Lumba Haram]
Langkah-langkah signifikan perlu dilakukan untuk membasmi gejala lumba haram dalam kalangan remaja

36
TERAMPIL
Maksud:
Cekap dalam melaksanakan sesuatu

Aplikasi dalam ayat[ Tema: Remaja Berwawasan]
Sifat terampil merupakan ciri yang perlu ada pada seorang remaja yang berwawasan.
37
PROGNOSIS
Maksud:
Ramalan,telahan

Aplikasi dalam ayat [Tema:Ponteng Sekolah]
Prognosis yang tepat dalam menilai keperibadian rakan sebaya perlu ada dalam memilih rakan sebaya.
38
PROKLAMIR
Maksud:
Pengisytiharan

Aplikasi dalam ayat[Tema:Bangunan Bersejarah]
Kerajaan telah memproklamir Melaka sebagai Bandar Raya Bersejarah.
39
TRAGEDI
Maksud:
Peristiwa yang menyedihkan

Aplikasi dalam ayat[ Tema: Lumba Haram]
Menjadi suatu tragedi yang menyedihkan apabila golongan remaja yang terlibat dengan lumba haram mencambah biak gejala sosial lain seperti seks bebas dan penagihan dadah.
40
KULAWARGA
Maksud:
Keluarga

Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Kejiranan]
Kulawarga dewan sekalian,
Tajuk pidato saya pada hari ini ialah, Peranan Remaja dalam Menyemarakkan Semangat Kejiranan.
41
JALUR LEBAR
Maksud:
Rangkaian yang mempunyai julat yang besar

Aplikasi dalam ayat[Tema:Teknologi Maklumat]
Kemudahan jalur lebar yang disediakan oleh kerajaan dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat
42
NIHILISME
Maksud:
Fahaman yang menolak nilai

Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Sosial Remaja]
Remaja yang terlibat dalam gejala sosial mengamalkan nihilisme dalam kehidupan mereka
43
MOBILITI
Maksud:
Perihal mudah bergerak dan digerakkan

Aplikasi dalam ayat[Tema: Ponteng Sekolah]
Masyarakat berilmu pengetahuan akan bermobiliti kea rah kecemerlangan
44
HEDONISME
Maksud:
Pandangan hidup yang mementingkan keseronokan

Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Sosial Remaja]
Remaja perlu dinasihati agar tidak mengamalkan budaya hedonisme dalam kehidupan mereka.
45
FRANCAIS
Maksud:
Kebenaran oleh pengeluar untuk memasarkan barangannya

Aplikasi dalam ayat[Tema: Pelancongan]
Agensi pelancongan boleh mengaplikasikan konsep francais untuk mempopularkan produk dan perkhidmatan mereka kepada pelancong asing.
46
SAF
Maksud:
Baris

Aplikasi dalam ayat[Tema: Lumba Haram]
Remaja perlu menyusun saf agar dapat bergerak seiring menangani gejala lumba haram yang semakin mencengkam pada hari ini.
47
PARADIGMA
Maksud:
Model yang jelas tentang sesuatu

Aplikasi dalam ayat[Tema: Remaja Berwawasan]
Kita perlu melakukan anjakan paradigma untuk   merubah senario negatif yang membelenggu golongan muda negara ini.
48
KODIFIKASI
Maksud:
Kegiatan menyusun maklumat

Aplikasi dalam ayat[Tema:Membaca]
Remaja yang berpengetahuan mampu melakukan kodifikasi apabila membaca bahan bacaan daripada pelbagai sumber.

49
ENTENG
Maksud:
Ringan, mudah

Aplikasi dalam ayat[Tema:Gejala Sosial]
Sikap masyarakat yang memandang enteng gejala ponteng sekolah menyebabkan golongan remaja beraja di mata , bersultan di hati.
50
CAKNA
Maksud:
Ambil berat

Aplikasi dalam ayat[Tema:Gejala Lumba Haram]
Ibu bapa perlu cakna akan perubahan yang berlaku dalam diri anak-anak mereka.
51
TUNTAS
Maksud:
Menyeluruh dan lengkap

Aplikasi dalam ayat[Tema: Dasar 1 Murid 1 Sukan]
Tuntasnya,  Dasar 1 Murid 1 Sukan mampu memupuk minat bersukan dalam kalangan murid-murid sekolah..
52
IZHAR
Maksud:
Jelas

Aplikasi dalam ayat[Tema:OKU]
Izharnya, golongan orang kurang upaya turut membantu perkembangan ekonomi negara Malaysia.
53
AFDAL
Maksud:
Lebih baik

Aplikasi dalam ayat[Tema: Menabung]
Prakarsa yang afdal bagi menggalakkan anak-anak menabung ialah ibu bapa membuka akaun simpanan di bank untuk anak-anak.
54
JERAYAWARA
Maksud:
Pameran, ceramah

Aplikasi dalam ayat:
Jerayawara secara progresif perlu diadakan ke seluruh negara bagi menerangkan keburukan gejala lumba haram.



55
REKAYASA
Maksud:
Penerapan unsur-unsur ilmu

Aplikasi dalam ayat[Tema:Guru]
Guru yang berkesan mampu melakukan rekayasa melalui pelbagai medium dan kaedah pengajaran di dalam kelas.
56
EGOSENTRIK
Maksud:
Mementingkan keperluan diri

Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Kejiranan]
Sikap egosentrik  yang ada di dalam diri menyebabkan masyarakat bandar tidak mengamalkan semangat kejiranan.
57
ADIWANGSA
Maksud:
Bangsa mulia

Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Sosial]
Remaja yang mampu menongkah arus kebejatan sosial akan menjadi adiwangsa yang mengharumkan nama negara..


58
EGALITARIANISME
Maksud:
Fahaman bahawa semua orang sama rata

Aplikasi dalam ayat[Tema: Perpaduan]
Konsep 1 Malaysia mampu merealisasikan egalitarianisme dalam pembudayaan budaya dan bahasa
59
ATMA
Maksud:
Jiwa

Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Sosial Remaja]
Sementelahan , generasi muda pada hari ini mengalami gangguan atma sehingga menyebabkan mereka tidak memikirkan baik buruk sesuatu perkara.
60
BOBROK
Maksud:
Rosak, binasa

Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Sosial]
Masyarakat yang bobrok akhlaknya akan merugikan negara.


61
PENGITLAKAN
Maksud:
Membuat rumusan

Aplikasi dalam ayat[Tema: Bangunan Bersejarah]
Sebagai pengitlakan, kita seharusnya berganding bahu memulihara bangunan bersejarah untuk memastikan generasi hari muka dapat mewarisinya.
62
EFISIEN
Maksud:
Berkesan

Aplikasi dalam ayat[Tema: Pendidikan Vokasional]
Langkah yang efisien mampu memperkasakan pendidikan vokasional di negara ini.
63
GELANDANGAN
Maksud:
Merempat

Aplikasi dalam ayat[Tema: Menabung]
Amalan menabung sejak kecil mampu merubah kehidupan gelandangan menjadi lebih baik.




64
MUASIR
Maksud:
Kontemporari, semasa

Aplikasi dalam ayat[Tema:Membaca]
Muasir ini, budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia telah meningkat.
65
SIMBIOSIS
Maksud:
Perkaitan hidup antara dua atau lebih organisma

Aplikasi dalam ayat[Tema: OKU]
Sememangnya simbiosis antara kerajaan dengan rakyat mampu menghasilkan sinergi yang merubah senario masyarakat.
66
PIDANA
Maksud:
Kejahatan

Aplikasi dalam aya[Tema: Gejala Sosial]
Anak-anak terdorong untuk melakukan pidana dek galakan rakan-rakan sebaya.



67
NINGRAT
Maksud:
Orang mulia

Aplikasi dalam ayat[Tema: Remaja Berwawasan]
Remaja seharusnya berusaha menjadi golongan ningrat yang akan membanggakan nama ibu bapa dan negara.
68
JEMBEL
Maksud:
Miskin

Aplikasi dalam ayat[Tema: Krisis Makanan Antarabangsa]
Seharusnya kita membantu negara-negara jembel di Afrika yang mengalami krisis makanan 
69
MURBA
Maksud:
Rakyat jelata

Aplikasi dalam ayat[Tema: Sukan]
Sebagai golongan murba, kita seharusnya menyokong Dasar 1 Murid  1 Sukan.





70
PROLETAR
Maksud:
Kaum yang  suka membunuh/ membuat kacau

Aplikasi dalam ayat[Tema:Gejala Sosial]
Kita seharusnya memerangi gejala buli dan ponteng sekolah kerana kita tidak mahu melihat generasi akan datang menjadi masyarakat proletar.
Tambahan senarai Istilah Menarik (IM)


adiwangsa = bangsa utama (mulia)
adiwarna = amat indah, amat bagus
akademikus = orang yang berpendidikan /
                         lepasan universiti
aktual = yang sebenarnya
aktivis –org yg melibatkan diri
              secara aktif
agenda = acara / perkara
alternatif- pilihan
bobrok = rosak, binasa 
piawai = yang ditetapkan
platform = asas / dasar
kritikal = serius
Efisien -menjalnkan tugas dgn cekap
gizi = zat makanan
prakarsa = ikhtiar
sarwajagat = seluruh dunia
keluhuran = kemuliaan
medium = bidang / lapangan
berkala = berjadual
toleransi = tolak ansur
intergrasi = penyatuan
inderloka- syurga
Ideal -mulia
konsisten = stabil, sejajar dengan yang dulu
alternatif = pilihan
onar = kacau
konflik = penentangan
aplikasi = menggunakan
simpton = tanda / alamat
trend = perkembangan semasa
kondusif = nyaman / sesuai
aspirasi = tunjuk ajar / dorongan
progresif = sentiasa bergerak maju
sinergi = usaha sama
unsur = perkara
elemen = perkara
gejala = masalah
negatif = buruk / tidak baik
kronik = teruk / berat
absurd = mustahil, tidak masuk akal
ketidakacuhan = sikap tidak memperdulikan sesuatu
beradaptasi = membuat penyesuaian
aktual = yang sebenarnya
mengakulturasi = menyerapan budaya ke sesuatu budaya yang lain
alhasil = akhirnya, kesudahannya
Arus Modenisasi -Zaman moden
seantero = seluruh
apologetik = menyesali sesuatu perbuatan yang sudah terlanjur
apresiasi = penghargaan terhadap sumbangan atau jasa seseorang
asimilasi = berpadu menjadi satu
pengasimilasian = proses mengasimilasikan sesuatu
Belenggu -konkongan
Berkaliber -(cth: pemimpin yg berkaliber/berkebolehan/cekap)
berintegriti-mempunyai kejujuran
Dangkal -pengetahuan yg cetek
Delinkuen -tidak mematuhi peraturan
Disemarakkan -digiatkan
Dijana -dijalankan
Diuar-uarkan -diberitahu,dihebahkan
Diimplementasikan -digunakan
Dangkal -pengetahuan yg cetek
Duniawi - berkenaan dunia
drastik = keterlaluan
Filsafat -falsafah
pembabibutaan = melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang
membahalakan = memuja, mendewa-dewakan
memperbonekakan = mempermainkan
Mengorak -memulakan (cth: mengorak langkah)
bobrok = rosak, binasa
membobrokkan = merosakkan, membinasakan
cemerkap = tidak cermat melakukan sesuatu
kecemerkapan = kelalaian
mendampilkan = merapatkan
darulfana = dunia yang tidak kekal abadi
de facto = pada hakikatnya, sebenarnya
de jure = menurut undang-undang
global = sejagat
fobia = terlalu takut
memperdekap = menjadikan lebih dekat
Izhar -Jelas
Ideal -mulia
ikhtisas- mata pencarian
Inovasi -kemajuan
Ironinya,Impak -Kesannya
impak = kesan
izharnya = jelasnya
Keakraban -hubungan yg erat
Kekangan -masalah
Kemelut -masalah
Holistik –perkaitan yang menyeluruh/mulia
Glokal/lokal -peringkat tempatan
Global -peringkat dunia

keefisienan = kecekapan
memfadihatkan = memalukan seseorang, mengaibkan
fanatisisme = keyakinan yang amat kuat terhadap sesuatu
berfantasi = berangan-angan, berkhayal
memfantasikan = mengkhayalkan, mengangan-angankan
fundamental = sangat penting
secara generalisasinya = kesimpulannya
menggeneralisasikan = membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara
hipokrasi = perbuatan berpura-pura baik
mengimplementasikan = melaksanakan
mengintegrasikan = menyatupadukan (kaum)
inteligensia = orang bijak pandai
mengisbatkan = menentukan, menetapkan
ketidakkeruanan =keadaan tidak tentu arah
kekhilafan = kesalahan kerana kurang teliti atau kurang pengalaman
terkhilaf = tersalah, terkeliru
kolaborasi = berkerjasama dengan pihak musuh
kolaboratif = kerjasama antara dua pihak
melemahlesukan = menjadikan lemah, tidak bermaya
maslahat = berfaedah, berguna
kemaslahatan = faedah, kegunaan
musyawarah = perundingan antara kedua-dua belah pihak
bermusyawarah = berunding, berbincang, bermesyuarat
mengqadimkan = meramalkan
seyogia = sepatutnya
mentarbiahkan = mendidik, mengasuh
deduksi = kesimpulannya
dangkal = cetek fikiran
delegasi = rombongan, perwakilan
dominan = berpengaruh, berkuasa
dewasa ini = pada waktu ini, mutakhir
empirikal = berdasarkan pemerhatian, kajian
enteng = remeh
hedonism = terlalu mementingkan keseronokan
heterogen = berbagai-bagai jenis
ironinya = kesan sebaliknya
justifikasi = hujah sebagai alasan
kekangan = halangan, rintangan
keakraban = hubungan erat
Kebejatan moral -keruntuhan moral
kealpaan = kelekaan
kemelut = kronik, keadaan yang sangat genting, masalah
komentar = komen, ulasan
kompetitif = persaingan
kontemporari = pada masa ini
Kealpaan (alpa) -Kecuaian/lupa
lokal = setempat
luwes = tidak terlalu ketat, boleh berubah
Mampan -mantap
mayapada = dunia
memanifestasikan = memperlihatkan, menjadikan
Mercu-menempa
Memperkasa -meningkatkan
menerjah - (cth: menerjah masuk)
Memorabilia -kenangan manis yg x dpt dilupakan.
Mutakhir ini, Marcapada ini, - Dewasa ini
metropolitan = bandar raya
modenisasi = proses memodenkan
Nescaya -pasti
nirmala = bersih, suci
Remeh - (cth: dipandang remeh/mudah)
Rencaman -Pelbagai
Rentetan itu, -Sehubungan itu
optimum = maksimum
Obses - terlalu terikut-ikut
Petualang -penghalang
paradigm = batasan pemikiran
Pasrah -menyerah
potensi = kemampuan
Penuh iltizam -penuh semangat
Perencah -faktor
pesimis-orang yang bersikap tidak yakin
               akan pendirian
pidana = kejahatan
polemik = perbahasan
pragmatik = bersifat praktikal
prakarsa = inisiatif, dengan usaha
prestij = penghormatan tinggi yang diperoleh
prolifik = aktif, banyak menghasilkan karya
seyogia = selayaknya, sepatutnya
Sinergi -kerjasama
signifikan = penting, bermakna
Seantero - seluruh (cth: seantero dunia)
swadaya = kekuatan sendiri
Sarwajagat -peringkat antarabangsa
tuntasnya = tegasnya, kesimpulannya
transformasi = perubahan
relevan = sesuai
Ukhrawi -rohani (berkenaan akhirat)
Utopia -masyarakat yg terlalu 
       ideal/sempurna (tidak mungkin diwujudkan)
uswah = teladan
wadah = alat, medan, saluran
Tamsilan -contoh
tidak bernoktah- tiada pengakhiran
vital-penting



Pengaruh  Media  Telekomunikasi Terutama Telefon Pintar Kepada Golongan Remaja Sekarang.

           Pada era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang semakin mencabar minda dan akal fikiran kita, sehingga mengubah cara pemikiran dan tingkah laku manusia berbanding zaman kehidupan nenek moyang mereka dahulu.  Hal ini demikian kerana, pada zaman dahulu, masyarakat khususnya golongan remaja kurang terdedah dengan gajet-gajet marcapada seperti telefon pintar, talian internet, televisyen, radio dan alat telekomunikasi moden yang lain yang kian bercambah ibarat  cendawan tumbuh selepas hujan. Natijahnya, jika dulu masyarakat Melayu kaya dengan adab kesopanan dan ketinggian ilmu agamanya tetapi masyarakat Melayu marcapada terutama golongan remaja seperti langsung tidak mempertahankan nilai-nilai murni masyarakat amalan generasi dahulu kala malah mereka tidak mengendahkan budaya, kesopanan, dan dengan megahnya memaparkan tingkah laku yang tersasar daripada budaya Melayu dan  ajaran agama. Izharnya  faktor utama menyebabkan permasalahan ini berlaku kerana keberadaan telefon pintar dalam kalangan remaja menyebabkan berlakunya dunia tanpa sempadan, maklumat di hujung jari memanifestasikan dunia  amat kecil bagi kalangan remaja. Malah dengan adanya telefon pintar, pemikiran remaja terlampau matang berbanding umur atau usia mereka yang sepatutnya sehingga menimbul polimek dalam kalangan ibu bapa, masyarakat dan menggegarkan pemikiran peneraju institusi pendidikan negara seperti Kementerian Pendidikan. Sebagai contoh, keputusan Kementerian Pendidikan mengharamkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah atas alasan telefon bimbit membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikannya juga berkaitan dengan situasi kebejatan nilai-nilai moral dan agama remaja sekarang. Namun, sangkaan negatif  bahawa penggunaan telefon bimbit dan terkini telefon pintar perlu disangkal kerana ada juga kebaikan telefon pintar dalam kalangan pelajar. Namun, sebagai masyarakat yang berfikiran terbuka, keputusan pengharaman telefon pintar tidak boleh disangkal kerana kemungkinan setelah diadakan perbincangan dan kajian membuktikan kehadiran telefon bimbit lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikannya. Hal ini berlaku kerana timbulnya pelbagai senario pidana melibatkan masalah sosial sekarang seperti remaja melahirkan anak luar nikah, pembuangan bayi, ponteng sekolah, merokok, mencuri, menghisap dadah, dan membunuh, dan pelbagai lagi permasalahan yang tidak masuk akal manusia dikesan dalam kalangan pelajar kotemporori. Sekiranya, permasalahan begini terus melanda dalam kalangan remaja, sudah pasti pada tahun 2020, Malaysia tidak akan berjaya menjadi sebuah negara maju yang diharapkan oleh kepimpinan negara. Persoalannya, apakah pengaruh telekomunikasi terutamanya telefon pintar dalam kalangan remaja?

CONTOH PENGENALAN BERFAKTA DAN UNIK MNGGUNAKAN PENULISAN KARANGAN JENIS PERIBAHASA.

PERKARA
PENERANGAN
PENGENALAN JENIS PERIBAHASA
“Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.”
AYAT RANGSANGAN  1
Peribahasa di atas amat berkait rapat dengan hakikat keberadaan seorang warganegara Malaysia iaitu sejauh manapun keistimewaan yang terdapat di destinasi pelancongan luar negara tetapi sebagai rakyat cinta akan pertiwi, kita perlu akur dan cakna bahawa destinasi pelancongan di negara sendiri  lebih istimewa.
AYAT RANGSANGAN  2
Sebagai contoh, negara kita terdapat pelbagai monumen bersejarah seperti Kota A Famosa di Melaka, Kota Belanda di Pulau Pangkor,  Perak, Bukit Melawati, Selangor, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, Bangunan Stadhuys, Melaka, Lembah Bujang, Kedah dan sebagainya.
AYAT RANGSANGAN  3
Selain itu, negara kita juga terkenal dengan tempat-tempat pelancongan  dengan keindahan semulajadi dengan panorama menarik seperti Pulau Pangkor, Perak, Pulau Tioman, Pahang, Pulau Aur, Mersing, Johor Pulau Rawa, Besut, Terengganu, Pulau Bum Bum, Sabah, dan sebagainya.
AYAT RANGSANGAN  4
Bahkan  juga, Malaysia juga terkenal dengan kepelbagaian kaum, kepelbagaian budaya, kepelbagaian makanan, kepelbagaian adat istiadat, kepelbagaian Hari Perayaan  yang amat unik dan menggamit kedatangan pelancong asing.
AYAT RANGSANGAN  5
Oleh sebab itu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah memperkenalkan Tahun Melawat Malaysia bermula pada tahun 1990 dan hasil impak program berkenaan, dianggarkan seramai 26.8 juta pelancong asing telah melawat Malaysia pada tahun 2017.
FRASA MENARIK
Peribahasa Melayu, “ Jauh perjalanan, luas pandangan,” amat berkait rapat dengan sektor pelancongan kerana dengan melancong di dalam negara kita akan dapat mengetahui keistimewaan yang terdapat di negara sendiri.
UNSUR KBAT
Sekiranya, usaha mempromosikan destinasi pelancongan negara dilakukan secara koloborasi antara masyarakat dan kerajaan, sudah pasti sektor pelancongan negara dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan sektor pelancongan negara maju yang lain.
AYAT ARAHAN
Persoalannya, apakah faedah -faedah sektor pelancongan?

CONTOH LAIN MENGGUNAKAN SLOGAN DAN PERPEKSTIF ISLAM
1.    Dalam menghadapi dunia semakin mencabar ini ilmu pengetahuan dalam pelbagai        bidang  penting dalam kehidupan seseorang. 
             Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menambahkan ilmu                      pengetahuan.

       Pendahuluan

                         "Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad" dan " Ilmu Jambatan Hidup" . Itulah antara dua kata-kata yang membuktikan bahawa ilmu sangat penting dalam kehidupan manusia. Pada zaman kini, jika saya itu tidak mempunyai ilmu, saya akan ketinggalan dan  akan mengalami kesusahan dalam kehidupan, saya boleh diibaratkan seperti katak di bawah tempurung akan sentiasa ketinggalan dalam berbagai aspek kehidupan sama ada aspek sosioekonomi, mahupun sosiobudaya. . Untuk memperoleh serta mendalami ilmu, saya perlu berusaha dengan gigih kerana ilmu tidak datang sendiri melainkan dengan usaha yang berterusan. Bak kata peribahasa Melayu, yang bulat tidak datang menggolek dan yang pipih tidak datang melayang. Menurut Hadis, Rasululah pernah meriwayatkan tuntutlah ilmu sehingga ke nagara China. Berdasarkan kenyataan di atas, sudah terang lagi bersuluh, ilmu pengetahuan amat penting dalam kehidupan dan saya perlu berusaha untuk menggapainya, bak kata peribahasa Melayu genggam api biarlah jadi arangmenjeluk perkasam biarlah sampai ke pangkal lengan, begitulah konsep sepatutnya menjadi pegangan saya lakukan untuk mengembangkan ilmu di dada. Bahkan juga, ilmu pengetahuan mampu mengubah kehidupan keluarga saya terutama untuk memecah kepompong kemiskinan keluarga yang sering menghantui keluarga saya mayapada. Sekiranya saya tidak mengambil kesempatan mengubah kehidupan keluarga saya dengan meningkatkan ilmu pengetahuan, sudah pasti kehidupan keluaraga saya tidak akan berubah dan berada pada takuk yang lama. Persoalannya, bagaimanakah kita mampu untuk menambah ilmu pengetahuan?
CONTOH PENGENALAN MENGGUNAKAN PERPEKSTIF ISLAM

JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN



FOKUS AYAT
BINAAN AYAT
LAGU/ AYAT QURAN/ PERSPEKTIF ISLAM

Menurut perspektif Islam, konsep jiran meliputi skop yang lebih luas sehingga menjangkau empat puluh buah rumah atau keluarga yang tinggal berhampiran dengan kita.
AYAT RANGSANGAN  1
Semangat kejiranan pula membawa pengertian jiran tetangga yang hidup berbaik-baik, bertolak ansur dan bekerjasama antara satu sama lain.
AYAT RANGSANGAN  2
Dalam kehidupan kita, kita dilarang menyakiti hati jiran, sebaliknya diminta mengambil berat antara satu sama lain dan hidup berlandaskan kasih sayang sesama individu tanpa mengira keturunan, usia, agama atau pangkat.
FRASA MENARIK
Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa “Jiran Sepakat Membawa Berkat”.
AYAT RANGSANGAN  3
Jadi, kita perlulah mengutamakan jiran kita dalam kehidupan dan mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu padu dalam melakukan sesuatu perkara.
AYAT RANGSANGAN 4
Walau bagaimanapun, dalam era globalisasi yang dipenuhi pelbagai pancaroba moden, semangat kejiranan dalam kalangan anggota masyarakat semakin meluntur.
UNSUR KBAT
Seyogia semangat kejiranan jika dibiarkan terus meluntur dalam kalangan masyarakat sudah pasti budaya dan nilai murni amalan masyarakat terdahulu akan berkubur.
AYAT RANSANGAN 5
Oleh itu, semua lapisan masyarakat terutamanya ibu bapa wajar mengambil langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
AYAT ARAHAN
Persoalannya, apakah langkah-langkah yang elektif wajar diambil oleh ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat?

CONTOH PENGENALAN JENIS LAGU DAN KESAN IMPRESSION KEPADA PEMERIKSA


Belakangan ini, isu kenakalan remaja hangat diperkatakan dan membawa petanda yang tidak baik kepada generasi akan datang. 

Huraikan peranan anda sebagai seorang remaja dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji.

Gunakanlah masa yang ada
Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara

            Sebahagian daripada lirik lagu ‘Remaja’ persembahan kumpulan nasyid Unic saya petik untuk menggambarkan kemaslahatan peranan remaja pada masa ini. Lagu yang menyuntik semanagat ini menyeru  para remaja agar menggunakan masa dengan sebaiknya dan mempunyai iltizam yang kuat demi memajukan diri masing-masing . Melalui usaha yang gigih dan tabah tanpa mengenal jemu dalam bidang yang diceburi serta memiliki sahsiah yang terpuji , remaja akan menjadi warga yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan nusa. Remaja yang rata-ratanya mempunyai semangat inkuiri atau ingin tahu yang tinggi berserta perlakuan untuk mencuba sedaya upaya sehingga berjaya bak kata pepatah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, perlu dipandu dan ditarbiah ke jalan yang benar baik melalui diri sendiri, ibu bapa, guru-guru, masyarakat mahupun kerajaan memandangkan remajalah yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara ini lantas mencorakkannya menjadi sebuah negara yang unggul dan terbilang. Negara memerlukan remaja yang mempunyai nilai mandiri dan jati diri yang utuh di samping berdaya saing serta berfikiran kreatif dan inovatif. Namun demikian, amatlah malang kepada negara kita jika remaja yang diharap-harapkan akan sentiasa mendukung panji ‘Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara’ kini dikaitkan dengan pelbagai isu moral yang amat kronik dan membimbangkan kalangan ibu bapa, masyarakat dan juga kepimpinan negara. Perbuatan yang melanggar norma, aturan atau hukum dalam masyarakat yang dilakukan pada usia remaja ini dikatakan membawa petanda yang tidak baik kepada generasi akan datang bak kata peribahasa Melayu, air perabung mengalir ke cucur atap. Perkara ini diakui oleh Kaunselor Berdaftar, Hushim Salleh, dari firma Hushim Motivational & Counselling apabila kes keruntuhan moral remaja Melayu seperti penzinaan, mengandung anak luar nikah dan membuang anak kini berada pada tahap yang serius. Isu ini begitu hampir dengan saya memandangkan saya juga  seorang insan yang bergelar remaja justeru saya mempunyai peranan dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji agar memiliki ciri-ciri remaja cemerlang dambaan negara. Sekiranya saya mampu memiliki sahsiah terpuji serta mempunyai nilai mandiri dan jati diri terpuji sudah pasti saya dapat menyediakan benteng untuk menghalang sebarang unsur negatif yang merosakkan prinsip dan menghancurkan moral saya sebagai remaja Islam. Persoalannya, apakah prakarsa yang perlu saya lakukan untuk membentuk sahsiah terpuji diri yang terpuji.

CONTOH PENGENALAN JENIS LAGU BERSYAIR

Karangan pertama berfokus dimensi diri. Pastikan sepanjang penulisan karangan anda, menggunakan kata ganti nama diri pertama "Saya". 
Contoh karangan pertama yang boleh menjadi contoh kepada pelajar:-

Ibu mengandung sembilan bulan,
Lebih dan kurang tak ditentukan,
Melahirkan dikau berapa kesakitan,
Berpatang pula minum dan makan,

Setelah kamu sudahlah ada,
Siang dan malam ibumu jaga,
Tidurpun tidak barang seketika,
Makan dan minum tidak terasa.

Kasihnya ayah, rela berkorban,
Badan dan nyawa jadi taruhan


Berdasarkan sedutan lagu Roslan Madun bertajuk Nazam Ibu dan ayah, senikatanya amat   menusuk kalbu pendengar kerana keseluruhan lagu berkenaan mengambarkan kasih sayang ibu bapa terhadap anak kesayangan merekaTidak ada ibu bapa di dunia ini yang tidak sayang akan anak mereka. Mereka sanggup berkorban apa-apa sahaja untuk memastikan anak-anak sentiasa selamat dan sihat, serta membesar dalam suasana kondusif. Ibu bapa juga sanggup berkorban dan bersengkang mata berjaga siang dan malam semata-mata untuk menjaga saya sebagai seorang anak  terutama apabil asaya menghadapi kesakitan. Bagi ibu bapa, tiada detik yang paling menggembirakan mereka melainkan ketika melihat anak-anak mereka membesar sebagai seorang insan yang berguna dan berjaya dalam kehidupan di dunia. Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab, saya perlu sentiasa menghargai pengorbanan ibu bapa saya dan sebaik mungkin saya akan cuba membalas jasa mereka walaupun mereka tidak pernah mengharapkan sebarang balasan daripada saya sebagai seorang anak. Sebagai seorang anak, saya juga bertanggungjawab menggembirakan kehidupan ibu bapa saya dan akan sentiasa menjaga nama baik mereka kerana saya sedar tanpa ibu bapa, saya tidak akan berada di dunia ini. Seyogia, sebagai seorang anak saya akan berusaha membalas jasa mereka dan memastikan mereka sentiasa berbangga mempunyai anak seperti saya. Namun, saya sedar jasa mereka tidak boleh dibayar walaupun harta saya berjuta. Sekiranya saya gagal menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang anak penyesalannya akan saya rasai sepanjang kehidupan saya terutama jika ayah dan ibu sudah tiada di alam nyata. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang harus saya lakukan untuk memastikan mereka bangga saya sebagai anak mereka.

CONTOH PENGENALAN JENIS BERITA


Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang.                          
Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

PETALING JAYA, Selasa - Kejayaan luar biasa seorang pelajar di Kolej Mara Banting (KMB) Muhammad Ihsan Thaqif Bahter Nasir (gambar) yang berusia 18 tahun menjadi bualan netizen apabila dia bukan sahaja meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan minggu lepas, malah turut cemerlang dalam ujian semester di kolejnya.


Berita di atas amat mengembirakan kedua-dua ibu bapa pelajar berkenaan. Memang sudah menjadi lumrah kehidupan, kajayaan seorang anak dalam pendidikan akan mengembirakan insan yang banyak mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit tidak kira sama ada mereka daripada golongan berwang apatah lagi mereka yang berpendapatan kecil. Sebagai anak, mereka memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Dengan bantuan dan doa daripada ibu bapa, anak-anak mampu mencipta kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang amat besar terhadap anak-anak dan rumah tangga. Sekiranya, ibu bapa sering mengabaikan anak-anak, anak-anak pasti berasa dirinya terabai dan mereka akan melibatkan diri dalam kegiatan  gejala sosial yang tidak baik. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlulah bertanggungjawab dan memastikan anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran?




Selain pengenalan di atas pelajar juga boleh mengunakan petikan Al Quran dan Hadis sebagai memulakan pengenalan.

Pengenalan Jenis petikan Hadis dan Al Quran.
Tangungjawab pelajar menumpukan pelajaran amat penting kerana hanya pendidikan mampu mengubah kehidupan keluarga dan diri mereka kelak. Bincangkan.



Allah berfirman dalam Surah Al-“Asr, “ Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” Pengertian Surah Asr ini amat bermakna kepada seorang pelajar, serta tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar dan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak kepada kedua-dua ibu bapa mereka. Pelajar perlu belajar bersungguh dan berjaya dalam pelajaran untuk memastikan mereka mampu mengubah kehidupan keluarga dan untuk kebahagian kehidupan mereka pada masa mendatang. Justeru, sebagai seorang pelajar, mereka perlu tidak mengabaikan tanggung jawab mereka sebagai seorang pelajar kerana ibu bapa mereka amat menagih dan ingin melihat kejayaan mereka sebelum mereka menghembuskan nafas sebagai khalifah dan.................................... Persoalannya, apakah langkah-langkah seorang anak untuk mengubahkehidupan keluarga melalui pendidikan.

      Semoga dengan beberapa contoh jenis pengenalan karangan di atas pelajar akan dapat melihat betapa penting penulisan pengenalan semasa mengarang kerana setiap pengenalan ada kekuatannya dan memberi kesan impression kepada pemeriksa. Sekali saya ingin mengingatkan pelajar agar sentiasa membuat latihan dan terutama untuk menghasilkan pengenalan yang baik.

       Insya-Allah jika ada masa dan kelapangan saya akan cuba memfokus pula cara menulis perenggan isi dan perenggan penutup karangan. Namun, pelajar boleh membaca contoh-contoh karangan yang telah saya hasilkan kerana setiap karangan yang saya paparkan di dalam blog ini menggunakan Kaedah Pengembangan Idea Perenggan Karangan. Pelajar bebas membuat penambahbaikan sekiranya mendapati ada penulisan saya perlu penambahbaikan kerana saya bukan insan sempurna dan tidak lari daripada membuat kesilapan. Selamat belajar dan mengarang.

Tiada ulasan: