[30 markah]
Jawab semua soalan.
(a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya
jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan,menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau nama khas.
(i)
melarik (melicinkan dan menjadikan bulat
dgn alat tertentu (bkn kayu, logam dll)
Cikgu mata pelajaran Kemahiran Hidup
menununjukkan cara untuk melarik papan itu supaya licin dengan mengguna kertas
pasir.
(ii)
melirik (
menjeling dgn tajam;
mengerling )
Mata
Ali melirik ke arah gadis impiannya yang baru lalu di hadapannya.
(iii)
menjurus ( mengarah; menuju.)
Siasatan polis menjurus kepada kes kemalangan
yang melibatkan kematian wanita tua semalam.
(iv)
menjirus ( menyiram dgn air: ~ bunga )
Ibu menyuruh Shasa menjirus bunga di
halaman kerana sekarang musim panas.
(v) menuntun ( memegang tangan seseorang utk menolongnya berjalan;
memimpin. 2 mengheret basikal, kerbau dll; menghela)
Hashim menuntun tangan wanita tua itu
menyeberangi jalan.
(vi)
menonton ( melihat atau menengok sesuatu
pertunjukan (wayang gambar dll)
Ayah membawa kami menonton filem Hantu
Kak Limah di pawagam.
[6 markah]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan