Soalan 2(d) – Sajak
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
ERTI
HIDUP BERERTI
Aku selalu didatangi
Malam sepi
Bagai kalung
Yang melingkari leherku
Tidak berubah keesokan hari
Siapa yang akan menjengukku
Keluhan seorang tua sunyi.
Keheningan tasik
Kehijauan rumput
Hanya menjadi bayangan
Di penjuru ruang zaman
Cinta dalam rahim dilupai
Dari sulung ditendang ke bongsu
Dari angah ditendang ke sulung balik
Kucari erti hidup
Menderita mengerang sakit
Berdiri tanpa ruang.
Aku bagi mereka
Tiada makna
Anakku bakaku
Baik setia mahupun derhaka
Semoga disirami benih keinsafan
Menjadi penawar dalam hati
Embun cinta atasi angin dingin
Jangan terpegun
Ada yang mati
Ada yang hidup
Tiada yang kekal kecuali tuhan.
Teo Wei Sing
Antologi Sejadah Rindu
(i)
Apakah yang dialami ‘aku’ dalam sajak di atas ? [2 markah]
Cadangan jawapan:-
i.
aku terlalu kesepian dan kesunyian
ii.
anak-anak tidak menjenguknya.
iii.
aku merasakan dirinya dilupai oleh anak-anak setelah
mereka dipelihara semenjak di
alam rahim.
iv.
aku mengerang kesakitan.
v.
aku merasakan hidupnya tiada erti kepada
anak-anaknya.
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah terdapat segelintir
anak-anak yang jarang -jarang menziarahi ibu bapa mereka? [3
markah]
i. kerana
mereka tinggal berjauhan dari tempat tinggal ibu bapa.
ii. kerana
sibuk dengan urusan kerja / urusan peribadi.
iii. kerana
mereka berasa tidak selesa dan serasi tinggal dengan ibu bapa.
(iii)
Huraikan dua pengajaran yang dapat diperoleh daripada sajak di atas. [4 markah]
i. Kita
perlu menyangi kedua-dua ibu bapa kerena mereka bersusah payah memelihara kita
dari kita
kecil hingga dewasa.
ii. Kita
perlu tabah menghadapi dugaan dalam kehidupan kerana Allah sentiasa menduga dengan qada dan qadarnya.
iii. Kita
sebagai ibu bapa perlu perlu menjalankan tugas mendidik anak-anak agar dapat
melahirkan
anak-anak sebagai insan berguna.
iv. Kita
perlu insaf bahawa kehidupan kita tidak selama-lamanya kekal dan akan berakhir
dengan
kematian.
v. Kita
perlu taat kepada ibu bapa dan tidak perlu menunjukkan perasaan benci dan dendam
kepada
mereka kerana syurga terletak di bawah telapak kaki ibu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan