Cadangan jawapan soalan 2 (b)
(i) Pandangan bonda tentang sejarah:-
a) sejarah bukan buta.
b) sejarah ialah guru yang tidak boleh berdusta.
c) bangsa yang membaca dan mengkaji sejarah silam tidak akan melakukan kesilapan kedua.
(ii) Pada pandangan saya, remaja perlu membuat persediaan-persediaan rapi untuk menghadapi
perubahan dunia yang mencabar dengan:-
a) mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup
b) memiliki kemahiran tertentu
c) mempunyai jati diri yang mantap
d) berdaya saing
e) bijak mencari peluang
( jawapan yang lain sesuai diterima)
(iii) Pengajaran yang didapati dalam petikan:-
a) kita perlulah mempunyai semangat patriotisme.
contohnya:- Bonda ingin menghidupkan roh patriotisme dan jati diri dalam diri penulis (Mel)
dan berharap penulis (Mel) menjadi pejuang yang berani memperthankan nilai dan
kepentingan sendiri yang sedikit demi sedikit mulai terhakis di atas tanah sendiri.
b) kita wajar berani menyuarakan pendapat tentang sesuatu perkara:-
contohnya: Penulis (Mel) mengatakan bahawa dunia ini sudah berubah / mereka bukan lagi
hidup pada zaman menentang musuh penjajah / Mereka hidup dalam dunia yang mengejar
harta, pangkat dan kekayaan di bumi mewah ini /Tanah air ini bukan milik bangsa kita sahaja/
kita hidup dengan perkongsian hak dan identiti yang sama rata/ sejarah lama idak perlu
dibangkitkan lagi.
c) kita mestilah mengambil iktibar daripada sejarah silam:-
contohnya:- Bangsa Yahudi yang terus mencipta kejayaan besar daripada zaman ke zaman
kerana mengkaji sejarah lampau.
Pengajaran daripada keseluruhan cerpen;-
a) kita hendaklah gigih apabila melakukan pekerjaan.
contohnya:- Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk
dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.
b) kita hendaklah taat setia kepada pemerintah dan larangan kedua-dua ibu bapa
contohnya : Penulis ( Mel) tidak membantah ketika ibu bapanya melarang dia berhijrah ke
bandar.
c) kita hendaklah rajin membaca untu meningkatkan ilmu pengetahuan
contohnya: Penulis (Mel) mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta
membaca banyak buku lama milik bondanya.
( Pengajaran yang lain boleh diterima sekiranya sesuai )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan