Laman Bahasa Melayu Ini Dibina Pada Tahun 2009 semasa saya mengajar di SMKA Sultan Azlan Shah. Semenjak Saya Bertugas Di PPD Perak Tengah Pada Tahun 2014, cikguramsulbmspm.blogpot.com tidak Beroperasi. Namun, Apabila Saya Ditukarkan Ke SMK Seri Londang Dan Mula Bertugas Pada 27 Mac 2017, Saya Mengaktifkan Semula blogspot Ini Untuk Kemudahan Pelajar Ting. 4 dan Ting. 5 SMK Seri Londang, Gelung Pepuyu, Bota, Perak yang Bakal Menghadapi Peperiksaan SPM. Semoga Blogspot Ini Dapat Membantu Pelajar.
Rabu, 30 Disember 2020
ULASAN SOALAN 1 ( RUMUSAN) DAN ULASAN SOALAN 2(A) PEMAHAMAN UMUM SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU 2 PEPERIKSAAN AWAL TAHUN 2020 SMK SERI LONDANG. MOHON KEPADA PELAJAR MEMAHAMAI ULASAN SAYA KERANA BANYAK IMPAK MARKAH YANG ANDA TERIMA KESALAHAN YANG ANDA LAKUKAN TERUTAMA BAHAGIAN RUMUSAN. . SEMOGA PAWAT 2020 MEMBERI KESEDARAN PERI PENTING BERHATI-HATI SEMASA MENJAWAB SOALAN, TERUTAMANYA SOALAN RUMUSAN. INSYA-ALLAH SAYA AKAN MENERUSKAN ULASAN SAYA UNTUK ITEM YANG LAIN SELAPAS INI. DOAKAN SAYA UNTUK MENERUSKAN ULASAN SAYA UNTUK KEPENTINGAN PELAJAR SMK SERI LONDANG, KHUSUSNYA PELAJAR SAYA KELAS 5 SAINS.
Isnin, 28 Disember 2020
Ahad, 27 Disember 2020
Sabtu, 26 Disember 2020
Jumaat, 25 Disember 2020
Khamis, 24 Disember 2020
Selasa, 22 Disember 2020
LATIHAN PENGGUNAAN KATA PEMERI IALAH DAN ADALAH. (LATIHAN ULANGAN)
LATIH TUBI PENGGUNAAN KATA PEMERI IALAH DAN ADALAH
Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu:
i. adalah
ii. ialah
Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja.
KATA PEMERI | MAKSUD | AYAT CONTOH |
ialah | -menunjukkan persamaan -hadir di hadapan frasa nama | 1. Rumah yang cantik itu ialah rumah En. Mazlan. 2. Emak ialah seorang guru. 3. Agama rasmi Negara ialah agama Islam. |
Adalah | - menunjukkan huraian atau keterangan. - Hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi | 1. Meja yang dibeli itu adalah daripada kayu jati. 2. Warna kasut abang adalah hitam. 3. Tujuan pertandingan itu diadakan adalah untuk mencungkil bakat baru. |
Nota :
1. Pada umumnya, kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama dengan kata nafi.
SALAH | BETUL |
Siswazah yang baru lulus itu ialah bukan pengetua maktab. Arahan itu adalah bukan untuk semua pegawai. | Siswazah yang baru lulus itu bukan pengetua maktab. Arahan itu bukan untuk semua pegawai. |
2. Kata pemeri boleh wujud dalam binaan kata nafi + frasa adjektif.
Contoh binaan kata nafi + kata adjektif:-
i. Tidak benar
ii. Tidak cantik
iii. Tidak adil
Contoh ayat:
Laporan itu adalah tidak benar.
Keputusan itu adalah tidak adil.
3. Kata pemeri TIDAK BOLEH hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Penggunaan kata pemeri adalah dalam ayat-ayat berikut dianggap menyalahi tatabahasa Bahasa Melayu.
Contoh:-
i. Adalah diberitahu sekolah akan ditutup esok.
Struktur ayat yang betul ialah:
Dengan ini diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Anda diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Ibu Bapa diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Tuan-tuan diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Dengan hormatnya diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
ii. Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Selasa.
Struktur ayat yang betul ialah:
Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Selasa.
iii. Kegagalan projek itu adalah disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu.
Struktur ayat yang betul ialah:-
Kegagalan projek itu disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu.
Saya tambah nota kata pemeri ialah dan adalah semoga anda akan lebih faham fungsi dan penggunaan kata pemeri dalam binaan ayat.
Saya tambah nota kata pemeri ialah dan adalah semoga anda akan lebih faham fungsi dan penggunaan kata pemeri dalam binaan ayat.
KATA PEMERI - IALAH DAN ADALAH |
Kata pemeri ialah kata tugas yang memerihalkan atau menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam perdikat. Terdapat dua jenis kata pemeri dalam bahasa Melayu, iaitu ialah dan adalah. Penggunaan yang betul bagi kedua-dua kata pemeri ini baik dalam lisan dan tulisan sering diabaikan. Sebenarnya tanggapan ini salah. Menukar ganti kata pemeri dengan sewenang-wenangnya perlu diperbetulkan.
KATA PEMERI ‘IALAH’
Kata pemeri ‘ ialah ’ diletakkan di hadapan frasa nama bagi menjelaskan persamaan. Contoh ayat:
1 Bunga Raya ialah bunga kebangsaan negara kita.
[… ialah + frasa nama ‘bunga Raya ialah bunga kebangsaan Negara
Malaysia]
2 Lelaki itu ialah Yusri.
[… ialah + frasa nama ‘ Yusri ’ ]
3 Angin ialah udara yang bergerak.
[… ialah + frasa nama ‘ udara yang bergerak ’]
Bagaimanapun, sebenarnya kata pemeri ‘ ialah ’ hanya bersifat pilihan atau dalam erti kata yang lain boleh digugurkan.
Dalam erti kata lain, tanpa kehadiran ialah, ayat (1), (2) dan (3) yang dibina tetap gramatis:
i) Bunga raya bunga kebangsaan Negara Brunei Darussalam.
ii) Lelaki itu Yusri.
iii) Angin udara yang bergerak.
Namun yang demikian, bagi ayat yang lebih panjang, kehadiran kata pemeri ‘ ialah ’ dapat membantu meningkatkan kefahaman kerana pemisahan antara subjek dengan predikat ayat adalah lebih jelas, seperti contoh berikut:
Lelaki yang baru saja memasuki dewan itu ialah Yusri.
Kata pemeri ‘ ialah ‘ tidak boleh ditulis di hadapan kata kerja kerana penggunaannya tidak gramatis
KATA PEMERI ‘ ADALAH ’
Kata pemeri ‘ adalah ’ diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama bagi menjelaskan sesuatu secara huraian, seperti contoh ayat berikut:
4. Kepakaran beliau adalah dalam bidang komputer.
[ … adalah + frasa sendi nama ‘dalam bidang komputer ’]
5 Hadiah ini adalah untuk Nurul di sekolah.
[… adalah + frasa sendi nama ‘ untuk Nurul di sekolah ’]
[… adalah + frasa sendi nama ‘ untuk Nurul di sekolah ’]
6 Rupa-rupanya berita yang kita dengar selama ini adalah palsu.
[… adalah + frasa adjektif ‘palsu’]
Dalam konteks penggunaan bahasa Melayu baku, kata pemeri ‘adalah’ tidak boleh digunakan di hadapan kata kerja atau frasa kerja, seperti berikut:
7 Adalah dimaklumkan bahawa cuti persekolahan akan bermula pada hari
Isnin depan. (SALAH)
Dengan ini dimaklumkan bahawa cuti persekolahan akan bermula pada
hari Isnin depan. (BETUL)
8 Amalan bergotong royong adalah merupakan amalan mulia. (SALAH)
Amalan bergotong royong merupakan amalan mulia. (BETUL)
Rumusannya, kata sendi ‘ ialah ‘ dan ‘ adalah ‘ tidak boleh hadir sebelum kata kerja.
Namun begitu, kata pemeri ' adalah ' boleh ditulis sebelum kata kerja apabila disertakan kata sendi seperti adalah kerana, adalah sebab, adalah untuk, dsb.
Contoh ayat :
i) Matlamat utama gotong-royong adalah kerana kerja yang berat akan menjadi lebih
ringan apabila dilakukan secara bersama-sama.
ii) Sumbangan derma itu dilakukan adalah untuk mengurangkan bebanan keluarga yang malang itu.
Namun begitu, kata pemeri ' adalah ' boleh ditulis sebelum kata kerja apabila disertakan kata sendi seperti adalah kerana, adalah sebab, adalah untuk, dsb.
Contoh ayat :
i) Matlamat utama gotong-royong adalah kerana kerja yang berat akan menjadi lebih
ringan apabila dilakukan secara bersama-sama.
ii) Sumbangan derma itu dilakukan adalah untuk mengurangkan bebanan keluarga yang malang itu.
Latihan:-
1. Dr. Azhar yang berucap di perhimpunan sekolah _________________
bekas penuntut sekolah ini.
2. Penuntut perempuan yang jelita itu ______________ tunangan orang.
3. Tiada siapa yang menyangka dia__ _________ sangat garang orangnya.
4. Penyakit Hussein yang berjangkit itu _____________ penyakit yang tiada
penawarnya lagi.
5. Matlamat mengadakan laman web Bahasa Melayu__________ untuk
memberi pengajaran yang lebih berkesan.
6. Pasar serbanika itu yang dibuka di kawasan itu_____________ untuk
kemudahan penduduk di situ.
7. Rumah baru di hadapan rumah saya itu ____________ milik Encik Mokhtar.
8. Salah satu masalah remaja _____________ tabiat membelanjakan wang
dengan berlebihan.
A. Pilih jawapan yang betul.
01. Hari ini ialah hari jadi Ahmad.
A. Betul B. Salah
02. Makanan kegemaran saya adalah nasi goreng.
A. Betul B. Salah
03. Harga barangan yang dijual di pasar raya itu adalah berpatutan.
A. Betul B. Salah
04. Cita-cita saya adalah menjadi seorang pakar jantung.
A. Betul B. Salah
05. Bertanggungjawab adalah sifat yang terpuji.
A. Betul B. Salah
06. Johan pertandingan bercerita sekolah menengah tahun ini adalah saudara
Masyiroh Taib.
A. Betul B. Salah
07. Tuduhan itu ialah palsu.
A. Betul B. Salah
08. Pemuda yang kita jumpa tadi ialah seorang lulusan Universiti Al-Azhar.
A. Betul B. Salah
09. Sapu tangan itu adalah pemberian kekasih abang saya.
A. Betul B. Salah
10. Epok-epok adalah sejenis kuih tradisional.
A. Betul B. Salah
B. Pilih kata pemeri yang sesuai.
1. Farid ( ialah, adalah ) seorang kanak-kanak istimewa.
2. Surat yang sampai tadi ( adalah , ialah ) daripada peguam.
3. Ucapan yang disampaikan oleh pengetua ( adalah , ialah ) terlalu panjang.
4. Warna kuning ( ialah , adalah ) warna diraja
5. Wang peruntukan itu ( adalah , ialah ) untuk semua murid.
6. Keputusan yang dibuat oleh hakim mahkamah itu ( adalah , ialah ) tidak adil.
7. . Rumah setinggan di lereng bukit itu (adalah , ialah ) rumah Pak Abu.
8. Suara guru itu ( adalah ,ialah ) tidak jelas.
9. Jawapan yang diberikan oleh pelajar itu (adalah , ialah ) tidak tepat.
10. MEASAT 1 ( ialah , adalah )satelit pertama Malaysia.
DALAM SETIAP AYAT DI BAWAH, TERDAPAT DUA KESALAHAN PENGGUNAAN EJAAN DAN IMBUHAN ATAU KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISTILAH ATAU TATABAHASA. SENARAIKAN DAN BETULKAN KESALAHAN-KESALAHAN ITU PADA JADUAL PENGESANAN KESALAHAN EJAAN DAN IBUHAN SERTA KESALAHAN YANG SESUAI BERDASARKAN AYAT. JAWAPAN SOALAN KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN DISERTAKAN BERSAMA UNTUK MEMBANTU PELAJAR. SEMOGA BAHAN BERKENAAN DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENGUASAI KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN.
Isnin, 21 Disember 2020
Sabtu, 19 Disember 2020
KARANGAN DIMENSI NEGARA YANG BOLEH MENJADI CONTOH KEPADA PELAJAR. NAMUN KARANGAN JENIS INI MEMERLUKAN ANDA BANYAK MEMBACA DAN BANYAK FAKTA UNTUK MENGHASILKAN KARANGAN DIMENSI NEGARA YANG LEBIH MENARIK. OLEH SEBAB ITU, PASTIKAN ANDA MEMBACA BETUL-BETUL SOALAN SERTA PASTIKAN ANDA BERSEDIA MENJAWAB SOALAN JENIS INI ATAU ANDA MEMILIH DIMENSI DIRI , KELUARGA ATAU MASYARAKAT. SEMOGA ANDA BERJAYA MENGHASILKAN KARANG MENGIKUT KEMAMPUAN ANDA.
Jumaat, 18 Disember 2020
Khamis, 17 Disember 2020
Rabu, 16 Disember 2020
Ahad, 13 Disember 2020
Rabu, 9 Disember 2020
Selasa, 8 Disember 2020
Isnin, 7 Disember 2020
Ahad, 6 Disember 2020
Langgan:
Catatan (Atom)