Isnin, 28 Januari 2013

MARI BERKENALAN DENGAN FORMAT SOALAN KERTAS 1 SPM ( PENULISAN)

BERDASARKAN FORMAT KERTAS BAHASA MELAYU 1 DI ATAS, JELASNYA KERTAS INI MEMBERIKAN MARKAH YANG BANYAK KEPADA PEAJAR BERBANDING KERTAS BAHASA MELAYU 2. ANTARA MARKAH PALING BANYAK DISUMBANGKAN IALAH KERTAS KARANGAN UMUM IAITU 100 MARKAH, SEMENTARA KARANGAN BERPANDU MENYUMBANGKAN 30 MARKAH SAHAJA.

JIKA DILIHAT DARI SEGI KAEDAH MEMBINA KARANGAN BERPANDU SAMA SAHAJA DAN YANG BERBEZA ADALAH JUMLAH ISI, JUMLAH PERENGGAN, DAN KEPANJANGAN KARANGAN.



BERDASARKAN JADUAL DI BAWAH DISENARAIKAN BEBERAPA KELAMAHAN PELAJAR SEMASA MENGARANG. ANTARA  KELEMAHAN KARANGAN PELAJAR ADALAH SEPERTI MEMBINA PENGENALAN, MENGHURAI ATAU MENGOLAH ISI, PEMERENGGANAN YANG TIDAK CUKUP MENGIKUT FORMAT KARANGAN, KERAP MELAKUKAN KESALAHAN BAHASA (TATABAHASA), FORMAT KARANGAN, DAN MASALAH TULISAN:-
A   Pengenalan

Ø Takrif definisi tidak tepat
Ø Tidak menarik, tidak memperlihat kematangan berfikir 
Ø Tidak lengkap dan terlalu pendek 
Ø Tidak menjurus kepada kehendak soalan dan isi
Ø Ayat meleret-leret dan tidak releven

Penjelasan punca kelemahan:-
Pelajar tidak menguasai kaedah menulis perenggan pengenalan kerana:-
 a) Tidak mahir memilih pengenalan yang 
     sesuai.
 b) Kurang kreatif untuk menggunakan bahan  
     yang ada di sekeliling mereka contoh, 
     lagu, pantun, petikan akbar, iklan, dan 
     sebagainya.
 c) Tidak berusaha untuk memantapkan 
     perenggan pengenalan.
B        Isi

Ø  Isi kurang dan tidak mencukupi
Ø  Isi tidak menepati tajuk. Isi bercampur-aduk dengan isi konkrit dan bukan konkrit
Ø  Isi tidak disusuli contoh dan huraian
Ø  Isi berulang-ulang (sama)
Ø  Fakta yang diberi kurang tepat atau salah.
Ø  Isi kurang logik, tidak matang, tidak jelas dan sempit pengetahuan (Sikap kurang membaca)
Ø  Isi terpesong

Penjelasan punca kelemahan:-
a)  Kurang maklumat kerana pengetahuan 
     sempit ( Kurang membaca).
b)  Tidak menguasai kaedah penulisan 
     karangan samada kaedah deduktif, induktif 
     atau gabungan kaedah penulisan. 
c)  Tidak menguasai format karangan.
d)  Kurang latihan.
c)  Sikap ambil mudah semasa mengarang.
 
C)   Pemerengganan

Ø  Tidak sesuai dan kadang-kadang isi bercampur aduk dalam satu perenggan atau perenggan yang dibuat tidak mengandungi isi baru.
Ø  Bercampur-aduk, tidak seimbang, tidak teratur dan tidak kemas.
Ø  Perenggan yang dibuat ada yang terlalu panjang, ada yang terlalu pendek.

Penjelasan punca kelemahan:-
a)  Tidak menguasai keaedah penulisan. 
     ( Rujuk jenis-jenis kaedah.)
b)  Kurang membaca, kurang isi atau 
     maklumat.
D)     Bahasa

Ø  Bahasa lemah, tidak lancar 
Ø  Berbelit-belit, sukar difahami
Ø  Ejaan dan tatabahasa banyak kesalahan
Ø  Struktur ayat terhad, kosa kata tidak tepat
Ø  Jumlah bilangan perkataan sangat kurang, tidak memenuhi syarat
Penjelasan punca kelemahan:-
a)  Penguasaan tatabahasa lemah.
b)  Tiada usaha untuk menguasai kemahiran
     tatabahasa.
c)  Penguasaan perbendaharaan kata kurang.
d)  Kurang penguasaan frasa menarik seperti
     peribahasa, simpulan bahasa, kata-kata
     hikmah, kata-kata pemimpin, dan lain-lain
     lagi.
E)     Format

Ø Tidak menepati atau tidak mengetahui langsung format yang dikehendaki
Ø Tidak dapat membezakan kehendak karangan sama ada karangan berformat atau tidak berformat.
 Penjelasan punca kelemahan:-
a)  Kurang faham atau tidak membaca soalan
     dengan teliti.
b)  Tidak menguasai format-format karangan seperti karangan berformat dan tidak berformat.
c)  Kurang membaca.
F)    Tulisan

Ø Tidak jelas, sukar dibaca dan difahami
Ø Mengelirukan, comot, terdapat banyak kesalahan ejaan
Ø Terlalu kecil tulisan dan tidak kemas.
Penjelasan punca kelemahan:-

a) Budaya atau kebiasaan.
b) Tiada kesungguhan untuk membaiki 
    tulisan.


SETIAP PELAJAR BOLEH MENULIS KARANGAN. CUMA YANG MEMBEZAKAN HASILAN SESEBUAH KARANGAN SAMA ADA CEMERLANG, MEMUASKAN, SEDERHANA, DAN SELAINNYA ADALAH KERANA KRITERIA DAN KREATIFNYA SESEORANG PELAJAR SEMASA MENGARANG. CUBA LIHAT KARANGAN PELAJAR DI BAWAH. CUBA BACA DAN LIHAT BAGAIMANA PELAJAR BERKENAAN MENGOLAH KARANGANNYA. KEMUDIAN CUBA KESAN KAEDAH DIGUNAKAN DAN BAGAIMANA PELAJAR INI MENYELITKAN FRASA MENARIK SEMASA MENGARANG. INSYAALAH SELEPAS INI, SAYA AKAN CUBA MEMBINCANGKAN KAEDAH YANG BOLEH DIGUNAKAN SEMASA MENGARANG. DOAKAN SEMOGA SAYA MAMPU MENCORETKAN PERBINCANGAN SELANJUTNYA.



Berdasarkan karangan di atas, terdapat beberapa kesalahan tatabahasa dan saya terlepas pandang. Justeru, adakalanya pengaruh tulisan mampu menyejukkan perasaan pemeriksa kertas. Oleh sebab itu, pastikan tulisan anda kemas dan mudah dibaca. Namun, kesalahan berkenaan jika dikesan akan menyebabkan markah bahasa karangan di atas ditolak.

Ahad, 27 Januari 2013

SOALAN KOMSAS ANTOLOGI UNTUK LATIHAN PELAJAR TING. 4S, 4K, 5K DAN 5H (KERJA DALAM CUTI)

SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI MASA SILA JAWAB SOALAN KOMSAS ANTOLOGI YANG TELAH DIBENTANGKAN DI DALAM KELAS. SEMASA MENJAWAB CUBA RUJUK FORMAT BAHAGIAN SOALAN KOMSAS ANTOLOGI SAMA ADA PROSA MODEN, PROSA TRADISIONAL, DAN PUISI SAMA ADA PUISI MODEN ATAU TRADISIONAL.

LATIHAN UNTUK PELAJAR TING. 4S, 4H, 5K, DAN 5H

 LATIHAN UNTUK TING. 4K DAN 5H
 LATIHAN UNTUK TING. 5K DAN 5H


JAWAPAN:-
Latihan  1. ( Syair Definisi Orang Berakal)
 Soalan (i)   Berikan kelebihan-kelebihan orang berakal ( 2 markah)
Kelebihan-kelebihan orang berakal antaranya ialah dipandang sangat mulia oleh masyarakat dan mereka juga menjadi ikutan orang lain. Selain itu, mereka pembela kepada orang teraniaya, dan kaya dengan sifat-sifat mulia.
Cadangan lain:-
- pandai memilih rakan dan taulan.
-tidak mudah lupa diri apabila memperoleh kejayaan.
(Jawab dua isi sekurang-kurangnya dan jawapan ada dalam petikan teks)

Soalan (ii)   Dalam rangkap akhir syair ini dinyatakan bahawa orang yang berakal tidak berasa
                     bosan dalam mengejar ilmu pengetahuan.
                     Pada pandangan anda apakah cara-cara yang dapat dilakukan oleh sesorang itu 
                     untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.  ( 3 markah )

Pada pandangan saya, untuk meningkatkan ilmu pengetahuan seseorang itu perlu sentiasa belajar dan berguru, sentiasa berfikiran terbuka untuk menerima pendapat dan pandangan orang lain, serta mengkaji dan membuat rumusan tentang sesuatu perkara berkaitan dengan sumber ilmu.
Cadangan lain:-
-banyak berbincang dengan orang bijak pandai supaya ilmu mereka bertambah.
-banyak membaca dan berfikir untuk mendapatkan pelbagai ilmu.

(Jawab tiga  isi sekurang-kurangnya dan jawapan mesti berdasarkan pendapat sendiri. Binaan ayat jawapan anda perlu gramatis untuk mengelak markah ditolak )


Soalan (iii) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam syair tersebut. ( 4 markah )
Terdapat tiga pengajaran dalam syair tersebut, antaranya setiap individu perlu mencari ilmu pengetahuan agar mereka menjadi orang berakal dan sentiasa berbaik-baik dengan sahabat supaya mengelakkan bermusuhan dengan orang. Selain itu, kita hendaklah sikap merendah diri walaupun berilmu supaya orang lain menghormati kita. Bahkan juga, kita janganlah menghampiri orang yang rosak akhlaknya agar kita terelak daripada terpengaruh dengan perbuatan buruk mereka.
(Jawab empat  isi sekurang-kurangnya. Binaan ayat  anda perlu gramatis untuk mengelak markah ditolak )

Latihan  2. ( Petikan Prosa Klasik -Hikayat Langlang Buana)
 Soalan (i)   Apakah maksud rangkai kata berahilah hendak melihat( 2 markah)
Rangkai kata berahilah hendak melihat bermaksud keinginan untuk memandang.
( Format pertama soalan petikan prosa klasik berkaitan maksud frasa yang terdapat dalam teks )

Soalan (ii)  Gambarkan kehebatan Raja Indera Bumaya? ( 3 markah )
Berdasarkan teks, antara kehebatan Raja Indera Bumaya ialah baginda boleh mengubah diri menjadi burung bayan, bertukar menjadi burung nuri yang pandai berpantun dan berkata-kata, serta boleh bertukar menjadi karangan bunga yang indah.
( Jawapan soalan petikan prosa klasik ini terdapat dalam teks )

 Soalan (iii) Pada pendapat anda, mengapakan Raja Indera Bumaya ingin menunjukkan 
                     kehebatannya. ( 4 markah )
 Pada pendapat saya, Raja Indera Bumaya cuba menunjukkan kehebatan baginda kerana ingin mengetahui isi hati tuan puteri. Selain itu, baginda ingin mengagumkan tuan puteri dan ingin memikat tuan puteri. Bahkan juga, baginda ingin memperlihat atau membuktikan kehebatan dan kesaktian yang dimiliki baginda.
(Jawab empat  isi sekurang-kurangnya. Selain itu, jawapan anda mestilah logik. Pastikan binaan ayat  anda gramatis untuk mengelak markah ditolak )

Latihan 3 ( Prosa Moden - Cempaka Berdarah)

Soalan  (i)  Apakah tujuan Profesor Peter berjumpa dengan Mak Jah? ( 2 markah )
Profesor Peter berjumpa dengan Mak Jah untuk mengambil Cempaka yang disangka adiknya yang hilang semasa peperangan dengan Jepun. Selain itu, Profesor Peter ingin Cempaka hidup dalam keluarganya.
(Jawab dua isi sekurang-kurangnya dan jawapan ada dalam petikan teks)

Soalan (ii) Andaikan anda Zaman, apakah tindakan-tindakan yang wajar anda ambil untuk 
                   menyelamatkan Cempaka?   ( 3 markah )
Sekiranya saya Zaman, saya akan melaporkan tindakan Profesor kepada pihak polis untuk diambil tindakan. Selain itu, saya akan meminta bantuan penduduk kampung untuk menghalang tindakan Profesor Peter untuk mengambil Cempaka. Bahkan juga, saya akan membuktikan Cempaka ialah adik saya dengan membuat ujian DNA.
Cadangan lain:-
-melarikan @ menyembunyikan Cempaka ke tempat lain.
-mengahwini Cempaka.


Soalan (iii)  Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai murni 
                     lagi daripada keseluruhan drama.

Nilai murni dalam petikan :-
- keberanian, contohnya Cempaka berani melawan Prof. Peter.
-hormat-menghormati, contohnya Zaman menghormati pensyarahnya iaitu Prof. Peter walaupun tidak sependapat.

Nilai murni keseluruhan drama:-
-kasih sayang, contohnya Mak Jah menyayangi anak-anaknya.
-berbudi bahasa, contohnya Mak Jah melayani Prof. Peter dengan baik walaupun tidak mengenalinya.
-berhati-hati, contohnyaMak Jah menyuruh Cempaka masuk ke dalam bilik ketika Prof. Peter datang ke rumah mereka.
( Jawapan anda perlu dalam ayat yang gramatis dan elakkan menulis jawapan dalam bentuk 
   point seperti di atas )
Kesimpulannya, isi jawapan yang perlu anda senaraikan perlu merujuk jumlah markah. Hati-hati semasa menjawab soalan berkenaan.
Selain itu, pastikan kata kunci soalan seperti huraikan, jelaskan, bincangkan, buktikan, dan sebagainya memerlukan anda menghuraikan jawapan anda.

Diharapkan anda dapat menjawab soalan di atas dengan lengkap.
Selamat Kembali Semula Ke Sekolah. 
 

MEMAHAMI FORMAT KERTAS BAHASA MELAYU 2 SPM



Mari Berkenalan Kertas Bahasa Melayu 2 SPM
(Markah 110)
       Sebagai seorang pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM, tidak kira anda pelajar Ting. 4 apatah lagi sekiranya anda pelajar ting. 5, sepatutnya anda faham setiap pecahan soalan kertas 2. Kefahaman pelajar terhadap format soalan kertas ini akan membantu anda menjawab soalan tersebut lebih baik dan seterusnya membuat persediaan untuk menghadapi Peperiksaan SPM kelak.
       Sungguh malang, jika pelajar menengah atas tidak faham format soalan kertas bahasa Melayu 2 kerana pepatah Melayu ada mengatakan jika tak kenal maka tak cinta. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Kertas ini mengandungi soalan:-
Soalan Bahagian 1 a: Rumusan Teks   ( 30 markah)
       ( Rujuk nota berkaitan cara menjawab soalan rumusan teks)

Soalan Bahagian 2 A: Pemahaman Teks  Umum / Rumusan ( 9 markah)
          i) Soalan berkaitan maksud rangkai kata  (2m)
         ii) Soalan berkaitan petikan teks (  3m )
        iii) Soalan berdasarkan pendapat ( 4 m)
            
  ( Soalan Bahagian 2 B,C, dan D Berdasarkan Kajian Komsas Antologi)
Fokus soalan Ting. 4:  Antologi Harga Remaja
Fokus soalan Ting. 5:  Antologi Dirgahayu Bahasaku
Soalan Bahagian 2B :  (9 Markah)
Soalan berkaitan ( Prosa Moden – Cerpen atau  Drama)
 Soalan i)  Berdasarkan teks dan jawapan ada  dalam teks.  ( 3 m)
Soalan ii)  Berdasarkan pendapat anda. ( 3 m)
Soalan iii) Berkaitan kajian komsas – persoalan, watak dan  perwatakan,
                  latar,  nilai dan pengajaran. ( 3 m)
                  ( Fokus soalan 1 berdasarkan dalam teks dan 1 soalan di luar
                  teks)


Soalan Bahagian 2C: ( 8 Markah)
Soalan berkaitan ( Prosa Tradisional )
Soalan i)   Berdasarkan maksud rangkai kata. (2m)
Soalan ii)  Berdasarkan teks dan jawapan ada di dalam teks ( 3 m)
Soalan iii) Meminta pendapat anda dan jawapan  berdasarkan   
                  pandangan anda sendiri  ( 3 markah)



Soalan Bahagian 2 D:   (9 Markah)
Soalan berdasarkan ( Puisi Moden atau tradisional)
Soalan   i) Berdasarkan teks puisi. ( 2 m)
Soalan  ii) Berdasarkan pendapat anda ( 3 m)
Soalan  iii)Berdasarkan kajian komsas – persoalan, nilai,
                  masyarakat  dan pengajaran. ( 4 m )


( Soalan 3 Berdasarkan Tatabahasa)

Soalan bahagian 3 (a)   ( Tatabahasa- Morfologi atau Kajian Kata- 6 Markah)

Soalan 3 (A)  Membina ayat daripada perkataan atau frasa diberikan.
                     Terdapat enam perkataan atau frasa disenaraikan dan anda  
                     perlu membina ayat yang gramatis untuk menunjukkan
                     anda faham maksudnya.
                     Anda tidak boleh menggunakan kata nama khas, peribahasa
                     dan tidak boleh menambah imbuhan pada perkataan
                     diberikan. Soalan ini mudah untuk pelajar mendapat 6
                     markah.
                    ** Peringatan soalan SPM 2012, arahan soalan bahagian 3a
                   membenarkan pelajar menambah imbuhan semasa membina
                   ayat tetapi tidak boleh menggunakan perkataan tersebut
                   sebagai kata nama khas. Oleh sebab itu, pelajar perlu
                   berhati-hati semasa membaca arahan soalan.


Soalan Bahagian 3B ( Sintaksis) ( 6 Markah )
Pelajar dikehendaki menguasai aspek sintaksis (kajian ayat) contoh :-
    i) ayat tunggal dan ayat majmuk.
   ii) Jenis ayat – ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat
                             seruan.
  iii) Ragam ayat – ayat aktif dan ayat pasif.
   iv)Menukar ayat cakap ajuk ke cakap pindah  dan sebaliknya.
   v) Menganalis ayat pola ayat. ( FN-FN,FN-FK, FN-F Adj, FN-FS)
  vi) Mencerakinkan ayat kepada subjek dan prediket. ( Binaan ayat
       gramatis)
 ** Soalan ini memerlukan pelajar menguasai setiap pecahan
      soalan seperti di atas.



Soalan Bahagian 3C : Mengesan dan membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan. ( 6 Markah )
      Soalan bahagian ini memerlukan pelajar mengesan dan membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan.
      Pelajar diminta mengesan dan membetulkan 3 kesalahan ejaan dan 3 kesalahan imbuhan.
      Anda boleh menjawab dengan menulis  kedua-dua kesalahan berkenaan dengan menulis jawapan salah dan pembetulannnya:
          contoh: Malaysia mampu memajukan bidang eko-pelancongan   
          kerana mengayakan sumber alam semula jadinya.
      Pada tahun 2008 pelajar diberikan satu petikan mengandungi keenam-enam kesalahan ejaan dan imbuhan.
       
kesalahan
 pembetulan
Eko-pelancongan
Ekopelancongan ( ejaan)
mengayakan
Kekayaan ( imbuhan)

Soalan Bahagian (D) mencari tiga soalan kesalahan penggunaan istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. ( 6 markah)
      Soalan bahagian ini meminta anda mencari tiga soalan kesalahan penggunaan istilah dan tiga kesalahan tatabahasa.
      Anda akan diberi tiga ayat yang mengandungi satu kesalahan istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
      Calon boleh menjawab seperti soalan di bawah:-
          Stesen- minyak-minyak di bandar utama kita mengamalkan     
          konsep layan sendiri.

kesalahan
pembetulan
Stesen minyak-minyak
 Stesen minyak ( tatabahasa)
Layan sendiri
Layan diri ( istilah)



Soalan Bahagian 3 (E )  PERIBAHASA ( 6 Markah )

      Soalan ini menguji kemahiran peribahasa ( terdiri daripada perumpamaan, bidalan, pepatah, simpulan bahasa, perbilangan, lidah pendita, kata-kata hikmat) anda.
      Soalan mungkin meminta anda mengisi tempat kosong dengan mengaitkan peribahasa yang sesuai dengan petikan.
      Calon mungkin juga diminta mengisi tempat kosong dengan atau dialog dengan peribahasa yang sesuai.
      Calon juga mungkin diminta membina ayat menggunakan peribahasa  yang diberikan.
      Markah akan diberi sekiranya peribahasa yang ditulis tepat dengan maksud petikan atau pernyataan yang diberikan.

(SOALAN MERUJUK KOMSAS NOVEL)

  Novel Ting. 4  ( Azfa Hanani)
  Novel Ting. 5  ( Kembara Amira)

Soalan Bahagian 4 (Novel)  ( 15 Markah )

      Soalan bahagian ini membawa 15 markah dan terbahagi kepada soalan bahagian 4 (a) dan 4(b).

Soalan 4   (a) membawa 7 markah
          Soalan 4   (b) membawa  8 markah.

Markah
Isi
Bahasa
Soalan 4 (a)
4
3
Soalan 4 (b)
6
2

SEMOGA ANDA MENGUASAI FORMAT SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU 2