BERDASARKAN FORMAT KERTAS BAHASA MELAYU 1 DI ATAS, JELASNYA KERTAS INI MEMBERIKAN MARKAH YANG BANYAK KEPADA PEAJAR BERBANDING KERTAS BAHASA MELAYU 2. ANTARA MARKAH PALING BANYAK DISUMBANGKAN IALAH KERTAS KARANGAN UMUM IAITU 100 MARKAH, SEMENTARA KARANGAN BERPANDU MENYUMBANGKAN 30 MARKAH SAHAJA.
JIKA DILIHAT DARI SEGI KAEDAH MEMBINA KARANGAN BERPANDU SAMA SAHAJA DAN YANG BERBEZA ADALAH JUMLAH ISI, JUMLAH PERENGGAN, DAN KEPANJANGAN KARANGAN.
BERDASARKAN JADUAL DI BAWAH DISENARAIKAN BEBERAPA KELAMAHAN PELAJAR SEMASA MENGARANG. ANTARA
KELEMAHAN KARANGAN PELAJAR ADALAH SEPERTI MEMBINA PENGENALAN, MENGHURAI ATAU MENGOLAH ISI, PEMERENGGANAN YANG TIDAK CUKUP MENGIKUT FORMAT KARANGAN, KERAP MELAKUKAN KESALAHAN BAHASA (TATABAHASA), FORMAT KARANGAN, DAN MASALAH TULISAN:-
A Pengenalan
Ø Takrif definisi tidak tepat
Ø Tidak menarik, tidak memperlihat
kematangan berfikir
Ø Tidak lengkap dan terlalu pendek
Ø Tidak menjurus kepada kehendak soalan
dan isi
Ø Ayat meleret-leret dan tidak releven
Penjelasan punca kelemahan:- Pelajar tidak menguasai kaedah menulis perenggan pengenalan kerana:-
a) Tidak mahir memilih
pengenalan yang
sesuai.
b) Kurang kreatif untuk
menggunakan bahan
yang ada di
sekeliling mereka contoh,
lagu,
pantun, petikan akbar, iklan, dan
sebagainya.
c) Tidak berusaha untuk
memantapkan
perenggan
pengenalan.
|
B Isi
Ø
Isi kurang dan tidak mencukupi
Ø
Isi tidak menepati tajuk. Isi
bercampur-aduk dengan isi konkrit dan bukan konkrit
Ø
Isi tidak disusuli contoh dan huraian
Ø
Isi berulang-ulang (sama)
Ø
Fakta yang diberi kurang tepat atau
salah.
Ø
Isi kurang logik, tidak matang, tidak
jelas dan sempit pengetahuan (Sikap kurang membaca)
Ø
Isi terpesong
Penjelasan punca kelemahan:- a) Kurang maklumat kerana pengetahuan sempit ( Kurang membaca). b) Tidak menguasai kaedah penulisan karangan samada kaedah deduktif, induktif atau gabungan kaedah penulisan. c) Tidak menguasai format karangan. d) Kurang latihan. c) Sikap ambil mudah semasa mengarang. |
C)
Pemerengganan
Ø
Tidak sesuai dan kadang-kadang isi
bercampur aduk dalam satu perenggan atau perenggan yang dibuat tidak mengandungi
isi baru.
Ø
Bercampur-aduk, tidak seimbang, tidak
teratur dan tidak kemas.
Ø
Perenggan yang dibuat ada yang
terlalu panjang, ada yang terlalu pendek.
Penjelasan punca kelemahan:- a) Tidak menguasai keaedah penulisan. ( Rujuk jenis-jenis kaedah.) b) Kurang membaca, kurang isi atau maklumat. |
D)
Bahasa
Ø
Bahasa lemah, tidak lancar
Ø
Berbelit-belit, sukar difahami
Ø
Ejaan dan tatabahasa banyak kesalahan
Ø
Struktur ayat terhad, kosa kata tidak
tepat
Ø Jumlah
bilangan perkataan sangat kurang, tidak memenuhi syarat
Penjelasan
punca kelemahan:-
a) Penguasaan tatabahasa lemah. b) Tiada usaha untuk menguasai kemahiran tatabahasa. c) Penguasaan perbendaharaan kata kurang. d) Kurang penguasaan frasa menarik seperti peribahasa, simpulan bahasa, kata-kata hikmah, kata-kata pemimpin, dan lain-lain lagi. |
E)
Format
Ø Tidak menepati atau tidak mengetahui
langsung format yang dikehendaki
Ø Tidak dapat membezakan kehendak
karangan sama ada karangan berformat atau tidak berformat.
Penjelasan punca kelemahan:- a) Kurang faham atau tidak membaca soalan dengan teliti. b) Tidak menguasai format-format karangan seperti karangan berformat dan tidak berformat. c) Kurang membaca. |
F)
Tulisan
Ø Tidak jelas, sukar dibaca dan
difahami
Ø Mengelirukan, comot, terdapat banyak
kesalahan ejaan
Ø Terlalu
kecil tulisan dan tidak kemas.
Penjelasan
punca kelemahan:-
a) Budaya atau kebiasaan. b) Tiada kesungguhan untuk membaiki tulisan. |
SETIAP PELAJAR BOLEH MENULIS KARANGAN. CUMA YANG MEMBEZAKAN HASILAN SESEBUAH KARANGAN SAMA ADA CEMERLANG, MEMUASKAN, SEDERHANA, DAN SELAINNYA ADALAH KERANA KRITERIA DAN KREATIFNYA SESEORANG PELAJAR SEMASA MENGARANG. CUBA LIHAT KARANGAN PELAJAR DI BAWAH. CUBA BACA DAN LIHAT BAGAIMANA PELAJAR BERKENAAN MENGOLAH KARANGANNYA. KEMUDIAN CUBA KESAN KAEDAH DIGUNAKAN DAN BAGAIMANA PELAJAR INI MENYELITKAN FRASA MENARIK SEMASA MENGARANG. INSYAALAH SELEPAS INI, SAYA AKAN CUBA MEMBINCANGKAN KAEDAH YANG BOLEH DIGUNAKAN SEMASA MENGARANG. DOAKAN SEMOGA SAYA MAMPU MENCORETKAN PERBINCANGAN SELANJUTNYA.
Berdasarkan karangan di atas, terdapat beberapa kesalahan tatabahasa dan saya terlepas pandang. Justeru, adakalanya pengaruh tulisan mampu menyejukkan perasaan pemeriksa kertas. Oleh sebab itu, pastikan tulisan anda kemas dan mudah dibaca. Namun, kesalahan berkenaan jika dikesan akan menyebabkan markah bahasa karangan di atas ditolak.
3 ulasan:
Terima kasih cikgu untuk rujukan format BM di atas. Izin saya copy ya untuk rujukan murid.
Terima kasih cikgu untuk rujukan format BM di atas. Izin saya copy ya untuk rujukan murid.
Berapa markah akan dipotong untuk karangan terpesong bahagian b
Catat Ulasan