Ahad, 27 Januari 2013

SOALAN KOMSAS ANTOLOGI UNTUK LATIHAN PELAJAR TING. 4S, 4K, 5K DAN 5H (KERJA DALAM CUTI)

SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI MASA SILA JAWAB SOALAN KOMSAS ANTOLOGI YANG TELAH DIBENTANGKAN DI DALAM KELAS. SEMASA MENJAWAB CUBA RUJUK FORMAT BAHAGIAN SOALAN KOMSAS ANTOLOGI SAMA ADA PROSA MODEN, PROSA TRADISIONAL, DAN PUISI SAMA ADA PUISI MODEN ATAU TRADISIONAL.

LATIHAN UNTUK PELAJAR TING. 4S, 4H, 5K, DAN 5H

 LATIHAN UNTUK TING. 4K DAN 5H
 LATIHAN UNTUK TING. 5K DAN 5H


JAWAPAN:-
Latihan  1. ( Syair Definisi Orang Berakal)
 Soalan (i)   Berikan kelebihan-kelebihan orang berakal ( 2 markah)
Kelebihan-kelebihan orang berakal antaranya ialah dipandang sangat mulia oleh masyarakat dan mereka juga menjadi ikutan orang lain. Selain itu, mereka pembela kepada orang teraniaya, dan kaya dengan sifat-sifat mulia.
Cadangan lain:-
- pandai memilih rakan dan taulan.
-tidak mudah lupa diri apabila memperoleh kejayaan.
(Jawab dua isi sekurang-kurangnya dan jawapan ada dalam petikan teks)

Soalan (ii)   Dalam rangkap akhir syair ini dinyatakan bahawa orang yang berakal tidak berasa
                     bosan dalam mengejar ilmu pengetahuan.
                     Pada pandangan anda apakah cara-cara yang dapat dilakukan oleh sesorang itu 
                     untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.  ( 3 markah )

Pada pandangan saya, untuk meningkatkan ilmu pengetahuan seseorang itu perlu sentiasa belajar dan berguru, sentiasa berfikiran terbuka untuk menerima pendapat dan pandangan orang lain, serta mengkaji dan membuat rumusan tentang sesuatu perkara berkaitan dengan sumber ilmu.
Cadangan lain:-
-banyak berbincang dengan orang bijak pandai supaya ilmu mereka bertambah.
-banyak membaca dan berfikir untuk mendapatkan pelbagai ilmu.

(Jawab tiga  isi sekurang-kurangnya dan jawapan mesti berdasarkan pendapat sendiri. Binaan ayat jawapan anda perlu gramatis untuk mengelak markah ditolak )


Soalan (iii) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam syair tersebut. ( 4 markah )
Terdapat tiga pengajaran dalam syair tersebut, antaranya setiap individu perlu mencari ilmu pengetahuan agar mereka menjadi orang berakal dan sentiasa berbaik-baik dengan sahabat supaya mengelakkan bermusuhan dengan orang. Selain itu, kita hendaklah sikap merendah diri walaupun berilmu supaya orang lain menghormati kita. Bahkan juga, kita janganlah menghampiri orang yang rosak akhlaknya agar kita terelak daripada terpengaruh dengan perbuatan buruk mereka.
(Jawab empat  isi sekurang-kurangnya. Binaan ayat  anda perlu gramatis untuk mengelak markah ditolak )

Latihan  2. ( Petikan Prosa Klasik -Hikayat Langlang Buana)
 Soalan (i)   Apakah maksud rangkai kata berahilah hendak melihat( 2 markah)
Rangkai kata berahilah hendak melihat bermaksud keinginan untuk memandang.
( Format pertama soalan petikan prosa klasik berkaitan maksud frasa yang terdapat dalam teks )

Soalan (ii)  Gambarkan kehebatan Raja Indera Bumaya? ( 3 markah )
Berdasarkan teks, antara kehebatan Raja Indera Bumaya ialah baginda boleh mengubah diri menjadi burung bayan, bertukar menjadi burung nuri yang pandai berpantun dan berkata-kata, serta boleh bertukar menjadi karangan bunga yang indah.
( Jawapan soalan petikan prosa klasik ini terdapat dalam teks )

 Soalan (iii) Pada pendapat anda, mengapakan Raja Indera Bumaya ingin menunjukkan 
                     kehebatannya. ( 4 markah )
 Pada pendapat saya, Raja Indera Bumaya cuba menunjukkan kehebatan baginda kerana ingin mengetahui isi hati tuan puteri. Selain itu, baginda ingin mengagumkan tuan puteri dan ingin memikat tuan puteri. Bahkan juga, baginda ingin memperlihat atau membuktikan kehebatan dan kesaktian yang dimiliki baginda.
(Jawab empat  isi sekurang-kurangnya. Selain itu, jawapan anda mestilah logik. Pastikan binaan ayat  anda gramatis untuk mengelak markah ditolak )

Latihan 3 ( Prosa Moden - Cempaka Berdarah)

Soalan  (i)  Apakah tujuan Profesor Peter berjumpa dengan Mak Jah? ( 2 markah )
Profesor Peter berjumpa dengan Mak Jah untuk mengambil Cempaka yang disangka adiknya yang hilang semasa peperangan dengan Jepun. Selain itu, Profesor Peter ingin Cempaka hidup dalam keluarganya.
(Jawab dua isi sekurang-kurangnya dan jawapan ada dalam petikan teks)

Soalan (ii) Andaikan anda Zaman, apakah tindakan-tindakan yang wajar anda ambil untuk 
                   menyelamatkan Cempaka?   ( 3 markah )
Sekiranya saya Zaman, saya akan melaporkan tindakan Profesor kepada pihak polis untuk diambil tindakan. Selain itu, saya akan meminta bantuan penduduk kampung untuk menghalang tindakan Profesor Peter untuk mengambil Cempaka. Bahkan juga, saya akan membuktikan Cempaka ialah adik saya dengan membuat ujian DNA.
Cadangan lain:-
-melarikan @ menyembunyikan Cempaka ke tempat lain.
-mengahwini Cempaka.


Soalan (iii)  Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai murni 
                     lagi daripada keseluruhan drama.

Nilai murni dalam petikan :-
- keberanian, contohnya Cempaka berani melawan Prof. Peter.
-hormat-menghormati, contohnya Zaman menghormati pensyarahnya iaitu Prof. Peter walaupun tidak sependapat.

Nilai murni keseluruhan drama:-
-kasih sayang, contohnya Mak Jah menyayangi anak-anaknya.
-berbudi bahasa, contohnya Mak Jah melayani Prof. Peter dengan baik walaupun tidak mengenalinya.
-berhati-hati, contohnyaMak Jah menyuruh Cempaka masuk ke dalam bilik ketika Prof. Peter datang ke rumah mereka.
( Jawapan anda perlu dalam ayat yang gramatis dan elakkan menulis jawapan dalam bentuk 
   point seperti di atas )
Kesimpulannya, isi jawapan yang perlu anda senaraikan perlu merujuk jumlah markah. Hati-hati semasa menjawab soalan berkenaan.
Selain itu, pastikan kata kunci soalan seperti huraikan, jelaskan, bincangkan, buktikan, dan sebagainya memerlukan anda menghuraikan jawapan anda.

Diharapkan anda dapat menjawab soalan di atas dengan lengkap.
Selamat Kembali Semula Ke Sekolah. 
 

Tiada ulasan: