Rabu, 30 Disember 2020

LATIHAN MASTERI TATABAHASA YANG TELAH SAYA UPLOAD PADA TAHUN 2017, MASIH BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI LATIHAN UNTUK MENGUASAI KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN 4(D) ATAU UNTUK MENYELITKAN DALAM KARANGAN. JAWAPAN SOALAN DIIKUTI DENGAN JAWAPAN. SELAMAT MENCUBA.

HATI-HATI KESALAHAN TATABAHASA SEMASA MENJAWAB SOALAN KERTAS BM 1 (KARANGAN) DAN BM 2 ( PEMAHAMAN, TATABAHASA, DAN NOVEL . SEBAGAI INGATAN TERAKHIR SEBELUM PAWAT. ULANGAN SIARAN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN PELAJAR.

ULASAN SOALAN 1 ( RUMUSAN) DAN ULASAN SOALAN 2(A) PEMAHAMAN UMUM SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU 2 PEPERIKSAAN AWAL TAHUN 2020 SMK SERI LONDANG. MOHON KEPADA PELAJAR MEMAHAMAI ULASAN SAYA KERANA BANYAK IMPAK MARKAH YANG ANDA TERIMA KESALAHAN YANG ANDA LAKUKAN TERUTAMA BAHAGIAN RUMUSAN. . SEMOGA PAWAT 2020 MEMBERI KESEDARAN PERI PENTING BERHATI-HATI SEMASA MENJAWAB SOALAN, TERUTAMANYA SOALAN RUMUSAN. INSYA-ALLAH SAYA AKAN MENERUSKAN ULASAN SAYA UNTUK ITEM YANG LAIN SELAPAS INI. DOAKAN SAYA UNTUK MENERUSKAN ULASAN SAYA UNTUK KEPENTINGAN PELAJAR SMK SERI LONDANG, KHUSUSNYA PELAJAR SAYA KELAS 5 SAINS.

ULASAN SOALAN 4 (B) KAJIAN DUA NOVEL PEPERIKSAAN AWAL PERSEKOLAHAN SMK SERI LONDANG 2020.

ULASAN DAN PANDANGAN SOALAN BAHAGIAN A KARANGAN BERPANDU ATAU RANGSANGAN SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU 1 SOALAN PEPERIKSAAN AWAL TAHUN ( PAWAT ) SMK SERI LONDANG 2020

MODUL GURU BMSPM, ANTOLOGI JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL (SEJARAH RINDU)

LATIHAN PENGUKUHAN LATIHAN LATIH TUBI PENGUNAAN PENANDA WACANA DALAM BAHASA MELAYU ( DENGAN JAWAPAN).

SEMOGA DENGAN SOALAN-SOALAN PERIBAHASA BERKENAAN AKAN MEMBANTU ANDA BERSEDIA MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2020. ( ULANGAN)

SKEMA JAWAPAN ANTOLOGI NOVEL , DISEDIAKAN OLEH SEKTOR PEMBELAJARAN, JABATAN PELAJARAN PERAK 2020.

Selasa, 22 Disember 2020

LATIHAN TATABAHASA SEBAGAI MEMANTAPKAN TATABAHASA ANDA. SEMOGA ANDA BERJAYA MENCARI JAWAPANNYA.

KATA MAJMUK MANTAP DAN KESANNYA DALAM BINAAN AYAT.

LATIHAN SOALAN 3(C) MENGESAN KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN, 3 (D) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN TATABAHASA DAN 3(E) PERIBAHASA. SELAMAT MENCOBA MENCARI JAWAPANNYA.

JAWAPAN SOALAN KATA PEMERI IALAH DAN ADALAH. (LATIHAN ULANGAN)

LATIHAN PENGGUNAAN KATA PEMERI IALAH DAN ADALAH. (LATIHAN ULANGAN)

 LATIH TUBI PENGGUNAAN KATA PEMERI IALAH DAN ADALAH


Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu:
i. adalah
ii. ialah

Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja.

KATA PEMERI
MAKSUD
AYAT CONTOH
ialah
-menunjukkan persamaan
-hadir di hadapan frasa nama
1. Rumah yang cantik itu ialah
    rumah En. Mazlan.
2. Emak ialah seorang guru.
3. Agama rasmi Negara ialah
   agama Islam.
Adalah
- menunjukkan huraian atau
  keterangan.
- Hadir di hadapan frasa
  adjektif dan frasa sendi

1. Meja yang dibeli itu adalah
    daripada kayu jati.
2. Warna kasut abang adalah
    hitam.
3. Tujuan pertandingan itu
    diadakan adalah untuk
    mencungkil bakat baru.

Nota :

1. Pada umumnya, kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama dengan kata nafi.

SALAH
BETUL
Siswazah yang baru lulus itu ialah bukan pengetua maktab.
Arahan itu adalah bukan untuk semua pegawai.

Siswazah yang baru lulus itu bukan pengetua maktab.
Arahan itu bukan untuk semua pegawai.

2. Kata pemeri boleh wujud dalam binaan kata nafi + frasa adjektif.
Contoh binaan kata nafi + kata adjektif:-

i.   Tidak benar
ii.  Tidak cantik
iii. Tidak adil

Contoh ayat:
Laporan itu adalah tidak benar.
Keputusan itu adalah tidak adil.

3. Kata pemeri TIDAK BOLEH hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Penggunaan kata pemeri adalah dalam ayat-ayat berikut dianggap menyalahi tatabahasa Bahasa Melayu.

Contoh:-
i. Adalah diberitahu sekolah akan ditutup esok.
  Struktur ayat yang betul ialah:
  Dengan ini diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
  Anda diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
  Ibu Bapa diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
  Tuan-tuan diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
  Dengan hormatnya diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.

ii.  Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Selasa.
    Struktur ayat yang betul ialah:
    Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Selasa.

iii. Kegagalan projek itu adalah disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu.
    Struktur ayat yang betul ialah:-
    Kegagalan projek itu disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu.

Saya tambah nota kata pemeri ialah dan adalah semoga anda akan lebih faham fungsi dan penggunaan kata pemeri dalam binaan ayat.


KATA PEMERI -   IALAH DAN ADALAH

Kata pemeri ialah kata tugas yang memerihalkan atau menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam perdikat.  Terdapat dua jenis kata pemeri dalam bahasa Melayu, iaitu ialah dan adalah.  Penggunaan yang betul bagi kedua-dua kata pemeri ini baik dalam lisan dan tulisan sering diabaikan.   Sebenarnya tanggapan ini salah.  Menukar ganti kata pemeri dengan sewenang-wenangnya perlu diperbetulkan. 

KATA PEMERI ‘IALAH’

Kata pemeri  ‘ ialah ’ diletakkan di hadapan frasa nama bagi menjelaskan persamaan.  Contoh ayat:

1      Bunga Raya ialah bunga kebangsaan negara kita.
         [… ialah + frasa nama ‘bunga Raya ialah bunga kebangsaan Negara
         Malaysia]

2       Lelaki itu ialah Yusri.
          [… ialah + frasa nama ‘ Yusri ’ ]

3       Angin ialah udara yang bergerak.
         [… ialah + frasa nama ‘ udara yang bergerak ’]

Bagaimanapun, sebenarnya kata pemeri ‘ ialah ’ hanya bersifat pilihan atau dalam erti kata yang lain boleh digugurkan. 

Dalam erti kata lain, tanpa kehadiran ialah, ayat (1), (2) dan (3) yang dibina tetap gramatis:

i)   Bunga raya bunga kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

ii)  Lelaki itu Yusri.

iii) Angin udara yang bergerak.

Namun yang demikian, bagi ayat yang lebih panjang, kehadiran kata pemeri ‘ ialah ’ dapat membantu meningkatkan  kefahaman kerana pemisahan antara subjek dengan predikat ayat adalah lebih jelas, seperti contoh berikut:

Lelaki yang baru saja memasuki dewan itu ialah Yusri.

Kata pemeri ‘ ialah ‘ tidak boleh ditulis di hadapan kata kerja kerana penggunaannya tidak gramatis

  
KATA PEMERI ‘ ADALAH ’

Kata pemeri ‘ adalah ’ diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama bagi menjelaskan sesuatu secara huraian, seperti contoh ayat berikut:

4.     Kepakaran beliau adalah dalam bidang komputer.
         [ … adalah + frasa sendi nama  ‘dalam bidang komputer ’]

5      Hadiah ini adalah untuk Nurul di sekolah.
        [… adalah + frasa sendi nama  ‘ untuk Nurul di sekolah ’]


6     Rupa-rupanya berita yang kita dengar selama ini adalah palsu.
        [… adalah + frasa adjektif  ‘palsu’]

Dalam konteks penggunaan bahasa Melayu baku, kata pemeri ‘adalah’ tidak boleh digunakan di hadapan kata kerja atau frasa kerja, seperti berikut:

7     Adalah dimaklumkan bahawa cuti persekolahan akan bermula pada hari
       Isnin depan.  (SALAH)

       Dengan ini dimaklumkan bahawa cuti persekolahan akan bermula pada   
       hari Isnin depan.  (BETUL)

8    Amalan bergotong royong adalah merupakan amalan mulia.  (SALAH)

      Amalan bergotong royong merupakan amalan mulia.  (BETUL)

 Rumusannya, kata sendi  ‘ ialah ‘ dan ‘ adalah ‘ tidak boleh hadir sebelum kata kerja.

Namun begitu, kata pemeri ' adalah ' boleh ditulis sebelum kata kerja apabila disertakan kata sendi seperti  adalah kerana, adalah sebab, adalah untuk, dsb. 
Contoh ayat :  
  
i)    Matlamat utama gotong-royong adalah kerana kerja yang berat akan menjadi lebih 
      ringan apabila dilakukan secara bersama-sama.

ii)   Sumbangan derma itu dilakukan adalah untuk mengurangkan bebanan keluarga            yang  malang itu.

    Latihan:-

1.        Dr. Azhar yang berucap di perhimpunan sekolah ________­­­­­­­­­­­_________           
           bekas   penuntut sekolah ini. 

2.       Penuntut perempuan yang jelita itu ______________ tunangan orang. 

3.       Tiada siapa yang menyangka dia__  _________ sangat garang orangnya.

4.       Penyakit Hussein yang berjangkit itu _____________ penyakit yang tiada
          penawarnya lagi.

5.       Matlamat mengadakan laman web Bahasa Melayu__________ untuk    
          memberi pengajaran yang lebih berkesan.

6.       Pasar serbanika itu yang dibuka di kawasan itu_____________ untuk
          kemudahan penduduk di situ.

7.      Rumah baru di hadapan rumah saya itu ____________ milik Encik Mokhtar.

8.      Salah satu masalah remaja _____________ tabiat membelanjakan wang
         dengan berlebihan.

A.     Pilih jawapan yang betul.

01.   Hari ini ialah hari jadi Ahmad.
 A.    Betul         B. Salah

02.   Makanan kegemaran saya adalah nasi goreng.
 A.    Betul         B. Salah

03.   Harga barangan yang dijual di pasar raya itu adalah berpatutan.
        A. Betul      B. Salah

04.   Cita-cita saya adalah menjadi seorang pakar jantung.
        A. Betul      B. Salah

 05. Bertanggungjawab adalah sifat yang terpuji.
       A. Betul       B. Salah

06. Johan pertandingan bercerita sekolah menengah tahun ini adalah saudara
       Masyiroh Taib.
       A. Betul       B. Salah

07.  Tuduhan itu ialah palsu.
       A. Betul       B. Salah

08.   Pemuda yang kita jumpa tadi ialah seorang lulusan Universiti Al-Azhar.
       A. Betul       B. Salah

09.   Sapu tangan itu adalah pemberian kekasih abang saya.
       A. Betul       B. Salah

10.   Epok-epok adalah sejenis kuih tradisional.
        A. Betul      B. Salah


B.    Pilih kata pemeri yang sesuai.

1.    Farid ( ialah, adalah ) seorang kanak-kanak istimewa.

2.    Surat yang sampai tadi ( adalah , ialah ) daripada peguam.

3.   Ucapan yang disampaikan oleh pengetua ( adalah , ialah ) terlalu panjang.

4.    Warna kuning ( ialah , adalah ) warna diraja

5.    Wang peruntukan itu ( adalah , ialah ) untuk semua murid.

6.    Keputusan yang dibuat oleh hakim mahkamah itu ( adalah , ialah ) tidak adil.

7. .  Rumah setinggan di lereng bukit itu (adalah , ialah ) rumah Pak Abu.

8.    Suara guru itu ( adalah ,ialah ) tidak jelas.

 9.   Jawapan yang diberikan oleh pelajar itu (adalah , ialah ) tidak tepat.

10.  MEASAT 1 ( ialah , adalah )satelit pertama Malaysia.

SEMOGA DENGAN LATIHAN DI ATAS, ANDA TIDAK MELAKUKAN KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PEMERI.

JAWAPAN LATIHAN KATA KERJA TRANSITIF (KKT) DAN KATA KERJA TAK TRANSITIF (KKT). (LATIHAN ULANGAN)

LATIHAN KATA KERJA TRANSITIF DAN KATA KERJA TAK TRANSITIF. ( LATIHAN ULANGAN )

LATIHAN TAMBAHAN PENGGUNAAN KATA SENDI. (LATIHAN ULANGAN )

LATIHAN TATABAHASA HARI INI KATA GANTI NAMA DIRI. (LATIHAN ULANGAN)

UJI KEMAHIRAN TATABAHASA ANDA DENGAN MENGESAN KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN SERTA KESALAHAN ISTILAH DAN TATABAHASA. ISIKAN JADUAL PENGESANAN KESALAHAN BERKENAAN. SEMOGA ANDA DAPAT MENGESAN KESALAHAN-KESALAHAN TERSEBUT. (ULANGAN)

MENGESAN KESALAHAN EJAAN, IMBUHAN, ISTILAH DAN TATABAHASA. (ULANGAN)

KESALAHAN EJAAN YANG PERLU DIPERBETULKAN. ( ULANGAN)

ULASAN SOALAN 3 (C) MENGESAN KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN SOALAN PEPERIKSAAN AWAL TAHUN 2020 SMK SERI LONDANG 2020 ( ULANGAN)

ULASAN SOALAN 3 (D) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN TATABAHASA SOALAN PEPERIKSAAN AWAL TAHUN PERSEKOLAHAN SMK SERI LONDANG 2020 ( ULANGAN )

MARI MANTAPKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN 3. SOALAN 3, KEMAHIRAN BAHASA, PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM SMK TEBRAU, JOHOR 2019 ( ULANGAN)

DALAM SETIAP AYAT DI BAWAH, TERDAPAT DUA KESALAHAN PENGGUNAAN EJAAN DAN IMBUHAN ATAU KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISTILAH ATAU TATABAHASA. SENARAIKAN DAN BETULKAN KESALAHAN-KESALAHAN ITU PADA JADUAL PENGESANAN KESALAHAN EJAAN DAN IBUHAN SERTA KESALAHAN YANG SESUAI BERDASARKAN AYAT. JAWAPAN SOALAN KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN DISERTAKAN BERSAMA UNTUK MEMBANTU PELAJAR. SEMOGA BAHAN BERKENAAN DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENGUASAI KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN.

KEPENTINGAN RUMAH TERBUKA ( ISINYA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN KARANGAN JENIS DIMENSI NEGARA)

KEPENTINGAN RUMAH TERBUKA ( KARANGAN BERPANDU)

KEPIMPINAN PELAJAR SEKOLAH ( KARANGAN BERPANDU)

KARANGAN LANGKAH-LANGKAH ATAU USAHA-USAHA MENUNTUT ILMU (KARANGAN DIMENSI DIRI )

FAEDAH-FAEDAH MENUNTUT ILMU ( KARANGAN BERPANDU)

Isnin, 21 Disember 2020

FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN KEPADA MASYARAKAT ( KARANGAN BERPANDU)

AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN PADA MASA LAPANG ( KARANGAN BERPANDU)

KARANGAN DIMENSI DIRI; FAEDAH-FAEDAH MENGUASAI TEKNOLOGI MAKLUMAT KEPADA GOLONGAN REMAJA

PERMAINAN TRADISIONAL SEMAKIN DIPINGGIRKAN OLEH GENERASI MUDA. JELASKAN USAHA-USAHA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN BAGI MEMARTABATKAN PERMAINAN TRADISIONAL DI NEGARA KITA.

PEMBAKARAN TERBUKA MENJADI ISU DALAM KALANGAN MASYARAKAT DAN PUNCA MENYEBABKAN JEREBU SERING MELANDA NEGARA SABAN TAHUN. BINCANGKAN PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA MASALAH JEREBU DI MALAYSIA.

SEMANGAT KEJIRANAN DALAM KALANGAN RAKYAT NEGARA INI SEMAKIN LONGGAR. SEBAGAI SEORANG REMAJA, JELASKAN LANGKAH-LANGKAH YANG HARUS ANDA LAKUKAN SUPAYA SEMANGAT KEJIRANAN DALAM DIRI DAPAT DITINGKATKAN.

PERANAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK MEMANFAATKAN INTERNET

KARANGAN BERPANDU ( KELEBIHAN AMALAN BERGOTONG RORONG)

Sabtu, 19 Disember 2020

KARANGAN DIMENSI DIRI. SETIAP MURID MEMPUNYAI CITA-CITA TERSENDIRI UNTUK BERJAYA DALAM HIDUP TERMASUK MENCAPAI KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN DALAM PEPERIKSAAN. HURAIKAN LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM PEPERIKSAAN.

USAHA BERTERUSAN MEMBANTU GOLONGAN ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) MERUPAKAN SATU TINDAKAN YANG WAJAR DEMI MEMBOLEHKAN GOLONGAN INI MEMBERIKAN SUMBANGAN BERKESAN KEPADA NEGARA. PADA PENDAPAT ANDA, APAKAH USAHA-USAHA YANG WAJAR DILAKUKAN UNTUK MEMBANTU GOLONGAN INI?

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN - PRODUK PELANCONGAN DI MALAYSIA

LIHAT GAMBAR DI BAWAH DENGAN TELITI. HURAIKAN PENDAPAT ANDA TENTANG USAHA-USAHA UNTUK MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN DI NEGARA INI. PANJANG HURAIAN ANDA HENDAKLAH ANTARA 200 HINGGA 250 PATAH PERKATAAN.

GAMBAR DI BAWAH MENUNJUKKAN APLIKASI PERNIAGAAN DI ATAS TALAN. HURAIKAN PENDAPAT ANDA TENTANG KEBAIKAN-KEBAIKAN APLIKASI PERNIAGAAN DALAM TALIAN. PANJANG HURAIAN ANDA HENDAKLAH ANTARA 200 HINGGA 250 PATAH PERKATAAN.

GAMBAR DI BAWAH MENUNJUKKAN SEBAHAGIAN DARIPADA PUNCA-PUNCA PENCEMARAN SUNGAI. LIHAT GAMBAR DI BAWAH DENGAN TELITI. HURAIKAN PENDAPAT ANDA TENTANG PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PENCEMARAN SUNGAI. PANJANGNYA HURAIAN HENDAKLAH ANTARA 200 HINGGA 250 PATAH PERKATAAN..

CONTOH PENGUNAAN KAEDAH PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN, PERENGGAN ISI DAN PERENGGAN PENUTUP. PEMBAKARAN TERBUKA MENJADI ISU DALAM KALANGAN MASYARAKAT DAN PUNCA MENYEBABKAN JEREBU SERING MELANDA NEGARA SABAN TAHUN. BINCANGKAN PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA MASALAH JEREBU DI MALAYSIA.

KARANGAN JENIS DIMENSI NEGARA AGAK SUKAR DIJAWAP KERANA PELAJAR PERLU MENGUASAI MAKLUMAT BERKAITAN ISU YANG DIPERKATAKAN KERANA LARAS BAHASA YANG DIGUNAKAN IALAH LARAS EKONOMI. PELAJAR JUGA PERLU BANYAK MEMBACA DAN MENCARI MAKLUMAT DI INTERNET UNTUK MENJAWAB SOALAN INI. SELAMAT MENGARANG.

Pentingya program motivasi dalam kalangan remaja yang berada pada era dunia tanpa sempandan. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan program motivasi kepada diri anda dalam mendepani era dunia tanpa sempadan.

KARANGAN DIMENSI NEGARA YANG BOLEH MENJADI CONTOH KEPADA PELAJAR. NAMUN KARANGAN JENIS INI MEMERLUKAN ANDA BANYAK MEMBACA DAN BANYAK FAKTA UNTUK MENGHASILKAN KARANGAN DIMENSI NEGARA YANG LEBIH MENARIK. OLEH SEBAB ITU, PASTIKAN ANDA MEMBACA BETUL-BETUL SOALAN SERTA PASTIKAN ANDA BERSEDIA MENJAWAB SOALAN JENIS INI ATAU ANDA MEMILIH DIMENSI DIRI , KELUARGA ATAU MASYARAKAT. SEMOGA ANDA BERJAYA MENGHASILKAN KARANG MENGIKUT KEMAMPUAN ANDA.

Rabu, 4 November 2020

NOTA CERPEN MUNSYI, ANTOLOGI JAKET KULIT KIJANG DARI INSTANBUL- KAJIAN KOMSAS TINGKATAN 4

 

CERPEN MUNSYI
Cerpen ini mengisahkan hasrat ‘saya’, seorang anak muda, untuk berhijrah ke kota dihalang oleh bondanya yang bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh budaya-budaya negatif di bandar.  Pada bondanya, ‘saya’ masih belum mantap bahasa ibunda dan jati dirinya.  Menurut bondanya lagi, warga kota sudah hilang nilai-nilai tradisi seperti cinta akan agama, bahasa dan bangsa.  Penjajah telah berjaya menyemai sentimen perkauman dalam kalangan rakyat sehingga pernah tercetusnya pertumpahan darah akibat permusuhan antara kaum.  Oleh itu, bonda menasihatkan ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa dan negara supaya terus dihormati dan disegani.  Sebagai seorang warga yang bersifat patriotik, bonda memiliki banyak buku lama yang berkaitan dengan bahasa,dan sejarah.  Buku-buku tersebut selalu ‘saya’ baca. Menurut bonda, asas kegagahan bangsa Melayu terletak pada tiga perkara, iaitu akidah Islam, bahasa Melayu dan kesetiaan pada pemerintah yang adil. Setelah ‘saya’ berasa mampu berjuang di kota barulah bonda membenarkannya ke bandar untuk meneruskan kehidupan.  Namun bonda berpesan agar menjaga dua perkara iaitu agama dan bangsa.  Bonda juga mengirimkan sejumlah buku untuk kawan lamanya yang bernama Munsyi melalui ‘saya’.  Apabila tiba di bandar, ‘saya’ menyerahkan buku-buku tersebut pada kawannya itu yang pada pengamatan ‘saya, Munsyi’ merupakan seorang yang sangat mencintai bangsa dan budayanya.  Dia tinggal di tanah rizab Melayu di sebuah perkampungan tradisi di pinggir bandar.  Di bandar, ‘saya’ melihat kaum mudanya telah hilang identiti dan jati diri.  Akibat sibuk bekerja, ‘saya’ tidak bertemu Munsyi.  Suatu hari, ‘saya’ mendapat khabar bahawa perkampungan Munsyi akan dibangunkan dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel.  Apabila ‘saya’ mencari Munsyi di kampungnya, jentera-jentera berat sedang merobohkan rumah-rumah di situ.  ‘Saya’ sedih melihat buku-buku lama yang telah ‘saya’ bawa, musnah apabila rumah Munsyi dirobohkan namun Munsyi tidak kelihatan di mana-mana.

TEMA
Semangat cinta akan bahasa, agama, bangsa dan budaya yang tersemai dalam jiwa sekumpulan warga negara. Contohnya, ibu kerap menasihati ‘saya’ agar memelihara dan cinta akan agama, budaya dan bahasa agar dihormati oleh orang.

PERSOALAN
1.         Keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk membina kehidupan. Contohnya, ‘saya’ memohon keizinan ibunya untuk berhijrah ke bandar bagi membina kehidupannya seperti kebanyakan remaja yang lain.
2.         Peranan penjajah dalam usaha memecahbelahkan rakyat sesebuah negara. Contohnya,  pihak penjajah telah menjalankan sistem pecah dan perintah agar agihan kekayaan negara tidak berlaku secara adil hingga menimbulkan rusuhan kaum akibat rasa tidak puas hati rakyat.
3.         Kegigihan anak muda mempelajari segala ilmu untuk meneruskan kehidupannya. Contohnya, ‘Saya’ tekun belajar pelbagai ilmu yang berkaitan dengan kehidupan sebelum berhijrah ke bandar.
4.         Ketaatan seorang anak terhadap nasihat ibunya. ‘Saya’ mentaati nasihat ibunya yang tidak membenarkannya berhijrah ke bandar kerana pada pendapat ibunya ‘saya’ masih belum cukup kuat jati diri untuk tinggal di bandar.
5.        Kebimbangan seorang ibu terhadap anaknya. Contohnya, ibu keberatan untuk melepaskan ‘saya’ ke bandar kerana bimbang ‘saya’ terpengaruh akan budaya negatif yang terdapat pada remaja di bandar.

TEKNIK PENCERITAAN
1.         Dialog - “Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya.”
2.         Imbas kembali - Saya teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam empat dekad lampau.
3.         Imbas muka. - Di kota nanti carilah seorang sahabat lama bonda bernama Munsyi.
4.         Pemerian. Salam saya akhirnya dijawab oleh seorang lelaki di usia emas dengan janggut putih menutupi sebahagian muka yang putih bersih.  Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju Melayu bersamping bagaikan seorang maharaja di zaman kesultanan Melayu.  Di jari-jemarinya lengkap menggenggam sebilah keris bersarung cantik. 
5.         Kejutan. Saya mendengar khabar bahawa syarikat perumahan akan mengambil alih kampung tradisi yang didiami oleh Munsyi dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang.
6.         Saspens. Aku mencari Munsyi tetapi tidak berjumpa.

WATAK DAN PERWATAKAN
1.         Watak utama - ‘Saya’
·         Seorang yang taat -‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar.
·         Seorang yang amanah. -‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu buku-buku yang sepatutnya diserahkan kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar.
·         Seorang yang gemar membaca- ‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya.
·         Seorang yang tidak mudah putus asa -‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya.

2.         Watak sampingan
Bonda ‘saya’
·         Seorang yang berpengetahuan luas. -Bonda bercerita kepada ‘saya’ tentang sejarah pahit tanah air.
·         Seorang yang bersifat patriotik. -Bonda menasihati ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa ibunda dan negara.
·         Seorang yang amat memahami -Bonda mengizinkan ‘saya’ berhijrah apabila didapati anaknya itu sudah mantap ilmu dan jati dirinya.
Munsyi
·         Kawan lama bonda.
·         Seorang yang cinta akan budaya Melayu -Munsyi berpakaian tradisi Melayu yang lengkap dengan keris ketika menyambut kedatangan ‘saya’.
·         Seorang yang mengalu-alukan tetamu. -Munsyi tersenyum dan menjemput ‘saya’ masuk ke rumahnya.
LATAR
Latar masa
1.         Zaman pemerintahan penjajah - Penjajah telah memerintah negara menggunakan sistem pecah dan perintah.
2.         Zaman selepas merdeka - Rakyat sibuk mengejar harta dan pangkat sehingga lupa akan nilai, bahasa dan agama selepas dijajah.
Latar tempat
1.         Di kampung -Pada mulanya, bonda tidak membenarkan ‘saya’ meninggalkan kampung untuk berhijrah ke kota
2.         Di kota -‘Saya’ berhijrah ke kota untuk membina kehidupan yang lebih sempurna.
3.         Di sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota -Munsyi tinggal di sebuah rumah yang terletak di sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota.

Latar masyarakat
1.         Masyarakat kampung. -‘Saya’ dan bonda tinggal di kampung.
2.         Masyarakat remaja yang tinggal di bandar. -‘Saya’ dapati masyarakat remaja yang tinggal di bandar kebanyakannya telah hanyut oleh keseronokan hidup.
3.         Masyarakat yang mengamalkan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan. -Penduduk kampung tradisi mengadakan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap pencerobohan tanah milik mereka oleh pihak berkuasa.
4.         Masyarakat yang cekal dan berani. - Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.

GAYA BAHASA
1.         Kata ganda - Zaman- berzaman
2.         Metafora. - Pagar-pagar perkauman, pohon kebenaran, racun perkauman
3.         Peribahasa. -Bahasa jiwa bangsa
4.         Simile - Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju Melayu bersamping bagaikan seorang maharaja di zaman kesultanan Melayu.
5.         Hiperbola -Namun kerana hasad dengki, khianat, kronisme serta rasuah yang bermaharajalela, kegemilangan yang dibina musnah sekelip mata.

NILAI
1.         Patriotik. Bonda menasihati ‘saya’ agar sentiasa memelihara bahasa ibunda dan agama.
2.         Ketaatan. ‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar.
3.         Kegigihan. Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.
4.         Amanah. ‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu menyerahkan buku-buku kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar.

PENGAJARAN
1.         Kita hendaklah taat pada perintah dan larangan ayah dan ibu. ‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar
2.         Kita hendaklah gigih apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.
3.         Kita hendaklah rajin membaca untuk meningkatkan pengetahuan.‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya.
4.         Kita tidak boleh mudah putus asa apabila menemui kegagalan.‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya.




Soalan 2 (b)
Di bawah saya menyenaraikan sekolah/ daerah dan negeri menyoal soalan Cerpen Munsyi buat masa ini dalam peperiksaan percubaan tahun 2019. Inysa-Allah jika ada ruang dan masa, saya akan menyenaraikan soalan percubaan negeri yang lain yang menyoal soalan Cerpen Munsyi dalam analisis selanjutnya. Pelajar boleh merujuk soalan-soalan berkenaan di ruangan Soalan Percubaan sama ada sekolah, daerah, dan negeri di ruangan atas bahagian kanan, blog ini. Sekiranya saya dapat menyenaraikan soalan-soalan percubaan negeri daripada sumber sekolah, daerah dan negeri yang lain, saya akan meneruskan analisis ini.


  Bilangan sekolah, daerah dan negeri yang menyoal cerpen Munsyi dalam peperiksaan percubaan sehingga ke hari ini. Saya akan cuba mengemaskini data ini dari semasa ke semasa.

Persoalannya, kenapa sekolah, daerah dan negeri beminat memasukkan soalan Cerpen Munsyi dalam 
peperiksaan percubaan SPM tahun 2020. Jika dirujuk daripada analisis soalan yang telah 
saya lampirkan sebelum ini, soalan Cerpen Munsyi belum pernah ditanya dalam peperiksaan SPM. 
Analisis soalan selain Cerpen Munsyi akan saya paparkan di dalam blog ini, insya-Allah.

Di bawah disenaraikan antara soalan Cerpen Munsyi yang dikeluarkan oleh pihak sekolah, daerah dan 
negeri sebagai rujukan pelajar. Pelajar boleh merujuk

Soalan Peperiksaan Percubaan 2019 SMK Sungai Manik, Perak.
Soalan 2(b) – Petikan Cerpen

            Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 “Mel, buku-buku ini khazanah nenek moyang kita. Di kota nanti carilah seorang sahabat lama bonda bernama Munsyi. Hadiahkan buku-buku ini kepadanya kerana masih ada nilainya di kota sana.”
Saya akur dengan permintaan bonda yang mahu saya menjaga buku-buku itu dengan baik. Kata bonda, hanya insan bernama Munsyi sahaja yang layak menyimpan khazanah lama itu. Lalu, sebaik sahaja tiba di ibu kota,saya berusaha menjejak tempat kediaman sahabat bonda melalui peta yang dibekalkan bonda. Pencarian saya membawa saya ke sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota yang merupakan tanah rizab Melayu. Akhirnya,selepas bertanya beberapa kali,saya tiba di sebuah rumah kayu berukir indah dengan pelbagai seni dan corak. Salam saya akhirnya dijawab seorang lelaki berusia emas dengan janggut putih menutupi sebahagian muka yang putih bersih. Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju Melayu bersamping bagaikan seorang maharaja pada zaman Kesulatanan Melayu. Jari-jemarinya lengkap menggenggam sebilah keris bersarung cantik. Dia memandang saya lama-lama.
            “Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya?”
                               Selepas saya memperkenalkan diri, dia mula tersenyum meramahi saya sebelum menjemput saya masuk.
                               Kami bersalaman erat. Saya menyampaikan salam bonda kepadanya sebelum menghulurkan beg berisi puluhan kitab lama yang saya bawa dari kampung.

           (Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’ oleh Husna Nazri
                               dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
                                                  Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)  Berdasarkan petikan cerpen di atas, apakah pesanan bonda kepada  Mel?                                        
                                                                                                    [2 markah

(ii)        Pada masa ini, bahan-bahan kesusasteraan kurang menarik minat para remaja.

 Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk memupuk minat para 
 remaja terhadap bahan-bahan kesusasteraan?


                                                                                                            [3 markah]

(iii)       Jelaskan satu perwatakan Mel yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan  satu 
             perwatakan Mel yang lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.  

                                                                                                                     [markah]


Soalan Peperiksaan Percubaan 2019, SMK Sungai Karangan, Kedah.
Soalan 2(b) – Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.



 “Mel, buku-buku ini khazanah nenek moyang kita. Di kota nanti carilah seorang sahabat lama bonda bernama Munsyi. Hadiahkan buku-buku ini kepadanya kerana masih ada nilainya di kota sana.”
Saya akur dengan permintaan bonda yang mahu saya menjaga buku-buku itu dengan baik. Kata bonda, hanya insan bernama Munsyi sahaja yang layak menyimpan khazanah lama itu. Lalu, sebaik sahaja tiba di ibu kota,saya berusaha menjejak tempat kediaman sahabat bonda melalui peta yang dibekalkan bonda. Pencarian saya membawa saya ke sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota yang merupakan tanah rizab Melayu. Akhirnya,selepas bertanya beberapa kali,saya tiba di sebuah rumah kayu berukir indah dengan pelbagai seni dan corak. Salam saya akhirnya dijawab seorang lelaki berusia emas dengan janggut putih menutupi sebahagian muka yang putih bersih. Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju Melayu bersamping bagaikan seorang maharaja pada zaman Kesulatanan Melayu. Jari-jemarinya lengkap menggenggam sebilah keris bersarung cantik. Dia memandang saya lama-lama.
                “Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya?”
                               Selepas saya memperkenalkan diri, dia mula tersenyum meramahi saya sebelum menjemput saya masuk.
                               Kami bersalaman erat. Saya menyampaikan salam bonda kepadanya sebelum menghulurkan beg berisi puluhan kitab lama yang saya bawa dari kampung.

         (Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’ oleh Husna Nazri
                     dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
         Dewan Bahasa dan Pustaka)

 (i)                 Berdasarkan petikan cerpen di atas, apakah pesanan bonda kepada Mel? 
                                    
                                                                                                                     [2 markah

(ii)        Pada masa ini, bahan-bahan kesusasteraan kurang menarik minat para remaja.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk memupuk minat 
para remaja terhadap bahan-bahan kesusasteraan?



                                                                                                            [3 markah]

(iii)       Jelaskan satu perwatakan Mel yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan     satu 
             perwatakan Mel yang lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.  
                                                                                                                            [4 markah]


Soalan Peperiksaan Percubaan 2019 SMK Seri Londang, Daerah Perak Tengah.
Soalan 2 (b) – Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang 
berikutnya  dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Saya akur dengan permintaan bonda mahu saya menjaga buku-buku itu dengan baik. Kata 
bonda, hanya insan bernama Musyi sahaja yang layak menyimpan khazanah lama itu. Lalu, 
sebaik sahaja tiba di ibu kota, saya berusaha menjejak tempat kediaman sahabat bonda 
melalui peta yang dibekalkan bonda.Pencarian saya membawa saya ke sebuah 
perkampungan tradisi di pinggir kota yang merupakan tanah rizab Melayu. Akhirnya, 
selepas bertanya beberapa kali, saya tiba di sebuah rumah kayu berukir indah dengan 
pelbagai seni dan corak. Salam saya akhirnya dijawab seorang lelaki pada usia emas 
dengan janggut menutupi sebahagian muka yang putih bersih. Pakaiannya lengkap dengan 
tengkolok dan baju Melayu bersamping bagaikan seorang maharaja pada zaman Kesultanan 
Melayu.Jari jemarinya lengkap menggenggam sebilah keris bersarung cantik. Dia 
memandang saya lama-lama.
  “ Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya?”  
Selepas saya memperkenalkan diri, dia mula tersenyum meramahi saya sebelum 
menjemput saya masuk.   
    Kami bersalaman erat. Saya menyampaikan salam bonda kepadanya sebelum 
menghulurkan beg berisi puluhan kitab lama yang saya bawa dari kampung.
   Minggu-minggu pertama saya berada di kota mewah ini, dapat saya saksikan kerapuhan 
jiwa anak-anak muda sebangsa  saya. Mereka dihanyutkan keseronokan hidup dengan 
memperdagangkan maruah dan peribadi.Saya berasa jelik dan aib menyaksikan adengan 
sumbang wajah-wajah anak muda peribumi tanah air ini yang tidak segan silu menjual  
bahasa  ibunda dan merosakkan agama yang murni.

Dipetik daripada cerpen “Musyi”dalam
Antalogi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka


(i)                 Apakah yang ‘saya’  lakukan selepas menerima pesanan bonda?

                                                                                                                [2 markah]

(ii)              Jati diri remaja pada masa kini semakin luntur.

Pada pendapat anda , bagaimanakah cara untuk memupuk semangat cinta akan 
bahasa kebangsaan dalam kalangan remaja?                                         [3 markah]


(iii)            Huraikan satu perwatakkan ‘saya’ yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu perwatakkan ‘saya’ yang lain dari keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. 

                                                                                                                [ 4 markah ]