Laman Bahasa Melayu Ini Dibina Pada Tahun 2009 semasa saya mengajar di SMKA Sultan Azlan Shah. Semenjak Saya Bertugas Di PPD Perak Tengah Pada Tahun 2014, cikguramsulbmspm.blogpot.com tidak Beroperasi. Namun, Apabila Saya Ditukarkan Ke SMK Seri Londang Dan Mula Bertugas Pada 27 Mac 2017, Saya Mengaktifkan Semula blogspot Ini Untuk Kemudahan Pelajar Ting. 4 dan Ting. 5 SMK Seri Londang, Gelung Pepuyu, Bota, Perak yang Bakal Menghadapi Peperiksaan SPM. Semoga Blogspot Ini Dapat Membantu Pelajar.
Sabtu, 13 Julai 2013
KERJA RUMAH KERTAS 1 TASK FORCE JPN PENGUKUHAN 3 (KERJA RUMAH 13 HINGGA 14 JULAI 2013)
PERINGATAN KEPADA PELAJAR TINGKATAN 5
DI BAWAH DISENARAIKAN KERJA RUMAH ANDA MINGGU INI.
SEBELUM ITU, PASTIKAN KERJA TASK FORCE PENGUKUHAN 2 (KERTAS 2 BM) DISELESAIKAN TERLEBIH DAHULU.
Selain itu, saya ingin mengingatkan anda kerja rumah task force 3 amat sesuai dilakukan di rumah kerana anda mempunyai kemudahan internet untuk mendapatkan pelbagai info untuk membantu menyelesaikan kerja anda. Hanya pelajar yang tidak berusaha sahaja yang akan mengganggap kerja rumah ini sukar kerana tidak merujuk kemudahan yang ada di rumah. Jika kerja ini dilakukan di sekolah anda sukar untuk mencari info terbaik untuk digunakan sebagai bahan untuk menulis karangan tersebut. Paling utama, sebelum anda mengarang fikirkan kriteria karangan cemerlang yang saya tekankan setiap kali pengajaran dan pembelajaran karangan sama ada berpandu atau karangan umum. Ingat hanya pelajar yang mengutamakan kecemerlangan dalam menghasilkan karangan yang akan mudah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2013. Ingatan, elakkan sikap menangguh kerja kerana sikap ini akan merugikan anda.
Saya harapkan pelajar tingkatan 4S memilih salah satu, sama ada soalan karangan berpandu atau karangan umum sebagai kerja rumah. Harap maklum.
Langgan:
Catatan (Atom)