Laman Bahasa Melayu Ini Dibina Pada Tahun 2009 semasa saya mengajar di SMKA Sultan Azlan Shah. Semenjak Saya Bertugas Di PPD Perak Tengah Pada Tahun 2014, cikguramsulbmspm.blogpot.com tidak Beroperasi. Namun, Apabila Saya Ditukarkan Ke SMK Seri Londang Dan Mula Bertugas Pada 27 Mac 2017, Saya Mengaktifkan Semula blogspot Ini Untuk Kemudahan Pelajar Ting. 4 dan Ting. 5 SMK Seri Londang, Gelung Pepuyu, Bota, Perak yang Bakal Menghadapi Peperiksaan SPM. Semoga Blogspot Ini Dapat Membantu Pelajar.
Sabtu, 4 Februari 2023
SOALAN BAHASA MELAYU SPM TAHUN 2021 KERTAS 2, SOALAN 1 MORFOLOGI YANG TELAH DIKEMUKAKAN PADA TAHUN LEPAS.
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , SOALAN PERCUBAAN SPM NEGERI KELANTAN TAHUN 2022, SOALAN NO.1 : MORFOLOGI (SISTEM DAN APLIKASI BAHASA)
Nota kata adjektif:-
Jawapannya:-
Terdapat tujuh kata adjektif dalam petikan dan anda dikehendaki memilih empat kata
adjektif sebagai jawapan. Kata adjektif berkenaan:-
i) baik
ii) muda
iii) kecil
iv) tua
v) bernas
vi) indah
vii) lembut.
Kemudian, anda dikehendaki membina empat ayat menggunakan kata adjektif
yang anda pilih.
i)
ii)
iii)
iv)
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , SOALAN PERCUBAAN SPM NEGERI PAHANG TAHUN 2022, SOALAN NO.1 : MORFOLOGI (SISTEM DAN APLIKASI BAHASA)
Nota kata adjektif:-
Jumaat, 3 Februari 2023
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , SOALAN PERCUBAAN SPM SBP TAHUN 2022, SOALAN NO.1 : MORFOLOGI (SISTEM DAN APLIKASI BAHASA)
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , SOALAN PERCUBAAN SPM NEGERI SABAH TAHUN 2022, SOALAN NO.1 : MORFOLOGI (SISTEM DAN APLIKASI BAHASA)

Nota Kata nama dan
kata kerja
1. Nama betul
dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
Nama Am
2. Kata Nama Am
ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan
sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am
digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Manusia , orang |
ayah, perempuan,
kerani, polis, guru, doktor, askar dll |
binatang |
ayam, gajah, kerbau
anjing, kuda, burung, ikan dll |
tumbuh- tumbuhan |
pokok, betik, rumput,
lalang dll |
benda |
pasir, kayak, radio,
rumah. Motorkar, pen, buku, dll |
tempat |
pejabat, pulau,
sekolah, kampung, bandar, negeri dll |
Kata nama
am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Kata Nama Khas
1. Kata nama khas
ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama
ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
2. Benda-benda yang
bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Benda-benda
yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan
sebagainya.
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas
ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
manusia |
Zaidi, Mei Fong, Subramaniam |
binatang |
Tompok (kucing), Jalak (ayam) |
tempat |
Muar (daerah), Seremban (bandar), Jepun (negara) |
bangunan |
Pudu Raya (perhentian
bas dan teksi), Menara Tun Razak
(pejabat) |
judul buku |
Keluarga (majalah), Rentong (novel), Kamus Dewan ( buku) |
benda |
Proton Perdana (kereta), Pilot (pen), Seiko (jam) |
KATA KERJA
Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu
perbuatan.Dalam sesebuah ayat,kata kerja berfungsi sebagai predikat. Kata kerja
merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau
dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata
kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata
kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ). Menurut (Nik Safiah Karim et
al. 2009), kata kerja sebagai satu golongan kata boleh dibahagikan kepada dua
kumpulan utama, iaitu, kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
Kata Kerja Transitif
Kata Kerja Transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya
kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut
(objek). Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan 'me-' sama ada sebagai
awalan atau sebahagian daripada imbuhan seperti mengambil, mendermakan,
membacakan, menduduki, mempersilakan.
Contoh ayat: Ali menyepak bola.
Mereka memancing ikan.
Berdasarkan contoh di atas, jelas perbuatan menyepak, memancing tersebut
terkena kepada orang atau benda lain.
Contoh: Kucing itu menangkap seekor burung.\
Perempuan itu menjual sayur.
Bapa itu sedang menulis surat.
Menurut Tatabahasa Dewan, kata kerja transitif ialah kata kerja yang
mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan
maksudnya. Contoh:
Subjek Kata Kerja Transitif
Objek
1. Kakak
memasak
kari ayam.
2. Farid
menendang bola.
3. Sabri
menulis
surat.
Jenis-jenis Kata Kerja Transitif
Kata kerja transitif boleh dibahagikan kepada dua jenis:
a) Kata kerja transitif aktif- berfungsi dalam ayat aktif
Anisah mencuci pakaian di tepi sungai.
b) Kata kerja transitif pasif- berfungsi dalam ayat pasif
Pakaian dicuci oleh Anisah di tepi sungai.
Kata Kerja Tak Transitif
Kata Kerja Tak Transitif ialah kata kerja yang tidak mengambil apa-apa objek.
Menurut Tatabahasa Dewan, kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak
memerlukan penyambut atau objek sesudahnya.
Jenis-jenis Kata Kerja Tak Transitif
a) Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh
pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat (Nik Safiah Karim et al. 2009) .
Contoh:
Subjek Kata Kerja Tak
Transitif Berpelengkap Pelengkap
1.Adik bermain
di
padang.
2.Alias tinggal
di Kedah.
b) Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
KAta Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri
sendiri tanpa objek atau penyambut. Contoh:
Subjek Kata
Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
Keterangan
1.Mereka makan di sawah.
2.Mereka membeli-belah
di Ipoh.
Jawapannya:-
Kata Nama:-
i) Universiti Putra Malaysia ( UPM)
ii) dron
iii) Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara, Besut.
Bina dua ayat menggunakan kata nama yang telah anda peroleh:-
i) Dron tersebut digunakan oleh tentera Malaysia untuk mengawal kegiatan pengganas
yang sering menceroboh kawasan persisiran pantai negara.
ii) Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara, Besut telah
menjalankan kaedah semaian hidroponik padi terkini.
Kata kerja:
i) menggunakan
ii) merakam
iii) memperkenal
iv) pengeluaran
v) penerbangan
Bina dua ayat menggunakan kata kerja yang anda pilih daripada lima lima kata kerja yang terdapat dalam petikan:-
i) Fatimah menggunakan pisau untuk memotong sayur -sauran
ii) Daud merakamkan video sepanjang lawatan mereka ke Pulau Tioman sebagai kenang- kenanngan.
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , SPM LIMBANG SARAWAK TAHUN 2022, SOALAN NO.1 : MORFOLOGI (SISTEM DAN APLIKASI BAHASA)
Jenis Kata Bilangan | Contohnya |
Kata bilangan tentu 1. Menunjukkan bilangan yang tertentu. 2. Boleh diikuti oleh penjodoh bilangan | Satu, dua, tiga, dan seterusnya Contoh ayat: Dua ekor kambing. |
Kata bilangan tak tentu. (Menunjukkan bilangan yang tidak tentu) | Beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-setengah, dan sebagainya. Contoh ayat: Segala maklumat akan dikumpulkan. |
Kata bilangan pecahan. (Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan) | Suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya. Contoh ayat: Hanya sepertiga ibu bapa murid tahun enam yang hadir ke majlis itu. |
Kata bilangan pisahan. (Menunjukkan bilangan yang berpisah) | Setiap, tiap-tiap, setiap, masing-masing. Contoh ayat: Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera. |
Kata bilangan himpunan. (Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan) | Kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, dan sebagainya. Contoh ayat: Kebun Pak Abu menghasilkan berpuluh-puluh bakul durian setiap tahun. |
Kata bilangan tingkat. (Menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah) | Pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya. Contoh ayat: Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan lukisan. |
Jenis Kata Bilangan |
contoh |
Kata
bilangan himpunan 1.
Menunjukkan bilangan yang tertentu. 2.
Boleh diikuti dengan penjodoh bilangan. 3.
Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan. |
1.
satu,dua tiga, sepuluh 2.
Dua ekor kambing. 3.
keempat-empat, berpuluh-puluh, berjuta-juta, berabad-abad 4.
Kebun Pak Abu menghasilkan berbakul-bakul durian setiap tahun. |
Kata
bilangan tak tentu 1.
Menunjukan bilangan yang tidak tentu. |
1.
segala, semua, para, beberapa, seluruh 2.
Segala maklumat akan dikumpulkan. |
Kata
bilangan tingkat 1.
menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah. |
1.
pertama, kedua, ketiga 2.
Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan melukis. |
Kata
bilangan pecahan 1.
Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan. |
1.
setengah. sepertiga, dua pertiga, seratus peratus 2.
Hanya sepertiga ibu bapa murid Tahun Enam yang hadir ke majlis itu. |
Kata
bilangan pisahan |
1.
Masing-masing, tiap-tiap, setiap 2.
Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera. |
Jawapannya seperti dalam senarai di bawah. Anda perlu menyenarai empat daripada lima kata bilangan yang disenaraikan.
i) kedua
ii) sebahagian
iii) sesetengah
iv) masing-masing
v) segala
Kemudiam, anda perlu membina empat ayat menggunakan kata bilangan yang telah anda pilih.
i)
ii)
iii)
iv)
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , SPM KUALA LUMPUR TAHUN 2022, SOALAN NO.1 : MORFOLOGI (SISTEM DAN APLIKASI BAHASA)
Nota berkenaan Kata Hubung
Perkataan yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal atau lebih daripada dua ayat tunggal. Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua ayat atau lebih daripada dua ayat dinamakan ayat majmuk.
Kata Hubung Gabungan
Kata hubung gabungan menyambungkan dua ayat yang sama penting kedudukan. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 239), kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama taraf sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan.
Contoh:
1. Dia membuka almari lalu mengambil bajunya.
2. Roziah mendengar radio sambil menggosok baju.
Kata hubung pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat kecil.
Ayat utama Ayat Kecil
1. [ Asmah senyum ] kerana [ dia sangat gembira ]
2. Kami akan berhenti menjalani latihan bola sepak jika hujan bertambah lebat.
3. Dia tidak putus asa walaupun dia tidak berjaya dalam temuduga tersebut.
Menurut Tatabahasa Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 :240), kata hubung pancangan ialah jenis kata hubung yang menyambung klausa-klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :
1. Kata hubung pancangan relatif
2. Kata hubung pancangan komplemen
3. Kata hubung pancangan keterangan
Jawapannya seperti tersenarai di bawah. Anda hanya perlu memilih empat kata hubung
daripada enam kata hubung yang disenaraikan di bawah.
i) yang
ii) untuk
iii) dengan
iv) dan
v) jika
vi) tetapi
Bina empat ayat menggunakan kata hubung yang telah anda pilih.
i)
ii)
iii)
iv)
Selasa, 31 Januari 2023
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , SPM NEGERI TERENGGANU TAHUN 2022, SOALAN NO.1 : MORFOLOGI (SISTEM DAN APLIKASI BAHASA)
BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[35 markah]
1 Baca petikan di bawah dengan teliti.
Kenal pasti dan senaraikan empat kata bantu. Kemudian bina
satu ayat anda sendiri daripada setiap kata bantu tersebut untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa atau kata nama khas.
Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini
sudah memasuki tahun kedua diraikan dalam suasana pandemik. Masyarakat di
negara kita berada dalam kegelisahan ekoran gejala COVID19 yang masih menular.
Sebelum ini, usaha-usaha untuk mencapai kemerdekaan telah menyebabkan rakyat
melalui pelbagai keperitan dan kesengsaraan dalam perjuangan bagi menentang
penjajah. Terdapat rakyat yang berjuang dengan mengangkat senjata dan ada yang
menggunakan ketajaman mata pena kerana mahu membebaskan negara daripada
penjajah. Oleh itu, kita harus mempertahankan kemerdekaan demi generasi masa
depan.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Warnai
Kemerdekaan dengan Semangat Perjuangan’
oleh Shafry Salim
Utusan Online 27 Ogos 2021 [
8 markah]
Nota : Kata Bantu
Kata Bantu Aspek
Perbezaan masa perbuatan dilakukan. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata
bantu ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif
dan frasa sendi nama, iaitu menimbulkan makna-makna tambahan dari segi aspek
waktu / ragam.
Kata Bantu boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata bantu aspek dan
kata bentuk ragam.
i) Kata Bantu Aspek
Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata bantu aspek memberitahu sama
ada perbuatan itu sudah, sedang atau belum dibuat. Kata bantu aspek menimbulkan
suasana perbezaan masa iaitu sama ada lampau, kini atau masa hadapan.
Bentuk-bentuk kata bantu ialah telah, baru, pernah, sedang, masih, akan dan
belum.
ii) Kata Bantu Ragam.
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata bantu ragam ialah bentuk kata yang
menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang
dilakukan seperti hendak, mahu, harus, mesti, boleh dan dapat.
Berdasarkan Tatabahasa Dewan edisi Baharu, kata bantu ragam menerangkan
perasaan dan pendapat orang yang melakukan perbuatan ini.
Isnin, 30 Januari 2023
JAWAPAN SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 SET 2 , SPM NEGERI PERAK TAHUN 2022, SOALAN NO.1 : MORFOLOGI (SISTEM DAN APLIKASI BAHASA)
BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[ 35 markah]
Soalan 1 - Morfologi
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata adjektif perasaan. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
SEREMBAN: Robot hasil ciptaan pereka cilik dari Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Ahmad Manaf bukan sahaja kreatif tetapi juga mempunyai elemen patriotik. Robot yang diberi nama Merdeka Rero Micro itu direka cipta sempena perarakan sambutan Hari Kemerdekaan negara baru-baru ini.
Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Dato Ahmad Manaf, Azrie Abu Talib, berkata rekaan berkenaan ialah cetusan idea murid sekolah itu sendiri sebelum ditambah baik guru penyelaras serta guru subjek Reka Bentuk dan Teknologi. “Kami berpendapat, setiap kanak-kanak pasti suka akan perarakan sambutan Hari Kemerdekaan yang diadakan secara besar-besaran dan sangat meriah di Dataran Merdeka pada setiap tahun. Dengan pelbagai kenderaan berhias yang cantik dan kenderaan berperisai yang kelihatan gagah daripada pasukan keselamatan, sememangnya akan membuatkan kanak-kanak berasa gembira. Namun, pasti mereka akan berasa kecewa jika tidak berpeluang menyaksikannya. Jadi, timbul idea untuk menghasilkan ciptaan ini. Penghasilan robot Merdeka Rero Micro telah membuktikan generasi sekarang mempunyai semangat cinta akan negara yang amat baik,” katanya ketika ditemui pihak kami.
(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Murid Serlah Semangat Patriotik dalam Kreativiti Cipta Robot’
oleh Ahmad Hasbi,
Berita Harian, 3 September 2022)
[8 markah]
Kata Adjektif
Kata adjektif menerangkan sifat atau keadaan bagi suatu kata nama atau frasa nama. Kata adjektif disertai dengan kata keterangan amat, paling dan sangat. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata adjektif dapat dibahagikan kepada sekurang-kurangnya sembilan kumpulan berdasarkan makna perkataannya, iaitu: