Khamis, 31 Ogos 2017

ULASAN SKRIP JAWAPAN SOALAN BAHAGIAN 3 (TATABAHASA) KERTAS BAHASA MELAYU 2, PELAJAR KELAS 5 SAINS.

SAMBUNGAN ULASAN KERTAS BAHASA MELAYU 2 (1103/2) KELAS 5 SAINS
SOALAN 3 ( TATABAHASA)


PERATUSAN PENGUASAAN DAN PENURUNAN ITEM SOALAN PPT DAN PERCUBAAN SPM 2017 ( KERTAS BM 2 -1103/2)

BIL
PERKARA/ SOALAN
PERTENGAHAN
TAHUN
(PERATUS)
PERCUBAAN
SPM
(PERATUS)
STATUS
BEZA %
1
SOALAN 1
74%
81%
+
7
2
SOALAN 2 (a)
89%
73%
-
-16
3
SOALAN 2 (b)
70%
77%
+
7
4
SOALAN 2 (c)
79%
65%
-
-14
5
SOALAN 2 (d)
78%
63%
-
-15
6
SOALAN 3 (a)
75%
78%
+
3
7
SOALAN 3 (b)
42%
82%
+
40
8
SOALAN 3 (c)
73%
84%
+
11
9
SOALAN 3 (d)
52%
53%
+
1
10
SOALAN 3 (e)
65%
59%
-
-6
11
SOALAN 4 (a)
92%
87%
-
-5
12
SOALAN 4 (b)
91%
90%
-
-1

ANALISA PERATUSAN PENGUASAAN KERTAS BM2, PELAJAR KELAS SAINS SMKA SERI LONDANG,  PPT 2017

ANALISA PERBANDINGAN PPT DAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN
Secara keseluruhannya, kebolehan pelajar 5 Sains menjawab soalan bahagian 3 (a) Membina ayat mengunakan perkataan diberikan, Bahasa Melayu 2 (1103/2) menaik pada peperiksaan Percubaan SPM 2017, justeru intervensi  program masteri menjawab soalan rumusan teks, perlu diteruskan dan dimantapkan lagi.  InsyaAllah. Markah pelajar Kelas 5 Sains, ada yang menurun dan ada yang menaik. Kenapa? Ulasan akan dibuat berdasarkan setiap contoh skrip jawapan murid di bawah. ( Peratusan penguasaan pelajar Kelas 5 Sains menaik  daripada 75 %  kepada  78% -beza peratusan 3 %).  Namun, kadar kenaikan peratusan kecil.
InsyaAllah, melalui analisa dan ulasan skrip serta data markah item dilampirkan, saya akan mengetahui kelemahan pelajar atau soalan berkenaan memang sukar. Sememangnya soalan item ini tidak digemari oleh pelajar.


ANALISA PENCAPAIAN PELAJAR KELAS 5 SAINS UNTUK ITEM SOALAN 3 (a) (MEMBINA AYAT MENGGUNAKAN PASANGAN PERKATAAN)

 SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM, SMK SERI LONDANG 201

(a)   Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)                 tunjuk                    -           telunjuk

(ii)              kuncup                  -           kemuncup

(iii)            guruh                     -           gemuruh
           [ 6 markah]

Buat pertama kali format soalan seperti di atas ditanya dalam peperiksaan. Oleh sebab itu, jawapan pelajar agak bercampur aduk. Ada jawapan pelajar dibina seperti jawapan biasa dijawab oleh pelajar dalam peperiksaan, iaitu pelajar membina satu perkataan untuk satu ayat. Selain itu, ada pelajar membina pasangan pekataan diberikan dalam satu ayat sahaja. Daripada 17 orang pelajar Kelas 5 Sains, hanya tiga orang pelajar mendapat markah penuh, dan paling sedikit , 3 markah.

Sebagai pemeriksa, saya terpaksa membuat keputusan, bahawa sebarang binaat ayat, sama ada dalam pecahan ayat atau satu perkataan satu ayat boleh diterima asalkan binaan ayat berkenaan mengambarkan pelajar faham perbezaan maksud perkataan semasa membina ayat berkenaan.

Contoh skrip jawapan pelbagai markah.

Contoh 1. ( NURUL SYAFIQAH)

     Contoh 2 
     Tahniah, Syafiqah kerana anda menjawab soalan 3 (a) dengan mantap.
      Anda bijak menggunakan idea (KBAT) iaitu menggunakan cakap ajuk apabila mendapati kata
      yang diberi sukar untuk dibina sekiranya kata tersebut tiada imbuhan untuk menjadi kata kerja.
      Penggunaan tanda baca tepat, ada tanda untuk permulaan ayat cakap ajuk (") dan tanda (")                   penutup cakap ajuk.
    
    Kenapa ayat binaan pertama Hafiz 1/2  markah? Sedangkan dia menggunakan cakap ajuk.                   Jawapannya kerana kata tunggal hanya boleh digunakan dalam lingkupan cakap ajuk sahaja iaitu
    bermula pembuka kata ( " ) sehingga ayat pengakhir dengan tanda penutup kata ("), di luar                   lingkupan cakap ajuk, anda perlu menggunakan kata kerja yang lengkap imbuhannya.
    Lain-lain ayat, mantap.

   Contoh 3 ( NURHUSNA QURATU'AINI)
     Kesalahan ayat pertama Nurhusna kerana kata kerja tidak tepat kerana kata tersebut perlu                    menerima imbuhan. Sepatutnya, kata kerja ini digunakan dalam cakap ajuk.

     Contoh 4 ( MAIZATUL ADILA)

        Ayat nombor satu salah kerana kata berkenaan tidak menerima imbuhan untuk menjadi kata
        kerja yang tepat penggunaannya.

        Kenapa binaan ayat untuk kuncup tidak dibuat?  Cuba......kerana kemungkinan ayat yang anda
        bina mungkin menyumbang markah.

       ANALISA PERBANDINGAN PPT DAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN
Secara keseluruhannya, kebolehan pelajar 5 Sains menjawab soalan bahagian 3 (b) Mengenal pasti jenis-jenis ayat perintah, Bahasa Melayu 2 (1103/2) menaik pada peperiksaan Percubaan SPM 2017, justeru intervensi  program masteri menjawab soalan rumusan teks, perlu diteruskan dan dimantapkan lagi.  InsyaAllah. Markah pelajar Kelas 5 Sains, ada yang menurun dan ada yang menaik. Kenapa? Ulasan akan dibuat berdasarkan setiap contoh skrip jawapan murid di bawah. ( Peratusan penguasaan pelajar Kelas 5 Sains menaik  daripada 42 %  kepada  82% -beza peratusan 40 %).  Lonjakan saujana.

Saya amat berbangga dengan pencapaian pelajar semasa menjawab soalan 3 (b ).

ANALISA PENCAPAIAN PELAJAR KELAS 5 SAINS UNTUK ITEM SOALAN 3 (a) ( Mengenal pasti jenis-jenis ayat perintah)


      TAHNIAH, ANDA BERJAYA MENJAWAB SOALAN 3 (a) DENGAN CEMERLANG. SAYA AMAT BANGGA PRESTASI CEMERLANG ANDA. 
KEPADA PELAJAR YANG MASIH BELUM MENGUASAI KEMAHIRAN
MENJAWAB SOALAN BERKENAAN PERBAIKI DAN SILA BERTANYA
JIKA ANDA TIDAK FAHAM SKOP SOALAN BERKENAAN.

SOALAN BAHAGIAN 3 (a)

(a)   Kenal pasti jenis-jenis ayat perintah di bawah sama ada ayat-ayat tersebut ialah ayat permintaan, ayat silaan, ayat suruhan dan ayat larangan.


(i)                 “Jemputlah makan pisang goreng ini,” kata Mak Minah kepada tetamunya.

(ii)             “Buang sampah ini ke dalam tong sampah di luar bilik darjah,” kata guru kelas kepada   anak muridnya.

(iii)            “Usah ganggu adik kamu yang sedang tidur,” kata ayah kepada anak sulungnya.

(iv)            “Tolong susun buku-buku di rak itu,” kata ketua pengawas pusat sumber kepada 
              pengawas-pengawas lain.

(v)               “Jangan bising ketika berbaris,” pesan guru disiplin kepada semua murid.

(vi)             “Balut semua buku teks ini jika tidak mahu didenda oleh pengawas,” kata guru kelas 
               itu kepada semua muridnya.


[6 markah]

     Jawapan 3(b)

i)                   Ayat silaan
ii)                  Ayat suruhan
iii)                 Ayat larangan
iv)                 Ayat permintaan
v)                  Ayat larangan
      vi)                 Ayat suruhan    

      Saya tidak akan memaparkan skrip pelajar kerana rata-rata pelajar dapat menjawab soalan di atas dengan cemerlang. Alhamdulillah.




       ANALISA PERBANDINGAN PPT DAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN
Secara keseluruhannya, kebolehan pelajar 5 Sains menjawab soalan bahagian 3 (c), mengenal pasti atau mengesan kesalahan ejaan dan imbuhan, Bahasa Melayu 2 (1103/2) menaik pada peperiksaan Percubaan SPM 2017, justeru intervensi  program masteri menjawab soalan rumusan teks, perlu diteruskan dan dimantapkan lagi.  InsyaAllah. Markah pelajar Kelas 5 Sains, ada yang menurun dan ada yang menaik. Kenapa? Ulasan akan dibuat berdasarkan setiap contoh skrip jawapan murid di bawah. ( Peratusan penguasaan pelajar Kelas 5 Sains menaik  daripada 73 %  kepada  84% -beza peratusan 11 %).  Menunjukkan lonjakan prestasi pelajar yang baik dalam kajian morfologi.

Saya amat berbangga dengan pencapaian pelajar semasa menjawab soalan 3 (c ) kerana soalan ini memerlukan pelbagai kemahiran tatabahasa dan perbendaharaan kata, melibatkan kajian pembentukan kata dalam bahasa Melayu, sama ada proses penerimaan imbuhan, kata majmuk mantap dan pelbagai kajian lain melibatkan morfologi. Saya amat minat mengajar kemahiran ini dengan pelbagai kaedah samada secara ekspres mahupun berfokus dan saya memang mengharapkan pelajar Kelas 5 Sains, SMK Seri Londang menguasai kemahiran yang dianggap sukar kebanyakan pelajar tetapi sebenarnya mudah. Untuk makluman, kemahiran tatabahasa sepatutnya diterapkan daripada kelas menengah rendah lagi dan guru perlu menguasai dan pakar dalam bahagian ini untuk memudahkan pelajar memahami hukum tatabahasa. Namun, semenjak saya mengambil alih kelas 5 Sains saya cuba sedaya upaya saya memantapkan kemahiran tatabahasa dan kajian morfologi.

ANALISA PENCAPAIAN PELAJAR KELAS 5 SAINS UNTUK ITEM SOALAN 3 (c) ( Mengenal pasti atau mengesan kesalahan ejaan dan imbuhan ) 
( HARAP MAAF TAJUK ANALISA DI BAWAH , SEPATUTNYA
ANALISA KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN)

       Berdasarkan analisa pencapaian soalan 3 (c), seramai 6 pelajar betul semua jawapan. paling rendah seorang pelajar mendapat 3 markah, 3 orang dua orang pelajar mendapat 4 markah., dan 6 orang pelajar mendapa 5 markah.  

Saya akan fokus pelajar mendapat markah terendah untuk mengesan bahagian soalan mana permasalahan timbul semasa pelajar menjawab soalan 3 (c).

SOALAN 3 ( C )

     (c )  Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan    
     dari  segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, 
     anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
    dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


(i)                 Setiap hari keluarga harus luang masa untuk melakukan sesuatu aktiviti bersama-sama
              demi mengukuhkan tali silaturrahim.

(ii)              Majikan itu telah melakukan siasatan terhadap latarbelakang pekerja itu sebelum upahnya
             untuk bekerja.

(iii)            Kakak selalu menggunakan losyen melembap muka sebelum dia tidur.
           [ 6 markah]

       Jawapan 3( c )

             i)         luang                -           meluangkan
                        Silaturrahim     -           silaturahim

ii)         latarbelakang    -           latar belakang
                        upahnya           -           mengupahnya

iii)        losyen              -           losen
                        melembap        -           pelembab                                             (6 markah)


Contoh Skrip Jawapan  1, pelajar mendapat 3 markah ( HASSAN ABRAR)


Contoh Skrip Jawapan 2, pelajar-pelajar mendapat 4 markah.

Contoh Skrip Jawapan 1 (MUHAMMAD AFIF)



Contoh Skrip Jawapan 2  ( FARAH IZZATI)

  Contoh Skrip Jawapan 3 ( INTAN MAIZATUL)



RUMUSAN KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN TERHADAP SAMPEL 4 SKRIP SOALAN SOALAN PELAJAR DI ATAS.
.
BIL
BILANGAN KESALAHAN EJAAN
BILANGAN  KESALAHAN IMBUHAN
 4 ORANG PELAJAR
8/12
7/12


        Ulasan dan komen guru:-

        Berdasarkan jumlah kesalahan empat orang pelajar yang menjadi sampel deperti di atas, dapat dirumuskan peratusan kesalahan ejaan dan imbuhan lebih kurang sama iaitu peratus pelajar dapat mengesan kesalahan ejaan 66.7%  dan pertausan pelajar dapat mengesan kesalahan imbuhan sebanyak  58.3% dan pelajar melakukan  kesalahan ejaan sebanyak  33.3%  sementara kesalahan imbuhan sebanyak 41.7%. Justeru, penguasaan pelajar terhadap kedua-dua item berkenaan perlu dimantapkan lagi dengan intervensi ke arah  masteri atau memperkasakan kemahiran  ejaan dan imbuhan pelajar. InsyaAllah.


ANALISA PERBANDINGAN PPT DAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN
Secara keseluruhannya, kebolehan pelajar 5 Sains menjawab soalan bahagian 3 (d) ( mengesan kesalahan penggunaan istilah dan tatabahasa, Bahasa Melayu 2 (1103/2) menaik pada peperiksaan Percubaan SPM 2017, justeru intervensi  program masteri menjawab soalan rumusan teks, perlu diteruskan dan dimantapkan lagi.  InsyaAllah. Markah pelajar Kelas 5 Sains, ada yang menurun dan ada yang menaik. Kenapa? Ulasan akan dibuat berdasarkan setiap contoh skrip jawapan murid di bawah. ( Peratusan penguasaan pelajar Kelas 5 Sains menaik  daripada 52 %  kepada  53% -beza peratusan 1 %).  Menunjukkan lonjakan prestasi pelajar agak sedikit.

Oleh sebab itu, item soalan ini perlu diambil perhatian, dan program intervensi masteri untuk item ini perlu dimantapakan lagi.

ANALISA PENCAPAIAN PELAJAR KELAS 5 SAINS UNTUK ITEM SOALAN 3 (d), ( Mengenal pasti atau mengesan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa ) 

 Ulasan dan komen guru:-
          Pencapaian pelajar kelas 5 Sains untuk item di atas keseluruhannya tidak banyak berubah, walaupun terdapat peningkatan 1% semasa Peperiksaan Percubaan.  Berdasarkan analisa di atas , tiada seorang pelajar pun mendapat markah penuh, 6 markah, markah paling tinggi diperoleh pelajar hanya sekadar 4 markah dan paling rendah 2 markah. 

          Kesalahan paling kerap dilakukan pelajar adalah pada bahagian soalan penggunaan istilah yang tepat iaitu pengurus dan jurulatih, pusingan dan selekoh,  dan reaksi dan aksi. Sedangkan bahagian tatabahasa kebanyakan pelajar menjawab betul, kecuali Hasnol pandu sepatutnya dipandu oleh Hasnol/ dipandu Hasnul ( Ayat pasif penggunaan kata ganti nama diri ). Intervensinya, program masteri bahagian soalan penggunaan istilah yang tepat perlu diberi tumpuan dan kemahiran  binaan ayat pasif penggunaan kata ganti nama diri  untuk nama am atau khas serta penggunaan kata ganti nama diri pertama dan kedua pada ayat pasif. Paling utama pelajar perlu mempunyai perbendaharaan kata yang luas, dan kemahiran tatabahasa yang mantap kerana skop soalan bahagian ini amat luas untuk diperincikan. Hanya pelajar yang 'excellent' dan menguasai kedua-dua kemahiran berkenaan mampu menjawab semua soalan betul. 


SOALAN  3 (d )  PEPERIKSAAN PERCUBAAN

( d)  Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu, Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.



(i)              Kesemua pemain-pemain itu akan mendapatkan latihan yang secukupnya daripada

pengurus pasukan sebelum melayakkan diri mereka ke pusingan akhir dalam pertandingan  

bola sepak itu.



(ii)             Beribu penonton membanjiri Stadium Bukit Jalil kerana ingin menyaksikan reaksi antara
pasukan bola sepak Harimau Malaya dengan Thailand dalam pertandingan Piala Pusingan  
Suzuki AFF baru-baru ini.

(iii)         Kereta yang Hasnol pandu terbabas ketika dia membelok di pusingan yang tajam itu.

       [ 6 markah ]

      Jawapan 3 (d)

i)          kesemua pemain-pemain        -           kesemua pemain
                        pengurus                                  -           jurulatih

            ii)         reaksi                                      -           aksi
                        beribu                                      -           beribu-ribu

            iii)       Hasnol pandu                           -           dipandu oleh Hasnol
                        pusingan                                  -           selekoh                        (6 markah)



ANALISA PERBANDINGAN PPT DAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN
Secara keseluruhannya, kebolehan pelajar 5 Sains menjawab soalan bahagian 3 (e) ( Mengemukakan tiga peribahasa yang mengambarkan situasi yang terdapat dalam petikan), Bahasa Melayu 2 (1103/2) menurun pada peperiksaan Percubaan SPM 2017, justeru intervensi  program masteri menjawab soalan rumusan teks, perlu  dimantapkan lagi.  InsyaAllah. Markah pelajar Kelas 5 Sains, ada yang menurun dan ada yang menaik. Kenapa? Ulasan akan dibuat berdasarkan setiap contoh skrip jawapan murid di bawah. ( Peratusan penguasaan pelajar Kelas 5 Sains menurun  daripada 65 %  kepada  59% -beza peratusan -6 %), menujukkan kemahiran  penguasaan item yang menurun. Kenapa berlaku.


Oleh sebab itu, item soalan ini perlu diambil perhatian, dan program intervensi masteri untuk item ini perlu dimantapakan lagi.

ANALISA PENCAPAIAN PELAJAR KELAS 5 SAINS UNTUK ITEM SOALAN 3 (e), ( Mengemukakan tiga peribahasa yang mengambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ) 


     Berdasarkan analisa untuk kedua-dua peperiksaan seperti di atas, didapati 3 orang pelajar dapat mengekalkan prestasi menjawab semua jawapan betul untuk item di atas, 5 orang pelajar tidak dapat mengekalkan prestasi menjawab soalah peribahasa semua betul pada PPT, prestasi tidak berubah 2 orang dengan mendapat 4 markah untuk kedua-dua peperiksaan, dan 2 orang pelajar mendapat markah 0.

SOALAN 3 ( e ) PEPERIKSAAN PERCUBAAN

(e)        Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Sikap Salmiah yang terlalu memanjakan anaknya,  Salim akhirnya mendatangkan masalah kepada dirinya. Walaupun menyedari kesilapannya dalam mendidik anak tunggalnya itu, namun semuanya sudah terlambat kerana Salim sudah meningkat remaja. Hal ini demikian kerana usaha mendidik anak mestilah dimulakan dengan pada usia muda agar anak-anak mudah dibentuk dan menjadi manusia yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

                                                                                                                                           [ 6 markah]


Jawapan  3 (e)

i)          seperti menatang minyak yang penuh
            ii)         sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna/ nasi sudah menjadi bubur
            iii)        melentur buluh biarlah dari rebungnya. 
                                                                                                                        ( 6 markah)     

      Soalan peribahasa di atas bukanlah soalan sukar dan pelajar sepatutnya boleh menjawabnya dengan baik. Namun, dapatan saya pelajar lalai dan gagal menjawab soalan dengan baik kerana soalan ditanya dalam teks penuh. Maksudnya, soalan tidak dipecahkan kepada tiga soalan seperti kebiasaan, menyebabkan mereka tidak dapat mengesan situasi untuk dikaitkan dengan peribahasa yang tepat. Tegasnya pelajar tidak faham tiga ayat yang mengambar situasi berkenaan antaranya tidak memecahkan ayat berkenaan dengan tanda (              ) kerana otak manusia dan pandangan mata tidak ada ruang berbezaan. Namun, dengan penggunaan  tanda (              ) pada setiap ayat, pelajar lebih fokus kepada situasi yang terdapat dalam teks soalan.

         Kedua, pelajar tidak menguasai kemahiran tatabahasa atau miskin peribahasa dan masalah ini terbawa-bawa semasa mengarang kerana pelajar tidak dapat menyelitkan peribahasa semasa mengarang. Hal ini dapat dirujuk berdasarkan analisa 2 orang pelajar mendapat kosong markah peribahasa iaitu Hassan Abrar dan Syazwani.

        Sebagai intervensi, pelajar perlu diberi latihan pelbagai format, contoh seperti soalan di atas, kedua soalan membina ayat menggunakan peribahasa, mencari persamaan peribahasa yang diberikan, dan mengisi ruang kosong dengan situasi. Ketiga, penggunaan nota, dan soalan yang terdapat pada modul Bahasa Melayu 2 perlu dimantapkan. Contoh kesilapan saya, dengan mengarahkan pelajar membaca dan memahami bahagian masteri peribahasa, saya membuat telahan kebanyakan pelajar tidak merujuk bahaiann berkenaan semasa mengulangkaji bab berkenaan.

Alhamdulillah. Saya berjaya juga membuat analisa untuk bab soalan 3 berkaitan kajian morfologi dan sintaksis soalan BM Kertas 2, Peperiksaan Percubaan SPM 2017.

InsyaAllah, selepas cuti semester ini, saya akan cuba membincangkan skrip jawapan murid, menjelaskan kesalahan atau kelemahan yang dilakukan oleh mereka sepanjang menjawab soalan berkenaan.

SAYA AKAN MENYAMBUNG ULASAN BERKAITAN SOALAN 4 (A) DAN 4 (B) BERKAITAN KAJIAN NOVEL DALAM RUANGAN BARU. INSYAALLAH.