Isnin, 7 Ogos 2017

MARI KITA MENGARANG MENGGUNAKAN KAEDAH JADUAL PENGEMBANGAN IDEA KARANGAN KE ARAH KARANGAN BERTARAF A+

MARI MENGARANG KARANGAN DIMENSI KELUARGA MEMGGUNAKAN
JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN.

TAJUK KARANGAN:-
Semangat kejiranan semakin hari semakin luntur dalam kalangan masyarakat. Jelaskan peranan ibu bapa dalam usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN

FOKUS AYAT
BINAAN AYAT
LAGU/ AYAT QURAN/ PERSPEKTIF ISLAM

Menurut perspektif Islam, konsep jiran meliputi skop yang lebih luas sehingga menjangkau empat puluh buah rumah atau keluarga yang tinggal berhampiran dengan kita.
AYAT RANGSANGAN  1
Semangat kejiranan pula membawa pengertian jiran tetangga yang hidup berbaik-baik, bertolak ansur dan bekerjasama antara satu sama lain.
AYAT RANGSANGAN  2
Dalam kehidupan kita, kita dilarang menyakiti hati jiran, sebaliknya diminta mengambil berat antara satu sama lain dan hidup berlandaskan kasih sayang sesama individu tanpa mengira keturunan, usia, agama atau pangkat.
FRASA MENARIK
Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa “Jiran Sepakat Membawa Berkat”.
AYAT RANGSANGAN  3
Jadi, kita perlulah mengutamakan jiran kita dalam kehidupan dan mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu padu dalam melakukan sesuatu perkara.
AYAT RANGSANGAN 4
Walau bagaimanapun, dalam era globalisasi yang dipenuhi pelbagai pancaroba moden, semangat kejiranan dalam kalangan anggota masyarakat semakin meluntur.
UNSUR KBAT
Seyogia semangat kejiranan jika dibiarkan terus meluntur dalam kalangan masyarakat sudah pasti budaya dan nilai murni amalan masyarakat terdahulu akan berkubur.
AYAT RANSANGAN 5
Oleh itu, semua lapisan masyarakat terutamanya ibu bapa wajar mengambil langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
AYAT ARAHAN
Persoalannya, apakah langkah-langkah yang elektif wajar diambil oleh ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat?


BERDASARKAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA KARANGAN DI ATAS, MENJELASKAN KEBIJAKSANAAN PELAJAR AMAT PERLU UNTUK MENENTUKAN KEDUDUKAN AYAT DAN TIDAK SEMESTINYA AYAT DIBINA MENGKIUT SUSUNAN BIASA SEPERTI SAYA PAPARKAN DAHULU. PALING UTAMA KEBIJAKSANAAN DAN KREATIVITI YANG AKAN MELAHIRKAN KEMATANGAN. UNSUR POSITIF SAYA PERKATAKAN DI ATAS AKAN MEMBUAH KECEMERLANGAN.

BAGAIMANA UNTUK MENGHASILKANNYA..........LATIHAN DAN TERUS MEMBUAT LATIHAN KERANA UNTUK MENGHASILKAN KARANGAN BERTARAF A+ MEMERLUKAN KESUNGGUHAN DAN JATI DIRI YANG KUAT DALAM DIRI PELAJAR.  INSYAALLAH,  JIKA NAK SERIBU DAYA, JIKA TAK NAK SERIBU DALIH. SETIAP USAHA UNTUK KEBAIKAN AKAN DIPANDU ALLAH KE ARAH KECEMERLANGAN.


JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI PERTAMA

FOKUS AYAT
BINAAN AYAT
AYAT RANGSANGAN
( BOLEH DISELITKAN
UNTUK PERHATIAN
PEMERIKSAN KERTAS)
Menyedari hakikat betapa pentingnya semangat kejiranan diamalkan oleh masyarakat majmuk di negara ini, maka usaha perlu dilakukan oleh ibu bapa agar nilai yang berharga ini tidak lenyap daripada amalan hidup masyarakat kini.
TEMA/ KATA KUNCI ISI
Ibu bapa haruslah menyertai  aktiviti gotong-royong yang dianjurkan oleh komuniti atau masyarakat setempat untuk menyemai semangat kejiranan dalam jiwa anak-anak.
AYAT HURAIAN 1
Dalam hal ini. ibu bapa boleh membawa anak-anak menyertai aktiviti tersebut Bersama di kariah mereka.
AYAT HURAIAN 2
Melalui aktiviti gotong-royong, semua penduduk setempat dapat berkumpul bersama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan.
AYAT HURAIAN 3
Apabila  berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berbual-bual dan berkenal-kenalan antara satu sama lain dan sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih baik dan dekat.
FRASA MENARIK
Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “ tak kenal maka tak cinta”.
AYAT CONTOH
Sebagai contoh, aktiviti yang boleh dijalankan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara dan sebagainya.
AYAT HURAIAN 4
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara bergotong-royong memerlukan masyarakat bekerjasama bagai aur dengan tebing agar aktiviti-aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan lancar dan baik.
AYAT HURAIAN 5
Melalui cara ini, setiap ahli keluarga dapat menjalinkan hubungan mesra sesama jiran. Mereka juga  sedar akan peranan masing-masing dalam sesuatu komuniti .
UNSUR KBAT
Jika amalan ini diteruskan, sudah pasti ketika dewasa kelak, anak-anak akan melakukan perkara yang sama untuk mengeratkan ikatan kejiranan.
AYAT  PENEGAS
Jelasnya, ibu bapa haruslah mengadakan aktiviti gotong-royong agar dapat memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat


BAGAIMANA, BOLEH ANDA MENGHASILKAN KARANGAN SEPERTI JADUAL PENGEMBANGAN IDEA DI ATAS. ALAH BISA TEGAL BIASA.


JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI KEDUA

FOKUS AYAT
BINAAN AYAT
TEMA/ KATA KUNCI ISI
Selain itu, ibu bapa perlulah menjadi suri teladan atau ‘role model’ yang baik kepada anak-anak sekiranya mahu anak-anak mengamalkan semangat kejiranan dalam diri  mereka.
FRASA MENARIK
Ibu bapa perlulah mengamalkan cara hidup seperti ‘aur dengan tebing’ atau ‘ ke bukit  sama di daki, ke lurah sama dituruni’ dan ‘hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah’ untuk mencapai keberkatan dalam kehidupan hidup berjiran.
AYAT HURAIAN 1
Sebagai  anggota dalam sesebuah masyarakat, ibu bapa  mesti mempunyai semangat kekitaan dan keprihatinan terhadap  jiran mereka
AYAT HURAIAN 2
Apabila  mengambil berat akan hal-hal jiran, bukanlah bermaksud kita hendak menjaga tepi kain mereka atau mengambil tahu hal rumah tangga mereka, tetapi kita mengambil tahu masalah-masalah yang dihadapi oleh jiran  dan cuba membantu mereka supaya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh jiran.
AYAT HURAIAN 3
Hal ini demikian kerana, dalam kehidupan berkeluarga, setiap keluarga pasti akan menghadapi masalah dan masalah itu hanya boleh diatasi atau dikurangkan  dengan bantuan jiran-jiran berhampiran dengan mereka.
AYAT CONTOH
Tamsilnya, ketika ketua keluarga sakit tenat, maka ahli-ahli keluarga itu memerlukan bantuan daripada jiran untuk menghantar ketua keluarga itu ke hospital, memberitahu keluarganya yang tinggal berjauhan daripada mereka, mendapatkan bantuan nasihat ataupun kewangan dan sebagainya.
UNSUR KBAT
Jika sikap keprihatinan yang ditunjukkan oleh ibu bapa terhadap jiran, impaknya akan menyebabkan anak-anak juga turut mengambil berat tentang jiran mereka
AYAT  PENEGAS
Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa yang berjaya menjadi suri teladan yang baik, sudah pasti mampu memupuk dan menyemai semangat kejiranan dalam kalangan anak-anak dan juga masyarakat.

CUBA ANDA LIHAT, BAGAIMANA PELAJAR DI ATAS MENYELITKAN FRASA MENARIK, TIGA PERIBAHASA DALAM SATU AYAT. INILAH KREATIVITI DAN KEBIJAKSANAAN DAN AKAN MELAHIRKAN KEMATANGAN.

JIKA ADA BERTANYA BAGAIMANA FRASA MENARIK INI PERLU DISELITKAN, JAWAPANNYA, SELITKAN FRASA MENARIK INI DI MANA-MANA SAHAJA ASALKAN BERTEPATAN DENGAN HURAIAN ISI YANG DITULIS.


JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI KETIGA

FOKUS AYAT
BINAAN AYAT
TEMA/ KATA KUNCI ISI
Di samping itu, ibu bapa juga mestilah mengadakan atau menghadiri majlis-majlis rumah terbuka sempena sesuatu sambutan perayaan.
AYAT HURAIAN 1
Amalan mulia ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim, tetapi juga mampu mengukuhkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
AYAT HURAIAN 2
Melalui majlis rumah terbuka, ibu bapa boleh membawa anak-anak bersama.
AYAT HURAIAN 3
Dalam majlis tersebut,  masyarakat dapat berkumpul dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat.
AYAT HURAIAN 4
Mereka juga berpeluang untuk berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara dan bertanya khabar sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah.
AYAT HURAIAN 5
Dengan itu, masyarakat akan lebih memahami adat resam, agama dan budaya masing-masing di negara ini.
AYAT CONTOH
Sebagai contoh, majlis-majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Krismas dan Hari Deepavali hendaklah dijadikan acara tahunan.
AYAT HURAIAN 6
Kehadiran ibu bapa bersama ahli keluarga dalam majlis rumah terbuka, bukan sahaja dapat memperkenalkan anak-anak mengenali lebih dekat adat resam sesuatu budaya malah dapat menanamkan semangat hormat-menghormati dalam diri anak-anak dan mengamalkan semangat perpaduan.
UNSUR KBAT
Jika ibu bapa tidak menyemai budaya ini dalam kalangan anak-anak dan masyarakat, sudah pastinya perpaduan masyarakat berbilang kaum tidak akan aman dan api dendam dan kesumat akan sentiasa terpahat dalam jiwa masyarakat.
FRASA MENARIK
Bak kata pepatah, api yang marak jangan disimpah dengan minyak yang panas pasti akan melarat dan peristiwa kita takuti seperti peristiwa berdarah melibatkan perbalahan kaum pada tanggal 13 Mei 1969 dan persitiwa Kampung Medan 2011 akan berulang kembali jika tidak ditangani dengan sebaik-baiknya.
AYAT  PENEGAS
Tegasnya, majlis-majlis rumah terbuka mestilah diadakan setiap tahun agar mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan membentuk masyarakat yang bersatu-padu.


 JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI KEEMPAT

FOKUS AYAT
BINAAN AYAT
TEMA/ KATA KUNCI ISI
Di samping itu, ibu bapa juga mestilah mengadakan atau menghadiri majlis-majlis rumah terbuka sempena sesuatu sambutan perayaan.
AYAT HURAIAN 1
Amalan mulia ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim, tetapi juga mampu mengukuhkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
AYAT HURAIAN 2
Melalui majlis rumah terbuka, ibu bapa boleh membawa anak-anak bersama.
AYAT HURAIAN 3
Dalam majlis tersebut,  masyarakat dapat berkumpul dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat.
AYAT HURAIAN 4
Mereka juga berpeluang untuk berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara dan bertanya khabar sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah.
AYAT HURAIAN 5
Dengan itu, masyarakat akan lebih memahami adat resam, agama dan budaya masing-masing di negara ini.
AYAT CONTOH
Sebagai contoh, majlis-majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Krismas dan Hari Deepavali hendaklah dijadikan acara tahunan.
AYAT HURAIAN 6
Kehadiran ibu bapa bersama ahli keluarga dalam majlis rumah terbuka, bukan sahaja dapat memperkenalkan anak-anak mengenali lebih dekat adat resam sesuatu budaya malah dapat menanamkan semangat hormat-menghormati dalam diri anak-anak dan mengamalkan semangat perpaduan.
UNSUR KBAT
Jika ibu bapa tidak menyemai budaya ini dalam kalangan anak-anak dan masyarakat, sudah pastinya perpaduan masyarakat berbilang kaum tidak akan aman dan api dendam dan kesumat akan sentiasa terpahat dalam jiwa masyarakat.
FRASA MENARIK
Bak kata pepatah, api yang marak jangan disimpah dengan minyak yang panas pasti akan melarat dan peristiwa kita takuti seperti peristiwa berdarah melibatkan perbalahan kaum pada tanggal 13 Mei 1969 dan peristiwa Kampung Medan 2011 tidak berulang kembali.
AYAT  PENEGAS
Tegasnya, majlis-majlis rumah terbuka mestilah diadakan setiap tahun agar mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan membentuk masyarakat yang bersatu-padu.

JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI KELIMA

FOKUS AYAT
BINAAN AYAT
TEMA/ KATA KUNCI ISI
Akhir sekali, ibu bapa bolehlah menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti Hari Keluarga yang diadakan
AYAT HURAIAN 1
Setiap komuniti, sering mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk mengukuhkan hubungan dalam kalangan masyarakat setempat.
AYAT HURAIAN 2
Aktiviti Hari Keluarga kerap diadakan sama ada di padang permainan, taman rekreasi atau di tepi pantai kerana suasana di tempat berkenaan sangat kondusif.
AYAT HURAIAN 3
Ibu bapa boleh membawa anak-anak bersama dan setiap ahli keluarga boleh menyertai permainan yang disediakan oleh penganjur aktiviti Hari Keluarga berkenaan.
AYAT HURAIAN 4
Selain itu, ibu bapa boleh mendedahkan kepada anak-anak tentang kepentingan hidup berpersatuan dalam masyarakat setempat yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur.
AYAT HURAIAN 5
Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk tempatan sebagai ahli tanpa mengira kaum dan fahaman politik supaya perpaduan masyarakat diutamakan.
AYAT HURAIAN 6
Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti  Pertubuhan Rukun Tetangga , Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian dan sebagainya.
AYAT CONTOH
Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rakan Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan kawasan tempat tinggal atau taman untuk mengelakkan berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti membunuh, merogol, merompak dan sebagainya.
UNSUR KBAT
Pabila budaya murni di atas diterapkan dalam kalangan insan tercinta dan dalam kalangan ahli masyarakat, perpaduan antara masyarakat akan berkekalan.
FRASA MENARIK
Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu antara satu sama lain dalam kehidupan.
AYAT  PENEGAS
Jelasnya, ibu bapa berperanan penting untuk menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial sebagai langkah untuk memupuk  semangat kejiranan.


PABILA PELAJAR TELAH TERBIASA DAN MAHIR MENULIS KARANGAN, SERTA DIIKUTI DENGAN DAYA KREATIVITI, KEBIJAKSANAAN, DAN DITELUSURI PULA KEMATANGAN BERFIKIR, PENGOLAHAN IDEA KARANGAN AKAN BERSIFAT SANTAI. MAKSUDNYA, PELAJAR AKAN BERTENANG DAN DAPAT MELAHIRKAN IDEA KARANGAN SEBAGAI MANA ALIRAN AIR SUNGAI TERUS MENGALIR DENGAN TENANG DAN MENDAMAIKAN SETIAP INSAN YANG MENIKMATI PANORAMA ALAM.

PALING UTAMA UNTUK MEWUJUDKAN SUASANA MENGARANG DI ATAS ADALAH DENGAN LATIHAN YANG BERTERUSAN, DI SAMPING PELAJAR PERLU MENDAPAT PANDUAN DARIPADA GURU-GURU MATA PELAJARAN DENGAN MEMINTA GURU-GURU MENYEMAK DAN MEMBERI KOMENTAR SEBAGAI PANDUAN KE ARAH MELAHIRKAN KARANGAN BERTARAF A+. 


KEMAHIRAN SETERUSNYA DAN TERAKHIR ADALAH UNTUK MEMANTAPKAN PERENGGAN PENUTUP.

PERENGGAN TERAKHIR INI JUGA AMAT PENTING, KERANA SETELAH PELAJAR BERJAYA MENULIS PERENGGAN PENGENALAN DAN PERENGGAN ISI DENGAN CEMERLANG, BAHAGIAN AKHIR INI JUGA PERLU CEMERLANG, AGAR PEMERIKSA DAMAI DAN MUDAH MENYIMPULKAN BAHAWA KARANGAN PELAJAR TERGOLONG DALAM KARANGAN A+.

JADUAL  PERENGGAN PENUTUP KARANGAN

FOKUS AYAT
BINAAN AYAT
AYAT PENYIMPUL
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat saya simpulkan bahawa semangat kejiranan dalam setiap individu amat penting untuk melahirkan  masyarakat yang prihatin dan membentuk perpaduan kaum. 
AYAT CADANGAN 1
Walau apa pun keadaan dan di mana-mana pun kita tinggal, kita perlulah mempunyai jiran yang baik hati, iaitu jiran yang menjadi tempat untuk memohon bantuan ketika kita dalam keadaan yang susah dan sentiasa menghulurkan bantuan dengan senang hati dan menghiburkan ketika kita senang.
AYAT CADANGAN 2
Oleh sebab itu, untuk mempunyai jiran yang baik, maka kita perlu menjadikan diri kita sebagai jiran yang baik kepada jiran kita.
AYAT CADANGAN 3
Sekiranya kita berbaik-baik dengan jiran, maka jiran juga akan berbaik-baik dengan kita.
FRASA MENARIK
Cogan kata “ Jiran Sepakat Membawa Berkat” perlu terus diamalkan dalam kehidupan kita sehari-hari. Jangan kita berasa susah dalam usaha mengamalkan budaya murni ini.
AYAT CADANGAN 4
Amalkan dengan hati yang ikhlas, barulah kita memperoleh keberkatan dalam kehidupan. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan kaum akan bertambah utuh dan teguh
AYAT KBAT
Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera
FRASA MENARIK
Allah berfirman yang maksudnya, “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu kenal-mengenali”.

AYAT HARAPAN
Sekiranya semua saranan di atas diaplikasi dalam kehidupan masyarakat, semangat kejiranan yang dicernakan akan melahirkan masyarakat yang hidup dalam suasana aman dan bersatu padu.


Saya mengharapkan dengan panduan menggunakan Jadual Pengembangan Idea Karangan Untuk Menghasilkan Perenggan Pengenalan, Perenggan Isi dan Perenggan Penutup yang mantap, pelajar akan dapat menghasilkan karangan bertaraf A+. Saya percaya, pelajar masih mempunyai masa untuk menghasilkannya. Terus berusaha, kerana usaha tangga kejayaan. 


Tiada ulasan: