Selasa, 8 Ogos 2017

KATA MAJMUK MANTAP DALAM BAHASA MELAYU

KATA MAJMUK MANTAP


Dalam Bahasa Melayu hanya terdapat beberapa kata majmuk yang sudah dianggap mantap dan utuh dan dieja dalam satu perkataan walaupun pada dasarnya kata majmuk tersebut terdiri daripada dua perkataan. Oleh sebab itu, pelajar perlu menghafal dan mengingatkan kata majmuk mantap ini untuk memudahkan mengesan kesalahan ejaan ditulis secara rapat selain kata majmuk yang disenaraikan di bawah. Peringatan, hanya kata majmuk di atas ditulis rapat dan perkataan lain yang ditulis begini salah dan tidak ada dalam kamus perkataan bahasa Melayu.

1.      antarabangsa
2.                  beritahu
3.                  bumiputera
4.                  jawatankuasa
5.                  kakitangan
6.                  kerjasama
7.                  olahraga
8.                  matahari
9.                  setiausaha
10.           sukarela
11.           suruhanjaya
12.           tandatangan
13.           tanggungjawab
14.           warganegara
15.           pesuruhjaya

Selain bentuk kata majmuk yang dibincangkan di atas, terdapat sejumlah perkataan yang bukan kata majmuk yang tergolong dalam golongan kata tertentu yang secara lazimnya dieja bercantum, contohnya:
1. kata nama
peribadi
peribahasa
dinihari
perikemanusiaan
hari bulan

2. kata adjektif
sukacita
dukacita

3. kata sendi nama
kepada
daripada

4. kata hubung
apabila
manakala
padahal
darihal
barangkali
kadangkala
apakala
walhal

5. kata tanya
bagaimana
kenapa


Dengan mengenali kata majmuk mantap, kita dapat mengelakkan kesilapan bahasa, terutama dari segi ejaan. Ingatlah bahawa "kadangkala" yang ditulis "kadang-kala" waima "kadang kala" ialah kesalahan penjarakan aksara yang juga dianggap sebagai kesilapan ejaan.

Sebagai kesimpulan, hafal 15 kata majmuk mantap di atas, dan anda akan mampu mengesan kesalahan ejaan yang dikemukan di bahagain soalan 3 (d). 

1 ulasan:

Unknown berkata...

Terima kasih kerana membantu saya ❤