LAMAN WEB INTERAKSI GURU DAN PELAJAR

LAMAN BAHASA MELAYU INI DIWUJUDKAN SEBAGAI KEMUDAHAN GURU DAN PELAJAR BERINTERAKSI SERTA SEBAGAI PENGUKUHAN SITUASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM KELAS. SEMOGA PELAJAR KELAS 4K1, 4K2, DAN PELAJAR KELAS 5 SAINS SMK SERI LONDANG DAPAT MENGGUNAKAN BLOG INI SEBAGAI TEMPAT UNTUK MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN BERBAHASA TERUTAMA MURID KELAS 5 SAINS BAKAL MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU (1103) SPM 2018 . SEMOGA ANDA SENTIASA CEMERLANG. SEBAGAI MAKLUMAN, SAYA SENTIASA MENAMBAH MENU BAHAN BAHASA DI SUDUT KANAN BLOG INI UNTUK MEMUDAHKAN PELAJAR MENCARI BAHAN BAHASA SAMA ADA BAHAN DARIPADA MEDIA MASSA SEPERTI AKHBAR-AKHBAR TEMPATAN, RUJUKAN KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, RUJUKAN MAJALAH TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KOLEKSI SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN SPM SEBENAR ,KOLEKSI SOALAN-SOALAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA. SEMOGA BAHAN-BAHAN BERKENAAN DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENJALANKAN TUGASAN DAN SUMBER UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT BAHASA. INSYA ALLAH SAYA AKAN SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENJADIKAN BLOG INI KONDUSIF SEBAGAI MEDIA MAYA UNTUK PELAJAR BERJAYA MENGUASAI KEMAHIRAN BERBAHASA. DOAKAN SAYA SENTIASA SIHAT MENGENDALIKAN BLOG INI SEBAIK-BAIKNYA. AAMIIIIN. SAYA JUGA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG MAYA YANG SENTIASA MENGUNJUNGI BLOG LAMAN BAHASA MELAYU SPM INI. KEBERADAAN ANDA MEMOTIVASI SAYA UNTUK BERBAKTI KEPADA ANAK BANGSA SERTA MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGGSAAN, BAHASA JIWA BANGSA. SAYA MENGHARGAI SEKIRANYA ADA CADANGAN DARIPADA PENGUNJUNG TERUTAMA UNTUK MEMANTAP KEBERADAAN BLOG INI SEBAGAI SUMBER RUJUKAN BAHASA MELAYU.

Selasa, 8 Ogos 2017

JOM KITA GUNAKAN BAHASA MELAYU DENGAN BETUL. INDAHNYA BAHASA KITA

Contoh istilah yang dibentuk mengikut keperluan semasa yang lebih gramatis.

Jom kita gunakan bahasa Melayu dengan betul. Indahnya bahasa kita

Viral - tular
Selfi - swafoto
Swafoto - gambar kendiri, berswafoto - mengambil gambar kendiri, Menswafoto - perbuatan merakam gambar sendiri.
Roadshow - jerayawara
Online - dalam talian
Bunting - gegantung
Homestay - inapan keluarga / inap desa
Potluck - juadah bawaan
Netizen - warga siber
Role Model - Suri Teladan
Road Show -  Jerayawara
Back Drop - Latar Pentas 
Bunting -  Gegantung
Highlight - Imej Tumpu
Parking - Parkir
Postmortem-  Pascanilai
Count Down - Kira detik
Fitting Room - Bilik acu
Garden tea -  Ujana teh
Resort-  Persantaian

Berikut merupakan perkataan yang biasa kita temui  dan ejaan yang sepatutnya ditulis adalah seperti di bawah:-
1. resepi resipi
2. menyakinkan meyakinkan
3. istirehat istirahat
4. kadang-kala kadangkala
5. sambilewa sambalewa
6. dasyat dahsyat
7. insuran insurans
8. ambulan ambulans
9. juwita juita
10. unggu ungu
11. mengulangkaji mengulang kaji
12. penguatkuasa penguat kuasa
13. gambarajah gambar rajah
14. redha reda
15. kerinting keriting
16. bergu beregu
17. kontingen kontinjen
18. mengenengahkan mengetengahkan
19. mengenepikan mengetepikan
20. mengkedepankan mengedepankan
21. mengkebelakangkan mengebelakangkan
22. sihat walafiat sihat wal afiat
23. majerin marjerin
24. rempah ratus rempah-ratus
25. alat siaraya alat siar raya
26. margasatwa mergastua
27. workshop (bi) woksyop (bm)
28. bertungkus-lumus bertungkus lumus
29. limau kasturi limau kesturi
30. walaubagaimanapun walau bagaimanapun
31. mee mi
32. kuey teow kuetiau
33. respon respons
34. sunnah sunah
35. ramadhan ramadan
36. leukimia leukemia
37. emel e-mel di-e-melkan & meng-e-melkan
38. katrij kartrij
39. cop nama cap nama
40. Insha Allah Insya-Allah
41. alergik alergi
42. ansurans ansuran
43. urusetia urus setia
44. keretapi kereta api
45. merbahaya berbahaya/marabahaya
46. naskah naskhah
47. atlit atlet
48. war-war uar-uar/wara-wara 
49. urusetia urus setia
50. fax faks/faksimile
51. was-was waswas
52. stokin stoking
53. karenah kerenah
54. kemaskini kemas kini
55. ulangkaji ulang kaji
56. pra sekolah prasekolah
57. temu janji janji temu
57. menghadkan mengehadkan
58. hajjah hajah
59. agen ejen

60. murtabakmartabak

Tiada ulasan: