ULASAN SKRIP KERTAS BAHASA MELAYU 2, PELAJAR KELAS 5 SAINS,
SEMASA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017
Sebelum saya mengulas skrip jawapan pelajar, elok kiranya saya memaparkan perbandingan peratusan penguasaan pelajar semasa PPT dan Percubaan SPM 2017 dan analisa perolehan gred pelajar, untuk mengetahui intervesi yang jalankan selepas PPT berhasil atau tidak kerana data berkenaan amat penting untuk menilai kejayaan setiap intervensi selain untuk mengesan kelemahan dan kekuatan dan intervensi yang perlu perbaiki berdasarkan item soalan semasa intervensi semasa fasa ketiga program kecemerlangan selepas cuti semester bermula pada 4/9/2017. Sepanjang fasa ketiga tarikh berkenaan sehingga sebelum peperiksaan amat penting untuk memastikan hasrat untuk melihat pelajar SMK Seri Londang berjaya menggapai keputusan A+ Kertas Bahasa Melayu (1103)
PERATUSAN PENGUASAAN DAN PENURUNAN ITEM SOALAN PPT DAN PERCUBAAN SPM 2017 ( KERTAS BM 2 -1103/2)
BIL
|
PERKARA/ SOALAN
|
PERTENGAHAN
TAHUN
(PERATUS)
|
PERCUBAAN
SPM
(PERATUS)
|
STATUS
|
BEZA %
|
1
|
SOALAN 1
|
74%
|
81%
|
+
|
7
|
2
|
SOALAN 2 (a)
|
89%
|
73%
|
-
|
-16
|
3
|
SOALAN 2 (b)
|
70%
|
77%
|
+
|
7
|
4
|
SOALAN 2 (c)
|
79%
|
65%
|
-
|
-14
|
5
|
SOALAN 2 (d)
|
78%
|
63%
|
-
|
-15
|
6
|
SOALAN 3 (a)
|
75%
|
78%
|
+
|
3
|
7
|
SOALAN 3 (b)
|
42%
|
82%
|
+
|
40
|
8
|
SOALAN 3 (c)
|
73%
|
84%
|
+
|
11
|
9
|
SOALAN 3 (d)
|
52%
|
53%
|
+
|
1
|
10
|
SOALAN 3 (e)
|
65%
|
59%
|
-
|
-6
|
11
|
SOALAN 4 (a)
|
92%
|
87%
|
-
|
-5
|
12
|
SOALAN 4 (b)
|
91%
|
90%
|
-
|
-1
|
ANALISA PERATUSAN PENGUASAAN KERTAS BM2, PELAJAR KELAS SAINS SMKA SERI LONDANG, PPT 2017
ANALISA PERATUSAN PENGUASAAN KERTAS BM 2 PELAJAR KELAS SAINS SMK SERI LONDANG PADA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017
ANALISA PENCAPAIAN GRED KERTAS BM 2, PELAJAR KELAS 5 SAINS, SMK SERI LONDANG PADA PPT 2017
ANALISA PENCAPAIAN GRED KERTAS BM 2, PELAJAR KELAS 5 SAINS, SMK SERI LONDANG PADA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017.
Alhamdulillah, Sistem Analisa Item Bahasa Melayu Menengah Atas saya, dapat mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar saya dengan analisa data dan maklumat graf serta mambantu saya untuk membuat intervensi ke arah melonjak pencapaian Kertas BM 2. InsyaAllah. Selain itu, gabungan analisa penguasaan item soalan dan analis pencapaian gred pelajar amat penting kerana dapat memperlihatkan pencapaian sebenar pelajar kerana tidak bermakna pelajar dapat menguasai item atau soalan tertentu, tetapi untuk item atau soalan lain pelajar masih belum menguasai, justeru, saya dapat melihat, bilangan pencapaian gred A+ berkurangan, 2 orang semasa PPT kepada seorang sahaja berjaya mendapat gred berkenaan. Bilangan gred A tiada perbezaan, masih 6 orang pelajar mencapai gred berkenaan, tetapi gred A- ada peningkatan daripada 4 orang semasa PPT kepada 7 orang semasa percubaan. Tiada pelajar mendapat gred B+ semasa Peperiksan Percubaan kerana seorang pelajar mendapat gred berkenaan telah melonjak gred ke gred A-, cuma saya perlu mengesan sama ada pelajar berkenaan adakah pelajar yang mendapat B+ berkenaan. Cuma saya perlu memperkasakan seorang pelajar mendapat gred B dan 2 orang pelajar mendapat gred C. Untuk analisa sepenuhnya, rujuk Analisa Peperiksaan pada bahan atau maklumat yang saya bincangkan sebelum ini.
SULIT
|
1103/2
|
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM SMK SERI LONDANG 2017
Soalan 1 :
Rumusan [30 markah]
Baca
petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca
semangat kejiranan semakin luntur dan kesannya. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Jiran merupakan orang yang tinggal
berhampiran dengan rumah kita. Hubungan baik sesama jiran mesti dijaga bagi
membina kehidupan yang harmoni, menjamin keselamatan berkekalan dan memupuk
semangat bersatu padu dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Pada zaman
dahulu, hubungan sesama jiran sangat rapat, bak kata peribahasa Melayu hidup
sandar-menyandar 'seperti aur dengan tebing'. Kini, hubungan sesama jiran
semakin renggang walaupun pada hakikatnya rumah mereka sangat dekat. Punca
utama yang sering dijadikan alasan yang membatasi pergaulan dan
kelunturan semangat kejiranan ialah tuntutan hidup yang serba mencabar di
kawasan bandar.
Ada jiran tetangga yang saling tidak
mengenali, malah tidak pernah bertegur sapa. Setiap anggota masyarakat asyik
sibuk dengan kerja dan tanggungjawab masing-masing sehingga mereka tidak dapat
meluangkan masa dengan jiran kerana masing-masing mengambil sikap tidak
mempedulikan antara satu sama lain. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka
sibuk dengan pekerjaan masing-masing sehingga terpaksa keluar sebelum matahari
terbit dan pulang pada lewat malam. Selain itu, kos sara hidup yang tinggi
serta tekanan hidup dunia moden sering memaksa warga kota bekerja sepanjang
hari. Sebagai akibatnya, mereka keletihan dan kesuntukan masa untuk bergaul
atau bertegur sapa sesama jiran.
Fenomena tersebut bertambah parah dengan
proses urbanisasi yang menyebabkan masyarakat lebih bersikap individualistik
atau tidak mahu mengambil tahu hal orang lain. Sikap individualistik dan sibuk
dengan hal sendiri hanya akan menyebabkan ikatan masyarakat menjadi longgar.
Perubahan sikap ini telah menghilangkan semangat kekitaan yang selama ini
menebal dalam kalangan masyarakat. Tambahan pula, keadaan masyarakat di bandar
yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa telah menyukarkan mereka
berinteraksi dengan lebih mesra dan dekat. Ada pula dalam kalangan mereka yang
bersifat merendah diri dan memang tidak suka bergaul dengan orang lain kerana
perbezaan pangkat dan latar belakang sosioekonomi. Orang yang berpangkat tinggi
mungkin tidak selesa bergaul dengan jiran yang berpangkat rendah. Ada pula yang
bersifat dengki, benci- membenci dan berpaling muka sesama jiran menyebabkan
semangat kejiranan semakin jauh.
Faktor teknologi maklumat dan
komunikasi turut menyebabkan masyarakat hari ini kurang menghiraukan semangat
kejiranan. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan perkembangan teknologi
maklumat yang canggih, kita semakin kurang berinteraksi secara langsung dengan
anggota masyarakat yang lain. Dengan penggunaan telefon, faksimile dan
Internet, masyarakat kita seolah-olah tidak perlu bertemu secara bersemuka
untuk berhubung. Tambahan pula, struktur dan reka bentuk perumahan moden juga
menyulitkan hubungan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita.
Kebanyakan rumah dan pangsapuri moden dibina dengan tembok dan pagar yang
tinggi serta halangan daripada kawalan pengawal keselamatan berbayar.
Sesetengah anggota masyarakat pula bersikap materialistik. Mereka kurang
membuat kebajikan sesama iran dan tidak akan melibatkan diri dalam aktiviti
kemasyarakatan yang dapat merapatkan hubungan silaturahim antara jiran. Mereka
lebih mengutamakan pembangunan material daripada pembangunan kerohanian kerana
menganggap perkara itu tidak mendatangkan sebarangan keuntungan.
Dipetik dan diubah suai daripada
'Kemerosotan Nilai Kejiranan'
oleh Samat Buang,
( Dewan Siswa, Mac 2016
Panduan penting:-
Beberapa kaedah atau langkah boleh digunapakai untuk menentukan isi rumusan di dalam teks. Langkah pertama, gariskan kata kunci isi tersurat pada soalan . Langkah kedua, baca teks sehingga faham, selalunya dua hingga tiga kali. Semasa membaca jika anda terjumpa isi gariskan isi berkenaan, kemudian terus membaca sehingga anda pasti anda faham teks berkenaan. Langkah ketiga, anda perlu peka dengan penanda wacana seperti saya warnakan dengan warna biru pada teks di atas, namun anda perlu berhati-hati kerana bukan semua penanda wacana sebagai penentu isi kerana penanda wacana saya warnakan warna merah lebih berfungsi sebagai penanda bahawa ayat selepasnya adalah ayat huraian isi. Ayat berwarna kuning ialah ayat isi. Sementara ayat berwarna unggu ialah ayat huraian isi dan huraian ini perlu dielakkan. Antara pelajar tidak dapat mengesan isi kerana tidak dapat membezakan mana satu ayat isi dan mana satu ayat huraian isi. Pelajar akan selamat jika peka semasa membaca untuk mengesan isi dan fokus kepada kata kunci penentu isi tersurat.
Namun, latihan yang kerap juga merupakan faktor utama membantu pelajar mengesan isi dan meningkat kemahiran menulis rumusan teks yang lengkap. Pelajar perlu ingat, setiap soalan rumusan yang anda jawap mempunyai tahap kesukaran yang berbeza-beza, dan hanya latihan yang kerap membantu anda untuk menghasilkan rumusan yang cemerlang.
ANALISA PERBANDINGAN PPT DAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN
Secara keseluruhannya, kebolehan pelajar 5 Sains menjawab soalan bahagian 1 (Rumusan Teks) Kertas Bahasa Melayu 2 (1103/2) meningkat pada peperiksaan Percubaan SPM 2017, justeru intervensi saya telah saya lakukan melalui program masteri menjawab soalan rumusan teks, berjaya. Alhamdulillah. Namun masih ada pelajar yang menurun markahnya. Kenapa? Tunggu ulasan setiap contoh skrip jawapan murid di bawah. ( Peratusan penguasaan pelajar Kelas 5 Sains meningkat dari 74 % kepada 81%).
ANALISA PENCAPAIAN PELAJAR KELAS 5 SAINS UNTUK ITEM SOALAN 1 (RUMUSAN)
ANALISA PENCAPAIAN PELAJAR KELAS 5 SAINS UNTUK ITEM SOALAN 1 (RUMUSAN)
TAHNIAH KEPADA PELAJAR BERJAYA MENCAPAI KECEMERLANGAN UNTUK
ITEM SOALAN 1 (RUMUSAN) MANAKALA PELAJAR MEROSOT PENCAPAIAN, PERLU MENGAMBIL TINDAKAN PROAKTIF PADA FASA 3 PROGRAM INTERVENSI SELEPAS CUTI SEMESTER NANTI. HANYA ANDA BOLEH MERUBAH KEADAAN DAN SAYA AKAN MEMBANTU. INSYALLAH.
ULASAN SKRIP JAWAPAN PELAJAR KELAS 5 SAINS
SOALAN 1 ( RUMUSAN TEKS) ( MARKAH = 30)
Skrip Pertama:-
Tahap Cemerlang Atas
TAHNIAH HAFIZ DAN AFILDA
Ulasan dan komen guru:-
Skrip Pertama:-
Tahap Cemerlang Atas
Contoh Rumusan Teks 1
Contoh rumusan teks 2
TAHNIAH HAFIZ DAN AFILDA
Ulasan dan komen guru:-
Kedua-dua pelajar di atas dapat mengesan isi tersurat dengan tepat dan dapat menyenaraikan isi tersirat dengan baik. Selain itu, pelajar berkenaan bijak menggunakan ayat majmuk untuk mengurangkan patah perkataan. Bahkan juga, binaan perenggan pengenalan dan perenggan penutup tepat berdasarkan format penulisan rumusan. Tiada kesalahan ejaan dan kesalahan binaan ayat yang dilakukan. Cuma ayat pengenalan Hafiz perlu berhati-hati kerana binaan ayat anda seperti tidak lengkap kerana tanda ( , ), berfungsi sekejap sebelum memulakan ayat atai isi baru. Oleh sebab itu, " Sebab-sebab semangat kejiranan semain luntur, individu sibuk dengan pekerjaan masing-masing", perlu diperbaiki dengan ayat " Sebab-sebab semangat kejiranan semain luntur kerana individu sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Kedua, jangan ubah isi kerana isi sepatutnya masyarakat, bukan individu.
Selain itu, Filda harus berhati-hati kerana ' Rumusan membincangkan tentang faktor' salah daripada segi tatabahasa kerana membincangkan kata kerja transitif perlu menerima objek, justeru tentang perlu digugurkan dan ayat yang betul adalah seperti berikut ' Rumusan membincangkan faktor......
Contoh Rumusan Teks 3
Ulasan dan Komen guru:-
Tahniah Farhana kerana lonjakan saujana kerana peningkatan markah yang tinggi untuk rumusan pada Peperiksaan Percubaan SPM 2017, peningkatan markah sebanyak 18 markah. Cuma, elakkan menyalin contoh seperti di bahagian isi tersirat. Kedua guna ayat majmuk untuk mengurangkan patah perkataan. Penggunaan ayat tunggal semasa membina ayat isi tersurat menyebabkan patah perkataan anda panjang, sehingga tidak boleh menulis perenggan penutup rumusan. Anda boleh mendapat markah 30/30 jika anda bijak semasa menulis rumusan di atas dan melengkapkan rumusan teks anda. Semoga anda menjadikan kesilapan kali ini sebagai iktibar dan menjawab soalan sebenar rumusan pada Peperiksaan SPM 2017 nanti. Pastikan semasa latihan dan latih tubi nanti anda memantapkan kemahiran menulis rumusan anda. Aamiin.
InsyaAllah saya akan sambung ulasan skrip pelajar untuk jawapan item yang lain malam ini. Aamiiin.

Kenapa pelajar ini mendapat markah rendah? Pada pandangan saya, antara punca markah pelajar ini rendah kerana pelajar beranggapan merumus teks mudah dan tidak perlu merujuk semula kaedah menghasilkan rumusan teks sebelum peperiksaan dijalankan. Buktinya, pelajar ini gagal menulis pengenalan rumusan mengikut format yang sepatutnya, sedangkan saya sudah mengesan kelemahan ini dan memfokus setiap proses untuk menghasilkan rumusan teks dan telah beberapa kali latihan saya jalankan supaya pelajar tidak melakukan kesalahan. Proses pertama cara menghasilkan pengenalan rumusan dan pelajar beberapa kali saya tegaskan peri penting menentukan format pengenalan yang perlu digunakan semasa merumus teks samada dalam peperiksaan atau latihan dan pelajar tidak melakukan kesalahan semasa merumus. Malangnya kesalahan sama masih berlaku.
Kedua, untuk mencari isi tersurat saya menegaskan pelajar mengaris kata kunci isi tersurat pada soalan, kemudian baca teks secara umum sekurang-kurangya dua kali atau sehingga faham. Kemudian baru menggaris isi tersurat dan mengelak menggariskan huraian atau contoh. Tegasnya, pelajar perlu bertenang semasa mencari isi tersurat. Jika tidak, anda akan tersilap dengan menanggap ayat huraian sebagai ayat isi.
Maaf, Maizatul markah anda sebenarnya 16/30 kerana saya terlepas pandang markah perenggan penutup, saya sudah perbetulkan kesilapan berkenaan.
ANALISA PERBANDINGAN PPT DAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN
Secara keseluruhannya, kebolehan pelajar 5 Sains menjawab soalan bahagian 2 (a) Pemahaman Umum Kertas Bahasa Melayu 2 (1103/2) menurun pada peperiksaan Percubaan SPM 2017, justeru intervensi program masteri menjawab soalan rumusan teks,perlu dimantapkan lagi. InsyaAllah. Rata-rata markah pelajar menurun.. Kenapa? Ulasan akan dibuat berdasarkan setiap contoh skrip jawapan murid di bawah. ( Peratusan penguasaan pelajar Kelas 5 Sains meningkat dari 74 % kepada 81%).
ANALISA PENCAPAIAN PELAJAR KELAS 5 SAINS UNTUK ITEM SOALAN 2 (a) (PEMAHAMAN PETIKAN UMUM)
ANALISA PENCAPAIAN PELAJAR KELAS 5 SAINS UNTUK ITEM SOALAN 2 (a) (PEMAHAMAN PETIKAN UMUM)
DIHARAPKAN PELAJAR 5 SAINS PEKA MASALAH DI ATAS. CUBA PERHATIKAN
ULASAN SAYA, DAN BERTINDAK SEGERA UNTUK MENGATASI MASALAH BERKENAAN, INSYAALLAH SAYA AKAN SENTIASA MEMBANTU
Soalan 2(a) -
Petikan Umum
Berdasarkan
petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata membatasi
pergaulan. [2 markah]
(ii) Pengarang menyatakan beberapa kepentingan
menjaga hubungan baik sesama jiran.
Apakah kepentingan-kepentingan tersebut.?
[3
markah]
(iii) Semangat
kejiranan tidak akan berkembang dengan hanya bersembang pendek.
Pada pendapat anda, apakah cara-cara
untuk mengenali jiran kita dengan lebih mendalam?
[4markah]
Skema Jawapan Soalan 2 (a)
(i)
Membatasi pergaulan bermaksud mengehadkan/ menyekat hubungan persaudaraan
sesama jiran. (
2 markah)
(ii)
Kepentingan menjaga hubungan baik sesama jiran ialah:
-
membina kehidupan yang harmoni,
-
menjamin keselamatan berkekalan,
-
memupuk semangat bersatu padu dalam
kalangan masyarakat berbilang kaum.
( 2 isi – 3 markah )
(iii)
Pada pendapat saya, cara mengenali jiran secara mendalam ialah:
-
menghadiri undangan jiran ke rumahnya
atau majlis tertentu seperti kenduri kahwin atau majlis hari jadi,
-
melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong,
-
membantu jiran pada masa yang diperlukan,
-
menghulurkan bantuan dalam majlis
kenduri,
-
menziarahi jiran ,
(
maksimum= 4 markah)
(
isi cukup = 3 )
ULASAN SKRIP JAWAPAN PELAJAR KELAS 5 SAINS
TAHNIAH NUR SYAFIQAH DAN MUHAMMAD AFIF
Ulasan dan komen guru:-
Kedua-dua jawapan pelajar di atas tepat. Markah diperoleh 9/9. Kenapa? Jawapannya, kedua-dua pelajar ini faham arahan soalan dan untuk soalan pertama kosa kata atau perbendaharaan kata kedua-dua pelajar di atas kaya dan luas membantu mereka memberikan maksud rangkai kata soalan bahagian 2 (a) i dengan tepat. Soalan kedua juga pelajar ini faham jawapan untuk soalan ini ada dalam teks dan isi minimun perlu dijawap adalah 2 isi tetapi mereka menjawab tiga isi kerana isi ketiga berfungsi sebagai 'backup' jika salah satu jawapan diberikan salah. Sementara soalan ketiga, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) kedua-dua pelajar hebat. Bahkan juga, kedua -dua pelajar di atas tahu soalan ini tidak memerlukan huraian atau penjelasan, justeru jawapan mereka sekadar menyenaraikan sahaja isi yang sesuai dengan kehendak soalan. Tahniah. Namun, jawapan ketiga Nurul Syafiqah ada juga menghurai isi, tetapi beliau bijak menyenaraikan 3 isi. Umumnya, pelajar ini juga tahu format jawapan soalan sebagai mana saya tegaskan semasa latihan dan program kecemerlangan Bahasa Melayu Kertas 2. Bahkan juga binaan ayat yang gramatis juga membantu kedua-dua pelajar di atas mendapat markah penuh.
Tahniah sekali lagi untuk kedua-dua pelajar.
Sebagai peringatan, jika soalan berbunyi senaraikan, nyatakan, tuliskan, beri pendapat bermakna anda tidak perlu menghurai atau menjelaskan huraian isi tetapi anda perlu menyenaraikan 3 isi sekurang-kurangnya untuk mendapat markah penuh. Sebaliknya, jika soalan meminta anda menjelaskan atau menghuraikan isi, maka jawapan anda perlu berformat jawapan isi + huraian dan contoh ( 1 + 1 ).

iii) Jawapan pelajar tahap sederhana ( Muhammad Syawal Fitri )
Ulasan dan komen guru:-
Oleh sebab kosa kata atau perbendaharaan kata pelajar di atas kurang luas atau tidak kaya, pelajar ini gagal menjawab soalan i kerana maksud rangkai kata diberikan tidak tepat dan pelajar bermasalah untuk memahami maksud perkataan membatasi yang sepatutntya sama erti dengan mengehadkan atau menyekat dan maksud pergaulan sama erti dengan komunikasi sesama jiran atau hubungan persaudaraan sesama jiran. Soalan ini sebenarnya agak sukar kerana jawapan memerlukan penerangan, menyebabkan jawapan untuk maksud lebih daripada dua perkataan. Soalan ii di atas dijawap dengan baik dengan ayat yang gramatis dan isi cukup. Soalan ii, komen saya sama seperti kedua-dua pelajar di atas. Soalan iii, pelajar menjawab dengan isi, huraian dan contoh dan isi dijawab hanya dua, sedangkan soalah lebih kepada beri pendapat sahaja, dan anda perlu menyenaraikan tiga isi paling minimun tanpa menghurai atau menjelaskan isi tetapi untuk selamat, senaraikan 4 isi kerana isi keempat berfungsi sebagai 'backup' jika ada jawapan anda salah.
Untuk makluman pelajar Kelas 5 Sains, pelajar yang mendapat markah 5 dan 6 untuk soalan 2 (a) menghadapi masalah yang sama. Kesimpulannya, untuk menjawab soalan i, pelajar perlu mempunyau pebendaharaan dan kosa kata yang luas. Sementara soalan ii, pelajar tidak faham arahan samada perlu membuat huraian atau tidak tetapi kebanyakan pelajar menjawab soalan ini dengan menghurai atau menjelaskan isi, akibatnya mereka hanya menyenarai atau menulis dua isi dengan harapan konsep semakan ( 1 + 1 ) akan berlaku, sedangkan soalan ini tidak perlu huraian atau dijelaskan, cukup sekadar menyenaraikan 3 isi minimun, dan terbaik jawap 4 isi.

Secara keseluruhannya, kebolehan pelajar 5 Sains menjawab soalan bahagian 2 (b) Pemahaman Petikan Prosa Moden Kertas Bahasa Melayu 2 (1103/2) meningkat pada peperiksaan Percubaan SPM 2017, justeru intervensi program masteri menjawab soalan rumusan teks berjaya. Alhamdulillah. Rata-rata markah pelajar menurun.. Kenapa? Ulasan akan dibuat berdasarkan setiap contoh skrip jawapan murid di bawah. ( Peratusan penguasaan pelajar Kelas 5 Sains meningkat dari 74 % kepada 81%).
ANALISA PENCAPAIAN PELAJAR KELAS 5 SAINS UNTUK ITEM SOALAN 2 (b) ( PETIKAN PROSA MODEN)
ANALISA PENCAPAIAN PELAJAR KELAS 5 SAINS UNTUK ITEM SOALAN 2 (b) ( PETIKAN PROSA MODEN)
Soalan 2(b) –
Petikan Prosa Moden.
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
AIMAN: Patutkah aku simpan surat ini atau aku buang saja?
Hmm, kalau aku buang, nanti ada orang
lain jumpa pula. Hah, baik aku bakar! Tak ada kesannya nanti. Baik aku
simpan dulu,
cukup masa kalau aku tak berminat, baru aku bakar.
(Oleh sebab Aiman langsung tidak berminat
untuk menyertai program itu, maka surat tawaran
PLKN itu langsung tidak dibukanya, malah sesampai di biliknya terus dicampakkan
sahaja surat itu.)
NEK SINAH: Nak Aiman, mari makan. Nek dah siapkan makanan
kegemaran Aiman,
ayam
masak asam pedas.
AIMAN: Hei,
jangan panggil saya nak Aiman! Saya bukan anak Nek Sinah. Nek Sinah tu
cuma orang gaji di rumah ini, faham?
Saya belum lapar. Saya belum nak makan
lagi.
Saya nak tunggu Kak Dapnia balik.
Saya nak makan dengan dia.
NEK SINAH:
Nenek sedar siapa diri nenek dalam rumah ini. Tadi Dapnia ada
telefon beritahu
yang dia tak balik makan tengah
hari, dia banyak tugasan di universiti. Malam
baru dia
pulang. Datin juga sibuk, malam
baru dia pulang.
AIMAN: Kak
Dapnia tak balik, mummy pun sama?
Semua orang dalam rumah ini sentiasa
sibuk saja. Macamlah esok dah nak
kiamat.
Dipetik
daripada drama ‘Berkhidmat Untuk Negara’
Dalam Antologi
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul.
(i)
Apakah tindakan Aiman
setelah mendapat surat?
[2 markah]
(ii)
Pada pendapat anda,
mengapakah program PLKN diwajibkan bagi mereka yang baru
menamatkan
persekolahan?
[3 markah]
(iii)
Huraikan
satu perwatakan Nek Sinah yang
terdapat dalam petikan di atas dan satu
perwatakan lain daripada keseluruhan drama
yang tidak terdapat dalam petikan.
[4
markah]
Skema Jawapan Soalan 2b
(i)
Tindakan
Aiman setelah mendapat surat:
-
Membuang
surat tersebut. -
1m
-
Membakar
surat tersebut. -
1m
-
Menyimpan
surat tersebut. -
1m
[Maksimum : 2
markah]
(ii)
Sebab-sebab
Program PLKN diwajibkan bagi mereka yang baru menamatkan persekolahan:
-
Membina
sahsiah diri generasi muda -1m
-
Membina
dan mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda.
-1m
-
Memupuk
perpaduan kaum serta integrasi nasional. -1m
-
Membentuk
perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. -1m
[Maksimum
: 3 markah]
[ isi cukup = 2 isi ]
(iii)
Perwatakan Nek Sinah berdasarkan petikan:
-
Seorang
yang penyayang. ( 1 m)
Contohnya, Nek Sinah mengambil berat tentang
Aiman. (1 m )
-
Seorang
yang bertanggungjawab. ( 1m )
Contohnya, Nek Sinah melaksanakan tugas
sebagai pembantu rumah dengan sempurna. ( 1 m )
-
Seorang
yang prihatin.
Contohnya, Nek Sinah prihatin tentang makanan
kegemaran Aiman.
Perwatakan
Nek Sinah daripada keseluruhan drama yang tiada dalam petikan:
-
Seorang yang suka member nasihat.
Contohnya Nek Sinah menasihati Aiman agar
menjaga tutur kata dan tingkah lakunya.
-
Seorang yang penyabar.
Contohnya, Nek
Sinah bersabar dengan tingkah laku Aiman yang biadap.
[Maksimum:
4 markah]
ULASAN SKRIP JAWAPAN PELAJAR KELAS 5 SAINS
SOALAN 2 (a ) ( PEMAHAMAN PETIKAN PROSA MODEN) ( MARKAH = 9 )
Skrip Pertama:-
i) Tahap Cemerlang Atas. ( MUHAMMAD AFIF )
Ulasan dan komen guru:-
Afif dapat menjawab soalan 2 (b) i dengan baik dengan binaan ayat gramatis dan isi cukup, namun paling baik tambah satu isi lagi sebagai 'backup' sekiranya ada isi yang tidak tepat. Sebagai peringatan, isi jawapan soalan 2 (b) i, ada di dalam teks. Afif juga berjaya menjawab soalan 2 (b) ii dengan binaan ayat gramatis dan isi cukup, minimum dua isi, paling baik senarai 3 isi. Sebagai peringatan, sekiranya markah diperuntukkan soalan 3, isi cukup 2 dan paling baik jawap 3 isi anda akan lebih selamat. Jawapan soalan 2 (b) iii, Afif menyenaraikan cukup isi kenapa? Hal ini kerana soalan bermula dengan huraikan dan jelaskan memang perlu hanya 2 isi tetapi perlukan huraian ( isi dan huraian + contoh ) untuk mendapat 2 markah setiap isi,. Oleh sebab itu, Afif mendapat 4 markah penuh untuk soalan ini.
Afif dikesan melakukan kesalahan pengunaan kata pemeri ia yang hanya sesuai digunakan untuk manusia sahaja iatu pada jawapan soalan 2 (b) ii, tetapi tidak mencacatkan jawapan. Namun elakkan kesalahan tatabahasa untuk mengelakkan markah bahasa dipotong. Peringatan ada sesetengah pemeriksa yang begitu ketat pemeriksaannya, dan kemungkinan untuk markah jawapan anda dipotong memang besar . Oleh kerana itu, pelajar perlu berhati-hati semasa menjawab soalan dan elakkan melakukan kesalah tatabahasa.
ii) Contoh Skrip Jawapan Tahap Cemerlang. ( AYU YAHYA )
Ulasan dan komen guru:-
Ayu perlu berhati-hati kerana terdapat beberapa kesalahan tatabahasa dikesan semasa membina ayat untuk menjawab soalan 2 (b) i. Pertama, kesalahan binaan ayat binaay ayat dipermulaan jawapan kerana ayat tersebut seperti tidak baik binaannya dan pada ayat berkenaan juga terdapat kesalahan imbuhan utntuk kata jumpa sepatutnya menjumpai surat tersebut. Kedua, kesalahan ayat tiada subjek dan ayat ini boleh dianggap sebagai ayat tergantung iaitu "Seterusnya, mahu membakarnya tetapi tidak ada kesannya sepatutnya ada subjek "dia" mahu membakarnya tetapi tidak ada kesannya." Kedua -kedua kesalahan berkenaan sepatutnya saya kenakan penalti dengan menolak satu 1 markah, dan saya terlepas pandang.
Jawapan soalan 2 (b) ii Ayu baik tetapi soalan 2 (b) iii, ada kesalahan yang dikesan dan kesalahan seperti kerap dilakukan pelajar iaitu menggunakan kata nama pemeri adalah sebelum kata nama orang, dan sepatutnya kata pemeri ialah lebih sesuai digunapakai. Saya dapati juga kesalahan ini sudah sebati dalam kalangan pelajar kelas 5 Sains semenjak saya mengambil alih kelas ini pada hujung bulan Mac 2017, dan perlu ada intervensi dendaan dilakukan untuk mengelak situasi ini terus berlaku. Diharapkan masalah ini dapat diatasi pada fasa terakhir intervensi, insyaAllah.
Ulasan Skrip Jawapan Bahasa Melayu Kertas 2 seterusnya, akan saya lakukan pada muka surat baru kerana ulasan saya pada ruangan ini terlampau panjang. Selain itu, saya cuba mengelakkan pelajar keliru dengan ulasan yang panjang lebar, saya akan membuka ruangan baru sebagai sambungan ulasan skrip selanjutnya. Harap maklum.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan