Khamis, 31 Ogos 2017

SAMBUNGAN ULASAN SKRIP KERTAS BAHASA MELAYU 2 PELAJAR KELAS 5 SAINS, PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017 ( ULASAN BERMULA UNTUK SOALAN 2 (c))

SAMBUNGAN ULASAN KERTAS BAHASA MELAYU 2 (1103/2) KELAS 5 SAINS
SOALAN 2 (c) -( PETIKAN PROSA TRADISONAL )


PERATUSAN PENGUASAAN DAN PENURUNAN ITEM SOALAN PPT DAN PERCUBAAN SPM 2017 ( KERTAS BM 2 -1103/2)

BIL
PERKARA/ SOALAN
PERTENGAHAN
TAHUN
(PERATUS)
PERCUBAAN
SPM
(PERATUS)
STATUS
BEZA %
1
SOALAN 1
74%
81%
+
7
2
SOALAN 2 (a)
89%
73%
-
-16
3
SOALAN 2 (b)
70%
77%
+
7
4
SOALAN 2 (c)
79%
65%
-
-14
5
SOALAN 2 (d)
78%
63%
-
-15
6
SOALAN 3 (a)
75%
78%
+
3
7
SOALAN 3 (b)
42%
82%
+
40
8
SOALAN 3 (c)
73%
84%
+
11
9
SOALAN 3 (d)
52%
53%
+
1
10
SOALAN 3 (e)
65%
59%
-
-6
11
SOALAN 4 (a)
92%
87%
-
-5
12
SOALAN 4 (b)
91%
90%
-
-1

ANALISA PERATUSAN PENGUASAAN KERTAS BM2, PELAJAR KELAS SAINS SMKA SERI LONDANG,  PPT 2017

ANALISA PERBANDINGAN PPT DAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN
Secara keseluruhannya, kebolehan pelajar 5 Sains menjawab soalan bahagian 2 (c) Pemahaman Prosa Tradisonal Bahasa Melayu 2 (1103/2) menurun pada peperiksaan Percubaan SPM 2017, justeru intervensi  program masteri menjawab soalan pemahaman Prosa Tradisoanl perlu dimantapkan lagi. InsyaAllah. Rata-rata markah pelajar menurun.. Kenapa? Ulasan akan dibuat berdasarkan setiap contoh skrip jawapan murid di bawah. ( Peratusan penguasaan pelajar Kelas 5 Sains menurun  dari 79 %  kepada  64% iaitu penurunan sebanyak -14%).
InsyaAllah, melalui analisa dan ulasan skrip serta data markah item dilampirkan, saya akan mengetahui kelemahan pelajar atau soalan berkenaan memang sukar. Sememangnya soalan item ini tidak digemari oleh pelajar.


ANALISA PENCAPAIAN PELAJAR KELAS 5 SAINS UNTUK ITEM SOALAN 2 (c) (PEMAHAMAN PETIKAN UMUM)
    Berdasarkan analisa pencapaian pelajar di atas, secara umumnya soalan ini bukan sesukar yang disangkakan kerana daripada 17 pelajar, tiga orang pelajar mendapat markah penuh dan markah paling rendah diperoleh pelajar adalah dua markah. Di bawah saya akan cuba melampirkan skrip jawapan, dan skrip jawapan terendah dan saya akan mencuba untuk mendapat jawapan, masalah yang berlaku semasa pelajar menjawab soalan yang selama hari ini  dianggap bermasalah dan tidak digemari pelajar. Kemungkinan juga faktor pelajar mendapat markah rendah kerana kelalaian mereka semasa menjawan soalan berkenaan.


SOALAN PETIKAN PROSA TRADISONAL

Soalan 2(c)- Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Raja kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Nara Diraja. Maka Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu maka terlalulah dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam hati baginda, “Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana orang besarnya tidak muafakat sama orang besar”.
Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, “Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah, tuanku.”
Maka titah baginda, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Bulan, anak Orang Kaya Hitam?”
Maka sembahnya, “Mohon patik tuanku.”
Maka titah baginda, “Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?”
Maka sembahnya, Mohon patik, tuanku.
    Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan   
                                                                                          Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu,
                                                                                                       Dewan  Bahasa dan Pustaka.

(i)                 Berikan maksud binasalah negeri ini?                                         [2 markah]
(ii)              Nyatakan reaksi Sultan Muzaffar Syah setelah mengetahui tentang pertelingkahan antara  Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja?
[3 markah]
(iii)            Pemimpin merupakan tonggak penting kepada sesebuah negara.
Pada pendapat anda, apakah tindakan yang wajar anda lakukan jika anda Sultan Muzaffar Syah dalam usaha untuk mendamaikan kedua-dua pihak ?
                                                                                                      [3 markah]


Skema Jawapan Soalan 2(c): Petikan Prosa Tradisional
(i)                 Maksud binasalah negeri ini ialah
-          rosak negeri ini
-          hancur negeri ini
-          musnah negeri ini                   
                                                                                   [ Maksimum : 2 markah]

(ii)              Reaksi Sultan Muzaffar Syah
-          terlalu berdukacita
-          berkata di dalam hati tentang kerosakan negeri
-          bercadang  mendamaikan kedua-dua pihak
[Maksimum : 3 markah]
              [Isi cukup: 2 isi]

(iii)            Tindakan-tindakan
-          mencari orang tengah untuk memberi nasihat kepada mereka
-          berbincang / bersua muka dengan kedua-dua belah pihak
-          meminta pertolongan / bantuan daripada tokoh-tokoh yang dihormati
-          memberi nasihat
                                                                              [Maksimum : 3 markah]
                                                                        [Isi cukup: 2 isi]



ULASAN SKRIP JAWAPAN  PELAJAR KELAS 5 SAINS

SOALAN 2 (c)  ( PETIKAN PROSA TRADISIONAL ( MARKAH = 8)

Skrip Pertama:-

Tahap Cemerlang Atas 


   Contoh Skrip Cemerlang Atas 1 ( Hafiz)


     Contoh Skrip Cemerlang Atas 2 ( Nursyafiqah )


   Contoh Skrip Cemerlang Atas 3 ( Syawal )

    Ulasan dan komen guru:-

    Berdasarkan jawapan Hafiz, Syahwal dan Nursyafiqah, saya merumuskan bahawa soalan 2 (c) bukanlah sesukar yang ditanggap pelajar.


    Jawapan soalan 2 (c) i berkaitan maksud rangkai kata " binasalah negeri ini "bukanlah soalan bertahap kesukaran tinggi. Soalan ini biasa-biasa sahaja. Mereka dapat menjawab dengan ayat yang gramatis, kecuali jawapan Syawal saya terlepas pandang sepatutnya markah soalan ini 1 markah kerana kata dalam frasa negeri ini tidak diubah. Rezekinya. Saya dah semak semula skema, skema amat longgar dan menerima jawapan sedemikian rupa. Rezeki lagi untuk semua calon menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM 2017.



    Jawapan soalan 2 (c ) ii, juga mudah kerana jawapannya ada dalam teks seperti saya warnakan dalam petikan soalan cuma laras bahasa tersebut perlu dijawap dengan ayat gramatis. Namun jika anda keliru semasa menjawab soalan tersebut, tulis saja reaksi  Sultan Muzaafar seperti mana yang anda dalam teks contohnya, Reaksi Sultan Muzaffar ialah baginda berfikir,  “Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana orang besarnya tidak muafakat sama orang besar”.



     Jawapan 2 (c) iii, berkaitan pendapat, soalan ini bertahap mudah kerana anda boleh menjawab pelbagai cadangan asalkan logik ( Unsur KBAT). Berdasarkan jawapan ketiga-tiga pelajar, jawapannya boleh diterima asalkan anda menulis 2 isi minimum kerana markah diperuntukkan 3 markah. Untuk langkah selamat saya cadangkan jawap 3 isi untuk jawapan soalan ini


Skrip jawapan tahap memuaskan.

 Contoh skrip tahap memuaskan 1. (Hassan Abrar )



       Jawapan Hasan untuk soalan 2 (c) i, masih boleh diterima, tetapi mungkin semakan saya agak ketat dan binaan ayat Hassan agak kurang baik dengan mengulang Maksud......bermaksud menyebabkan saya memotong markah bahasanya, justeru tatabahasa amat penting dan binalah ayat secara gramatis.

          Jawapan soalan 2 (c) ii Hassan agak mengelirukan saya, dan untuk ingatan sekiranya pelajar menjawab jawapan kurang atau binaan ayat kurang baik sepanjang menjawab soalan bermula soalan 2 (a), 2 (b) dan 2 (c), saya sebagai pemeriksa kertas agak mengalami gangguan semasa menyemak. Kedua, jika pelajar menjawab soalan sedemikain rupa, selalunya pemeriksa akan mengasingkan skrip jawapan pelajar untuk diperiksa kemudian. Semoga peringatan ini boleh diambil iktibar, jawaplah sebaik mungkin dan elakkan sebarang kesilapan tatabahasa, samada kesalahan ejaan, apatah lagi kesalahan binaan ayat. Mohon ambil perhatian kepada pelajar kelas 5 Sains yang dikasihi.

 Skrip jawapan memuaskan ( Afilda)


      Jawapan Alfilda untuk soalan 2 (c) i, perlu dimantapkan lagi.


      Jawapan soalan 2 (c), jawapan hanya perlu rekasi Sultan Muzaffar bukan memberi cadangan kerana jawapan ada dalam teks. Situasi ini tidak sepatutnya berlaku dan banyak kali saya tegaskan format menjawab soalan bahagian ini. Peringatan sekali lagi, jawapan hanya akan diterima sekiranya pelajar memberi jawapan yang ada  dalam litupan teks sahaja.

       Begitu juga dengan soalan 2 (c) iii, isi diberikan selaras, atau sama maksud iaitu menjurus kepada permuafakatan. Walaupun jawapan seperti dua isi diselitkan tetapi membawa maksud atau di bawah payung yang sama. Oleh sebab itu,  isi Afilda saya anggap tak cukup dan ayat gramatis, saya mohon maaf sepatutnya markah anda 2 markah tetapi saya terlampau ketat memberi markah setelah beberapa kesalahan anda lakukan semasa menjawab soalan 2 (c). Peringatan elakkan melakukan kesalahan kerana secara langsung akan merubah impresion dalam pemberian markah. Impaknya, keputusan item ini mungkin memberi impak kepada markah keseluruhan Kertas BM 2. Sila ambil berat peringatan ini.


ANALISA PERBANDINGAN PPT DAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN

Secara keseluruhannya, kebolehan pelajar 5 Sains menjawab soalan bahagian 2 (d) Pemahaman Puisi Bahasa Melayu 2 (1103/2) menurun pada peperiksaan Percubaan SPM 2017, justeru intervensi  program masteri menjawab soalan rumusan teks,perlu dimantapkan lagi.  InsyaAllah. Rata-rata markah pelajar menurun.. Kenapa? Ulasan akan dibuat berdasarkan setiap contoh skrip jawapan murid di bawah. ( Peratusan penguasaan pelajar Kelas 5 Sains menurun  dari 78 %  kepada  63% iaitu menurun sebanyak  -15%). Penurunan peratusan markah untuk item ini agak besar.
InsyaAllah, melalui analisa dan ulasan skrip serta data markah item dilampirkan, saya akan mengetahui samada penurunan peratusan markah ini akibat kelemahan pelajar atau soalan berkenaan memang sukar. Sememangnya soalan item ini juga tidak digemari pelajar seperti soalan 2 (c).


ANALISA PENCAPAIAN PELAJAR KELAS 5 SAINS UNTUK ITEM SOALAN 2 (d) (PEMAHAMAN PETIKAN PROSA TRADISIONAL)


        Rumusan awal melalui analisa di atas, saya mendapati rata-rata markah soalan 2 (d) pelajar  merundum kecuali 5 orang pelajar meningkatkan pencapaian markah mereka untuk item ini. Paling menyeronokkan saya, 2  daripadanya mendapat markah penuh. Sekali lagi saya akan membuat post motem untuk mengesan sama ada soalan ini susah atau berlakunya kelalaian pelajar semasa menjawab item ini.

SOALAN 2 (d) PETIKAN PUISI TRADISIONAL ( MAAF TAJUK ANALISA
DI BAWAH )


Soalan 2(d) – Puisi Tradisional
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

                                                Aku Membaca Lagi

                                                Aku mendongak langit
                                    membaca garis dan titik
                                    menaakuli kebesaran-Mu
                                    di bawahnya gumpalan mega
                                    hembusan bayu dan banjaran gunung.

                                    Kuselusuri alam
                                    kicauan burung
                                    desiran ombak dan wajah pelangi
                                    mewarnai kehidupan umat-Mu.

                                    Aku mendongak lagi
                                    membaca langit
                                    di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh
                                    dahan dan ranting terkulai
                                    daun-daun berguguran
                                    helai demi helai
                                    di lantai tanah airku yang makmur.

                                    Aku membaca langit
                                    kutemui
                                    bulan dan bintang menangis
                                    meratapi luka nasib bangsa.

                                    Aku mendongak lagi
                                    menitis air mata langit
                                    membasahi bahasa Melayuku
                                    yang berdarah.

                                    Razali Mohd. Yussof
                                                Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
                                                Dewan Bahasa dan Pustaka.


(i)                 Berdasarkan rangkap kedua sajak tersebut, apakah yang ditemui penyajak apabila 
              beliau  menyelusuri alam?                                                                 [2 markah]

(ii)              Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan di negara kita. Namun begitu, kedudukan
             bahasa Melayu kian terpinggir.

Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan bahasa Melayu kian terpinggir di negara kita kini?                                                                                     [3markah]

(iii)            Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam rangkap pertama dan satu pengajaran

            yang terdapat dalam rangkap kelima sajak tersebut.                         [4 markah]


SKEMA JAWAPAN ( soalan 2 d )

i.                    -     Kicauan burung
-     Desiran ombak
-     Wajah/keindahan pelangi
                                                                              [ maksimum 2 markah]

ii.                  -    Pemimpin menggunakan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi.
-          Sikap masyarakat yang memandang rendah akan kepentingan bahasa Melayu
-          Pihak swasta mengutamakan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengambilan pekerja.
-          Tiada penguatkuasaan undang-undang terhadap kesalahan penggunaan bahasa Melayu.
-          Pengaruh media sosial/media massa
[ maksimum : 3 markah]
[ isi cukup : 2 isi ]
iii.                -     Rangkap Pertama

Kita hendaklah bersyukur kepada Tuhan.
Contoh: Dengan perasaan penuh kesyukuran, penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.

Kita mestilah cinta akan alam sekitar.

Contoh: Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.
                                                                        [ maksimum : 2 markah]
                                                                        [ isi cukup 1 +1 ]

-          Rangkap kelima

Kita mestilah cinta akan bahasa.
Contoh: Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang kian dipinggirkan.
                                                                                    [ markah maksimum 2 ]
                                                                                    [ isi cukup 1 + 1 ]





ULASAN SKRIP JAWAPAN  PELAJAR KELAS 5 SAINS


SOALAN 2 (c)  ( PETIKAN PUISI TRADISIONAL ) ( MARKAH = 9)

Skrip Pertama:-

Tahap Cemerlang Atas 


   Contoh Skrip Cemerlang Atas 1 ( Alfida )


    Contoh Skrip Cemerlang Atas 1 ( SHAIRAH)

 Ulasan dan komen guru:-
 Saya akan mengulas kedua-dua skrip jawapan di atas sekaligus.
              Soalan 2 (d) i , kedua-dua pelajar di atas dapat menjawab soalan berkenaan dengan binaan ayat yang gramatis dan isi disenaraikan tepat. Jawapan soalan ini ada pada petikan teks dan mudah di jawab. Saya warnakan jawapan yang ada pada teks, rujuk petikan puisi tradisional di atas.

          Soalan 2 (d) ii, merupakan soalan yang meminta pelajar memberi pendapat (KBAT) berkaitan faktor-faktor yang menyebabkan bahasa Melayu kian terpinggir di negara kita. Berdasarkan jawapan kedua-dua pelajar di atas, jawapan mereka boleh diterima dan mereka menjawab dua isi minimum kerana markah diperuntukkan 3 markah. Namun, saya menggalakkan pelajar menjawab 3 isi  dan isi ketiga sebagai 'backup' jika ada antara isi yang dijawap tidak tepat.               Kemudian cuba anda rujuk soalan, soalan ini sebenarnya tidak memerlukan huraian atau penjelasan, tetapi jika anda hendak menghurai atau menjelaskan tidak menjadi masalah, namun tambahlah satu isi lagi demi keselamatan.

                Jawapan soalan 2 (d) iii, perlukan penjelasan iaitu ( isi dan huraian + contoh ) atau ( 1 + 1 ) sebagaimana saya jelaskan tentang format menjawab soalan item ini. Alhamdulillah, kedua-dua pelajar bertindak sedemikian semasa menjawab. Tahniah.

          Berdasarkan jawapan pelajar di atas dan soalan yang dikemukakan, soalan tersebut bukanlah sesukar manapun dan masih boleh dijawab tetapi kenapa pelajar lain tidak dapat menjawab soalan dan mendapat markah yang baik, itu yang menjadi persoalan saya. Oleh sebab itu, saya akan cuba memilih skrip pelbagai tahap pencapaian di bawah tahap  cemerlang untuk mengesan samada faktor kelalaian menjadi penyumbang utama masalah ini berlaku kerana dua orang pelajar saya lampirkan skripnya di atas mampu menjawab soalan berkenaan dengan baik. Selain itu, faktor fobia dengan soalan puisi atau pelajar terus membuat tanggapan soalan item ini sukar sehingga tidak mahu memahami isi tersurat yang terdapat dalam puisi berkenaan. InsyaAllah, jawapan berkaitan persoalan berkenaan akan terjawab selepas saya menganalisa dan membuat post mortem tehadap kelamahan skrip jawapan pelajar seperti saya lampirkan di bawah.

Contoh Skrip Pelajar Mendapat  Markah Memuaskan ( 3 /9)

Contoh Skrip Pertama (  Maizatul Adila)


Contoh Skrip Pertama (  Syawal Fitri )

 Contoh Skrip Pelajar Yang Mendapat Markah Kepujian ( 5/9)
 Contoh Skrip 1 ( Syazwanie )



    Contoh Skrip 2 ( Intan Maizatul )


       Merujuk jawapan ke semua pelajar di atas, mereka dapat menjawab soalan 2 (d) i, cuma masalah binaan ayat tidak gramatis menjadi antara punca utama mereka tidak medapat 2 markah penuh. Sementara, jawapan Syawal Fitri pula umum tanpa menyenaraikan apa yang ditemui penyajak apabila menyelusuri alam. Akibatnya Syawal mendapat 0 markah.

       Sementara, soalan 2 (d) ii, kesemua pelajar cuba menjawab soalan, ada mendapat markah penuh dan ada yang tidak, puncanya kerana isi tidak cukup dan ada binaan ayat tidak gramatis. Selain masalah berkenaan, masalah teknikal menjawab soalan pemahaman, bukan sahaja soalan 2 (d), masalah ini juga berlaku boleh dikatakan untuk semua soalan pemahaman yang lain.

          Telahan saya, berkaitan fobia atau tidak menggemari soalan terjawab apabila dua orang pelajar di atas tidak menjawab soalan 2 (d) iii. Antara puncanya, mungkin faktor masa atau pelajar tidak faham kehendak soalan yang meminta pelajar menjelaskan satu pengajaran  yang terdapat pada rangkap pertama dan satu pengajaran pada rangkap kelima puisi ditanya. Walaupun pelajar ini tidak mengulangkaji puisi berkenaan, mereka sepatutnya boleh menjawabnya dengan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), dan langkah meninggal sahaja jawapan kosong tidak boleh saya terima. Selain itu, terdapat juga masalah ayat tidak gramatis semasa menjawab menyebabkan markah penuh tidak diberikan kepada pelajar di atas terutama jawapan Syawal dan juga masalah isi tidak cukup.

Kesimpulannya, kesalahan yang kerap dilakukan pelajar Kelas 5 Sains semasa menjawab soalan petikan Pemahaman soalan 2(a), 2 (b), 2 (c) dan 2 (d) adalah seperti berikut:-
a)   melakukan kesalahan ejaan dan binaan ayat semasa menjawab soalan pemahaman.
b)  penerangan selanjutnya, boleh dirujuk jadual di bawah:-

PENJELASAN SAMPINGAN BERKAITAN FORMAT DAN KEHENDAK SOALAN 2 (a)

Bil
Kriteria Soalan / Kehendak Soalan
Markah
Isi
1
Merujuk kepada maksud frasa bergaris atau berhuruf condong dalam soalan.
2 Markah
Pelajar  perlu memberi maksud frasa dengan tepat dan elakkan menghurai maksud.
2
Merujuk kepada teks rumusan. Oleh sebab itu, pelajar perlu merujuk jawapan di dalam teks rumusan.
3 Markah
Isi minimum 2 isi tetapi paling selamat senarai 3 isi.
3
Pelajar perlu memberi pendapat sendiri ( Soalan KBAT)
4 markah
Isi minimum 3 isi dan paling selamat jawap 4 isi.

 PENJELASAN SAMPINGAN BERKAITAN FORMAT DAN KEHENDAK SOALAN 2 (b)
Bil
Kriteria Soalan / Kehendak Soalan
Markah
Isi
1
Soalan berdasarkan teks ( Cerpen atau drama).  Isi dapat diperoleh daripada teks yang dikemukan.
2 Markah
Isi minimum 2, tetapi pelajar dicadangkan  menyenarai 3 isi.
2
Soalan ini berdasarkan pendapat. Pelajar perlu memberi pendapat sendiri dan elakkan menyenarai isi daripada teks.
(KBAT)
3 Markah
Isi minimum 2 tetapi paling selamat senarai 3 isi.
3
Soalan berdasarkan kajian komsas
( persoalan, bahasa,  watak perwatakan, latar, nilai, dan pengajaran)
Soalan selalunya meminta anda merujuk kepada isi dalam teks dan di luar teks.
Isi terdapat dalam teks antologi yang diberi, pastikan jawapan anda tepat untuk untuk mendapat markah penuh.
(KBAT- isi di luar teks)
4 markah
Selalunya dua isi dengan ( Isi + Huraian)
Cuba senaraikan 3 isi kerana isi tambahan berfungsi sebagai “backup”.
Namun pelajar perlu peka dengan soalan.


 PENJELASAN SAMPINGAN BERKAITAN FORMAT DAN KEHENDAK SOALAN                                            2 (c)
Bil
Kriteria Soalan / Kehendak Soalan
Markah
Isi
1
Soalan berfokus kepada maksud frasa .
2 Markah
Patikan anda menjawab maksud frasa dan elakkan menghurai frasa berkenaan.
2
Soalan berdasarkan pemahaman teks. Jawapan atau isi ada pada teks yang ditanya. Elakkan memberikan jawapan berbentuk pendapat.
3 Markah
Isi minimum 2 tetapi senaraikan 3 isi.
3
Soalan berdasarkan pendapat anda. Elakkan menulis isi yang ada dalam teks.
3 markah
Isi minimum 2 tetapi jawap 3 isi untuk tujuan “backup”.


Bil
Kriteria Soalan / Kehendak Soalan
Markah
Isi
1
Soalan berdasarkan teks puisi. Jawapan ada pada puisi yang ditanya. Cuma bezanya, jawapan banyak dalam bentuk tersirat yang memerlukan anda faham kreatif memahaminya berdasarkan kajian komsas yang anda pelajari. Soalan boleh ditanya tentang maksud frasa, baris, rangkap, dan sebagainya.
2 Markah
Patikan anda menjawab maksud frasa , baris, dan rangkap yang ditanya.
2
Soalan berdasarkan pendapat anda. Pastikan pendapat anda logik dan boleh diterima.
3 Markah
Isi minimum 2 tetapi senaraikan 3 isi.
3
Soalan berdasarkan kajian komsas ( tema, persoalan, bahasa,  nilai, dan pengajaran
4 markah
Isi minimum 2 tetapi jawap 3 isi untuk “backup”

PENJELASAN SAMPINGAN BERKAITAN FORMAT DAN KEHENDAK SOALAN                                            2 (d)

Bil
Kriteria Soalan / Kehendak Soalan
Markah
Isi
1
Soalan berdasarkan teks puisi. Jawapan ada pada puisi yang ditanya. Cuma bezanya, jawapan banyak dalam bentuk tersirat yang memerlukan anda faham kreatif memahaminya berdasarkan kajian komsas yang anda pelajari. Soalan boleh ditanya tentang maksud frasa, baris, rangkap, dan sebagainya.
2 Markah
Patikan anda menjawab maksud frasa , baris, dan rangkap yang ditanya.
2
Soalan berdasarkan pendapat anda. Pastikan pendapat anda logik dan boleh diterima.
3 Markah
Isi minimum 2 tetapi senaraikan 3 isi.
3
Soalan berdasarkan kajian komsas ( tema, persoalan, bahasa,  nilai, dan pengajaran
4 markah
Isi minimum 2 tetapi jawap 3 isi untuk “backup”
Diharapkan pelajar tidak mendapat markah penuh item Petikan Pemahaman soalan 2(a), 2 (b), 2 (c) dan 2 (d) perlu mengambil tindakan dan iktibar atas kesilapan yang dilakukan. Saya amat sedih dengan jawapan sedemikian.

Alhamdulillah, tamat ulasan saya bahagian jawapan rumusan teks, soalan bahagian pemahaman, dan selepas ini saya akan menjurus ulasan di bahagian tatabahasa melibatkan soalan 3. InsyaAllah saya akan membuka ruangan baru khusus membincangkan jawapan soalan tatabahasa.

 Cuba lihat dan fikirkan jawapan pelajar di atas.
Saya akan menyambung ulasan skrip kemudian . Harap maklum.

Tiada ulasan: