Jumaat, 11 Ogos 2017

ALHAMDULILLAH, PELAJAR 5 SAINS SMK SERI LONDANG TELAH MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN KERTAS BM 1103

        Alhamdulillah, semalam tanggal 10/8/2017, pelajar saya kelas 5 Sains telah menjawab kertas Bahasa Melayu 1103 dalam Peperiksaan Percubaan SPM 2017 untuk Peperiksaan Percubaan Daerah Perak Tengah. Pada tanggal berkenaan juga saya berada di Hospital Selayang untuk menjalani CTSCAN rawatan susulan Kanser Unsur yang saya hadapi. InsyaAllah, pada hari ini saya ke sekolah semula dan akan mengambil skrip jawapan mereka untuk proses semakan. Semoga mereka dapat menjawab soalan-soalan berkenaan dengan sebaik mungkin.
    
      Saya telah berjanji dengan mereka, mana-mana jawaan terbaik saya akan paparkan ke dalam blog. Laman Bahasa Melayu SPM ini. InsyaAllah, saya akan memaparkan soalan peperiksaan Kertas BM 1 dan BM 2 Peperiksaan Percubaan Bahasa Melayu, Daerah Perak Tengah dalam jangka waktu terdekat. 




         Gambar-gambar semasa di Hospital Selayang. Semalam buat pertama kali saya menaiki ETS KTM ke Hospital Selayang bersama-sama isteri tercinta. Terkejut saya, pabila kedua-dua anak saya seorang bekerja semaga Stor Manager Seven Eleven dan seorang lagi Mahasiswa UNIKL berada di Hospital untuk menemani saya untuk rawatan kali ini. Terima kasih, anak-anakku atas sokongan dn motivasi untuk ayahmu sepanjang rawatan berkala saya sama ada di Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur. Saya bangga mempunyai anak-anak saya dan 4 orang lagi tinggal di rumah. 

            Saya amat bertenang menjalani rawatan susulan Kanser Usus yang saya jalani semenjak 2 tahun yang lepas. Semoga Alah mempermudah rawatan saya ini dan sehat seperti dahulu. Aamiin.
    

Tiada ulasan: