Ahad, 7 Februari 2021

SOALAN 3 (B) POLA AYAT YANG MENJADI SOALAN PALING BANYAK DITANYA DALAM PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2020. DI BAHAGIAN PERBINCANGAN KALI INI SAYA SEDUT SOALAN-SOALAN POLA AYAT YANG TELAH DIKEMUKAKAN SEBAGAI PERSEDIAAN PELAJAR MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2020. (ULANGAN)

ANALISA SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2020 SERTA SOALAN SEBENAR SPM YANG TELAH KELUAR SEBELUM PEPERIKSAAN SPM NOV 2020. SEMOGA ANALISA BERKENAAN PELAJAR BOLEH MELIHAT SOALAN YANG MENJADI TUMPUAN PENGGUBAL SOALAN SEMASA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2020. (ULANGAN)

SOALAN SETERUSYA SOALAN 3 (B) BERKAITAN MENCERAKINKAN AYAT DARIPADA AYAT MAJMUK KEPADA AYAT TUNGGAL. DI BAHAGIAN INI SAYA SEDUT SOALAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH PENGGUBAL UNTUK SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2020. SEMOGA DAPAT MEMBANTU.

ANALISA SOALAN 3 (B) KAJIAN AYAT PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEKOLAH, DAERAH DAN NEGERI SPM TAHUN 2020 ( ULANGAN)

LATIHAN POLA AYAT SOALAN 3(B) SEBAGAI LATIHAN TAMBAHAN UNTUK MEMANTAPKAN KEMAHIRAN MENENTUKAN POLA AYAT DALAM BAHASA MELAYU. SEMOGA PERKONGSIAN BAHASA INI DAPAT MEMBANTU PELAJAR. TERIMA KASIH.

Sabtu, 6 Februari 2021

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM SE-MALAYSIA , SUMBER BLOG DR TAN CL ( 1- 450 HALAMAN DENGAN SKEMA JAWAPAN SEBAGAI PERSEDIAAN PELAJAR MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU 2, 2019

KOLEKSI SOALAN 3(A) HINGGA 3(E) TATABAHASA KERTAS BAHASA MELAYU 2, PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI SE-MALAYSIA 2019 BERSERTA SKEMA JAWAPAN - ULANGAN TERBITAN UNTUK MEMBANTU PELAJAR MEMBUAT PERSEDIAAN AKHIR SEBELUM PEPERIKSAAN SPM 2019(SUMBER BLOG DR. TAN CL)

CADANGAN JAWAPAN SOALAN 3(C) MENGESAN KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU 2, SPM 2019

SOALAN 3 (A) PERIBAHASA MERUPAKAN SOALAN YANG PALING DIGERUNI PELAJAR DI BAWAH DISENARAI PERIBAHASA YANG DITANYA BERMULA SOALAN SPM 2004 HINGGA 2019 - SUMBER BLOG DR. TAN CL

LATIHAN TATABAHASA SEBAGAI MEMANTAPKAN TATABAHASA ANDA

PERANAN PENANDA WACANA DALAM KARANGAN.

 PERANAN PENANDA WACANA DALAM KARANGAN.


Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Contoh penanda wacana seperti berikut:-

Tambahan : dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping

Urutan : pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya

Penyataan semula : iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan

Contoh : contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai

Rumusan : rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata

Tempat : berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan

Waktu : apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya

Sebab dan kesan : oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu

Bandingan : seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan

Pertentangan : tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan

Pengesahan : sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya

Perenggan Pendahuluan

Dewasa ini...
Belakangan...
Kebelakangan ini...
Baru-baru ini...
Mutakhir ini...
Akhir-akhir ini...
Dalam era globalisasi...

Perenggan isi

Di samping itu...
Sehubungan dengan itu...
Jika diteliti dengan lebih mendalam...
Sehubungan...
Sebagai lanjutan daripada...
Bersangkutan dengan hal...
Berkaitan...
Bersangkutan...
Disingkapkan...
Diceritakan...
Tindakan yang diketengahkan di atas...
Walau bagaimanapun...
Bertitik tolak daripada kenyataan di atas...
Jika ditinjau daripada aspek ...pula,..

Perenggan Penutup

Hal ini demikian...
Akhirnya saya menegaskan bahawa...
Kesimpulannya...
Akhirnya...
Sebagai penutup.. Konklusinya...
Akhirulkalam...
Tegasnya...
Pendek kata...
Daripada penerangan di atas jelaslah bahawa...
Menyedar hakikat di atas...
Di sini saya ingin tegaskan...

Lain-lain

Pada hakikatnya / Sesungguhnya,...
Sebenarnya, / Pada hakikatnya,...
Dengan kata lain /Dengan erti kata yang lain...
Maksudnya di sini...
Hal ini bermakna...
Oleh sebab itu/ lantaran itu...
Walhal/Oleh hal yang demikian...
Sedangkan / Pada hal...
Meskipun/Sungguhpun...
Walaupun / sekalipun...
Ekoran daripada / Akibatnya...
Rentetan daripada/ lanjutan itu...
Dalam konteks ini/Dalam hubungan ini...
Hal ini bertepatan /bersesuaian dengan...
Hal ini memang sejajar dengan...
Situasi ini seolah-olah mengambarkan...
Tidak syak lagi/ Tidak dapat tidak...
Namun begitu...
Lebih-lebih lagi...
Tambahan pula...
Justeru...
Oleh hal yang demikian...
Sungguhpun demikian...

Contoh penggunaan penanda wacana

Penanda Wacana Untuk Ayat Pertama Setiap Perenggan

- Kita dapat menyaksikan betapa......
- Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana...
- Lazimnya, dalam keadaan....
- Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah ....
- Pada hemat saya ......
- Pada pandangan saya ....
- Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa ....
- Sebagaimana yang kita ketahui ...
- Sebagaimana yang kita maklumi ...
- Sejak awal lagi ...
- Sejak kebelakangan ini ....
- Selain itu, pada masa ini juga ...
- Seperti yang telah dinyatakan...
- Umum mengetahui bahawa...
- Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas ...

Penanda Wacana Untuk Ayat Kedua dan Seterusnya Dalam Karangan

- Bagi sesetengah orang ....
- Begitu juga dengan ..
- Begitu juga halnya dengan ...
- Bertitik tolak daripada itu ...
- Bukan itu sahaja ...
- Dalam hal ini...
- Dalam konteks ini...
- Dalam zaman yang serba canggih ini...
- Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa.....
- Dengan adanya....
- Dengan berbuat demikian.....
- Dengan perkataan lain....
- Disebabkan hal itu....
- Disebabkan keistimewaan inilah kita.........
- Hal ini berlaku disebabkan.....
- Hal ini penting dalam....
- Hal ini serupa dengan....
- Hal yang serupa berlaku apabila.....
- Hal ini disebabkan.....
- Hal ini membuktikan bahawa....
- Hal ini menggambarkan bahawa.....
- Hal ini secara tak langsung akan...
- Hal ini semua meninggalkan kesan kerana....
- Hal ini tentu sekali membuatkan....
- Jadi kita perlu.....
- Jadi kita hendaklah......
- Keadaan ini tentunya.....
- Lantaran itu sehingga kini...
- Kesemua ini menyumbang kepada....
- kita mengakui bahawa.....
- Kita sering menonton di kaca telivesyen...
- Kita sering membaca di dada-dada akhbar....
- Memandangkan keadaan yang sedemikian....
- Namun sejak kebelakangan ini....
- Oleh itu bolehlah dikatakan....
- Secara logiknya masa yang.....
- Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita....
- Keadaan ini seharusnya boleh.....
- Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini....
- Kendatipun demikian, kita masih....
- Yang paling nyata ialah...
- Yang perlu kita pastikan ialah...


Beberapa contoh penggunaan penanda wacana dalam karangan.

Penanda wacana untuk memulakan ayat pendahuluan karangan.

  1. Sedarwarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu.......
  2. Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah......
  3. Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.....
  4. Dasawara ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gahdi persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyak kita sendiri.
  5. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini…
  6. Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan…..

Penanda wacana untuk ayat terakhir pendahuluan karangan.

  1. Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
  2. Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
  3. Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastic dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.
  4. Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan……
  5. Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatic harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.
Oleh sebab itu, saya mengharapkan pelajar memahami fungsi penanda wacana dalam sesebuah karangan. Gunakanlah penanda wacana yang saya sarankan di atas semasa menulis karangan supaya setiap isi mempunyai koheran dan kohensi untuk memantapkan binaan ayat serta pertautan antara kata, frasa dan ayat dengan ayat. Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, suatu wacana yang mantap haruslah mempunyai kohesi dan koheren selain daripada mengandungi maklumat baru dan lama serta boleh difahami oleh pendengar atau pembaca. Kohesi atau tautan bermaksud keserasian hubungan antara unsur-unsur  linguistik. Pertautan yang ada dalam sesuatu wacana akan mewujudkan perkaitan  antara sesuatu perkataan, frasa atau ayat  dengan perkataan sehingga membentuk kesatuan.  Koheren pula boleh dijelaskan sebagai runtutan atau kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan sesebuah teks itu bermakna dan berkembang isi penceritaannya. Demi mewujudkan pertautan dan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam wacana, penanda wacana digunakan. Harap maklum.

KATA-KATA HIKMAH YANG MEMBERI KESAN KEPADA KECANTIKAN KARANGAN

 KATA-KATA MUTIARA DALAM KARANGAN

Penggunaan kata-kata mutiara sememangnya dapat memberi satu nafas baharu kepada karangan pelajar sekali gus memberi ”impression” yang positif kepada pemeriksa kertas. Perhatikanlah beberapa contoh kata mutiara di bawah ini sebagai pedoman. Jangan tersalah pilih mutiara kata semasa mengarang kerana kesilapan berkenaan boleh merosakkan keindahan bahasa karangan anda. Harap maklum.
Tun Dr. Mahathir Mohamad
“Ilmu pengetahuan tanpa nilai-nilai yang mulia belum tentu dapat melahirkan masyarakat yang baik dan berjaya. Nilai-nilai yang mulia tanpa ilmu pengetahuan juga tidak akan melahirkan masyarakat yang berjaya”
Tun Dr. Mahathir Mohamad
“…membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya. Menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya  berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.”
Keris Mas
“Kesalahan aturan bahasa sehingga mengikut aturan bahasa Inggeris bukanlah stail yang menunjukkan ketegasan fikiran, melainkan betapa tidak teraturnya fikiran itu dinyatakan atau betapa keinggerisannya kita berfikir”.
William A.Ward
“Guru yang sederhana memberitahu. Guru yang baik menjelaskan. Guru yang hebat menunjukkan cara. Guru yang agung menjadi inspirasi.”
Karl Menninger
“Siapakah guru itu adalah lebih penting daripada apa-apa yang diajarkannya.”
Tun Abdul Razak
“Kita juga telah berjaya memberikan satu keperibadian yang sama kepada negara dengan menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal di negara ini dan usaha-usaha masih lagi dicari bagi menjadikan bahasa itu sebagai bahasa kebangsaan dengan erti kata yang sebenarnya.”
Abdullah Ibnu Abbas
“Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir”
Munsyi Abdullah
”Jika orang Melayu hendak menjadi bangsa yang besar, orang Melayu mesti mempelajari dan memelihara secermat- cermatnya bahasa Melayu, di samping menerima serta menambah pengetahuan baharu.”
SN S. Othman Kelantan
“Peradaban dan tamadun sesuatu bangsa dibina dengan bahasanya sendiri, baik dalam bentuk prosa ataupun dalam bentuk kreatif kerana bahasa menjadi jiwa sesuatu bangsa. Keindahan estetika sebagai emosi kepada jiwa itu ialah karya kreatif”.
Arena Wati
Kita boleh ramah, tapi pantang berkasar. Kita boleh marah, tapi ketawalah, dan jangan kehilangan senyum. Kita pasrah miskin, tapi jauhkan diri dari keinginan mengemis. Orang yang kehilangan wang, cuma rugi benda. Tetapi orang yang kehilangan amanah dia rugi harga diri.
Noordin Hassan
Pasang telinga baik-baik. Jangan dengar saja apa orang kata, fikirkan mengapa orang kata begitu. Kalau orang ketawa, dengar betul-betul jenis ketawanya. Ketawa berisikah atau ketawa jenis apa.
Arena Wati
Menegur dengan bahasa sukma dan bertanya dengan bahasa hati nurani.
Muhammad Salleh
Tiada akan besar bangsa yang tiada kasihkan bahasanya, tiada kebenaran pada manusia yang tidak dapat melihat
kenyataan.
Muhammad Salleh
Tiada akan besar bangsa yang tiada kasihkan bahasanya.
Abdullah Hussain
KEMERDEKAAN yang sudah dicapai itu seperti sebuah gelas kosong lalu tiap-tiap golongan itu mahu mengisi gelas itu dengan minuman yang disukainya.
Keris Mas
KEMERDEKAAN hanya suatu jambatan. Yang kita tuju di seberang jambatan itu ialah kehidupan kebangsaan yang mulia, makmur dan aman damai.
Muhammad Salleh
Derita yang dijeritkan tanpa suara ialah bahasa ternyaring bangsa kita.
Muhammad Salleh
Bangsa itu diperibadikan bahasanya.
Isu remaja
1. Hadis nabi ada menyebut bahawa,anak-anak diibaratkan sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkanya, sama ada menjadi nasrani atau majusi.(peranan ibu bapa)
2.Peliharalah anak-anak mu dan perbaikilah budi pekerti mereka. sesungguhnya anak-anak itu hadiah allah kepada mu.
3.Janganlah diabaikan pesanan ahli filsuf Tao iaitu jika kita mahu hidup setahun tanamlah gandum, jika kita mahu hidup selama-lamanya tanamlah jiwa manusia. sekiranya, masa depan remaja tidak dipelihara, negara akan kehilangan mutira yang paling berharga untuk mengganti pucuk pimpinan negara.



Amalan Gaya Sihat
1.berdasarkan petikan hadis berbunyi, “jagalah masa sihat kamu sebelum dirimu sakit”. jelaslah disini bahawa kesihatan merupakan aset yang paling bernilai dalam kehidupan manusia.
Perpaduan
1.Pada 31 oktober 2006, dilaporkan bahawa mantan timbalan perdana menteri Britain, John Prescott menyatakan keinginan Britain untuk mempelajari pengalaman Malaysia mengekalkan perpaduan dan amalan tolak ansur dalam hal agama.
2.Integerasi kaum dan asimilasi budaya hanya dapat dicapai seandainya usaha  memupuk perpaduan kaum dapat di mulakansejak di bangku sekolah menengah.
3.Perayaan-perayaan di malaysia telah membuka dimensi baru dalam mengubah corak integrasi nasional di negara ini.
4.Peribahasa barat ada mengatakan jika kesemua labah-labah bersatu pasti singa sekalipun dapat di tewaskan.
5. Bersatu teguh bercerai roboh.
Jenayah
1.Menurut sejarah dunia, empayar rom jatuh disebabkan banyaknya kes pembunuhan, kes rogol, dan keruntuhan akhlak.
2.Hai orang-orang yang beriman , janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh kamu membuat pekara keji dan jahat.
Berakhlak
1.Daripada Aisyah rha, Rasulullah bersabda “sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah lembut dalam semua perkara.
2.Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “muliakanlah anak-anak kamu dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
 Kasih Sayang
1. Daripada Abu Musa Al Asyari, rasulullah bersabda yang bermaksud “kaitan antara seorang yang beriman dengan yang lainnya ialah umpama sebuah binaan yang menguatkan antara satu sama lain.
2. Kasih sayang tidak dapat di beli dengan harta ataupun wang ringgit.
KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN
01. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.
02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne
04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
05. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang
06. “Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan.” ~Surah al-Hajj:77
07. “Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan” ~Surah Yusuf:18
08. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
09. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz
10. “Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan.” ~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan perkhidmatan Perguruan Kebangsaan)
11. “Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki.” ~Profesor Diraja Ungku Aziz
12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib
17. Sabda Rasulullah s.a.w: “Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu.”
18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.
19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al- Baqarah:214)
20. Kekitaan yang erat tiada yang berat.
21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. – SAIDINA ABU BAKAR
23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.
24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

FRASA, AYAT, UNGKAPAN YANG MENARIK & MATANG
REMAJA
– “Jika diberikan aku seratus orang tua, nescaya aku mampu menterbalikkan perahu yang tertangkup tetapi, jika aku diberikan sepuluh orang muda, nescaya aku dapat mengegarkan dunia”. Bait-bait susunan retorik yang penuh puitis daripada mantan Presiden Indonesia, Soekarno menjadi satu menifestasi dalam usaha membangunkan golongan belia dan generasi muda.
– Pujangga pernah mengatakan bahawa generasi berwawasan pemangkin pembangunan negara dan sememangnya kata-kata ini tidak dapat disangkal lagi.
– Remaja yang berusia lingkungan 12 hingga 21 tahun merupakan golongan yang menempuh alam kritikal dan penuh dengan perasaan sering menganggap bahawa segala tindakannya betul, kurang mendengar nasihat orang lain dan suka mencuba sesuatu yang baharu.
– Seseorang yang tidak mempunyai pegangan agama dan moral yang teguh diibaratkan seperti kapal tanpa nakhoda.
– Dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan memberi kesan yang negatif kepada remaja.
– Generasi hari ini sudah mula mengabaikan ajaran dan didikan agama kerana mereka berpendapat bahawa ajaran agama adalah jumud dan sudah ketinggalan zaman. Natijahnya, wujudlah kelompok masyarakat yang mempunyai keimanan yang rapuh dalam diri mereka.
– Seorang tokoh cendekiawan Islam pernah berkata bahawa petanda runtuhnya sesuatu bangsa itu dapat dilihat apabila bangsa tersebut amat  mencintai hiburan.
   Bill Gates – sekiranya kita mahu berubah selepas orang lain sudah berubah, sebenarnya kita tidak berubah..
   Soekarno, Presiden Indonesia pertama – Berikanlan saya sepuluh orang remaja, pasti saya akan gegarkan dunia.
– Setiap remaja Islam hendaklah memastikan tidak meninggalkan solat lima waktu sehari kerana Allah S.W.T berfirman bahawa sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.
– Remaja pada hari ini bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa  hadapan dan merupakan aset modal insan negara bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
– Janganlah diabaikan pesanan ahli filsuf Tao iaitu jika kita mahu hidup setahun tanamlah gandum, jika kita mahu hidup sepuluh tahun tanamlah pokok dan jika kita mahu hidup selama-lamanya tanamlah jiwa manusia. Sekiranya masa depan remaja kita tidak dipelihara, negara akan kehilangan mutiara yang paling berharga untuk menjadi pelapis kepimpinan negara.
– Berdasarkan salah satu falsafah pemikiran Imam al-Ghazali yang menyebut bahawa seseorang kanak-kanak yang diajarkan erti berkasih sayang, dia akan berlatih mengasihi orang lain.
– Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang syumul / holistic / kamil.
– Menurut pakar motivasi yang tersohor dan disegani masyarakat Melayu, Datuk Haji Dr. Fadzilah Kamsah, banyak anak muda yang terperosok ke dalam kancah maksiat, seperti sumur di tepi jalan, siapa haus boleh minum (perempuan sundal
– Menurut penggiat sosial tanah air, Tan Sri Lee Lam Thye, 40 peratus daripada golongan pelajar kita pada hari ini terlibat dalam masalah sosial seperti membunuh, perogol, merompak dan sebagainya.
– Menerusi Kementerian Belia dan Sukan, banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan remaja memanfaatkan hidup remaja dengan aktiviti berfaedah.
– Pihak berkuasa tempatan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia perlu bertindak tegas terhadap unsur negatif yang berleluasa dalam masyarakat kita terutamanya apabila melibatkan remaja kita.
– Dalam RMK-9, sebanyak 20.6 peratus diperuntukkan untuk meningkatkan kualiti modal insan dengan meningkatkan keupayaan dan penguasaan
   Ilmu
– Mantan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek,  belakangan ini, remaja begitu terdedah kepada pelbagai bentuk cabaran sama ada dari segi pengaruh media massa, pengaruh atau desakan daripada rakan  sebaya serta ibu bapa dan masyarakat ataupun konflik pergolakan antarabangsa yang semakin hari semakin mendapat liputan meluas di dada-dada akhbar seluruh negara.
– Mantan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek pernah menyuarakan pendapat bahawa , “Para belia harus diasuh dan dididik agar memainkan peranan penting dalam mempamerkan akhlak yang baik sesuai dengan imej di mana-mana sahaja pada bila-bila masa”.
– Hal ini cukup bertepatan dengan langkah Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat yang telah mengisytiharkan cuti pada hari Sabtu dan Ahad kepada semua pegawai kerajaan. Perkara ini cukup membuktikan keprihatinan kerajaan Malaysia dalam menyediakan ruang dan peluang kepada ibu bapa untuk bersama anak-anak.
– Serbuan pihak polis di kota metropolitan Kuala Lumpur iaitu di kelab-kelab malam di sana mendapati hampir 15 peratus anak-anak remaja di bawah umur ditahan positif dadah.
– Menurut Prof. Dr. Fatimah Yusoff, seandainya mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan kononnya lebih memahami perasaan mereka, dengan mudah mereka mengikut mereka ponteng sekolah dan melepak di pusat beli-belah dan sebagainya.
– Kajian juga mendapati hampir 80 peratus anak-anak bukan saja dapat melayari Internet, malah mereka mempunyai pelbagai kemudahan seperti facebook, twitter dan laman sosial lain untuk berhubungan manakala hanya 20 peratus untuk belajar. Mereka ini akhirnya terpengaruh dengan…
– Kajian didedahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui laman sosial ‘facebook’ rasminya hampir 50 peratus daripada individu terbabit ialah remaja perempuan belasan tahun.
– Menurut teori komunikasi terkenal, ‘Magic Bullet Theory’ yang diperkenalkan Katz dan Lazarsfeld pada 1955 misalnya  mengandaikan bahawa televisyen memberikan kesan negatif   kepada penonton secara langsung dan segera seperti peluru  dengan penonton cenderung untuk percaya semua perkara dilihat, sekali gus boleh mempengaruhi tingkah laku mereka.
–  FOMCA (Persatuan Pengguna Malaysia)  mendedahkan kajian yang dibuat pada 2005 yang  membabitkan penggunaan peralatan berskrin seperti televisyen, komputer dan telefon bimbit mendapati golongan muda menghabiskan 73 peratus masa lapang mereka dengan menonton.
– Kajian  yang dijalankan ke atas remaja berusia 12 hingga 18 tahun masing-masing 42.7 peratus lelaki dan 57.3 peratus perempuan turut mendapati faktor lain berpunca daripada rasa ingin bebas daripada kongkongan, pernah bergaduh dengan anggota keluarga dan rakan selain pengaruh ajakan rakan-rakan.
    IBU BAPA
– Ibu bapa perlu bertindak sebagai egen pertama dalam pembentukan sahsiah dan penjana kecemerlangan anak-anak
– Keluarga pasti menjadi nukleus utama untuk kejayaan anak-anak. Keluarga merupakan institusi tertua yang menentukan arah dan hala tuju seseorang.
– Anak-anak ibarat sebusuk-busuk daging dibasuh dikincah dimakan juga. Walau seberapa buruk sekalipun, kasih sayang tidak pernah luntur. Oleh itu, tidak wajar ibu bapa mengabaikan anak mereka lantaran anak-anak sudah mencecah usia remaja.
– kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan
– Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, berdarah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif.
– Hukuma-hakama Arab pernah mengatakan bahawa anak-anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim
– Ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa akan tanggungjawab hakiki mereka untuk mendidik anak yang mendahagakan kasih sayang mereka.
– Peribahasa mengatakan bahawa tiada harimau yang membaham anak sendiri (sifat tegas adalah penting untuk membentuk akhlak anak-anak).
– Anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa depannya. / Hadis nabi ada menyebut bahawa, anak-anak diibaratkan sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi Nasrani atau Majusi.
– Menurut Dr. Hassan Ali, Pengarah Akademi Keluarga Bahagia Malaysia, kesejahteraan bermula dari rumah, maka ibu bapa hendaklah menjadikan rumah seperti syurga yang penuh dengan kedamaian dan keindahan kepada anak-anak
– Albert Einstein pernah berkata bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh. (Kepentingan didikan agama dan moral)
– Tokoh-tokoh pujangga pernah menukilkan bahawa benih yang bernas apabila jatuh kelaut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora dan jatuh ke bumi menjadi penawar. Demikianlah betapa besarnya peranan sesebuah keluarga dalam menentukan kesinambungan masyarakat madani.
– Remaja yang rata-ratanya mempunyai semangat inkuiri atau ingin tahu yang tinggi berserta perlakuan untuk mencuba sedaya upaya sehingga berjaya bak kata pepatah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan perlu dipandu dan ditarbiah ke jalan yang benar baik melalui diri sendiri, ibu bapa, guru-guru, masyarakat mahupun kerajaan memandangkan remajalah yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara ini lantas mencorakkannya menjadi sebuah negara yang unggul dan terbilang.
– Oleh itu, didikan keagamaan hendaklah dipasak teguh dijiwa mereka pada setiap masa sebagai panduan yang berguna agar mereka tidak hidup bertuhankan nafsu nafsi semata-mata.
– Ingatlah bahawa segala-galanya bermula di rumah. Begitulah ungkapan kalimah tokoh filsuf terkenal, Franklin D. Roosevelt. Maka, ibu bapalah yang bertindak sebagai agen pencorak utama karakter anak-anak agar mereka tidak mencetuskan cangkaliwang pada hari muka. Jadi, penerapan pendidikan yang sempurna pasti dapat menangani masalah ini.
– Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan mahasiswa Fakulti Sains Kemasyarakatan, Universiti Malaya, anak-anak remaja daripada golongan miskin lebih cenderung untuk terlibat dalam penagihan najis dadah. Hal ini pastinya akan dapat dibendung andai segala keperluan asas remaja dilengkapkan walaupun ibu bapa tidak melambakkan kemewahan kepada mereka.
– Menurut Dr. Ting Chew Peh, segelintir pelajar yang membolos sekolah berkait rapat dengan keruntuhan rumah tangga.
– Mantan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga pernah berkata bahawa wang ringgit bukanlah pengganti kasih sayang malah ibu bapa sanggup mengorbankan apa-apa sahaja untuk cahaya mata mereka.
– Memetik kata-kata mantan  Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, kewujudan keluarga penyayang akan menyebabkan seseorang anggota keluarga tersebut akan berasa lebih senang menghabiskan masa lapangnya di rumah.
– Kajian daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati bahawa kebanyakan rakyat yang terlibat dengan gejala negatif terutamanya golongan remaja yang terdiri daripada mereka yang mempunyai konflik keluarga.
– Kempen yang dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Sri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi bertemakan ‘Keluarga Penyayang Aspirasi Negara’.
– Mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam satu wawancara menyatakan bahawa remaja boleh membina peribadi mulia dengan mentaati ibu bapa melalui perbuatan yang baik, melaksanakan hak-hak mereka  dan menjauhkan diri daripada perilaku yang boleh menyakiti hati dan kehidupan mereka.
– Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata peranan institusi kekeluargaan penting bagi mengatasi masalah gadis remaja kini daripada terus menjadi kes-kes jenayah.
    MASYARAKAT
– Hal ini dikatakan demikian kerana kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perpaduan Negara yang mendapati jurang pemisah antara kaum semakin lebar dari setahun ke setahun kerana rambut sama hitam, hati lain-lain.
– Mafhum daripada sepotong hadis nabi yang bermaksud, jagalah masa sihatmu sebelum datang masa sakit  benar-benar menyedarkan kita bahawa kesihatan  merupakan aset  besar untuk sesuatu bangsa itu mempertahankan tamadun.
– Mafhum daripada sepotong maksud hadis yang menyatakan bahawa kehidupan kita ibarat sebatang tubuh. Apabila satu daripada anggotanya sakit, justeru seluruh tubuh turut merasai sakit dan bersama-sama berjaga malam. Demikianlah gaya hidup intim yang wajar diteruskan dalam masyarakat moden kini.
– Menurut Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi memberitahu bahawa membentuk masyarakat penyayang amat penting sekali.
– Tun Dr.Mahathir, mantan Perdana Menteri ke-4 pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerap pelbagai nilai murni dalam diri.
– Kaji selidik yang dijalankan oleh sebuah bank terkemuka mendapati hanya dua bagi setiap lima  individu atau 39 peratus rakyat negara ini mengamalkan tabiat menabung.
–  Menurut statistik Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, setiap 15  minit akan berlaku satu perceraian. Perangkaan ini menunjukkan betapa rapuhnya institusi kekeluargaan di Malaysia  dan keadaan ini dapat disinonimkan bagai telur di hujung tanduk.
– Hanya 35.6 peratus sahaja remaja yang lari dari rumah datang dari keluarga yang bercerai-berai manakala 22.2 peratus remaja mempunyai bapa yang berpoligami
– Menurut kajian Jabatan Kebajikan Masyarakat, kebanyakan masalah sosial remaja atau hampir 50 peratus berpunca daripada keluarga yang konflik.
–  Tun Dr Mahathir Mohamad telah dinobatkan sebagai Ikon Membaca Kebangsaan
– Kadar membaca rakyat Malaysia telah meningkat daripada dua buah buku pada 2005  kepada lapan hingga 12 buah buku setahun pada 2010
NEGARA
– Jenayah dapat diibaratkan sebagai musuh dalam selimut kepada negara.
– Peristiwa 13 Mei 1969 masih segar dalam ingatan setiap insan di Malaysia. Peristiwa berdarah yang melibatkan rusuhan kaum pada ketika itu perlu menjadi iktibar bagi setiap generasi. Sesungguhnya peristiwa 13 Mei yang mencatatkan titik hitam dalam sejarah perpaduan kaum di Malaysia wajar direnungi agar pisang tidak berbuah dua kali.
– Selaras dengan era teknologi maklumat dan komunikasi, ledakan informasi yang drastik dan radikal yang sedang melanda seantero pelosok negara, hubungan antara kaum juga perlu disemarakkan.
– Mantan Presiden Amerika Syarikat, JF Kennedy  – Usahlah disoal apakah sumbangan negara kepada kamu, sebaliknya tanyalah, apakah sumbangan kamu kepada Negara
– Menurut sejarah dunia, kejatuhan Empayar Rom disebabkan oleh banyaknya kes jenayah dan keruntuhan akhlak berlaku.
– Rakyat perlu menghayati pesanan mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohammad, iaitu seseorang yang lupa akan sejarah pasti akan mengulanginya.
– “Bersyukur kita kerana industri pelancongan Malaysia kini menjadi penyumbang kedua terbesar kepada ekonomi negara seterusnya menjadikan Malaysia destinasi yang terunggul, terutama sekali untuk percutian dan pelancongan insentif.” Kenyataan yang disuarakan oleh Dato’ Seri Dr.Ng Yen Yen, mantan Menteri Pelancongan Malaysia dalam laman web rasmi kementerian beliau memperlihatkan bahawa Malaysia merupakan syurga pelancongan yang kian popular dan tersohor di rantau ini.
– Menurut kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad, “…kita dapat berkenalan dan menghilangkan perasaan syak wasangka terhadap orang lain, sekali gus membolehkan kita menumpukan usaha untuk menjayakan matlamat untuk menjadikan sebuah negara maju menjelang tahun 2020”
– Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), hampir 50 peratus kejadian kemalangan yang menyebabkan kematian berpunca daripada kecuaian pemandu sendiri.
– Tanggal 3 April 2009, tarikh tersebut akan terus terlakar dalam sejarah negara apabila Perdana Menteri Malaysia yang keenam dengan rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Beliau ialah Dato Seri Mohamed Najib Tun Razak yang meneruskan legasi kepimpinan ayahandanya Tun Abdul Razak bin Dato Hussein. Bukan sekadar itu sahaja, malah tarikh tersebut telah menjadi mercu tanda baru satu lagi gagasan Malaysia moden dilancarkan. Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan kini menjadi landasan penting untuk pemimpin dan rakyat Malaysia menentukan arah tuju kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang menjelang hari-hari yang mendatang.
– Tun. Dr. Mahathir juga pernah berkata bahawa kita hendaklah mengetepikan emosi yang menimbulkan perpecahan, sebaliknya bersatu-padu membuat kegiatan-kegiatan yang boleh membangunkan negara.
– Pada 31 Oktober 2006, dilaporkan bahawa mantan Timbalan Perdana Mentari Britain, John Prescott menyatakan keinginan Britain mempelajari pengalaman Malaysia mengekalkan formula perpaduan antara kaum dan amalan tolak ansur agama.
– Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Masyarakat dan Keluarga menunjukkan bahawa antara punca prima yang menyebabkan kanak-kanak dan remaja hilang ialah masyarakat pluralistik di Malaysia bersikap nafsi atau mementingkan diri sendiri.
– Amat mengejutkan apabila kita meneliti statistik yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tentang kes buang bayi di negara kita sejak tahun 2005 hingga Januari 2012. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin, mendedahkan statistik yang merisaukan khalayak. Menurut Mohd. Bakri, berdasarkan statistik PDRM, sebanyak 517 kes buang bayi direkodkan dalam tempoh enam tahun kebelakangan ini.
– Di Amerika Syarikat, National Incidence Studies of Missing, Abducted, Runaway, and Thrownaway Children (NISMART) telah melaporkan lebih 1 juta kanak-kanak telah hilang pada tahun 2005. Malah dilaporkan “Seorang kanak-kanak hilang di Amerika Syarikat pada setiap 26 saat”.