SOALAN PERCUBAAN NEGERI SELANGOR TAHUN 2018
Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]
Gambar di bawah menunjukkan keistimewaan penggunaan komputer dan Internet oleh masyarakat era e-komuniti.
Huraikan pendapat anda tentang keistimewaan penggunaan media sosial dalam kehidupan harian.
Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
KEISTIMEWAAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL
PENGAJIAN JARAK JAUH
SEBARAN MAKLUMAT
PERHUBUNGAN
Di bawah disediakan Jadual Pengembangan Idea Karangan Perenggan Pengenalan, Perenggan Isi,
dan Perenggan Penutup. Lengkapkan jadual berkenaan dengan ayat-ayat yang disarankan. Untuk perenggan isi, pilih satu sahaja isi daripada isi yang terdapat dalam karangan. Selamat mencuba.
PERENGGAN PENGENALAN:-
Cadangan, anda boleh rujuk berita di Internet berkaitan isu penggunaan media sosial dan ulas.
Anda juga boleh menggunakan peribahasa yang ada kaitan penggunaan masa senggang.
Anda juga boleh menggunakan pengenalan jenis definisi.
Anda juga boleh menggunakan pengenalan jenis Al-Quran berkaitan penggunaan masa senggang
yang sesuai.
Gunakan kreativiti anda menulis pengenalan karangan yang sesuai kerana pengenalan karangan
sangat penting sebagai pendedahan awal kemahiran anda mengarang.
Anda juga boleh menggunakan peribahasa yang ada kaitan penggunaan masa senggang.
Anda juga boleh menggunakan pengenalan jenis definisi.
Anda juga boleh menggunakan pengenalan jenis Al-Quran berkaitan penggunaan masa senggang
yang sesuai.
Gunakan kreativiti anda menulis pengenalan karangan yang sesuai kerana pengenalan karangan
sangat penting sebagai pendedahan awal kemahiran anda mengarang.
PERKARA | PENERANGAN |
PILIH PENGENALAN JENIS FAKTA | Hasil laporan Digital 2018 yang dikeluarkan oleh Hootsuit dan We Are Social, jumlah pengguna internet di negara ini menunjukkan peningkatan kepada 25.08 juta pengguna yang mewakili 79 peratus penduduk Malaysia. |
AYAT RANGSANGAN 1 | Peningkatan bilangan penggunaan media sosial ini mengambarkan bilangan pengguna di Malaysia yang celik menggunakan media sosial semangkin meningkat selaras peningkatan dan kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dunia. |
AYAT RANGSANGAN 2 | Namun begitu, perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ada baik dan buruknya kerana hanya mutu yang mengenali manikam. |
AYAT RANGSANGAN 3 | Jika perkembangan dunia digital ini tidak diikuti dengan perkembangan nilai dan moral masyarakat Malaysia sudah pasti natijahnya akan memberi kesan kepada pembinaan insan madani yang diharapkan oleh pihak kerajaan untuk membantu perkembangan negara. |
FRASA MENARIK | Oleh sebab itu, golongan muda yang menjadi tunjang pembangunan negara perlu diberi perhatian kerana pemuda harapan negara dan pemudi tiang negara. |
UNSUR KBAT | Sekiranya, pemuda dan pemudi negara menyalahgunakan media sosial dalam kehidupan seharian mereka sudah pasti mereka akan terjerumus ke lembah kebinasaan. |
UNSUR KBAT LAPIS KEDUA | Sebaliknya, jika mereka mengaplikasi penggunaan media sosial untuk meningkatkan jati diri dan mendapatkan maklumat yang berfaedah sudah pasti kemajuan bidang komunikasi memberi impak positif kepada mereka. |
AYAT ARAHAN | Persoalannya, bagaimanakah media sosial mampu digunakan dengan sebaik-baiknya dalam kalangan masyarakat Malaysia dalam kehidupan seharian? |
PILIH SALAH SATU ISI DARIPADA ISI YANG DIKEMUKAKAN DAN KEMBANGKAN MENGGUNAKAN JADUAL PERENGGAN KARANGAN DI BAWAH:-
TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI | Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan media sosial amat penting dalam komunikasi masyarakat marcapada. |
AYAT HURAIAN 1 | Hal ini demikian kerana dengan menggunakan media sosial masyarakat boleh berhubung dengan sahabat handai atau orang yang tersayang di mana-mana sahaja mereka berada tanpa mengabaikan hubungan mereka. |
AYAT HURAIAN 2 | Bahkan juga dengan menggunakan media sosial seperti twitter, telegram, whatsapp, facebook, whe chat, dan pelbagai lagi wahana perhubungan, masyarakat dapat menjalankan perniagaan secara online tanpa perlu ada premis atau kedai untuk menjual barangan mereka dengan pihak kedua atau pelanggan. |
AYAT HURAIAN 3 | Hal ini demikian membuktikan bahawa media sosial bukan sahaja dapat merapatkan ukhwah antara sahabat dan kenalan malah mereka dapat mencari pelanggan untuk menjual barangan atau perkhidmatan tanpa memerlukan mereka bergerak kesesuatu tempat dan ini secara langsung akan mengurangkan kos. |
AYAT CONTOH | Sebagai contoh, jika anda berada di dalam atau luar negara seperti berada di Amerika Syarikat atau di Jepun anda masih boleh berhubung dengan kenalan dan sahabat serta boleh menjual barangan dan perkhidmatan yang anda tawarkan kepada pelanggan. |
FRASA MENARIK | Bak kata peribahasa Melayu yang jauh kita dekatkan yang dekat kita rapatkan begitulah fungsi media sosial kepada masyarakat pada zaman teknologi maklumat kerana maklumat di hujung jari dan dunia tanpa sempadan. |
UNSUR KBAT LAPISAN KEDUA | Sekiranya, masyarakat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan seharian sebarang kerja akan menjadi mudah dan mereka dapat menyingkat masa dan wang dengan menggunakan media sosial. |
FRASA MENARIK | Sebaliknya, jika mereka seperti katak di bawah tempurung dan tidak celik menggunakan media sosial sudah pasti mereka akan sering ketinggalan berbanding mereka yang tahu menggunakan media sosial. |
AYAT PENEGAS | Sudah terang lagi bersuluh, media sosial amat penting dalam komunikasi masyarakat marcapada. |
PERENGGAN PENUTUP:-
PERKARA | PENERANGAN |
AYAT PENYIMPUL | Kesimpulannya, keistimewaan penggunaan media sosial dalam kehidupan masyarakat tidak dapat dinafikan sama sekali. |
AYAT CADANGAN | Berdasarkan pendapat saya di atas jelas menunjukkan peranan media sosial dalam kehidupan masyarakat memang banyak faedahnya seperti media sosial berfungsi sebagai wahana perhubungan antara masyarakat, sebagai wahana komunikasi mahasiswa yang mengambil pengajian jarak jauh di universiti seperti berhubung dengan pensyarahnya, serta media social bertindak sebagai wahana penyampaian maklumat kepada masyarakat. |
AYAT CADANGAN TAMBAHAN TIADA DALAM PERENGGAN DIBINCANGKAN | Selain itu, banyak lagi fungsi media sosial dalam kehidupan yang boleh disenaraikan seperti media sosial sebagai wahana penyampaian ilmu, media sosial sebagai alat untuk membantu perniagaan, media sosial berfungsi sebagai perpaduan masyarakat dan |
AYAT HURAIAN MENGAPA CADANGAN DIUTARAKAN | Hal ini menjelaskan betapa peranan media sosial istimewa dan mampu membantu kerja seharian masyarakat dalam menyelesaikan masalah kehidupan serta memudahkan kerja seharian mereka. |
UNSUR KBAT | Sekiranya masyarakat buta dan tidak celik penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi mereka ibarat katak bawah tempurung ketinggalan dan berada di dunia sendiri. |
FRASA MENARIK | Oleh sebab itu, masyarakat perlu menggunakan media sosial dalam kehidupan seharian agar mereka boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan masyarakat lain. |
AYAT HARAPAN | Semoga masyarakat Malaysia akan sentiasa menggunakan media sosial dalam kehidupan seharian supaya mereka tidak tetinggal dan mampu bersaing dengan masyarakat dunia |
Contoh karangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan