Lihat gambar di bawah dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang punca-punca berlakunya pencemaran di negara kita. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
DALAM era globalisasi ini, setiap negara dunia berlumba-lumba untuk mencapai kemajuan sehingga sanggup menggadaikan kelesterian alam sekitar yang sangat berharga. Pada tanggal 7 Mac 2019, negara digemparkan dengan tragedi hitam pabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang hilang kewarasan akal dan kemurnian intergiri dengan rakus membuang bahan buangan kimia terlarang di Sungai Kim-Kim di Pasir Gudang Johor Bahru hingga mencemari sungai tersebut demi mengejar kemajuan. Pencemaran sungai berkenaan mengakibatkan lebih 5,848 orang awam menerima rawatan di hospital, dan menyebabkan 111 buah sekolah ditutup demi keselamatan pelajar. Impak daripada pencemaran Sungai Kim-Kim, Kerajaan negeri Johor telah meluluskan peruntukan kecemasan sebanyak RM6.4 juta sebagai bantuan segera untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan bantuan kepada mangsa dan keluarga serta kakitangan keselamatan yang terdedah dengan bahaya pencemaran itu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “pencemaran” bererti perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah-sarap dan sebagainya. Persoalannya yang tergiang-ngiang di gawang minda kita ialah apakah punca-punca berlakunya pencemaran di negara kita?
Masalah pencemaran alam sekitar ini dikenal pasti berpunca daripada tangan-tangan kotor individu yang tidak bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat yang sanggup menodai sungai yang tidak berdosa. Hal ini demikian terjadi kerana ada segelintir pengusaha kilang penguraian tayar haram tiada kesedaran sivik dalam diri mereka dan sering memandang enteng isu kelestarian alam sekitar. Mereka hanya mengejar serta mementingkan kememawahan dan keuntungan tanpa memikirkan kesannya perbuatan terkutuk yang dilakukan kepada masyarakat di sekeliling mereka dengan membuang bahan kimia terlarang ke dalam Sungai Kim-Kim. Antara bahan kimia yang disyakki dibuang di sungai Kim-Kim ialah mentana, hydrogen, klorida, acrylonitrile, acrolein, benzene, toluene, exylene, dan limonene. Paling mengejutkan lemonene merupakan sebatian yang digunakan dalam proses paralisis iaitu pengasingan atau menghancurkan elemen tayar untuk kitar semula dan juga digunakan sebagai sebatian kimia yang digunakan sebagai pelarut organik. Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian memaklumkan 300 metrik tan tanah dan enap cemar serta 150 metrik tan air tercemar yang dikeluarkan akan diurus oleh syarikat pembakaran di Pasir Gudang sebelum dihantar ke Seremban bagi tujuan pelupusan. Kos pelupusan bahan pencemaran berkenaan memakan kos yang tinggi dan perlu ditanggung oleh kerajaan dan pembayar cukai. Sekiranya, semua pihak berkepentingan mengikut peraturan dan tidak membuang bahan buangan industri sebarangan sudah pasti tragedi hitam di Sungai Kim-Kim tidak akan berlaku kerana apabila sudah terhantuk baru tergadah sudah tidak berguna lagi. Tegasnya punca berlakunya pencemaran akibat tangan-tangan kotor individu yang tidak bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat mencemar sungai negara.
Bahkan juga, pembangunan secara tidak sistematik yang dijalankan oleh pihak kerajaan atau pihak swasta tanpa memikirkan secara terperinci kesan-kesan negatif yang akan timbul terutama yang melibatkan alam sekitar juga merupakan faktor berlakunya pencemaran air, tanah, udara dan bunyi. Lebih teruk lagi, jika hal ini dibiarkan berleluasa akan menyebabkan bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir. Bermula dengan pembinasaan kawasan tadahan hujan akan menyebabkan hujan yang turun tidak dapat diserap ke dalam tanah akibat tiadanya akar pokok yang berfungsi menyerap lebihan air yang mengalir. Tindakan ini akan menyebabkan struktur tanah menjadi longgar sehingga menyebabkan berlakunya tanah runtuh. Tanah yang dihanyutkan bersama-sama air hujan ini seterusnya menyebabkan pencemaran sungai dan mendapan lumpur yang dibawa menyebabkan air sungai menjadi semakin cetek. Kejadian tanah runtuh di Pulau Pinang iaitu di George Town, Paya Terubung, dan Balik Pulau antara contoh kejadian tanah runtuh akibat pembangunan yang dilakukan secara tidak sistematik yang melibatkan kematian dan kecederaan berlaku pada tahun 2018. Selain itu, penggunaan jentera yang terlalu banyak dalam proses pembangunan sesuatu kawasan juga akan menghasilkan pencemaran bunyi dan pencemaran udara jika jentera-jentera berteknologi tinggi tersebut mengeluarkan asap yang berlebihan. Akibat daripada projek-projek pembangunan yang menolak natijah alam maka terciptalah kemusnahan alam akibat corak yang dilukiskan oleh manusia yang tiada pertimbangan dalam setiap keputusan yang diizharkan. Jika keduniaan dan keuntungan bernoktah di hati, sudah pasti kewarasan dalam pertimbangan ditolak ke tepi. Walau bagaimanapun, setiap sakit ada ubatnya. Dalam mencari penyelesaian kepada permasalahan ini, setiap pihak perlu berhampar lapis, berlicin daun. Tegasnya, pembangunan secara tidak sistematik yang dijalankan oleh pihak kerajaan atau pihak swasta antara punca berlakunya pencemaran alam sekitar.
Hukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda, justeru kurangnya bukti yang boleh mengheret individu yang terbabit dalam pencemaran lantaran pemantauan yang tidak konsisten oleh pihak berkuasa juga dilihat sebagai faktor penyumbang kepada pencemaran yang kini berleluasa tanpa mampu dikekang. Peranan pihak berkuasa dilihat semakin kurang menyebabkan ramai individu yang tidak bertanggungjawab membuat onar seperti tiada takut akan antah. Undang-undang yang diimplementasikan dilihat sekadar hiasan perlembagaan tanpa adanya penguatkuasaan. Pihak-pihak berkuasa khususnya pihak kerajaan seharusnya membuka mata dan lebih peka terhadap pembangunan yang dijalankan oleh semua pihak dengan mengambil kira masalah pencemaran yang bakal terjadi dari setiap projek pembangunan yang menjadi ukur tara kemajuan negara tersebut dan bukan hanya melihat kepada peningkatan taraf hidup masyarakat sahaja. Perkara ini sangat penting untuk membantu mengurangkan pencemaran udara, air, tanah dan bunyi, hasil daripada pembangunan pesat yang giat dijalankan dan tingkah laku sesetengah organisasi dan individu yang semakin nafsi dan kurang kesedaran sivik. Pihak kerajaan juga seharusnya mengambil tindakan drastik dengan membuat serbuan ke tempat-tempat yang disyaki menjadi punca pencemaran dengan segera kerana jika kerajaan kurang memainkan peranan dalam menilai aspek-aspek kemaslahatan rakyat, maka masalah pencemaran pasti berada di tahap yang semakin membimbangkan. Situasi pencemaran yang berlaku di Sungai Kim-Kim di Pasir Gudang, Johor contohnya, sehingga kini masih tidak ada keputusan pendakwaan diputuskan terhadap penjenayah yang melalukan pencemaran yang memberi kesan kepada lebih 5,848 orang awam sedangkan jika tidak ada angin masakan pokok bergoyang. Perlukah sudah patah baru hendak melantai? Tegasnya, pemantauan dan penguatkuasaan yang kurang konsisten pihak berkuasa antara faktor membarahnya pencemaran alam sekitar di negara kita.
Masalah pencemaran alam sekitar ini dikenal pasti berpunca daripada tangan-tangan kotor individu yang tidak bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat yang sanggup menodai sungai yang tidak berdosa. Hal ini demikian terjadi kerana ada segelintir pengusaha kilang penguraian tayar haram tiada kesedaran sivik dalam diri mereka dan sering memandang enteng isu kelestarian alam sekitar. Mereka hanya mengejar serta mementingkan kememawahan dan keuntungan tanpa memikirkan kesannya perbuatan terkutuk yang dilakukan kepada masyarakat di sekeliling mereka dengan membuang bahan kimia terlarang ke dalam Sungai Kim-Kim. Antara bahan kimia yang disyakki dibuang di sungai Kim-Kim ialah mentana, hydrogen, klorida, acrylonitrile, acrolein, benzene, toluene, exylene, dan limonene. Paling mengejutkan lemonene merupakan sebatian yang digunakan dalam proses paralisis iaitu pengasingan atau menghancurkan elemen tayar untuk kitar semula dan juga digunakan sebagai sebatian kimia yang digunakan sebagai pelarut organik. Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian memaklumkan 300 metrik tan tanah dan enap cemar serta 150 metrik tan air tercemar yang dikeluarkan akan diurus oleh syarikat pembakaran di Pasir Gudang sebelum dihantar ke Seremban bagi tujuan pelupusan. Kos pelupusan bahan pencemaran berkenaan memakan kos yang tinggi dan perlu ditanggung oleh kerajaan dan pembayar cukai. Sekiranya, semua pihak berkepentingan mengikut peraturan dan tidak membuang bahan buangan industri sebarangan sudah pasti tragedi hitam di Sungai Kim-Kim tidak akan berlaku kerana apabila sudah terhantuk baru tergadah sudah tidak berguna lagi. Tegasnya punca berlakunya pencemaran akibat tangan-tangan kotor individu yang tidak bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat mencemar sungai negara.
Hukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda, justeru kurangnya bukti yang boleh mengheret individu yang terbabit dalam pencemaran lantaran pemantauan yang tidak konsisten oleh pihak berkuasa juga dilihat sebagai faktor penyumbang kepada pencemaran yang kini berleluasa tanpa mampu dikekang. Peranan pihak berkuasa dilihat semakin kurang menyebabkan ramai individu yang tidak bertanggungjawab membuat onar seperti tiada takut akan antah. Undang-undang yang diimplementasikan dilihat sekadar hiasan perlembagaan tanpa adanya penguatkuasaan. Pihak-pihak berkuasa khususnya pihak kerajaan seharusnya membuka mata dan lebih peka terhadap pembangunan yang dijalankan oleh semua pihak dengan mengambil kira masalah pencemaran yang bakal terjadi dari setiap projek pembangunan yang menjadi ukur tara kemajuan negara tersebut dan bukan hanya melihat kepada peningkatan taraf hidup masyarakat sahaja. Perkara ini sangat penting untuk membantu mengurangkan pencemaran udara, air, tanah dan bunyi, hasil daripada pembangunan pesat yang giat dijalankan dan tingkah laku sesetengah organisasi dan individu yang semakin nafsi dan kurang kesedaran sivik. Pihak kerajaan juga seharusnya mengambil tindakan drastik dengan membuat serbuan ke tempat-tempat yang disyaki menjadi punca pencemaran dengan segera kerana jika kerajaan kurang memainkan peranan dalam menilai aspek-aspek kemaslahatan rakyat, maka masalah pencemaran pasti berada di tahap yang semakin membimbangkan. Situasi pencemaran yang berlaku di Sungai Kim-Kim di Pasir Gudang, Johor contohnya, sehingga kini masih tidak ada keputusan pendakwaan diputuskan terhadap penjenayah yang melalukan pencemaran yang memberi kesan kepada lebih 5,848 orang awam sedangkan jika tidak ada angin masakan pokok bergoyang. Perlukah sudah patah baru hendak melantai? Tegasnya, pemantauan dan penguatkuasaan yang kurang konsisten pihak berkuasa antara faktor membarahnya pencemaran alam sekitar di negara kita.
Natijahnya, jika setiap pihak mengambil langkah sederap ibarat ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni, sudah pasti kemelut ini dapat diatasi. Kupasan demi kupasan berkaitan punca-punca pencemaran yang telah dikenal pasti ini harus diambil serius oleh semua pihak dan organisasi agar belenggu yang merantai permasalahan pencemaran clam sekitar seperti pencemaran air, udara, tanah dan bunyi ini dapat dirungkai dan diselesaikan hingga ke akar cerucuknya. Namun, kejadian demi kejadian pencemaran terus berlaku seperti lautan yang tidak ada penghujungnya. Tragedi pencemaran Sungai Kim-Kim dan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Pulau Pinang perlu diambil iktibar oleh masyarakat dan pihak berkuasa agar peristiwa tragis berkenaan tidak berulang kembali kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Selain itu, penguatkuasaan undang-undang perlu diutamakan kerana setiap pesalah yang terlibat menodai kelestarian alam sekitar ibarat enau dalam belukar melepas pucuk masing-masing perlu diadili dan menerima hukuman sewajar dengan kesalahan yang mereka lakukan. Hal ini penting untuk memastikan kelestarian dan kehijauan flora dan fauna yang bebas daripada pencemaran dapat dikekalkan dan diwariskan sebagai tatapan generasi masa hadapan yang akan mendepani realiti dunia yang pantas berubah dan berkembang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan