Laman Bahasa Melayu SPM: November 2018

LAMAN WEB INTERAKSI GURU DAN PELAJAR

LAMAN BAHASA MELAYU INI DIWUJUDKAN SEBAGAI KEMUDAHAN GURU DAN PELAJAR BERINTERAKSI SERTA SEBAGAI PENGUKUHAN SITUASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM KELAS. SEMOGA PELAJAR KELAS 4 SAINS, DAN PELAJAR KELAS 5K1 SMK SERI LONDANG DAPAT MENGGUNAKAN BLOG INI SEBAGAI TEMPAT UNTUK MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN BERBAHASA TERUTAMA MURID KELAS 5K1 BAKAL MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU (1103) SPM 2019 . SEMOGA ANDA SENTIASA CEMERLANG. SEBAGAI MAKLUMAN, SAYA SENTIASA MENAMBAH MENU BAHAN BAHASA DI SUDUT KANAN BLOG INI UNTUK MEMUDAHKAN PELAJAR MENCARI BAHAN BAHASA SAMA ADA BAHAN DARIPADA MEDIA MASSA SEPERTI AKHBAR-AKHBAR TEMPATAN, RUJUKAN KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, RUJUKAN MAJALAH TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KOLEKSI SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN SPM SEBENAR ,KOLEKSI SOALAN-SOALAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA. SEMOGA BAHAN-BAHAN BERKENAAN DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENJALANKAN TUGASAN DAN SUMBER UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT BAHASA. INSYA ALLAH SAYA AKAN SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENJADIKAN BLOG INI KONDUSIF SEBAGAI MEDIA MAYA UNTUK PELAJAR BERJAYA MENGUASAI KEMAHIRAN BERBAHASA. DOAKAN SAYA SENTIASA SIHAT MENGENDALIKAN BLOG INI SEBAIK-BAIKNYA. AAMIIIIN. SAYA JUGA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG MAYA YANG SENTIASA MENGUNJUNGI BLOG LAMAN BAHASA MELAYU SPM INI. KEBERADAAN ANDA MEMOTIVASI SAYA UNTUK BERBAKTI KEPADA ANAK BANGSA SERTA MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGGSAAN, BAHASA JIWA BANGSA. SAYA MENGHARGAI SEKIRANYA ADA CADANGAN DARIPADA PENGUNJUNG TERUTAMA UNTUK MEMANTAP KEBERADAAN BLOG INI SEBAGAI SUMBER RUJUKAN BAHASA MELAYU.

Rabu, 28 November 2018

ULASAN DAN CONTOH JAWAPAN KARANGAN BAHAGIAN DIMENSI SOALAN 1 (DIMENSI DIRI) SOALAN 2 (DIMENSI KELUARGA/MASYARAKAT) SOALAN 3 (DIMENSI NEGARA)

Ulasan Soalan bahagian B ( Karangan Jenis Dimensi)

       Kertas Peperiksaan Bahasa Melayu (1103/1) telah dijawab oleh pelajar dan telah berlalu lebih kurang dua minggu lalu. Berdasarkan penelitian saya, ada segelintir kecil pelajar saya memberi respon yang mengambarkan mereka tidak cukup masa untuk menyiapkan karangan, berasa bimbang akan  jawapan karangan mereka, ada yang mengatakan perenggan penutup tidak siap, perenggan isi tidak cukupdan ada juga yang menunjukkan keyakinan yang tinggi hasil jawapan mereka. Sebagai seorang guru, saya hanya meminta mereka bertenang, dan tidak memikirkan karangan yang sudah dijawab dan sudah berlalu dan tugasan mereka sekarang untuk menentukan kertas yang masih belum mereka jawap.

         Bagi saya, sebagai seorang guru, saya sudah mendedahkan pelbagai strategi dan persediaan untuk mereka menjawab soalan soalan kertas bahasa Melayu Dimensi ini. Antaranya:-
  1. Berhati-hati semasa memilih soalan dengan membaca soalan sekurang-kurangnya 5 minit sebelum mengambil keputusan memilih soalan berkenaan.
  2. Menulis isi-isi secara ringkas untuk memastikan soalan karangan berkenaan tepat sebagai pilihan. Hal ini kerana dengan menulis ringkasan isi berkenaan pelajar akan lebih  yakin kenapa memilih soalan berkenaan , antara mereka menulis gambaran awal isi-isi yang perlu ditulis.
  3. Menulis karangan dimensi terlebih dahulu kerana karangan dimensi memberikan markah yang banyak iaitu 100 markah.
Ulasan soalan 1 (Dimensi diri)  ( Penulisan perlu menggunakan ganti nama diri saya)
Secara umumnya soalan ini mudah kerana pelajar sudah tahu dan pernah mengalami dan melibatkan diri dalam aktiviti ko kurikulm dan mereka tahu kelebihan aktiviti ko kurukulum dalam kalangan mereka. Isi-isi yang perlu ditulis ialah faedah-faedah aktiviti kurikulum kepada pelajar.

Ulasan soalan2 ( Dimensi keluarga)
Secara umumnya soalan ini nampak mudah kerana mengkhusus kepada usaha ibu bapa untuk memupuk sikap saling menghormati antara kaum dalam kalangan anak-anak semenjak kecil lagi. Namun, pelajar perlu memastikan usaha memupuk sikap saling menghormati berkenaan mestilah melibatkan kaum berbilang bangsa di Malaysia. Tegasnya, dalam penulisan karangan ini, pelajar perlu menulis cara ibu bapa dapat memupuk sikap saling menghormati dengan kaum bukan Melayu iaitu ,melibatkan bangsa-bangsa lain seperti India, Cina, dan etnik yang lain. Sekiranya pelajar hanya menulis untuk kaum Melayu sahaja atau satu kaum sahaja, karangan pelajar lari daripada tajuk dan untuk mendapat markah cemerlang amat sukar. Kedua tindakan ibu bapa untuk memupuk sikap saling menghormati kaum dalam kalangan anak-anak perlu dimulai semenjak mereka kecil lagi. Kesimpulanya soalan karangan ini memerangkap pelajar.

Ulasan soalan 3 (Dimensi Negara)
Secara umumnya soalan ini jenis berformat, iaitu format pidato. Soalan ini juga mudah kerana memfokus kepada soalan sukan mengukuhkan perpaduan. Saya pasti pelajar yang telah bersedia dengan maklumat dan tajuk berkaitan sukan merupakan pelajar yang perlu mengambik kesempatan memilih tajuk berkenaan. Namun, mungkin karangan ini berformat pidato, mungkin tidak memilih karangan sebagai tajuk karangan pilihan mereka. Namun, kepada pelajar yang memilih karangan ini, pelajar perlu menulis kata-kata alu-aluan untuk format pidato. Selain itu, oleh sebab soalan karangan berkenaan berbentuk pertandingan pelajar perlu memasukkan kehadiran hakim dan penjaga masa. Aturan kata alu-aluan perlu disusun mengikut jawatan atau pangkat contoh siapa tetamu yang hadir. Cuma, soalan tidak memaklumkan sama ada pertandingan peringkat daerah atau sekolah bermakna pelajar bebas untuk meletakkan situasi pertandingan sama ada peringkat daerah atau sekolah. Jika peringkat daerah, pelajar boleh memasukkan selain kata alu-aluan untuk Pengacara majlis,diikuti dengan kata alu-aluan Tuan Pegawai Pendidikan dan diikuti dengan Pengetua, Guru-guru Kanan, Guru Kanan Bidang, guru-guru dan rakan-rakan. Jika peringkat sekolah, gugurkan Tuan PPD tetapi jika ditulis tidak mengapa kerana mungkin Tuan PPD sebagai pegawai jemputan atau perasmi. Berkaitan isi, pelajar perlu menyenaraikan 5 isi berkenaan sukan mengukuhkan perpaduan kaum dengan ada kata panggilan sebelum memulakan isi, dan diikuti isi seterusnya.

Ulasan soalan 4 ( Dimensi Antarabangsa)
Soalan ini memerlukan pelajar  menulis berkaitan hubungan  Malaysia dengan negara luar sama ada hubungan pendidikan, sosial dan ekonomi serta tambah lagi politik dan kententeraan. Sebagaimana pelajar sedia maklum soalan ini agak sukar kerana pelajar perlu banyak membaca berkaitan hubungan Malaysia dengan negara luar. Jika pelajar tidak mempunyai maklumat, pemilihan isi ini agak kurang bijak.

Ulasan soalan 5 ( KOMSAS)
Soalan ini sebenar menguntungkan pelajar yang memahami kajian KOMSAS novel tetapi ada perangkapnya iaitu novel berkenaan perlu diadaptasikan dalam bentuk drama atau filem yang banyak memberi manfaat kepada pelbagai pihak. Kesimpulannya, soalan ini juga agak sukar kerana pelajar tidak boleh menggunakan novel dalam kajian tingkatan 4 dan 5 kerana novel berkenaan tidak diadaptasikan dalam drama atau filem. Oleh sebab itu, pelajar yang menulis karangan ini perlu tahu dan pernah menonton drama dan filem dan tahu nama novel yang diadaptasikan.

Insya-Allah jika ada kelapangan saya akan memberikan contoh-contoh karangan mengikut dimensi di atas. Kepada pelajar yang berjaya menjawab karangan mengikut kehendak soalan sepeti saya ulaskan di atas tahniah diucapkan. Namun, pemeriksaan kertas sekarang mungkin sudah menerima kertas jawapan pelajar dan dalam proses menyemak. Oleh sebab, pelajar perlu terus berdoa dan berdoa sehingga keputusan diumumkan agar peperiksa menyemak kertas soalan dengan keputusan terbaik. Aamiin.

Contoh karangan soalan nombor 1 ( Pastikan semasa penulisan, anda menggunakan gati nama saya sebab karangan ini dimensi diri )
Penglibatan aktiviti ko kurikulum dapat memberi banyak faedah kepada murid.
Huraikan faedah-faedah tersebut.

 Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah. Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian seragam dan kelab atau persatuan. Setiap pelajar diwajibkan supaya menyertai sekurang-kurangnya satu daripada setiap aktiviti tersebut. Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja dapat memberikan keseronokan malahan dapat mendatangkan pelbagai kebaikan kepada saya sebagai seorang pelajar yang menyertainya. Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu aktiviti yang penting tetapi pembabitan pelajar agak mengecewakan. Kepada saya dan rakan-rakan menyertai aktiviti kokurikulum dengan sambalewa bagaikan melepaskan batok di tangga, amat merugikan. Hal ini amat membimbangkan kerana usaha pihak sekolah untuk melahirkan modal insan yang holistik dan seimbang tidak dapat dicapai melalui bidang kurikulum sahaja tanpa penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum. Pelbagai nilai murni dapat dipupuk dalam diri pelajar seperti saya melalui aktiviti kokurikulum. Falsafah Pendidikan Negara menegaskan sebanyak 16 nilai murni masyarakat Malaysia terdapat dalam sistem pendidikan kita. Sebenarnya, apakah faedah-faedah yang saya peroleh daripada aktiviti kokurikulum yang telah saya sertai?

      Salah satu faedah aktiviti kokurikulum yang tidak dapat dikesampingkan ialah nilai kepemimpinan dapat disemai dan subur dalam diri saya walaupun saya belum cukup keras ubun-ubunnya. Hal ini penting supaya negara kita tidak ketandusan pemimpin yang berkualiti pada masa hadapan kerana generasi muda pada hari ini merupakan bakal pemimpin negara. Yang paling nyata melalui kegiatan kokurikulum, terdapat pelajar yang dilantik atau dipilih sebagai pucuk pimpinan dalam organisasi mereka sama ada sebagai pengerusi, setiausaha atau bendahari. Dalam konteks ini, pelajar telah diasuh dan diasah sebagai insan yang bertanggungjawab, berkeyakinan, amanah, dedikasi dan berupaya berinteraksi dengan anak buahnya. Unsur-unsur tersebut dan pengalaman dalam memimpin ini dapat menjadikan saya dan rakan-rakan lain sebagai pemimpin yang berwibawa dan dihormati kelak. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan, saya telah dilantik sebagai pengerusi bagi Persatuan Bahasa Melayu di sekolah. Sepanjang saya menjadi pengerusi bagi persatuan ini, saya dapat mempelajari cara untuk menjadi seorang pemimpin. Saya berpeluang untuk merancang pelbagai aktiviti yang menarik bersama dengan pasukan saya dan guru-guru penasihat saya untuk menjayakan persatuan ini. Bukan itu sahaja, saya turut dapat menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dalam persatuan saya. Dengan memperoleh pengalaman-pengalaman ini, saya akan menjadi lebih bijak dalam menguruskan sesuatu pekerjaan tanpa bantuan guru-guru mereka. Sekiranya saya tidak mengalami pengalaman sebagai seorang pepimpin sudah pasti saya akan gagal menjalankan sebagai tugasan apabila saya saya diberi tanggungjawab untuk menerajui sebarang kepimpinan apabila saya bekerja nanti. Tegasnya, nilai kepemimpinan dapat dipupuk dalam diri saya melalui aktiviti kokurikulum yang saya ceburi.

      Kupasan dan huraian seterusnya berkaitan manfaat aktiviti kokurikulum tidak harus ada titik noktahnya, maka sebagai meneruskan kesinambungan kupasan, moleklah andai kata ditinjau pula dari aspek kegiatan kokurikulum juga dapat mengukuhkan nilai perpaduan antara kaum dalam jiwa saya. Perpaduan amat penting dalam mewujudkan negara yang aman dan makmur terutamanya dalam negara yang berbilang kaum seperti Malaysia. Setiap persatuan dan kelab mempunyai banyak ahlinya. Ahli-ahli tersebut terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Nilai perpaduan dapat dipupuk apabila saya bersatu dengan rakan yang berbangsa lain dalam sesuatu kegiatan. Sebagai contohnya, saya dan rakan saya yang berbangsa Cina dan India mewakili pasukan kami untuk bertanding dalam acara sukan yang diadakan setiap tahun seperti dalam pasukan bola jaring. Dalam perlawanan bola jaring, kami akan bersatu dan bekerjasama ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk mencapai kejayaan pasukan. Secara tidak langsung, hubungan saya dengan rakan seperjuangan yang berlainan kaum akan bertambah erat dan kukuh ibarat isi dengan kuku serta bersatu untuk mencapai matlamat yang diharapkan kerana bersatu teguh bercerai roboh. Kami akan saling menghormati walaupun warna kulit, agama dan bangsa kami berlainan. Dengan ini, sebarang perselisihan faham dapat dielakkan dan kehidupan yang harmoni dan humanis dapat dilahirkan. Saya juga dapat berkomunikasi dengan baik bersama mereka walaupun berlainan agama atau kaum. Ringkasnya, penglibatan saya dalam kegiatan kokurikulum mampu mewujudkan perpaduan serta mengikis sentimen perkauman dalam diri saya.

      Menyingkap dari perspektif yang lain, aktiviti kokurikulum juga dapat memupuk nilai berdikari dalam diri saya. Berdikari membawa maksud keupayaan bertindak sendiri, berkeyakinan dan cekal dalam menghadapi pelbagai dugaan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa segolongan pelajar pada hari ini tidak mempunyai sikap berdikari atau kendiri kerana kehidupannya dilingkari dengan kemewahan dan sering dimanjakan oleh ibu bapa mereka. Segala urusan kehidupan mereka seperti mencuci pakaian, pinggan mangkuk dan mengemas bilik sendiri pun dilakukan oleh pembantu rumah mereka. Dalam aktiviti kokurikulum, nilai berdikari boleh ditanam melalui penyertaan dalam pasukan beruniform. Saya telah menyertai pasukan beruniform Pandu Puteri di sekolah saya. Lazimnya, pasukan beruniform ini akan menganjurkan pelbagai kegiatan tahan lasak atau kegiatan di luar sekolah, seperti aktiviti berkelah, berkhemah, berkembara atau ekspedisi. Dalam kegiatan yang sedemikian, setiap peserta perlu menguruskan rutin hidupnya tanpa bantuan ahli keluarga. Sebagai contoh, saya perlu memasak, mencuci pakaian dan mendirikan khemah sendiri. Lantaran itu, saya tidaklah menjadi seperti burung dalam sangkar yang hanya disuap nasi tanpa diberi kebebasan untuk hidup berdikari. Lebih-lebih lagi, dengan menganggotai pasukan beruniform saya lebih berdikari berbanding dengan pelajar lain. Izharlah bahawa nilai berdikari dapat dipupuk melalui penglibatan secara aktif dalam aktiviti kokurikulum yang saya sertai.

      Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum saya juga dapat membentuk disiplin diri saya. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Disiplin juga dapat membentuk sikap tanggungjawab seseorang pelajar. Sikap melepaskan batuk di tangga dapat dihapuskan apabila seseorang pelajar diberi kepercayaan dan amanah untuk menyandang sesuatu jawatan yang penting dalam unit beruniform, kelab dan permainan. Peraturan yang ditetapkan dalam unit beruniform bertujuan untuk membentuk disiplin diri dan melatih mereka supaya berperibadi tinggi dan luhur. Sebagai contohnya, saya akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan sama ada peraturan perkhemahan, bersukan dan sebagainya. Contoh yang lain, apabila hendak menjalani latihan sukan atau bahas, saya mesti menepati masa. Jika terlewat, saya akan rugi kerana masa itu emas. Saya juga tidak akan terlibat dalam masalah kebejatan sosial seperti melepak, menagih dadah dan vandalisme kerana memounyai disiplin diri yang tinggi. Pendek kata, pembentukan disiplin diri yang tinggi dapat saya capai melalui penyertaan aktiviti kokurikulum.


      Berdasarkan cambahan minda yang telah dinyatakan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa kegiatan kokurikulum amat berfaedah kepada saya terutamanya dalam aspek pemupukan pelbagai nilai murni. Tanpa penerapan nilai-nilai murni dalam jiwa generasi muda sudah pasti usaha pembangunan negara akan terbantut kerana mereka merupakan jentera penggerak kemajuan negara pada masa hadapan bak kata cogan kata, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Oleh itu, para pelajar perlulah memanfaatkan masa yang terluang dengan menyertai aktiviti kokurikulum. Namun begitu, kita seharusnya mengharapkan usaha generasi yang baru berumur setahun jagung, berdarah setampuk pinang semata-mata. Jadi, semua pihak seperti ibu bapa, pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia perlulah menggembleng tenaga untuk memastikan para pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Dengan ini, usaha untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat menjadi kenyataan dan bukannya sekadar omongan kosong. Benarlah kata mutiara sarjana, “Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah generasi mudanya pada hari ini.”
Karangan di atas akan saya buat penambahbaikan, jika saya mempunyai masa senggang. Doakan saya sihat untuk meneruskannya. Aamiin. Kepada pelajar yang dapat menulis karangan ini dengan lebih baik, tahniah diucapkan.

Contoh karangan soalan nombor 2, dimensi keluarga.

Ibu bapa perlu memupuk sikap saling menghormati antara kaum dalam kalangan anak-anak sejak kecil.
Ulas pernyataan tersebut.

         
Dalam kehidupan sehari-hari, kita tidak lari daripada berjumpa dengan rakan-rakan kita daripada bangsa lain sama ada masyarakat Cina, India, dan etnik seperti Iban, Semai, Bidayuh dan sebagainya. Semangat masyarakat berbilang bangsa ini telah melakar sejarah Malaysia setelah menghadapi beberapa nostalgia yang menakutkan, apabila berlakunya sala  faham antara kaum utama suatu ketika dahulu sehingga meletusnya kejadian 13 Mei 1969. Kini, masyarakat Malaysia mengambil peristiwa berkenaan sebagai lipatan sejarah yang tidak perlu diulang semula. Masyarakat pelbagai kaum kini mengambil iktibar daripada peristiwa berkenaan dan hidup dalam keadaan aman damai sehingga sekarang. Mereka hidup dengan berbaik-baik antara kaum, bertolak ansur dan bekerjasama antara satu sama lain. Dalam kehidupan kita, kita dilarang menyakiti hati kaum, sebaliknya diminta mengambil berat antara satu sama lain dan hidup berlandaskan kasih sayang sesama individu tanpa mengira kaum, usia, agama atau pangkat. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa “Jiran Sepakat Membawa Berkat”. Jadi, kita perlulah mengutamakan perpaduan kaum untuk meneruskan kehidupan dan mengukuhkan perpaduan antara kaum dan sedaya upaya mengelakkan kejadian perpabalahan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 daripada berulang kembali. Walau bagaimanapun, dalam era globalisasi yang dipenuhi pelbagai pancaroba moden, semangat perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat perlu disemai supaya tidak terus meluntur.  Oleh itu, ibu bapa wajar mengambil langkah untuk memupuk perpaduan kaum dalam kalangan anak-anak mereka semenjak kecil. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang efektif wajar diambil oleh ibu bapa untuk memupuk semangat kaum dalam kalangan anak-anak sejak kecil lagi?

Menyedari hakikat betapa pentingnya semangat kejiranan diamalkan oleh masyarakat majmuk di negara ini, maka usaha perlu dilakukan oleh ibu bapa agar nilai yang berharga ini tidak lenyap daripada amalan hidup masyarakat kini terutama dalam kalangan anak-anak. Ibu bapa haruslah menyertai  aktiviti gotong-royong yang dianjurkan oleh komuniti atau masyarakat setempat dan membawa anak-anak mereka turut serta aktiviti berkenaan semenjak mereka kecil lagi kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya..Melalui aktiviti gotong-royong, semua penduduk setempat dapat berkumpul bersama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila  masyarakat berbilang kaum berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berbual-bual dan berkenal-kenalan antara satu sama lain dan sekali gus membolehkan mereka mengenal hati budi jiran mereka daripada kaum lain dengan lebih baik dan dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “ tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh dijalankan secara bergotong-royong adalah seperti membersihkan kawasan taman rekreasi, kebersihan longkang, dewan, dan kemudahan awam lain yang terdapat di taman perumahan mereka . Aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara bergotong-royong memerlukan masyarakat setempat bekerjasama bagai aur dengan tebing agar aktiviti-aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan lancar dan baik. Melalui cara ini, setiap ahli keluarga dapat menjalinkan hubungan mesra sesama jiran yang pelbagai kaum. Mereka juga  sedar akan peranan masing-masing dalam sesuatu komuniti. Pada masa yang sama, anak-anak akan turut mengenali anak-anak jiran mereka sambil turut serta menjalankan aktiviti yang dijalankan oleh ibu bapa mereka kerana bagaimana acuan begitulah juga kuihnya. Apabila dewasa kelak, anak-anak akan melakukan perkara yang sama untuk mengeratkan ikatan kejiranan. Jelasnya, ibu bapa haruslah mengadakan aktiviti gotong-royong agar dapat memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat dan melibatkan anak-anak mereka dalam aktiviti masyarakat yang terpuji ini.


Selain itu, ibu bapa perlulah menjadi suri teladan atau ‘role model’ yang baik kepada anak-anak sekiranya mahu anak-anak mengamalkan semangat kejiranan dalam diri sendiri. Ibu bapa perlulah mengamalkan cara hidup seperti ‘aur dengan tebing’ atau ‘ke bukit  sama di daki, ke lurah sama dituruni’ dan ‘hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah’ untuk mencapai keberkatan dalam hidup. Sebagai  anggota dalam sesebuah masyarakat, ibu bapa  mesti mempunyai semangat kekitaan dan keprihatinan terhadap  jiran mereka.. Apabila  mengambil berat akan hal-hal jiran, bukanlah bermaksud kita hendak menjaga tepi kain mereka atau mengambil tahu hal rumah tangga mereka, tetapi kita mengambil tahu masalah-masalah yang dihadapi oleh jiran  dan cuba membantu mereka supaya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh jiran. Hal ini demikian kerana, dalam kehidupan berkeluarga, setiap keluarga pasti akan menghadapi masalah dalam kehidupan seharian dan masalah itu hanya boleh diatasi atau dikurangkan  dengan bantuan orang lain.  Misalnya, ketika ketua keluarga sakit tenat, maka ahli-ahli keluarga itu memerlukan bantuan daripada jiran untuk menghantar ketua keluarga itu ke hospital, memberitahu keluarganya yang tinggal berjauhan daripada mereka, mendapatkan bantuan nasihat ataupun kewangan dan sebagainya. Sikap keprihatinan yang ditunjukkan oleh ibu bapa terhadap jiran, akan menyebabkan anak-anak juga turut mengambil berat tentang jiran mereka. Tegasnya, ibu bapa yang berjaya menjadi suri teladan yang baik, sudah pasti mampu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Di samping itu, ibu bapa juga mestilah mengadakan atau menghadiri majlis-majlis rumah terbuka sempena sesuatu sambutan perayaan. Amalan mulia ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim, tetapi juga mampu mengukuhkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Melalui majlis rumah terbuka, ibu bapa boleh membawa anak-anak bersama sejak mereka kecil lagi. Dalam majlis tersebut,  masyarakat dapat berkumpul dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat. Mereka juga berpeluang untuk berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara dan bertanya khabar sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Dengan itu, masyarakat akan lebih memahami adat resam, agama dan budaya masing-masing di negara ini.  Sebagai contoh, majlis-majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Krismas dan Hari Deepavali hendaklah dijadikan acara tahunan. Kehadiran ibu bapa bersama ahli keluarga dalam majlis rumah terbuka, bukan sahaja dapat memperkenalkan anak-anak mengenali lebih dekat adat resam sesuatu budaya malah dapat menanamkan semangat hormat-menghormati dalam diri anak-anak dan mengamalkan semangat perpaduan. Tegasnya, majlis-majlis rumah terbuka mestilah diadakan setiap tahun agar mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan membentuk masyarakat yang bersatu-padu.
Seterusnya, ibu bapa hendaklah menyemarakkan budaya ziarah-menziarahi dalam kalangan masyarakat sebagai langkah untuk memupuk dan meningkatkan semangat kejiranan dalam diri anak-anak semenjak mereka kecil lagi. Dalam hidup bermasyarakat, ibu bapa digalakkan membawa anak-anak-anak  menziarahi jiran tetangga pada  masa-masa  yang sesuai. Dengan menziarahi jiran, ibu bapa akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dihadapi oleh jiran kita tetangga kita tanpa mengira kaum. Semua masalah boleh diselesaikan bersama dan hal ini akan menjadikan hidup mereka lebih aman dan harmoni walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak  berkunjung ke hospital jika kita mendapat tahu bahawa jiran kita telah dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau mendapat kemalangan. Amalan ini dapat membentuk sifat kasih sayang dan sikap ambil berat serta membuang sejauh-jauh sikap mementingkan diri sendiri dan hidup diibaratkan ‘seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa ‘berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya’, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang teguh pada prinsip “cubit paha kiri, paha kanan terasa juga”. Jadi, melalui lawatan kita, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita tanpa mengira kaum kerana mereka juga ahli masyarakat dan secara tidak langsung, mereka dapat hidup dengan lebih selesa, aman dan tenang. Anak-anak turut mengambil berat tentang jiran yang ditimpa masalah sama seperti ibu bapa mereka. Jelasnya, ibu bapa boleh menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi dalam diri anak-anak untuk memupuk semangat kejiranan.
Akhir sekali, ibu bapa bolehlah menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti Hari Keluarga. Setiap komuniti, sering mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk mengukuhkan hubungan dalam kalangan masyarakat setempat. Aktiviti kerap diadakan sama ada di padang, taman rekreasi atau di tepi pantai. Ibu bapa boleh membawa anak-anak bersama dan setiap ahli keluarga boleh menyertai permainan yang disediakan.  Selain itu, ibu bapa boleh mendedahkan kepada anak-anak tentang kepentingan hidup berpersatuan dalam masyarakat setempat yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk tempatan sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti  Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rakan Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan kawasan tempat tinggal atau taman untuk mengelakkan berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti membunuh, merogol, merompak dan sebagainya. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu antara satu sama lain dalam kehidupan. Jelasnya, ibu bapa berperanan penting untuk menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial sebagai langkah untuk memupuk  semangat kejiranan.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapat saya simpulkan bahawa semangat kejiranan dalam setiap individu amat penting untuk melahirkan  masyarakat yang prihatin dan membentuk perpaduan kaum.  Walau apa pun keadaan dan di mana-mana pun kita tinggal, kita perlulah mempunyai jiran yang baik hati, iaitu jiran yang menjadi tempat untuk memohon bantuan ketika kita dalam keadaan yang susah dan sentiasa menghulurkan bantuan dengan senang hati dan menghiburkan ketika kita senang. Jadi, untuk mempunyai jiran yang baik, maka kita perlu menjadikan diri kita sebagai jiran yang baik kepada jiran kita. Sekiranya kita berbaik-baik dengan jiran, maka jiran juga akan berbaik-baik dengan kita. Cogan kata “ Jiran Sepakat Membawa Berkat” perlu terus diamalkan dalam kehidupan kita sehari-hari. Jangan kita berasa susah dalam usaha mengamalkan budaya murni ini. Amalkan dengan hati yang ikhlas, barulah kita memperoleh keberkatan dalam kehidupan. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan kaum akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera. Allah berfirman yang maksudnya, “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu kenal-mengenali”.

Alhamdullillah, karangan soalan nombor 2, dimensi keluarga dapat saya hasilkan untuk tatapan pelajar Pelajar boleh melihat cara-cara menghasilkan penulisan berkenaan. Namun, karangan ini bukanlah karangan terbaik dan pelajar boleh melihat contoh-contoh karangan yang lain sebagai rujukan. Kepada pelajar SPM 2018 yang dapat menghasilkan karangan seperti di atas dan menulis karangan dengan lebih baik daripada di atas, tahniah diucapkan. Semoga anda akan mendapat markah yang sepatutnya atas usaha anda. Aamiin.


Soalan karangan soalan 3, dimensi negara.
Anda akan mengambil bahagian dalam pertandingan pidato. Tajuk pidato anda ialah “Sukan Mengukuhkan Perpaduan”
Tuliskan teks pidato anda itu selengkapnya.

Contoh karangan dalam proses penghasilan. Mohon pelayar blog Laman Bahasa Melayu SPM mendoakan kekuatan diri saya dan kesihatan saya untuk menghasilkan karangan berkenaan. Aamiin.

Contoh karangan
Assalamualaikum, yang saya hormat Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Pengetua SMK Seri Londang, En. Sarman b. Kamardin, Yang berusaha Penolong Kanan Pentadbiran SMK Seri Londang, En Zulkifli b. Jaafar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Seri Londang, Tn. Hj. Termizi b. Abdul Aziz, Yang berusaha Penolong Kanan Ko Kurikulum SMK Seri Londang, En. Azlan b. Othman , salam penuh keadilan saya ucapkan kepada barisan para hakim yang yang sentiasa dengan panji keadilan, salam penuh penghargaan kepada penjaga masa yang tidak alpa menjaga masanya, Guru-guru Kanan Bidang, guru-guru SMK Seri Londang dan rakan- rakan pelajar.

    Alhamdulillah, pada pagi penuh barakah ini saya diberikan kesempatan oleh Allah untuk menyampaikan pidato yang bertajuk “ Sukan Mengukuhkan Perpaduan”

Hadiran yang saya hormati,

Bidang sukan bukan sahaja medan melahirkan ahli sukan semata-mata, tetapi sebenarnya juga berperanan menjadi landasan memupuk perpaduan antara kaum.Hal ini kerana sukan tidak  pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang boleh menghalang interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan dan masa. Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan penampilan 'kemajmukan' bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih dari itu, menghargai dan mencipta 'semangat satu negara, satu matlamat'. Sesungguhnya, usaha pelbagai lapisan masyarakat, pertubuhan sama ada ngo atau bukan ngo, dan pentadbir negara perlu untuk menyatupadukan rakyat amat diharapakan. Seyogia, sebarang usaha untuk memantapkan aktiviti sukan sebagai mengujukuhkan peparduan perlu diberi dokongan dan sokongan oleh setiap lapisan masyarakat. Sekiranya usaha untuk menjadikan sukan sebagai wadah perpaduan tidak diberi keutamaan sudah pasti perpaduan masyarakat tidak akan menjadi kenyataan. Oleh sebab itu, setiap masyarakat sama ada orang Melayu, Cina, India serta kaum etnik perlu sentiasa berusaha untuk memastikan sukan sentiasa menjadi wadah perpaduan kaum. Persoalannya, siapakah yang bertanggungjawab untuk memastikan sukan sebagai wadah perpaduan kaum?

Tuah-puan yang dihormati

            Sebagai memulakan intipati pidato pertama saya pada pagi ini, saya ingin menyatakan ibu bapa merupakan orang yang paling utama menetukan survival sukan sebagai wadah penyatuan perpaduan masyarakat negara. Bak kata peribahasa Melayu, melentur bulur biarlah daripada rebungnya. Bahkan juga, ibu bapa merupakan suri teladan kepada anak-anak, justeru, ibu bapa perlu memberi contoh terbaik kepada anak-anak untuk melibatkan diri dengan aktiviti sukan. Terdapat pelbagai cara untuk ibu bapa untuk menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak, bukan saya penglibatan mereka dengan aktiviti sukan malah melibatkan anak-anak untuk turut serta dengan aktiviti berkenaan. Sebagai contoh, ibu bapa boleh menyertai aktiviti sukan tidak kira di mana-mana sahaja dengan membawa bersama anak-anak mereka. Aktiviti sukan berkenaan tidak mengira apa sahaja aktiviti sukan, sama ada permainan bola sepak, permainan sepak takraw, permainan badminton, dan terbaik aktiviti berkenaan melibatkan pelbagai kaum kerana dengan cara berkenaan dapat mengukuhkan perpaduan kaum. Sekiranya, ibu bapa dapat melibatkan diri acara sukan yang melibatkan pelbagai kaum sudah pasti ikatan perpaduan kaum akan lebih erat. Pelbagai kaum yang terlibat dengan aktiviti sukan akan dapat berbincang. berbual, dan mengenal hati budi kaum yang lain sehingga mereka dan begitu juga anak-anak yang terlibat dengan aktiviti sukan akan dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain. Inilah situasi yang kita mahukan agar perpaduan kaum akan berkekalan setelah berlakunya perbalahan kaum sentiasa menjadi sejarah hitam negara pada 13 Mei 1969. Tegasnya, menyatakan ibu bapa merupakan orang yang paling utama menetukan survival sukan sebagai wadah penyatuan perpaduan masyarakat negara

Hadirin sekalian,

          Aktiviti bersukan sebagai agenda pengukuhan kaum bermula  di peringkat sekolah, setiap sekolah pastinya akan mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan pada setiap tahun. Pada kejohanan ini, semua pelajar akan dibahagikan kepada empat atau lima kumpulan besar atau dipanggil “rumah sukan” secara rawak di mana setiap rumah sukan itu bukan sahaja akan terdiri daripada pelajar-pelajar yang berlainan umur (daripada Darjah 1 hingga Darjah 6) atau (daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5) malah terdiri daripada para pelajar yang berlainan kaum. Setiap ahli rumah sukan diberikan peluang untuk mengambil bahagian dan mewakili rumah sukan masing-masing dalam mana-mana acaras ukan yang dipertandingkan mengikut kategori umur (acara bawah 15 tahun atau acara bawah 17 tahun). Tiada acara sukan yang dipertandingkan mengikut kaum atau agama masing-masing. Begitu juga dengan rakan-rakan penyokong serta guru-guru penasihat rumah sukan yang akan menyorak memberi sokongan kepada atlet-atlet rumah sukan masing-masing tanpa mengira bangsa mereka. Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan di semua sekolah di Malaysia menjadi penggerak utama perpaduan pelajar berbilang kaum di negara ini.. Dasar tersebut dibuat setelah terbukti bahawa sukan boleh menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Menurut kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Asariah Meor Shaharuddin, dengan menceburi bidang sukan, akan dapat memupuk semangat setiakawan dan berpasukan terutamanya dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kita di samping mampu melahirkan atlit yang berkaliber sehingga ke peringkat antarabangsa. Seterusnya, melalui Kejohanan Peringkat MSSM yang dianjurkan juga mampu memperlihatkan peranan sukan sebagai medium dalam membentuk perpaduan kaum. Kejohanan ini hanya terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah bantuan kerajaan bawah umur 18 tahun. Selainitu, kejohanan ini selalunya disertai oleh berpuluh-puluh sekolah termasuklah Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina serta Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)Tamil. Ketika kejohanan ini berlangsung, bukan sahaja kita dapat melihat atlet-atlet yang berlatar belakangkan daripada pelbagai kaum beraksi untuk sekolah mereka malah kita dapat melihat kedudukan khemah-khemah setiap sekolah yang disusun sebelah menyebelah yang disusun secara rawak atau secara cabutan undi tanpa mengira jenis sekolah. Keadaan ini membuka peluang kepada para atlet sekolah serta guru pengiring untuk berkenalan dan menambah kenalan dengan atlet-atlet daripada sekolah-sekolah lain terutamanya atlet daripada Sekolah Jenis Kebangsaan. Tegasnya, Aktiviti bersukan sebagai agenda pengukuhan kaum bermula  di peringkat sekolah.


Hadirin dan rakan-rakan pelajar,


           Peranan Persatuan Belia juga amat penting dalam menentukan sukan berperanan sebagai mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia. Di Malaysia terdapat pelbagai persatuan belia seperti Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC), Gerakan Belia 4B, Persatuan Tamil Bell, Persatuan Belia Buddist serta didokong oleh Majlis Belia Malaysia amat berkiat dengan remaja-remaja negara. Semua persatuan belia berkenaan amat penting untuk mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia. Seyogia, persatuan belia ini amat penting untuk mengukuhkan perpaduan kaum bukan hanya untuk menaungi belia-belia untuk kaum mereka sahaja. Oleh sebab itu, persatuan belia antara kaum ini perlu memfokuskan perpaduan kaum belia di Malaysia antaranya dengan menganjurkan bukan sahaja acara sukan sahaja malah lebih jauh lagi seperti soal kebudayaan, keagaaman yang dapat mengukuhkan perpaduan kaum. Namun, dalam pidato ini saya ingin menyentuh peranan persatuan belia dalam mengukuhkan perpaduan kaum, justeru, persatuan belia berkenaan perlu mengadakan acara sukan yang boleh mengukuhkan perpaduan kaum seperti mengadakan pertandingan bola sepak, badminton, sepak takraw dan apa saja acara sukan dengan penglibatan semua kaum di Malaysia. Dengan cara ini perpaduan kaum akan dibentuk terutama kalangan generasi muda. Oleh sebab itu, peranan Majlis Belia Malaysia dan Juga Kementerian Belia dan Sukan amat penting untuk mengawal dan menyelaras perjalanan persatuan belia di Malaysia agar perpaduan akan segar dan tersemat dalam kalangan remaja Malaysia. Sekiranya persatuan belia cakna akan kepentingan perpaduan kaum sudah pasti usaha ini akan membantu kerajaan untuk memastikan setiap masyarakat Malaysia akan tetap tersemai. Sebaliknya, jika persatuan belia hanya memberi keutamaan kepada aktiviti untuk kaum mereka sahaja sudah pasti usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum akan tinggal sebagai kenangan sahaja. Kesimpulannya, peranan Persatuan Belia juga amat penting dalam menentukan sukan berperanan sebagai mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia kerana usaha untuk mengekalkan perpaduan perlu bermula pada akarnya, iaitu dalam kalangan golongan belia yang akan menggantikan kepimpinan negara.

Hadirin dan rakan-rakan pelajar,


Bukan itu sahaja, kita juga dapat melihat peranan dan kerjasama badan-badan sukan sama ada melibatkan badan kerajaan  atau badan bukan kerajaan seperti antara pegawai- pegawai kejohanan sukan seperti Majlis Sukan Negara (MSN) berfungsi sebagai peneraju sukan prestasi tinggi terunggul ke arah melahirkan lebih ramai  atlet bertaraf antarabangsa, Persatuan Sukan Negeri-Negeri dengan lahirnya SUKMA ( Sukan Malaysia) yang dijalankan dwi tahunan adalah satu acara sukan peringkat kebangsaan di bawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia, Majlis-Majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Universiti Malaysia, dan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia.SUKMA adalah merupakan kejohanan 'beraneka sukan' (multi-sports competition) dan berkonsepkan 'Mini Sukan Olimpik' di Malaysia yang melibatkan atlet remaja. SUKMA diadakan secara dwi tahunan dan berselang-seli mencungkil bakat atlet-atlet remaja di peringkat negeri dan daerah bagi menggalakkan penglibatan remaja secara mendalam dalam sukan yang dipertandingkan Peranan sukan dalam membentuk perpaduan kaum juga boleh dilihat melalui acara sukan berkumpulan seperti bola sepak, badminton beregu, kapal layar dan sebagainya. Secara tidak langsung, semasa acara SUKMA, banyak atlet negara berbakat dilahirkan tidak kira kaum kerana pemilihan atlet berdasarkan kemahiran dan kebolehan mereka dalam bersukan, justeru aktiviti sukan merupakan tempat lahirnya atlet yang terdiri daripada berbilang kaum. Berdasarkan situasi berkenaan gabungan atlet dan pegawai dan jurulatih yang terlibat mampu melahirkan perpaduan kaum. Setiap berusaha atlet bagaikan seperti aur dengan tebing terutama untuk meningkatkan kemahiran kendiri mereka, sementara pegawai-pegawai sukan terlibat berusaha untuk memastikan perjalanan sukan dan latihan. Begitu juga jurulatih sukan, sentiasa menurunkan ilmu dan kemahiran kepada atlet tanpa mengira kaum. Sekiranya kerjasama sedemikian berlaku antara aktlet, pegawai, dan jurulatih sukan sudah pasti perpaduan antara kaum akan tersemai. Kesimpulannya, kerjasama antara pegawai kejohanan, atlet, dan jurulatih sukan yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam memastikan kejohanan tersebut berjalan dengan lancar akan memupuk perpaduan antara kaum.

Hadirin dan rakan-rakan seperjuangan,

Sementara itu, di peringkat antarabangsa atlet yang terpilih untuk mewakili negara biasanya akan dikumpulkan dan saling berkerjasama semasa menerima latihan pusat sebagai persiapan mewakili negara dalam pertandingan di peringkat antarabangsa tanpa membezakan diri mereka orang Melayu, Cina atau India kerana pada fikiran mereka kejayaan pasukan bola sepak menjadi taruhan utama . Sebagai contoh pasukan bola sepak negara “ Harimau Malaya” yang dikendalikan oleh Tan Cheng Ho merupakan pasukan bola kebangsaan yang sedang menghadapi perlawanan  Piala Suzuki iaitu Kejohanan Bola Sepak ASEAN. Selain kita dapat melihat segenap lapisan masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum memberi sokongan kepada pasukan Harimau Malaya sebagaimana sokongan padu semasa pasukan ini bertemu dengan pasukan bola sepak Thailand. Kemenangan pasukan Harimau Malaya terhadap pasukan menjadi kebanggaan penyokong bola sepak Malaysia. Selain itu kerjasama bagaikan aur dengan tebing pemain-pemain bola sepak negara memang tidak dapat dipertikaikan dengan kalangan pemainnya terdiri daripada berbilang kaum terutamanya ketua jurulatihnya pula ialah kaum Cina iatu Tan Cheng Ho dan pemain tengahnya ialah Kenny Pallraj. Rata-rata pemain pula terdiri daripada pemain pasukan negeri-negeri seperti ada daripada pasukan negeri Perak, JDT,  Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Kelantan dan sebagainya. Hal ini juga menunjukkan dengan jelas sukan membentuk perpaduan masyarakat negara. Kini pasukan Harimau Malaya akan menghadapi acara final atau penentu negara ASEAN paling hebat dalam acara bole sepak apabila bertemu dengan Vietnam di gelanggang sendiri pada hari Selasa ini sebelum ke Vietnam untuk final kedua. Sekiranya, kepelabagaian kaum di Malaysia tidak menyertai acara sukan sudah pasti situasi pengukuhan kaum semakin sempit dan tidak ada perpaduan di dalam kalangan masyarakat. Bukan itu sahaja pemimpin negara juga memberikan sokongan padu kepada perjuangan pasukan bola sepak kebangsaan berkenaan. Tegasnya, di peringkat antarabangsa atlet yang terpilih untuk mewakili negara biasanya akan dikumpulkan dan saling berkerjasama semasa menerima latihan pusat sebagai persiapan mewakili negara dalam pertandingan di peringkat antarabangsa tanpa membezakan diri mereka orang Melayu, Cina atau India kerana pada fikiran mereka kejayaan pasukan bola sepak menjadi taruhan utama.

Sebagai makluman pelajar, isi di atas belum berlaku semasa peperiksaan SPM Nov 2018 tetapi perlu diberi keutamaan semasa menulis karangan jika diberi kesempatan.Maksudnya, pelajar perlu peka dengan perkara yang berlaku dipersekitaran mereka semasa menulis karangan.

Hadirin sekalian,

     Hujahan saya sudah sampai ke penghujungnya, dan izinkan saya menyimpulkan pidato saya. Berdasarkan hujahan-hujahan yang telah saya sampaikan di atas, jelas menunjukkan sukan berperanan untuk mengukuhkan perpaduan kaum. Seyogia, saya menyeru agar perpaduan masyarakat diberi keutamaan bermula daripada peranan ibu bapa, peranan kepimpinan persatuan-persatuan belia, gabungan pertubuhan-pertubuhan kerajaan atau bukan kerajaan, organisasi sekolah, dan sudah pasti pihak kerajaan sebagai  pentadbir negara perlu memberikan keutamaan untuk menjadikan sukan sebagai pemakin perpaduan masyarakat. Setiap kepimpinan masyarakat perlu mengambil iktibar daripada peristiwa hitam 13 Mei 1969 sebagai titik noktah yang tidak perlu diulang kembali agar perisitiwa berkenaan tidak akan mengganggugat perpaduan kaum dan keselamatan negara. Sebagai masyarakat Malaysia kita perlu berdoa agar keselamatan negara dan perpaduan masyarakat berbilang kaum akat tetap terpelihara dan negara Malaysia akan hidup dalam keadaan amat dan bahagia. Sebelum saya mengakhiri pidato ini, saya memohon maaf sekiranya ada tutur kata saya yang tidak sempurna dan saya akhiri pidato ini dengan ucapan Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sukan memang wahana mengukuhkan perpaduan kaum.


Soalan 4 dan 5, tidak menjadi fokus saya. Oleh sebab itu, contoh untuk kedua-dua soalan tidak akan saya utarakan tetapi jika ada masa, insya-Allah saya akan selitkan juga bergantung kepada kelapangan saya, Aaamin.

Untuk contoh karangan berpandu, saya sudah memasukkan contoh karangan berkenaan dalam tulisan saya yang di bahagian bawah dan sila rujuk tajuknya,


Isnin, 26 November 2018

ULASAN DAN CADANGAN SOALAN 4(A) KAJIAN SATU NOVEL DAN SOALAN 4(B) KAJIAN DUA NOVEL PEPERIKSAAN SPM 2018


Soalan Novel SPM 2018 di atas boleh dikatakan mudah dan senang dijawab oleh pelajar kerana soalan :-
4(a) Memerlukan pelajar menulis dua perwatkan watak sampingan sahaja berdasarkan salah satu novel yang dikaji di tingkatan 4 atau tingkatan 5.
4(b) Memerlukan pelajar menulis satu latar masyarakat bagi setiap novel yang mengambarkan masyarakat yang berkerjasama.

Contoh cadangan jawapan soalan 4 (a):-


Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua perwatakan seorang  watak sampingan yang terdapat dalam novel tersebut.   

 (7 markah)


Berdasarkan satu novel yang saya kaji di tingkatan 4 iaitu Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ronani MatDirin terdapat beberapa perwatakan watak sampingan iaitu Danel, antaranya:--- atau

Berdasarkan satu novel yang saya kaji di tingkatan 5 iaitu Novel Songket Berbenang Emas  karya Khairuddin Ayip terdapat beberapa  perwatakan watak sampingan iaitu Danel, antaranya:

** Pilih salah satu novel yang ada pilih dan isinya boleh diambil daripada mana-mana jadual di bawah.



   
            Novel Jendela Menghadap Jalan
           Novel Songket Berbenang Emas
          Danel    

          1. Danel seorang yang baik hati
            - Danel sering datang ke rumah nenek untuk membantu nenek masak dan mengganggap masakan nenek sedap.

         2. Danel seorang berani
          Danel berani menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam kehidupan. Sebagai contohnya, Danel berani menyelamatkan Lili yang diculik oleh Haziq dan Rafik.

           3. Danel seorang yang pandai menghormati orang yang lebih tua.Danel sering berbual mesra dengan datuk dan menerangkan kepentingan perubatan moden. Namun, cara Danel yang berhemah dapat memastikan bahawa datul tidak bekecil hati.

           4. Danel seorang yang mempunyai perwatakan penyanyang.Danel sering datang membantu nenek memasak kerana dia sayang akan neneknya. Tambahan pula nenek sangat pandai memasak dan masakan yang dimasaknya sedap.
    
          Embong

          1. Seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab
          Sebagai contoh, Embong tidak mahu anak-anaknya berhenti sekolah dan mengatakan beliau akan bertanggungjawab menyara kehidupan mereka walaupun isterinya sakit.

          2. Seorang yang penyayang
          Sebagai contoh, Embong sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya.Beliau sanggup melakukan dua kerja untuk menampung perbelanjaan keluarganya.

         3. Seorang yang percaya akan kehendak takdir
             Sebagai contoh, Embong percaya akan kehendak takdir isterinya,Saleha menjadi kurang siuman kerana ketentuan Allah SWT.

         4. Seorang yang penyabar
         Sebagai contohnya, Embong sanggup dihina oleh ibu mentuanya sendiri kerana hidup miskin.

         5. Seorang yang mementingkan ilmu untuk anak-anaknya Sebagai contohnya, Embong menyuruh Dahlia pergi ke sekolah dan akan menguruskan hal adik-adik Dahlia

         6. Seorang yang berani
         Sebagai contohnya,  Embong berani membunuh ular sawa yang membelit badannya.


     Berdasarkan dua novel saya kaji, iaitu Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini MatDirin di tingkatan 4, dan novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip saya kaji di tingkatan 5, dapat saya nyatakan latar masyarakat saling berkerjasama seperti di bawah:-


     
          Novel Jendela Menghadap Jalan
           Novel Songket Berbenang Emas
          Masyarakat yang saling berkerjasama 

       1. Geetha dan Danel membantu Lili menyelesaikan masalah kubah surau di Kampung Sentosa .


       2. Datuk Lili membantu pesakitnya, Puan Letchumi dan Puan Hamimah  mendapatkan rawatan menggunakan perubatan tradisional.
  
     3.Lili dan Kak Mimah membantu menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dialami oleh keluarga Che Jah.


           Masyarakat yang saling berkerjasama

       1. Haji Sulaiman  selaku ketua kampung membantu keluarga Dahlia menyelesaikan masalah emak Dahlia yang menghidap tekanan perasaan.

      2. Tauke Lim membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia.

     3. Penduduk kampung membina rumah Embong semula, setelah rumah  musnah dilanda banjir.

Sabtu, 24 November 2018

ULASAN DAN CADANGAN JAWAPAN SOALAN 3 (D) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH/KATA DAN KESALAHAN TATABAHASA SERTA SOALAN 3(E) PERIBAHASA SOALAN SPM 2018


Cadangan jawapan soalan 3(d ):- Mengesan kesalahan penggunaan istilah @ kata dan kesalahan tatabahasa.

Bil
Kesalahan istilah/kata
Kesalahan tatabahasa
i
Barang-barang peribadi – barang-barang berharga
para anggota olahraga - para olahraga/angota-anggota olahraga.
Ulasan guru :  barang-barang peribadi lebih kepada barang-barang umum seperti seluar, baju, dan sebagainya tetapi dalam situasi ini lebih tepat barang berharga yang mempunyai nilai seperti beg duit, wang, emas, loket dan sebagainya.
Ulasan guru:  Kesalahan perkataan jamak seperti para tidak boleh menerima kata ganda kerana para sudah memberi erti banyak.

Bil
Kesalahan istilah/kata
Kesalahan tatabahasa
ii
menambahkan– mengeratkan / mengakrabkan
bahawa- - supaya
Ulasan guru :  menambah bermaksud menjadi perkara itu banyak sedangkan maksud sebenarnya untuk merapatkan hubungan seperti mengeratkan, mengakrabkan.
Ulasan guru: Bahawa merupakan kata hubung berfungsi dalam ayat majmuk kompleman.


Bil
Kesalahan istilah/kata
Kesalahan tatabahasa
iii
perhatian - kesedaran
Antara agensi-agensi -antara agensi/agensi-agensi
Ulasan guru :  Perhatian sesuatu yang diberikan keutamaan sedangkan kesedaran lebih kepada maksud perubahan sikap tidak ambil tahu kepada ambil tahu.
Ulasan guru:  Sama dengan soalan pertama berkaitan dengan kesalahan perkataan jamak seperti antara tidak boleh menerima kata ganda kerana antara sudah bermaksud lebih daripada satu.

Cadangan jawapan soalan 3(e ):-  Peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa yang diberikan:-

                         i.      Gagak pulang ke benua- belut pulang ke lumpur/haruan pulang ke lubuk./sirih 
                  pulang ke ganggang/ setinggi-tinggi bangau terbang hinggap ke belakang 
                  kerbau juga/ hujan emas di negeri orang, hujan batu di geri sendiri, lebih baik 
                  di negeri sendiri.
                       ii.      Alang-alang mandi biar basah- Alang-alang menyeluk pekasam biarlah    
                  sampai ke pangkal lengan/ genggam bara api biar sampai menjadi arang/ 
                  alang-alang berdakwat, biarlah hitam/ 
                    iii.      Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi – bagaimana acuan begitu 
                  jugalah kuihnya/ bapa borek anak rintik/ bapa kencing berdiri, anak kencing
                  berlari.

Akan diharmonikan lagi. Tunggu.