Isnin, 5 November 2018

SOALAN 3(B) KAJIAN AYAT YANG PERLU DIBERI PERHATIAN OLEH PELAJAR SEBAGAI PERSDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2018



Alhamdulillah, malam ini saya diberi kekuatan oleh Allah untuk membuat sedikit pandangan berkaitan soalan-soalan bahagian 3 (b) iaitu kajian ayat yang perlu diberi perhatian dan tumpuan untuk menghadapi Peperiksaan SPM 2018. Pelajar perlu mengakui soalan kajian ayat merupakan kajian yang paling sukar dalam perbincangan bahasa kerana melibatkan kajian binaan ayat dalam bahasa Melayu. Namun, soalan ini tidaklah terlalu sukar jika faham jenis-jenis binaan ayat dalam bahasa Melayu. Sebagaimana perbincangan terdahulu, saya menganalisa soalan berdasarkan soalan-soalan di tanya semasa peperiksaan percubaan se-Malaysia seperti di bawah:-

Analisis Soalan Tatabahasa 3(b) -Sintaksis
Percubaan BM SPMse-Malaysia 2018

Bil
Negeri/PPD
Sintaksis
1
Yik Kelantan
Kenal pasti subjek dan predikat
2
MRSM
Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah
3
Negeri Sembilan
Cakap Pindah kepada Cakap Ajuk
4
Kelantan
Ayat Aktif kepada Ayat Pasif
5
Johor
Menggabungkan ayat tunggal
6
Sarawak
Cerakinkan Ayat Majmuk kepada Ayat Tunggal
7
PPD Kota Belud,Sabah
Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah
8
Perak
Cerakinkan Ayat Majmuk kepada Ayat Tunggal
9
Pulau Pinang
Ayat Aktif kepada Ayat Pasif
10
Kedah
Ayat Aktif kepada Ayat Pasif
11
Perlis
Ayat Aktif kepada Ayat Pasif
12
SBP
Ayat Pasif kepada Ayat Aktif
13
Terengganu
Ayat pasif kepada Ayat Aktif
14
Selangor
Ayat aktif kepada Ayat Pasif
15
Pahang
Ayat aktif kepada Ayat Pasif

Berdasarkan analisa soalan yang telah difokus oleh penggubal soalan-soalan negeri dalam Peperiksaan Percubaan 2018, ternyata kajian ayat yang paling digemari ialah:-

  1. Ayat Aktif kepada Ayat Pasif
  2. Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah
  3. Menggabungkan ayat tunggal
  4. Cerakinkan Ayat Majmuk kepada Ayat Tunggal
Pada masa yang sama pelajar juga perlu memberi perhatian kepada:-
  1. Subjek dan prediket.
  2. Pola ayat, Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama + Frasa Adj (FN+Fajd), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Sendi (FN+FS)




Tiada ulasan: