Sabtu, 24 November 2018

ULASAN DAN CADANGAN SOALAN 2 (C) PEMAHAMAN PROSA TRADISIONAL SOALAN SPM 2018

Cadangan jawapan soalan 2(c) - Prosa Tradisional:-

1.   Reaksi Laksamana apabila raja menitahkan dua harta untuk Laksamana satu bahagian untuk empunya harta  ialah laksamana berpendapat titah Sultan berkenaan akan merugikan.sultan serta tuan punya harta. Oleh sebab itu, Laksamana hanya setuju menerima sebagian sahaja daripada harta berkenaan walaupun Sultan mencadangkan laksamana menerima dua bahagian daripada harta berkenaan. Laksama juga  berpendapat terpulanglah selepas itu tuan punya harta untuk memberikan harta      selebihnya kepada beliau.

2.  Setelah pemilik harta menyerahkan semua harta kepada Laksmana, maka Laksamana membahagikan harta tersebut kepada tiga bahagian, diambilnya satu bahagian.  Bahagian yang diterima oleh Laksamana dibahagikan pula kepada tiga bahagian, dan sebagiannya di dermakan kepada segala fakir miskin, dan sebahagian lagi diberi kepada segala pegawai yang tiada penguasaan dan sebahagian diberi kepada segala orangnya. Akhirnya, Laksamana tidak mengambail sebarang harta berkenaan.

3.  Pada pendapat saya, Laksamana sanggup mengagihkan harta yang diperolehnya  kepada orang lain tanpa mengambil sedikitpun harta berkenaan kerana:-

i)             Laksamana sudah mempunyai jawatan besar dan pendapatan yang baik oleh sebab  itu harta berkenaan perlu dibahagikan kepada orang yang memerlukan seperti fakir miskin dan pegawai bahawahannya yang memerlukan harta untuk meneruskan kehidupan.

ii)            Selain itu, harta berkenaan merupakan harta rampasan yang dirampas daripada Kertala Sari yang diperoleh daripada aktiviti mencuri dan bagi Laksama harta berkenaan bukan hasil daripada titik peluhnya dan semestinya harta berkenaan diberikan kepada orang yang sepatutnya menerima harta berkenaan sama ada  mereka yang telah kehilangan harta ataupun mereka yang memerlukannya seperti  fakir miskin dan pegawai-pegawainya yang tidak berharta atau pegawainya yang  terlibat untuk merampas semula harta rampasan Kertala Sari.


( Soalan ini merupakan soalan KBAT, dan pelajar boleh memberi apa sahaja
jawapan yang sesuai)

Sebagai peringatan: Soalan pertama telah berubah dimensi penyoalannya. Jika soalan tahun-tahun sebelumnya soalannya lebih kepada maksud rangkai atau frasa tetapi soalan tahun ini bertanya berkaitan reaksi seseorang ( Laksamana) soalan berbentuk KBAT tetapi jawapan ada di dalam teks.

Tiada ulasan: