Sabtu, 24 November 2018

ULASAN DAN CADANGAN JAWAPAN SOALAN 2 (D) PEMAHAMAN PUSI SOALAN SPM 2018


 Cadangan jawapan soalan 2 (d) - Pemahaman Puisi Tradisional

1.     Selepas istana berjaya disiapkan mereka yang mahir membina istana meninggal, tiada siapa yang boleh meniru binaan istana berkenaan, dan istana berkenaan dipersembahkan kepada sultan dan permaisurinya.

2.     Pada pendapat saya istana zaman dahulu dibina tersergam indah seperti digambarkan seloka, adalah untuk:
i)                   mengambarkan kehebatan dan kekuasaan Sultan sebagai pemerintah agar masyarakat bawahan akur dengan kepimpinannya.
ii)                mengambarkan kepada musuh luar akan kehebatan negeri dan jajahannya agar musuh tidak mudah untuk membuat keputusan untuk menyerang negeri berkenaan.
iii)              mengambarkan bahawa kemasyhuran dan kekayaan ekonomi sesebuah negara agar peniaga tertarik untuk menjalankan perniangaan di negeri berkenaan.
iv)              mengambar Sultan mempunyai pemimpin negeri yang bijak pandai, serta rakyat yang mempunyai kemahiran dan memastikan masyarakat dunia mengakui kehebatan negeri tersebut.
( Jawapan yang sesuai dan mengambarkan kehebatan negeri dan Sultan diterima asalkan logik)

3.     Dua nilai murni yang terdapat dalam seloka di atas ialah :-
i)             nilai kesungguhan untuk membina istana dan ini dapat dibuktikan dengan kesungguhan orang  besar empat, Pawang Raja, dan empat puluh empat tukang and utas yang bekerja siang malam membina istana Sultan.

ii)            nilai kesenian masyarakat lama dan pembinaan istana yang dilakukan
          oleh empat puluh empat pakar binaan yang tidak dapat ditiru selepas
          kematian mereka.

iii)           nilai kesetiaan rakyat terhadap pemerintah seperti yang ditunjukkan oleh orang  besar empat, Pawang Raja, dan empat puluh empat tukang and utas yang bekerja siang malam membina istana Sultan atas perintah Sultan.

iv)           nilai ketelitian dalam menghasilkan sesuatu yang unik dan unggul seperti empat puluh empat pakar yang membina istana sultan yang tidak ditiru pembinaannya.

v)            nilai amanah yang diterima oleh empat puluh empat tukang dan utas yang menjalankan tangungjawab mereka setelah menerima arahan daripada pembesar Sultan iaitu Pawang Raja.

vi)           nilai kegigihan empat puluh empat tukang dan utas yang dengan gigih menyiapkan istana dengan berkerja siang dan malam.

Sebagai peringatan: Soalan pertama telah berubah dimensi penyoalannya. Jika soalan tahun-tahun sebelumnya soalannya lebih kepada maksud rangkai atau frasa atau rangkap seloka atau sajak tetapi soalan tahun ini bertanya berkaitan perkara-perkara yang berlaku berdasarkan situasi dalam seloka.

Tiada ulasan: