Ahad, 18 November 2018

SARANAN KUPASAN MUTU JAWAPAN PELAJAR SPM 2017 LEMBAGA PEPERIKSAAN KEPADA MURID DAN GURU UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

KERTAS BAHASA MELAYU 1 (1103/1)

SARANAN KEPADA CALON

1. Calon-calon perlu banyak membaca bahan seperti majalah, akhbar, jurnal untuk
menambahkan pengetahuan, mematangkan fikiran, dapat mengikuti
perkembangan semasa dan memantapkan penguasaan bahasa.
2. Calon hendaklah peka terhadap isu-isu semasa agar setiap idea yang
disampaikan lebih bernas dan matang.
3. Idea yang relevan perlu dihuraikan dengan jelas, disokong dengan contoh-contoh
yang sesuai.
4. Calon perlu memantapkan penguasaan tatabahasa, umpamanya latihan membina
ayat, penggunaan imbuhan, aplikasi tatabahasa dalam ayat, aplikasi pembentukan
perkataan; kata dasar kepada kata terbitan dan sebaliknya.
5. Calon-calon hendaklah sentiasa berlatih untuk menguasai pembinaan perenggan
deduktif, induktif serta perenggan gabungan kedua-duanya.
6. Calon mestilah rajin merujuk kamus dan seperti Kamus Dewan untuk
menambahkan pengetahuan tentang makna kata.
7. Calon hendaklah selalu membuat latihan menulis karangan dalam pelbagai format
agar dapat menguasai semua format karangan dan dapat menyampaikan buah
fikiran dengan bahasa yang lancar dan pengolahan yang menarik.
8. Sebelum menjawab soalan calon perlu mengetahui bahawa setiap soalan
mengandungi dua bahagian, iaitu stimulus dan tugasan soalan. Seterusnya calon
perlu membaca setiap soalan, kemudian membuat pilihan soalan yang hendak
dijawab, menganalisis kehendak soalan, membina rangka karangan dan akhirnya
menulis karangan yang dipilih.
9. Calon perlu menggunakan kosa kata luas dan tepat serta ayat-ayat yang gramatis
dengan pengolahan yang menarik.
10. Penanda wacana yang betul hendaklah digunakan dalam karangan yang ditulis.
11. Jika ingin memasukkan unsur sastera seperti pantun, peribahasa atau
perumpamaan pastikan calon benar-benar arif tentang unsur-unsur sastera
berkenaan sama ada daripada segi maknanya mahupun penggunaan atau
penulisannya. Calon tidak boleh mengubah struktur asal peribahasa tersebut.
12. Pastikan karangan yang ditulis disemak terlebih dahulu agar dapat mengurangkan
atau mengelakkan sebarang kesalahan dalam aspek bahasa, ejaan dan
kesalahan-kesalahan lain.

Bahasa Melayu 1 29 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

CADANGAN KEPADA GURU

1. Guru perlu membaca pelbagai bahan dan menambahkan pengetahuan, fakta dan
maklumat sesuai dengan perkembangan semasa.
2. Guru perlu memantapkan asas penulisan karangan kepada murid pada peringkat
menengah rendah lagi agar para pelajar memahami cara merangka karangan,
format menulis karangan dan mengembangkan isi dengan lebih berkesan.
3. Guru perlu membincangkan pelbagai isu semasa dengan pelajar semasa
pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dapat meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran menulis.
4. Kursus pemeriksaan kertas Bahasa Melayu SPM perlu didedahkan kepada guru
baharu agar mereka memahami cara pemeriksaan kertas Bahasa Melayu untuk
membantu para pelajar di sekolah masing-masing.
5. Guru perlu sentiasa merujuk Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan untuk
memantapkan penguasaan bahasa Melayu.
6. Guru perlu mengenal pasti kumpulan pelajar yang lemah dalam penguasaan
bahasa supaya dapat mengadakan bengkel kemahiran bahasa kepada pelajar
yang terlibat.
7. Guru perlu mempelbagaikan teknik pengajaran yang menarik dan berkesan serta
penggunaan media ICT untuk menarik minat pelajar.
8. Guru perlu memberikan latihan karangan yang cukup kepada pelajar supaya
mereka dapat menguasai pelbagai jenis kemahiran penulisan.


KERTAS BAHASA MELAYU 2 (1103/2)

SARANAN KEPADA GURU
1. Gunakan bahan pelajaran yang boleh menjana minda pelajar terutamanya
penggunaan akhbar, majalah dan sebagainya.
2. Sentiasa mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran kendiri.
3. Menguasai format dan teknik menjawab soalan yang betul.
4. Banyakkan latihan untuk memberi bimbingan lanjutan berdasarkan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi.
5. Soalan-soalan yang berbentuk kemahiran berfikir aras tinggi perlu
diperbanyakkan supaya pelajar dapat memberikan pendapat yang bernas.
6. Sentiasa merujuk buku Tatabahasa Dewan.
7. Sentiasa menggunakan kamus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
8. Teks komsas perlu diberikan penekanan terutama aspek kajian sastera yang
dijadikan soalan peperiksaan.
9. Guru perlu mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran yang terkini.
10. Membentuk soalan peperiksaan dalaman yang mencapai tahap peperiksaan
sebenar atau dapat menguasai JSI.
11. Sentiasa mengikuti perkembangan bahasa terkini.
12. Sentiasa mengikuti isu-isu semasa untuk merangsang percambahan fikiran dan
idea.
13. Menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
14. Laporan Kupasan Mutu Jawapan Calon terbitan Lembaga Peperiksaan mesti
dihayati oleh semua guru Bahasa Melayu.
15. Membentuk “Future Classroom“ dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu di dalam kelas.
16. Guru Bahasa Melayu wajib menjadi pemudahcara di dalam kelas.
17. Guru Bahasa Melayu wajar banyak membina item yang meletakkan murid
berperanan sebagai pelaku utama untuk melaksanakan sesuatu usaha atau
menyelesaikan sesuatu masalah.
18. Guru Bahasa Melayu wajar menjadi pemeriksa kertas Bahasa Melayu bagi
menambahkan kompetensi terhadap mata pelajaran yang diajar.
19. Guru Bahasa Melayu digalakkan mengadakan penandaarasan ke sekolah lain
khusus dalam aspek pengajaran dan pemudahcaraan mata pelajaran Bahasa
Melayu.
20. Guru Bahasa Melayu wajar menghadiri seminar atau bengkel atau kovensyen
yang berkaitan dengan kebahasaan di pelbagai peringkat bagi menambahkan
ilmu.

             SEMOGA ULASAN LEMBAGA PEPERIKSAAN INI DAPAT MEMBANTU
GURU DAN PELAJAR MENGHADAPI PEPERIKSAAN ULANGAN BM JUN DAN BM NOV 2018

Tiada ulasan: