Selasa, 20 November 2018

ULASAN DAN CADANGAN JAWAPAN UNTUK SOALAN 2(B) PEMAHAMAN PROSA MODEN SPM 2018

Cadangan jawapan soalan 2(b) - Pemahaman Komsas Moden:-
1.     Berdasarkan petikan di atas, kelebihan Aiman Aqil antaranya dia budak genius, cerdik, pintar kerana sudah mampu mencipta formula sendiri walaupun umurnya baru lapan tahu. Selain itu, Aiman Aqil mampu menjawab soalan matematik tingkatan lima. Bahkan juga berdasarkan petikan di atas, semasa mundar mandir, Aiman Aqil menegur dan menyindir Chee Keong tidak dapat menyelesaikan masalah yang mudah dan ini menujukkan kelebihan Aiman Aqil.

2.     Pada pendapat saya, hukuman rotan kurang popular dalam kalangan ibu bapa kerana terdapat pendekatan lain yang boleh dilakukan oleh ibu bapa seperti dengan pendekatan nasihat kerana dengan tindakan sebegini anak-anak tidak akan memberontak dan menentang tindakan yang dilakukan oleh ibu bapa yang mendenda dengan hukuman rotan. Selain itu, ibu bapa boleh merujuk masalah anak mereka kepada kaunselor sekolah kerana dengan cara ini anak-anak boleh  dinasihatkan oleh kaunselor supaya anak berubah dengan cara yang sistematik melalui kepakaran pihak kaunselor yang bertugas di sekolah. Bahkan juga, selain ibu bapa, orang yang paling disegani anak-anak seperti guru, bapa saudara, nenek dan sebagainya juga boleh membantu menyelesaikan masalah anak-anak kerana mereka menghormati orang yang mereka segani. Selain itu, anak-anak boleh dihantar ke sekolah agama atau dirujuk kepada ustaz, untuk mendapat hidayah dan seterusnya berubah menjadi pelajar yang baik. ( Soalan ini soalan KBAT-apa sahaja langkah positif yang boleh mengubah sikap negatif pelajar boleh diterima sebagai jawapan- jawapan lain yang boleh dicadangkan:-
i) menggunakan bahan di laman web yang  berkiatan dengan cara menyelesaikan masalah  remaja atau Youtube berkaitan dengan cara menyelesaikan masalah anak bermasalah. 
ii) membeli bahan bacaan berkaitan dengan motivasi pembentukan nilai positif yang dihasilkan oleh pakar motivasi.
iii) menghantar anak mengikuti kursus pembentukan nilai murni sama ada dikendalikan oleh pihak kerajaan atau swasta.
( Cadangan -cadangan lain sesuai boleh diterima  )
                                                                                                                       
3.     Soalan ini memerlukan pelajar faham cerpen Hipertensi dan tahu persoalan di dalam teks dan di luar teks. Oleh sebab itu, pelajar perlu faham cerpen Hipertensi dan membaca kesuluruhan kajian teks.

  i) Persoalan di dalam teks petikan prosa moden:-

1. Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah sesuatu perkara. Cth - Aiman mampu menyelesaikan masalah matematik murid tingkatan 5 walaupun dia baru berada di sekolah         rendah       
                                                                                                                              
2. Rasional dalam membuat sebarang keputusan. Cth - guru Aiman mengambil tindakan tegas      menegur Aiman yang suka merayau-rayau di dalam kelas serta melaporkan perbuatan  Aiman  kepada ibu bapanya.   
                                                                                                                
ii) Persoalan keseluruhan teks prosa moden “ Hipertensi”:-
                                               
1. Sikap tanggungjawab guru kepada anak muridnya. Cth - cikgu faridah mengajar  matematik kepada Aiman dan murid-muridnya yang lain dengan bersungguh-sungguh.   
2. Impian dan angan-angan yang tidak kesampaian. Cth - Impian Aiman untuk menjadi seorang angkasawan tidak kesampaian kerana apa yang berlaku pada dirinya hanyalah  maginasinya sahaja.   
                                                                                                 .       
3 Perasaan dendam akibat kesalahan masa lampau. Cth - Aiman menyimpan rasa dendam kepada bapanya yang telah menampar serta merotannya kerana sikapnya yang suka  mengganggu murid lain serta suka berimaginasi.


Tiada ulasan: