Rabu, 14 November 2018

SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU 2 (1103/2) SPM 2018











Kertas Bahasa Melayu Kertas 2 (1103/2) SPM 2018 juga telah menjadi sejarah. Tahniah kepada pelajar telah berjaya menjawab soalan berkenaan dengan baik dan menggunakan kemahiran yang telah didedahkan oleh guru sepanjang setahun di dalam kelas. Kini giliran pelajar tingkatan 4 perlu memberi tumpuan kepada kertas Bahasa Melayu Kertas 2 SPM 2018. Namun, begitu, pelajar yang akan mengambil kertas Bahasa Melayu Ulangan juga perlu mengambil berat soalan peperiksan yang akan diambil pada bulan Jun 2018.
    Sekiranya diizinkan Tuhan, saya akan cuba mengulas kehendak soalan Kertas Bahasa Melayu 2 SPM 2018 sebagai usaha untuk membimbing pelajar tingkatan 4 SMK Seri Londang bersedia menghadapi SPM 2019. Mungkin pelajar tingkatan 4 menganggap peperiksaan SPM 2019 masih panjang. Perlu diingat pelajar SPM 2018, pada awal tahun atau semasa mereka berada di tingkatan 4 juga beranggapan sedemikian rupa, tetapi akhirnya semalam mereka menghadapi soalan berkenaan. Jika ditanya, sudah pasti ada yang gembira kerana dapat menjawab soalan berkenaan dengan baik. Namun begitu, kepada mereka yang gagal menjawab saoalan berkenaan, mereka menyesal kerana mereka tidak membuat persiapan dan persediaan menghadapi peperiksaan 2018.
      Oleh sebab itu, pelajar tingkatan 4, sepatutnya mengambil tahu akan kehendak soalan dan bersedia daripada awal dengan membuat persediaan daripada pelbagai aspek seperti merujuk bahan, membuat latihan pelbagai, tidak hanya merujuk kepada soalan yang diberikan guru sebagai latihan, malah mereka perlu membuat soalan kendiri. Saya sebagai guru, mengharapkan pelajar tingkatan 4 2018, tidak mengulangi kesilapan pelajar pada tahun ini, untuk mengelakkan diri mereka mengulangi kesilapan pelajar tahun 2018. Semoga pelajar tingkatan 4, membuat persiapan awal kerana SPM akan tetap berkaku kerana peribahasa  Kertas Bahasa Melayu Kertas 2 (1103/2) SPM 2018 telah menjadi sejarah. Tahniah kepada pelajar telah berjaya menjawab soalan berkenaan dengan baik dan menggunakan kemahiran yang telah didedahkan oleh guru sepanjang setahun di dalam kelas. Kini giliran pelajar tingkatan 4 perlu memberi tumpuan kepada kertas Bahasa Melayu Kertas 2 SPM 2018. Namun, begitu, pelajar yang akan mengambil kertas Bahasa Melayu Ulangan juga perlu mengambil berat soalan peperiksan yang akan diambil pada bulan Jun 2018.
    Sekiranya diizinkan Tuhan, saya akan cuba mengulas kehendak soalan Kertas Bahasa Melayu 2 SPM 2018 sebagai usaha untuk membimbing pelajar tingkatan 4 SMK Seri Londang bersedia menghadapi SPM 2019. Mungkin pelajar tingkatan menganggap peperiksaan SPM 2019 masih panjang. Perlu diingat pelajar SPM 2018, pada awal tahun atau semasa mereka berada di tingkatan beranggapan sedemikian rupa, tetapi akhirnya semalam mereka menghadapi soalan berkenaan. Jika ditanya, sudah pasti ada yang gembira kerana dapat menjawab soalan berkenaan dengan baik. Namun begitu, kepada mereka yang gagal menjawab saoalan berkenaan, mereka menyesal kerana mereka tidak membuat persiapan dan persediaan menghadapi peperiksaan 2018.
      Oleh sebab itu, pelajar tingkatan 4, sepatutnya mengambil tahu akan kehendak soalan dan berssedia daripada awal dengan membuat persediaan daripada pelbagai aspek seperti merujuk bahan, membuat latihan pelbagai, tidak hanya merujuk kepada soalan yang diberikan guru sebagai latihan, malah mereka perlu membuat soalan kendiri. Saya sebagai guru, mengharapkan pelajar tingkatan 4 2018, tidak mengulangi kesilapan pelajar pada tahun ini, untuk mengelakkan diri mereka mengulangi kesilapan pelajar tahun 2018. Semoga pelajar tingkatan 4, membuat persiapan awal kerana SPM akan tetap berkaku kerana peribahasa Arab menyebut, 'Masa adalah ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya , maka ia akan memotong kita.' Ini menggambarkan kepada kita bahawa masa itu sesuatu yang sangat penting dan amat berharga. Sehinggakan dalam kehidupan kita ada ungkapan masa itu ibarat emas.

     Seyogia, pelajar yang tidak hadir kelas, tidak menghadiri kelas tuisyen, tidak membuat kerja rumah, tidak membuat kerja kendiri merupakan mereka yang akan merasai sikap bodoh sombong mereka semalam semasa berhadapan kertas Bahasa Melayu 2. Mereka yang tidak mendengar nasihat untuk menjawab soalan berdasarkan teknik sepatutnya akan berasa menyesal dengan tindakan mereka kerana nasihat berkenaan kerap kali saya sampaikan. Sama-sama kita menutup sejarah SPM 2018 tetapi sejarah juga perlu dipelajari agar mereka yang bakal melaluinya tidak melakukan kesalahan orang-orang terdahulu daripada mereka.



11 ulasan:

ThiDesignan berkata...

Ooo.... Sangat susah

Unknown berkata...

Sangat susah

Fung Kiong berkata...

Terima kasih tuan..

Unknown berkata...

Tetima kasih umtul bantuan anda encik atau cik

Major threats to forest ecosystems berkata...

Terima Kasih tuan

Unknown berkata...

Semua ni kertas soalan SPM 2018 sebenar ke?

TANG Xin ling berkata...

😱 sangat susah

Tanpa Nama berkata...

Aiyoo...SENANG GILALAH!

Unknown berkata...

Klau kita bnyk buat ltihan mesti bleh buat pnya💪

Unknown berkata...

Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah sempat baca sebelum exam , hehe terima kasih cikgu