Ahad, 11 November 2018

KARANGAN TERAKHIR SAYA SEMAK MERUPAKAN PELAJAR CEMERLANG TETAPI AKIBAT TIADA FAKTA MENYEBABKAN HURAIAN DAN CONTOH KARANGAN HAMBAR







       Ulasan guru:-
       Syuhada merupakan seorang pelajar cemerlang tetapi mungkin oleh sebab tiada fakta terutama berkaitan pelajar cemerlang miskin yang mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM di Malaysia menyebabkan huraiannya agak hambar. Oleh sebab itu, saya mencadangkan kepada Syuhada supaya memperbanyak membaca kerana dengan cara itu huraian Syuhada akan lebih baik, mantap dan matang. Di bawah saya sertakan contoh pelajar SPM berjaya dan yang paling membanggakan kita, dia seorang pelajar miskin dan daripada keluarga nelayan yang serba kekurangan. Namun, dengan jati diri dan kesungguhan tanpa memperdulikan dia lahir daripada keluarga miskin, beliau akhirnya telah mengemparkan masyarakat Malaysia kerana beliau telah mengambil 20 mata pelajaran dan berjaya mendapat 19 A1 dan 1A2, daripada kertas peperiksaan yang diambilnya. Insya-Allah Syuhada akan lebih berjaya dan karangan anda akan lebih mantap dan lebih matang dengan adanya maklumat seperti di bawah. Ingat maklumat di hujung jari dan terpulang kepada kerajinan seseorang untuk menggapai maklumat berkenaan . Di harapkan Syuhada dan pelajar lain faham ulasan saya ini.

JOHOR BAHRU: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri terus cemerlang dalam pengajian perubatan di Universiti Edinburgh apabila meraih banyak pengiktirafan universitinya selain beberapa kajiannya diterbitkan dalam jurnal institusi pengajian tinggi di United Kingdom (UK).

Malah pelajar yang mendapat 17A SPM itu, kini menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK, dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei ini.
Ibunya, Sabariah Hassan berkata, setiap hasil kerja anaknya dipuji pensyarah dan rakan sekelasnya malah Nur Amalina kini sedang bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan. “Oleh itu, isu kegagalan dalam pengajian tidak timbul seperti dakwaan pihak tertentu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.



Beliau memanggil sidang media bagi memberi penjelasan berhubung laporan beberapa blog mendakwa Nur Amalina kini menjalani gaya hidup bebas dan liar selain gagal dalam pengajian dan sudah kembali ke tanah air secara senyap.

Sabariah berkata, beliau kesal dengan laporan blog itu yang melemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyiarkan gambar peribadi anak tunggalnya berusia 23 tahun itu yang kini sedang menamatkan pengajian tahun akhir.

Beliau yang juga Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2, berkata gambar yang disiarkan blog terbabit dipercayai dicuri dari laman sosial Facebook Nur Amalina. “Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.

“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi. Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya. Sabariah berkata, Amalina ada menghubunginya melalui panggilan video ‘Skype’ kelmarin berhubung penyebaran gambarnya yang dituduh seksi itu dalam laman blog.



“Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan tohmahan sebegini. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya.


Sumber : http://hazrilhafiz.blogspot.com/2012/01/amalina-che-bakri-masih-cemerlang.html

Tiada ulasan: