Selasa, 20 November 2018

ULASAN DAN CADANGAN JAWAPAN SOALAN 2(A) PEMAHAMAN UMUM SOALAN SPM 2018.

Cadangan jawapan soalan 2 (a)

  1. Rangkai kata begitu merisaukan bermaksud sangat/ terlalu merisaukan/ membimbangkan.
  2. Pengarang berpendapat bahawa graduan yang menguasai lebih daripada satu bahasa mempunyai kelebihan berbanding dengan graduan lain kerana mereka akan dapat berinteraksi dengan rakan sekerja daripada  luar negara dan berupaya bersaing pada peringkat global. Selain itu, mereka mudah mendapat kerja oleh syarikat swasta kerana mereka boleh berbahasa pelbagai bahasa tidak seperti graduan lain.
  3. Pada pendapat saya, graduan boleh melakukan aktiviti berfaedah sebelum mendapat pekerjaan seperti bekerja sementara tanpa memilih pekerjaan berdasarkan kelulusan mereka. Selain itu, graduan juga boleh berniaga secara kecil-kecilan yang tidak melibatkan modal yang besar dan graduan yang pakar dalam pengendalian komputer boleh berkerja di syarikat komputer tanpa mengira berapa gaji yang diberikan.
          Jawapan lain yang dicadangkan:-
  1. mengikuti kursus yang disediakan oleh kerajaan untuk persediaan sebelum berkerja tetap.
  2. bekerja sebagai grab car bagi yang mempunyai kereta dan mempunyai lesen memandu.