Sabtu, 24 November 2018

ULASAN DAN CADANGAN JAWAPAN SOALAN 3 (A), MEMBINA AYAT MENGGUNAKAN FRASA YANG DIBERI , SOALAN 3(B) KAJIAN AYAT, DAN SOALAN 3(C) MENGESAN KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN SOALAN SPM 2018




Cadangan jawapan soalan 3 (a) Membina ayat menggunakan frasa atau rangkai kata diberi.
                     i.            garisan penamat : ( garis yg menandakan tempat berakhirnya perlumbaan)
Contoh ayat: -
Farizi berlari dengan sekuat-kuat hatinya sebelum sampai ke garisan penamat larian 100 meter.
                   ii.            merentas desa :
Contoh ayat:-
Banyak pelajar yang tidak dapat menamatkan acara merentas desa kerana jarak lariannya 4 kilo meter.
                 iii.            pembesar suara : ( alat penguat suara)
Contoh ayat:-
Alat pembesar suara yang digunakan dalam majlis persaraan Puan Zaleha rosak menyebabkan suara pengacara majlis tidak jelas.
                 iv.            serangga perosak: ( serangga yg merosakkan tanam-tanaman)
Contoh ayat:-
Belalang merupakan antara serangga perosak tanaman yang ditakuti oleh petani.
                   v.            tapak semaian :  (tempat anak benih dsb disemai)
Contoh ayat:-
Petani menyemai anak benih padi ditapak semaian sebelum ditanam di sawah padi.
                 vi.            ulasan selari: (huraian yg dibuat ketika sesuatu peristiwa atau kejadian sedang berlangsung.)
Contoh ayat:-
Pengulas radio sedang membuat ulasan selari perlawanan bola sepak antara Pasukan Perak dan Pasukan Terengganu.

Cadangan jawapan soalan 3 (b) Kajian ayat ( Menukar ayat pasif kepada ayat aktif)
                     i.            Barangan yang penting sahaja perlu kita bawa ke tapak perkhemahan di atas bukit itu.
Cadangan jawapan:-
Kita perlu membawa barangan yang penting sahaja ke tapak perkhemahan di atas bukit itu.
                   ii.            Majalah berkaitan sejarah Malaysia itu telah dibaca oleh Hashim pada minggu lalu di perpustakaan sekolah.
Cadangan jawapan:-
Hashim telah membaca majalah berkaitan sejarah Malaysia pada minggu lepas di perpustakaan sekolah.
                 iii.            Amalan kitar semula seharusnya dipraktikkan oleh masyarakat setempat demi penjagaan alam sekitar.
Cadangan jawapan:-
Masyarakat setempat seharusnya mempraktikkan amalan kitar semula demi penjagaan alam sekitar.
Cadangan jawapan soalan 3 (c) Mengesan kesalahan ejaan dan imbuhan
Cadangan jawapan soalan 3 (c):-


Bil
Kesalahan ejaan
Kesalahan imbuhan
i
sainstifik - saintifik
nikmati-menikmati
Ulasan guru :  Ejaan sainstifik yangbetul ialah saintifik.
Ulasan guru: Kata kerja akktif transitif perlu menerima imbuhan meN…….


Bil
Kesalahan ejaan
Kesalahan imbuhan
ii
komersil-komersial
Pemasaran-pasaran
Ulasan guru :  Ejaan komersil yangbetul ialah komersial.
Ulasan guru: Pemasaran ialah perbuatan memasarkan sedangkan maksud perkataan ialah pasaran secara umum.

Bil
Kesalahan ejaan
Kesalahan imbuhan
iii
diujudkan-diwujudkan
menggalakan - menggalakkan
Ulasan guru :  Sebagai maklumat pelajar huruf yang memerlukan pengguguran huruf melibatkan huruf p, s, t, k, selain huruf berkenaan tidak melibatkan pengguguran . Oleh sebab, wujud bermula huruf w, tidak ada pengguguran berlaku dan ejaan selepas menerima imbuhan “ke” masih kekal wujud.
Ulasan guru: Jika diperhatikan menggalakan ialah perbuatan, dan salah jika tidak ditambahkan 2 k, yang memberi maksud perbuatan.


3 ulasan:

Unknown berkata...

👍sangat mmbantu

Unknown berkata...

Bagus ianya sangat membantu

Faez berkata...

Terima kasih