Selasa, 20 November 2018

SAYA AKAN MENGULAS DAN MEMBERI CADANGAN BERMULA DENGAN JAWAPAN SOALAN 1 ( RUMUSAN KERTAS BM 2 )SPM 2018 SEBAGAIMANA SAYA LAKUKAN UNTUK SOALAN SPM 2017

Sebagai pengetahuan pelajar dan pelayar blog Laman Bahasa Melayu SPM, segala ulasan dan cadangan jawapan ini sekadar pandangan dan pendapat saya sebagai guru Bahasa Melayu. Namun, jawapan yang paling tepat akan dikeluarkan Lembaga Peperiksaan. Saya mohon maaf sekiranya ada ulasan saya tidak tepat kerana saya hanya untuk berbincang dan memahirkan kemahiran berbahasa saya sebagai seorang guru Bahasa Melayu.
 Assalamualaikum, pada tahun ini terdapat sedikit perubahan terhadap istilah yang digunapakai untuk frasa isi tersurat dan ini merupakan soalan KBAT bukanlah susah tetapi memerlukan pelajar berfikir sejenak akan sinonim perkataan persedian-persediaan. Pelajar kreatif dan bijak tidak akan menghadapi masalah untuk membina pengenalan rumusan.

Cadangan jawapan rumusan:-

Pengenalan:-
  1. Petikan memperkatakan persiapan/ siap siaga/ langkah awal graduan sebelum sebelum memasuki alam pekerjaan di Malaysia.
  2. Rumusan membincangkan persiapan/ siap siaga graduan sebebelum memasuki alam pekerjaan dan usaha yang dilakukan untuk mengurangkan masalah pengangguran.
  3. Rumusan membincangkan persiapan/ siap siaga graduan sebebelum memasuki alam pekerjaan dan kelebihan-kelebihan graduan yang menguasai lebih daripada satu bahasa. ( Ini jawapan KBAT- merujuk kepada soalan kedua pemahaman teks)
  4. Rumusan membincangkan persiapan/ siap siaga graduan sebebelum memasuki alam pekerjaan dan usaha-usaha/ cara-cara/ tindakan-tindakan/strategi-strategi yang dilakukan untuk mengurangkan masalah pengangguran.
Isi tersurat:- ( Persediaan graduan sebelum memasuki alam perkerjaan)

  1. mereka perlu mempunyai kemahiran interaksi sosial.
  2. perlu menguasai kemahiran komunikasi yang berkesan.
  3. penguasaan pelbagai jenis bahasa di samping bahasa kebangsaan.
  4. perlu beretika dan mempunyai nilai spritual yang baik.
  5. tidak mempunyai rekod salah laku
  6. memiliki penampilan yang menarik.
  7. menonjolkan diri sebagai  individu yang mempunyai kesabaran yang tinggi dalam menghadapi tekanan.
  8. mesti melengkapkan diri dengan elemen kepimpinan yang baik.
  9. menguasai kemahiran berfikir secara kreatif dan analistik.
Isi tersirat :- ( Usaha-usaha yang dilakukan untuk mengurangkan masalah pengangguran)
  1. graduan tidak boleh memilih kerja.
  2. graduan boleh berjinak-jinak untuk berniaga.
  3. ibu bapa memberikan motivasi anak untuk tidak memilih kerja.
  4. pihak swasta perlu memberi peluang dan kelonggaran kepada graduan bekerja di syarikat mereka.
  5. pihak kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia perlu membantu graduan mendapat kerja.
  6. kerajaan mengadakan kempen menggalakkan graduan memasuki kursus persediaan untuk bekerja di sektor luar bidang pengajian mereka.
  7. pihak bank memudahkan syarat pinjaman sekiranya gradua ingin berniaga.
Penutup :-

Kesimpulannya, pihak kerajaan perlu membantu graduan mencari kerja agar kehidupan graduan sempurna setelah tamat pengajian mereka.

Tiada ulasan: