Ahad, 4 November 2018

SOALAN NO. 2 (C) PEMAHAMAN PROSA KLASIK YANG PERLU DIBERI TUMPUAN UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2018

Alhamdulillah, pada pagi ini saya diberikan kesempatan oleh Allah untuk memperkatakan soalan yang perlu drujuk sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM 2018. Sebagai makluman kajian komsas berkaitan pemahaman prosa klasik agak luar biasa daripada kajian komsas prosa moden dan prosa puisi. Saya berkata demikian kerana jika diteliti hanya dua tajuk prosa klasik yang dikaji:-
  1. Tingkatan empat ( Kepimpinan Melaui Teladan)
  2. Tingkatan lima (Burung Terbang Dipipiskan Lada)
Berdasarkan kajian soalan yang telah ditanya untuk soalan SPM yang lalu, soalan Kepimpinan Melaui telah keluar pada tahun 2016 soalan SPM Nov dan sehingga 2018 soalan SPM Julai, soalan tersebut tidak pernah keluar. Berbanding soalan Burung Terbang Dipipiskan Lada telah keluar dan ditanya sebamyak tiga kali iaitu dalam soalan SPM Jun 2017, Soalan SPM  Nov 2017, dan Soalan SPM Jun 2018. Pada pandangan saya, oleh sebab soalan Burung Terbang Dipipiskan Lada telah keluar tiga kali berturut-turut untuk Soalan SPM Jun 2017, SPM Nov 2017, dan SPM Jun 2018, maka kebanyakan penggubal soalan negeri-negeri se-Malaysia telah menyasarkan soalan berkenaan sebagai Soalan Peperiksaan Percubaan Negeri pada tahun 2018. Pelajar boleh melihat analisa soalan yang keluar untuk Peperiksaan Percubaan Negeri Malaysia di bawah. Hanya negeri Sarawak dan Selangor sahaja yang menyasarkan soalan Burung Terbang Dipipiskan Lada sebagai soalan peperiksaan percubaan negeri sementara 13 negeri yang lain menyasarkan soalan Kepimpinan Melalui Teladan sebagai soalan Peperiksaan Percubaan Negeri mereka.

Kesimpulannya, penggubal soalan negeri-negeri seperti sudah terbau atau sudah terbaca, soalan Kepimpinan Melaui Teladan merupakan soalan paling 'glamour' ditanya pada 2018. Namun saya sebagai seorang guru menasihatkan selain menumpukan soalan Kepimpinan Melalui Teladan, pelajar perlu juga mengambil tahu soalan Burung Terbang Dipipiskan Lada dan jangan abaikan soalan berkenaan.  Tidak ada ruginya, pelajar juga mengambil tahu soalan berkenaan kerana sebagaimana saya maklumkan di awal perbincangan hanya dua tajuk soalan prosa klasik yang terdapat dalam kajian pelajar semasa berada di tingkatan empat dan lima. Beruntung, jika pelajar mengkaji kedua-dua soalan berkenaan, di samping memberi penekanan soalan Kepimpinan Melaui Teladan dan pada masa yang sama mengambil tahu soalan Burung Terbang Dipipiskan Lada sebagai persediaan sampingan. Paling penting, selagi soalan kertas SPM Nov 2018 belum keluar, sesiapapun tidak tahu soalan mana yang akan keluar tahun ini.

Pelajar yang bijak dan bersedia untuk menghadapi kedua-dua soalan prosa klasik akan beruntung dan bersedia untuk menjawab soalan bahagian prosa klasik. Mereka tidak perlu pening kepala untuk memikirkan soalan mana yang akan keluar kerana mereka sudah menyediakan persediaan yang rapi untuk menghadapi peperiksaan berkenaan. Selamat membuat persediaan dan menghadapi peperiksaan SPM 2018.


Analisis KOMSAS Soalan 2(c) Percubaan BM SPM
se-Malaysia 2018


Bil
Negeri/PPD
Soalan 2(c) Prosa Tradisional
1
Yik Kelantan
Kepimpinan Melalui Teladan
2
MRSM
Kepimpinan Melalui Teladan
3
Negeri Sembilan
Kepimpinan Melalui Teladan
4
Kelantan
Kepimpinan Melalui Teladan
5
Johor
Kepimpinan Melalui Teladan
6
Sarawak
Burung Terbang Dipipiskan Lada
7
PPD Kota Belud,Sabah
Kepimpinan Melalui Teladan
8
Perak
Kepimpinan Melalui Teladan
9
Pulau Pinang
Kepimpinan Melalui Teladan
10
Kedah
Kepimpinan Melalui Teladan
11
Perlis
Kepimpinan Melalui Teladan
12
SBP
Kepimpinan Melalui Teladan
13
Terengganu
Kepimpinan Melalui Teladan
14
Selangor
Burung Terbang Dipipiskan Lada
15
WP Labuan
(Tiada soalan setara)
16
Pahang
Kepimpinan Melalui Teladan

Kesimpulannya:-
  1. Soalan fokus SPM 2018- Kepimpinan Melaui Teladan.
  2. Soalan sampingan juga perlu diberi perhatian, Burung Terbang Dipipiskan Lada.
SELAMAT MENGHADAP PEPERIKSAAN SPM 2018 DARIPADA SAYA ADMIN LAMAN BAHASA MELAYU SPM

Tiada ulasan: