Ahad, 4 November 2018

SOALAN NO. 2 (B) KERTAS BAHASA MELAYU 2 (PEMAHAMAN PROSA MODEN) PERLU DIBERIKAN TUMPUAN UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2018

Pada malam ini saya akan cuba untuk memperkatakan soalan Kertas Bahasa Melayu 2 yang perlu diberikan perhatian untuk menghadapi SPM 2018.

Analisis KOMSAS Soalan 2(b) Percubaan BM SPM
se-Malaysia 2018


Bil
Negeri/PPD
Soalan 2(b) Cerpen/Drama
1
Yik Kelantan
Cerpen Hipertensi
2
MRSM
Cerpen Hipertensi
3
Negeri Sembilan
Cerpen Munsyi
4
Kelantan
Cerpen Munsyi
5
Johor
Cerpen Hipertensi
6
Sarawak
Cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
7
PPD Kota Belud,Sabah
Drama Berkhidmat Untuk Negara
8
Perak
Cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
9
Pulau Pinang
Cerpen Munsyi
10
Kedah
Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil
11
Perlis
Cerpen Munsyi
12
SBP
Cerpen Munsyi
13
Terengganu
Cerpen Hipertensi
14
Selangor
Cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
15
WP Labuan
(Tiada soalan setara)
16
Pahang
Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil

Berdasarkan soalan Peperiksaan Percubaan Negeri-Negeri di atas mengambarkan soalan-soalan yang perlu diberi perhatian sebagai persediaan pelajar menghadapi Peperiksaan SPM. Kesimpulannya pelajar perlu memberi perhatian kepada soalan:-

  1. Cerpen Hipertensi
  2. Cerpen Munsyi
  3. Cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
  4. Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil
  5. Drama Berkhidmat Untuk Negara
Pelajar cuba elakkan membuat "spot question" kerana ini akan memeningkan kepala pelajar sahaja. Oleh sebab itu, sebagaimana saya memperkatakan soalan bahagian penulisan, elakkan membuat "spot question." Semoga pelajar dapat membuat persediaan menghadapi peperiksaan SPM 2018 dengan sempurna. Soalan-soalan seterusnya akan saya nyatakan esok. Insya-Allah.

Tiada ulasan: