Selasa, 6 November 2018

ULASAN KARANGAN BAHAGIAN B (DIMENSI NEGARA) KIRIMAN PUTERI IKA SEORANG PELAJAR PERSENDIRIAN

PUTERI IKA, MERUPAKAN SEORANG PELAJAR PERSENDIRIAN DAN TELAH MENGEMAILKAN KARANGAN UNTUK SAYA SEMAK. ALHAMDULILLAH ALLAH TELAH MEMBERIKAN SAYA KESEMPATAN UNTUK MENYEMAK KARANGANNYA.

Soalan Bahagian B(3)
Pengangkutan awam di Malaysia diperhebat seiring dengan perkembangan sains dan teknologi.

Jelaskan kebaikan-kebaikan pengangkutan awam kepada masyarakat dan negara.







    Ulasan guru:-
    Karangan di atas baik tetapi perlu penambahbaikan. Antaranya, saya cadangkan :-
  1. memperbaik binaan ayat supaya binaannya mantap, dan terdapat kesalahan pemilihan ayat contohnya ramai lebih kepada suasana dan sesuai digantikan dengan banyak.
  2. Saya cadangkan Puteri menambah lapisan ayat KBAT, iaitu binaan ini boleh ditulis sebelum ayat penutup. Contohnya untuk perenggan isi pertama, gunakan kata sekiranya penggunaan pengankutan digunakan oleh masyarakat sudah pasti masalah kesesakan yang berlaku di bandar-bandar dapat di atasi. Sebaliknya, jika masyarakat masih tidak sedar akan kebaikan pengangkutan awam dan mementingkain diri sendiri seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing sampai bila-bila isu kesesakan jalan raya tidak akan dapat diselesaikan. Puteri boleh menulis ayat KBAT sama ada selapis atau dua lapis sebagaimana saya tulis di atas.
  3. Sebagai makluman Puteri, karangan dimensi atau jenis B, perlu lima isi untuk mendapat markah cemerlang atas.
  4. Alhamdulillah, Puteri ada memasukkan frasa menarik iatu peribahasa, selain itu kata-kata pemimpin, hadis dan Al Quran. Alhamdulillah Puteri juga merujuk sesawang Wikipedia, ini sangat bagus menunjukkan Puteri ada merujuk internet serta mengulasnya, ini juga unsur KBAT.
     Pada pandangan saya karangan Puteri boleh cemerlang jika perkara-perkara di atas dapat diambil berat semasa menulis karangan.  Tahniah Puteri kerana bukan mudah pelajar persendirian menulis kalangan sedemikian rupa.

      Selain itu, saya ingin memaklumkan Puteri soalan dimensi negara merupakan soalan yang agak sukar berbanding soalan 1 (dimensi diri) dan  soalan 2 (dimensi keluarga atau masyarakat). Namun, seorang pelajar bebas untuk memilih karangan yang mereka kuasai. Untuk makluman ini hanya pandangan saya kerana sebagai guru, saya dapat melihat kalangan pelajar saya akan lebih memilih karangan dimensi diri dan dimensi keluarga atau masyarakat.
        Saya mencadangkan dalam masa berbaki  7 hari sebelum SPM, latih lagi dengan membuat pelbagai karangan kerana ini akan membantu Puteri untuk menjawab soalan karangan. Ingat, ada satu lagi karangan yang perlu Puteri jawab semasa peperiksaan, iaitu soalan berpandu bahagian A yang memperuntukkan 30 markah. Saya mendoakan puteri berjaya dengan cemerlang dalam kertas Bahasa Melayu (1103) peperiksaan SPM 2018. Aaminn. Sebagai tambahan, pastikan Puteri menjawab soalan bahagian B iaitu karangan dimensi terlebih dahulu kerana markah yang diperuntukkan 100 markah.
       


Tiada ulasan: