KARANGAN DIMENSI DIRI


KARANGAN DIMENSI DIRI.
Karangan dimensi diri merupakan karangan paling mudah untuk kamu hasilkan. Karangan ini memerlukan anda menulis karangan menggunakan ganti diri pertama saya. Oleh itu, pastikan anda mengarang karangan ini merujuk kepada isu yang anda bincang dan apakah kesannya kepada anda. Saya akan menggunakan Kaedah Pengembangan Idea Perenggan Pengenalan, Pengembangan Idea Perenggan isi serta  Pengembangan idea Perenggan Penutup untuk menghasilkan karangan Cemerlang.
Langkah Pertama, menghasilkan Perenggan Pengenalan dan untuk menghasilkan perenggan pengenalan yang baik, anda perlu bijak memilih Jenis Perenggan yang sesuai, antaranya pengenalan jenis definisi, pengenalan jenis peribahasa, pengenalan jenis kata-kata pemimpin, pengenalan jenis fakta, pengenalan jenis lagu, pengenalan jenis puisi, pengenalan jenis petikan Al Quran atau hadis. Kebijaksanaan anda memilih jenis pengenalan akan memberi impak yang maksima kepada pemeriksa. Perenggan pengenalan merupakan gambaran awal karangan anda kepada pemeriksa dan jika pengenalan karangan anda baik dan tanggapan peperiksa terhadap karangan anda terus positif.
PERENGGAN PENGENALAN, PILIH JENIS PENGENALAN YANG SESUAI
Contoh perenggan pengenalan menggunakan pengenalan jenis definisi.

PERKARA
PENERANGAN
PILIH PENGENALAN JENIS DEFINISI
"Kegiatan Kokurikulum” boleh dedefinisikan sebagai kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.”
AYAT RANGSANGAN  1
Aktiviti kokurikulum ini wajib disertai oleh setiap pelajar kerana pelajar boleh mengikuti pelbagai aktiviti kokurikulum di sekolah seperti mengikuti  Pasukan Pakaian Seragam, aktiviti Sukan dan Permainan serta Kelab dan Persatuan.
AYAT RANGSANGAN  2
Oleh sebab itu, saya perlu menyertai aktiviti kokurikulum yang diadakan oleh pihak sekolah kerana pelbagai manfaat akan saya peroleh.
AYAT RANGSANGAN  3
Antara aktiviti yang boleh saya sertai semasa aktiviti kokurikulum dijalankan ialah aktiviti Unit Pakaian Seragam, seperti Pengakap, Bulan Sabit Merah, Pasukan Polis, Kadet Remaja Sekolah, saya juga boleh menyertai permainan yang saya minati seperti bola sepak, sepak takraw, dan akhir sekali menyertai aktiviti kelab dan persatuan seperti persatuan Bahasa Melayu, Matematik, dan sebagainya.
FRASA MENARIK
Apabila saya menyertai aktiviti kokurikulum, saya akan dapat menggunakan masa senggang saya secara bermanfaat kerana masa itu emas.
UNSUR KBAT
Sekiranya saya tidak menggunakan masa sudah pasti masa saya berlalu begitu sahaja tanpa digunakan dengan perkara yang boleh mendatangkan manfaat kerana gunakanlah masa mudamu sebelum datang masa tua mu.
UNSUR KBAT LAPIS KEDUA
Sesungguhnya berutunglah orang yang menggunakan masa secara bermanfaat.
AYAT ARAHAN
Persoalannya, apakah kepentingan atau faedah aktiviti kokurikulum kepada saya?

Pastikan semasa menulis perenggan pengenalan, anda perlu memilih jenis perenggan yang sesuai, agar pengenalan anda menarik. Kemudian fokus anda perlu menulis ayat-ayat yang digariskan untuk menghasilkan pengenalan yang baik, iaitu menulis ayat ransangan 1, ayat rangsangan 2, ayat ransangan 3 yang menjurus kepada mengapakah anda berpendapat tajuk karangan anda bincangkan begitu dan jelaskan dengan memberi ulasan yang jelas dan matang. Kemudian anda boleh menyelitkan frasa menarik di mana-mana sahaja asalkan frasa menarik seperti peribahasa, kata-kata pemimpin, kata-kata hikmah, atau data yang anda peroleh melalui pembacaan anda untuk mengukuhkan lagi ulasan anda. Setelah itu, anda nyatakan jika perkara berkenaan dilakukan apakah natijahnya di bahagian ayat KBAT dan sebaliknya jika tidak dilakukan apa pula natijahnya. Selepas itu, barulah anda membina ayat arahan yang menunjukkan apakah langkah-langkah akan anda lakukan semasa menulis ayat di perenggan isi. Ayat arahan ini penting pemeriksa kerana dengan ayat arahan pemeriksaan akan dapat menanggap apakah idea anda tulis semasa menulis perenggan isi.
Setelah anda menulis perenggan perenggan pengenalan, fokus anda seterusnya adalah menulis perenggan isi. Perenggan isi yang jelas akan memudahkan pemeriksa untuk melihat bagaimana cara anda menghuraikan isi berkenaan sebagaimana contoh jadual pengembangan idea isi di  bawah:-
CONTOH PENULISAN KARANGAN MENGGUNAKAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENNGAN ISI.

TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI
Sebagai pelajar berminda kelas pertama, saya berpendapat aktiviti kokurikulum dapat membina daya kepimpinan kepada saya dan pelajar-pelajar lain.
AYAT HURAIAN 1
Hal ini demikian kerana melalui aktiviti kokurikulum, saya didedahkan cara untuk mengendalikan unit beruniform seperti Pengakap, Bulan Sabit Merah, Kadet Remaja Sekolah dan lain-lain lagi unit pakakain seragam yang lain.
AYAT HURAIAN 2
Saya juga didedahkan bagaimana untuk mengedalikan menyelaras aktiviti unit beruniform seperti cara berkawat kaki, cara untuk mengurus dan mengendalikan mesyuarat, dan cara untuk memimpin secara langsung saya akan dapat menyemai nilai berdikari, meningkatkan jati diri, dan nilai kepimpinan.
AYAT HURAIAN 3
Secara langsung aktiviti kokurikulum ini dapat meningkatkan disiplin diri terutama menghargai masa kerana masa itu ibarat emas.
AYAT CONTOH
Sebagai contoh, saya perlu berpakaian kemas agar menjadi contoh kepada pelajar lain dan perlu berada awal setiap kali aktiviti kawat kaki dijalankan agar perbuatan positif saya ini diikuti pelajar lain.
FRASA MENARIK
Pepatah Arab ada mengatakan bahawa masa itu ibarat mata pedang jika kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotong kamu.
UNSUR KBAT LAPISAN KEDUA
Sekiranya saya menghargai masa sudah pasti setiap perkara yang saya lakukan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
FRASA MENARIK
Jika saya tidak menjaga masa sudah pasti masa akan berlalu dan saya tidak akan mendapat keuntungannya.
AYAT  PENEGAS
Sudah terang lagi bersuluh, aktiviti kokurikulum mampu meningkatkan bakat dan daya kepimpinan saya sebagai seorang pemimpin.

Anda perlu menulis ayat-ayat yang dicadangkan seperti yang terdapat dalam Jadual Pengembangan Idea Perenggan Isi iaitu ayat huraian 1, ayat huraian 2, ayat huraian 3 yang akan menjelaskan kenapa anda memilih isi berkenaan sebagai isi anda dan anda perlu menguraikannya secara jelas dan matang. Seterusnya, anda berikan contoh kenapa anda berpendapat begitu dan diikuti dengan penulisan frasa menarik. Frasa menarik sebenarnya boleh berada di mana-mana sahaja sahaja asalkan sesuai dan tepat penggunaannya. Kemudian, anda perlu menulis ayat KBAT iaitu kesan jika isi berkenaan diaplikasikan dalam kehidupan anda.  Untuk penulisan seterusnya, anda boleh menulis lapisan ayat kedua ayat KBAT, iaitu menyatakan jika tidak dilakukan apakah natijahnya. Akhir sekali anda perlu menulis ayat penegas untuk menyatakan kenapah anda memilih isi berkenaan dalam penulisan anda. Begitulah penulisan untuk isi-isi seterusnya. Pastikan semasa menulis isi berkenaaan anda mengelak daripada melakukan kesalahan ejaan, kesalahan tatabahasa, dan kesalahan binaan ayat kerana kesalahan-kesalahan berkenaan boleh menyebabkan markah karangan anda ditolak. Selain itu, elakkan juga menulis lebih satu isi dalam satu perenggan kerana isi yang lebih daripada satu akan menyebabkan karangan anda bercampur baur. Anda juga sukar menghuraikan isi-isi berkenaan.

Langkah anda terakhir untuk menghasilkan sebuah karangan yang baik, adalah memastikan perenggan penutup dibina secara excellent. Untuk memastikan perenggan peutup anda baik, anda perlu membina perenggan berkenaan menggunakan kaedah Jadual Pengembangan Idea Penutup Karangan.
DIBAWAH SAYA PAPARKAN CONTOH PERENGGAN PENUTUP YANG BAIK.

PERKARA
PENERANGAN
AYAT PENYIMPUL
Kesimpulannya, keistimewaan penggunaan media sosial dalam kehidupan masyarakat tidak dapat dinafikan sama sekali.
AYAT CADANGAN
Berdasarkan pendapat saya di atas jelas menunjukkan peranan media sosial dalam kehidupan masyarakat memang banyak faedahnya seperti media sosial berfungsi sebagai wahana perhubungan antara masyarakat,  sebagai wahana komunikasi mahasiswa yang mengambil pengajian jarak jauh di universiti seperti berhubung dengan pensyarahnya, serta media social bertindak sebagai wahana penyampaian maklumat kepada masyarakat.
AYAT CADANGAN TAMBAHAN TIADA DALAM PERENGGAN DIBINCANGKAN
Selain itu, banyak lagi fungsi media sosial dalam kehidupan yang boleh disenaraikan seperti media sosial sebagai wahana penyampaian ilmu, media sosial sebagai alat untuk membantu perniagaan, media sosial berfungsi sebagai perpaduan masyarakat dan
AYAT HURAIAN MENGAPA
CADANGAN DIUTARAKAN
Hal ini menjelaskan betapa peranan media sosial istimewa dan mampu membantu kerja seharian masyarakat dalam menyelesaikan masalah kehidupan serta memudahkan kerja seharian mereka.
UNSUR KBAT
Sekiranya masyarakat buta dan tidak celik penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi mereka ibarat  katak bawah tempurung ketinggalan dan berada di dunia sendiri.
FRASA MENARIK
Oleh sebab itu, masyarakat perlu menggunakan media sosial dalam kehidupan seharian agar mereka boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan masyarakat lain.
AYAT HARAPAN
Semoga masyarakat Malaysia akan sentiasa menggunakan media sosial dalam kehidupan seharian supaya mereka tidak tetinggal dan mampu bersaing dengan masyarakat dunia

Binaan perenggan penutup yang baik perlu ada ayat penyimpul iaitu ayat yang menyatakan kenapakah anda bersetuju dengan tajuk karangan. Kemudian, anda menulis kenapakah anda berkata begitu dengan menulis semula isi-isi yang anda tulis dalam karangan. Jika boleh, nyatakan isi-isi lain yang boleh membantu anda menegaskan lagi keputusan anda berkenaan. Kemudian, tulis mengapakan anda menyatakan persetujuan anda dengan mengulas kebaikan atau keburukan bergantung kepada tajuk karangan. Kemudian, nyatakan jika dijalankan apakah impaknya dan berikan ulasan anda. Anda juga boleh menulis lapisan kedua ayat KBAT dengan menyatakan natijahnya jika cadangan-cadangan berkenaan tidak dijalankan. Akhirnya anda boleh menulis ayat harapan dengan menyatakan harapan anda sebagai kesimpulan, iaitu apakah natijahnya kepada anda, keluarga, masyarakat dan negara. Semoga anda faham cara menulis karangan yang baik.

Tiada ulasan: