Penggunaan gajet seperti telefon bimbit menjadi pelengkap dalam kehidupan seharian remaja masa kini. Apakah kesan buruk ketagihan gajet terhadap anak-anak?
Marcapada,
masalah kebejatan akhlak remaja masa kini semakin membarah sehingga tular dalam
media sosial. Sikap remaja yang melanggar budi bahasa dan budaya masyarakat
timur. Keadaan ini dikatakan berpunca daripada pengaruh melampau sehingga
menimbulkan ketagihan gajet dalam kalangan remaja. Mereka terlalu leka sehingga
leka akan tanggungjawap terhadap diri, keluarga dan pelajaran. Akibatnya,
mereka mengalami pelbagai kesan buruk akibat ketagihan mereka terhadap gajet. Sebelum kudis menjadi tokak, masalah
ini perlu dicegah daripada awal lagi kerana mencegah lebih baik daripada merawat.
Persoalannya, apakah kesan buruk ketagihan gajet terhadap anak-anak?
Salah satu
kesan negatif yang dikenal pasti oleh pakar perubatan adalah gangguan perkembangan
otak kanak-kanak. Menurut pakar kanak-kanak, mereka yang terdedah dengan gajet
terlalu lama akan menyebabkan mereka menghadapi masalah kurang perhatian dan mereka
juga menghadapi masalah kognitif iaitu masalah kesukaran untuk mempelajari,
memproses, dan memahami sesuatu maklumat
yang diberi atau diterima oleh kanak-kanak. Selain masalah tersebut, masalah peningkatan impulsif akan
memberi kesan dalam kehidupan anak-anak, sehingga mereka gagal mengawal diri. Akibatnya, ibu bapa terpaksa
mencari penyelesaian yang bijak agar tidak memberi kesan kepada anak-anak mereka seperti peribahasa Melayu bagai
menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putis tepung tidak berselerak.
Selain
perpektif yang dinyatakan tadi, anak-anak yang kerap bermain dengan gajet akan
menghadapi masalah. Akibat terlalu lama melihat skrin gajet, mata mereka akan menjadi
letih dan anak mata akan mula berair. Impaknya, anak-anak akan mengalami masalah
rabun mata dan lama-kelamaan ibu bapa terpaksa membuat cermin mata untuk
anak-anak pada usia muda. Tambahan pula, mereka terlalu memberi tumpuan pada
skrin gajet dalam tempoh yang lama mengakibatkan mata mereka menjadi juling.
Mereka tidak dapat melihat dengan jelas menyebabkan prestasi mereka pembelajaran
terjejas. Tegasnya, masalah ketagihan gajet akan menjejas masa hadapan mereka.
Di samping
masalah penglihatan, masalah yang lebih besar dan sensitif yang perlu diberi perhatian
adalah masalah obesiti dalam kalangan anak-anak. Mereka meluangkan masa terlalu
lama bermain permainan dalam talian
dengan menggunakan gajet masing-masing dalam tempoh terlampau lama. Keadaan ini
menyebabkan pembakaran kalori tidak
berlaku. Apatah lagi jika mereka bermain sambil menikmati kudapan yang tidak
menepati amalan gaya hidup sihat, pasti masalah ini akan menjadi parah. Jelas
sekali, ketagihan gajet turut memberi kesan
pada kesihatan dan emosi
kanak-kanak.
Tidak dapat
disangkal masalah ketagihan gajet ini akan menyebabkan kanak-kanak kurang bersosial.
Mereka seolah-olah memiliki
dunia sendiri dengan gajet serta rakan sepermainan mereka di alam maya.
Kecanggihan permainan dalam talian seperti
Mobile Legend dan PUBG telah menyebabkan mereka saling berinteraksi
dengan rakan sepermainan. Akibatnya, mereka tidak suka bersosial di luar dan
kerap berada di dalam bilik ini gajet
mereka. Kesemua situasi ini sedang
berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Secara tidak langsung gajet atau peranti
ini akan menjadikan seseorang itu bersikap antisosial sekali gus menjadi punca seseorang
itu hilang kemahiran berkomunikasi dan bersosial. Tegasnya, ketagihan gajet
ini akan memberi impak negatif dalam
aspek sosial dan masyarakat.
Secara
kolektifnya, masalah ketagihan gajet
merupakan masalah sejagat yang perlu ditangani bersama oleh semua
penyedia sistem permainan, pencipta permainan dan ejen penyebar permainan dalam
talian agar mereka insaf akan kerosakan yang telah dilakukan oleh mereka di
dunia ini hingga memberi kesan negatif pada masa depan seseorang. Oleh itu, ibu bapa berperanan besar dalam menangani
masalah yang masih belum ketemu jalan penyelesaiannya.