Jumaat, 2 November 2018

SOALAN KARANGAN UMUM ATAU DIMENSI YANG PERLU DIBERIKAN TUMPUAN UNTUK PERSEDIAAN MENGHADAPI SPM 2018


Sebagai seorang guru mata pelajaran Bahasa Melayu saya tegaskan semasa membicarakan soalan karangan berpandu, tiada istilah soalan ramalan atau 'spot question' dalam kotak fikiran saya kerana tiada siapa tahu soalan yang akan keluar pada peperiksaan 2018 sehinggalah pada 13 November 2018. Barulah persoalan berkenaan terjawab, apabila pelajar membuka kertas soalan. Cuma dalam perbicaraan berkenaan soalan yang perlu diberi perhatian, saya lebih memfokus kepada analisa peperiksaan yang dikemukan oleh penggubal soalan negeri-negeri se Malaysia 2018 merupakan tajuk yang perlu diberi perhatian oleh pelajar. Tajuk-tajuk berkenaan ialah:-


a)   Fokus soalan Karangan Dimensi Diri:-

Bil
Negeri/PPD
Isu
1
Yik Kelantan
Faedah menyertai Kem Jati Diri, Kursus dan Kewartawan
2
MRSM
Syarahan – Faedah Melabur Dalam Saham Amanah
3
Negeri Sembilan
Langkah berkesan memastikan persekitaran sekolah bersih
4
Kelantan
Cara anda menunjukkan perasaan bangga akan negara
5
Johor
Kepentingan ilmu dalam kehidupan seseorang
6
Sarawak
Peranan anda membantu OKU
7
PPD Kota Belud,
Sabah
Peranan remaja membentuk sahsiah diri terpuji
8
Perak
Faktor pemilihan kerjaya menjamin masa depan remaja
9
Pulau Pinang
Kesan penggunaan telefon pintar dalam kalangan murid
10
Kedah
Persediaan anda menempuh alam pekerjaaan
11
Perlis
Pelibatan murid dalam kokurikulum meningkatkan disiplin dan membentuk daya kepimpinan -Ulaskan
12
SBP
Tingkah laku remaja dipengaruhi oleh kesedaran diri, persekitaran dan rakan sebaya - Ulaskan
13
Terengganu
Anda akan mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan. Tajuk syarahan anda ialah “Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya.”
14
Selangor
Kegiatan bermanfaat untuk mengisi zaman remaja
15
Pahang
Cara menjaga kebersihan diri -Ceramah

Sebagai nasihat, pelajar perlu memberi perhatian kepada Kaedah Pengembangan Idea Perenggan Karangan atau apa sahaja kaedah yang diterapkan oleh guru-guru di sekolah untuk memandu pelajar menghasilkan karangan yang menarik dan matang. Selain itu, pelajar perlu menulis lima isi karangan dan mengelakkan melakukan sebarang kesalahan ejaan dan pemilihan istilah perlulah menarik.
     Pelajar dinasihatkan perlu bijak menentukan jenis pengenalan yang digunakan semasa memulakan perenggan pengenalan seperti pengenalan jenis lagu, syair, berita, perenggan umum dan paling penting perenggan yang dibina dapat menarik impresion pemeriksa. Kemudian, pelajar perlu menulis ayat rangsangan menarik minat pemeriksa dengan menggunakan kata soal kenapa, mengapa bagaimana, dan menyelitkan frasa menarik (rujuk frasa menarik seperti saya nyatakan di bawah - semasa menulis perenggan isi), masukkan unsur atau ayat KBAT, dan diikuti dengan ayat soal untuk memfokus kepada tema atau tajuk yang hendak dibincangkan.
   Sebagai peringatan, semasa menulis pemulaan perenggan isi, pastikan pelajar menulis ayat idea / ayat isi, diikuti dengan ayat huraian pelajar perlu mengolah ayat dengan mengaitkan ayat soal, kenapa, mengapa, bagaimana berkiatan isi yang dibincangkan, serta menyelitkan frasa menarik, sama ada peribahasa, kata-kata berhemah, kata-kata pemimpin, ayat suci Al Quran, hadis, dan pendapat bijak pandai di mana-mana sahaja sesuai semasa mengolah isi. Pelajar yang bijak boleh menggunakan kesempatan untuk menulis lebih daripada dua frasa menarik, bahkan pelajar kreatif boleh menyelitkan lebih banyak frasa menarik namun biarlah berpada-pada.  Bahkan juga, selitkan ayat KBAT dengan penggunaan istilah sekiranya dilakukan......... untuk lapisan ayat KBAT pertama , dan jika tidak untuk lapisan ayat KBAT kedua berkaitan isi yang dibicarakan. Di samping itu, pastikan setiap pengakhiran perenggan isi ada ayat penegas sebagai penegasan isi yang dibincangkan.
     Sebagai perenggan penutup, pelajar perlu menulis kata pengakhiran seperti kesimpulannya, akhirukalam, tegasnya,........dan sebagainya, diikuti dengan ayat cadangan sama ada dengan menulis semula empat isi yang dicadangkan semasa mengarang, dan menulis isi-isi lain di luar isi yang dibincangkan untuk menujukkan pelajar mempunyai pemikiran yang luas tentang tajuk yang dibincangkan, kemudian memasukkan ayat KBAT untuk mengambarkan kesan jika isi-isi yang dinyatakan dilakukan. Sebagai peringatan selitkan frasa menarik di mana-mana sahaja yang sesuaia dengan ayat cadangan atau di mana-mana tempat yang sesuai di perenggan penutup berkenaan.
            Sekiranya pelajar tidak faham dengan penerangan di atas, pelajar boleh merujuk Jadual Pengembangan Idea Perenggan Karangan yang saya gunakan semasa mengajar karangan sebagai panduan. Pelajar perlu mengambil kesempatan menulisan karangan umum ini dahulu kerana markah yang dperuntukkan karangan umum amat besar iaitu 100 markah.
                   Pelajar digalakkan bersedia untuk menghadapi kesemua karangan di atas dan pelajar yang bijak akan berusaha untuk menghasilkan karangan di luar daripada karangan yang saya senaraikan di atas. Ingat, tiada istilah soalan ramalan bagi saya kerana pelajar yang terlalu bergantung kepada soalan berkenaan akan sentiasa ketakutan dan stres semasa membuka soalan Kertas Bahasa Melayu 1 (1103/1)

b)   Fokus soalan Karangan Dimensi Keluarga/ Masyarakat:-

Bil
Negeri/PPD
Isu
1
Yik Kelantan
Faedah pengambilan makanan sihat kepada anak dan kekangan dihadapi oleh ibu bapa
2
MRSM
Permainan tradisional – sebab dan langkah
3
Negeri Sembilan
Tanggungjawab ibu bapa memastikan anak cemerlang dalam kehidupan -Ulaskan
4
Kelantan
Peranan mewujudkan masyarakat penyayang
5
Johor
Peranan ibu bapa memastikan remaja menggunakan media sosial ke arah lebih positif
6
Sarawak
Peranan ibu bapa memastikan anak-anak menghayati seni kata lagu Negaraku
7
PPD Kota Belud,Sabah
Peranan ibu bapa memupuk minat membaca kepada anak-anak
8
Perak
Peranan ibu bapa membantuanak menguasai pelbagai bidang
9
Pulau Pinang
Peranan ibu bapa menggalakkan anak-anak membaca
10
Kedah
Peranan pelbagai pihak memupuk amalan membaca dalam kalangan remaja
11
Perlis
Peranan ibu bapa memupuk minat anak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi
12
SBP
Peranan keluarga memupuk amalan menghormati orag tua dalam kalangan remaja
13
Terengganu
Peranan ibu bapa untuk mengawal anak-anak dalam penggunaan media sosial.
14
Selangor
Syarahan – Usaha meningkatkan kesedaran remaja melestarikan alam sekitar
15
Pahang
Cara berkesan menerapkan semangat patriotisme dalam kalangan remaja

Penerangan cara menulis karangan dimensi keluarga dan masyarakat sama seperti cara penulisan karangan jenis dimensi diri.

c)   Fokus soalan Karangan Dimensi Negara:-

Bil
Negeri/PPD
Isu
1
Yik Kelantan
Jelaskan aktiviti yang perlu dilakukan untuk mencapai penubuhan Rukun Tetangga.
2
MRSM
Kesan gejala rasuah kepada masyarakat dan negara
3
Negeri Sembilan
Rencana – Kesan buruk pengambilan makanan segera
4
Kelantan
Langkah pelbagai pihak menangani jenayah kanak-kanak (penderaan dan buli)
5
Johor
Ceramah -Langkah pelbagai pihak memajukan IKS
6
Sarawak
Peranan pelbagai pihak mempopularkan permainan tradisional
7
PPD Kota Belud,Sabah
Kepentingan industri pelancongan terhadap pembangunan negara
8
Perak
Usaha kerajaan memajukan pengangkutan awam
9
Pulau Pinang
Rencana -Langkah pelbagai pihak menangani rasuah
10
Kedah
Petempatan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan asas idamam masyarakat
11
Perlis
Peranan masyarakat memperkukuh perpaduan
12
SBP
Langkah meningkatkan mutu pengangkutan awam di Malaysia
13
Terengganu
Lirik lagu “Malaysia Tanah Airku” di atas menggambarkan kecintaan kita kepada negara Malaysia. Jelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menunjukkan rasa cinta akan  negara.
14
Selangor
Cabaran yang dialami oleh seseorang untuk meningkatkan kualiti hidup
15
WP Labuan
     Tiada soalan setara
16
Pahang
Kebaikan pengangkutan awam kepada masyarakat dan negara

Penerangan cara menulis karangan dimensi negara sama seperti cara penulisan karangan jenis dimensi diri, keluarga dan masyarakat.

Peringatan, peribahasa Melayu ada mengatakan,  berakit-rakit dahulu,berenang-berenang kemudian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Hali ini kerana, bermula pada bulan januari sehingga sekarang kebanyakan karangan di atas telah pelajar lakukan dan tiada alasan mengatakan karangan berkenaan sukar dan banyak latihan dan karangan telah saya kumpulkan di dalam blog ini. Gunakanlan kesempatan untuk membuat ulangkaji dan lihat balik ksesalahan-kesalahan yang telah dilakukan dan jangan ulang kembali kesalahan-kesalahan berkenaan. Selain itu, anda perlu sentiasa merujuk karangan-karangan terbaik yang anda buat atau rakan-rakan anda hasilkan sebagai contoh. Ingat, masa untuk anda membuat persediaan hanya tinggal 11 hari lagi. Buat persediaan sebelum terlambat hanya sudah terhatuk baru tergadah sudah tidak berguna lagi.

Tiada ulasan: