Ahad, 4 November 2018

SOALAN NO. 2 (D) PEMAHAMAN PUIS YANG PERLU DIBERI TUMPUAN UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2018

Alhamdulillah, malam ini saya diberi kekuatan oleh Allah untuk membuat sedikit pandangan berkaitan soalan-soalan bahagian 2 (d) iaitu pemahaman puisi yang perlu diberi perhatian dan tumpuan untuk menghadapi Peperiksaan SPM 2018. Sebagaimana perbincangan terdahulu, saya menganalisa soalan berdasarkan soalan-soalan di tanya semasa peperiksaan percubaan se-Malaysia seperti di bawah:-

Analisis KOMSAS Soalan 2(d) Percubaan BM SPM
se-Malaysia 2018
Bil
Negeri/PPD
Soalan 2(d) Puisi Tradisional/ Sajak
1
Yik Kelantan
Syair Bidasari
2
MRSM
Seloka Berbuat Istana Zaman Dahulu
3
Negeri Sembilan
Seloka Berbuat Istana Zaman Dahulu
4
Kelantan
Sajak Erti Hidup Bererti
5
Johor
Sajak Erti Hidup Bererti
6
Sarawak
Syair Bidasari
7
PPD Kota Belud,Sabah
Sajak Erti Hidup Bererti
8
Perak
Sajak Erti Hidup Bererti
9
Pulau Pinang
Sajak Sejadah Rindu
10
Kedah
Seloka Berbuat Istana Zaman Dahulu
11
Perlis
Sajak Erti Hidup Bererti
12
SBP
Seloka Berbuat Istana Zaman Dahulu
13
Terengganu
Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga) Ting 4
14
Selangor
Sajak Erti Hidup Bererti
15
Pahang
Seloka Berbuat Istana Zaman Dahulu

Oleh sebab itu, soalan-soalan yang perlu diberi tumpuan ialah:-
  1. Seloka Berbuat Istana Zaman Dahulu
  2. Sajak Erti Hidup Bererti
  3. Syair Bidasari
  4. Sajak Sejadah Rindu
  5. Seloka Berbuat Istana Zaman Dahulu
  6. Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga) Ting 4
Sekali lagi saya memperingatkan pelajar supaya mengelakkan daripada membuat "spot question". Oleh sebab itu, pelajar perlu membuat persediaan dengan menumpukan perhatian kepada tajuk-tajuk puisi yang telah saya gariskan di atas. Semoga anda berjaya menjawab soalan SPM 2018 dan keputusan cemerlang. Aamiin.

Tiada ulasan: