Khamis, 1 November 2018

FOKUS KARANGAN BERPANDU SEBAGAI PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2018

Sebagai seorang guru, tiada istilah soalan ramalan atau spot question dalam kotak fikiran saya kerana tiada siapa tahu soalan yang akan keluar pada peperiksaan 2018 sehinggalah pada 13 November 2018. Barulah persoalan berkenaan terjawab, apabila pelajar membuka kertas soalan kertas Bahasa Melayu 1 (1103/1). Cuma dalam perbicaraan berkenaan soalan yang perlu diberi perhatian, saya lebih memfokus kepada analisa peperiksaan yang dikemukakan oleh penggubal soalan negeri-negeri se Malaysia 2018 merupakan tajuk yang perlu diberi perhatian oleh pelajar. Tajuk-tajuk berkenaan ialah:-


SOAL KARANGAN BERPANDU PERLU DIBERI PERHATIAN
Bil
Negeri/PPD
Isu
1
Yik Kelantan
Cara melestarikan alam sekitar
2
MRSM
Kebaikan aplikasi perniagaan dalam talian
3
Negeri Sembilan
Usaha mempopularkan permainan tradisional
4
Kelantan
Peranan pemimpin pelajar di sekolah
5
Johor
Keceriaan kawasan sekolah
6
Sarawak
Peranan Pusat Sumber Sekolah
7
Sabah (Kota Belud)
Kebaikan gotong-royong
8
Perak
Kebaikan mengadakan Rumah Terbuka
9
Pulau Pinang
Kebaikan menabung dalam kalangan masyarakat
10
Kedah
Faedah-faedah  Koperasi Sekolah
11
Perlis
Adab murid kepada guru
12
SBP
Faedah-faedah  Koperasi Sekolah
13
Terengganu
Kesan penerokaan hutan yang tidak terkawal
14
Selangor
Keistimewaan Penggunaan Media Sosial
15
Pahang
Aktiviti bahasa di peringkat sekolah

   Sebagai tambahan pelajar perlu bersedia dengan soalan perlu difokus pada SPM tahun 2017 yang masih belum keluara seperti:-
  1.    Kepentingan ICT.
  2.    Ciri-ciri keluarga bahagia.
  3.    Kepentingan riadah.
  4.    Persediaan menempuh alam pekerjaan.
  5.    Ciri-ciri pengguna yang bijak. 
  6.    Faedah-faedah membaca.
  7.    Telefon bimbit.

  Sebagai nasihat, pelajar perlu memberi perhatian kepada Kaedah Pengembangan Idea Perenggan Karangan atau apa sahaja kaedah yang diterapkan oleh guru-guru di sekolah untuk memandu pelajar menghasilkan karangan yang menarik dan matang. Selain itu, pelajar perlu menulis empat isi karangan dan mengelakkan melakukan sebarang kesalahan ejaan dan pemilihan istilah perlulah menarik.
     Pelajar dinasihatkan perlu bijak menentukan jenis pengenalan yang digunakan semasa memulakan perenggan pengenalan seperti pengenalan jenis lagu, syair, berita, perenggan umum dan paling penting perenggan yang dibina dapat menarik impresion pemeriksa. Kemudian, pelajar perlu menulis ayat rangsangan menarik minat pemeriksa dengan menggunakan kata soal kenapa, mengapa bagaimana, dan menyelitkan frasa menarik (rujuk frasa menarik seperti saya nyatakan di bawah - semasa menulis perenggan isi), masukkan unsur atau ayat KBAT, dan diikuti dengan ayat soal untuk memfokus kepada tema atau tajuk yang hendak dibincangkan.
   Sebagai peringatan, semasa menulis pemulaan perenggan isi, pastikan pelajar menulis ayat idea / ayat isi, diikuti dengan ayat huraian pelajar perlu mengolah ayat dengan mengaitkan ayat soal, kenapa, mengapa, bagaimana berkiatan isi yang dibincangkan, serta menyelitkan frasa menarik, sama ada peribahasa, kata-kata berhemah, kata-kata pemimpin, ayat suci Al Quran, hadis, dan pendapat bijak pandai di mana-mana sahaja sesuai semasa mengolah isi. Pelajar yang bijak boleh menggunakan kesempatan untuk menulis lebih daripada dua frasa menarik, bahkan pelajar kreatif boleh menyelitkan lebih banyak frasa menarik namun biarlah berpada-pada.  Bahkan juga, selitkan ayat KBAT dengan penggunaan istilah sekiranya dilakukan......... untuk lapisan ayat KBAT pertama , dan jika tidak untuk lapisan ayat KBAT kedua berkaitan isi yang dibicarakan. Di samping itu, pastikan setiap pengakhiran perenggan isi ada ayat penegas sebagai penegasan isi yang dibincangkan.
     Sebagai perenggan penutup, pelajar perlu menulis kata pengahiran seperti kesimpulannya, akhirukalam, tegasnya,........dan sebagainya, diikuti dengan ayat cadangan sama ada dengan menulis semula empat isi yang dicadangkan semasa mengarang, dan menulis isi-isi lain di luar isi yang dibincangkan untuk menujukkan pelajar mempunyai pemikiran yang luas tentang tajuk yang dibincangkan, kemudian memasukkan ayat KBAT untuk mengambarkan kesan jika isi-isi yang dinyatakan dilakukan. Sebagai peringatan selitkan frasa menarik di mana-mana sahaja yang sesuaia dengan ayat cadangan atau di mana-mana tempat yang sesuai di perenggan penutup berkenaan.
            Sekiranya pelajar tidak faham dengan penerangan di atas, pelajar boleh merujuk Jadual Pengembangan Idea Perenggan Karangan yang saya gunakan semasa mengajar karangan sebagai panduan. Pelajar digalakkan menulis karangan berpandu ini selepas menulis karangan dimensi atau karangan umum. Dalam lain kata, pelajar perlu mengambil kesempatan menulisan karangan umum dahulu kerana markah yang dperuntukkan karangan umum amat besar iaitu 100 markah.
                   Pelajar digalakkan bersedia untuk menghadapi kesemua karangan di atas dan pelajar yang bijak akan berusaha untuk menghasilkan karangan di luar daripada karangan yang saya senaraikan di atas. Ingat, tiada istilah soalan ramalan bagi saya kerana pelajar yang terlalu bergantung kepada soalan berkenaan akan sentiasa ketakutan dan stres semasa membuka soalan Kertas Bahasa Melayu 1 (1103/1)

2 ulasan: