Ahad, 11 November 2018

ALHAMDULILLAH PADA HARI INI SAYA BERJAYA MENJALANKAN TUISYEN KALI KETIGA SETELAH DUA TUISYEN SAYA JALANKAN SEBELUM INI.





    Alhamdulllah, saya telah berjaya mendedahkan semua format kertas Bahasa Melayu (1103) sepanjang cuti persekolahan hujung minggu dan sempena perayaan Deepavali yang lepas. Kelas tuisyen ini telah dijalankan tiga fasa, iaitu pada pertemuan fasa pertama iaitu pada 3/11/2018 saya menyentuh berkaitan dengan tatabahasa melibatkan soalan 3(a), 3(b), 3(c), 3(d) dan 3(e). Sebagaimana yang semua maklum, tatabahasa liputannya cukup luas melibatkankan kajian istilah ( morfologi), kajian frasa, kajian ayat (sintaksis). Oleh sebab itu, pertemuan saya dengan pelajar semasa kelas tuisyen dijalankan perlu dalam suasana santai kerana saya faham dalam situasi mereka sekarang, mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai fokus mata pelajaran yang lain oleh guru-guru mata pelajaran ting 5 sebagai persiapan menghadapi peperiksaan SPM. Alhamdulillah, oleh sebab saya ada blog Laman Bahasa Melayu SPM, serta mempunyai pelbagai koleksi soalan, sama ada soalan Peperiksaan Percubaan sama ada soalan tahun 2017, 2018 dan soalan sebenar bermula dari tahun 2004,  nota bahasa Melayu yang pelbagai dan bahan Teknik Menjawab Soalan BM SPM yang saya gunakan untuk mendedahkan kemahiran di daerah dan luar daerah banyak membantu saya untuk memberi mereka pendedahan untuk menghadapi semua format soalan terutama tatabahasa.
       Pada 6/11/2018, hari Selasa dalam cuti sambutan Hari Deepavali, saya dan pelajar 5 Elit mengadakan kelas tuisyen fasa kedua dan fokus perbincangan berkaitan kajian novel. Alhamdulilah, saya telah mengedarkan nota masteri novel, meliputi analisa soalan yang telah keluar dalam peperiksaan SPM Se Malaysia 2018 serta nota pelbagai pelbagai soalan dan jawapan. Sekali lagi tuisyen berjalan dengan santai dan pelajar boleh merujuk soalan dan menjawab soalan berdasarkan soalan dan bahan berkenaan. Di samping, perjumpaan pertama dan kedua tuisyen mengambil masa dua setengah jam, dengan kelas tuisyen bermula dari pukul 8.30 hingga 11.00 pagi. Pada perjumpaan kedua ini saya selitkan sedikit soalan pemahaman komsas dan teknik menjawab setiap soalan 2(b) prosa moden, soalan 2 (c) prosa klasik, dan soalan 2(d) pemahaman puisi. Alhamdulillah, saya juga telah menyedikan pelajar saya koleksi soalan sepuluh peperiksaan percubaan negeri se Malaysia untuk mereka rujuk dan bual latihan. Alhamdulillan ada soalan berkenaan telah kami bincang semasa di dalam kelas semasa hari persekolahan Pada masa yang sama, saya juga mendedahkan cara untuk mendapat soalan negeri Se Malaysia di dalam blog Laman Bahasa Melayu SPM dan cara merujuk skema untuk membantu pelajar merujuk jawapan sekiranya mereka ada masalah semasa menjawab. Saya beberapa menegaskan bahawa pelajar perlu sentiasa merujuk blog saya kerana blog berkenaan dapat membantu pelajar kerana setiap hari ada sahaja bahan yang masukkan ke dalam blog berkenaan melibatkat sama ada berkaitan tatabahasa, soalan pemahaman, serta karangan terbaik hasil latihan pelajar sebagai rujukan pelajar. Dengan kata lain blog berkenaan berfungsi sebagai wahana untuk pembelajaran di luar kelas.
           Alhamdulillah, pada hari ini 11/11/2018, sekali lagi saya dan pelajar mengadakan tuisyen fasa ketiga dan merupakan sentuhan terakhir saya dan pelajar telah bersetuju untuk memulakan kelas pada pukul 8.30 hingga 12.30 tgh. Alhamdulillah pada hari ini saya mendedahkan cara mengarang yang betul ke arah menghasilkan karangan cemerlang atas dan saya juga mendedahkan Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017 yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia melibatkan kertas 1 dan 2. Secara langsung, saya telah membincangkan karangan, dan juga kertas 2 secara keseluruhan melibatkan soalan rumusan, dan saya bincangkan juga teknik menjawab soalan pemahaman 2(a), 2(b), 2(c) dan 2 (d). Selain itu, pada sentuhan terakhir ini saya benarkan pelajar bertanya dan meluahkan masalah yang mereka hadapi terutama format soalan. Antara pelajar persoalan yang saya terima ialah berkaitan soalan pola ayat, dan menukar ayat aktif ke pasif dan sebaliknya. Sebagai pengetahuan semua, sebelum ini saya juga telah mendedahkan dua kali teknik menjawab soalan Bahasa Melayu Kertas 2, dan untuk soalan Kertas 1, pelajar telah didedahkan cara mengarang soalan berpandu dan soalan karangan dimensi oleh guru jemputan daripada luar. Alhamdulillah pada tahun ini saya berpuas hati sebagai Ketua Panitia bahasa Melayu dan Guru Kanan Bahasa, pelbagai program bahasa Melayu diterima oleh pelajar. Insya-Allah hati saya akan tenang ke Hospital Selayang pada 13/11/2018 dan pelajar telah bersedia untuk menghadapi pada tarikh berkenaan. Pada masa yang sama, saya sangat sedih kerana janji temu saya dengan doktor pakar jatuh pada hari pelajar saya menghadapi kertas peperiksaan Bahasa Melayu 1 dan 2. Namun saya gembira juga kerana pelajar berkata, "Cikgu sentiasa ada di hati kami, dan blog Laman Bahasa Melayu SPM Cikgu akan sentiasa membantu kami." Syukur, kerana pada tahun ini pelajar telah saya dedahkan dengan pelbagai persediaan menghadapi Peperiksaan SPM 2018. Dalam pada itu, saya bertanya kepada pelajar berkaitan kajian sintaksis paling susah bagi saya iaitu ayat gabungan majmuk pancangan relatif dan kompleman, pelajar juga berkata mereka sudah faham kerana binaan ayat berkenaan melibatkan binaan ayat induk dan ayat kecil. Hali ini kerana saya telah mendedahkan mereka tiga kali penerangan berkaitanya. Semoga Allah membantu anak didik saya menjawab soalan kertas Bahasa Melayu 1 (1103/1) dan kertas Bahasa Melayu (1103/2) pada hari Selasa bertarikh 13/11/2018 ketika saya berada di Hospital Selayang. Aamiiin.

Tiada ulasan: