Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Pada tulisan saya pada kali ini, saya selitkan latihan khusus atau masteri bahagian pengetahuan peribahasa. Untuk makluman, pelajar yang mempunyai pengetahuan luas berkaitan ilmu peribahasa amat bertuah kerana mereka mempunyai senjata utama untuk menghasilkan karangan yang menarik dari segi bunga bahasa kerana mereka mempunyai kemahiran yang luwes terutama menyesuaikan peribahasa berkait dengan huraian isi semasa mengolah karangan . Seyogia, pelajar berkenaan mampu memuat dan menyelitkan peribahasa ini semasa mengarang pada mana-mana tempat atau bahagian hurain malah semasa membina ayat isi semasa mengolah karangan.
Namun, dengan adanya pengetahuan tetapi tidak diikuti dengan kreatif dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi semasa mengarang juga kemahiran ini tidak berguna, justeru, pelajar perlu melatih dan membudayakan kemahiran peribahasa semasa mengarang.
Semoga dengan coretan da latihan di bawah akan mampu membantu pelajar semasa menjawab soalan bahagian 3 (d) kertas Bahasa Melayu 2 dan juga semasa membina karangan. Selamat maju jaya daripada saya admin Laman Bahasa Melayu SPM.
Aktiviti Masteri Peribahasa:-
Kemahiran Menjawab soalan Peribahasa Bahagian 3 (d) dan Menggunakan Peribahasa Dalam Karangan.
Bahagian peribahasa SPM biasanya
berkisar pada beberapa bentuk soalan. Hal ini dinyatakan di bawah:
A. Membina
ayat daripada peribahasa:Contoh:
1. bagai menatang minyak
yang penuh
Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang minyak yang
Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang minyak yang
penuh sehinggalah mereka dewasa.
2. seperti katak di bawah tempurung
Sikap Muzammil yang sukar menerima perubahan yang berlaku menyebabkan dia berfikiran tertutup seperti katak di bawah tempurung.
3. seperti paku dengan penukul
Pelajar yang malas dan bersikap seperti paku dengan penukul tidak mungkin dapat meraih
kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.
4. ketam mengajar anaknya berjalan lurus
Masih ramai ibu bapa yang malas membaca tetapi mahu anak mereka rajin mengulang kaji
pelajaran samalah seperti ketam mengajar
anaknya berjalan lurus.
B. Mengemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang diberi:
B. Mengemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang diberi:
Contoh: Beri tiga
peribahasa yang sesuai dengan cerita yang diberi.
1. Pak Hassan terkejut besar apabila anak yang dipelihara dengan penuh kasih
sayang sanggup melakukan perkara yang
terkutuk itu. Dia tidak menyangka bahawa anaknya itu terlibat dalam kes ragut yang telah memalukannya.
Tindakan anaknya yang telah membunuh mangsa itu tidak dapat diselamatkan
kerana anaknya akan menerima hukuman yang setimpal.
i. bagai menatang minyak yang penuh
(memelihara dengan penuh kasih sayang)
ii. bagai menyonteng arang ke muka (memalukan)
iii. anak emas (anak kesayangan)
iv. air muka (diri, peribadi)
ii. bagai menyonteng arang ke muka (memalukan)
iii. anak emas (anak kesayangan)
iv. air muka (diri, peribadi)
2. Pasangan pengantin di atas pelamin itu amat sepadan. Pasangan itu bakal melayari hidup sebagai suami isteri. Setiap pasangan perlu bersabar dan jika ada perselisihan pendapat, mereka perlu bertolak ansur serta saling memaafkan. Tanpa sikap tolak ansur sesebuah keluarga tidak akan dapat bertahan lama dan perasaan kasih saying akhirnya akan lenyap. Hal ini boleh menyebabkan perceraian berlaku.
i. bagai
pinang dibelah dua.
ii. sedangkan lidah lagi tergigit.
iii. bagai embun di hujung rumput.
ii. sedangkan lidah lagi tergigit.
iii. bagai embun di hujung rumput.
C. Mengemukakan peribahasa berdasarkan ayat yang diberi:
Contoh:
1. Setelah Berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar, gadis itu terpaksa pula bergelut
1. Setelah Berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar, gadis itu terpaksa pula bergelut
dengan seorang lelaki yang hendak meragut
beg tangannya.
* keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya.
* keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya.
2. Walaupun telah lama tinggal di luar negara namun akhirnya Rony pulang semula ke kampung
halamannya kerana berasakan kampung
halamannya lebih tenteram.
* hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
* hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
3. Apabila Encik Santos meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dua tahun yang lalu, keluarganya menjadi kucar-kacir dan saling berbalah.
* bagaikan anak ayam kehilangan ibu.
D. Mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai:Contoh:
1. Tok penghulu kesal akan sikap penduduk kampung yang hanya membisu ketika mesyuarat dijalankan, tetapi mula bersuara apabila projek sudah dijalankan. Ada-ada sahaja yang tidak kena. Mereka bersikap umpama …………(i)…………… Mereka sepatutnya tidak mengemukakan pendapat sesuka hati dan tidak mengeluarkan kata-kata yang dapat menyinggung perasaan orang lain. Hal ini demikian kerana ……(ii)…….. Walau bagaimanapun, sebagai ketua tok penghulu akan berusaha untuk menyelesaikan masalah …………(iii)………..nya itu supaya dapat memuaskan hati semua pihak.
i. rumah siap pahat berbunyi
ii. mulut manusia lebih tajam daripada mata pedang / terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata
buruk padahnya.
iii. anak buah
iii. anak buah
Latihan 1:
Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.
1. bagaikan
kera mendapat bunga
2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit
3. burung terbang dipipiskan lada
4. menegakkan benang yang basah
5. bagaikan telur dihujung tanduk
6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
7. bagaikan tikus jatuh di kepuk
8. matinya semut kerana gula
9. air dicincang tidak akan putus
10. bagaikan embun di hujung rumput
2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit
3. burung terbang dipipiskan lada
4. menegakkan benang yang basah
5. bagaikan telur dihujung tanduk
6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
7. bagaikan tikus jatuh di kepuk
8. matinya semut kerana gula
9. air dicincang tidak akan putus
10. bagaikan embun di hujung rumput
Latihan 2:
Beri maksud
peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.
1. seperti
mendukung biawak hidup
2. sudah jatuh ditimpa tangga
3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
4. ditelan mati emak, dibuang mati bapak
5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang
7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina
8. genggam bara api biar sampai menjadi arang
9. bagai mencurah air ke daun keladi
10. kuman di seberang laut Nampak, gajah di depan mata tak Nampak
Latihan 3:
2. sudah jatuh ditimpa tangga
3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
4. ditelan mati emak, dibuang mati bapak
5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang
7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina
8. genggam bara api biar sampai menjadi arang
9. bagai mencurah air ke daun keladi
10. kuman di seberang laut Nampak, gajah di depan mata tak Nampak
Latihan 3:
Beri maksud
peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.
1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi
2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain
4. seperti pelanduk dua serupa
5. melentur buluh biarlah dari rebungnya
6. seperti ular kena palu
7. mati semut kerana gula
8. bagai mendapat durian runtuh
9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain
10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi
2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain
4. seperti pelanduk dua serupa
5. melentur buluh biarlah dari rebungnya
6. seperti ular kena palu
7. mati semut kerana gula
8. bagai mendapat durian runtuh
9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain
10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
Latihan 4:
Beri
peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.
1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak
1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak
disukai
oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut
mempunyai maksud
yang tertentu.
2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan
telah
berbaik-baik semula seperti sediakala.
3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun
kehidupan Encik Izkram masih juga susah apabila dia pulang ke
kampung halamannya.
4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya En. Mohd. Ramsul seorang
guru yang
baik hari ,lemah lembut, dan penyanyang.
5. Walaupun keluarga Encik Mohd. Salam cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam
rasuah,
namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai.
6. Hanya Husaini sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu menganggap
pelajar
kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.
7. Walaupun asalnya Saidiyah seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan
bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya,
akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan
cemerlang.
8. Farislullah seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian
dalam pertandingan badminton peringkat
Daerah Perak Tengah.
9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Faleh pulang dan menetap semula di
kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan.
10. Perbuatan Syaidiyah menasihati kekasihnya yang bernama Farislullah supaya berhenti
merokok sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali
oleh kekaksihnya itu.
b) Masteri Peribahasa
MASTERI
PERIBAHASA:-
Latihan
Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.
1. Encik Fadly meminta pelajarnya bernama Haikal membaiki komputernya tetapi akhirnya
1. Encik Fadly meminta pelajarnya bernama Haikal membaiki komputernya tetapi akhirnya
komputer itu semakin rosak
teruk dan tidak dapat digunakan sama sekali.
2. Perbuatan Adzahar itu sungguh melampau kerana dia menggunakan Qayyum untuk memikat
hati adik perempuan Qayyum
yang cantik itu.
3. Pada waktu hampir senja barulah para pelajar tingkatan satu dan tingkatan peralihan
berduyun-duyun pulang ke rumah
masing-masing.
4. Oleh sebab terlalu mengikut rasa marah setelah dirotan oleh guru disiplinnya akibat berambut
panjang, Asraf Ketua Bola
Baling, SMKASAS menyepak tiang gol itu sehingga menyebabkan
kakinya patah.
5. Walaupun berani dan bijak dengan selok-belok di hutan itu tetapi Muizuudin yang terkenal
dengan pelajar pendiam di
kelas 5K tidak menunjuk-nunjuk kemampuannya itu kepada
peserta perkhemahan tersebut.
6. Sejak pengurus itu bersara bersara, Akashah yang memangku jawatannya semakin sombong
dan bersifat kejam kepada
pekerja-pekerja bawahannya.
7. Sebagai rakyat negara asing yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki, pendatang
asing mestilah menghormati undang-undang yang diguna
pakai di Malaysia.
8. Tidak ada apa-apa yang lebih dipercayai dan bermakna oleh seseorang itu kecuali janji-janji
yang telah diucapkannya kepada
mereka.
9. Walaupun hanya memenangi pertandingan membaca berita peringkat sekolah namun berita
kemenangan Ikmal itu tersebar ke seluruh daerah Bota,
Perak.
10. Walaupun berbadan kecil dan kurus namun semua pelajar takut akan Salam yang garang dan
pandai bersilat itu.
1.
Membina ayat
menggunakan peribahasa
Contoh soalan:-
Tulis ayat berdasarkan setiap
peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.
(i) Alah bisa tegal biasa
(ii) Bagai melukut di tepi gantang
(iii) Laut mana yang tidak
bergelora [6 markah]
Contoh
jawapan:-
(i) Sesuatu pekerjaan yang
baru diceburi agak sukar diuruskan tetapi lama-kelamaan akan
menjadi lebih mudah, seperti pepatah
Melayu alah bisa tegal biasa.
(ii) Karim boleh
diibaratkan melukut di tepi gantang dalam majlis itu. Dia tidak
dihiraukan
langsung oleh tuan rumah.
(iii) Walaupun pemimpin itu
disayangi rakyat jelata, namun beliau juga tidak terlepas daripada
melakukankesilapan ibarat laut mana
yang tidak bergelora.
2.
Melengkapkan petikan atau dialog dengan peribahasa yang sesuai
Contoh
soalan:-
Baca petikan di bawah dengan
teliti, kemudian isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
.................(i).................,
demikian peribahasa yang menggambarkan pelbagai golongan harus bekerjasama.
Mereka dituntut agar bersefahaman dan bersatu untuk membangunkan negara. Mereka
tidak wajar mementingkan diri, yakni bersikap .............(ii).............
Tambahan pula, perbuatan seperti itu bertentangan dengan norma hidup masyarakat
Timur yang mengambil kira kepentingan semua pihak dalam setiap urusan yang
dilakukan dan mereka mementingkan permuafakatan kerana mereka yakin bahawa
...............(iii)..........[6 markah]
Contoh
jawapan:-
(i) Berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing.
(ii) seperti enau di dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing
(iii) bulat air kerana pembetung,
bulat manusia kerana muafakat.
3.
Menentukan atau menyesuaikan peribahasa dengan maksud petikan
Contoh
soalan:-
Baca petikan di bawah dengan
teliti. Kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang
berbeza yang terdapat dalam petikan di bawah.
Pada
zaman penjajahan, semua penduduk bersatu hati berjuang menentang penjajah
sehingga negara mencapai kemerdekaan. Sekalipun mereka menghadapi pelbagai
kesusahan tetapi hal itu tidak melunturkan semangat mereka kerana situasi itu
sudah dilalui mereka sepanjang masa dan menjadi lumrah hidup. Walaupun ada
pejuang yang ditangkap dan dituduh sebagai penderhaka, namun hal itu tidak
melemahkan semangat mereka yang berkobar-kobar itu kerana mereka tidak mahu tanah
air tercinta ini terus dijajah. Malah mereka lebih rela mati daripada hidup
sebagai abdi di tanah air sendiri.[6 markah]
Contoh
jawapan:-
(i) Bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh.
(ii) Alah bisa tegal biasa
/ asam garam.
(iii) Biar putih tulang, jangan
putih mata.
4.
Menentukan peribahasa berdasarkan ayat yang diberikan
Contoh soalan:-
Baca ayat-ayat di bawah dengan
teliti. Kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.
(i) Sebelum melakukan
sesuatu perkara, kita hendaklah berfikir dengan semasak-masaknya
agar tidak menyesal kemudian hari.
(ii) Janganlah kita boros
berbelanja, sebaliknya berbelanjalah mengikut kemampuan atau
bersesuaian dengan pendapatan yang kita
peroleh.
(iii) Apabila kita berada di
tempat orang, janganlah kita meninggi diri dan patuhilah adat resam
tempat tersebut.[6 markah]
Contoh
jawapan:-
(i) Sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
(ii) Ukur baju di badan
sendiri
(iii) Di mana bumi dipijak, di
situ langit dijunjung.
5.
Menyatakan maksud peribahasa yang diberikan
Contoh
soalan:-
Berikan maksud
peribahasa-peribahasa di bawah.
(i) Ada gula ada semut
(ii) Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau
tidak
(iii) Alah membeli menang
memakai[6 markah]
Contoh
jawapan:-
(i) Orang akan bertumpu di
tempat yang banyak atau mudah mendapatkan rezeki.
(ii) Orang yang cantik
tetapi tidak berbudi bahasa.
(iii) Sanggup membeli barangan
yang mahal harganya kerana mempunyai kualiti yang lebih
baik.
Peribahasa – Latihan 1
Nyatakan peribahasa yang sesuai untuk
menerangkan situasi di bawah. Anda hanya perlu menulis peribahasa yang
berkenaan sahaja.
(i) Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.
(i) Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.
_____________________________________________________________________
(ii) Perihal orang yang berada dalam keadaan yang sangat cemas.
____________________________________________________________________
(iii) Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja.
Kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi di bawah.
(i) Perkara yang menjadi bahan percakapan
orang.
_______________________________________________________________________
(ii) Pergaduhan yang tidak menguntungkan
sesiapa.
________________________________________________________________________
Peribahasa -
Latihan 3
Baca petikan di bawah dengan teliti dan
kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan
tersebut.
Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Amirah sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku tidak mempercayainya lagi.
Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Amirah sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku tidak mempercayainya lagi.
Peribahasa -
Latihan 4
Baca petikan situasi di bawah dengan teliti
dan kemudian kemukakan satu
peribahasa yang menggambarkan setiap situasi tersebut.
(i) Abu tergolong dalam kelompok pelajar yang lemah di sekolah. Namun, dia belajar setiap hari
dengan
bersungguh-sungguh tanpa jemu. Akhirnya, beliau dapat menguasai pelajaran
setanding
dengan rakan-rakan di kelas cemerlang.
_______________________________________________________________________
(ii) Perpecahan dan pertelingkahan antara
penduduk kampung akibat kehadiran lelaki yang
mengajarkan ilmu sesat itu dapat diselesaikan apabila dia dibuang
negeri.
___________________________________________________________________________
(iii) Ismail mendapat khabar bahawa dia berjaya dalam temu duga untuk jawatan yang dipohon. Tanpa berfikir panjang, dia berhenti daripada ker]a yang dijawat sekarang kerana pendapatannya kecil. Malangnya, dia gagal mendapat pekerjaan itu dan kehilangan jawatan yang sedia ada.
Peribahasa -
Latihan 5
Lengkapkan peribahasa yang berikut.
(i) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
__________________________________________________________________________
(ii) Banyak udang, banyak garam ________________________________________________
(iii) Lain hulu lain parang
____________________________________________________
(iv) Asal kapas menjadi benang, dari
benang menjadi kain
_________________________________________________________________________
(v) Tak tumbuh tak melata
___________________________________________________
(vi)
Ada ubi ada batas________________________________________________________
Peribahasa -
Latihan 6
Berdasarkan pernyataan berikut, nyatakan
peribahasa yang paling sesuai bagi setiap situasi di bawah.
(i) Sikap tergesa-gesa pasti mengundang mala petaka jika tidak berhati-hati ketika berada di
jalan
raya. Ingatan inilah yang perlu disematkan dalam minda para pemandu, penunggang
dan
pengguna
jalan raya.
___________________________________________________________________________
(ii) Duit raya yang diterima oleh kanak-kanak
wajar dimanfaatkan sebaik-baiknya dengan cara
menyimpannya
di dalam bank untuk masa depan mereka. Amalan menabung merupakan satu
tindakan
yang baik dan mengajar seseorang berjimat cermat.
___________________________________________________________________________
(iii) Aktiviti bergotong-royong yang
dilakukan oleh. penduduk kampung tersebut berjaya
menarik
penyertaan lebih 150 penduduk pelbagai peringkat umur. Aktiviti seumpama ini
merupakan
satu titik permulaan bagi menyemai nilai murni di samping dapat mengukuhkan
hubungan
semangat kejiranan sesama mereka.
Peribahasa -
Latihan 7
Baca petikan di bawah dengan teliti dan
kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.
Pada hakikatnya, semua pelajar tidak kira Cina, Melayu atau India mampu meraih kecemerlangan jika ada kesungguhan. Hal itulah yang dibuktikan oleh seorang anak muda dari kampung yang berjaya menempatkan dirinya dengan pelajar bukan Melayu pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan baru-baru ini. Menurut beliau, faktor cemburu melihat rakan sebaya yang lain berjaya dengan cemerlang menambah tekadnya untuk terus bersaing dalam bidang akademik. Baginya kalau orang lain boleh berjaya, mengapa kita tidak boleh berjaya. Oleh itu, beliau sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dengan berkorban masa dan tenaga serta menguruskan masa dengan terancang. Berkat kesungguhannya, beliau berjaya memperoleh kejayaan dan bercadang melanjutkan pelajarannya di peringkat yang lebih tinggi.
Peribahasa -
Latihan 8
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian
nyatakan satu peribahasa yang sesuai dengan setiap situasi tersebut.
(i) Kehidupan Pak Ali sebagai penarik beca roda tiga di bandar itu amat daif, lebih-lebih lagi
orang ramai semakin kurang menggunakan
perkhidmatannya. Namun, dia enggan mencari
kerja lain dan tidak yakin boleh membuat
kerja lain.
_____________________________________________________________________________
(ii) Abu sentiasa berusaha dengan gigih untuk
mengembangkan perniagaannya. Dia memulakan
perniagaan
dengan menjual majalah dan surat khabar, kemudian menjual buku-buku dan alat
tulis.
Kini, kedai Abu semakin banyak menjual barang untuk keperluan harian masyarakat
di
tempatnya.
_____________________________________________________________________________
(iii) Kamal terlalu boros dan suka berbelanja
dengan mewah. Wang simpanannya telah habis
dibelanjakan.
Kini, baru dia sedar dan berazam untuk berjimat cermat.
_____________________________________________________________________________
Peribahasa -
Latihan 9
Baca petikan di bawah dengan teliti dan
kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat
dalam petikan ini.
Sepuluh tahun lalu, Ahmad meninggalkan
kampung halaman kerana kehidupan yang susah dan berlaku perselisihan dengan
adik-beradiknya. Kini dia di perantauan dan dapat menikmati hidup yang agak
selesa. Tetapi ingatan kepada kampung halaman masih membara. Dia mengambil
keputusan untuk pulang ke kampung dan menetap di sana. Dia meminta maaf
daripada adik-beradiknya di kampung atas kesalahannya yang lalu. Kini
hubungannya dengan adik-beradik semakin mesra.
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
Peribahasa -
Latihan 10
Isi tempat kosong dalam petikan di bawah
dengan menggunakan peribahasa yang sesuai.
i. Pada mulanya beliau hanya bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di Kuala
i. Pada mulanya beliau hanya bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di Kuala
Lumpur,
iaitu pada awal tahun 1990. Namun kini, dengan berkat usahanya yang gigih,
beliau
telah
menjadi Pengarah Urusan di syarikatnya sendiri. Beliau percaya bahawa .....
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
ii. Sejak tahun 1995, sedikit demi sedikit
Ahmad mengusahakan keropok lekornya sendiri secara
kecil-kecilan.
"....., biarlah aku mulakan dengan modal yang sedikit," bisik Ahmad.
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
iii. Pada peringkat awal Fatimah membuka
gerai menjual pisang goreng di simpang tiga jalan
yang
agak sepi. Apabila melihat kejayaannya, ramai insan lain mula menceburkan diri dalam
lapangan
tersebut. Kini, gerai di kawasan itu .....
_________________________________________________________________________
JAWAPAN PERIBAHASA
Peribahasa 1
(i) Ukur baju di badan sendiri.
(ii) Bagai telur di hujung tanduk.
(iii) Bagai mencurahkan air ke daun keladi.
(ii) Bagai telur di hujung tanduk.
(iii) Bagai mencurahkan air ke daun keladi.
Peribahasa - Latihan 2
(i) Buah mulut.
(ii) Menang jadi arang, kalah jadi abu.
(iii) Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
(ii) Menang jadi arang, kalah jadi abu.
(iii) Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Peribahasa - Latihan 3
i.Harapkan pagar, pagar makan padi / biar
pecah diperut, jangan pecah dimulut / mulut
tempayan.
ii. Rambut sama hitam, hati lain-lain.
iii. Nasi sudah menjadi bubur / sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
ii. Rambut sama hitam, hati lain-lain.
iii. Nasi sudah menjadi bubur / sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
(i) belakang
parang kalau diasah lagikan tajam
(ii) biduk lalu kiambang bertaut
(iii) yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran/ mendengar guruh di langit, air di
(ii) biduk lalu kiambang bertaut
(iii) yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran/ mendengar guruh di langit, air di
tempayan dicurahkan
(i) bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian
(ii) banyak orang, banyak ragam
(iii) lain dahulu, lain sekarang
(iv) barang yang lepas jangan dikenang, sudah menjadi hak orang lain
(v) tak sungguh, orang tak kata
(v) ada budi boleh dibalas
(ii) banyak orang, banyak ragam
(iii) lain dahulu, lain sekarang
(iv) barang yang lepas jangan dikenang, sudah menjadi hak orang lain
(v) tak sungguh, orang tak kata
(v) ada budi boleh dibalas
(i) Biar lambat asalkan selamat / pandu
cermat jiwa selamat.
(ii) Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
(iii) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
(ii) Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
(iii) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
(i) Duduk
sama rendah, berdiri sama tinggi
(ii) Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih / jika tidak dipecah ruyung di manakan dapat
(ii) Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih / jika tidak dipecah ruyung di manakan dapat
sagunya
(iii) Rajin dan usaha tangga kejayaan / di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan
(i) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya
(i) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
(iii) Sudah terhantuk baru tengadah
(i) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
(iii) Sudah terhantuk baru tengadah
(i) Bumi mana yang tidak ditimpa hujan
(ii) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
(iii) Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
(ii) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
(iii) Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Peribahasa - Latihan 10
i.
Kalau
tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
ii.
Sedikit-sedikit,
lama-lama jadi bukit.
iii.
Bak
cendawan tumbuh selepas hujan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan