Jumaat, 11 Ogos 2017

FASA KETIGA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) TERAKHIR DAN KEPENTINGANNYA SEBELUM MENGHADAPI SPM SEBENAR 2017

      Assalamualaikum, terutama pelajar 5 Sains, Pelajar SMK Seri Londang dan pelajar SPM se Malaysia. Syukur Alhamdullah kerana masing-masing telah menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM 2017. Kemungkinan ada negeri yang masih belum mengadakan Peperiksaan Percubaan SPM tetapi perkara tersebut akan berlaku dalam sejarah hidup sebagai pelajar tingkatan 5. 

         Pada pandangan saya terdapat beberapa fasa akan pelajar hadapi dan tempuhi sebelum menjelmanya peperiksaan SPM 2017. Saya menetapkan tiga fasa sebagai persediaan pelajar menghadapi peperiksaan SPM, fasa pertama berlaku sebelum Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017, pada fasa ini guru memberi pendedahan format kertas bahasa Melayu 1 dan 2 kepada pelajar, dan selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017, guru membuat pascanilai (post mortem) item soalan dan kebolehan dan kelemahanan pelajar untuk tindakan dan intervensi ke arah kecemerlangan pelajar sebagai fasa kedua. Fasa ketiga bermula selepas Peperiksaan Percubaan SPM 2017 ketika ini sekali lagi pascanilai (post mortem) dilakukan terhadap skrip jawapan pelajar dan guru akan membuat pengesanan terakhir dengan mengesan semula kelemahan pelajar, dan fasa ketiga sangat penting kerana ketika ini pelajar diberi intervensi terakhir dengan latih tubi item soalan yang masih menunjukkan kelemahan pelajar dengan harapan pelajar akan memperbaiki kelemahan mereka.

              Oleh sebab itu, sebagai peringatan selepas fasa ketiga ini, sekiranya pelajar tidak mahu berubah, dan tidak mahu memperbaik kelemahan mereka, tidak ada lagi ada ruang untuk guru membentuk mereka untuk menggapai kecemerlangan.  Sebagai seorang guru, saya ingin melihat pelajar saya mengapai A+ kerana itu sasaran saya, walaupun sukar, saya akan berusaha dan terus berusaha kerana dalam kamus kehidupan saya tidak ada yang mustahil sekiranya meneruskan usaha murni ini. InsyaAllah. Saya bantu anda....anda cemerlang.



      Peringatan sayang saya buat pelajar yang dikasihi.
Aamiiin. Admin Laman Bahasa Melayu SPM

PELAJAR KELAS 5 SAINS SMK SERI LONDANG


INSYAALLAH SAYA AKAN BERUSAHA
UNTUK MENCEMERLANGKAN ANDA.
USAHA TANGGA KEJAYAAN
SMK SERI LONDANG EXCELLENT

Tiada ulasan: