LAMAN WEB INTERAKSI GURU DAN PELAJAR

LAMAN BAHASA MELAYU INI DIWUJUDKAN SEBAGAI KEMUDAHAN GURU DAN PELAJAR BERINTERAKSI SERTA SEBAGAI PENGUKUHAN SITUASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM KELAS. SEMOGA PELAJAR KELAS 4K1, 4K2, DAN PELAJAR KELAS 5 SAINS SMK SERI LONDANG DAPAT MENGGUNAKAN BLOG INI SEBAGAI TEMPAT UNTUK MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN BERBAHASA TERUTAMA MURID KELAS 5 SAINS BAKAL MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU (1103) SPM 2018 . SEMOGA ANDA SENTIASA CEMERLANG. SEBAGAI MAKLUMAN, SAYA SENTIASA MENAMBAH MENU BAHAN BAHASA DI SUDUT KANAN BLOG INI UNTUK MEMUDAHKAN PELAJAR MENCARI BAHAN BAHASA SAMA ADA BAHAN DARIPADA MEDIA MASSA SEPERTI AKHBAR-AKHBAR TEMPATAN, RUJUKAN KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, RUJUKAN MAJALAH TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KOLEKSI SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN SPM SEBENAR ,KOLEKSI SOALAN-SOALAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA. SEMOGA BAHAN-BAHAN BERKENAAN DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENJALANKAN TUGASAN DAN SUMBER UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT BAHASA. INSYA ALLAH SAYA AKAN SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENJADIKAN BLOG INI KONDUSIF SEBAGAI MEDIA MAYA UNTUK PELAJAR BERJAYA MENGUASAI KEMAHIRAN BERBAHASA. DOAKAN SAYA SENTIASA SIHAT MENGENDALIKAN BLOG INI SEBAIK-BAIKNYA. AAMIIIIN. SAYA JUGA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG MAYA YANG SENTIASA MENGUNJUNGI BLOG LAMAN BAHASA MELAYU SPM INI. KEBERADAAN ANDA MEMOTIVASI SAYA UNTUK BERBAKTI KEPADA ANAK BANGSA SERTA MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGGSAAN, BAHASA JIWA BANGSA. SAYA MENGHARGAI SEKIRANYA ADA CADANGAN DARIPADA PENGUNJUNG TERUTAMA UNTUK MEMANTAP KEBERADAAN BLOG INI SEBAGAI SUMBER RUJUKAN BAHASA MELAYU.

Isnin, 28 Ogos 2017

ULASAN SKRIP JAWAPAN BAHASA MELAYU 1 PEPERIKSAAN PERCUBAAN PELAJAR PELAJAR KELAS 5 SAINS.

Sebelum saya mengulas karangan pelajar, adalah lebih baik saya berbicara soal cara, dan kaedah menghasilkan karangan cemerlang.

Menghasilkan karangan cemerlang bertaraf A+ bukanlah semudah yang disangka , namun bukanlah pula mustahil seseorang pelajar untuk mengggapainya sekiranya berusaha bersungguh-sungguh dan menguasai kemahiran mengarang. Selain itu, faktor paling penting, pelajar perlu sentiasa berusaha meningkatkan prestasi kendiri, maksudnya pelajar perlu sentiasa memastikan kelemahan yang dikenalpasti diperbaiki segera, dan setiap ulasan dan teguran guru sama ada teguran di dalam kelas atau melalui ulasan guru selepas menyemak karangan perlu diambil berat, dan buat pembetulan segera kesalahan berkenaan. Kepada pelajar yang masih kurang menguasai kemahiran mengarang dan hasil karangan mereka terlampau banyak kesalahan, langkah terbaik adalah dengan menyalin karangan rakan sebaya terbaik atau mendapat markah cemerlang atas. Namun, semasa menyalin karangan berkenaan pelajar perlu mengambil iktibar dan melihat cara dan kemahiran rakan sebaya menghasilkan karangan berkenaan dan mengaplikasinya semasa mengarang, insyAllah anda dalam kalangan pelajar yang akan menggapai kecemerlangan atas. Antara keperluan yang perlu ada sebelum pelajar menghasilkan karangan cemerlang ialah pelajar perlu tahu pelbagai aspek antaranya pelajar perlu memastikan :-

  1.   menjawab soalan berdasarkan arahan soalan.
  2.  idea (isi) relevan dan dihuraikan dengan baik dan matang.  (Perlu ada ayat arahan, ayat huraian, ayat contoh, ayat KBAT,   Ayat penegas.
  3.   Bahasa perlu gramatis, dari segi pemilihan kata dan ayat,       kosa kata luas dan tepat ( terdapat istilah menarik)           dengan       laras bahasa ( sains, sastera, dan sebagainya),   bahasa bervariasi terdapat frasa menarik, peribahasa,kata-     kata pemimpin, ayat Al-Quran, puisi, serta terdapat             kepelbagai ayat.
  4.   pengolahan sangat menarik dan berkesan (pemerengganan           sesuai).
 Sebagai panduan, pelajar boleh menggunakan jadual pengembangan idea untuk menghasilkan perenggan pengenalan, perenggan isi dan perenggan penutup. 


JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN

FOKUS AYAT
BINAAN AYAT
LAGU/ AYAT QURAN/ PERSPEKTIF ISLAM

Menurut perspektif Islam, konsep jiran meliputi skop yang lebih luas sehingga menjangkau empat puluh buah rumah atau keluarga yang tinggal berhampiran dengan kita.
AYAT RANGSANGAN  1
Semangat kejiranan pula membawa pengertian jiran tetangga yang hidup berbaik-baik, bertolak ansur dan bekerjasama antara satu sama lain.
AYAT RANGSANGAN  2
Dalam kehidupan kita, kita dilarang menyakiti hati jiran, sebaliknya diminta mengambil berat antara satu sama lain dan hidup berlandaskan kasih sayang sesama individu tanpa mengira keturunan, usia, agama atau pangkat.
FRASA MENARIK
Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa “Jiran Sepakat Membawa Berkat”.
AYAT RANGSANGAN  3
Jadi, kita perlulah mengutamakan jiran kita dalam kehidupan dan mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu padu dalam melakukan sesuatu perkara.
AYAT RANGSANGAN 4
Walau bagaimanapun, dalam era globalisasi yang dipenuhi pelbagai pancaroba moden, semangat kejiranan dalam kalangan anggota masyarakat semakin meluntur.
UNSUR KBAT
Seyogia semangat kejiranan jika dibiarkan terus meluntur dalam kalangan masyarakat sudah pasti budaya dan nilai murni amalan masyarakat terdahulu akan berkubur.
AYAT RANSANGAN 5
Oleh itu, semua lapisan masyarakat terutamanya ibu bapa wajar mengambil langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
AYAT ARAHAN
Persoalannya, apakah langkah-langkah yang elektif wajar diambil oleh ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat?


BERDASARKAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA KARANGAN DI ATAS, MENJELASKAN KEBIJAKSANAAN PELAJAR AMAT PERLU UNTUK MENENTUKAN KEDUDUKAN AYAT DAN TIDAK SEMESTINYA AYAT DIBINA MENGKIUT SUSUNAN BIASA SEPERTI SAYA PAPARKAN DAHULU. PALING UTAMA KEBIJAKSANAAN DAN KREATIVITI YANG AKAN MELAHIRKAN KEMATANGAN. UNSUR POSITIF SAYA PERKATAKAN DI ATAS AKAN MEMBUAH KECEMERLANGAN.

BAGAIMANA UNTUK MENGHASILKANNYA..........LATIHAN DAN TERUS MEMBUAT LATIHAN KERANA UNTUK MENGHASILKAN KARANGAN BERTARAF A+ MEMERLUKAN KESUNGGUHAN DAN JATI DIRI YANG KUAT DALAM DIRI PELAJAR.  INSYAALLAH,  JIKA NAK SERIBU DAYA, JIKA TAK NAK SERIBU DALIH. SETIAP USAHA UNTUK KEBAIKAN AKAN DIPANDU ALLAH KE ARAH KECEMERLANGAN.


JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI PERTAMA

FOKUS AYAT
BINAAN AYAT
AYAT RANGSANGAN
( BOLEH DISELITKAN
UNTUK PERHATIAN
PEMERIKSAN KERTAS)
Menyedari hakikat betapa pentingnya semangat kejiranan diamalkan oleh masyarakat majmuk di negara ini, maka usaha perlu dilakukan oleh ibu bapa agar nilai yang berharga ini tidak lenyap daripada amalan hidup masyarakat kini.
TEMA/ KATA KUNCI ISI
Ibu bapa haruslah menyertai  aktiviti gotong-royong yang dianjurkan oleh komuniti atau masyarakat setempat untuk menyemai semangat kejiranan dalam jiwa anak-anak.
AYAT HURAIAN 1
Dalam hal ini. ibu bapa boleh membawa anak-anak menyertai aktiviti tersebut Bersama di kariah mereka.
AYAT HURAIAN 2
Melalui aktiviti gotong-royong, semua penduduk setempat dapat berkumpul bersama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan.
AYAT HURAIAN 3
Apabila  berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berbual-bual dan berkenal-kenalan antara satu sama lain dan sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih baik dan dekat.
FRASA MENARIK
Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “ tak kenal maka tak cinta”.
AYAT CONTOH
Sebagai contoh, aktiviti yang boleh dijalankan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara dan sebagainya.
AYAT HURAIAN 4
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara bergotong-royong memerlukan masyarakat bekerjasama bagai aur dengan tebing agar aktiviti-aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan lancar dan baik.
AYAT HURAIAN 5
Melalui cara ini, setiap ahli keluarga dapat menjalinkan hubungan mesra sesama jiran. Mereka juga  sedar akan peranan masing-masing dalam sesuatu komuniti .
UNSUR KBAT
Jika amalan ini diteruskan, sudah pasti ketika dewasa kelak, anak-anak akan melakukan perkara yang sama untuk mengeratkan ikatan kejiranan.
AYAT  PENEGAS
Jelasnya, ibu bapa haruslah mengadakan aktiviti gotong-royong agar dapat memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat

CONTOH MENGARANG MENGGUNAKAN JADUAL  PERENGGAN PENUTUP KARANGAN

FOKUS AYAT
BINAAN AYAT
AYAT PENYIMPUL
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat saya simpulkan bahawa semangat kejiranan dalam setiap individu amat penting untuk melahirkan  masyarakat yang prihatin dan membentuk perpaduan kaum. 
AYAT CADANGAN 1
Walau apa pun keadaan dan di mana-mana pun kita tinggal, kita perlulah mempunyai jiran yang baik hati, iaitu jiran yang menjadi tempat untuk memohon bantuan ketika kita dalam keadaan yang susah dan sentiasa menghulurkan bantuan dengan senang hati dan menghiburkan ketika kita senang.
AYAT CADANGAN 2
Oleh sebab itu, untuk mempunyai jiran yang baik, maka kita perlu menjadikan diri kita sebagai jiran yang baik kepada jiran kita.
AYAT CADANGAN 3
Sekiranya kita berbaik-baik dengan jiran, maka jiran juga akan berbaik-baik dengan kita.
FRASA MENARIK
Cogan kata “ Jiran Sepakat Membawa Berkat” perlu terus diamalkan dalam kehidupan kita sehari-hari. Jangan kita berasa susah dalam usaha mengamalkan budaya murni ini.
AYAT CADANGAN 4
Amalkan dengan hati yang ikhlas, barulah kita memperoleh keberkatan dalam kehidupan. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan kaum akan bertambah utuh dan teguh
AYAT KBAT
Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera
FRASA MENARIK
Allah berfirman yang maksudnya, “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu kenal-mengenali”.

AYAT HARAPAN
Sekiranya semua saranan di atas diaplikasi dalam kehidupan masyarakat, semangat kejiranan yang dicernakan akan melahirkan masyarakat yang hidup dalam suasana aman dan bersatu padu.



Namun, terdapat pelbagai kaedah atau cara untuk mengarang telah digunapakai guru di dalam kelas, pilihlah mana yang sesuai dan mampu membantu anda untuk menghasilkan karangan cemerlang. Saya tidak pula mengatakan kaedah menggunakan Jadual Pengembangan Perenggan di atas terbaik kerana kaedah ini saya gunapakai untuk mengajar murid saya untuk menghasilkan karangan cemerlang tetapi saya galakkan pelajar perlu ada panduan semasa mengarang agar karangan yang dihasilkan dapat menarik perhatian pemeriksa menanggap karangan anda dalam slot cemerlang dan memberikan markah yang tinggi ( 90-100 ) untuk mendapatkan markah cemerlang atas.

Sebagai peringatan, karangan cemerlang atas perlu mantap, matang, dan perlu sifar kesalahan atau jika adapun kesalahan dianggap kesalahan kecil yang boleh dimaafkan oleh pemeriksa kertas. Selain itu, pelajar perlu faham, seorang pemeriksa kertas bahasa Melayu 1 adalah daripada guru yang arif ilmu tatabahasa, dan sensitif dengan kesalahan bahasa, dan  ditakuti impresion semasa membaca karangan anda menyebabkan beliau menetapkan tahap karangan anda samada cemerlang atas, cemerlang, cemerlang bawah atau kepujian dan seterusnya. Adalah sangat malang, setelah belajar selama 5 tahun di sekolah menengah, apatah lagi jika dicampur masa di sekolah rendah, anda gagal mendapat markah cemerlang. Oleh sebab itu, selain berusaha menghasilkan karangan cemerlang, pastikan anda tidak melakukan kesalahan kecil seperti ejaan, apatah lagi kesalahan ayat kerana kesalahan-kesalahan berkenaan mungkin menyebabkan markah karangan anda  di  bawah tahap cemerlang . Oleh sebab itu, jika ada masa, semaklah karangan anda selepas anda selesai mengarang.


Karangan pertama ( Bahagian A- Karangan Berpandu)



       1.  KARANGAN BERPANDU ( CEMERLANG BAWAH)


         Perenggan pengenalan pelajar di atas baik. Kesalahan pertama dikesan adalah penggunaan kata kesukanan perlu diubah kepada sukan kerana maksud kesukanan lebih sesuai dengan semangat kesukanan atau perihal sukan tetapi kesalahan tersebut tidak memberi impak besar kepada karangan ini. Mengaitkan kenyataan dari Menteri Belia dan Sukan, tindakan bijak dan memperlihatkan kematangan dan kebijaksanaan pelajar. Cuma pelajar tidak menyelitkan ayat arahan di akhir perenggan pengenalan untuk mengambarkan pelajar faham fokus penulisannya seterusnya di bahagian perenggan isi. Pelajar perlu faham, penulisan ayat arahan merupakan strategi semasa mengarang dan pemeriksa akan faham pelajar faham tugasan pelajar seterusnya. Banyak kali saya memperingatkan pelajar perkara berkenaan terutama pendedahan Jadual Pengembangan Idea Perenggan.

        Isi perenggan pertama pelajar sesuai dan mengikut tugasan iaitu bersukan dapat memupuk disiplin . Huraian baik dan ada contoh dan ada unsur KBAT apabila pelajar mengaitkan keburukan berlaku jika peserta sukan tidak mengikut peraturan semasa bersukan. Di akhir perenggan isi ada ayat penegasan.


             Isi perenggan kedua juga sesuai dan mengikut tugasan karangan berpandu. Cuma di bahagian ayat contoh tidak berapa jelas. Sebagai contoh apabila atlet sukan melakukan latihan berterusan mereka akan yakin kemahiran yang mereka lakukan, contohnya pemain bola sepak yang mengambil sepakan sudut, melalui latihan berterusan berkenaan mereka mampu dan yakin membuat tendangan sudut yang bermutu untuk membantu rakan menjaringkan gol di bahagian penalti lawan. Di bahagian contoh, saya dapati pelajar gagal menyerlahkan kematangan semasa mengarang. Begitu, juga tiada frasa menarik di selitkan, kenapa? Peribahasa yang sesuai diselitkah 'alah bisa tegal biasa'. Sebagaimana saya tegaskan semasa PdP, peribahasa dan frasa menarik amat perlu untuk pelajar mendapat markah cemerlang atas.

         Sekali lagi kelemahan pelajar dikesan iaitu gagal memasukkan contoh, sedangkan pelajar ini telah menghurai isi berkaitan  iaitu bersukan dapat mengukuh perpaduan antara kaum kerana setiap kaum dapat bersukan bersama-sama seperti pemain berbangsa Melayu, Cina dan India terlibat dalam acara sukan. Sebagai contoh pasukan Bola Keranjang Wanita negara yang terlibat dalam sukan Asia Tenggara di Sukan Kuala Lumpur 2017. Kerjasama dan semangat patriotisme mereka menghadiahkan pasukan Malaysia pingat emas dan mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Sukan Asia Tenggara di Singapura pada 2 tahun lalu. Paling mengujakan kita apabila suatu ketika dulu permainan bola jaring dimonopoli pemain berbangsa Cina dan kini permainan ini melibatkan kaum-kaum lain, inilah erti perpaduan. Terdapat frasa menarik dalam perenggan ini iaitu kera sumbang.

           Perenggan isi keempat, isi yang dipaparkan sesuai dan isi berkenaan isi baru dan tiada pada gambar rajah soalan karangan berpandu iaitu acara sukan dapat menyemarakkan kasih sayang antara ahli keluarga. Kesalahan kecil dikesan pada perenggan ini adalah kerana penggunaan kata nama ia untuk sukan dan begitu juga penggunaan penanda wacana oleh kerana, sepatutnya oleh sebab. Kesalahan seperti ini perlu dielakkan untuk mempengaruhi impresion saya semasa menyemak dan boleh menyebabkan markah diberikan lari daripada slot cemerlang.

              Perenggan penutup, baik dan ada penggunaan frasa menarik berkaitan penggunaan hadis Nabi. Pelajar tidak memasukkan ayat harapan. Kesimpulannya karangan pelajar ini cemerlang.

Peringatan Untuk Afif, untuk mendapat markah cemerlang atas perbaiki karangan di atas. InsyaAllah selepas ini pastikan karangan yang anda hasilkan cemerlang. Afif boleh.

Penentuan markah berdasarkan rumusan saya di bawah:-

CEMERLANG BAWAH  (  26 - 27 MARKAH )
T - karangan  menepati tugasan.
I  - relevan, huraian  jelas.
B - gramatis dari segi kata dan ayat, kosa kata luas dan tepat penggunaannya.


MARKAH :  26/30


       2.  KARANGAN BERPANDU ( MEMUASKAN)


             Perenggan pengenalan pelajar ini masih baik, dan boleh dimantapkan lagi. Terdapat beberapa kesalahan dikesan, pertama kesalahan ejaan  iaitu gadjet sepatutnya gajet. Pelajar ini sepatutnya merangsang pemeriksa dengan menjelaskan gajet secara lebih terperinci dan daripada segi binaan ayat rangsangan seterusnya agak baik. Pelajar perlu menganggap pemeriksa tidak tahu apa itu gajet dan memberi contoh satu dua gajet berkenaan. Kesalahan kedua, pada ayat tugasan, seperti berikut "Persoalannya apakah kesan-kesan menyertai acara sukan. " dan sepatutnya ayat tugasan pelajar di atas mesti merujuk soalan karangan bahagian A, dan ayat arahannya lebih tepat seperti berikut, " Persoalannya apakah kepentingan-kepentingan menyertai acara sukan." Sebagai makluman, pemeriksa  yang arif dan peka dengan kesalahan pelajar akan terkesan apa yang dilakukan pelajar ini, dan sekiranya pelajar terus memegang fokus mengarang menumpu kepada ayat tugasan yang ditulisnya, kemungkinan impaknya kepada huraian dan pengolahan  pelajar ini akan lari daripada tajuk soalan. Oleh sebab itu, sila berhati-hati semasa menulis ayat arahan kerana dengan kesalahan awal tersebut akan memberi impak awal kepada kematangan pelajar dan mempengaruhi persepsi dan impresion pemeriksa untuk memberi markah slot markah cemerlang. Kesalahan seperti ini sepatutnya tidak berlaku apatah lagi pada awal-awal penulisan karangan lagi.

                  Perenggan kedua, isi pertama sesuai tetapi bahagian contoh agak kurang berkesan, dan sepatutnya pelajar perlu memberi contoh yang tepat dengan menjelaskan undang-undang atau disiplin yang boleh diterapkan melalui bermain bola sepak, contohnya pemain tidak boleh berada di hadapan pertahanan lawan semasa bola dihantar kepadanya kerana situasi begitu membolehkan pemain didenda kerana dianggap  'curi ayam' dan sekiranya berlaku, tendangan percuma akan diberi kepada pasukan lawan. Begitu juga, pemain dilarang membentes atau menghalang pemain lawan semasa membawa bola dan jika pemain bertindak demikian mereka boleh diberi amaran dan jika tindakan pemain berkenaan dianggap berbahaya kad kuning akan dilayang kepada pemain berkenaan. Untuk ayat KBAT, pelajar boleh menjelaskan bahawa dengan adanya undang-undang berkenaan setiap pemain mampu memperagakan kemahiran bermain bola dan mengelakkan kecederaan dan pergaduhan. Sudah pasti mutu sukan negara akan meningkat dan tidak menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penonton yang hadir sewaktu pertandingan atau sewaktu permainan diadakan. Namun, pengolahan dan huraian isi pelajar untuk perenggan isi pertama ini masih boleh diterima.

             Pada perenggan isi kedua di atas,  ayat isi baik  dan boleh diterima iaitu acara sukan juga mampu memperkuat perpaduan dalam kalangan masyarakat . Apabila huraian isi anda banyak berkisar tentang disiplin jemaah haji Malaysia, impresion saya semasa menyemak mulai kendur seolah tajuk karangan anda tulis bukan berfokus kepada isi yang ada perkatakan pada bahagian awal. Agak panjang juga huraian anda berkisar berkaitan dhuyufarahman dan disiplin mereka tetapi ini tidak mengambarkan isi berkaitan perpaduan yang anda harus perkatakan. Bahagian akhir perenggan isi baru anda kaitkan sedikit berkaitan Sukan SEA tetapi masih tidak ada contoh bagaimana perpaduan boleh diterap melalui acara sukan dan contoh bagaimana perpaduan masyarakat boleh dizahirkan. Oleh sebab itu, saya beranggapan anda galal memperkatakan soal perpaduan yang sepatutnya anda fokus.

             Seterusnya, bahagian perenggan isi ketiga, isi anda bawa berkaitan sukan mampu melatih diri (masyarakat) untuk meningkat keyakinan diri. Cuba elakkan memulis perkataan yang sama pada satu ayat, oleh sebab itu ubah perkataan diri kepada masyarakat untuk mengelakkan pengulangan diri selepas keyakinan.  Isi masih baik dan boleh diterima. Seterusnya ayat huraian anda berkisar kepada kerajaan mewujudkan program PLKN dan anda menyelitkan sedikit program sukan sepanjang program dijalanlan tetapi tiada contoh bagaimana acara sukan berkenaan diselitkan dalam program berkenaan. Di sini saya membuat kesimpulan anda kurang matang  semasa mengarang sedangkan sebelum ini anda merupakan harapan saya untuk menjadi contoh menghasilkan karangan yang excellent kepada rakan-rakan. Pada pandangan saya ada sesuatu yang mengganggu minda anda semasa menjawab soalan karangan ini.  Sekali lagi impresion saya terhadap karangan anda merundum dan jauh daripada gambaran slot markah cemerlang.




            Bahagian isi keempat, anda menulis isi di luar isi diberikan pada gambaran yang diberikan soalan karangan berpandu. Isinya boleh diterima iaitu acara sukan juga, kita mampu menaikkan imej negara. Huraian isinya, juga kurang mantap kerana sepatutnya fokus anda kepada sukan dapat meniakkkan imej negara tetapi huraian anda lebih kepada sukan mampu menjana ekonomi negara. Oleh sebab huraian anda dah jauh terpesong, contoh yang sepatutnya anda harus fokus kepada bagaimana sukan dapat meningkatkan imej negara tersasar jauh.

              Bahagian perenggan penutup karangan anda tidak ada masalah tetapi binaannya terlampau mudah. Kesimpulannya, fikir-fikirlah markah yang anda terima.

Penentuan markah berdasarkan rumusan saya di bawah:-

MEMUASKAN ( 15 - 19 MARKAH )
T - karangan masih menepati tugasan.
I  - masih relevan, huraian masih jelas.
B - gramatis dari segi kata dan ayat, kosa kata luas dan tepat penggunaannya.


MARKAH =  19/30.

Ulasan Karangan Bahagian B
Seterusnya, saya paparkan karangan Bahagian B ( Pilihan berdasarkan dimensi soalan)

1. Soalan dipilih, dimensi keluarga. ( 2 )
Isu pengabaian anak terhadap penjagaan ibu bapa sering dibicarakan samada di media sosial atau media massa. Golongan warga tua ini sering terbiar dan diletakkan di rumah kebajikan. Hal ini menunjukkan bahawa sikap anak pada masa kini semakin luntur nilai kasih sayang kepada ibu bapa.

Sebagai seorang anak, jelaskan peranan yang perlu anda lakukan terhadap ibu bapa yang telah meningkat tua.

             Perenggan pengenalan dan perenggan isi pertama pelajar di atas, baik. Huraian dan pengolahan isi karangan amat baik walaupun  terdapat beberapa kesalahan yang agak kecil. Sebagai makluman pelajar, sekiranya karangan pelajar baik, pemeriksa kurang mengenakan penalti kesalahan-kesalahan kecil, namun, bukan bermakna pelajar dibenarkan melakukan kesalahan. Ingat, pemeriksa kertas ialah manusia, ada hati, ada perasaan, ada yang terlampau sensitif dengan kesalahan, ada yang terlampau agresif terhadap kesalahan dan sudah pasti impresion mereka akan mempengaruhi pemberian markah, justeru, sebaik mungkin elakkan daripada melakukan apa sahaja kesalahan samada kesalahan ejaan, kesalahan membina ayat. Pelajar akan selamat sekiranya mempunyai altitud sedemikian rupa dan peka untuk tidak melakukan kesalahaa. Oleh sebab itu, ambil sedikit masa untuk menyemak semula karangan, selepas mengarang. Untuk kedua-kedua perenggan karangan saya baru mengesan satu frasa menarik (FM), peribahasa iaitu "Sebelum nasi menjadi bubur". Tahniah Fahda, saya masih tertarik memeriksa karangan untuk perenggan pengenalan dan perenggan isi pertama.
           Impresion saya untuk perenggan isi kedua, amat hebat walaupun terdapat sedikit kesalahan pengunaan imbuhan untuk kata tetapi saya anggap kesalahan berkenaan kecil. Coretan pen dakwat merah terhadap binaan ayat Fahda bukan kesalahan besar sekadar saya cuba membantu untuk membaiki ayat. Kenapa saya kata huraian dan pengolahan isi karangan hebat, sudah pasti semasa saya menyemak perenggan isi kedua Fahda, saya teringat bonda saya di rumah. Tahniah sekali lagi Fahda.

          Perenggan isi keempat, kelima dan keenam, Fahda dah mulai kurang fokus seperti orang sedang berlari marathon dah mulai keletihan. Cubaan Fahda untuk menulis sampai emam isi baik tetapi apakah Fahda mampu untuk memastikan setiap isi dapat dihurai dan dioalah dengan baik. Impaknya, oleh sebab keghairahan menyelitkan enam isi, mungkin kerana Fahda berpendapat karangan berkenaan  mudah dan sesuai dengan Fahda,  Fahda mulai hilang fokus untuk membina perenggan isi yang baik untuk kesamua isi berkenaan. Nasihat saya, isi cukup sekadar lima, tetapi huraian dan pengolahannya menjadi keutamaan perlu dihurai dengan sebaik mungkin untuk memperlihat kematangan mengarang. Ingat, nasihat saya ini. Apapun tahniah, atas usaha anda berkenaan tetapi jangan buatl lagi kecuali masa panjang dan kawal emosi semasa mengarang. Ok.
             Selain itu, untuk perenggan penutup, kesan daripada tidak cukup masa, pengolahan perenggan penutup menerima kesan, dimulai isi perenggan keenam, saya mulai dapati tulisan Fahda agak cakar ayam kerana masa dah singkat. Apapun, tahniah Fahda, karangan anda A+.

CEMERLANG ATAS
T- karangan menepati tugasan
I - relevan, dihuraikan  tetapi kurang mantap dan kematangan.
B- Gramatis dari segi kata dan ayat, kosa kata luas, unsur bahasa bervariasi, dan laras bahasa sesuai        mengikuti tugasan.
P- Pengolahan menarik

MARKAH =  90 /100

TAHNIAH FAHDA.

2. Soalan dipilih dimensi Komsas. (5)

Peribahasa bagai aur dengan tebing yang bermaksud sikap saling membantu dalam sesuatu komuniti masyarakat. Namun hakikatnya hari ini amalan ini semakin kurang dilakukan masyarakat kerana desakan kesibukan kerja dan sikap tidak mahu bergaul bersama komuniti.

Berdasarkan peribahasa tersebut, huraikan faedah-faedah mengamalkan sikap saling membantu dalam kalangan masyarakat di negara ini.

             Bahagian pengenalan karangan baik, terdapat empat frasa menarik (FM) dikesan, iaitu 'bagai aur dengan tebing', ' sejauh manakah kita menghayati butir patah perkataannya?', " Tepuk dada, tanya selera, dan terdapat juga istilah  menarik (IM) seperti globalisasi, dan gadjet walaupun salah ejaan tetapi tidak memberi kesan kuat kepada impresion saya.

             Perenggan isi pertama isi atau ayat tugasan iaitu budaya saling membantu mampu mewujudkan masyarakat yang hidup dalam keadaan harmoni dan berdedikasi sesuai dan tepat. Huraian jelas dan matang tetapi tidak menjawab soalan kerana pada  bahagian contoh, pelajar ini menjurus contoh luar negara sedangkan soalan meminta pelajar menghuraikan faedah amalan sikap saling membantu dalam kalangan masyarakat di negara ini. Pelajar di atas hanya menyatakan penubuhan pertubuhan ini membantu masyarakat Palestin, siapa yang menubuhkan pertubuhan ini dan sepatutnya nyatakan rakyat Malaysia atau kedua kesalahan pelajar ini memfokus unsur KBAT dengan menghuraikan keadaan peperangan di Syria akibat suasana tidak harmoni kalangan masyarakat di sana tetapi masih tidak mengambarkan faedahnya kepada rakyat Malaysia, di sini menjelaskan kurangnya kematangan semasa mengolah isi. Bahagian bahasa, amat baik dengan kepelbagaian kosa kata, istilah menarik (IM) dan terdapat tiga frasa menarik diselitkan tetapi sayang, impresion saya mulai menurun pada bahagian perenggan isi ini. Cuma terdapat kesalahan ejaan, dimata sepatutnya di mata dunia.

           Perenggan isi kedua, isi sesuai dan diterima dan huraian matang dan bahasa baik walaupun terdapat beberapa kesalahan ayat yang kecil tetapi ayat contoh berkaitan saling tolong menolong antara masyarakat tidak jelas untuk meningkat taraf ekonomi negara. Contoh yang diberikan terlampau umum, sepatutnya jelas situasi masyarakat berbilang kaum yang bekerja dalam satu syarikat nyatakan syarikat yang dikenali untuk contoh jelaskan bagaimana pekerjanya melibatkan pelbagai kaum Cina, Melayu, dan India saling membantu untuk menghasilkan produktiviti, atau anggota kabinet negara terdiri dari berbilang kaum dan parti berusaha untuk mentadbir negara dan membawa negara ke arah negara berprestasi tinggi dalam bidang ekonomi dan sebagainya. Contoh yang umum tidak mengambarkan kematangan dalam menghasilkan karangan bertaraf A+.

          Perenggan isi ketiga, imej negara negara akan terpelihara..........? impak daripada sikap tolong-menolong dalam kalangan masyarakat. Cuba jelaskan terpelihara daripada apa? Masih lagi ayat contoh tidak jelas. Bahasa memang amat baik dengan pelbagai FM  dan IM diselitkan. Saya dapati kelemahan bahagian contoh perlu diperbaik untuk menjurus karangan bermutu dan bertaraf A+.

           Perenggan isi keempat, isi sesuai tetapi masih berlaku contoh umum, contoh tidak mantap. Bahasa masih terbaik.

           Perenggan kelima, isi sesuai tetapi bahagian contoh masih bermasalah. Kemungkinan pelajar beranggapan dengan menyelitkan sejarah Islam seperti Bilal b. Rabah dianggap contoh tetapi lebih kepada huraian kerana contoh mesti dikaitkan dengan peristiwa berlaku di persekitaran negara kita mengikut  kehendak soalan. Bahasa masih baik dan mantap. Perenggan penutup juga baik dan boleh diterima.

            Kesimpulannya, untuk mendapat markah cemerlang atas, Hafiz perlu memperbaik bahagian ayat contoh samada karangan umum, mahupun karangan berpandu kerana masalah sama berlaku dan bahagian pengolahan, bahasa, dan isi tidak menjadi masalah Hafiz memang hebat, cuma bahagian contoh sahaja yang menyebabkan karangan ini diolah dan dihurai secara kurang matang. Karangan ini tidak boleh diterima untuk slot markah cemerlang atas.

Saya bersyukur kerana semasa Peperiksaan Percubaan SPM masalah  berkenaan berlaku dan masih ada masa untuk Hafiz memperbaik kelemahan yang ada. InsyaAllah saya akan cuba membantu untuk Hafiz menghasilkan karangan bertaraf A+.

Penentuan markah berdasarkan rumusan saya di bawah:-

CEMERLANG
T- karangan menepati tugasan
I - relevan, dihuraikan  tetapi kurang mantap di bahagian contoh dan tidak menunjukkan kematangan.
B- Gramatis dari segi kata dan ayat, kosa kata luas, unsur bahasa bervariasi, dan laras bahasa sesuai        mengikuti tugasan.
P- Pengolahan menarik

MARKAH =  85/100

INSYAALLAH SEKIRANYA ADA REZEKI SAYA AKAN MENAMBAH ULASAN TERHADAP SKRIP PELAJAR YANG LAIN.

INTERVENSI SAYA UNTUK MENGATASI MASALAH PELAJAR MASIH BELUM MENGUASAI  KEMAHIRAN MENGHASILKAN KARANGAN CEMERLANG ATAS. ANTARANYA:-

  1. MENERUSKAN PROGRAM MENYALIN KARANGAN DARIPADA MODUL BM 1 ATAU BERDASARKAN KARANGAN BERTARAF CEMERLANG YANG DIPILIH PELAJAR BERDASARKAN DIMENSI TERPILIH.
  2. MEMPERKASAKAN PENGGUNAAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN, ISI DAN PENUTUP.
  3. MEMPERKASAKAN BINAAN AYAT.
  4. MEMPERKASAKAN PENGUASAAN TATABAHASA DENGAN PENGGUNAAN MODUL KERTAS 2 UNTUK MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN TATABAHASA PADA SEMASA MENGHASILKAN KARANGAN.
  5. DENDAAN DAN PENALTI ATAS SETIAP KESALAHAN EJAAN.
  6. MENERUSKAN BORANG PENGHANTAR HASIL KERJA PELAJAR.
  7. MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN MENYELIT FRASA MENARIK DALAM KARANGAN TERUTAMA PERIBAHASA.
  8. PROGRAM MENYALIN KARANGAN RAKAN SEBAYA BERTARAF A+.
  9. MEMPERKASAKAN PENGGUNAAN MODUL KERTAS 1 DALAM KALANGAN PELAJAR.




Tiada ulasan: