Jawapan:-
i. Berdasarkan bahan 1, dua jenis buli yang sering dilakukan secara individu
atau berkumpulan adalah:-
i. buli aspek psikologi
ii. buli fizikal
iii. buli secara lisan.
( Maksimum: 2 markah ) ( Isi cukup : 2 isi )
Nota. Jawapan calon mesti berdasarkan petikan 1.
ii. Berdasarkan semua bahan, faktor-faktor menyebabkan gejala buli berlaku
adalah disebabkan:-
Bahan 1.
i. faktor persekitataran sosial seperti kurangnya kawalan ibu bapa dan
kurangnya kasih sayang.
ii. aspek psikologi yang berkaitan dengan gangguan mental, iaitu ingin
mencari keseronokan dan mencapai kepuasan dengan membuli orang lain.
Bahan 2.
i. ingin berseronok dan mencapai kepuasan.
ii. mengalami gangguan mental.
iii. ingin menunjukkan kekuasaan dan menguasai orang lain.
iv. aktiviti sesuatu kumpulan contohnya gangterisme.
( Maksimum: 3 markah )
( Isi cukup : 2 isi )
Nota. Jawapan pelajar mesti berdasarkan semua bahan.
iii. Pada pendapat saya, langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pihak
sekolah untuk menangani gejalan buli adalah dengan:-
i. mengenakan hukuman berat kepada pembuli seperti dibuang sekolah.
ii. memasang CCTV di kawasan yang berisiko berlakunya gejalan buli.
iii. memastikan pengawas dan guru disiplin memainkan peranan dan
tanggungjawap yang diamanahkan/ memantau tingkah laku muurid.
iv. menyediakan peti aduan/ saluran untuk murid mengadukan masalah buli.
v. menekankan murid-murid dengan didikan agama dan nilai murni.
vi. memastikan pihak kaunselor melaksanakan program antibuli.
vii. mengadakan pameran tentang keburukan gejala buli.
( Maksimum: 4 markah )
( Isi cukup : 3 isi )
Nota. Terima jawapan mana-mana isi yang sesuai.
iv. Sebagai seorang rakan, tindakan-tindakan yang wajar ambil oleh rakan saya
untuk mengatasi masalah buli adalah:-
i. rakan saya melaporkan kejadian kepada guru disiplin/ kaunselor.
ii. rakan-rakan saya memberitahu ibu bapa tentang kejadian buli tersebut.
iii. rakan saya tidak berjalan seorang diri bagi mengurangkan risiko dibuli.
iv. rakan saya melaporkan perbuatan buli tersebut kepada pihak berkuasa/ pihak
polis.
( Maksimum: 4 markah )
( Isi cukup : 3 isi )
Nota. Terima jawapan mana-mana isi yang sesuai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan