Jawapan:-
1. Berdasarkan Bahan 2, mengulangi sesuatu kesilapan bermaksud:-
melakukan sebarang kekhilafan/ kesalahan
2. Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, kebaikan-kebaikan mempelajari mata sejarah
ialah:-
Bahan 1
i. dapat memupuk semangat cinta akan tanah air.
ii. mengenang jasa tokoh-tokoh pejuang kemerdekaaan negara.
iii. menjadikan teladan teladann daripada peristiwa-peristiwa sejarah.
Bahan 2
i. dapat mengelakkan diri kita daripada mengulangi kesilapan.
ii. menjadi mekanisme utama dalam pembinaan negara bangsa.
iii. sebagai alat untuk mendidik rakyat agar menyayangi negara yang tercinta ini.
iv. rakyat akan lebih memahami bahawa terdapat perlembagaan dan undang-
undang dalam pembentukan negara.
Nota. Jawapan murid mestilah berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2.
( maksimum : 3 markah )
( isi cukup : 2 isi )
3. Pada pendapat saya, tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk
menarik minat pelajar mempelajari Sejarah adalah dengan:-
i. mengubal semula kurikulum/ sukatan mata pelajaran sejarah agar perlu lebih
terkini.
ii. menerbitkan buku teks Sejarah yang lebih menarik dan padat dengan nota.
iii. melatih guru Sejarah dengan teknik pengajaran yang lebih berkesan/ interaktif
dan terkini.
iv. mata pelajaran Sejarah wajib dimulakan sejak sekolah rendah iaitu daripada
tahun tiga.
v. menyediakan slot TV Pendidikan khusus untuk mata pelajaran Sejarah.
Nota. Tindakan lain boleh diterima jika pelajar menyenaraikan jawapan yang
sesuai.
( maksimum : 3 markah )
( isi cukup ; 2 isi )
4. Sebagai rakan yang prihatin, saya akan mengambil langkah-langkah yang perlu
untuk membantu rakan saya lulus dalam mata pelajaran Sejarah bagi melayakkan
nya memperolehi sijil SPM seperti:-
i. membuat perbincangan kumpulan kecil.
ii. membimbing mereka menggunakan teknik menjawab saoalan.
iii. berkongsi nota.
iv. memberi sokongan moral.
Nota. Pelajar boleh menulis langkah-langkah yang sesuai
( Maksimum : 4 markah)
( isi cukup : 3 isi )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan