CERPEN MUNSYI Cerpen ini mengisahkan hasrat ‘saya’, seorang anak muda, untuk berhijrah ke kota dihalang oleh bondanya yang bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh budaya-budaya negatif di bandar. Pada bondanya, ‘saya’ masih belum mantap bahasa ibunda dan jati dirinya. Menurut bondanya lagi, warga kota sudah hilang nilai-nilai tradisi seperti cinta akan agama, bahasa dan bangsa. Penjajah telah berjaya menyemai sentimen perkauman dalam kalangan rakyat sehingga pernah tercetusnya pertumpahan darah akibat permusuhan antara kaum. Oleh itu, bonda menasihatkan ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa dan negara supaya terus dihormati dan disegani. Sebagai seorang warga yang bersifat patriotik, bonda memiliki banyak buku lama yang berkaitan dengan bahasa,dan sejarah. Buku-buku tersebut selalu ‘saya’ baca. Menurut bonda, asas kegagahan bangsa Melayu terletak pada tiga perkara, iaitu akidah Islam, bahasa Melayu dan kesetiaan pada pemerintah yang adil. Setelah ‘saya’ berasa mampu berjuang di kota barulah bonda membenarkannya ke bandar untuk meneruskan kehidupan. Namun bonda berpesan agar menjaga dua perkara iaitu agama dan bangsa. Bonda juga mengirimkan sejumlah buku untuk kawan lamanya yang bernama Munsyi melalui ‘saya’. Apabila tiba di bandar, ‘saya’ menyerahkan buku-buku tersebut pada kawannya itu yang pada pengamatan ‘saya, Munsyi’ merupakan seorang yang sangat mencintai bangsa dan budayanya. Dia tinggal di tanah rizab Melayu di sebuah perkampungan tradisi di pinggir bandar. Di bandar, ‘saya’ melihat kaum mudanya telah hilang identiti dan jati diri. Akibat sibuk bekerja, ‘saya’ tidak bertemu Munsyi. Suatu hari, ‘saya’ mendapat khabar bahawa perkampungan Munsyi akan dibangunkan dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel. Apabila ‘saya’ mencari Munsyi di kampungnya, jentera-jentera berat sedang merobohkan rumah-rumah di situ. ‘Saya’ sedih melihat buku-buku lama yang telah ‘saya’ bawa, musnah apabila rumah Munsyi dirobohkan namun Munsyi tidak kelihatan di mana-mana. TEMA Semangat cinta akan bahasa, agama, bangsa dan budaya yang tersemai dalam jiwa sekumpulan warga negara. Contohnya, ibu kerap menasihati ‘saya’ agar memelihara dan cinta akan agama, budaya dan bahasa agar dihormati oleh orang. PERSOALAN 1. Keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk membina kehidupan. Contohnya, ‘saya’ memohon keizinan ibunya untuk berhijrah ke bandar bagi membina kehidupannya seperti kebanyakan remaja yang lain. 2. Peranan penjajah dalam usaha memecahbelahkan rakyat sesebuah negara. Contohnya, pihak penjajah telah menjalankan sistem pecah dan perintah agar agihan kekayaan negara tidak berlaku secara adil hingga menimbulkan rusuhan kaum akibat rasa tidak puas hati rakyat. 3. Kegigihan anak muda mempelajari segala ilmu untuk meneruskan kehidupannya. Contohnya, ‘Saya’ tekun belajar pelbagai ilmu yang berkaitan dengan kehidupan sebelum berhijrah ke bandar. 4. Ketaatan seorang anak terhadap nasihat ibunya. ‘Saya’ mentaati nasihat ibunya yang tidak membenarkannya berhijrah ke bandar kerana pada pendapat ibunya ‘saya’ masih belum cukup kuat jati diri untuk tinggal di bandar. 5. Kebimbangan seorang ibu terhadap anaknya. Contohnya, ibu keberatan untuk melepaskan ‘saya’ ke bandar kerana bimbang ‘saya’ terpengaruh akan budaya negatif yang terdapat pada remaja di bandar. TEKNIK PENCERITAAN 1. Dialog - “Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya.” 2. Imbas kembali - Saya teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam empat dekad lampau. 3. Imbas muka. - Di kota nanti carilah seorang sahabat lama bonda bernama Munsyi. 4. Pemerian. Salam saya akhirnya dijawab oleh seorang lelaki di usia emas dengan janggut putih menutupi sebahagian muka yang putih bersih. Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju Melayu bersamping bagaikan seorang maharaja di zaman kesultanan Melayu. Di jari-jemarinya lengkap menggenggam sebilah keris bersarung cantik. 5. Kejutan. Saya mendengar khabar bahawa syarikat perumahan akan mengambil alih kampung tradisi yang didiami oleh Munsyi dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang. 6. Saspens. Aku mencari Munsyi tetapi tidak berjumpa. WATAK DAN PERWATAKAN 1. Watak utama - ‘Saya’ · Seorang yang taat -‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar. · Seorang yang amanah. -‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu buku-buku yang sepatutnya diserahkan kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar. · Seorang yang gemar membaca- ‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya. · Seorang yang tidak mudah putus asa -‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya. 2. Watak sampingan Bonda ‘saya’ · Seorang yang berpengetahuan luas. -Bonda bercerita kepada ‘saya’ tentang sejarah pahit tanah air. · Seorang yang bersifat patriotik. -Bonda menasihati ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa ibunda dan negara. · Seorang yang amat memahami -Bonda mengizinkan ‘saya’ berhijrah apabila didapati anaknya itu sudah mantap ilmu dan jati dirinya. Munsyi · Kawan lama bonda. · Seorang yang cinta akan budaya Melayu -Munsyi berpakaian tradisi Melayu yang lengkap dengan keris ketika menyambut kedatangan ‘saya’. · Seorang yang mengalu-alukan tetamu. -Munsyi tersenyum dan menjemput ‘saya’ masuk ke rumahnya. LATAR Latar masa 1. Zaman pemerintahan penjajah - Penjajah telah memerintah negara menggunakan sistem pecah dan perintah. 2. Zaman selepas merdeka - Rakyat sibuk mengejar harta dan pangkat sehingga lupa akan nilai, bahasa dan agama selepas dijajah. Latar tempat 1. Di kampung -Pada mulanya, bonda tidak membenarkan ‘saya’ meninggalkan kampung untuk berhijrah ke kota 2. Di kota -‘Saya’ berhijrah ke kota untuk membina kehidupan yang lebih sempurna. 3. Di sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota -Munsyi tinggal di sebuah rumah yang terletak di sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota. Latar masyarakat 1. Masyarakat kampung. -‘Saya’ dan bonda tinggal di kampung. 2. Masyarakat remaja yang tinggal di bandar. -‘Saya’ dapati masyarakat remaja yang tinggal di bandar kebanyakannya telah hanyut oleh keseronokan hidup. 3. Masyarakat yang mengamalkan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan. -Penduduk kampung tradisi mengadakan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap pencerobohan tanah milik mereka oleh pihak berkuasa. 4. Masyarakat yang cekal dan berani. - Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal. GAYA BAHASA 1. Kata ganda - Zaman- berzaman 2. Metafora. - Pagar-pagar perkauman, pohon kebenaran, racun perkauman 3. Peribahasa. -Bahasa jiwa bangsa 4. Simile - Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju Melayu bersamping bagaikan seorang maharaja di zaman kesultanan Melayu. 5. Hiperbola -Namun kerana hasad dengki, khianat, kronisme serta rasuah yang bermaharajalela, kegemilangan yang dibina musnah sekelip mata. NILAI 1. Patriotik. Bonda menasihati ‘saya’ agar sentiasa memelihara bahasa ibunda dan agama. 2. Ketaatan. ‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar. 3. Kegigihan. Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal. 4. Amanah. ‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu menyerahkan buku-buku kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah taat pada perintah dan larangan ayah dan ibu. ‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar 2. Kita hendaklah gigih apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal. 3. Kita hendaklah rajin membaca untuk meningkatkan pengetahuan.‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya. 4. Kita tidak boleh mudah putus asa apabila menemui kegagalan.‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya. |
Soalan 2 (b)
Di bawah saya menyenaraikan sekolah/ daerah dan negeri menyoal soalan Cerpen Munsyi buat masa ini dalam peperiksaan percubaan tahun 2019. Inysa-Allah jika ada ruang dan masa, saya akan menyenaraikan soalan percubaan negeri yang lain yang menyoal soalan Cerpen Munsyi dalam analisis selanjutnya. Pelajar boleh merujuk soalan-soalan berkenaan di ruangan Soalan Percubaan sama ada sekolah, daerah, dan negeri di ruangan atas bahagian kanan, blog ini. Sekiranya saya dapat menyenaraikan soalan-soalan percubaan negeri daripada sumber sekolah, daerah dan negeri yang lain, saya akan meneruskan analisis ini.
Bilangan sekolah, daerah dan negeri yang menyoal cerpen Munsyi dalam peperiksaan percubaan sehingga ke hari ini. Saya akan cuba mengemaskini data ini dari semasa ke semasa.
Persoalannya, kenapa sekolah, daerah dan negeri beminat memasukkan soalan Cerpen Munsyi dalam
peperiksaan percubaan SPM tahun 2020. Jika dirujuk daripada analisis soalan yang telah
saya lampirkan sebelum ini, soalan Cerpen Munsyi belum pernah ditanya dalam peperiksaan SPM.
Analisis soalan selain Cerpen Munsyi akan saya paparkan di dalam blog ini, insya-Allah.
Di bawah disenaraikan antara soalan Cerpen Munsyi yang dikeluarkan oleh pihak sekolah, daerah dan
negeri sebagai rujukan pelajar. Pelajar boleh merujuk
Soalan 2(b) – Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
“Mel, buku-buku ini khazanah nenek moyang kita. Di kota nanti carilah seorang sahabat lama bonda bernama Munsyi. Hadiahkan buku-buku ini kepadanya kerana masih ada nilainya di kota sana.”
Saya akur dengan permintaan bonda yang mahu saya menjaga buku-buku itu dengan baik. Kata bonda, hanya insan bernama Munsyi sahaja yang layak menyimpan khazanah lama itu. Lalu, sebaik sahaja tiba di ibu kota,saya berusaha menjejak tempat kediaman sahabat bonda melalui peta yang dibekalkan bonda. Pencarian saya membawa saya ke sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota yang merupakan tanah rizab Melayu. Akhirnya,selepas bertanya beberapa kali,saya tiba di sebuah rumah kayu berukir indah dengan pelbagai seni dan corak. Salam saya akhirnya dijawab seorang lelaki berusia emas dengan janggut putih menutupi sebahagian muka yang putih bersih. Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju Melayu bersamping bagaikan seorang maharaja pada zaman Kesulatanan Melayu. Jari-jemarinya lengkap menggenggam sebilah keris bersarung cantik. Dia memandang saya lama-lama.
“Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya?”
Selepas saya memperkenalkan diri, dia mula tersenyum meramahi saya sebelum menjemput saya masuk.
Kami bersalaman erat. Saya menyampaikan salam bonda kepadanya sebelum menghulurkan beg berisi puluhan kitab lama yang saya bawa dari kampung.
(Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’ oleh Husna Nazri
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berdasarkan petikan cerpen di atas, apakah pesanan bonda kepada Mel?
[2 markah
(ii) Pada masa ini, bahan-bahan kesusasteraan kurang menarik minat para remaja.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk memupuk minat para
remaja terhadap bahan-bahan kesusasteraan?
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu perwatakan Mel yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu
perwatakan Mel yang lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
Soalan Peperiksaan Percubaan 2019, SMK Sungai Karangan, Kedah.
Soalan 2(b) – Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
“Mel, buku-buku ini khazanah nenek moyang kita. Di kota nanti carilah seorang sahabat lama bonda bernama Munsyi. Hadiahkan buku-buku ini kepadanya kerana masih ada nilainya di kota sana.”
Saya akur dengan permintaan bonda yang mahu saya menjaga buku-buku itu dengan baik. Kata bonda, hanya insan bernama Munsyi sahaja yang layak menyimpan khazanah lama itu. Lalu, sebaik sahaja tiba di ibu kota,saya berusaha menjejak tempat kediaman sahabat bonda melalui peta yang dibekalkan bonda. Pencarian saya membawa saya ke sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota yang merupakan tanah rizab Melayu. Akhirnya,selepas bertanya beberapa kali,saya tiba di sebuah rumah kayu berukir indah dengan pelbagai seni dan corak. Salam saya akhirnya dijawab seorang lelaki berusia emas dengan janggut putih menutupi sebahagian muka yang putih bersih. Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju Melayu bersamping bagaikan seorang maharaja pada zaman Kesulatanan Melayu. Jari-jemarinya lengkap menggenggam sebilah keris bersarung cantik. Dia memandang saya lama-lama.
“Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya?”
Selepas saya memperkenalkan diri, dia mula tersenyum meramahi saya sebelum menjemput saya masuk.
Kami bersalaman erat. Saya menyampaikan salam bonda kepadanya sebelum menghulurkan beg berisi puluhan kitab lama yang saya bawa dari kampung.
(Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’ oleh Husna Nazri
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berdasarkan petikan cerpen di atas, apakah pesanan bonda kepada Mel?
[2 markah
(ii) Pada masa ini, bahan-bahan kesusasteraan kurang menarik minat para remaja.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk memupuk minat
para remaja terhadap bahan-bahan kesusasteraan?
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu perwatakan Mel yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu
perwatakan Mel yang lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
Soalan Peperiksaan Percubaan 2019 SMK Seri Londang, Daerah Perak Tengah.
Soalan 2 (b) – Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Saya akur dengan permintaan bonda mahu saya menjaga buku-buku itu dengan baik. Kata
bonda, hanya insan bernama Musyi sahaja yang layak menyimpan khazanah lama itu. Lalu,
sebaik sahaja tiba di ibu kota, saya berusaha menjejak tempat kediaman sahabat bonda
melalui peta yang dibekalkan bonda.Pencarian saya membawa saya ke sebuah
perkampungan tradisi di pinggir kota yang merupakan tanah rizab Melayu. Akhirnya,
selepas bertanya beberapa kali, saya tiba di sebuah rumah kayu berukir indah dengan
pelbagai seni dan corak. Salam saya akhirnya dijawab seorang lelaki pada usia emas
dengan janggut menutupi sebahagian muka yang putih bersih. Pakaiannya lengkap dengan
tengkolok dan baju Melayu bersamping bagaikan seorang maharaja pada zaman Kesultanan
Melayu.Jari jemarinya lengkap menggenggam sebilah keris bersarung cantik. Dia
memandang saya lama-lama.
“ Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya?”
Selepas saya memperkenalkan diri, dia mula tersenyum meramahi saya sebelum
menjemput saya masuk.
Kami bersalaman erat. Saya menyampaikan salam bonda kepadanya sebelum
menghulurkan beg berisi puluhan kitab lama yang saya bawa dari kampung.
Minggu-minggu pertama saya berada di kota mewah ini, dapat saya saksikan kerapuhan
jiwa anak-anak muda sebangsa saya. Mereka dihanyutkan keseronokan hidup dengan
memperdagangkan maruah dan peribadi.Saya berasa jelik dan aib menyaksikan adengan
sumbang wajah-wajah anak muda peribumi tanah air ini yang tidak segan silu menjual
bahasa ibunda dan merosakkan agama yang murni.
Dipetik daripada cerpen “Musyi”dalam
Antalogi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka
(i) Apakah yang ‘saya’ lakukan selepas menerima pesanan bonda?
[2 markah]
(ii) Jati diri remaja pada masa kini semakin luntur.
Pada pendapat anda , bagaimanakah cara untuk memupuk semangat cinta akan
bahasa kebangsaan dalam kalangan remaja? [3 markah]
(iii) Huraikan satu perwatakkan ‘saya’ yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu perwatakkan ‘saya’ yang lain dari keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.
[ 4 markah ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan