Isnin, 2 November 2020

KOLEKSI KARANGAN BLOG LAMAN BAHASA MELAYU SPM. (ULANGAN TERBITAN UNTUK MEMBANTU PELAJAR)

 Assalamualaukum, pelajar yang dihormati sekalian, dalam situasi sekarang, peperiksaan berbaki lebih kurang dua bulan lagi, izinkan saya berkongsi maklumat ini. Mengarang memerlukan kaedah atau acuan untuk  membantu pelajar menghasilkan karangan cemerlang. Saya sedar, pelbagai kaedah atau acuan karangan yang didedahkan oleh guru-guru anda. Semua kaedah berkenaan mengarahkan pelajar menghasilkan karangan cemerlang. Namun, saya akan mendedahkan semula Kaedah Pengembangan Idea Perenggan Pengenalan, Perenggan Isi dan Perenggan Penutup. Sekiranya pelajar mengarang tanpa ada hala tuju, dan kaedah, pelajar sukar untuk menghasilkan karangan cemerlang.



INSYA-ALLAH SAYA AKAN MENYENARAI KARANGAN CEMERLANG YANG PERNAH DISIARKAN DI DALAM BLOG LAMAN BAHASA MELAYU SPM INI UNTUK MEMBANTU PELAJAR MENGHASILKAN KARANGAN SEMASA MENGHADAPI PEPERIKSAN SPM 6/1/2020. DOAKAN SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN SAYA KEKUATAN DAN KESIHATAN YANG BAIK UNTUK SAYA MELAKUKAN TUGASAN YANG MAMPU MEMBANTU ANAK DIDIK DAN PELAJAR MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2020.

SEKALI LAGI SEBAGAI PERINGATAN KEPADA PELAJAR 5 SAINS, SMK SERI LONDANG, TUGASAN SAYA MASIH BELUM TAMAT WALAUPUN SAYA TIDAK DAPAT BERADA BERSAMA KALIAN. NAMUN, SAYA TERUS MENERUS MENGENDALIKAN BLOG INI, ANTARANYA UNTUK TERUS MENERUS MEMBANTU KALIAN MEMBUAT PERSEDIAAN MENGHADAPI SPM 2020. SAYA MUNGKIN TIDAK DAPAT BERSAMA DENGAN KALIAN KERANA SAYA PERLU MENDAPATKAN RAWATAN KEMOTERAPI BERMULA  PENGHUJUNG BULAN JULAI DI HOSPITAL KUALA LUMPUR DUA MINGGU SEKALI. SAYA DIMAKLUMKAN OLEH DR. PAKAR BAHAWA RAWATAN KEMOTERAPI SAYA SELAMA 12 PUSINGAN.  BERMAKNA SAYA TIDAK AKAN DAPAT BERSAMA-SAMA KALIAN SEPANJANG SPM 2020.

OLEH SEBAB ITU, SAYA MENYENARAIKAN KOLEKSI KARANGAN UNTUK MEMBANTU PELAJAR-PELAJAR KELAS 5 SAINS MEMBUAT PERSEDIAAN MENGHADAPI SPM 2020. PELAJAR 5 SAINS BOLEH MENGGUNAKAN KOLEKSI KARANGAN DI BAWAH SEBAGAI PERSEDIAAN MENGHADAI SPM 2020.

SOALAN : Penggunaan media sosial  amat popular di Malaysia. Media sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApps dan My Space mendapat perhatian masyarakat di negara ini. Kecanggihan teknologi dunia tanpa sempadan sukar membendung angkara negatif di sebaliknya.
Terangkan cara-cara mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan masyarakat.

Dalam meniti arus pemodenan yang mencabar akal dan minda,kita sering kali dikaitkan dengan penggunaan media sosial yang kian meluas di segenap empat penjuru dunia yang juga menular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Blog,rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, WeChat, Skype, Viber dan WhatsApps adalah antara contoh medium penting yang terdapat dalam aplikasi media sosial. Media sosial ini menjadi wahana bagi setiap lapisan masyarakat dunia untuk kekal berhubung dengan kenalan, sahabat handai dan keluarga yang berjauhan. Menurut Wikipedia, iaitu ensiklopedia bebas yang tersohor mentakrifkan media sosial adalah sejenis wahana yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi dan mencipta isi meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia virtual. Menurut sumber yang dipetik daripada persatuan Digital Malaysia ( MDA ), pada bulan Oktober 2010 sahaja mencatatkan bahawa Facebook merupakan media sosial paling popular dalam kalangan lapan juta rakyat Malaysia yang menggunakannya. Anggota komuniti yang paling popular adalah antara 15 hingga 30 tahun. Belakangan ini, isu membabitkan media sosial hebat diperkatakan apabila media sosial itu dilihat sebagai ancaman keselamatan terhadap masyarakat dan negara. Hal ini disebabkan kewujudan golongan tidak bertanggungjawab yang menjadikan media sosial  sebagai wadah untuk memfitnah, menipu, menyamar menjadi individu tertentu bagi tujuan menjatuhkan reputasi seseorang dan menarik perhatian dengan membangkitkan isu sensitif seperti agama, budaya dan kaum. Pelbagai persoalan terus menghantui minda kita apabila berbicara tentang penyalahgunaan media sosial. Persoalannya ialah apakah cara-cara untuk mengawal penyalahgunaan media sosial dalam masyarakat? Siapakah yang sebenarnya wajar memikul dan menggalas tugas-tugas untuk mengawal penyalahgunaan media sosial? Seharusnya media sosial dipantau oleh pelbagai pihak daripada jari-jari yang tidak bertanggungjawab ini.

Suatu hakikat yang tidak dapat diketepikan untuk mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan masyarakat ialah peranan yang dimainkan oleh setiap individu. Dalam ilmu sosial, individu bererti bagian terkecil dari kelompok masyarakat yang tidak dapat dipisahkan lagi menjadi bagian yang lebih kecil. Persoalan yang menerawang dalam benak kita ialah bagaimanakah individu itu boleh mengawal penggunaan media sosial? Pada zaman yang serba canggih ini, keimanan dan jati diri perlu ada dalam diri setiap individu untuk mengawal penggunaan media sosial. Jari jemari amat mudah untuk menari-nari pada papan kekunci menaip apa-apa sahaja yang ada di fikiran, apatah lagi mudah sangat untuk mengetuk peranti pintar yang dimiliki. Tanpa kita sedar ada kalanya bait-bait tulisan itu mengundang provokasi atau banyak dusta daripada benarnya umpama baik kaya ialah kaya hati, sebaik-baik bekal ialah takwa, seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta. Setiap individu perlulah menggunakan media sosial dengan bijak sebagai penambah timbangan pahala agar tidak menimbulkan perkara yang sensitif yang membawa kepada permusuhan. Seseorang individu itu juga perlulah berdisiplin dalam melayari media sosial agar tidak terleka dengan keasyikan dunia alam maya yang disajikan. Tugas hakiki seharian perlu dilunaskan terlebih dahulu seperti mengulang kaji pelajaran bagi seorang yang bergelar murid dan melakukan tugas rutin seharian bagi orang dewasa persis masa itu emas iaitu media sosial tidak seharusnya menjadi peneman sepanjang 24 jam sehingga melupakan hubungan sosial secara bersemuka  bersama keluarga dan teman-teman. Berdasarkan statistik terkini di laman Statistik menyatakan bahawa penggunaan harian media sosial oleh pengguna Internet secara global telah mencecah 106.2 minit sehari berbanding 103.2 minit sehari pada 2014. Pada 2016 pula, pengguna media sosial sedunia dijangkakan mencecah dua bilion. Persatuan Digital Malaysia menyatakan bahawa pada bulan Oktober 2010 sahaja mencatatkan bahawa laman web sosial Facebook merupakan laman web paling popular dalam kalangan lapan juta rakyat Malaysia. Seseorang individu itu boleh mengurangkan masa mengakses media sosial dengan menyibukkan diri melakukan sesuatu pekerjaan seperti melakukan aktiviti beriadah yang boleh menyihatkan badan dan mencerdaskan minda seperti bersukan, berkelah sambil merapatkan saf kekeluargaan dan bergotong-royong sambil membasmi nyamuk Aedes dan mengeratkan silaturahim sesama jiran tetangga dan mewujudkan perpaduan berbilang kaum ibarat bersatu kita teguh,bercerai kita roboh. Setiap individu memikul amanah terhadap diri sendiri bersesuaian dengan kata-kata daripada Hamka  iaitu seorang ulama, sasterawan, sejarawan dan ahli politik Indonesia yang mengungkapkan kata-kata puitis untuk renungan kita bersama berbunyi kecantikan abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. Tegasnya, tepuk dada tanya selera masing-masing sama ada seseorang individu itu mahu menjadi seorang yang berguna dengan mengaut ilmu sebanyak mungkin menggunakan media sosial atau sebaliknya menyalahgunakannya untuk perkara-perkara yang tidak baik.

Kupasan dan huraian tentang  media sosial tidak harus ada titik noktahnya. Maka sebagai meneruskan kesinambungan kupasan, moleklah andai kata ditinjau pula dari aspek peranan ibu bapa. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dengan anak-anak. Persoalan yang bermain dalam minda kita ialah bagaimanakah ibu bapa dapat memainkan peranan untuk membendung penyalahgunaan media sosial dalam kalangan anak-anak? Pemikir tersohor dan tokoh ilmuwan yang disegani di negara kita, Profesor diraja Ungku Aziz pernah menyatakan bahawa rumah merupakan universiti pertama bagi anak-anak dan ibu bapa pula merupakan profesor pertama bagi mereka. Nah, sudah terang lagi bersuluh fungsi primer ibu bapa iaitu sebagai profesor pertama bagi anak-anak! Ibu bapa perlulah memantau setiap perkara yang dilakukan oleh anak-anak ketika mereka mengakses media sosial. Pemantauan ibu bapa sebenarnya mampu menggelakkan anak-anak daripada mengakses laman sesawang yang berunsurkan pornografi, mahupun melakukan jenayah siber seperti mencetak rompak bahan media, mencetuskan provokasi atau menggodam laman sesawang. Ibu bapa juga boleh menjadi mata dan telinga umpama sambil menyelam minum air iaitu dengan menjadi rakan dalam laman sesawang Facebook, WhatsApps, Instragram dan sebagainya bagi mengetahui perjalanan pelayaran kembara anak-anak dalam media sosial. Ibu bapa yang menjadi rakan dalam alam maya anak-anak akan dapat mengetahui 1001 rahsia anak-anak dari segi emosi, perlakuan, kesukaan, perasaan, cita-cita dan mengenali rakan-rakan anak mereka. Ibu bapa boleh menjadi rakan paling akrab dan mesra kepada anak-anak mereka apabila memahami naluri anak-anak. Sudah pasti anak-anak yang tahu kasih sayang dan cakna orang tua mereka tidak tergamak untuk menconteng arang ke muka ibu bapa mereka dengan melakukan penyalahgunaan dalam media sosial. Pada masa yang sama, ibu bapa juga perlulah mengehadkan masa penggunaan media sosial dalam kalangan anak-anak. Sebagai contoh yang bersesuaian dengan situasi di atas, anak-anak hanya dibenarkan untuk mengakses media sosial dengan pemantauan daripada ibu bapa selama satu jam sehari. Mungkin anak-anak ingin mendapatkan info daripada guru, rakan-rakan atau mengakses Internet untuk bahan rujukan pembelajaran. Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau penggunaan media sosial dalam kalangan anak-anak yang baru berumur setahun jagung, berdarah setampuk pinang agar tidak terjebak dalam kancah negatif. Anak diibaratkan sehelai kain putih, maka menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap mendung awan di langit. Ibu bapa harus mengambil alternatif yang lain persis meletakkan komputer di ruangan yang terbuka sama ada di ruang tamu atau di sudut-sudut  yang boleh dilihat oleh ibu bapa. Ibu bapa  tidak boleh terlepas pandang daripada memerhatikan anugerah terindah ini lagi-lagi di zaman dunia tanpa sempadan dan segala maklumat baik buruk hanya di hujung jari sahaja. Setegas-tegasnya dinyatakan bahawa ibu bapa seyogialah memainkan peranan yang dominan untuk melahirkan anak-anak yang berkaliber, cukup syumul dan utopia hasil didikan kedua-dua ibu bapa mereka dan bukan anak-anak yang bobrok dan kaya dengan pidana termasuk jenayah di media sosial.

Paparan demi paparan berita tentang penggunaan media sosial yang sering menjadi hiasan media arus perdana, nyata perlu dijadikan agenda penting oleh pihak sekolah. Sekolah diumpamakan sebagai gedung ilmu bagi insan-insan yang dahagakan ilmu pengetahuan. Mengambil sumber benar lagi tepat daripada Kamus Dewan (edisi keempat) mendefinisikan sekolah sebagai tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Persoalan yang bermain-main di minda kita ialah bagaimanakah sekolah boleh menjadi institusi yang mengawal penggunaan media sosial? Bertepatan dengan maksudnya, murid menerima pelajaran secara formal meliputi jasmani, emosi, rohani dan inteleknya seperti termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. Guru-guru di sekolah memainkan peranan penting dengan menasihati murid agar menjadi insan yang bermoral dah bersahsiah terpuji dengan menjauhi perkara-perkara mungkar bersangkut paut dengan penyalahgunaan media sosial. Guru mata pelajaran Pendidikan Islam boleh membuktikan hukum penyalahgunaan media sosial dengan dalil Al-Quran manakala guru mata pelajaran Pendidikan Moral boleh menyenaraikan beberapa nilai seperti nilai amanah, harga diri, rasional dan bertanggungjawab. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata jumlah capaian Internet di negara ini mencecah 70.2 peratus dengan purata seseorang melayari laman sesawang ialah empat jam 30 minit sehari. Tidak mustahil 70.2 peratus itu termasuk penggunaan Internet oleh mereka yang masih memakai uniform sekolah. Larangan membawa telefon bimbit ke sekolah memang bertepatan dengan peribahasa lama yang menyatakan ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Budaya buli, gengsterisme dan perlakuan tidak senonoh yang menjadi tular dalam kalangan murid sekolah begitu menyesakkan nafas pihak sekolah. Imej sekolah tercalar,apatah lagi air muka ibu bapa mereka yang melakukan perkara mungkar dan tersebar dalam media sosial yang boleh disaksikan seantero dunia. Pihak sekolah mengikut hukuman dalam Panduan Tatacara Disiplin Sekolah selaras dengan Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah 1959) boleh mengambil tindakan dengan Pembuangan Sekolah, Penggantungan Sekolah, Hukuman Dera (Corporal Punishment), Penahanan (detention) dan Amaran. Unit Kaunseling dan Unit Disiplin di sekolah juga boleh berganding bahu mengadakan kem motivasi, pameran dan kempen kesedaran untuk murid tentang penggunaan media sosial. Pendedahan dari segi rohani dan jasmani boleh membentuk murid yang celik IT dan mengelakkan murid menjadi ketagihan media sosial. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa pihak sekolah memainkan peranan penting mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan murid-murid di sekolah agar tidak menjadi kudis bernanah yang merosakkan masyarakat, bak peribahasa Melayu yang amat berharga iaitu sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sebelum nasi menjadi bubur, ada baiknya segala masalah media sosial dikekang sejak di bangku sekolah lagi sebelum membarah dalam masyarakat.

Populariti media sosial ini tidak dapat disangkal lagi oleh mana-mana pihak.Masyarakat sendiri perlu bertindak pantas untuk mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan mereka. Setiap anggota masyarakat harus menjunjung tinggi sikap bekerjasama dan bertoleransi yang menjadi senjata utama untuk mengawal penggunaan media sosial. Menurut Kamus Dewan (edisi keempat) yang benar lagi sahih mendefinisikan masyarakat sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Persoalan yang berlegar-legar dalam minda kita ialah bagaimanakah seluruh masyarakat Malaysia dapat berganding bahu dan saling mendepani penggunaan media sosial bak peribahasa Melayu yang tak jemu diucap selalu iaitu yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing? Adakah masyarakat kita ambil peduli tentang permasalahan ini atau hanya menutup mata dan memekakkan telinga masing-masing? Statistik yang diambil daripada akhbar arus perdana iaitu Utusan Malaysia melaporkan bahawa menurut laman web Internet Lives Stars seramai tiga bilion atau 40 peratus daripada penduduk dunia menggunakan Internet. Di Malaysia terdapat hampir 20 juta atau 67 peratus rakyat menggunakan Internet dan lebih daripada 15 juta orang mengakses Facebook. Ayuh, bangkitlah semua! Masyarakat perlu menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan melaporkan kepada pihak polis jika terdapat penyalahgunaan media sosial. Masyarakat di kawasan komuniti masing-masing boleh mengadakan kempen kesedaran tentang media sosial kepada remaja atau golongan belia. Kempen kesedaran ini boleh diadakan di dewan serba guna yang gah tersergam dibina di setiap kawasan perumahan, di balai raya atau di rumah-rumah ibadat seperti masjid. Forum atau tazkirah santai berkenaan cara penggunaan media sosial yang betul pasti menarik perhatian golongan belia yang sinonim dengan minat mereka. Melalui forum, bual bicara atau tazkirah santai tersebut boleh diselitkan dengan pengenalan aplikasi-aplikasi canggih yang  secara tidak langsung masyarakat itu sendiri dapat membuka minda golongan muda ini untuk menerokainya dan menjauhi jenayah siber. Masyarakat juga boleh menggunakan media sosial seperti Facebook, WhatsApps atau Instagram untuk mengajak setiap ahli komuniti melakukan sesuatu yang memberi impak positif seperti berniaga dalam talian dan bertukar-tukar idea atau info tentang resipi masakan bagi kaum ibu atau info pelajaran bagi mereka yang bergelar pelajar . Setiap individu di muka bumi ini merupakan khalifah yang  tugasnya menyeru semua orang berbuat kebaikan dan bukannya memukul canang menabur fitnah dan menyebarkan berita palsu melalui media massa. Masyarakat juga hendaklah berfikir sejenak dan tidak cepat melatah menerima sesuatu berita itu tanpa menganalisis dengan bijaksana. .Oleh yang demikian, jelaslah bahawa masyarakat berperanan penting dalam mengawal penggunaan media sosial bersesuaian dengan peribahasa buat air kerana muafakat, bulat manusia kerana muafakat. Maka masyarakat hendaklah saling menggembleng tenaga untuk mengawal penggunaan media sosial.

Sebagai akhir kalam, pihak kerajaan merupakan tonggak utama dalam mengawal penggunaan media sosial. Statistik yang diambil daripada Koleksi Rencana Umum Untuk Rujukan Karangan SPM & STPM yang ditulis oleh Hj. Samat bin Buang menyatakan bahawa Malaysia mencatatkan sebagai 13 negara paling aktif dalam jenayah siber di seluruh dunia. Sebenarnya dalam konteks jenayah siber, banyak sudah berlaku kes penipuan dalam talian sejak lima hingga tujuh tahun kebelakangan ini apabila wujud kes-kes seperti “Love Scam, Parcel Scam dan Online Scam yang menyaksikan penjenayah boleh mengakses akaun peribadi seseorang mangsa. Modus operandi yang digunakan oleh penjenayah siber ini ialah menyamar sebagai wakil Bank Negara kononnya akaun mereka dibekukan dan meminta mangsa memindahkan wang ke dalam akaun lain yang lebih selamat. Pertanyaan yang muncul dalam benak kita ialah bagaimanakah kerajaan dapat mengawal penyalahgunaan media sosial dalam kalangan masyarakat? Pihak polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal berhadapan cabaran lebih hebat pada masa akan datang berikutan pelbagai taktik baharu perlakuan jenayah siber. Antara  undang-undang yang sudah sedia wujud di Malaysia bagi mengawal selia segala yang berlaku dalam dunia siber ialah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), dan Akta Jenayah Komputer 1997 (Akta 563). PDRM boleh berkolaborasi dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang diterajui oleh Datuk Sri Salleh Said Keruak untuk mengambil tindakan tegas kepada seseorang yang menyalahgunakan rangkaian media sosial untuk menyebar berita palsu, lucah, mengancam keselamatan dengan niat menyinggung perasaan, menganiaya, menggugat atau mengganggu orang lain. Mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan jika didapati bersalah boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali. Janganlah kita hanya bertindak setelah keadaan sudah menjadi parah. Portal-portal berita yang merasakan mereka kebal dan bebas untuk melakukan fitnah dan tohmahan serta memutarbelitkan sesuatu berita perlu diajar memahami undang-undang. Sekarang masa untuk bertindak bagi mengelakkan yang benar dianggap batil, yang batil dianggap benar, fitnah diiktiraf sebagai bukti dan tohmahan dijamah setiap hari. Rakyat semestinya tanpa ragu-ragu menjunjung tinggi prinsip undang-undang negara di mana-mana sahaja mereka berada, bak kata peribahasa Melayu zaman berzaman iaitu di mana bumi dipijak,di situ langit dijunjung. Tidak manis kiranya tindakan undang-undang diambil sebelum diberikan penerangan dan kempen kesedaran tentang kesan buruk penyalahgunaan media sosial kepada masyarakat. Oleh itu mengambil pendekatan pendidikan perlu sejak awal usia lagi, program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan suatu program yang bertepatan untuk menyemai jati diri, nilai murni yang tinggi dan taat kepada agama, bangsa dan negara selari dengan laungan slogan ‘Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara. Besarnya harapan menggunung terpikul di pundak muda-mudi generasi pelapis memimpin negara tercinta. Oleh itu sudah semestinya mereka iaitu generasi muda yang bakal menerajui negara sifar daripada penyalahgunaan media sosial. Jelaslah bahawa pihak kerajaan merupakan peneraju gemilang terhadap sesebuah negara berperanan menjaga keharmonian dan keamanan negara melalui kempen kesedaran dan undang-undang yang tegas bagi mengawal penyalahgunaan media sosial.

Sebagai melabuh tirai perbincangan tentang mauduk mengawal penggunaan media sosial telah dikupas dengan mendalam. Hal ini tidak akan menemui kejayaan jika tiada sokongan padu daripada pelbagai pihak. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat perlu bahu membahu dan bergandingan tangan untuk merealisasikan mengawal penggunaan media sosial demi keharmonian dan kemajuan negara serta membentuk masyarakat yang celik IT, berinovasi dan bermaklumat seiring dengan lagu Keranamu Malaysia.
Alam siber teknologi terkini,
Kejayaan semakin hampiri,
Biar di kota ataupun desa,
Kita semua pasti merasa bangga.
Persatuan Digital Malaysia menyatakan bahawa pada bulan Oktober 2010 sahaja mencatatkan bahawa laman web sosial Facebook merupakan laman web paling popular dalam kalangan lapan juta rakyat Malaysia.


Amalan membaca belum dihayati sepenuhnya dalam kalangan remaja pada hari ini.
   Jelaskan peranan pelbagai pihak untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan
   remaja. ( Karangan Dimensi Masyarakat)

         Apabila seseorang itu cuba mengkaji dan mendalami kandungan yang tersurat mahupun tersirat daripada Surah Al Alaq, nescaya jawapan yang diperoleh tentulah amalan membaca ialah suatu kewajipan yang penting. Kewajipan membaca bukan sekadar menjadi pelengkap kepada sesuatu peperiksaan, sebaliknya menjadi tanggungjawab untuk melahirkan umat yang berjaya, bijaksana, dan hebat menguasai dunia keilmuan. Namun demikian, saranan membaca menatijahkan nilai yang paradoks apabila masyarakat Malaysia khususnya amat liat untuk membaca. Sama ada di peringkat masyarakat umum hinggalah ke pusat-pusat pengajian, amalan membaca gagal dibudayakan. Walaupun pelbagai kempen dan insentif diberi untuk menyemarakkan amalan tersebut, hasil yang diperoleh amatlah mengecewakan. Oleh itu, sejajar dengan matlamat membangunkan insan berminda kelas pertama melalui amalan membaca, nescaya seluruh adiwangsa memainkan peranan aktif untuk memupuk semula amalan membaca khususnya dalam kalangan remaja.

           Kelompok sasar yang pertama untuk merancakkan budaya membaca ialah ibu bapa. Peribahasa yang menyatakan, getah daun akan mengalir ke perdu juga menunjukkan bahawa, segala tingkah laku yang baik daripada ibu bapa akan menjadi turutan anak-anak. Al hasil, sikap yang positif daripada ibu bapa seperti gemar mambaca, bercakap perkara yang baik dan melakukan kerja-kerja yang berfaedah sudah tentu akan singgah dan melekat pada diri anak-anak juga. Tanamlah sifat positif dalam kalangan anak-anak seperti sifat gemar meneroka dan mencari maklumat baru dengan cara membaca. Membaca juga boleh dijadikan sebagai suatu aktiviti penerokaan minda yang membolehkan anak-anak menjadi lebih matang daripada usia mereka. Sindrom ‘mabuk’ gajet yang tidak boleh lekang dengan budaya Whatsapp, Facebook, Twiter dan Instagram yang mula menyerap ke dalam gaya hidup ibu bapa haruslah dikurangkan. Sesungguhnya, inilah virus yang sedang bergerak aktif untuk meletakkan manusia pascamilenium terperap dalam kopompong kebodohan ciptaan sendiri.

        Institusi alma mater merupakan pusat kemenjadian manusia yang telah terserlah fungsinya sejak zaman-berzaman. Di sinilah insan mula membina sahsiah, ilmu dan akal budi. Oleh sebab itu, sekolah berperanan penting untuk melahirkan warga pelajar yang cinta akan ilmu melalui kalam membaca. Ejen terpenting yang berfungsi menggerakkan insan pelajar yang gemar membaca ialah para guru. Guru seharusnya membudayakan alma mater dengan menyuburkan minat membaca dalam kalangan murid-murid. Cetusan daya berfikir seperti mencari maklumat dan meneroka gaya berfikir seperti orang-orang bijaksana sewajarnya digalakkan sama ada di dalam kelas mahupun di luar kelas. Dalam usaha mengaktifkan minat membaca, semua medium maklumat hendaklah dimanfaatkan. Pihak sekolah haruslah boleh menganjak paradigma agar bijak memanfaatkan peranti elektronik sebagai sumber baharu bahan bacaan. Dalam wacana ilmu moden yang semakin berkembang, para guru seharusnya tidak terperap dalam gaya lama, sebaliknya berani keluar daripada kepompong katak di bawah tempurung.
       Masyarakat massa termasuk rakan sebaya hendaklah menjadi rakan penggalak agar budaya membaca terus diperkasakan. Belakangan ini kita amat kecewa apabila pelbagai pegaruh negatif begitu aktif menguasai minda dan sikap anak-anak muda. Gejala membuang masa seperti berhibur, bergelandangan dan merempit yang menjadi kegilaan anak-anak muda hari ini akan membawa kecelakaan kepada negara pada masa hadapan. Oleh sebab itu, masyarakat hendaklah menggempur habis-habisan gejala pagan ini daripada terus menular. Sebarang bentuk tindakan sama ada melalui nasihat dan kaunseling mahupun penguatkuasaan undang-undang perlulah dilakukan dengan segera. Sementara itu, anak-anak muda yang sedang memenuhi ujana ilmu hendaklah kembali kepada matlamat asal yakni untuk membentuk insan kamil yang berbudaya dan berilmu. Carilah rakan sebaya yang sealiran dan saling menyokong sebagai usaha melahirkan generasi cendekia. Sesungguhnya, rakan yang baik itu ibarat cahaya sepanjang kehidupan.

        Agensi kerajaan dan swasta merupakan institusi masyarakat yang terpenting berperanan untuk menyemarakkan budaya membaca sebagai suatu tingkah laku positif. Apabila agensi-agensi berpengaruh ini mula menggerakkan inisiatif pardana amalan membaca, justeru masyarakat massa dengan sendirinya akan membentuk jati diri membaca. Sudah tiba masanya agensi seperti Jabatan Penerangan, Imigresen, hospital dan jabatan-jabatan lain menyediakan brosur dan bahan bacaan berkala yang menarik untuk dibaca oleh pengunjung pada setiap kali menanti giliran ketika berurusan dengan agensi berkenaan. Sementara itu, agensi swasta terutama gedung-gedung perniagaan utama berpada-padalah menyajikan pengunjung dengan sumber-sumber hiburan yang bermula daripada awal pagi hingga lewat malam. Langkah mundur ke belakang seumpama itu hanya mengumpan masyarakat untuk menjadi warga hedonistik yang pada akhirnya kokok berderai ekor bergelumang tahi.


        Tuntasnya, insan yang membaca ibarat minda yang sedang bergerak untuk meneroka ke seluruh isi alam. Membaca umpama kita sedang berinteraksi atau berdialog dengan seseorang insan bijaksana melalui aksara dan angka yang disusun untuk menjadi fakta. Oleh itu, masyarakat yang sentiasa membaca boleh diibaratkan sebagai masyarakat yang sedang mengembara ke seluruh polosok alam. Dengan hal yang demikian, pupuklah minda ahli masyarakat dengan amalan membaca kerana membaca jambatan ilmu dan bangsa membaca bangsa yang berjaya.

3. Slogan, ‘Jiran Sepakat Membawa Berkat’ merujuk kepada hubungan yang erat antara jiran bagi    
  mewujudkan negara yang aman, harmoni dan sejahtera.
  Berikan pendapat anda tentang cara-cara mengukuhkan semangat kejiranan di negara kita.

Pendahuluan: Perubahan arus globalisasi semakin hari semakin mencabar. Perubahan tersebut turut disokong oleh kecanggihan teknologi maklumat yang dikuasakan pula dengan teknologi internet. Pelbagai maklumat baru boleh diakseskan dengan serta merta. Fenomena tersebut amat mencabar jiwa ‘panas’ remaja yang turut disokong pula oleh semangat inkuiri menyebabkan remaja bagaikan cacing kepanasan. Mereka kadang-kadang hanyut dalam ilusi sendiri malah kadang-kadang mereka lebur dalam gejala kebejatan moral. Akhirnya, berlakulah krisis remaja yang hilang identiti, tiada matlamat hidup dan tercebur dalam gejala sosial. Walau bagaimanapun, remaja tidak boleh selama-lamanya tenggelam dalam khayalan yang boleh memusnahkan diri dan negara pada masa hadapan. Sesungguhnya, banyak prakarsa yang perlu diperkasakan oleh remaja demi berhadapan dengan ancaman yang berbahaya itu.

Isi 1 : Mendalami ilmu agama dan moral – agama dan moral sebagai benteng keruntuhan akhlak –
          faham akan konsep dosa dan pahala – memperoleh iman dan takwa – faham bahawa segala
          perbuatan baik dan buruk akan diadili di akhirat dan mendapat ganjaran yang setimpal
Isi 2 : Meletakkan keutamaan belajar dan mencari pengalaman demi masa depan – hanya ilmu dan
          pengalaman sebagai jaminan masa depan
Isi 3 : Memilih rakan yang sealiran – rakan sebagai pewarna kehidupan – tersalah memilih rakan
           boleh mengundang mudarat – mengikuti program sosial seperti persatuan dan NGO
Isi 4 : Membina motivasi – motivasi merupakan enjin yang menggerakkan individu untuk mencari
          kejayaan – tidak mudah terpedaya dan mengikut telunjuk rakan – mempunyai matlamat masa   
          depan yang terjamin
Isi 5 : Memahami dan mendalami dasar dan visi negara – faham akan hala tuju negara – memahami
          hasrat pemimpin – bersama-sama rakan berganding bahu menjayakan semua agenda wawasan
          negara - tidak mudah terpengaruh dengan anasir perosak negara

Kesimpulan : Tokoh falsafah terkemuka Yunani iaitu Aristotle pernah berkata, “Ketahanan sesebuah negara bukan bergantung kepada hasil buminya yang mewah, sebaliknya berada dalam tangan anak mudanya yang gagah dan bijaksana”. Apabila menghayati kata-kata hebat tersebut, saya begitu teruja untuk menjadi anak muda yang berwawasan. Saya beriltizam untuk membina Malaysia yang tercinta ini menjadi negara yang bebas daripada ancaman parasit dan anasir perosak khususnya daripada kalangan anak-anak muda itu sendiri. Oleh itu, saya dan rakan-rakan hendaklah memilih jalan yang betul yang telah dirintis oleh generasi yang terdahulu.



Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor, Mantan Ketua Pengarah Institut Perhutanan Malaysia (FRIM) semasa ditemurah oleh salah seorang pemberita Akhbar Metro berkata bahawa hutan merupakan rumah kedua baginya. Begitu juga pemimpin tersohor India Mahatma Ghandi pernah berkata dunia ini mencukupi untuk keperluan semua tetapi tidak bagi mereka yang tamak.” Kedua-dua kenyataan pemimpin di atas ini amat berkait dengan hutan yang amat bermakna kepada manusia.  Sebagaimana kita sedia maklum,hutan merupakan salah satu sumber alam yang sangat bernilai dan memberi pelbagai manfaat dan pulangan kepada manusia. Aktiviti pembangunan yang begitu pesat menyebabkan kawasan hutan semakin berkurangan dari semasa ke semasa. Antara aktiviti yang boleh memberikan impak kepada kesejahteraan biodeversiti adalah seperti pembinaan kawasan perumahan, pembinaan kawasan perindustrian, pembinaan kawasan pertanian dan  sebagainya. Kesemua aktiviti tersebut perlu dijalankan secara prihatin diikuti dengan kawanan dan penguatkuasaan undang-undan oleh Jabatan Hutan agar kawasan hutan tidak di teroka dengan begitu rakus dan sewenang-wenangya oleh pihak tidak bertanggungjawab. Di samping itu, terdapat juga aktiviti pembalakkan haram di jalankan di kawasan hutan simpan mengakibatkan kerajaan kerugian berjuta-juta ringgit dan khazanah hutan berumur berjuta-juta tahun musnah begitu saja akibat tangan-tangan yang rakus yang tidak mengenal hati budi dan natijah yang diterima oleh orang lain. Aktiviti ini mereka jalankan lebih berfokus untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda tanpa memikirkan kepentingan hutan kepada manusia sejagat ibarat perbuatan mereka bagi enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Menurut satu kajian hutan di dunia pada suatu ketika dahulu meliputi 60% daripada kawasan dataran bumi tetapi kini hanya tinggal sesetengah sahaja. Sudah pasti hasil kajian ini menakutkan kita. Persoalannya, apakah kesan-kesan penerokaan hutan tidak terkawal kepada manusia sejagat?

        Sebagai pelajar berminda kelas pertama, izinkan saya membicarakan kesan-kesan penerokaan hutan yang tidak terkawal dengan kata kunci mauduk iaitu berlakunya peningkatan suhu bumi yang mengancam manusia sejagat. Terdapat pelbagai kesan aktiviti pembalakan yang tidak terkawal dalam kehidupan seharian kita. Antara kesan tersebut berlakunya peningkatan suhu bumi. Hal ini terjadi kerana cahaya matahari yang terus-menerus jatuh ke permukaan bumi bumi akan menyebabkan permukaan bumi cepat panas. Bahkan juga, akibat pembalakan tanpa kawalan menyebabkan pokok gagal melakukan proses fotosintisis pada waktu siang dan pernafasan  pada waktu malam dan akan menyebabkan kadar oksigen dalam udara akan berkurang.  Seyogia, masyarakat perlu akur dengan ketiadaan hutan, mereka bakal menerima pelbagai musibah yang tidak terduga sama ada disedari atau tidak. Sebagai contoh, akibat hutan batu mengatasi hutan pokok di kawasan bandar menyebabkan kawasan bandar lebih panas berbanding di petempatan masyarakat di luar bandar. Sekiranya, pihak bertanggungjawab alpa dalam menjalankan tugas mereka mengawal dan menguatkuasakan undang-undang terhadap manusia berhati rakus menjalankan aktiviti pembalakan yang memusnahkan hutan sudah pasti natijahnya akan dirasai oleh generasi yang akan datang kerana akibat nila setitik habis susu sebelanga. Tegasnya, penerokaan hutan yang tidak terkawal dengan kata kunci mauduk iaitu berlakunya peningkatan suhu bumi yang mengancam kesejahteraan manusia sejagat.

        Lensa perbincangan akan saya teruskan dengan kata kunci mauduk selanjutnya iaitu aktiviti pembalakan yang tidak terkawal boleh menyebabkan kepupusan flora dan fauna. Akibat aktiviti pembalakan flora dan fauna yang terdiri daripada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan binatang yang menjadikan hutan sebagai habitatnya akan terancam dan menghadapi kepupusan. Selain itu, flora dan fauna merupakan salah satu aset terpenting kepada sesebuah negara terutamanya negara yang bergantung harap kepada sektor pelancongan sebagai punca utama kepada pendapatan negara. Bilangannya pelancong asing dan domestik semakin hari semakin berkurangan akibat daripada aktiviti pembalakan yang mampu menjadi daya penarik utama kepada aktiviti pelancongan ke nagara kita. Sekiranya flora dan fauna ini pupus maka tarikan pelancong ke sesuatu tempat tersebut menjadi kurang kerana kehadiran mereka ibarat ada gula adanya semut. Kedatangan pelancong asing ke sesuatu tempat itu secara tidak langsung akan meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat dan hal ini juga boleh menguntungkan negara kerana pengaliran mata wang asing di dalam negara. Kepupusan flora dan fauna juga akan mengakibatkan generasi akan datang tidak mengetahui dan mengenali tentang kewujudan flora dan fauna tersebut. Selain itu,kepupusan flora menyembabkan sumber perubatan tradisional seperti kacip fatimah dan tongkat ali akan musnah akibat daripada aktiviti pembalakan. Bagi orang-orang yang tinggal di dalam kawasan hutan seperti orang asli sumber makanan dan pendapatan mereka turut terjejas akibat kemusnahan hutan yang berleluasa sekarang. Sudah terang lagi bersuluh, aktiviti pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan kepupusan flora dan fauna.

       Seterusnya, saya menjurus perbincangan dengan memilih kata kunci mauduk iaitu penerokaan hutan tanpa kawalan akan menyebabkan tanah yang dilindungi terdedah kepada pelbagai bencana alam.Hal ini berpunca daripada hutan tidak lagi dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Apabila hujan lebat melanda sesuatu kawasan, air yang turun tersebut akan terus menghakis permukaan bumi yang gondol lalu membawa hakisan tanah-tanah ini ke dalam sungai. Kejadian ini dapat kita lihat misalnya pada kejadian tanah runtuh yang sering berlaku semasa musim tengkujuh. Kejadian ini berlaku kerana ketiadaan akar tumbuhan yang mencengkam tanah terutamanya tebing atau tanah tinggi. Sungai pula akan menjadi semakin cetek sebagai akibat pemendakan tanah lumpur di dasarnya. Keadaan ini akan menyebabkan banjir kilat lebih mudah berlaku. Selain itu, tanah yang terdedah kepada pancaran cahaya matahari akan menjadi kontang dan tidak subur untuk aktiviti pertanian. Keadaan dan kejadian ini membuktikan bahawa penerokaan kawasan hutan menyebabkan manusia terdedah kepada kejadian bencana alam yang sukar diramalkan oleh akan manusia. Sekiranya pembalakan tanpa kawalan dilakukan sudah pasti masyarakat akan sentiasa hidup di dalam ketakutan kerana pelbagai kejadian atau musibah yang mengancam mereka kerana malang tidak berbau. Sudah terang lagi bersuluh, penerokaan hutan tanpa kawalan akan menyebabkan tanah yang dilindungi terdedah kepada pelbagai bencana alam.

      Selain yang dinyatakan di atas, kesan yang seterusnya berlaku apabila penerokaan kawasan dijalankan secara tidak terkawal menyebabkan kawasan tadahan air hujan terjejas. Seperti yang diketahui umum air merupakan keperluan asas kepada kesemua hidupan di muka bumi. Kandungan air bersih yang terkandung di permukaan bumi adalan sedikit jumlahnya jika dibandingkan dengan jumlah air yang tidak bersih. Oleh itu,takungan air hujan di bukit-bukit boleh menjadi sumber air bersih kepada penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman. Pada kebiasaanya aktiviti pembalakan yang dijalankan di kawasan pendalaman mungkin meninggalkan kesan yang negatif kepada penduduk setempat seperti pencemaran air yang disebabkan oleh aktiviti yang dijalankan oleh  mereka yang tidak berhati perut di hulu sungai dan hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu akibat nila setitik habis susu sebelanga. Secara lansung aktiviti manusia tidak bertamadun ini sudah pasti menimbulkan masalah kepada  penduduk yang tinggal di persekitaran kawasan tersebut. Sebagai contoh, apabila musim tengkujuh berlaku air sungai akan tercemar dengan kelodak akibat aktiviti pembalakan dan air sungai akan berwarna kuning dan tidak sesuai dijadikan sebagai sumber minuman mahupun untuk membasuh pakaian. Akibatnya penduduk terpaksa mencari alternatif untuk mendapat sumber air bersih sama ada menampung air hujan atau menggali perigi. Sekiranya situasi seperti ini berlaku sudah pasti akan menimbulkan masalah kepada mereka untuk meneruskan kehidupan secara lebih kondusif. Tegasnya, penerokaan kawasan dijalankan secara tidak terkawal menyebabkan kawasan tadahan air hujan terjejas.
                                          
       Kesimpulannya, kawasan hutan mempunyai pelbagai khazanah yang sangat bernilai dan perlu dipelihara agar ianya terus berkekalan. Pihak Kerajaan harus melakukan pemantauan dan menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas dan tidak hangat-hangat tahi ayam sahaja agar isu pembalakan haram dapat diatasi dengan sepenuhnya. Aktiviti Pembalakan secara  terancang harus diamalkan supaya hutan tidak musnah dan semua kehidupan yang menghuninya tidak akan  pupus. Kempen seperti antipengimportan kayu hutan tropika merupakan satu tindakan yang bijak daripada negara-negara maju bagi membendung masalah ini. Oleh itu, negara-negara maju harus bekerjasama dengan negara-negara yang ekonominya bergantung pada aktiviti pembalakan. Dengan cara ini pembalakan terkawal dan aktiviti pertanian terkawal dapat diperkenalkan dan diamalkan agar kehidupan masyarakat sejagat kembali normal.

Sempena Minggu Saham Amanah Malaysia, anda telah meyertai pertandingan pertandingan syarahan peringkat daerah yang bertajuk "Faedah-faedah Melabur dalam saham Amanah.
Tulis teks syarahan anda selengkapnya.


Yang dihormati Tuan Pengerusi majlis, yang berbahagia Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah, Tuan Pengetua SMK Seri Londang, para hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati. Selamat pagi dan salam 1 Malaysia. Pada pagi yang cukup cerah ini, saya, akan menyampaikan syarahan saya bertajuk “Faedah-faedah Melabur dalam Saham Amanah.

Hadirin yang dihormati,

             Sebelum saya meneruskan syarahan saya, izinkan saya mendefinisikan maksud melabur. Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa, melabur bermaksud membeli saham (syer dan sebagainya) dalam sesuatu badan perniagaan untuk tujuan mendapat keuntungan atau menanam modal. Oleh sebab itu, melabur, mereka yang terlibat dengan aktiviti pelaburan dapat menabung wang sebagai simpanan dan pada masa yang sama mereka akan menerima keuntungan aktiviti pelaburan yang dijalankan. Slogan “ Menabunglah untuk masa depan anda” amat bertepatan dengan amalan melabur tetapi pelaburan yang selamat seperti pelaburan Amanah  kerana pelaburan seperti  dijamin oleh kerajaan berbanding melabur secara terbuka. Amalan melabur di pelaburan amanah lebih baik berbanding melabur di pasaran terbuka kerana pengguna yang melabur di pasaran terbuka seperti Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) berisiko mengalami kerugian sekiranya mereka tidak arif soal pelaburan.  Hal ini kerana pengguna yang melabur di pasaran terbuka ditentukan oleh turun naiknya pasar saham dunia dan negara serta unit pelaburan yang kita laburkan di kaunter dan syarikat pelaburan yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Pada masa yang sama suasana politik, isu semasa yang berlaku di dalam dan luar negara banyak mempengaruhi saham pelaburan.. Silap langkah dan silap hari bulan, pelabur mungkin akan menghadapi kerugian. Persoalannya, apakah faedah-faedah  melabur dalam dalam saham amanah sebelum umur kita meningkat tua?

Hadirin yang dihormati.

                  Antara kepentingan melabur ialah pelabur dapat menyimpan wang untuk kegunaan pada masa tua kerana peribahasa Melayu ada mengatakan sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Seyogia, apabila umur kita semakin  meningkat, kemampuan untuk kita bekerja semakin berkurang. Tambahan pula orang di sekeling kita belum tentu dapat menyara kehidupan kita ketika umur kita tua kerana beringat sebelum kena dan berjimat sebelum habis. Oleh sebab itu, kita perlu melabur dan menabung daripada sekarang sebelum umur kita meningkat tua kerana malang tidak berbau. Kedatipun, kita mempunyai anak dan keluarga, situasi marcapada seperti keadaan sosial masyarakat modenisasi banyak memberi impak kepada warga tua. Anak buang ayah dan ibu , anak dera ayah dan ibu kerap terpapar di muka hadapan media masa. Apatah lagi sekiranya ditakdirkan semasa tua kita mengalami masalah kesihatan seperti masalah buah pinggang, kanser, menghadapi masalah jantung, menghadap masalah paru-paru dan pelbagai lagi penyakit kronik bukahkah wang simpanan kita akan memastikan kehidupan tua kita bahagia dan kita tidak perlu membebankan kehidupan. Tambahan pula, anak-anak yang semakin membesar memerlukan biaya yang semakin meningkat ditambah pula kos sara hidup keluarga semakin amat membebankan pihak ibu bapa. Perlu diingat, anak-anak yang membesarkan memerlukan ibu bapa mempunyai simpanan wang terutama apabila ada kalangan anak-anak yang memerlukan wang untuk meneruskan pengajian mereka ke menara gading atau ke asrama penuh, ibu bapa perlu mempunyai wang. Sekiranya ibu bapa alpa dan tiada duit simpanan di mana sumber wang dicari untuk menampung kos perbelanjaan untuk anak-anak kerana kawan ketika kita gembira senang dicari tetapi kawan ketika kita menangis tiada siapa yang peduli.

Hadirin yang dihormati,

                 Seterusnya, pelaburan juga boleh memberi keuntungan tambahan selain daripada pelabur  melaburkan atau menyimpan wang mereka ke dalam unit pelaburan. Seyogia pelabur perlu faham melabur di unit Amanah, pelaburan wang mereka dijamin oleh kerajaan tetapi tempoh masa yang diambil untuk mendapat keuntungah daripada wang yang dilaburkan memakan masa  yang panjang. Berbanding pelaburan secara terbuka contoh di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), pelabur mungkin akan mendapat keuntungan dengan cepat sama ada sehari, seminggu, sebulan atau berbulan-bulan kerana keuntungan pelabur diperoleh berdasarkan keuntungan atau kerugian saham semasa. Namun begitu, pelabur saham secara terbuka mendedahkan pelabur kepada keuntungan dan kerugian kaunter saham yang dipegang oleh mereka. Sebagai contoh, sekiranya pelabur membeli saham syarikat Thheay dan didapati bahawa saham berkenaan merunduh nilai asetnya di pasaran Bursa Saham Kuala Lumpur maka pelabur akan mengalami kerugian dan wang peaburannya akan merosot.  Sebaliknya melabur di saham amanah, wang pelaburan mereka diberikan amanah kepada mereka yang arif  dan profesional berkaitan pelaburan kerana hanya mutu mengenal manikam. Dalam erti kata yang lain, pelaburan dalam unit saham amanah mempunyai kelebihan tambahan berbanding pelabur menjalankan pelaburan  di pasaran terbuka kerana wang pelaburan yang mereka laburkan dikendalikan oleh golongan profesional yang sentiasa membuat penyelidikan suasana pasaran saham dan pelaburan mereka dijamin pula oleh kerajaan. Oleh sebab itu, pelabur tidak perlu risau wang pelaburan yang mereka laburkan kerana mereka akan menerima keuntungan berbentuk dividen hasil keuntungan pelaburan mereka pada setiap tahun dan boleh tidur lena dengan pelaburan mereka. Tegasnya, pelaburan juga boleh memberi keuntungan tambahan selain daripada pelabur  melaburkan atau menyimpan wang mereka ke dalam unit pelaburan


                 Selain itu, pelabur dalam unit saham amanah juga memberikan peluang kepada pelabur runcit atau perseorangan yang mempunyai modal kecil untuk turut terlibat melabur dalam sektor atau kelas aset yang memerlukan modal yang besar. Sebagai contoh, jika anda hanya mempunyai RM100 , adalah mustahil utuk anda melabur dalam operasi saham-saham yang harganya melebihi RM1.0000.000 bagi setiap unit kerana ukur baju di badan sendiri sebelum melabur. Oleh sebab itu, peraturan pembelian saham bagi pelabur runcit adalah minimum pembelian dan pelabur hanya mampu untuk membeli saham yang kecil sahaja berbanding dengan saham amanah yang membolehkan pelabur terlibat sama melabur dalam skala pelaburan yang besar dengan asetnya bernilai juta atau bilion ringgit. Seyogia, pelabur yang membeli unit saham amanah boleh melabur dalam syarikat gergasi kerana wang pelaburan mereka akan digunakan bersama-sama wang pelaburan sama ada orang perseorangan atau syarikat besar yang melabur dalam unit amanah seperti syarikat-syarikat yang dipilih dari pelbagai sektor seperti sektor telekomukasi, syarikat minyak dan gas, syarikat perladangan , syarikat pengeluar barangan pengguna, syarikat teknologi maklumat dan pelabagai lagi. Sekiranya, pengguna melaburkan wang pelaburan mereka dalam unit pelaburan saham amanah mereka mampu melabur dengan syarikat gergasi negara yang selalunya mendapat keuntungan daripada aktivtiti syarikat mereka.Sebaliknya pelabur yang melabur di pasaran terbuka hanya mampu melabur unit saham berskala kecil dan sukar untuk mendapatkan keuntungan daripada operasinya di pasaran seperti Bursa Kuala Lumpur. Sudah terang lagi bersuluh pelabur dalam unit saham amanah juga memberikan peluang kepada pelabur runcit atau orang perseorangan bermodal kecil untuk melabur dalam sektor atau kelas aset yang memerlukan modal yang besar.

Hadirin sekalian,

                  Selanjutnya, pelaburan sama ada di unit amanah mahupun pelaburan secara terbuka menggalakkan masyarakat membudayakan amalan menabung dalam kehidupan mereka. Hal ini kerana masyarakat yang menabung bermula pada peringkat umur muda amat digalakkan kerana secara langsung amalan menabung dan melabur akan mengelakkan mereka daripada membazir kerana membazir amalan syaitan. Sebagaimana kita sedia maklum dunia pascaglobalisasi dan pasca modenisasi menyebabkan masyarakat perlu bersedia untuk menghadapi pelbagai ranjau dan duri dalam kehidupan mereka. Kos sara hidup semakin meningkat setiap saat dan minit, kadar inflasi negara semakin parah iaitu kadar kemampuan pengguna untuk mendapatkan barangan atau perkhidmatan semakin sukar apabila nilai wang ringgit semakin mengecil menyebabkan masyarakat memerlukan wang yang lebih banyak berbanding kehidupan mereka 20 tahun dahulu untuk meneruskan kehidupan semasa agar kehidupan mereka lebih sempurna. Seyogia, masyarakat memerlukan wang pada saat tertentu untuk memastikan setiap mereka mampu untuk meleraikan sebarang masalah yang menghimpit kehidupan semasa. Contohnya, harga barangan sentisa meningkat, kos untuk mendapatkan rawatan doktor semain tinggi, kos membayar api dan elektrik semakin naik, kos minyak semakin hari semakin meningkat dan pelbagai lagi masalah yang menghimpit masyarakat  dan semua masalah berkenaan akan dapat diselesaikan sekiranya masyarakat mempunyai wang. Oleh sebab itu, apabila masyarakat mempunyai wang dalam bentuk simpanan dan pelaburan, mereka akan mudah untuk melayari kehidupan dengan lebih baik, berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai simpanan. Sekianya masyarakat membudayakan amalan menabung mereka sudah pasti yang disimpan dalam bentuk simpanan dan pelaburan mampu menjamin kehidupan masyarakat lebih sempurna pada masa mendatang kerana malang tidak berbau dan langit tidak semestinya sentiasa cerah. Sudah terang lagi pelaburan sama ada di unit amanah mahupun pelaburan secara terbuka menggalakkan masyarakat membudayakan amalan menabung dalam kehidupan mereka.

                  Sebagai pengakhiran syarahan saya ini, saya akan menumpukan perhatian kepada tajuk melabur mampu mengurangkan inflasi dan memajukan ekonomi negara. Hal kerana kenaikan dan penurunan harga barangan bergantung kepada penawaran dan permintaan barangan yang ditawarkan oleh penjual. Seyogia, masyarakat sebagai pengguna merupakan faktor penentu harga barangan kerana harga sesuatu barangan ditentukan oleh keluk penawaran individu. Berdasarkan keluk penawaran kita boleh membayangkan iaitu semakin banyak barangan berkenaan dibeli oleh pengguna secara langsung akan menyebabkan harga barangan berkenaan akan meningkat tanpa kawalan. Oleh sebab itu, pengguna atau pembeli merupakan raja yang akan menentukan kenaikan atau penurunan barangan. Sekiranya seorang penguna dapat mengawal pembelian sesuatu barangan maka secara automatik harga barangan akan menurun dan sebaliknya jika pengguna membeli barangan dengan banyak maka harga barangan akan meningkat, justeru dengan budaya menabung dan melaburkan wang di pasaran amanah akan mampu mengawal harga barangan dan mengurangkan inflasi negara. Bahkan, dengan menabung dan melaburkan wang ke dalam saham amanah, pelabur dapat membantu untuk meningkatkan ekonomi negara. Wang pelaburan yang dilaburkan akan digunakan oleh kerajaan untuk meningkatkan kemajuan sektor perniagaan, sektor perladangan, sektor komunikasi, sektor pelancongan dan pelbagai lagi. Hal ini kerana kerajaan sesebuah negara akan maju apabila wang pelaburan berkenaan dapat digunakan untuk memajukan negara selain sistem cukai yang dikenakan kepada sektor perbankan. Setiap sen wang pelabur dapat membantu untuk membangun sebagai negara maju selaras dengan harapan negara untuk mencapai negara maju pada tahun 2020. Dalam masa yang sama pelabur akan menerima keuntungan hasil daripada pelaburan yang dibuat dalam bentuk dividen pada setiap tahun dan situasi ini berkait dengan peribahasa Melayu,  sambil menyelam minum air. Sekiranya  masyarakat  membudayakan amalan menabung sambil melabur sudah pasti bukan sahaja mereka menerima keuntungan tetapi budaya berkenaan akan dapat memajukan negara. Tegasnya, terbukti amalan menabung sambil melabur mampu mengurangkan inflasi dan memajukan ekonomi ekonomi negara tercinta.

Hadirin sekalian.

Berdasarkan hujah-hujah saya di atas jelaslah kemaslahatan yang akan kita terima sekiranya amalan menabung di unit amanah  dapat dibudayakan  daripada awal kehidupan. Antara kemashalatannya ialah kita akan hidup bahagia semasa umur kita tua, kita akan dapat menyediakan payung sebelum hujan apabila kita dilanda bencana dan musibah, kita akan mendapat keuntungan dari wang yang kita tabung dan laburkan, kita juga akan dapat mengawal harga barangan dan inflasi dan secara tidak langsung dengan manabung dan melabur kita akan dapat memajukan negara tecinta.


 Marcapada, dunia dan negara pascaglobalisasi dan pascamodenisasi  memperlihatkan perkembangan pesat penggunaan media sosial bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan terutama dengan adanya teknologi maklumat serta aplikasi dan gajet berasaskan internet. Media sosial ini bukan sahaja berfungsi sebagai wahana mempercepatkan penyebaran maklumat malah telah menjadi satu medium kepada ahli perniagaan untuk memperagakan barangan jualan mereka sama ada berbentuk barangan hasil buatan ataupun  perkhidmatan menggunakan Internet yang dikenali sebagai e-dagang. Hal ini kerana dengan  aplikasi e-dagang, peniaga boleh melakukan urusan jual beli dengan pengguna melalui Internet secara mudah kerana maklumat di hujung jari dan dunia tanpa sempadan. Seyogia, marcapada aktiviti perniagaan Internet semakin terkenal dan mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat, selaras dengan kemajuan pembangunan dan ekonomi negara. Senario kewujudan pelbagai prakarsa laman sosial seperti facebook, istagram, wiki, Myspace, blogger, friendster, twitter, You Tube, dan sebagainya telah merancakkan lagi jualan barangan dan perkhidmatan menggunakan Internet. Di samping itu, perniagaan Internet bukan sahaja khusus kepada syarikat-syarikat besar, malah terdapat juga syarikat kecil yang mengambil kesempatan  menceburi perniagaan Internet atas dasar perniagaan berkenaan mampu menambah pendapatan syarikat mereka. Bahkan juga, ada kalangan peniaga di Internet melibatkan orang perseorangan, walaupun mereka sudah mempunyai pekerjaan tetap tetapi akibat kos sara hidup yang semakin meningkat saban hari mereka mengharapkan berniaga di Internet mampu mengurangkan bebanan mereka terutama untuk menanggung keperluan seharian ahli keluarga. Dalam laporan Wave 5 oleh Universal MacCann pada Oktober 2010, seramai 1. 5 juta orang melawat laman sosial dalam talian setiap hari. Hal ini membuktikan perniagaan di Internet kini semakin mendapat sambutan hangat daripada kalangan peniaga mahupun pengguna yang mengambil kesempatan atas kemudahan membeli terus secara atas talian. Persoalannya yang perlu dibicarakan ialah apakah kelebihan perniagaan secara atas talian kepada pengguna dan peniaga?

       Sebagai pelajar berminda kelas pertama, saya akan membicarakan kelebihan aplikasi perniagaan atas talian menggunakan minda pelajar kelas pertama dengan kata kunci mauduk, aplikasi perniagaan di Internet menjimatkan masa dan kos. Sebagaimana kita sedia maklum, penggunaan e-dagang berpaksikan penggunaan aplikasi dan gajet berasaskan Internet sama ada dengan menggunakan komputer riba dan terkini dengan menggunakan telefon pintar. Seyogia, gajet teknologi maklumat dan komunikasi atau dalam bahasa Inggerisnya disebut “information and communication teknology” atau akronimya ICT merupakan perniagaan yang tidak memerlukan ruang atau tempat contohnya seperti kebiasaan perniagaan lain yang memerlukan kedai atau pasar raya untuk menjalankan proses jual beli. Sebagai contoh premis peniagaan yang menawarkan jual beli atas talian seperti Lazada, Shoppe, mudah.my, Lazada.com.my dan sebagainya. Proses jual beli menggunakan e-dagang boleh berlaku di skrin komputer atau telefon bimbit sahaja.dan jual beli boleh berlaku apabila pengguna menekan papan kekunci komputer riba atau telefon pintar, justeru, pembelian secara internet akan menguntungkan kedua belah pihak sama ada pengguna atau peniaga dengan istilah “menang menang”. Bagi pihak peniaga mereka tidak perlu menggunakan kos untuk menyewa tepat perniagaan atau pekerja dan bagi pihak pengguna mereka tidak perlu menghabiskan masa berjam-jam kerana masa itu emas hanya untuk membeli dan membayar barangan keperluan di kedai atau pasar raya. Bahkan juga pengguna tidak perlu membuang duit untuk membayar kos petrol untuk mengerakkan kenderaan malah tidak perlu untuk membayar parkir kereta. Besar kemungkinan mereka hanya perlu membayar kos penghataran dan adakalanya peniaga akan menyerap kos penghantaran tanpa memerlukan pengguna untuk membayarnya. Sekiranya, pengguna dan peniaga menggunakan e-dagang sebagai aktiviti pembelian atau jualann sudah pasti kos sara hidup yang ditanggung penguna akan berkurang dan peniaga akan mendapat keuntungan yang lebih baik berbanding menjual barangan secara kebiasaan yang dilakukan oleh peniaga lain. Tegasnya, sudah terang lagi bersuluh aplikasi perniagaan di Internet dapat menjimatkan masa dan kos kepada pengguna dan peniaga.

             Seterusnya, saya akan melebarkan lensa perbincangan dengan kata kunci aplikasi perniagaan secara atas talian membolehkan pihak pengguna memilih pelbagai pilihan produk yang ditawarkan oleh pihak peniaga. Sebagaimana kita sedia maklum antara premis maya yang menawarkan pembelian atas talian seperti Zalora, Lazada, Shopee, mudah.my, dan sebagainya. Pelbagai barangan yang ditawarkan oleh setiap premis maya ini dengan cara mengiklankan produk keluaran mereka seperti baju, seluar, beg. tali pinggang, cermin mata, sehinggalah kereta semuanya ada di dalam laman sesawang premis maya mereka, namun begitu elakkan membeli barangan yang membazir kerana peribahasa Melayu ada mengatakan ikut hati mati, ikut rasa binasa.  Premis maya memudahkan pelanggannya memilih barang secara alternatif  dan pengguna hanya perlu mengklik pada papan kekunci atau menggunakan mengklik tetikus untuk memilih pelbagai barangan ditawarkan di skrin komputer riba atau telefon pintar dan bebas memilih barangan yang berkenan di hati mereka serta sesuai dengan harga barangan yang ditawarkan kerana alah membeli, menang memakai. Namun untuk masuk ke laman sesawang premis maya ini, pengguna boleh menggunakan enjin carian seperti google,  Opera Browser, Firefox, Internet Explorer, Dolphin Browser dan sebagainya. Setiap proses pembelian akan berlaku sekiranya, pengguna bersetuju dengan syarat pembelian dan bayaran boleh dilakukan dengan mengguna kad debit, kad visa, atau "mastercard" tanpa memerlukan pengguna membayar di premis maya. Pelbagai barangan yang dipilih oleh pengguna pokoknya pengguna perlu bijak berbelanja. Sekiranya pengguna merupakan pengguna yang bijak, mereka akan mendapat pelbagai kemudahan dan kelebihan dengan membeli barangan atas talian. Sebaliknya pengguna yang boros berbelanja mereka akan menerima kesan dengan membeli barangan atas talian secara berlebihan kerana sebelum membeli ukur baju di badan sendiri dan berbelanja berlebihan amalan syaitan. Tegasnya, perniagaan secara atas talian membolehkan pihak pengguna memilih pelbagai pilihan produk yang ditawarkan oleh pihak peniaga.

                Berdasarkan akliah pelajar berminda kelas pertama saya meneruskan perbincangan dengan menggunakan kata kunci mauduk iaitu perniagaan atas talian mampu meluaskan pasaran produk syarikat besar ke pasaran global atau antarabangsa. Hal ini kerana dengan menggunakan e-dagang syarikat besar boleh melebarkan sayap pasaran mereka ke segenap penjuru alam kerana dengan Internet dunia tanpa sempadan. Seyogia, peniaga yang ingin memacu perniagaan secara global memerlukan mereka menyediakan aset yang cukup dan bukan sekadar indah khabar dari rupa, maksudnya syarikat perniagaan berkenaan perlu menerima hakikat bahawa pasaran sebegini memerlukan mereka bersiap siaga dari segi aset dan kewangan yang melibatkan jutaan ringgit malah mungkin bilion ringgit untuk memberi kepercayaan kepada pengguna sama ada mereka dari kalangan syarikat asing atau penguna antarabangsa. Sebagai contoh, pengusaha pelancongan yang mengiklankan syarikat mereka bukan saya di e-dagang malah di bloger , facebook, istagram dan pelbagai lagi laman sosial yang lain perlu mempunyai aset seperti kenderaan untuk urusan pergerakan pelancong, hotel atau chalet bertaraf mewah, penyediaan makanan yang sistematik, pemandu pelancong yang profesional yang akan memandu pelancong asingsepanjang keberadaan mereka di Malaysia, malah penguasa pelancongan berkenaan juga perlu mempunyai jaringan dan kolaborasi dengan pengusaha kawasan pelacongan tempatan agar pelancong antarabangsa yang inginkan suasana santai, eksotik, dan yang menepati cita rasa mereka. Pada masa yang sama, kedatangan pelancong asing ini akan meningkatkan periuk nasi pengusaha pelancongan yang lain malah akan meningkat pendapatan negara apabila berlakunya pengaliran wang asing ke nagara kita tercinta.

                  Sebagai pelajar berminda kelas pertama, saya akan memperluas lensa perbincangan dengan mengemukakan isi keempat dengan kata kunci mauduk iaitu perniagaan atas talian juga memudahkan pelancong asing atau pelancong tempatan memilih hotel yang sama taraf mutu perkhidmatanya tetapi kos yang perlu dikeluarkan lebih murah kerana alah membeli menang memakai. Hal ini dapat kita saksikan dengan kewujudan laman sesawang seperti Trivago, Agoda, TripAdvisor, Expedia, Hotels, Booking, merupakan antara laman sesawang yang banyak membantu pelacong untuk membuat pemilihan hotel yang perlu ditempah secara bijak kerana laman sesawang berkenaan membolehkan pelancong memilih hotel yang menawarkan perkhidmatan terbaik dengan kadar sewa yang murah. Sebagai contoh, dua hotel menawar ruang bilik dengan kemudahan dan perkhidmatan tambahan yang sama seperti Hotel Angsana dan Hotel Seri Malaysia di dapati Hotel Angsana mengenakan bayaran RM 500.00 sehari semalam sedangkan Hotel Seri Malaysia menawarkan bayaran yang sama untuk ruang tamu yang sama dan perkhidmatan yang sama, sudah pasti pelancong yang bijak bebelanjan akan menempah Hotel Seri Malaysia untuk program pelancongan mereka. Sekiranya pelancong menggunakan laman sesawang yang tertera di atas sebagai wahana penentu hotel yang ingin disewa, sudah pasti kos pelancongan mereka akan menajdi lebih murah kerana hanya mutu yang mengnal manikam. Sebaliknya pelancong yang tidak menggunakan laman sesawang berkenaan untuk menentukan hotel yang mereka pilih, sudah pasti mereka akan membazirkan wang kerana membazir amalan syaitan. Sudah terang lagi bersuluh, perniagaan atas talian juga memudahkan pelancong asing atau pelancong tempatan memilih hotel yang sama taraf mutu perkhidmatanya tetapi kos yang perlu dikeluarkan lebih murah.

       Intihanya, perkhidmatan dan juga perkembangan media sosial negara sememangnya sudah berada pada tahap yang semakin maju dari semasa ke semasa. Dengan kemodenan bidang teknologi telekomunikasi pelbagai usaha dalam bidang perniagaan dapat berkembang pesat ditambah pula dengan inisiatif daripada pihak kerajaan untuk memastikan media sosial ini diimplimentasikan sepenuhnya oleh masyarakat di Malaysia untuk memacu negara ke arah negara maju pada tahun 2020 . Pelbagai pelan dan juga pembinaan infrastruktur ICT telah dibangunkan dan akan dibangunkan oleh kerajaan pada masa akan datang dengan inisiatif Jalur Lebar Negara atau "National Broadband Initiative" (NBI) telah dilancarkan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Sri Najib Tun Razak pada 24 Mac 2010. Inisiatif yang didokongi oleh Kerajaan Malaysia menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM - MCMC) ini merupakan suatu pelan "Strategi bagi Pengimplementasian Jalur Lebar Nasional" . Hal ini sejajar dengan perkembangan pesat sistem media sosial yang telah diterapkan oleh beberapa negara maju dan negara lain yang sedang membangun untuk memacu pertumbuhan ekonomi masing-masing. Pihak kerajaan juga telah menyediakan peruntukan yang besar untuk memastikan segala kelengkapan dan juga keperluan dalam sektor yang berkaitan dengan ICT ini dapat dibangunkan dan dapat memberi manfaat yang berguna kepada masyarakat pengguna media sosial di Malaysia khususnya.Semoga Malaysia mampu bersaing dengan negara luar agar Malaysia mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju dunia.
                 

 Marcapada, tugas membentuk kalangan pelajar bermoral, bersahsiah dan berdisiplin tinggi amat mencabar minda pentadbiran sekolah akibat pelbagai kerenah dan masalah pelajar yang timbul sekarang. Selalunya masyarakat terutama ibu bapa beranggapan tugas membentuk sikap dan altitud moral dan sahsiah pelajar terletak di pundak pentadbir sekolah dan juga guru-guru. Seyogia,  tugasan membentuk kemenjadian pelajar juga harus digalas oleh ibu bapa dan pemimpin sekolah sebagai pembantu serta pelengkap usaha membentuk disiplin dan sahsiah terpuji pelajar. Kebejatan  isu salah laku disiplin dalam kalangan pelajar sering menjadi buah mulut orang ramai malah sudah menjadi isu basi yang meniti daripada mulut ke mulut jagatraya ini. Statistik menunjukkan bahawa lebih daripada 53 peratus remaja Malaysia mengalami kebejatan moral yang kritikal dan kerap kali menyumbang kepada peratus salah laku yang kian meningkat dari hari ke hari. Tambahan pula, dengan kehadiran gajet atau peranti moden seperti telefon pintar bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan melitupi minda pelajar kerana secara langsung dunia tanpa sempadan mempengaruhi akhlak mereka dan meningkatkan lagi pidana salah laku dalam kalangan pelajar. Kesedaran tentang peranan- peranan penting yang perlu digemblengkan oleh pihak sekolah dan guru-guru, menyebabkan peranan pemimpin sekolah amat ditagih kerana tanpa kolaborasi mereka, objektif utama pihak sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang, dan terbilang tidak akan kesampaian. Tambahan pula, remaja sekolah kini masih leka dengan fantasi dunia modenisasi mereka sehingga mengabaikan nilai  moral yang positif dan mengutamakan nilai hedonisma dan terdapat juga segelintir pelajar melakukan vandalisme dalam kehidupan mereka. Seyogia, peranan pemimpin sekolah seperti pengawas sekolah memang diperlukan untuk membantu pihak sekolah dalam membanteras salah laku disiplin rakan- rakan sebaya di sekolah. Persoalannya, apakah peranan pemimpin sekolah atau pengawas di sekolah mayapada?

                Pengawas sekolah berfungsi untuk membantu pihak sekolah serta guru- guru memantau dan menguatkuasakan peraturan dan undang-undang sekolah agar sekolah sentiasa dalam keadaan yang terkawal sama ada dari segi disiplin mahupun keceriaan sekolah. Pengawas sekolah kebiasaanya dilantik oleh guru-guru dalam kalangan pelajar yang berdedikasi, bertanggungjawab dan dihormati dalam kalangan pelajar sekolah. Pada masa yang sama, mereka perlu mengungguli setiap kecemerlangan di sekolah, sama ada dalam kurikulum, mahupun kokurikulum dan yang paling penting pengawas sekolah perlu menjalankan tugasan mereka penuh amanah dan bertanggungjawap. Dengan cara ini, pemimpin sekolah iaitu barisan pengawas sekolah dapat membantu pihak sekolah mengurangkan salah laku disiplin dan seterusnya melaksanakan setiap arahan sekolah agar keadaan sekolah sentiasa kondusif dan terkawal serta pembelajaran pelajar di sekolah akan sentiasa berlaku dalam keadaan ceria. Contohnya, jika  keadaan kelas tidak bersih, sampah sarap berteraburan sama ada di dalam atau luar kelas, pengawas sekolah boleh melaporkan situasi berkenaan kepada pihak pentadbir sekolah agar tindakan yang setimpal dapat diambil kepada kelas berkenaan atau jika ada terdapat dalam kalangan pelajar yang terlibat menyebabkan situasi berkenaan berlaku. Hal ini mampu untuk memudahkan guru dan pelajar menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih sempurna dan kondusif. Sekiranya, pengawas sekolah mampu memainkan peranan mereka menguatkuasakan undang-undang dan peraturan sekolah sudah pasti disiplin pelajar terkawal dan pelajar akan dapat menumpukan tanggungjawab mereka memastikan kebersihan kelas sentiasa ceria dan paling utama tanggungjawab mereka terhadap keluarga untuk menjadi pelajar cemerlang dalam pelajaran. Sebaliknya, pengawas yang gagal menjalankan peranan mereka sebagai wahana dan pemangkin untuk melahirkan pelajar cemerlang,gemilang dan terbilang, sudas pasti keadaan sekolah akan huru hara dan objektif sekolah untuk melahirkan kemenjadian pelajar  cemerlang, gemilang dan terbilang tidak akan kesampaian. Tegasnya, pengawas sekolah berfungsi untuk membantu pihak sekolah serta guru-guru menguatkuasakan peraturan dan undang-undang sekolah agar disiplin pelajar sentiasa dalam keadaan yang terkawal

                Selain itu, pengawas sekolah berperanan sebagai ikon atau idola  yang membawa pengaruh positif kepada rakan sekolah sebaya kerana gerak geri atau perbuatan mereka sama ada  cara percakapan, cara berpakaian, cara belajar dan apa sahaja tingkah laku mereka menjadi ikutan pelajar. Hal ini demikian kerana rakan pelajar amat teruja dengan sifat kepimpinan positif yang diperaga oleh mereka dalam kehidupan.  Menurut kata Dr. Ary Ginanjar Agustian, seorang motivator yang berasal dari Indonesia dalam salah satu programnya, “salah satu faktor menjadi ketua dan menghapuskan yang bathil ialah seseorang itu haruslah berpengaruh”. Berdasarkan ungkapan beliau berkenaan terbukti bahawa sifat keyakinan diri serta sifat terpuji pengawas sekolah mampu membawa pengaruh positif kepada rakan pelajar terutama dalam kalangan pelajar yang nakal atau rosak akhlaknya sekali gus mendorong mereka  berubah menjadi pelajar yang mampu menjadi benih yang baik dicampak ke angkasa menjadi kejora, dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke daratan menjadi penawar. Walaupun begitu bukan mudah untuk melaksanakan usaha dan tugasan membentuk kemenjadian pelajar cemerlang, namun sehari selembar benang lama- lama menjadi kain. Sekiranya sifat terpuji pengawas sekolah menjadi ikon, dan idola pelajar sudah pasti impian pentadbir sekolah dan guru-guru untuk melahirkan pelajar sebagai insan berguna dalam kalangan masyarakat akan menjadi kenyataan. Sebaliknya, pengawas yang tidak mampu menjalankan tanggungjawab yang diharapkan dan diteladani oleh para pelajar, sudah pasti kehadiran mereka tidak memberi apa-apa kesan kepada rakan pelajar dan menghampakan pihak pentadbir dan guru-guru. Sudah terang lagi bersuluh, pengawas sekolah berperanan sebagai ikon atau idola  yang membawa pengaruh positif kepada rakan sebaya.

                Di samping itu, saya juga keberadaan pengawas sekolah mampu menurunkan bilangan kes salah laku disiplin dalam kalangan rakan sebaya. Hal ini kerana sebagai pengawas sekolah yang berkaliber dan bertanggungjawab serta berpengaruh, mereka seharusnya mampu mendekatkan diri dan menasihati rakan pelajar yang bergelumang dengan kebejatan moral marcapada seperti ponteng sekolah, merokok, membuli rakan pelajar yang lemah, melakukan vandalisme seperti merosakkan harta benda sekolah dan sebagainya. Menurut hadis Rasulullah S.A.W. , “nasihat- menasihati akan menjadi kurang pada akhir zaman”. Oleh sebab itu, sebagai pengawas sekolah yang prihatin dan bertanggungjawab mereka perlu menegakkan yang hak dan menghapuskan yang bathil melalui peranan dan tanggunjawab mereka menasihati menasihati rakan sebaya rosak akhlaknya. Sebagai contoh, apabila terdapat dalam kalangan pelajar sekolah merosakkan harta benda sekolah seperti menconteng dinding bangunan sekolah, merosakkan tandas sekolah sekolah, merosakkan paip air sekolah dan pengawas  sekolah perlu menasihati mereka dengan menjelaskan bahawa perbuatan mereka tersebut telah memburukkan imej sekolah serta merugikan mereka sendiri dan orang lain sebagai pengguna kerana kemudahan yang disediakan adalah untuk kemudahan mereka gunakan seharian.  Pabila kemudahan awam yang disediakan rosak sudah pasti mereka sendiri dan rakan pelajar yang lain memerlukan kemudahan berkenaan akan menghadapi masalah sekali gus  kehidupan mereka sebagai pelajar akan terganggu dan pembelajaran kondusif tidak akan berlaku. Sekiranya, pengawas sekolah berjaya membanteras tingkah laku negatif segelintir rakan sebaya yang melakukan perbuatan vandalisme berkenaan, sudah pasti  pelajar akan dapat belajar dengan kondusif dan imej sekolah akan dipandang tinggi oleh masyarakat. Tegasnya, keberadaan pengawas sekolah mampu menurunkan bilangan kes salah laku disiplin dalam kalangan rakan sebaya.

                Bukan itu sahaja, pengawas sekolah yang bertanggungjawab juga berperanan membantu program sekolah yang dianjurkan oleh guru kaunselor untuk membentuk tingkah laku terpuji dalam kalangan rakan sebaya. Segelintir pelajar melakukan kesalahan disiplin  berpunca daripada permasalahan keluarga, permasalahan hubungan dengan rakan-rakan dan ada juga akibat masalah peribadi. Hal- hal sedemikian telah memberi tekanan kepada mereka dan akhirnya mereka melakukan kesalahan disiplin dan melanggar peraturan sekolah kerana budaya hendonisme dan vandalisme yang melingkari kehidupan mereka. Seyogia, pengawas sekolah yang prihatin dan bertanggungjawab perlu menawar diri untuk membantu guru kaunselor berbekalkan simpati yang mengusik sanubari. Kolaborasi pengawas dan guru kaunseling membanteras dan menasihati rakan sebaya merupakan contoh yang terbaik untuk membantu rakan sebaya untuk tidak terus bergelumang dengan budaya hedonisme dan vandalisme yang akhirnya menyebabkan kes salah laku dan disiplin  meningkat. Contohnya, rakan sebaya yang melakukan vandalisme seperti menconteng sekolah, merosakkan kemudahan sekolah, dan merosakkan paip air sekolah. Perbuatan yang mereka lakukan hanya untuk keseronokkan yang tidak bertempat akibat budaya hendonisme dan vandalisme mencemari akhlak dan budi kehidupan mereka tanpa memikirkan natijah yang akan berlaku selepas perbuatan tersebut dilakukan, dan impaknya kepada pengguna yang lain yang akan menghadapi masalah. Pabila pengawas dengan bantuan guru kaunselor menasihati golongan pelajar yang melakukan perbuatan tidak senonoh ini diharapkan mereka tidak mengulanginya lagi demi kesejanteraan pelajar-pelajar yang lain. Tegasnya, pengawas sekolah yang bertanggungjawab juga berperanan membantu guru kaunselor membentuk tingkah laku terpuji dalam kalangan rakan sebaya

                Akhir sekali, pengawas sekolah perlu sentiasa berbincang dengan  pentadbir sekolah agar undang- undang sekolah boleh diperketat dan dikuatkuasakan sepenuhnya. Undang- undang yang luwes dan tidak dikuatkuasakan sepenuhnya tidak akan dapat mengurangkan kesalahan disiplin pelajar, malah penguatkuasaan yang tidak dijalankan secara berterusan atau dalam erti kata lain tidak dikuatkuasakan hanya akan menyumbang kepada peratusan salah laku pelajar yang meningkat naik saban tahun. Sekolah yang terbilang diukur pada undang- undangnya yang ketat dan sentiasa dikuatkuasakan. Tamsilannya, pelajar yang melakukan kesalahan berat seperti membuli, dan merokok di kawasan sekolah dan kesalahan berat yang lain, haruslah dikenakan tindakan buang sekolah. Seyogia,  kaedah perdana ini mampu mengurangkan salah laku pelajar kerana dengan tindakan seperti demikian akan menyebabkan pelajar akan berfikir dua kali sebelum melakukan kesalahan-kesalahan berkenaan. Sekiranya pihak pentadbir sekolah tidak ambil pusing permasalahan pelajar dan tidak menguatkuasakan undang-undang atau peraturan sekolah, sudah pasti para pelajar yang rosak akhlaknya akan terus bermahajarela dan akan mengulangi perbuatan terkutuk mereka tanpa menghiraukan kesan akibat perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab bagai duri dalam daging yang akhirnya menimbulkan beban kepada pentadbir sekolah dan kepada pelajar-pelajar lain. Sebaliknya, dengan adanya penguatkuasaan undang-undang secara berterusan sudah pasti keadaan disiplin pelajar akan terkawal dan peratusan salah laku di sekolah akan dapat dikurangkan. Sudah terang lagi bersuluh, pengawas sekolah perlu sentiasa berbincang dengan  pentadbir sekolah agar undang- undang sekolah diperketat dan dikuatkuasakan sepenuhnya.

                Deduksinya, kesemua peranan pengawas sekolah seperti pengawas sekolah berfungsi untuk membantu pihak sekolah serta guru-guru menguatkuasakan peraturan dan undang-undang yang  dilaksanakan di sekolah, pengawas sekolah berperanan sebagai ikon atau idola  yang membawa pengaruh positif kepada rakan sekolah sebaya, pengawas sekolah yang bertanggungjawab juga berperanan membantu program sekolah yang dianjurkan oleh guru kaunselor, pengawas sekolah perlu sentiasa berbincang dengan  pentadbir sekolah agar undang- undang sekolah diperketat dan dikuatkuasakan sepenuhnya antara prakarsa yang perlu diambil kira dan diaplikasikan agar disiplin pelajar sentiasa dalam keadaan yang terkawal dan mampu membantu pihak sekolah dalam menangani kes salah laku disiplin pelajar sekolah dan seterusnya  mampu menjadikan sekolah- sekolah di Malaysia menjadi cemerlang, gemilang terbilang. Semua pihak hendaklah bahu-membahu agar masalah ini dapat kita bendung bersama supaya aspirasi negara dan harapan pemimpin untuk mengejar kemajuan dan ketamadunan negara tidaklah sekadar angan- angan Mat Jenin.

1.    Dalam menghadapi dunia semakin mencabar ini ilmu pengetahuan dalam pelbagai        bidang  penting dalam kehidupan seseorang. 
             Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menambahkan ilmu                      pengetahuan.
      ** Karangan di atas merupakan karangan dimensi diri dan ada perlu menulis karangan di atas mengunakan ganti nama diri pertama iaitu saya.

   

                         "Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad" dan " Ilmu Jambatan Hidup" . Itulah antara dua kata-kata yang membuktikan bahawa ilmu sangat penting dalam kehidupan saya sebagai manusia yang ingin berjaya dalam kehidupan. Marcapada, jika saya  tidak mempunyai ilmu, saya akan ketinggalan dan  akan mengalami kesusahan dalam kehidupan ketika saya dewasa nanti. Jika saya tidak berilmu, saya boleh diibaratkan seperti katak di bawah tempurung akan sentiasa ketinggalan dalam pelbagai aspek dalam kehidupan sama ada aspek sosioekonomi, mahupun sosiobudaya. . Untuk mendalami ilmu, saya perlu berusaha dengan gigih kerana ilmu tidak datang sendiri melainkan dengan usaha yang berterusan. Bak kata peribahasa Melayu, yang bulat tidak datang menggolek dan yang pipih tidak datang melayang. Menurut Hadis, Rasululah pernah meriwayatkan tuntutlah ilmu sehingga ke nagara China. Berdasarkan kenyataan di atas, sudah terang lagi bersuluh, ilmu pengetahuan amat penting dalam kehidupan dan saya perlu berusaha untuk menggapainya, bak kata peribahasa Melayu genggam api biarlah jadi arangmenjeluk perkasam biarlah sampai ke pangkal lengan, begitulah konsep sepatutnya menjadi pegangan saya lakukan untuk mengembangkan ilmu di dada. Bahkan juga, ilmu pengetahuan mampu mengubah kehidupan keluarga saya terutama untuk memecah kepompong kemiskinan keluarga yang sering menghantui keluarga saya mayapada. Sekiranya saya tidak mengambil kesempatan mengubah kehidupan keluarga saya dengan meningkatkan ilmu pengetahuan, sudah pasti kehidupan keluarga saya tidak akan berubah dan berada pada takuk yang lama. Persoalannya, bagaimanakah saya mampu untuk menambah ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang demi menyediakan kehidupan saya dan keluarga cemerlang pada masa akan datang.

             Mari kita bersama-sama mengupas isi pertama saya iaitu cara saya memperoleh ilmu pengetahuan iaitu melalui pembacaan. Hal ini kerana ayat pertama yang diturunkan Allah kepada junjungan besar Nabi Muhammad ialah surah Al-Alaq...Wahyu tersebut disampaikan oleh Malaikat Jibrail dengan berkata, 'Bacalah wahai Muhammad! ' Beliau bersabda: "Aku tidak pandai membaca."  Sabda Rasulullah lagi, lalu malaikat memegang dan memelukku erat-erat, ketika aku merasakan kepayahan ia pun melepasku. Sudah terang lagi bersuluh betapa dalam Islam konsep membaca amat diutamakan selaras dengan Surah Al-Alaq di atas, Malaikat Jibrail meminta Rasululah membaca walaupun beberapa kali Rasulullah menyatakan bahawa beliau tidak tahu membaca. Oleh sebab itu, sebagai khalifah di muka bumi saya sebagai generasi yang sedar akan peri pentingnya ilmu dalam kehidupan seharusnya membudaya membaca dalam kehidupan seharian saya. Sebagai khalifah pada zaman moden pelbagai cara membolehkan saya memperoleh ilmu dengan membaca kerana membaca gedung ilmu . Kita boleh membaca secara konvensional dengan membaca buku pelbagai aspek ilmuan seperti bahasa, matematik, sains dan sebagainya. Seyogia, pada zaman moden ini, maklumat di hujung jari, dan dunia tanpa sempadan kerana saya boleh melayari pelbagai sumber ilmu menggunakan pelbagai peranti sama ada dengan komputer riba atau gadjet terkini telefon pintar, dan cara pembacaan ini bukan sahaja pantas dan murah tetapi bahan pembacaan boleh diperoleh dengan pelbagai pendekatan sama ada melalui video dengan melayari laman sesawang Youtube, atau melalui bahan berbentuk bahan bertulis sam ada berbentuk powerpoint, atau melalui teks. Sekiranya saya cakna dengan maklumat berkenaan sudah pasti saya menjadi orang berilmu kerana orang berilmu diperlukan dalam kalangan masyarakat kotemporori dan saya akan dihormati. Kesimpulannya, ilmu pengetahuan membolehkan saya meningkatkan ilmu pengetahuan terutama melalui pembacaan sama ada secara konvensional iatu yang boleh saya dapati daripada buku, mahupun menggunakan teknologi terkini menggunakan telefon pintar arau komputer riba.


              Mari kita selusuri perbincangan seterusnya dengan menggunakan minda pelajar kelas pertama dengan kata kunci isi kedua iaitu cara saya menuntut ilmu pengetahuan dengan memberi tumpuan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Guru ibarat lilin membakar diri untuk menerangi kehidupan pelajar, justeru adalah sangat malang jika saya tidak mengambil pusing dengan tidak menumpu perhatian kepada proses pengajaran guru. Selain itu, amalkan bertanya sekiranya kita tidak memahami penerangan guru kerana malu bertanya sesat jalan dan malu biarlah bertempat. Oleh sebab itu, saya sebagai pelajar yang proaktif memerlukan saya sentiasa melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana dengan langkah sedemikian rupa saya akan menjadi  pelajar yang berjaya dan disayangi guru. Selalunya pelajar dalam kategori ini akan sentiasa mengungguli tempat pertama dalam peperiksaan, sama dijalankan oleh pihak sekolah atau peperiksaan umum yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia . Bahkan konsep mencatat setiap penerangan guru juga merupakan amalan terpuji kerana adakalanya penerangan guru tidak ada dalam nota tetapi keluar secara spontan semasa pengajaran guru kerana proses mengunakan deria telinga untuk mendengar, deria mata untuk melihat dan angota tangan dan jari jemari mencatat akan memudahkan proses memantapkan ingatan saya semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru semasa di dalam kelas. Menurut seorang pakar psikologi pernah mengatakan bahawa “ lima puluh peratus kejayaan pelajar-pelajar adalah disebabkan kerana mereka memberikan sepenuh perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Selain itu, saya juga  perlu mengelakkan diri saya daripada melakukan perbuatan yang menimbul kemarahan guru seperti bersembang, dan mengganggu proses guru semasa beliau mengajar kerana konsentrasi guru akan hilang semasa mengajar apabila situasi berkenaan berlaku, dan selalunya pelajar dalam kategori ini akan berada di belakang pelajar yang berjaya. Kesimpulannya, Jika saya tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan menjadi lalat yang membusukkan ikan.” Maksud peribahasa berkenaan ialah kita harus tidak menimbulkan masalah kepada orang lain kerana sifat berkenaan amat merugikan. Jika saya selalu fokus pengajaran guru di dalam kelas dan sentiasa menjaga hubungan dengan guru sudah pasti saya akan berjaya dalam pelajaran. Tegasnya, sebagai seorang pelajar yang ingin berjaya, saya perlu 
memberi tumpuan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas dan menjaga hubungan baik saya dengan guru.

                       Seterusnya saya akan membincangkan isi ketiga di bawah kata kunci membentuk kumpulan belajar mampu meningkatkan kefahaman saya terhadap ilmu pengetahuan, terutama mata pelajaran yang saya tidak kuasai. Sebagai seorang pelajar yang mendambakan kecemerlangan saya perlu memilih anggota kumpulan yang akan membatu saya menguasai  mata pelajaran yang sukar untuk saya kuasai kerana berkawan biarlah ramai, musuh jangan dicari. Antara faktor pemilihan rakan untuk menjadi ahli kumpulan belajar saya ialah mereka perlu sealiran dengan jiwa saya, supaya saya boleh berbincang dengan mereka dengan kondusif, maksudnya biarlah rakan  kumpulan studi saya ini terdiri daripada rakan yang boleh membantu saya berbincang berkaitan pelajaran di luar waktu persekolahan. Seterusnya, rakan yang saya pilih perlu bervariasi kemahiran kerana impaknya kami boleh saling membantu untuk menguasai setiap mata pelajaran yang tidak kami kuasai. Apabila semua faktor pemilihan berkenaan diambil kira, sudah pasti proses pembelajaran berkumpulan kami akan memberi impak maksima. Contohnya rakan pertama saya mahir dalam mata pelajaran bahasa Inggeris, dan saya pula mahir mata pelajaran Bahasa Melayu, rakan kedua saya pula mahir mata pelajaran matematik, sementara rakan ketiga saya mahir mata pelajaran matematik tambahan, dan rakan kelima mahir mata pelajaran Biologi. Tepuk dada tanya selera, jika semua faktor pemilihan di atas lengkap sudah pasti aktiviti pembelajaran saya secara kumpulan akan ceria, di samping perkongsian ilmu akan berkonsep menang menang dan semua ahli kumpulan akan menerima kesan terutama untuk menguasai pelbagai mata pelajaran. Peribahasa Melayu ada mengatakan "Kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sukar dicari.Sekiranya saya mampu membentuk kumpulan belajar yang ideal seperti saya nyatakan di atas, saya akan mampu berjaya dalam pelajaran. Konklusinya, saya akan cuba membentuk kumpulan belajar sealiran dengan jiwa saya agar mampu meningkatkan kefahaman saya terhadap ilmu pengetahuan, terutama mata pelajaran yang saya tidak kuasai.


            Seterusnya, saya akan membicarakan isi keempat saya di bawah tajuk pemilihan buku hasil karya pengarang tersohor amat penting untuk saya meraih pengalaman mereka menggapai kecemerlangan dalam kehidupan terutama kejayaan mereka memperoleh ilmu pengetahuan dalam kehidupan. Hali ini kerana mereka telah menerbitkan karya ilmiah yang mampu meningkatkan minat dan kesungguhan pembaca untuk mengumpulkan ilmu pengetahuan untuk menerangi kehidupan serta kesejahteraan masyarakat serata alam. Antara nama pengarang tersohor Islam yang perlu kita contohi seperti  Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Syed Muhammad Abduh, Syed Tahir Jalaluddin, HAMKA atau nama sebenarnya Haji Abdul Malik bin Syeikh Abdul Karim bin Syeikh Muhammad AmarullahKetekunan ilmuan tersohor ini untuk menuntut ilmu perlu perlu saya jadikan budaya dalam kehidupan sayaa. Contohnya Ibnu Sina seorang ulama tersohor Islam malah pakar dalam bidang perubatan sehingga hasil karya beliau diterjemahkan dalam bahasa latin, Hebrew dan bahasa Inggeris. Oleh sebab itu, bak kata pepatah Melayu, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Antara hasil penemuan Ibnu Sina dalam ilmu perubatan ialah beliau telah menemui  pengaruh kuman dalam penyakit seperti  penyakit rubella, alahan, cacar, penyakit jiwa, dan menghasilkan ubatan dan preskripsi ubat yang mujarab untuk digunakan sebagai penyembuhan pelbagai jenis penyakit. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, begitulah jasa ilmuan tersohor Islam yang menguasai pelbagai ilmu untuk kegunaan manusia sehingga ke zaman moden ini. Intihanya, pemilihan buku bacaan terutama hasil karya ilmuan Islam tersohor mampu meningkat usaha saya untuk menghasilkan penemuan baru dalam apa juga bidang ilmu terutama untuk kejahteraan masyarakat negara malah untuk masyarakat dunia amnya.


                    Selanjutnya, perbicaraan saya menjurus kepada membicarakan isi kelima iaitu untuk menambah ilmu pengetahuan saya perlu mengikuti kelas tuisyen atau program kecemerlangan anjuran sekolah. Sebagaimana kita sedia maklum, pusat tuisyen boleh menjadi medan untuk saya meningkatkan pengetahuan ke arah menjadikan seorang pelajar berjaya dalam pelajaran. Setiap tahun, pusat tuisyen tumbuh bagai cendawan selepas hujan dan di situ saya boleh menimba pelbagai ilmu tambahan terutama untuk meningkatkan kemahiran saya terhadap mata pelajaran tertentu yang sukar saya fahami. Kenapa situasi ini berlaku? Antaranya, ibu bapa dan pelajar sedia maklum, tenaga pengajar yang mengajar di pusat tuisyen adalah dalam kalangan guru-guru berpengalaman mengajar dan kebanyakan mereka menjadi penyemak kertas peperiksaan berdasarkan bidang ilmu mereka, justeru ibu bapa berusaha untuk melaburkan duit mereka untuk kecemerlangan anak-anak mereka dengan menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen. Tindakan ibu bapa ini umpama di mana ada gula, di situ ada semut. Kebiasaannya guru-guru berpengalaman di pusat tuisyen akan mempermudah dan mendedahkan cara-cara untuk saya menjawab soalan, terutama item-item soalan sukar untuk saya fahami. Oleh sebab itu, kebanyakan pelajar yang berjaya mencapai keputusan cemerlang adalah dalam kalangan pelajar yang mengikuti kelas tuisyen. Selain itu, budaya sekolah cemerlang, sentiasa mengadakan program kecemerlangan dengan menjemput guru-guru cemerlang, sama ada dalam daerah malah ada yang menjemput guru-guru cemerlang dari luar daerah dan antara kriteria guru-guru yang dipilih untuk menjadi tenaga penceramah berkenaan adalah kalangan guru berpengalaman terutama menjadi penyemak kertas mata pelajaran berkenaan. Dalam kalangan ibu bapa pula, mereka sentiasa menyokong sebarang usaha pihak pentadbir sekolah untuk mengadakan program kecemerlangan untuk anak-anak mereka. Sokongan ibarat aur dengan tebing, antara pihak sekolah dengan ibu bapa serta bantuan Persatuan Ibu Bapa Guru, apatah lagi jika ada usaha secara kolaborasi dengan Ahli Dewan Undangan Negeri setempat sudah pasti usaha tersebut akan membuahkan impak yang maksimun. Kesimpulannya, untuk menambah ilmu pengetahuan saya akan sedaya upaya akan mengikuti kelas tuisyen atau program kecemerlangan anjuran sekolah untuk kecemerlangan saya dalam pelajaran.


                 Kesimpulannya, pelbagai kaedah, pendekatan boleh saya lakukan untuk menambahkan ilmu  pengetahuan. Sebagai mana perbicaraan di atas, ilmu pengetahuan boleh diperkembangkan antaranya saya perlu membudayakan membaca dalam kehidupan seharian saya, di samping itu, saya perlumemberi tumpuan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas, membentuk kumpulan belajar yang mampu meningkatkan kefahaman saya terhadap ilmu pengetahuan, terutama mata pelajaran yang saya tidak kuasai,  pemilihan buku hasil karya pengarang tersohor amat penting untuk saya meraih pengalaman mereka menggapai kecemerlangan dalam kehidupan terutama kejayaan mereka memperoleh kejayaan dengan ilmu pengetahuan, dan untuk menambah ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar, saya perlu mengikuti kelas tuisyen atau program kecemerlangan anjuran sekolah. Sudah terang lagi bersuluh, yang pipih tidak akan datang melayang dan yang bulat tidak akan datang bergolek, menjolok pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan untuk menggapai kecemerlangan ilmu pengetahuan, justeru untuk menambah ilmu pengetahuan saya perlu berusaha bersungguh-sungguh kerana usaha tangga kejayaan.



KEPENTINGAN MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR.

BINCANGKAN LANGKAH-LANGKAH YANG DIPERLUKAN OLEH IBU BAPA UNTUK MENGGALAKKAN ANAK-ANAK MEMBACA.

          Apabila seseorang itu cuba mengkaji dan mendalami kandungan yang tersurat mahupun tersirat daripada Surah Al Alaq, nescaya jawapan yang diperoleh tentulah amalan membaca adalah merupakan suatu kewajipan. Kewajipan membaca bukan sekadar menjadi pelengkap kepada persediaan pelajar untuk menghadapi peperiksaan, sebaliknya menjadi tanggungjawab untuk melahirkan umat yang berjaya, bijaksana, dan hebat menguasai dunia keilmuan. Namun demikian, saranan membaca menatijahkan nilai yang paradoks apabila masyarakat Malaysia khususnya amat liat untuk membaca. Sama ada pada peringkat masyarakat umum ataupun pada peringkat mahasiswa yang menuntut di pusat-pusat pengajian, amalan membaca gagal dibudayakan. Walaupun pelbagai kempen dan insentif diberikan untuk menyemarakkan amalan tersebut, hasil yang diperoleh amatlah mengecewakan. Oleh itu, sejajar dengan sesuatu amalan itu bermula dari rumah, nescaya keluarga haruslah memainkan peranan aktif untuk memupuk semula amalan membaca. Persoalan yang bermain di gawang minda kita ialah apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak membudayakan membaca.
      Berpandukan peribahasa, cahaya yang cerah bermula daripada lampu di tengah rumah membuktikan semua amalan yang baik hendaklah bermula daripada keluarga. Demikianlah dengan budaya membaca, keluargalah yang perlu membudayakan amalan tersebut. Amalan membaca perlu dibudayakan dan bukan sekadar dibiasakan. Apabila sudah menjadi budaya,membaca akan menjadi keperluan yang perlu dilakukan pada setiap masa. Untuk mengasimilasi budaya membaca dalam kalangan anak-anak, setiap ahli keluarga terutama ibu bapa harus menjadikan diri mereka umpama lampu yang menyinari kehidupan keluarga. Lampu tersebut sudah tentulah sikap yang gemar akan tradisi membaca. Dalam tradisi Islam, setiap anak perlu dididik dengan amalan membaca Al Quran sejak berumur lima tahun lagi. Oleh itu, amalan ini haruslah diperluas kepada bidang pengetahuan yang lain melalui amalan membaca. Seandainya aktiviti lain seperti menonton televisyen, beriadah dan makan bersama boleh dibudayakan, masakan amalan membaca tidak boleh dilaksanakan? Untuk menjawab soalan ini, hanya ibu bapa yang dapat menjawabnya. Tegasnya, budaya membaca mestilah bermula daripada organisai rumah tangga dengan ahli-ahlinya melibatkan ibu bapa, dan anak-anak mereka.
            Peribahasa yang menyatakan  ‘getah daun akan mengalir ke perdu juga’ menunjukkan bahawa segala tingkah laku yang baik daripada ibu bapa  akan menjadi turutan anak-anak. Al hasil, sikap yang positif daripada ibu bapa seperti gemar mambaca, bercakap perkara yang baik dan melakukan kerja-kerja yang berfaedah sudah tentu akan singgah dan melekat pada diri anak-anak juga. Tanamlah sifat positif dalam kalangan anak seperti sifat gemar meneroka dan mencari maklumat baharu dengan membaca dan melayari maklumat di internet kerana maklumat di hujung jari.. Membaca buku, majalah, dan melayari internet juga boleh dijadikan sebagai suatu aktiviti penerokaan minda yang membolehkan anak-anak menjadi lebih matang daripada usia mereka. Malang sekali, belakangan ini akibat tekanan kerja dan masa yang terhad minat membaca dalam kalangan ibu bapa sendiri pun amat rendah. Masing-masing lebih mengutamakan kerjaya mereka daripada pembentukan nilai membaca dalam kalangan anak-anak. Sesungguhnya, inilah virus yang boleh merosakkan hubungan mereka dengan anak-anak pascamilenium kini, terperap dalam kopompong kebodohan sendiri atas desakan hidup yang mengutamakan materialistik daripada pembetukan minda anak-anak. Sekiranya, sindrom mengutamakan kerjaya daripada usaha membentuk nilai murni budaya membaca dalam kalangan anak-anak merebak disanubari  ibu bapa sudah pasti anak-anak akan kurang membaca dan minda mereka akan jumud. Tegasnya, tingkah laku yang baik daripada ibu bapa  akan menjadi turutan anak-anak.
          Ibu bapa juga bertanggungjawab menyediakan prasarana dan sumber bacaan yang cukup kepada anak-anak. Hal ini amatlah mustahak kerana kebanyakan ibu bapa masa kini cukup serius dalam menyediakan keselesaan fizikal kepada anak-anak seperti bilik tidur berhawa dingin, peranti elektronik dan peti televisyen. Akhirnya, semua kemudahan tersebut akan melalaikan anak-anak daripada membaca. Tidak salah kepada ibu bapa untuk melengkapi anak-anak mengikut kemampuan mereka, namun tugas yang paling utama untuk mempertajam minda anak-anak tidak boleh diabaikan. Oleh itu, ibu bapa hendaklah menyediakan kemudahan pembacaan dan mempelbagaikan bahan bacaan mengikut minat dan tahap. Dalam pemilihan bahan bacaan pula, ibu bapa tidak akur dengan permintaan anak-anak kerana minat dan bakat sememangnya tidak pernah sama dengan ibu bapa. Dengan sebab itu, kenalilah minat anak-anak serta didiklah mereka menjadi insan yang berjaya menyelak jendela ilmu dengan gemar membaca dan meneroka perkara-perkara yang baharu. Sekiranya, ibu bapa dapat mengenali minat dan tahap pembacaan anak-anak mereka, sudah pasti amalan membaca akan dapat disemai dalam diri anak-anak. Tegasnya, Ibu bapa juga bertanggungjawab menyediakan prasarana dan sumber bacaan yang cukup kepada anak-anak
        Langkah yang paling proaktif ialah ibu bapa perlu meluangkan masa  mengadakan rutin tetap mingguan atau bulanan untuk berkunjung ke kedai buku atau pameran buku. Aktiviti sambil menyelam minum air ini akan memberikan suntikan baharu kepada anak-anak untuk gemar membuat koleksi bahan bacaan. Anak-anak akan terasa diri mereka dihargai atas kesudian ibu dan ayah membawa mereka bersiar-siar dan bersantai di samping memberi mereka ‘baja’ minda dengan berkunjung ke premis-premis bacaan untuk memberikan inovasi dan perspektif baharu kepada anak-anak tentang perkembangan dunia buku. Sekiranya usaha ini diperkasakan oleh setiap keluarga di Malaysia, nescaya dalam satu dekad lagi kita akan dapat melihat rakyat Malaysia akan bergulat dengan buku sama ada di dalam bas, LRT dan di mana-mana sahaja tempat yang masanya terluang. Sekiranya anak-anak sering didedahkan dan dibawa ke premis-premis buku bacaan sudah pasti anak-anak akan menjadi ulat buku kerana menjadi ulat buku lebih baik daripada menjadi lalat yang mersokkan makanan. Tegasnya, Langkah yang paling proaktif ialah ibu bapa perlu meluangkan masa  mengadakan rutin tetap mingguan atau bulanan untuk berkunjung ke kedai buku atau pameran buku.

         Hidup dengan mengutamakan budaya membaca ibarat minda yang sedang bergerak untuk meneroka ke seluruh isi alam. Membaca umpama kita sedang berinteraksi atau berdialog dengan seseorang insan bijaksana melalui huruf dan angka yang disusun untuk menjadi fakta. Oleh itu, keluarga yang sentiasa membaca boleh diibaratkan sebagai sedang mengembara ke seluruh polosok alam kerana jauh perjalanan luas pandangan. Dengan hal yang demikian, pupuklah budaya membaca dalam kalangan ahli keluarga kerana banyak kemaslahatan yang boleh kita peroleh dengan amalan membaca.


FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN SESEORANG MURID DALAM PELAJARAN


CONTOH KARANGAN

Belakangan ini, soal pembinaan modal insan cemerlang adalah antara perkara yang menjadi agenda utama pembangunan negara. Selaras dengan usaha kerajaan untuk memastikan Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020, pembangunan modal insan cemerlang menerusi bidang pendidikan telah diberi penekanan.  Hal ini cukup penting kerana kita memerlukan sejumlah besar golongan pelajar cerdik pandai bagi membolehkan negara bersaing di peringkat global. Sehubungan dengan itu, kejayaan pelajar dalam pelajaran menjadi agenda perdana setiap sekolah kerana mereka merupakan modal insan yang bakal memacu negara agar dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Pada pendapat saya, pelbagai faktor  yang dapat dikenal pasti mampu mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran. Persoalannya, apakah faktor yang mempengaruhi kejayaan murid dalam pelajaran.

Faktor pertama menentukan kejayaan pelajar dalam pelajaran ialah proses guru mengajar di dalam kelas. Oleh sebab itu,  kecemerlangan seseorang guru mengajar di dalam kelas menjadi faktor perdana yang mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran. Hal ini berlaku demikian kerana guru yang mahir mengajar mengatur pengajarannya mengikut pendekatan dan kaedah pengajaran terkini yang sesuai dengan kehendak pelajar, justeru, dengan cara itu pelajar  akan mudah  memahami ilmu yang hendak disampaikan oleh seseorang guru dan cemerlang dalam pelajaran. Selain itu, guru cemerlang juga akan sentiasa menggunapakai pelbagai bahan bantu mengajar berdasarkan teknologi terkini untuk menarik perhatian pelajar mengikuti pengajarannya. Contohnya, seorang guru cemerlang akan menggunakan peralatan mengajar seperti komputer riba,  Liquid Crystal Display Projektor (LCD Projektor), bijak mengakses bahan pengajaran menggunakan internet dan alatan bantu mengajar lain sebagai usaha untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas. Tambahan pula, banyak bahan yang mudah dicapai dengan melayari internet kerana dunia tanpa sempadan dan maklumat berada di hujung jari. Sekiranya seseorang guru mengajar hanya menggunakan "calk and talk" sahaja, pelajar akan kurang memberi perhatian kepada pengajaran guru dan mereka akan ketinggalan dalam pelajaran. Sebaliknya penggunaan teknologi maklumat serta penggunaan alat teknologi terkini akan menambat hati mereka kepada pengajaran guru dan mereka akan berjaya dalam pelajaran. Sudah terang lagi bersuluh faktor utama kejayaan pelajar terletak  pada proses guru mengajar di dalam kelas.

Seterusnya faktor kedua penentu kejayaan seseorang pelajar berjaya dalam pelajaran ialah pembelajaran dan pengajaran yang berlaku secara kondusif di dalam bilik darjah . Bilik darjah yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik, susun atur peralatan yang memudahkan pergerakan pelajar, memiliki ciri-ciri keselamatan, bersih dan ceria menjadi pendorong kepada murid-murid untuk belajar dengan selesa. Apabila murid-murid berasa selesa, mereka akan lebih fokus terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah.  Oleh sebab itu, apabila murid memberikan perhatian di dalam kelas, setiap perkara yang dipelajari oleh mereka akan dapat difahami dengan mudah. Menurut kajian yang dilakukan oleh Pusat Pengajian Kaunseling di Universiti Kebangsaan Malaysia, 70 peratus kejayaan seseorang pelajar adalah kerana  memberi mereka memberi penumpuan penuh di dalam bilik darjah ketika proses pembelajaran dan pembelajaran, 29 peratus adalah inspirasi dan 1 peratus melibatkan genius. Oleh itu, berdasarkan kajian tersebut, dapat dirumuskan   bahawa proses pembelajaran dan pengajaran secara kondusif di dalam bilik darjah mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran. Sekiranya, suasana dalam kelas panas akibat sistem pengudaraan tidak sistematik, susun atur kerusi tidak teratur, keadaan kelas tidak bersih, sudah pasti pelajar tidak akan dapat belajar secara kondusif dan mereka akan ketinggalan dalam pelajaran. Hal ini dapat dilihat dikebanyakan kelas, terutama kelas hujung yang dihuni oleh pelajar yang kurang memberangsankan pelajaran mereka. Tegasnya, faktor pembelajaran dan pengajaran yang berlaku secara kondusif di dalam bilik darjah penentu kejayaan pelajar dalam pelajaran.

Seterusnya, program-program sekolah yang dirancang juga mampu mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran. Program-program yang dirancang oleh Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan panitia mata pelajaran sama ada di dalam  atau di luar sekolah berupaya mencemerlangkan pelajar. Program-program seperti Kem Wacana Akademik, Ceramah Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan, Bengkel Akademik, Cemamah Motivasi  dan sebagainya mampu meningkatkan keupayaan murid dalam pelajaran. Program-program yang dirancang seperti ini membolehkan murid-murid menguasai topik-topik utama dengan mudah dan berupaya menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Hal ini demikian kerana mereka sudah menghadapi soalan-soalan yang mirip peperiksaan sebenar dan telah berbincang  dengan guru dalam program yang dianjurkan.  Tambahan pula, sepanjang program seperti teknik menjawab soalan, pihak pengurusan sekolah sekarang berlumba-lumba menjemput guru pakar ke sekolah untuk menyampaikan ceramah dan membantu pelajar menjawab soalan bertepatan dengan kehendak skema pemarkahan sesuatu mata pelajaran. Tokoh motivasi negara, Datuk Dr. Mohd Fazilah Kamsah menegaskan bahawa jika seseorang melakukan sesuatu perkara secara berulang-ulang kali maka mereka mampu menghadapi setiap cabaran dengan mudah kerana sudah melaluinya sebelum ini. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa program yang dirancang oleh pihak sekolah mampu mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran mereka. Tegasnya, program-program sekolah yang dirancang juga mampu mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran.

Selain itu, murid-murid yang mengikuti kelas-kelas tuisyen juga mampu berjaya dalam pelajaran. Ramai ibu bapa sekarang menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas tuisyen berbayar pada luar waktu persekolahan untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran anak-anak mereka dalam pelajaran. Mereka tidak menghiraukan tentang kos yang perlu dibayar kepada pusat tuisyen kerana mereka mengharapkan anak-anak mereka berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran. Kelas-kelas tuisyen sama ada secara individu atau kelompok mampu meningkatkan kemahiran murid untuk siap siaga menghadapi peperiksaan. Sebagai mana kita sedia maklum, pusat tuisyen menyediakan guru yang pakar untuk membantu pelajar menjawab soalan peperiksaan dan kebanyakan guru berkenaan mahir dalam mata pelajaran yang diajar dan ada juga dalam kalangan mereka terlibat memeriksa kertas peperiksaan. Murid-murid akan ditekankan oleh guru pusat tuisyen tentang teknik-teknik menjawab yang betul dan strategi untuk mendapat markah yang tinggi. Murid-murid akan mendapat pendedahan tersebut secara terus berbanding guru-guru di sekolah. Hal ini mampu meningkatkan kemahiran pelajar dalam setiap mata pelajaran yang diikuti, sekali gus mereka mampu menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang kerana peribahasa ada menyatakan bahawa alah bisa tegal biasa. Sekiranya, pelajar mendapat bimbingan tambahan di pusat tuisyen, mereka mempunyai banyak kelebihan berbanding pelajar yang hanya mendapat bimbingan daripada guru-guru sekolah. Jelas, pelajar yang menghadiri kelas-kelas tuisyen mampu berjaya dalam pelajaran mereka.

Akhir sekali, dorongan daripada ibu bapa juga mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran. Ibu bapa merupakan orang yang paling dekat dengan anak-anak mereka. Setiap ibu bapa menginginkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Tiada ibu bapa yang  mahu melihat anak-anak mereka gagal melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi. Mereka akan melakukan apa-apa sahaja bagi memastikan anak-anak mereka cemerlang dalam peperiksaan kerana pada mereka di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Mereka akan memberikan dorongan dan kata-kata motivasi kepada anak-anak mereka agar belajar bersungguh-sungguh supaya kejayaan dapat digapai. Selain motivasi, ibu bapa akan sentiasa berdoa agar anak-anak mereka dipermudahkan ketika menghadapi peperiksaan. Mereka mengharapkan anak-anak mereka akan tenang apabila menduduki peperiksaan dan dapat menjawab soalan dengan mudah. Apabila anak-anak merasakan diri mereka dihargai maka mereka akan belajar bersungguh-sungguh supaya harapan ibu bapa dapat direalisasikan. Mereka berazam untuk menghadiahkan kejayaan kepada ibu bapa sebagai balasan atas jasa dan pengorbanan mereka selama ini. Sebaliknya, pelajar yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa dan tidak mendapat motivasi untuk berjaya dalam pelajara akan terus tertinggal dalam pelajaran, Sudah terang lagi bersuluh menunjukkan bahawa dorongan ibu bapa mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran.


Kesimpulannya, aset yang paling berharga bagi sesebuah negara adalah warganya. Modal insan inilah yang menjadi aset yang boleh disuntik nilai tambahnya untuk menjana pembangunan negara. Kejayaan murid-murid dalam pelajaran menjadi keutamaan dalam membina modal insan yang berwawasan. Anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran dapat menjana idea untuk memacu negara ke arah menjayakan Wawasan 2020. Jadi, ibu bapa memainkan tanggungjawab yang besar bagi memastikan anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran kerana di bahu anak-anak inilah terletak harapan untuk menggantikan barisan kepimpinan negara yang ada sekarang selaras dengan cogan kata pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara. Tambahan pula, peperiksaan awam cuma dilalui oleh anak-anak sekali dalam seumur hidup, sekiranya mereka gagal menyumbang kejayaan dan kecemerlangan bukan sahaja anak-anak yang rugi tetapi ibu bapa ibu bapa yang akan menyesal dikemudian hari kerana " sudah terhantuk baru tergadah sudah tidak berguna lagi. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian sudah tidak berguna lagi.


Belakangan ini, isu kenakalan remaja hangat diperkatakan dan membawa petanda yang tidak baik kepada generasi akan datang.  

Huraikan peranan anda sebagai seorang remaja dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji.





Gunakanlah masa yang ada

Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara

Sebahagian daripada lirik lagu ‘Remaja’ persembahan kumpulan nasyid Unic saya petik untuk menggambarkan kemaslahatan peranan remaja pada masa ini. Lagu yang menyuntik semanagat ini menyeru  para remaja agar menggunakan masa dengan sebaiknya dan mempunyai azam yang kuat demi memajukan diri masing-masing . Melalui usaha yang gigih dan tabah tanpa mengenal jemu dalam bidang yang diceburi serta memiliki sahsiah yang terpuji , remaja akan menjadi warga yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan nusa. Hal ini demikian kerana menurut Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek,  belakangan ini, remaja begitu terdedah kepada pelbagai bentuk cabaran sama ada dari segi pengaruh media massa, pengaruh atau desakan daripada rakan  sebaya serta ibu bapa dan masyarakat ataupun konflik pergolakan antarabangsa yang semakin hari semakin mendapat liputan meluas di dada-dada akhbar seluruh negara. Pergolakan antarabangsa yang berlaku sedikit sebanyak mempengaruhi akidah remaja kita.  Remaja yang rata-ratanya mempunyai semangat inkuiri atau ingin tahu yang tinggi berserta perlakuan untuk mencuba sedaya upaya sehingga berjaya bak kata pepatah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, perlu dipandu dan ditarbiah ke jalan yang benar baik melalui diri sendiri, ibu bapa, guru-guru, masyarakat mahupun kerajaan memandangkan remajalah yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara ini lantas mencorakkannya menjadi sebuah negara yang unggul dan terbilang. Negara memerlukan remaja yang mempunyai nilai mandiri dan jati diri yang utuh di samping berdaya saing serta berfikiran kreatif dan inovatif. Namun demikian, amatlah malang kepada negara kita jika remaja yang diharap-harapkan akan sentiasa mendukung panji ‘Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara’ kini dikaitkan dengan isu kenakalan. Perbuatan yang melanggar norma, aturan atau hukum dalam masyarakat yang dilakukan pada usia remaja ini dikatakan membawa petanda yang tidak baik kepada generasi akan datang bak kata pepatah, air perabung mengalir ke cucur atap. Isu ini begitu hampir dengan saya memandangkan saya juga  seorang insan yang bergelar remaja justeru saya mempunyai peranan dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji agar memiliki ciri-ciri remaja cemerlang dambaan negara. 

 Sebagai seorang remaja, dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji, saya akan mendalami ilmu agama dan mencintai Allah. Ilmu agama merupakan ilmu yang mendekatkan diri seseorang kepada Maha Pencipta iaitu Allah swt. Tiada ilmu yang lebih mulia melainkan ilmu agama di dunia ini iaitu ilmu dan pengetahuan Islam yang syumul. Perkara ini boleh dibuktikan melalui pernyataan rasa yang disuarakan oleh ilmuan sains yang terkenal iaitu Albert Einstein  (walaupun beliau tidak beragama Islam) yang menyatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta , ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Jelas dapat dilihat bahawa ilmu dan agama mempunyai hubung kait yang sangat akrab. Seseorang yang mendalami ilmu tetapi tidak berlandaskan atau berpaksikan agama tidak akan merasai nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah swt.  Saya akan mendalami ilmu agama dengan membaca dan memahami  Al-Quran,  mengkaji hadis-hadis dan menyelami sirah nabi serta para sahabat. Akhlak Rasulullah yang terpuji dan sempurna yang terkandung dalam Al-Quran dan hadis itu pastinya akan menjadi sumber  primer saya bagi membina pemahaman yang kukuh tentang kemuliaan dan kehebatan memiliki sahsiah yang terpuji. Pembelajaran melalui pembacaan dan penelaahan yang mendalam sebegini mampu memberi input yang berguna seperti memahami nilai  yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari . Nilai-nilai seperti ketakwaan, kesabaran, kegigihan, keikhlasan dan bertanggungjawab semuanya memandu diri saya membina peribadi mulia . Pengajaran daripada Al-Quran dan hadis mampu merobah mana-mana perlakuan saya yang sebelum ini yang dianggap bejat atau kurang memuaskan kepada perlakuan yang positif atau terpuji. Jikalau saya tidak memahami kandungan Al-Quran ataupun hadis, saya akan berjumpa dengan ustaz atau ustazah yang mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan dengan agama yang suci ini. Saya akan meluangkan masa untuk pergi ke perpustakaan bagi mendalami ilmu agama kerana di perpustakaan, suasananya yang hening mampu menenangkan fikiran dan mendamaikan jiwa. Dengan mendalami ilmu agama, saya yakin saya mampu membentuk sahsiah diri yang terpuji kerana saya akan memperlihatkan kesopanan berbudi bahasa, kemanisan berkata-kata dan kemampuan memberikan buah fikiran dengan penuh tertib serta matang berlandaskan akhlak Nabi Muhammad saw. Jelasnya, saya akan terhalang daripada menjadi penyumbang petanda yang tidak baik kepada generasi akan datang.

             Selain itu, satu lagi modus operandi yang sepatutnya saya lakukan adalah dengan menumpahkan ketaatan sepenuhnya kepada ibu bapa saya. Ibu bapa merupakan dua insan yang paling dekat dengan diri saya kerana sesudah saya dilahirkan di muka bumi ini, saya ditatang bagai minyak yang penuh oleh mereka. Begitu besar pengorbanan ibu bapa terhadap saya bermula dengan ibu yang mengandungkan saya dengan jerih payahnya selama sembilan bulan sepuluh hari ditambah pula dengan jasa bapa yang bertungkus lumus mencari nafkah bagi menyara keluarga. Walaupun cuma untuk sesuap nasi tetapi itulah titik peluh ikhlas yang dilakukan oleh bapa kepada saya. Saya tidak ingin hidup menjadi seperti Si Tanggang atau Si  Malim Kundang yang merupakan anak derhaka terhadap ibunya. Saya akan taat kepada ibu bapa dengan cara mendengar dan menerima nasihat yang diberikan mereka dengan tangan yang terbuka dan hati yang lapang. Jika saya tidak bersetuju sekalipun, saya tidak akan memberontak dan meninggikan suara ketika memberikan pendapat malah saya akan berbincang dengan cara yang paling baik atau bertatasusila bagi menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku sesuai dengan peribahasa buang yang keruh ambil yang jernih.  Allah telah memberikan kedudukan tinggi kepada ibu bapa dan menyuruh setiap anak berbuat baik kepada mereka. Perkara ini jelas diterangkan melalui firman Allah dalam Surah Al-Israk ayat 23 yang menyuruh kita berbakti kepada ibu bapa. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam satu wawancara menyatakan bahawa remaja boleh membina peribadi mulia dengan mentaati ibu bapa melalui perbuatan yang baik, melaksanakan hak-hak mereka  dan menjauhkan diri daripada perilaku yang boleh menyakiti hati dan kehidupan mereka. Taat kepada ibu bapa adalah amalan wajib ditunaikan setiap anak. Ketaatan adalah cara paling baik mendekatkan diri kepada Allah kerana taat kepada ibu bapa bererti mentaati perintah-Nya juga. Berbakti kepada ibu bapa membawa berkat. Terdapat hadis Rasulullah saw. yang bermaksud  : “Sesiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya, maka hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali silaturahim." Jelaslah bahawa mentaati ibu bapa mampu menjadikan saya individu yang mempunyai sahsiah diri yang terpuji dan terhalang daripada melakukan perkara-perkara yang merosakkan moral.

            Di samping itu, prakarsa ataupun peranan lain yang dapat saya laksanakan adalah dengan menghormati guru-guru. Sepanjang pembelajaran saya hatta sekalipun saya tidak lagi bergelar pelajar, saya akan menghormati guru-guru saya sebagai tanda terima kasih kepada mereka kerana mereka telah bersungguh-sungguh mengajar sehingga saya mampu berdiri dan berpijak di bumi yang nyata menjadi insan yang sebaiknya dan berguna. Guru telah banyak berkorban demi memartabatkan ilmu dan banyak berjasa bermula daripada mereka mengajar kita membaca, menulis dan mengira. Mereka tidak pernah mentertawakan kesalahan yang saya lakukan malah membetulkan setiap satu daripadanya lantas menepati mutiara kata cendekiawan Wellington iaitu, ‘Usah merendahkan diri seseorang kerana tabiat buruknya tetapi bimbinglah ia ke jalan yang lebih baik”. Saya akan menerima dan menjadikan nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru sebagai insentif dan motivasi untuk saya berjaya menjadi insan berguna yang mampu mendaki menara gading . Bukan sahaja guru ialah ibu, bapa, pengajar, pendidik, pengasuh, penasihat dan pembimbing malahan guru adalah segalanya bagi seorang pelajar. Segala kesusahan yang ditempuhinya dalam mendidik anak-anak muridnya sepatutnya dikenang dan dihargai kerana tanpa jerih payah seorang guru itu, pelajarnya akan menjadi manusia yang tidak berguna di dunia dan akhirat. Dengan ilmulah manusia diangkat menjadi makhluk termulia di sisi Allah swt. sehingga dijadikan sebagai khalifah-Nya di muka bumi. Semua ini tidak akan tercapai kecuali dengan kita menjaga peradaban dan rasa hormat yang ikhlas terhadap penyampai ilmu tersebut iaitu guru, pewaris para nabi. Justeru dengan menghormati guru, saya mencetuskan rasa insaf dalam diri dan bertatih membentuk sahsiah diri yang terpuji.
            Dalam pada itu, saya akan menjalinkan hubungan yang baik dengan rakan-rakan dan taulan. Secara perbandingannya, seorang remaja akan meluangkan masa yang lebih bersama rakan-rakannya berbanding dengan ibu bapa atau saudaranya. Hal ini demikian kerana selain keluarga tercinta yang dekat di hati, rakan merupakan tempat mengadu, mencurah perasaan dan berkongsi masalah. Sehubungan itu, saya akan menjaga atau memelihara hubungan yang baik dengan rakan tidak kira sama ada rakan saya berlainan agama, kaum mahupun warna kulit. Seseorang yang mempunyai sahsiah diri yang terpuji harus seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Saya juga sedaya upaya tidak akan menimbulkan isu sensitif terutama isu agama. Saya akan mengambil iktibar daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang telah mengorbankan banyak nyawa yang berpunca daripada rusuhan kaum. Saya akan memberikan pertolongan kepada rakan yang memerlukan bantuan kerana dia merupakan rakan yang baik dan telah membantu ketika saya dalam kesusahan. Dalam kehidupan yang singkat ini, saya perlu berbaik-baik dengan semua orang dan bekerjasama dalam semua bidang kerana yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Kita digalakkan mencari teman yang baik dan meramaikannya seperti kata pepatah ‘berkawan biar seribu tetapi musuh jangan sesekali dicari.’ Saya akan menjadi seseorang yang dapat memberi manfaat segi dorongan, nasihat, ilmu dan sebagainya kepada orang lain.  Rakan-rakan juga tidak akan berasa kekok apabila berkawan dengan saya sekiranya saya tidak bersikap bagai buntal kembung. Apabila saya menjalinkan hubungan baik dengan rakan-rakan, masalah kebejatan moral tidak akan ada dalam kamus rutin hidup saya sejajar dengan visi saya untuk menjadi remaja yang mempunyai sahsiah terpuji.

            Peranan saya yang terakhir adalah dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak bermoral . Seorang yang ingin mempunyai sahsiah diri yang terpuji tidak bisa melakukan perkara yang negatif yang mampu  keruntuhan akhlak lantas menjatuhkan imej diri sendiri, keluarga, bangsa dan negara. Saya tidak akan mudah terpedaya oleh hasutan syaitan yang membisikkan ‘kata-kata bermadu’ kepada anak Adam agar melakukan dosa. Saya sentiasa awas bahawa syaitan telah berjanji akan menyesatkan umat manusia dek sebab Allah swt. telah mencampakkannya keluar dari syurga kerana tidak mahu sujud kepada Nabi Adam. Kesombongan merajai hati syaitan dengan alasan dia diciptakan daripada api manakala Adam daripada tanah. Kedegilan syaitan kian hari kian diwarisi manusia hingga pelbagai kebejatan moral dan perlakuan hedonisme mewarnai kehidupan menjadikan nilai-nilai nurni jelas nyata dikesampingkan. Saya tidak mahu terjebak dalam kancah yang serba ‘menyesakkan nafas’ dan boleh memusnahkan visi dan misi saya sebagai seorang Muslim yang cemerlang dan memiiki sahsiah yang terpuji. Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Chee pernah menyuarakan pendapat bahawa , “Para belia harus diasuh dan dididik agar memainkan peranan penting dalam mempamerkan akhlak yang baik sesuai dengan imej di mana-mana sahaja pada bila-bila masa”. Akhlak yang baik termasuklah menghindarkan diri daripada pergaulan bebas, mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga batas-batas aurat dan menjaga hubungan baik sesama individu di sekeliling kita. ‘First impression’ orang lain terhadap kita amat penting kerana dari situlah orang lain akan dapat menilai diri kita yang sebenar”.


            Kesimpulannya, gagasan dan tugas untuk memupuk, membangunkan dan meningkatkan mutu akhlak dalam  kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab besar. Tugas ini tidak dapat dilakukan dengan jayanya kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan mempunyai kualiti kemanusiaan yang tinggi. Saya yakin berlandaskan lima prinsip yang saya pegang di atas, dengan izin Allah, saya dapat membentuk sahsiah diri yang terpuji. Pemupukan sahsiah diri  ini saya yakin akan membentuk saya menjadi seorang yang beriman dan bertakwa, mempunyai iltizam yang tidak berbelah bahagi, mempunyai kerohanian yang amat tinggi serta mewarisi ciri-ciri akhlak perjuangan Rasulullah saw. Mutiara kata ulamak tersohor Hamka akan saya jadikan pedoman dalam meniti kehidupan ini. Katanya, “Aku hairan melihat orang menyisir rambutnya setiap hari, tetapi tidak pernah menyisir otaknya, memperkemas dadanya teapi tidak pernah mencuci hatinya. Digosok kasutnya tetapi tidak akalnya.”  Tidak akan saya lakukan perkara yang sia-sia yang bisa menyesatkan saya daripada landasan yang benar sebaliknya pemurnian hati, pemantapan akhlak, ilmu dan  akidah akan terus menjadi pegangan perjalanan hidup saya. Semoga isu kenakalan remaja akan lenyap agar tidak lagi menebarkan sayap negatif kepada generasi akan datang bak kata peribahasa ‘Sebab nila setitik rosak susu sebelanga’


Masyarakat pada zaman alaf milenium ini amat mudah untuk mendapat maklumat melalui internet. Berdasarkan pernyataan berkenaan huraikan kebaikan internet dalam kalangan masyarakat kini.


Saban hari penggunaan internet semakin digemari oleh setiap lapisan masyarakat di negara kita. Tahukan anda bahawa penggunaan internet di negara kita ibarat cendawan tumbuh selepas hujankerana pertambahan penggunaannya amat ketara sama ada di kawasan bandar mahu pun di kawasan luar bandar. Penggunaan internet juga bertambah dalam kalangan rakyat di negara kita disebabkan wujudnya rangkaian jaringan sosial seperti Facebook, Friendster, My Space dan Tagged dalam internet yang semakin meluas. Bahkan, negara kita tersenarai dalam sepuluh negara yang paling banyak menggunakan jaringan sosial iaitu Facebook. Sedar atau tidak, penggunaan internet juga telah sampai di segenap desa apatah lagi selepas wujudnya teknologi ‘3G’ dan "4G". Apa yang pasti, kajian telah menunjukkan bahawa satu daripada sepuluh buah rumah di negara kita menggunakan kemudahan internet untuk pelbagai tujuan. Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa pelbagai manfaat dapat diperoleh daripada kemudahan penggunaan internet dalam kalangan masyarakat sekaligus mengubah ajakan paradigma masyarakat dalam era teknologi maklumat kini kerana maklumat berada di hujung jari.

        Mari kita melebarkan lensa perbincangan dengan mengupas kebaikan penggunaan internet dalam kalangan masyarakat kini. Pertama kita gunakan minda pelajar kelas pertama dalam memperinci tajuk perbincangan pertama dengan kata kunci internet bermanfaat untuk mencari dan mengumpul maklumat dalam masa yang singkat.  Hal ini kerana dalam era globalisasi ini segala maklumat sama ada formal atau tidak formal telah dimuat naik dalam rangkaian internet oleh pelbagai pihak dengan cepat sehingga mengalahkan media cetak seperti surat khabar.  Dalam soal ini, pengguna hanya perlu menaip sahaja maklumat yang dikehendaki dalam carian enjin google atau yahoo dan segala maklumat yang diperlukan akan tertera di skrin komputer. Malah, setiap maklumat yang kita perlu dapat kita peroleh menggunakan pelbagai sumber yang boleh dipercayai keesahannya.  Sebagai contoh, jika kita ingin mencari maklumat berkenaan berita terkini di akhbar, kita akan memperoleh banyak maklumat kerana hampir semua akhbar telah dibuka atas talian seperti Utusan Malaysia Online, Berita Harian Online, Malaysia Kini dan News Strait Times. Malahan, pelajar juga boleh mendapat maklumat mengenai berita terkini berlaku di dunia kerana dengan internet kerana dunia ibarat tanpa sempadan. Perkara ini secara tidak langsung memudahkan kita mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dan kita juga akan memperoleh berita terbaru kerana dalam media mungkin berita berkenaan masih belum disiarkan.  Contohnya, kita akan mengetahui peristiwa seperti bencana tsunami yang pernah berlaku di Acheh dan Jepun, serangan Israel ke atas negara kecil iaitu di Palestin. Justeru, pada zaman milineum ini bergantung kepada seseorang pelajar untuk mencari maklumat dan sekiranya mereka malas berbuat demikian mereka boleh  diibarat seperti  katak di bawah tempurung. Oleh itu, kita dapat membuat kesimpulan bahawa mencari maklumat akan menjadi lebih mudah dengan menggunakan  kemudahan internet.

    Seterusnya mari kita memperinci perbincangan selanjutnya dengan kata kunci penggunaan jalur lebar dapat menyelesaikan pelbagai urusan seharian seperti membayar bil dan urusan perbankan Kini, kehidupan masyarakat kita terutama mereka yang tinggal di bandar sangat sibuk dek tekanan tempat kerja dan kesesakan lalu lintas sebelum serta selepas pulang dari pejabat.  Jadi, kesuntukan masa yang dialami ini amat menyusahkan apabila mereka hendak menguruskan hal-hal berkaitan rumah tangga dan pembayaran pelbagai bil. Oleh sebab itu, masyarakat di bandar sering mengalami tekanan kehidupan atau stress yang membelenggu kehidupan mereka seharian. Justeru, masyarakat milenium mereka perlu sedar akan kemudahan yang telah disediakan oleh pelbagai agensi sama ada agensi kerajaan mahupun swasta dalam meringankan bebanan dan masa. Bak kata pepatah, masa itu emas, sekiranya kita tidak memotongnya masa akan memotong kita.  Oelh sebab itu satu cara untuk menyelesaikan masal pembayaran bil dalam kehidupan seharian adalah dengan  penggunaan internet. Justeru, pembayaran bil dan urusan perbankan boleh dilakukan pada bila-bila masa sama ada sambil minum kopi dan berbual bersama-sama ahli keluarga di rumah, atau dipejabat. Perkara ini dapat dibuktikan apabila banyak bank seperti Maybank, CIMB Bank, Agro Bank dan RHB Bank menyediakan perniagaan secara ‘online’ di internet kepada para pelanggan untuk memindahkan wang ke dalam akaun lain dan menyimpan wang secara ‘online’, begitu juga dengan pembayaran bil kad kredit. Pembayaran bil elektrik, bil air dan bil telefon juga dapat dibayar dengan penggunaan internet di rumah melalui laman web kerajaan iaitu myeg.com. Pendek kata, kita dapat menguruskan pembayaran bil dan urusan perbankan di rumah melalui internet sekaligus menjimatkan masa kita.

           Di samping itu, manfaat penggunaan internet di rumah dapat memudahkan kita berkomunikasi di antara jarak jauh dan dekat malah merentasi lautan seantero dunia. Hal ini kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di internet untuk tujuan komunikasi. Malah, syarikat gergasi telekomunikasi berlumba-lumba membuka laman web mereka untuk memudahkan pengguna berkomunikasi di internet. Berkomunikasi di internet bukan sahaja melibatkan suara orang yang dihubungi malah kita dapat bersua muka dan melihat wajah kenalan atau individu yang baru kita kenali dengan hanya duduk di kerusi dan mengadap komputer serta tangan bermain dengan tetikus melalui beberapa klik. Perkara ini amat memberi kebaikan kepada ahli keluarga yang jauh meninggalkan keluarga untuk bekerja dan belajar di luar negara seperti di Asia Barat dan Eropah. Oleh sebab itu dengan penggunaan internet hubungan ahli keluarga yang jauh dapat dipererat dengan menggunakan internet. Mereka hanya perlu mengakses aplikasi ‘yahoo mesengger’ untuk berkomunikasi bagi melihat wajah dan mendengar suara ahli keluarga yang jauh bagi melepaskan kerinduan. Tambahan pula, gajet telefon sekarang seperti ipad dan telefon pintar lain boleh diaplikasi sebagai akses kemudahan internet dan ini mempermudah komunikasi antara masyarakat berlaku dengan mudah. Tuntasnya, penggunaan internet amat bermanfaat dalam kalangan masyarakat untuk mereka berkomunikasi jarak jauh. 
         Negara kita sedang mengorak langkah untuk menjadi negara maju, justeru Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa meningkatkan mutu pendidikan negara dengan  dengan memperkenal pelbagai kemudahan seperti  Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang memudahkan ibu bapa melihat keputusan anak mereka diinternet sama ada untuk mengetahui keputusan ujian bulanan dan peperiksaan. Melalui capaian internet ini ibu bapa akan mudah mendapat keputusan peperiksaan anak secara cepat dan berkesan. Seterusnya, ibu bapa boleh membuat langkah susulan bertemu dengan para pendidik di sekolah untuk mengetahui keputusan anak mereka dengan lebuh lanjut. Selain itu program pengajaran dan pembelajaran secara maya sedang diaplikasi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan memudahkan guru dan pelajar untuk berinteraksi melaui capaian internet. Sistem berkenaan yang dikenali sebagai Frog Vle merupakan satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet. Justeru, pembelajaran kini boleh berlaku di mana-mana sahaja dan sudah pasti pembelajaran secara berterusan akan memantapkan lagi prestasi pelajaran dan anak-anak akan lebih tertarik belajar secara interaktif. Malahan ibu bapa juga mampu mengetahui prestasi pembelajaran anak mereka sebagai sokongan Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang diguna pakai sekarang. Tegasnya, Kementerian Pelajaran Malaysia kini berusaha membuat Transformasi Pendidikan Negara ke araf pendidikan bertaraf dunia agar pendidikan negara kita boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pendidikan negara maju di dunia.

         Akhirnya, sebagai pelajar berminda kelas pertama saya ingin menggunakan kata kunci bahan-bahan bloger di internet yang dikendalikan oleh guru-guru pakar dalam mata pelajaran mampu memperkasakan kemahiran pelajar dalam mata pelajaran terutama pelajar yang akan menghadapi peperiksaan awam. Hal ini terbukti apabila guru-guru yang bertanggungjawab, berdedikasi berusaha untuk membantu pelajar menguasai kemahiran pelajar dalam mata pelajaran berkenaan. Bukan itu sahaja, guru-guru berkenaan juga membuka ruang kepada pelajar untuk berinterksi di lamam web seperti bmspmet, mohdramsul.blogspot, mohdrazak.bogspot, dan sebagainya dengan aplikasi chatrool, face book, dan pelbagai aplikasi lain agar pelajar boleh sentiasa berhubung, sama ada untuk bertanya hal berkaitan kemahiran yang sukar pelajar kuasai. Malangnya, pelajar tidak mengambil kesempatan untuk menggunakan kemudahan yang ada untuk tujuan penguasaan terhadap kemahiran berkenaan. Tambahan pula, guru-guru pakar berkenaan tidak mengenakan bayaran kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam penguasaan kemhiran tatabahasa, komsas, dan penulisan karangan. Usaha tangga kejayaan, setiap usaha akan ada balasannya, begiutlah ungkapan pepatah Melayu yang membawa maksud sekiranya pelajar berusaha apa sahaja yang mereka usahakan, akhirnya mereka akan menerima hasilnya. Justeru, terbukti internet banyak memberikan kebaikan kepada peajar terutamapelajar yang bijak menggunakan aplikasi ini untuk tujuan meningkatkan kemahiran dalam pembelajaran.




         Kesimpulannya, penggunaan internet mendatangkan pelbagai manfaat berguna kepada masyarakat. Oleh itu, masyarakat di negara kita perlu memanfaatkan penggunaan internet  kerana melalui penggunaan internet segala maklumat berada di hujung jari anda. Apa yang pasti, internet mampu memberikan seribu satu macam kemudahan kepada pengguna jika digunakan sebaiknya. Dalam era serba moden ini, penggunaan internet seakan tidak dapat dipisahkan lagi dengan kemajuan negara sekarang. Jadi, pihak kerajaan perlu mendidik masyarakat menggunakan internet bagi melahirkan generasi celik IT sekaligus setanding dengan masyarakat negara maju lain seperti Jepun demi mencapai wawasan 2020. Selain itu, ibu bapa juga tidak ketinggalan perlu mendidik anak-anak mempelajari internet di rumah kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Akhirul kalam, tidak dapat dinafikan bahawa kemudahan internet di rumah memberi pelbagai faedah kepada kita.


Kaum wanita di negara ini wajar diberikan peluang yang sama rata dengan kaum lelaki untuk menceburi diri dalam pelbagai bidang.
Berikan komen anda tentang pernyataan di atas.

         “Mampukah wanita menggalas tugas kaum lelaki?”  “ Kaum wanita hanya sesuai di dapur, mengemas rumah dan menjaga anak” “ Bolehkah wanita menjadi seorang pemimpin?” Persoalan sebegini kerap diperbual dan kerap menjadi perbincangan dalam kalangan masyarakat terutama dalam kalangan kaum adam yang sering memandang rendah akan kemampuan kaum hawa.  Namun, tohmahan dan pandangan kaum adam akan terhakis apabila nama-nama tokoh wanita sudah membarisi nama-nama hebat dengan kejayaan mereka dalam pelbagai bidang dan sekaligus membuktikan mereka mampu menyamai dan ada yang mengatasi kaum lelaki. Hal ini terbukti terbukti sejak dari dahulu lagi. Mana tidaknya, semenjak zaman Rasulullah sendiri nama wanita seperti Saiditina Aisyah, Ummi Salamah, Fatimah dan Zainab Al Ghazali memberi sumbangan yang besar dalam pembangunan Islam. Begitu wanita di Malaysia yang Berjaya dalam bidang mereka seperti Dr. Zeti Akhtar Aziz wanita pertama dilantik sebagai Gabenor  Bank Negara Malaysia,  Aireen Omar wanita pertama yang mengepalai syarikat Penerbangan Air-Asia, Datuk Dr. Maznah Hamid bekerjaya  dan memiliki syarikat sekuriti dan hartanah, Kadijah Abdullah Ketua Eksekutif Insuran Malaysia dan pelbagai lagi nama wanita berjaya di Malaysia, sudah pasti menutup pandangan serong golongan adam akan kebolehan kaum hawa. Benarlah kata pepatah, tangan yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia. Tegasnya, wanita wajar diberi peluang yang sama rata dengan kaum lelaki untuk menceburi pelbagai bidang asalkan peranan mereka tidak bertentangan dengan agama.

        Mari kita lebarkan lensa skop perbincangan berdasarkan minda pelajar kelas pertama dengan kata kunci golongan wanita mampu menerajui bidang kewangan negara. Nama yang tidak asing dalam bidang kewangan berkenaan ialah Dr. Zeti Akhtar Aziz iaitu anak kepada pasangan Profesor Diraja  Ungku  Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid dan Sharifah Azah Alsagof merupakan Tokoh Budayawan Negara.  Dr. Zeti Akhtar Aziz merupakan wanita Malaysia pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia setelah menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana dan  Doktor Falsafah dalam Jurusan Kewangan dan Ekonomi Antarabangsa Universiti Pennyslvania pada tahun 1978. Atas sumbangan  dan kejayaannya dalam mentadbir kewangan negara,  beliau telah terpilih sebagai Ahli Perbankan Pusat Terbaik di dunia oleh Majalah Global Finance.  Beliau menerima anugerah berprestij tersebut bersama-sama tokoh kewangan dunia seperti Gabenor Bank Australia, Gabenor Bank Israel, dan tokoh kewangan dari Filipina dan Taiwan. Selain Dr. Zeti Akhtar, nama wanita berjaya dalam bidang ekonomi seperti nama yang disebut di bahagian pengenalan iaitu Aireen Omar, Datuk Maznah, begitu juga Pengurus Syarikat Faiza Sdn. Bhd.  iaitu Faiza Bawurni Sayed Ahmad terkenan dengan pengedar beras basmathi.  Justeru, terbukti bahawa golongan wanita mampu untuk mentadbir kewangan dan ekonomi negara, malah jauh mengatasi kebolehan golongan lelaki apabila Dr. Zeti Akhtar telah diiktiraf sebagai antara Ketua Bank Negara yang terbaik di dunia.

         Seterusnya, mari kita selongkar kehebatan kaum hawa dalam bidang sukan agar sikap dan prasangka kebolehan wanita tidak dipertikai sebagai kaum yang lemah malah boleh berjaya seperti  peserta sukan lelaki. Kaum wanita juga mampu untuk berjaya seperti kaum lelaki dalam acara sukan sekiranya diberi ruang dan peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka. Kejayaan mereka bukan sahaja di peringkat kebangsaan, malah ada yang berjaya di peringkat global apabila mampu menunduk pencabar dunia. Justeru, nama-nama seperti peserta sukan wanita berjaya dalam karear mereka di peringkat antarabangsa seperti Dato' Nicol Ann David dan  Pandela Rinong berjaya dalam acara sukan yang mereka tandingi di peringkat dunia iaitu dalam acara skuasy dan acara terjun. Dalam acara skuasy, Ratu Skuasy Negara sering memberi kejutan demi kejutan apabila berjaya meneruskan gelaran sebagai pemain skuasy pertama dunia apabila muncul sebagai johan dalam pelbagai kejohanan skuasy di peringkat dunia. Kejayaan Pandela Rionong mendapat pingat gangsa dalam acara terjunan di  Sukan Olimpik London pada tahun 2013 amat membanggakan rakyat Malaysia. Hal ini kerana, beliau merupakan peserta sukan pertama negara yang berjaya mencapai kejayaan gemilang seperti itu di peringkat Sukan Olimpik. Tegasnya, kaum hawa juga mampu menggegarkan dunia apabila diberi ruang untuk menyertainya.

        Jika kita sorot lensa perbincangan kepada penglibatan golongan wanita dalam aktiviti ekstrim atas dasar untuk menyenaraikan nama wanita Malaysia sebaris dengan kejayaan wanita negara luar. Sebagai warganegara Malaysia,  kita amat berbangga dengan semangat patriotik golongan hawa yang sanggup menggadai nyawa untuk memartabatkan nama negara kita sebaris dengan negara maju yang lain agar kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara yang lain. Nama kaum hawa yang dimaksudkan dalam perbincangan ini ialah  Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, pensyarah Psikologi Sukan di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau telah mengambil risiko untuk menjelajah kawasan paling sejuk di dunia iaitu untuk menjelajahi Kutub Utara walaupun beliau sedar kemungkinan nyawa beliau boleh melayang dalam menjayakan usaha menjelajahi kutub berkenaan secara solo. Oleh sebab semangatnya yang membara untuk berjaya menakluk Kutub Utara akahirnya usahanya berjaya melaksanakan ekspedisinya  pada 17 April 2007, sekali gus menjadikannya sebagai wanita Asia pertama berjaya menjelajah kedua-dua Kutub Utara dan Kutub Selatan. Semangat dan keazaman penuh membara yang ditunjukkan oleh mereka ini seharusnya dijadikan iltizam buat generasi masa hadapan untuk terus mengorak langkah merintis kecemerlangan. Tegasnya, kaum wanita juga mampu untuk berjaya sekiranya mempunyai semangat patriotisme, di samping kecekalan hati dalam menghadapi cabaran mengharungi kawasan paling sejuk dan paling mencabar di dunia.

         Seterusnya, mari kita terus menyelongkar kehebatan wanita Malaysia menggunakan minda pelajar kelas pertama dengan memperkatakan kehebatan kaum hawa dengan kata kunci mereka juga boleh berjaya dalam bidang politik terutama membantu barisan kabinet menerajui kepimpinan negara.  Kini terdapat ramai wanita yang menyandang jawatan menteri, senator, ahli parlimen, ahli  EXCO, ADUN dan sebagainya. Kita berbangga dengan ahli-ahli politik wanita seperti Datuk Seri Rafidah Aziz, mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang berusaha gigih menjaga hak dan kepentingan wanita. Berdasarkan senarai anggota kabinet Malaysia 2013, Datuk Rohani Abdul Karim merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengganti  Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Tidak lupa juga jasa mantan Allahyarhamah Tan Sri Aishah Ghani yang telah banyak berjasa kepada negara dan  pertama di Malaysia yang dilantik ke jawatan senator pada tahun 1963 dan merupakan wakil wanita pertama dari Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada tahun 1973, beliau dilantik menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat dan memegang jawatan tersebut sehingga tahun 1984. Oleh sebab itu, jasa mereka terhadap masyarakat amat dikagumi terutama dalam menentukan kebajikan golongan wanita agar sentiasa terbela terutama golongan ibu tunggal. Tuntasnya, kaum wanita juga memainkan peranan membantu barisan kabinet negara menerajui kepimpinan negara Malaysia.

         Setelah kita membincangkan jasa pemimpin wanita membela kaum wanita dan membantu barisan kabinet mentadbir negara dalam bidang politik, mari kita menelesuri pula peranan wanita dalam dalam membantu kebajikan masyarakat peringkat antarabangsa. Bukan senang untuk mencari seorang budiman seperti Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood yang sanggup meninggalkan kesenangan dan kemewahan demi untuk membantu orang lain. Beliau merupakan pengerusi dan pengasas MERCY Malaysia ataupun 'Malaysian Medical Relief Society' iaitu pertubuhan bantuan perubatan sukarela yang ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1999 berikutan perang di Kosovo. Beliau sendiri selalu mengetuai misi membantu penduduk di negara-negara yang menghadapi bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan juga di wilayah yang bergolak akibat perang. Baginya apa yang dilakukannya itu adalah lebih berharga daripada apa yang boleh dibeli oleh wang ringgit. Dr. Jemilah merupakan salah seorang daripada 16 yang lain dipilih oleh Setiausah Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), General Ban Ki-moon sebagai kumpulan penasihat Pusat Tindakan Tabung Kecemasan PBB (CERF). Begitulah jasa seorang wanita dan atas jasanya tersebut pelbagai penghargaan telah diterimanya seperti anugerah  Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) oleh Yang Teramat Mulia Sultan Azlan Shah pada tahun 2002 dan Panglima Jasa Negara (PJN) oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2003.Pada 6 Jun 2009, beliau dianugerahkan Panglima Setia Mahkota (PSM) oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang membawa gelaran Tan Sri. Beliau juga telah menerima Anugerah Keamanan Wanita yang Pertama di Asia Timur (Kategori Perkhidmatan Kemanusiaan) di Manila. Anugerah yang berprestij itu juga pernah dianugerahkan kepada Presiden Filipina Corazon Aquino dan Aung San Suu Kyi dari Manila. Justeru, insan bergelar kaum hawa memang hebat kerana jasa mereka sentiasa disanjung tinggi dunia atas jasa mereka tidak pernah kenal sempadan.

      Akhir kalam, jasa dan peranan wanita memang telah diiktiraf semenjak zaman Rasulullah lagi dan seterusnya nama-nama wanita Malasyia juga tidak kurang hebatnya. Mereka sentiasa mewarnai senario di tanah tumpah darah mereka dalam pelbagai bidang , sama ada di bidang politik, sukan, ekonomi, berusaha memartabatkan nama negara di mata dunia, membantu kepimpinan negara dan membantu masyarakat tanpa mengenal sempadan dunia. Sebagai warganegara Malaysia kita harus berbangga dengan sumbangan kaum hawa ini kerana keberadaan mereka membantu kaum adam untuk memantapkan segala kekurangan yang ada pada mereka. Oleh sebab itu, kaum wanita memang perlu diberi ruang untuk menceburi pelbagai bidang kerana kepakaran mereka bukan racun yang mampu membunuh kaum adam malah boleh diibaratkan ubat yang mampu menyembuhkan penyakit kaum adam. Allah berfirman bahawa kaum adam dijadikan untuk berpasangan dengan kaum hawa. Justeru, prasangka buruk dalam kalangan kaum adam terhadap kaum hawa perlu dihapuskan agar sikap bekerjasama akan wujud demi membina sebuah negara merdeka dan perkasa dalam pelbagai bidang agar mampu untuk menyinar di mata dunia.

Soalan : Dalam karangan masyarakat Malaysia, pantun merupakan puisi tradisional yang masih kekal sehingga ke hari ini. Bincangkan keistimewaan pantun dan peranannya dalam masyarakat Melayu.

Busana indah bertata suasa,
Menari puteri di dalam taman,
Pantun lambang budaya bangsa,
Takkan hilang ditelan zaman.

       Rangkap pantun di atas menggambarkan pantun sebagai satu lambang keistimewaan mayarakat Melayu. Pantun merupakan seni bangsa yang telah diperturunkan daripada generasi terdahulu kepada generasi pasca kemerdekaan ini. Pantun yang kaya dengan seni kata yang halus dan irama yang indah turut melambangkan kehebatan dan kepakaran masyarakat Melayu dalam bidang berbahasa. Marcapada, puisi tradisional kini turut dipertahan dan diberi penekanan oleh golongan pencinta ilmu agar tidak terhakis dibawa arus perubahan zaman yang rakus menelan budaya Melayu dari bangsanya.  Justeru, komponen sastera yang diperkenalkan dalam sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan usaha bijak pandai kita agar pendedahan sedari usia rebung pasti mampu memupuk kecintaan pelajar atau generasi muda terhadap  kemahiran berbahasa terutamanya kemahiran berpantun. Bukan itu saja, malah harapan kita agar generasi sekarang juga diharapkan mampu mencipta hasilan pantun seperti generasi nenek moyang kita sebelumnya. Seterusnya, diharapkan kesenian berbahasa ini akan menjadi budaya masyarakat bangsa dalam setiap aktiviti harian sama ada ketika berkomunikasi secara umum ataupun formal. Jelasnya, kenenian berbahasa menggunakan pantun sebagai wahana komunikasi antara masyarakat mempunyai pelbagai keistimewaan dan peranannya.

       Mari kita bersama-sama memfokuskan lensa perbincangan ke arah horizon minda pelajar kelas pertama dengan membicara kata kunci pertama iaitu fungsi pantun sebagai wahana penyampaian rasa penghargaan dan terima kasih kepada seseorang. Masyarakat Melayu yang sememangnya terkenal dengan sikap suka menghargai dan berterima kasih atas sumbangan dan jasa orang lain. Antara hasilan pantun generasi terdahulu yang masih diaplikasi masayarakat sehingga kini terpapar melalui pantun seperti di bawah,
            Pisang emas dibawa belayar,
            Masak sebiji di atas peti,
            Hutang emas boleh dibayar,
             Hutang budi dibawa mati.
Justeru, penggunaan pantun sebagai alat untuk menyampaikan rasa penghargaan dan ucapan terima kasih seperti tergambar dalam pantun di atas memaparkan kehalusan budi bangsa Melayu sesuai dengan pepatah Melayu iaitu harimau mati meninggalkan belang, manusia matiu meninggalkan nama. Ucapan terima kasih melalui penggunaan pantun yang selalunya digunakan dalam ucapan semasa acara rasmi, atau dalam perbualan seorang rakan dengan rakan memang meninggalkan impak yang besar kepada pendengarnya. Ucapan dengan penggunaan pantun ini boleh berlaku apabila seseorang itu menghulurkan bantuan sama ada kewangan, tenaga atau usaha membantu orang lain dalam meringankan bebanan kerja, memberikan idea dalam menyelesaiakan masalah, memberikan nasihat dan sebagainya. Secara langsung, penggunaan pantun dalam menyampaikan penghargaan terima kasih ini dapat melahir dan menyemaikan bibit-bibit kasih sayang antara pengguna atau penutur bahasa. Tuntasnya, pantun menjadi wadah dan wahana dalam menyampaikan rasa penghargaan dan terima masih seseorang dalam kehidupan bermasyarakat.

      Seterusnya, mari kita selusuri fokus lensa perbincangan menggunakan minda pelajar kelas pertama mengenai peranan pantun dan keistimewaannya dengan kata kunci kedua iaitu pantun juga boleh diguna pakai sebagai medan media berkomunikasi dalam menyampaikan sesuatu maklumat kepada masyarakat. Sebagai contoh, kita sering melihat iklan yang dipaparkan di kaca televisyen menggunakan pantun sebagai medium komunikasi mereka. Usaha murni media massa menggunakan pantun sebagai alat menyampaikan pesanan atau nasihat amat dipuji kerana dengan aplikasi pantun berkenaan dalam media akan membangkitkan rasa kecintaan masyarakat terhadap fungsi pantun dalam kehidupan dan secara langsung mereka tidak akan lupa akan peranan pantun dalam kehidupan seharian serta tidak melupakan identiti bangsa mereka. Di samping itu, media komunikasi tidak kira media cetak ataupun media elektronik boleh menggalakkan masyarakat mengaplikasi pantun dalam kehidupan mereka sama ada semasa berinteraksi atau berhubung melalui komunikasi berbahasa ataupun melalui tulisan. Antara contoh, media massa  seperti radio dan televisyen menyiarkan rancangan berbalas pantun sama ada secara tertutup mahupun secara siaran langsung dalam rancangan mereka. Langkah ini juga patut dipuji kerana golongan yang meminati siaran eletronik ini antaranya golongan remaja dan mereka inilah bakal pemimpin dan merupakan aset negara. Bahkan juga, penggunaan pantun dalam kehidupan boleh menjadi bahan untuk hiburan dan jenaka kerana pantun sering mendapat perhatian dalam kalangan penghibur negara terutama dalam rancangan realiti televisyen sekarang seperti Super Spontan, Maharaja Lawak,  Karott Komedia X, dan sebagainya mencuri tumpuan peminat dalam kalangan masyarakat. Tamsilnya, pabila masyarakat menonton rancangan seperti ini mereka akan dapat melupakan sementara rasa sedih dan stress mereka setelah bergulamang dengan kerjaya pada sebelah siangnya. Sebagai nasihat, dalam berhibur ciri-ciri pantun sebagai puisi lama tidak perlu diabaikan kerana di situlah erti keindahan dan keunikan berbahasa yang ditinggalkan oleh generasi dahulu kepada kita. Tegasnya, masayarakat tidak perlu memandang rendah peranan pantun dalam kehidupan mereka kerana pantun berperanan sebagai penyampai maklumat dan juga sumber hiburan yang mengasyikkan.
   
        Darsawarsa, segelintir masyarakat kita, terutama masyarakat Melayu alpa kerana meminggir dan tidak menghargai tradisi  pantun sebagai satu medium atau wahana untuk menyindir dan menempelak sesorang tanpa menyinggung perasaan pendengar. Kita sedia maklum, masyarakat Melayu terkenal dengan sifat berbudi bahasa dan sentiasa menjaga akhlak semasa berkomunikasi. Hal ini kerana setiap individu tidal lari daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau sebaliknya sehingga menggores perasaan orang di sekeliling mereka. Justeru, pabila kita berbalik kepada generasi nenek moyang kita dahulu, mereka cenderung menggunakan pantun dalam menyindir atau menempelak sesorang. Dengan cara sedemikian, pendengar atau orang yang dilawan bercakap tidak akan berasa pedihnya sindiran berkenaan berbanding jika disampaikan dengan cara terus terang. Contohnya boleh kita lihat melalui pantun berikut, "Berakit ke hulu dengan bergalah,  buluh pecah terbelah dua, orang tua jangan dilangkah, kelak biadap dituduhnya pula." Pantun berkenaan jelas  menunjukkan contoh cara golongan tua menyindir golongan muda yang sering menempelak golongan tua sama ada semasa bercakap atau semasa memberi nasihat kerana orang tua lebih banyak makan garam. Berbanding sekiranya dalam menempelak atau menyindir seperti berkata, " Diam, jangan melawan cakap orang tua", menunjukkan seseorang terus menghalang orang lain bersikap biadap dengan orang tua. Sekiranya berlaku situasi sedemikian, sudah pasti golongan muda yang mendengar kata-kata seperti itu akan tersinggung dan akibatnya hubungan mereka akan menjadi renggang.Situasi ini sering berlaku dalam alaf milenium ini kerana golongan remaja sekarang lebih suka berterus terang semasa berbual dengan rakan-rakan sebaya, dan sudah pasti ada kalanya sikap ini akan mengundang padah seperti berlakunya pertengkaran dan perkelahian. Tegasnya, masyarakat terutama golongan remaja boleh menggunakan pantun apabila cuba untuk menempelak atau menyindir rakan sebaya kerana penggunaan pantun akan melembutkan maksud teguran berbanding jika teguran itu dizahirkan secara berterus terang.

         Mari kita lebarkan fokus lensa perbincangan kepada kata kunci peranan pantun dalam adat istiadat orang Melayu . Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan sikap mengutamakan adat dalam upacara seperti merisik, pertunangan dan perkahwinan. Dalam majlis seperti rombongan merisik kebiasaannya ahli keluarga akan memilih golongan tua daripada keluarga mereka menjadi orang utama dalam majlis seperti disebutkan di atas. Kebiasaannya, orang paling utama dalam acara seperti tersebut dipilih dalam kalangan ahli keluarga yang petah berkata-kata dan kaya dengan kesenian berpantun. Selalunya, pantun akan digunakan sebagai mukadimah atau pembuka kata sebagai tanda meminta kebenaran sebelum aktiviti selanjutnya dijalankan semasa upacara merisik, pertunangan dan perkahwinan. Dalam berpantun kebiasaannya ketua rombongan akan cuba untuk menyampaikan hasrat rombongan keluarga mereka dan selalunya ke rumah gadis yang menjadi pilihan ahli keluarga lelaki. Selalunya, pantun yang dikemukan akan dibalas oleh keluarga gadis. Sebagai contoh pantun berkenaan seperti di bawah:-

            Tok Sami ke teluk Lipat,
             Kain batik dibawa Salma,
             Datang kami membawa hajat,
             Kalau sudi minta diterima.

             Dari Pauh singgah Permatang,
             Singgah merapat papan kemudi,
             Dari jauh saya datang,
             Kerana tuan yang baik budi.

Pantun seperti di atas, biasanya dipertuturkan semasa adat merisik, pertunangan atau perkahwinan yang mengambar orang Melayu sentiasa berkomunikasi secara bersopan dalam acara tertentu. Tegasnya, budaya masyarakat Melayu begitu unik dan kaya dengan kesenian bahasa antara kemahiran berpantun dalam upacara adat.

            Selain itu, pantun juga sering digunakan sebagai usaha untuk memberi tunjuk ajar atau nasihat kepada seseorang. Nasihat dan tunjuk ajar ini kebiasaannya diajukan kepada setiap lapisan masyarakat tidak kira usia muda atau tua. Pada zaman dahulu, orang tua-tua sering mengutamakan pantun sebagai usaha untuk memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada anak-anak atau golongan remaja kerana dengan cara tersebut teguran dan nasihat yang hendak disampaikan secara lebih bersopan.  bahkan juga, dengan penggunaan pantun teguran dan tunjuk ajar dapat disampaikan tanpa menggores perasaan golongan yang menjadi sasarannya. Contoh pantun nasihat seperti di bawah:-

        Pergi ke pantai berkereta coklat,
        berdayung sampan hingga ke malam,
        Firman Tuhan tutuplah aurat,
        Menjadi kewajipan wanita Islam.

Berdasarkan pantun di atas, pemantun cuba menasihatkan golongan hawa agar sentiasa menutup aurat mereka kerana perkara tersebut sudah menjadi kewajipan kaum wanita di sisi Tuhan. Jelasnya, melalui pantun seperti diatas nasihat yang disampaikan secara lembut dan tidak berbentuk keras dalam bentuk paksaan walaupun perkara berkenaan adalah wajib dilaksanakan kaum perempuan. Berbanding dengan situasi remaja sekarang lebih suka membuat teguran secara terus terang sehingga menyebabkan timbul perasaan tidak senang dalam kalangan mereka. Adakalanya, cara teguran disampaikan menyebabkan hubungan antara mereka akan renggang malah ada juga yang mencetuskan perkelahian kerana ada yang berpendapat soal menutup aurat adalah soal peribadi. Tegasnya, pantun amat signifikan untuk memberikan nasihat dan teguran kerana cara ini lebih lembut dan bersopan.

      Akhirulkalam, sudah terang lagi bersuluh bahawa pantun sememangnya banyak kelabihan dan keistimewaannya tersendiri. Antara, pantun berfungsi sebagai hiburan, berguna dalam adat istiadat, sebagai nasihat, menempelak dan sebagainya. Sebagai penerus generasi terdahulu, kita bukan sahaja perlu menghargai keunikan dan kesenian pantun Melayu, malah lebih jauh lagi kita perlu mempertahan dan seterusnya membudaya tradisi penggunaan pantun dalam kehidupan seharian agar tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas dibawa arus zaman yang serba ligat dengan kemodenan zaman milineum ini. Justeru, kita sebagai perwaris bangsa perlu bekerjasama ibarat aur dengan tebing, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat dalam usaha untuk terus memartabat dan memperkasakan pantun sebagai satu wahana dan mideum komunikasi sopan antara masyarakat Melayu yang terkenal dengan budi bahasanya. Oleh sebab itu, ternyatalah keistimewaan pantun dan peranannya dalam masyarakat tidak dapat dipertikaikan.

Huraikan pendapat anda tentang cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat. Panjang karangan anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

    Dalam meniti arus kemodenan yang berteraskan sains dan teknologi maklumat, faktor kesihatan masyarakat pada hari ini berada pada tahap yang membimbangkan pihak berkuasa terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia. Semakin hari, masalah wabak pelbagai penyakit semakin menjalar dalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia tua atau muda. Jika dahulu masalah darah tinggi  dan  kencing manis merupakan penyakit yang sering dihadapi oleh golongan tua tetapi pada hari ini golongan kanak-kanak juga sering dihantui penyakit berkenaan. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011, angka pesakit yang menghadapi masalah kesihatan telah meningkat sebanyak 200 000 orang  pesakit melebihi bilangan pesakit pada tahun sebelumnya. Sebenarnya masalah kesihatan masyarakat mampu diatasi dengan pelbagai cara terutamanya dengan kemudahan prasarana berkaitan kesihatan semakin banyak disediakan oleh pihak kerajaan. Klinik desa, Klinik 1 Malaysia, Hospital Desa, Hospital Besar merupakan tempat masyarakat mendapat kemudahan rawatan kesihatan.  Persoalannya, mengapakah kadar pertambahan bilangan pesakit yang tidak mengenal usia berlaku pada zaman sekarang? Bak kata pepatah, setiap penyakit ada ubatnya, setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Salah satu daripadanya adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat sebagaimana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagaimanakah caranya  untuk kita mengamalkan gaya hidup sihat?

         Mari kita capahkan lensa perbincangan kita kepada skop yang lebih khusus di bawah kata kunci pengambilan makanan seimbang. Kebanyakan rakyat Malaysia mengganggap pengambilan makanan seimbang ialah diet. Sebenarnya, tanggapan masyarakat mengenai perkara tersebut adalah salah sama sekali. Hal ini kerana pengambilan makanan seimbang bermaksud pengambilan makanan oleh seseorang individu yang mengandungi semua nutrien dan multivitamin yang diperlukan oleh tubuh badan secara seimbang. Jika kita merujuk piramid makanan, pembahagian pemakanan terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut keperluan makanan berdasarkan seorang manusia normal. Bahagian bawah piramid makanan merupakan kumpulan makanan mengandungi karbohidrat, diikuti dengan kumpulan makanan yang mengandungi vitamin, mineral, dan serat, seterusnya kumpulan makanan yang mengandungi protin, dan terakhir bahagian atas ialah kumpulan makanan mengandungi lemak. Piramid makanan juga merupakan panduan kepada pengguna dengan mengurangkan pengambilan makanan berlemak di bahagian atas sekali, seperti lemak dan gula,. Oleh sebab itu, makanan berlemak hanya perlu kita ambil dalam kuantiti sedikit. Berbanding kandungan karbohidrat perlu diambil dalam kuantiti yang banyak kerana makanan seperti ini membekalkan kita tenaga untuk menjalani kehidupan seharian, contohnya nasi, roti, dan bijirin. Seorang ahli falsafah Yunani iaitu Socrates berkata " Aku makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Sekiranya kita mengutamakan pemakanan yang sihat sudah pasti tubuh badan kita akan kekal sihat. Sebaliknya, mereka yang mengambil mudah soal pemakanan sudah pasti mereka akan mudah ditimpa penyakit." Tegasnya, kita boleh mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang setiap hari.

           Seterusnya, mari kita lebarkan lensa perbincangan dengan memperkatakan gaya hidup sihat iaitu menjalankan aktiviti rekreasi. Sebagai mana yang kita sedia maklum, kegiatan rekreasi merupakan aktiviti yang berfaedah terutama untuk mengisi masa senggang, merehatkan minda dan mengelakkan stress, selain menyehatkan badan. Pada abad milenium ini, banyak tempat rekreasi, sama ada bertemakan air, alam sekitar dan sebagainya. Dengan adanya pusat rekreasi, anak muda atau remaja boleh menyertai aktiviti berkenaan dengan mandaftar diri dan menyertai program yang dianjurkan seperti kursus berkayak, mendaki gunung, , menyelam, "jungle tracking" dan sebagainya. Bagaimana kegiatan rekreasi ini dapat menyihatkan tubuh badan? Aktiviti rekreasi merupakan aktiviti mencabar. Sebelum melakukan aktiviti berkenaan, peserta selalunya diminta untuk melakukan aktiviti regangan agar seluruh sendi dan sistem kardivaskular kita bersedia terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti berkenaan. Bahkan juga, dengan adanya aktiviti regangan dan pemanasan badan, kadar pengaliran darah dan pergerakan jantung akan stabil sebelum peserta melakukan aktiviti yang berat. Selain itu, kelenjar endokrin dan kelenjar adrenalina akan merembeskan peluh yang mengandungi toksin untuk disingkirkan daripada badan. Oleh sebab itu, badan kita akan menjadi sihat dan sukar untuk dijangkiti patogen-patogen penyakit. Kebiasaanya, seorang fasiltator akan memberi penerangan kepentingan melakukan regangan dan peringatan mengenai langkah-langkah menjaga keselamatan sepanjang program rekreasi diadakan untuk mengelak sebarang kemalangan atau kecederaan. Bak kata pepatah, malang tidak berbau dan sediakan payung sebelum hujan. Justeru, tahap keselamatan peserta lebih terjamin semasa melakukan aktiviti lasak tersebut. Hal ini jelas menunjukkan aktiviti berekreasi merupakan satu cara untuk kita mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan.

                Mari kita meneruskan perbincangan menggunakan minda pelajar kelas pertama dalam membicara aktiviti sukan sebagai amalan gaya hidup sihat. Sebagaimana kita maklum, remaja tidak lari daripada melakukan aktiviti sukan dalam kehidupan mereka sejajar dengan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan pelaksanaan Program 1 Murid 1 Sukan yang mewajibkan pelajar sekurang-kurang menyertai satu aktiviti sukan di sekolah. Bahkan juga,Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah 10% syarat kemasukan ke universiti berdasarkan pencapaian pelajar dalam bidang kokurikulum antaranya sukan permainan. Namun, pelaksanaan program ini belum mencapai objektifnya kerana sebilangan pelajar masih belum membudayakan diri mereka untuk bersukan dan penglibatan mereka dalam aktiviti berkenaan hanya sekadar untuk penyertaan bukan sebagai budaya. Sebenarnya, pucuk pangkal permasalahan berkenaan terus berlaku akibat masyarakat masih belum mengetahui akan manfaat dan kepentingan sukan dalam kehidupan mereka. Dengan bersukan, masyarakat akan mendapat manfaat iaitu selain menyihatkan badan, mereka juga akan dapat mencergaskan minda mereka. Hal ini kerana ketika bersukan oksigen akan diserapkan ke dalam badan dengan lebih cepat dan akan mengaktifkan sel-sel badan menjalankan proses respirasi, disamping aliran oksigen ke otak akan lebih aktif. Secara langsung neuron-neuron otak juga akan bersambung dan badan akan menerima cas-cas positif yang berfungsi untuk menyihatkan badan dan mencerdaskan otak. Kebaikannya kepada pelajar, mereka tidak akan mudah mengantuk semasa berada di dalam kelas dan sudah pasti proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih bermakna. Pepatah Arab ada mengatakan bahawa minda cerdas lahir daripada badan yang sihat. Sekiranya kita mengamalkan gaya hidup sihat dengan menyertai  aktivti bersukan sudah pasti tubuh badan kita akan sihat. Justeru, kita boleh mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti bersukan.

              Akhir sekali, sudah terang lagi bersuluh bahawa pemeriksaan dan rawatan kesihatan adalah penting dalam memastikan tahap kesihatan kita sentiasa berada di bawah paras bahaya. Masyarakat Malaysia perlu bersyukur kerana kerajaan terutamanya di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia amat mengambil berat dalam menyediakan prasarana dan kemudahan kesihatan perkhidmatan bertaraf dunia. Hal ini boleh kita lihat di setiap pelusuk negara terdapat pusat rawatan sama ada klinik desa, Klinik 1 Malaysia, Hospital Desa dan Hospital Besar sentiasa terbuka untuk dikunjungi oleh rakyat yang sedar akan kepentingan kesihatan mereka. Tambahan pula Kilink 1 Malaysai menjadi kebanggaan rakyat Malaysia kerana perkhidmatan yang kesihatan yang disediakan pada setiap masa kecuali cuti umum.  Bahkan juga, pengamal perubatan yang sedia merawat pesakit adalah lepasan universiti dikerah berkhidmat di pusat rawatan daerah, dan negeri agar setiap masyarakat mudah untuk mendapat perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. Berbading suatu ketika dahulu, pesakit yang memerlukan rawatan daripada seorang doktor hanya boleh mendapat perkhidmatan mereka di hospital desa atau hospital besar sahaja. Oleh sebab itu, rawatan kesihatan amat penting supaya setiap warganegara akan tahu tahap dan darjah kesihatan mereka dari semasa ke semasa. Apabila kita melakukan rawatan kesihatan secara berskala sekurang-kurangnya tiga bulan sekali perkembangan kesihatan kita boleh dipantau oleh pengamal perubatan atau doktor dengan sebaik-baiknya. Natijahnya cukup positif kerana pengesanan penyakit secara awal akan memudahkan mereka mendapat rawatan yang sepatutnya. Secara langsung pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa kerana kadang kala penyakit menyerang tanpa disedari terutama penyakit tiga serangkai iaitu darah tinggi, kecing manis dan serangan jantung. Contohnya, sekiranya pesakit mengalami penyakit kencing manis para doktor berpengalaman akan menasihatkan pesakit mengawal kaedah pemakanan yang sesuai dan sekiranya pesakit mengalami masalah diabetis yang kronik suntikan insulin akan dilakukan supaya dapat mengawal paras gula dalam badan. Pepatah ada menyebut " mencegah lebih baik daripada merawat." Tegasnya mendapat pemeriksaan dan rawatan kesihatan adalah sangat penting dalam memastikan tahap kesihatan masyarakat dalam keadaan baik.

          Kesimpulannya, pengamalan gaya hidup sihat merupakan inisiatif kita sendiri. Jika kita inginkan kesihatan kita sentiasa sihat, kita perlulah melibatkan diri dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menyihatkan tubuh badan kita seperti pengambilan makanan seimbang, melakukan aktiviti rekreasi, menyertai aktiviti sukan dan mendapatkan rawatan kesihatan secara sempurna. Oleh itu, untuk menyokong kerajaan dalam merealisasikan Wawasan 2020, kita perlulah memastikan tahap kesihatan kita dalam keadaan terbaik kerana pekerja, pentadbir, dan pemimpin yang sihat jasmani, rohani, emosi dan inteleknya sahaja yang akan dapat membantu menggapai cita-cita pemimpin  untuk memastikan Malaysia mampu untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Justeru, kesihatan merupakan aset paling penting kepada kita sebagai warganegara Malaysia kerana bak kata pepatah, kesihatan itu lebih penting daripada wang ringgit yang menggunung.


Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan amalan menabung dalam kalangan masyarakat. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.



KEBAIKAN AMALAN MENABUNG DALAM KALANGAN MASYARAKAT




 Dapat digunakan semasa                                                                 Dapat membantu keluarga
             kecemasan                                                                                    ditimpa kesusahan

Mengamalkan sikap berjimat-                                                     Dapat membeli apa-apa yang
                 cermat                                                                                                  diingini


   Pada zaman globalisasi kini, masyarakat lebih bersifat materialistik dan individualistik kerana menganggap wang sebagai punca kebahagiaan dalam kehidupan mereka. Walaubagaimanapun, sebagai manusia kita perlu akur dengan ketentuan Tuhan kerana Allah menentukan segala-galanya. Peribahasa Melayu ada mengatakan "malang tidak berbau”, dan sediakan payung sebelum hujan, mengambarkan peri penting wang sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada kita, dan keluarga seperti kemalangan, melanjutkan pelajaran, mahupun untuk membeli sesuatu keperluan untuk seseorang meneruskan kelangsungan kehidupannya dengan sempurna. Namun perlu kita beringat bahawa jauhkan sifat fasiq dengan beranggapan wang sebagai raja dan dengan wang kita mampu memperoleh segala-galanya. Ada kalanya qada dan qadar Tuhan mengatasi segala-galanya kerana kesihatan, kematian, untung baik dan untung jahat hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Namun sebagai insan yang sentiasa bersedia dengan ketentuan Tuhan realitinya kita memerlukan wang untuk memastikan kehidupan kita akan sentiasa sempurna. Sekiranya, budaya menabung menjadi keutamaan dalam kehidupan sudah pasti individu mahupun keluarga mampu menghadapi sebarang musibah yang mungkin menimpa mereka.  Persoalannya, apakah kemaslahatanya amalan menabung dalam kehidupan kita sebagai manusia.

       Marcapada dunia globalisasi tanpa limitasi memberikan pelbagai cabaran dan manusia tidak lari daripada menghadapi duri ranjau untuk mengecapi sempurnaan hidup yang azali. Oleh sebab itu, untuk meneruskan kehidupan yang mendatang dengan lebih sempurna, kita perlu menabung wang daripada awal kehidupan demi masa depan yang lebih cemerlang. Apabila kita mendisiplinkan diri dengan menabung, prinsip “sedikit-sedikt, lama-lama menjadi bukit” sudah kehidupan kita pada masa depan akan lebih cerah. Bahkan juga, menabung mampu membudayakan amalan berjimat cermat dan mengelakkan kita daripada sikap boros berbelanja kerana boros amalan syaitan. Sekiranya, amalan menabung diamalkan dalam kehidupan, kita mampu memperoleh kejayaan cemerlang pada masa hadapan. Sebaliknya, jika amalan menabung tidak menjadi amalan kita semasa muda sudah pasti kehidupan tua kita akan sengsara. Sebagai contoh, seorang penoreh getah, Abdul Rahman Omar, 60 berasal dari Kampung Sawa Besar, Pendang Kedah berjaya menunaikan haji hanya dengan menabung hasil jualan getahnya. Namun, bukan semua orang berharta dapat mengerjakan tuntutan agama kelima ini. Banyak lagi kejayaan manusia atas dasar menabung pada masa muda. Tegasnya, dengan menabung kita mampu mengotakan impian sesiapa sahaja pada masa mereka tua.

       Walakin begitu, amalan menabung amat dituntut agama apabila manusia dapat mengapresiasikan usaha mencari wang untuk keperluan keluarga. Ibu bapa kita berkerja daripada mentari menjalankan tugasannya pada siang hari dan menamatkan tugasannya apabila tiba waktu senja ”bagaikan lebah mengumpul madu’ demi menampung kos sara hidup yang semakin menghimpit. Wang hasil titik peluh mereka ini akan disimpan sebagai tabungan sebagai persediaan untuk menghadapi waktu kecemasan atau pada ketika ahli keluarga menagih pertolongan kerana hari tidak semestinya sentiasa cerah. Apabila berlaku kecemasan, terutama pada hujung bulan, wang tabungan menjadi sandaran untuk mereka menyelesaikan permasalahan ahli keluarga sama ada ketika berlaku kecemasan seperti kemalangan dan ahli keluarga sakit yang memerlukan kewangan untuk mengatasi masalah mereka. Sekiranya, ibu bapa tidak menabung sudah pasti mereka akan pasrah tanpa dapat melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah ahli keluarga mereka kecuali ada pihak yang prihatin membantu sama ada daripada pertolongan ahli keluarga terdekat atau pertolongan masyarakat. Sebaliknya, jika ibu bapa mempunyai wang tabungan, mereka akan mampu mengatasi sebarang masalah dengan segera. Tegasnya, amalan menabung amat dituntut agama apabila manusia dapat mengapresiasikan usaha mencari wang untuk keperluan keluarga kerana setiap sen disimpan setiap sen merupakan hasil titik peluh dan keringat yang bermakna.

       Bahkan juga, amalan menabung mampu membantu kita membeli barangan dan keperluan yang kita hajatkan. Sebagaimana kita sedia maklum, ibu bapa membanting tulang dari pagi ke petang untuk mencari nafkah untuk ahli keluarga. Adakala dan waktunya, anak-anak sukar untuk memperoleh apa yang mereka perlukan terutama sekiranya ketika itu ibu bapa menghadapi masalah kewangan. Walaupun ibu bapa mampu memperoleh barangan yang kita hajati tetapi dengan menggunakan wang yang kita ditabung, sekurang-kurangnya wang yang kita tabung itu mampu untuk mengurangkan sedikit tanggungan ibu bapa. Pada masa yang sama, anak-anak perlu faham dan cakna barangan yang dibeli perlu berdasarkan kepentingannya. Contoh, pastikan barangan yang dibeli mestilah barangan keperluan sahaja dan barangan berkenaan mendatangkan manfaat kepada mereka seperti buku, beg sekolah, dan peralatan tulis. Hal ini kerana ada kalangan anak-anak yang membeli barangan tidak penting dan menguntungkan mereka seperti membeli telefon bimbit dan majalah yang tidak sesuai dibaca kerana budaya hedonisma ini merugikan kita dan keluarga. Sudah pasti membeli barangan berkenaan meyemai sikap boros berbelanja, terutama barangan yang menyubang kepada keruntuhan akhlak remaja. Sekiranya, anak-anak membeli barangan keperluan sahaja dengan wang tabungan mereka, sudah pasti mereka dapat mengelakkan amalan boros semasa berbelanja. Perlu diingat amalan boros berbelanja amalan syaitan. Sudah terang lagi bersuluh, amalan menabung mampu membantu kita membeli barangan dan keperluan yang kita hajatkan tanpa menyusahkan ibu bapa yang selama ini menyara kita sekeluarga.


      Selain itu, dengan amalan menabung juga anak-anak boleh meringankan bebanan ibu bapa  apabila salah seorang  ahli keluarga menghadapi masalah. Langit tidak selalunya cerah, begitu juga dengan ibu bapa kita, adakalanya  diri mereka terbeban apabila ada ahli keluarga yang memerlukan bantuan kewangan secara mendesak. Hal ini juga mungkin berlaku contohnya apabila anak-anak ada menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti atau ke sekolah berasrama penuh. Sekiranya anak-anak menabung semenjak kecil lagi, wang tabungan boleh digunakan untuk tujuan meringankan bebanan ibu bapa untuk persediaan berkenaan. Sebagai seorang anak yang baik biarlah kita menjadi benih yang baik dicampak ke langit menjadi kejora, dicampak ke laut menjadi pulau, dan dicampak ke daratan menjadi penawar. Namun pada zahirnya, ibu bapa tidak akan tergamak menyusahkan anak-anak mereka tetapi memang tugas seorang anak yang baik  tidak membebankan ibu bapa mereka. Sekiranya, anak-anak membudayakan amalan menabung daripada kecil lagi, banyak maslahat yang mereka terima. Sebaliknya, anak-anak yang tidak menabung mereka mungkin sedikit sebanyak akan membebankan ibu bapa mereka. Kesimpulannya, jelas engan menabung juga anak-anak boleh meringankan bebanan ibu bapa  apabila salah seorang  ahli keluarga menghadapi masalah.



       Walhasil, sebagai anak bangsa yang bakal dibentuk menjadi modal insan kepada nusa tercinta, kita sewajarnya menjadikan amalan menabung sebagai rutin kehidupan. “Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis” merupakan kata-kata mutiara yang mesti kita hayati. Dengan menabung, kualiti kehidupan yang lebih baik akan dapat kita nikmati. Wang yang ditabung boleh menjadi modal melanjutkan pelajaran demi memberi pulangan kehidupan yang lebih baik kepada ayahanda dan bonda tercinta. Pulangan yang lumayan daripada amalan menabung dapat dirasai bukan sahaja untuk diri justeru kepada seantero jagatraya terutama semasa keadaan mendesak.


Pada pendapat soalan ini agak sukar kerana memerlukan pelajar menjelaskan peranan anda untuk membantu golongan rakan sebaya kurang upaya. Penulisan anda perlu menggunakan kata ganti nama saya.


Orang  Kurang Upaya (OKU) merupakan  orang  yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan  berterusan  daripada  pelbagai  pihak  supaya  mereka  turut  memberi  sumbangan berkesan kepada negara. 
Sebagai  seorang  pelajar,  apakah  peranan  yang  dapat  anda  mainkan  untuk  membantu  atau menghargai golongan Orang Kurang Upaya (OKU)?

Takrif  orang kurang upaya (OKU) ialah insan yang kurang bernasib baik kerana mengalami kecacatan kekal sama ada dalam bentuk kecacatan fizikal atau mental. Kecacatan fizikal seperti buta, pekak, cacat anggota, manakala cacat mental seperti ‘sindrom down’ dan tergencat akal. Mereka terpaksa mengharung suatu perjalanan sukar untuk hidup sempurna seperti golongan normal dek kecacatan yang dialami. Mereka mengalami perasaan rendah diri, tersisih daripada arus perdana masyarakat, dan sukar menghadapi kehidupan hari-hari mendatang tanpa sokongan ahli keluarga terdekat. Pada hari ini jumlah OKU di negara ini dalam semua kategori telah meningkat sehingga 4000 orang. Hal yang demikian, menunjukkan golongan tersebut tidak boleh dibiarkan meneruskan kehidupan dalam kedaifan. Mereka sepatutnya diberikan peluang untuk meneruskan hidup atas kudrat yang ada pada mereka atau dengan perkataan lain mereka harus berdikari.

Sebagai seorang insan yang sempurna fizikal dan mental saya haruslah bersukur kepada Allah kerana mengurniakan kesempurnaan anggota badan. Namun begitu, saya akan menghargai keberadaan insan  orang kurang keupayaan yang hidup bersama-sama saya.  Saya akan cuba untuk memotivasi mereka agar mereka meneruskan usaha sehingga berjaya dalam kehidupan mereka. Hal ini kerana orang kurang upaya juga mempunyai keistimewaan mereka tersendiri. Sebagaimana kita sedia maklum, terdapat orang kurang upaya yang berjaya di negara kita, antaranya Prof. Ismail Saleh, pakar ekonomi negara, seorang penyarah dan beliau juga menjadi orang cacat pertama memperoleh ijazah kedoktoran, Saudara Syukur Saleh, pemilik Syarikat D Strike Solution pemasangan karpet terkenal di Malaysia, dan pernah memenangi anugerah OKU Kecemerlangan bahagian Keusahawanan Malaysia, dan Tuan Atan merupakan seorang peguam dan berperanan menggubal akta OKU di Malaysia. Oleh sebab itu, saya akan memberikan motivasi kepada rakan-rakan OKU yang berada di sisi saya untuk meneruskan kecemerlangan yang mereka ada berdasarkan kecemerlangan orang kurang upaya seperti saya nyatakan di atas. Sekiranya saya mampu memberikan motivasi kepada rakan-rakan OKU, saya yakin mereka mampu berjaya dalam kehidupan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan." Mereka juga boleh berjaya seperti orang lain sekiranya ada usaha kerana usaha itu tangga kejayaan. Tegasnya, saya akan cuba untuk memotivasi mereka agar meneruskan usaha mereka sehingga berjaya.

Selain itu,  saya juga akan menggalakkan golongan sahabat OKU untuk menyertai mana-mana persatuan OKU yang terdapat di daerah, negeri ataupun peringkat kebangsaan. Hal ini kerana melalui persatuan seperti ini, golongan sahabat OKU akan dapat bertemu dengan rakan-rakan seperti mereka. Di tempat sebegini juga mereka dapat bertukar-tukar pandangan dan pengalaman sebagai orang kurang upaya terutama berkongsi pengalaman kejayaan mereka dala kehidupan. Selain itu, di tempat-tempat sebegini juga mereka sedar bahawa mereka bukan keseorangan dan mereka mempunyai sahabat yang berusaha untuk terus berjaya dalam suasana negara yang sedang membangun. Bahkan juga, dengan adanya persatuan seperti ini, mereka akan mendapat banyak info berkaitan golongan orang kurang upaya malah mereka juga akan tahu bantuan-bantuan yang boleh mereka dapati sekarang sama ada melalui bantuan badan bukan kerajaan dan kerajaan seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,  Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan dan sebagainya. Sesunggunhya, dengan menyertai badan-badan atau persatuan OKU, sahabat-sahabat OKU akan dapat memotivasikan diri mereka untuk berjaya sebagaimana kejayaan sahabat OKU lain. Bahkan juga mereka akan berasa diri mereka tidak dipinggir oleh masyarakat dan mereka juga boleh berjaya seperti orang lain. Sekiranya, sahabat OKU dapat menyertai persatuan OKU, mereka akan mampu berjaya seperti orang lain kerana mereka juga mempunyai hak untuk berjaya. Tegasnya, sebagai rakan saya akan menggalakkan golongan sahabat OKU untuk menyertai mana-mana persatuan OKU yang terdapat di daerah, negeri ataupun peringkat kebangsaan.

Sebagai seorang sahabat OKU, saya juga akan menggalakkan mereka untuk mendaftar diri ke Kementerian Pendidikan untuk mengikuti pendidikan khas yang menempatkan pelajar OKU. Selain itu, saya akan cuba menyedarkan rakan-rakan OKU betapa pentingnya mereka mengikuti pembelajaran di sekolah pendidikan khas ini. Sebagaimana kita sedia maklum Kementerian Pendidikan Malasyia telah mewujudkan sekolah pendidikan khas untuk mengelakkan pelajar OKU tercicir dari aliran pendidikan perdana. Di sekolah pendidikan khas, pelajar OKU akan mendapat pendidikan sejajar dengan kebolehan mereka, di samping mereka akan didedahkan kepada kemahiran sama ada teknik atau vokasional untuk mereka dapat meneruskan kehidupan. Oleh sebab itu, objektif sekolah pendidikan khas adalah untuk mendedahkan mereka kepada pembelajaran mengikut kebolehan agar pendidikan yang mereka terima dapat mendedahkan mereka untuk berdikari apabila dewasa nanti tanpa memerlukan bantuan daripada ibu bapa. Sekiranya, sahabat-sahabat OKU saya dapat mengikuti pendidikan di sekolah pendidikan khas ini, mereka akan dapat meneruskan kehidupan mereka seperti rakan-rakan mereka yang lain. Tegasnya, Sebagai seorang sahabat OKU, saya juga akan cuba menggalakkan mereka untuk mendaftar diri ke Kementerian Pendidikan untuk mengikuti pendidikan khas yang menempatkan pelajar OKU.
Selain itu, sebagai seorang rakan OKU, saya akan cuba untuk memberi penerangan yang jelas kepada ibu bapa rakan OKU  supaya mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah pendidikan khas. Hal ini kerana ada sebilangan ibu bapa tidak mahu anak-anak mereka digelar sebagai OKU kerana mereka beranggapan bahawa anak-anak mereka perlu menerima pembelajaran seperti pelajar-pelajar yang lain. Oleh sebab itu, saya akan cuba untuk menjelaskan betapa ruginya ibu bapa menghantar anak-anak mereka untuk menerima pendidikan aliran perdana. Namun, saya bukan bertujuan untuk memperlekeh sahabat OKU atas kekurangan yang mereka alami tetapi saya cuma perlu meyakinkan ibu bapa OKU bahawa kerajaan amat prihtain dan cuba sedaya upaya membantu golongan OKU. Sekiranya ibu bapa terus menghantar anak-anak mereka mengikuti pendidikan aliran perdana, sudah pasti anak-anak mereka akan tercicir berbanding pelajar-pelajar lain bukan OKU. Tambahan pula, sekiranya anak-anak mereka dapat menerima pembelajaran di sekolah berpendidikan khas banyak agensi kerajaan akan memberikan bantuan kepada mereka setelah mereka menamatkan pengajian di sekolah aliran pendidikan khas. Bahkan juga, anak-anak mereka akan dapat bersaing dengan rakan-rakan OKU yang lain untuk mendapat tempat dalam peperiksaan antara pelajar OKU. Tegasnya, sebagai seorang rakan pelajar OKU, saya saya akan cuba untuk memberi penerangan yang jelas kepada ibu bapa rakan OKU  supaya mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah pendidikan khas.

Akhirnya, sebagai rakan OKU, saya akan memotivasikan mereka untuk meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Vokasional untuk murid bekerperluan khas terutama apabila program pemerkasaan Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET) dijalankan oleh pihak kerajaan. Sebanyak 23 program khusus boleh disertai rakan-rakan pelajar OKU seperti kemahiran yang ditawarkan an­taranya penyediaan dan pembuatan makanan, operator pengeluaran pemprosesan makanan dan proses kimpalan arka kepingan logam dan sebagainya. Dengan ada pendidikan khas seperti di atas, murid berkeperluan khas akan dapat menimba ilmu untuk mereka gunakan apabila mereka dewasa nanti. Sekiranya, rakan-rakan OKU, dapat meneruskan pelajaran di Sekolah Vokasional mereka akan dapat menimba ilmu dan menggunakan ilmu tersebut untuk kepentingan mereka apabila dewasa nanti. Perlu diingat, sebagaimana saya nyatakan di atas banyak golongan OKU berjaya d Malaysia seperti antaranya Prof. Ismail Saleh, pakar ekonomi negara, seorang penyarah dan beliau juga menjadi orang cacat pertama menerima memperoleh ijazah kedoktoan, Saudara Syukur Saleh, pemilik Syarikat D Strike Solution pemasangan karpet terkenal di Malasyia, dan pernah memenangi anugerah OKU Kecemerlangan bahagian Keusahawanan Malaysia, dan Tuan Atan merupakan seorang peguam dan berperanan menggubal akta OKU di Malaysia. Tegasnya, sebagai rakan OKU, saya akan memotivasikan mereka untuk meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Vokasional untuk murid berkerperluan khas.

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa  sebagai rakan pelajar OKU saya perlu memainkan peranan untuk membantu mereka untuk berjaya seperti orang lain.  Semua pihak perlu berganding bahu, bak kata peribahasa Melayu  berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, bagi membela nasib dan masa depan golongan OKU. Mereka juga berhak untuk berjaya seperti rakan-rakan mereka di aliran perdana tetapi perlu betul caranya. Diharapkkan dengan usaha-usaha yang saya lakukan di atas saya akan dapat membantu rakan OKU untuk berjaya. Semoga mereka akan berjaya seperti rakan-rakan seangkatan dengan mereka.

BERJIMAT CERMAT AMALAN MULIA .
Ulaskan pernyataan tersebut

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap murid pasti mempunyai keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya akan dapat dicapai sekiranya pelajar-pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya kerana jika ada kemahuan di situ ada jalan. Kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah sesuatu yang susah untuk dicapai sekiranya murid itu sendiri mempunyai azam yang tinggi untuk mencapainya. Murid-murid tidak sepatutnya mengganggap perkara ini sesuatu yang remeh atau mudah kerana keputusan peperiksaanlah yang akan menjamin masa hadapan seseorang pelajar. Oleh itu, pelajar janganlah menyesal pada masa hadapan disebabkan tidak dapat memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan bak kata peribahasa Melayu “ sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tidak berguna.” Oleh itu, saya sebagai seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia, saya harus berusaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan kerana kejayaan saya amat ditagih oleh kedua-dua ibu bapa saya dan guru-guru yang berhempas pulas menjajar saya. Persoalannya, apakah modus operandi dan perancangan dan persediaan awal yang sepatutnya saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti?

            Langkah pertama akan saya ambil ialah sentiasa memberikan perhatian ketika guru sedang mengajar di dalam kelas. Apabila saya memberi perhatian ketika seseorang guru sedang mengajar, sudah tentu sesuatu pembelajaran  tersebut akan cepat diserap masuk ke dalam minda saya. Bahkan seorang pakar psikologi pernah mengatakan bahawa “Lima puluh peratus kejayaan pelajar-pelajar  adalah disebabkan kerana mereka memberikan sepenuh perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.” Oleh sebab itu saya akan berusaha untuk  menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran  guru di dalam kelas. Bahkan juga saya akan cuba menjadi pelajar  aktif dan terlibat dalam setiap sesi  soal jawab sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran guru dijalankan agar saya faham apa sahaja yang ingin disampaikan oleh guru. Berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan oleh Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malasyia mendapati bahawa kebanyakan pelajar cemerlang dalam peperiksaan adalah disebabkan oleh pelajar-pelajar yang sentiasa mengemukakan soalan sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang kurang difahami oleh mereka.. Jika saya selalu bertanya dan menumpukan perhatian di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru, sudah pasti saya memahami topik yang diajar oleh guru kerana malu bertanya sesat jalan. Sebaliknya, jika saya tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas, sudah pasti saya tidak akan faham topik yang diajar oleh guru dan saya akan rugi. Tegasnya, saya akan sentiasa memberikan perhatian ketika guru sedang mengajar di kelas agar saya menjadi pelajar yang berjaya dalam pelajaran.

            Selain itu, saya akan menguruskan masa dengan bijak dan baik agar saya dapat belajar dengan konsisten. Oleh sebab itu, saya akan menyediakan jadual waktu belajar dengan jiwa saya dan saya akan pastikan saya akan mengikutinya dengan tegas sekiranya saya ingin mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Hal ini demikian kerana berdasarkan satu kajian, jadual waktu belajar dapat membantu para pelajar menguruskan masa secara berkesan dan mereka akan mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulangkaji pelajaran dengan lebih menyeluruh dan bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan. Bahkan juga, dengan menyediakan  jadual waktu saya akan dapat memastikan saya dapat menyeimbangkan waktu saya seperti masa untuk berehat, masa untuk mengulangkaji pelajaran, masa untuk beriadah  untuk menjaga fizikal dan emosi saya sentiasa stabil. Dengan adanya jadual peperiksaan yang baik, saya dapat mengelakkan stres dan kemurungan yang akan menyebabkan jiwa saya tidak sempurna. Sekiranya saya dapat mengikut jadual waktu belajar yang telah saya tetapkan sudah pasti saya akan sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan sebaliknya jika saya tidak melakukannya sudah pasti saya akan gagal mendapat keputusan yang cermerlang. Apabila saya gagal mendapat keputusan cemerlang pasti saya akan kecewa oleh itu situasi berkenaan perlu saya elakkan sebelum nasi sudah menjadi bubur dan saya perlu menyediakan payung sebelum hujan sebelum peperiksaan menjelma. Tambahan pula, kebanyakan pelajar yang berjaya biasanya terdiri daripada pelajar-pelajar yang telah membuat persiapan awal sebelum peperiksaan dijalankan. Manakala pelajar-pelajar yang tidak membuat persiapan awal kerana mereka terlalu leka membuang masa  dan tidak berpegang kepada pepatah “masa itu emas” dan “masa lalu tidak akan kembali”, maka mereka tidak dapat menghabiskan semua tajuk-tajuk sebelum tiba peperiksaan dan ini haruslah dielakkan. Jelasnya, pengurusan masa yang cekap akan memberi saya masa yang cukup untuk membuat persediaan awal supaya saya dapat mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang akan saya duduki nanti.

            Seterusnya, saya akan mengikuti kelas tuisyen untuk mendapat ilmu tambahan. Hal kerana di pusat tuisyen, guru-guru yang membimbing saya terdiri daripada guru-guru berpengalaman. Ada dalam kalangan mereka merupakan pemeriksa kerta dan mereka arif cara menjawab soalan yang betul sebagaimana yang dikehendaki skema pemarkahan. Seyogia, saya tidak akan segan silu  bertanya guru di pusat tuisyen berkaitan  topik-topik pelajaran yang kurang saya fahami semasa belajar di sekolah  bak kata peribahasa Melayu “ malas berkayuh perahu hanyut” , “segan bertanya sesat jalan.” Tambahan pula, jika terdapat sesuatu topik itu diajar dua kali, maka saya akan mudah mengingati topik berkenaan dan saya juga boleh mengikuti program tuisyen di sekolah kerana dengan cara ini  membantu saya untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Saya juga akan menyertai sebarang program kecemerlangan yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Minggu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, teknik menjawab soalan dan lain-lain lagi. Sekiranya saya menyertai program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, mahupun di pusat tuisyen sudah pasti saya akan didedahkan dengan pelbagai jenis soalan dan latihan yang kerap kali akan ditanya dalam peperiksaan. Jelasnya, penyertaan saya dalam tuisyen dan program kecemerlangan merupakan salah satu langkah bagi saya untuk berjaya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

Di samping itu, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang baik akhlaknya dan rakan-rakan berkenaan mempunyai keinginan untuk berjaya dalam peperiksaan kerana pepatah Arab ada mengatakan jika berkawan dengan penjual minyak wangi saya akan mendapat wangiannya tetapi jika saya berkawan dengan tukang besi kamu akan mendapat percikan bahangnya . Seyogia, saya perlu bijak memilih kawan kerana kawan yang baik akan memandu saya ke arah kecemerlangan. Dengan cara pemilihan kawan juga, saya tidak akan dipengaruhi oleh rakan-rakan yang bermasalah dan seterusnya terlibat dalam gejala sosial yang negatif. Bahkan juga, saya akan dapat membezakan antara kaca dengan permata dan sentiasa memikirkan masa depan saya serta matlamat hidup saya untuk menjadi pelajar berjaya dan berguna kepada masyarakat dan negara. Melalui pergaulan dengan rakan-rakan yang mengutamakan pendidikan mereka, saya akan dapat bertukar-tukar pendapat serta ilmu dengan mereka.. Secara tidak langsung, pencapaian keputusan peperiksaan saya akan meningkat hasil daripada perbincangan dan tunjuk ajar daripada rakan-rakan.  Pergaulan dengan rakan-rakan yang bijak dalam pembelajaran akan dapat menimbulkan persaingan yang sihat dalam diri saya. Saya akan mempunyai semangat untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh agar diri saya tidak akan diasingkan dari kumpulan tersebut serta tidak akan berasa tersisih dan terpulau apabila dalam menyelesaikan sesuatu perbincanga. Saya juga dapat bergantung harap kepada rakan–rakan yang baik ini apabila saya tidak berdaya untuk menghadapi dan menyelesaikan  sesuatu cabaran dalam hidup. Mereka tentu  akan dapat membantu saya untuk memotivasi diri ke arah kecemerlangan dalam pelajaran. Tegasnya, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang berakhlak mulia agar saya tidak akan tersilap langkah dalam membuat sebarang keputusan dalam hidup saya.
            Akhir sekali, saya akan mematuhi segala nasihat ibu bapa saya untuk mengulangkaji dan membuat latihan setiap masa  di samping  berdoa kepada Tuhan agar saya  dapat membalas jasa mereka dengan belajar bersungguh-sungguh. Allah berfirman dalam Al Quran, “Tuhanmu  hanya akan menolong dan memberkati hidup anak yang taat kepada ibu bapa.” Kenyataan ini pasti benar kerana orang-orang tua mempunyai lebih banyak pengalaman dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan ranjau dan duri. Saya akan sentiasa patuh pada nasihat dan asuhan ibu saya kerana saya sedar bahawa syurga terletak di telapak kaki ibu. Misalnya, ibu bapa saya selalu menasihatkan saya untuk belajar bersungguh-sungguh dan membuat latihan dan ulangjaji setiap masa. Mereka juga telah membelikan saya banyak buku latihan untuk saya  sempurnakan semasa membuat ulangkaji pelajaran. Oleh sebab itu, saya akan berusaha secara gigih untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dengan menggunakan buku-buku yang telah dibeli oleh mereka. Saya akan cuba untuk membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan contohnya mengulangkaji dan membuat latihan sebanyak mungkin semenjak saya berada di tingkatan empat lagi dengan menggunakan buku-buku yang dibeli oleh ayah dan ibu saya. Hal ini kerana apabila saya membuat latihan dengan banyak terutama soalan-soalan mirip peperiksaan atau soalan sebenar SPM, soalan-soalan yang saya usahakan berkenaan mampu membantu saya untuk menjawab soalan SPM sebenar.  Sebagai mana yang kita sedia maklum, soalan peperiksaan masih dalam format yang sama. Contohnya, soalan rumusan, soalan pemahaman, soalan tatabahasa dan sebagainya tidak lari daripada bertanya topik yang sama saya pelajari. Cuma perbezaan soalan berkenaan hanya pada bentuk soalan sahaja. Sekiranya saya dapat menjawab soalan-soalan pelbagai berdasarkan latihan-latihan yang terdapat dalam buku soalan sudah pasti saya mampu menjawab soalan-soalan semasa dalam peperiksaan nanti. Tegasnya, saya akan mematuhi segala nasihat ibu bapa saya untuk mengulangkaji dan membuat latihan setiap masa  di samping  berdoa kepada Tuhan agar saya  dapat membalas jasa mereka dengan belajar bersungguh-sungguh.

            Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah mudah tetapi boleh saya capai dengan membuat persediaan menghadapi peperiksaan lebih awal. Di samping itu, saya perlulah mengikuti langkah-langkah yang telah saya aturkan di atas seperti menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas, membuat jadual waktu yang sesuai dengan jiwa saya, mengikuti kelas tuisyen dengan sebaik-baiknya , bergaul dengan rakan-rakan yang baik akhlaknya, terutama rakan-rakan yang mempunyai matlamat untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan, dan mematuhi nasihat kedua-dua ibu bapa agar saya sentiasa mengulangkaji dan membuat latihan setiap masa. Sekiranya, langkah-langkah berkenaan saya laksanakan, saya pasti saya akan berjaya dalam peperiksaan kerana usaha tangga kejayaan. Oleh itu, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan tanpa berputus asa ibarat genggam bara api biar sampai jadi arang.
Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang.                           
Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

PETALING JAYA, Selasa - Kejayaan luar biasa seorang pelajar di Kolej Mara Banting (KMB) Muhammad Ihsan Thaqif Bahter Nasir (gambar) yang berusia 18 tahun menjadi bualan netizen apabila dia bukan sahaja meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan minggu lepas, malah turut cemerlang dalam ujian semester di kolejnya.

Berita di atas amat mengembirakan kedua-dua ibu bapa pelajar berkenaan. Memang sudah menjadi lumrah kehidupan, kajayaan seorang anak dalam pendidikan akan mengembirakan insan yang banyak mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit tidak kira sama ada mereka daripada golongan berwang apatah lagi mereka yang berpendapatan kecil. Sebagai anak, mereka memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Dengan bantuan dan doa daripada ibu bapa, anak-anak mampu mencipta kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang amat besar terhadap anak-anak dan rumah tangga. Sekiranya, ibu bapa sering mengabaikan anak-anak, anak-anak pasti berasa dirinya terabai dan mereka akan melibatkan diri dalam kegiatan  gejala sosial yang tidak baik. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlulah bertanggungjawab dan memastikan anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran?

            Peranan pertama yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang ialah ibu bapa mengutamakan iklim rumah tangga yang dibina dalam situasi  yang aman dan bahagia.Anak kunci keamanan dan kebahagiaan rumah tangga ialah sikap saling memahami, berkasih sayang dan tambatan cinta yang luhur dan abadi.  Keharmonian dan keceriaan rumah tangga menjamin anak-anak membesar dengan selamat dan sihat. Hal ini demikian kerana, kehidupan yang bahagia akan membebaskan anak-anak daripada masalah keluarga seperti pertengkaran antara ibu bapa atau ibu bapa yang berpecah-belah. Perpecahan keluarga boleh mengganggu kesejahteraan dan pelajaran anak-anak. Dalam hal ini, peranan ibu bapa penting dalam mewujudkan rumah tangga yang bahagia agar anak-anak dapat menganggap “rumahku syurgaku”. Anak-anak sudah pasti dapat berusaha bersungguh-sungguh tanpa gangguan dalam pelajaran kerana mereka hidup dalam keadaan gembira tanpa ada tekanan yang berat. Sekiranya, ibu bapa dapat mewujudkan situasi aman bahagia dalam kehidupan rumahtangga mereka sudah pasti kejayaan dan kecemerlangan anak-anaknya yang menjadi impian keluarga akan menjadi kenyataa, Sebalikya, kegagalan ibu bapa membina keluarga bahagia, anak-anak akan menerima natijahnya kerana anak-anak gagal menyediakan diri untuk berjaya dalam pendidikan akibat kebejatan rumahtangga. Tegasnya, ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak membesar dalam suasana yang harmoni dan ceria sepanjang masa bagi  mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

            Selain itu, ibu bapa  juga perlulah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan harian dan masa depan anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala tindakan atau kelakuan kerana remaja mempunyai prinsip, nilai dan identiti yang hampir sama. Anak-anak lebih mempercayai dan meyakini kawan daripada ibu bapa sehingga mereka sukar untuk membezakan antara perkara baik dengan perkara yang buruk. Apabila anak-anak bergaul dengan rakan yang bermasalah seperti ponteng sekolah dan menghisap rokok, mereka juga akan mengikut jejak rakan sebaya itu dan hilang minat untuk belajar. Untuk menangani hal ini, ibu bapa mestilah mengenali latar belakang setiap rakan sebaya anak mereka dan mengenal pasti perubahan yang berlaku kepada anak-anak mereka pada setiap masa. Ibu bapa perlulah bertindak lebih awal, bak kata pepatah beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis kerana anak-anak dapat diselamatkan dan boleh memberikan tumpuan terhadap kecemerlangan dalam pelajaran.  Sekiranya, ibu bapa tidak alpa dan sering memantau pergerakan dan perkembangan dan pergaulan anak-anak sudah pasti anak-anak akan sentiasa dipeduli dan mereka akan berjaya memilih rakan yang boleh membantu kejayaan mereka dalam setiap aspek sama ada pendidikan dan pembinaan personaliti mereka agar kecelaruan personality tidak berlaku. Sebaliknya,  kegagalan ibu bapa mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak mereka dengan rakan sebaya, sudah pasti anak-anak mudah terjebak dengan pengaruh negatif rakan sebaya yang mengarahkan mereka melakukan aktiviti tidak bermoral.  Tegasnya, ibu bapa perlulah mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran.

            Di samping itu, ibu bapa juga perlulah memastikan anak-anak mendapat pendidikan agama dan moral yang secukupnya. Pendidikan agama dan moral ini perlu diberikan sejak kecil lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan warna pada kain tersebut. Pendidikan agama dan moral yang diberikan oleh ibu bapa mampu menepis segala bentuk kemungkaran yang berlaku dalam kalangan anak-anak. Anak-anak akan dapat membezakan perkara yang baik dan yang buruk sebelum bertindak melakukan setiap perbuatan. Mereka juga akan menjadi anak-anak yang lebih bertanggungjawab dan memahami peranan mereka sebagai seorang anak dan tidak akan menghampakan harapan ibu bapa. Hasil didikan agama dan moral yang cukup  ini dapat membantu anak-anak untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Sekiranya, ibu bapa gagal memastikan anak-anak mendapat didikan agama dan moral yang  secukupnya, dikuatiri anak-anak akan salah membuat keputusan dan mereka mudah terjebak dengan kegiatan tidak bermoral akibat pengaruh rakan sebaya. Lambat laun dikuatiri kehidupan anak-anak akan musnah. Sebelum kudis menjadi tokak, ibu bapa sebagai orang yang paling hampir dengan anak-anak perlu bijak mengatasi masalah berkenaan. Tegasnya, ibu bapa perlulah memberikan didikan agama yang secukupnya untuk memastikan anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

            Seterusnya, ibu bapa juga perlulah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk anak-anak belajar di rumah supaya anak-anak boleh memberikan tumpuan terhadap pelajaran. Seyogia, ibu bapa perlu menyediakan bilik khas untuk anak-anak mengulangkaji pelajaran serta menyediakan rak-rak untuk tempat simpanan buku, majalah, dan surat khabar. Selain itu, jika ibu bapa berkemampuan, bilik khas untuk anak-anak belajar perlu disediakan alat pendingin hawa agar anak-anak boleh belajar secara kondusif. Bahkan juga, ibu bapa boleh melanggan majalah-majalah seperti Dewan Pelajar, Dewan Siswa, serta akhbar-akhbar tempatan yang ada menyisipkan ruangan pendidikan seperti TUTOR oleh Surat Khabar Utusan Melayu dan Akhbar  Didik untuk akhbar Berita Harian. Tambahan pula, akhbar-akhbar tempatan ini menyediakan ruangan nota dan latihan setiap mata pelajaran untuk membantu anak-anak membuat latihan dan membaca nota sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan sama Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan (PT3) serta Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bahkan juga, ibu bapa boleh membelikan komputer bimbit untuk diletakkan di rungan kerana gajet ini amat penting untuk membantu anak-anak membuat rujukan atas talian sama ada untuk mendapatkan maklumat berkaitan pelajaran, untuk meluaskan kosa kata terutama  untuk mendapat maksud istilah atau istilah sama maksud melalui Pusat Rujukan Bahasa Melayu atas talian yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Anak-anak juga boleh melayari pelbagai kemaslahatan pelajaran di laman sesawang seperti “blogger” yang disediakan oleh guru-guru berpengalaman mata pelajaran secara percuma, mendapatkan kertas soalan peperiksaan sebenar, atau kertas peperiksaan percubaan negeri-negeri untuk sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan kerana maklumat di hujung jari dan langit terbuka. Sekiranya, ibu bapa dapat menyediakan kemudahan sedemikian rupa, anak-anak akan dapat belajar secara kondusif, Cuma ibu bapa perlu membuat pemantauan agar anak-anak tidak menyalahgunakan gajet berkenaan untuk tujuan hiburan berlebihan dan melayari laman-laman porno yang boleh merosakkan moral mereka. Tegasnya, ibu bapa juga perlulah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk anak-anak belajar di rumah supaya anak-anak boleh memberikan tumpuan terhadap pelajaran.

Selain itu, ibu bapa yang berkemampuan mereka boleh menghantar anak-anak mereka mengikuti kelas tambahan atau tuisyen yang tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Sebagaimana kita sedia maklum pusat-pusat tuisyen menyediakan tenaga pengajar yang berpengalaman, tenaga pengajar yang terlibat dengan pemeriksaan kertas peperiksaan yang pakar untuk membantu pelajar menjawab soalan peperiksaan dengan tepat dengan kehendak skema pemarkahan jawapan. Tambahan pula, bilangan pelajar yang kecil di pusat tuisyen memudahkan interaksi pelajar dengan guru sama ada untuk bertanya hal ehwal pelajaran yang masih kabur dan selalunya semakan guru di pusat tuisyen berkualiti dan cepat. Sedangkan bilangan pelajar di sekolah biasa agak banyak menyebabkan proses pembelajaran dan pengajaran agak kurang sempurna. Seyogia, pelajar yang mendapat didikan di pusat tuisyen selalunya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam. Selain itu, ruangan yang belajar yang kondusif dengan adanya pendingin hawa akan memberi keselesaan kepada pelajar untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru. Sekiranya, ibu bapa dapat menghatar anak-anak mengikuti kelas tuisyen, anak-anak akan mendapat bimbingan yang lebih efisien dan anak-anak akan mudah menghadapi dan menjawap soalan peperiksaan dengan baik untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Tegasnya, ibu bapa yang berkemampuan boleh menghantar anak-anak mereka mengikuti kelas tambahan atau tuisyen untuk mendapat bimbingan yang lebih efisien.

Sebagai ibu bapa mithali, mereka juga perlu menjadi idola atau model terbaik kepada anak-anak untuk membudayakan amalan membaca dalam kehidupan bermula dari saat mereka setahun jagung kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Seyogia, ibu bapa hendaklah sentiasa membaca buku pabila ada masa senggang di hadapan anak-anak kerana setiap gerak geri dan perbuatan ibu bapa menjadi perhatian serta mereka menjadi contoh kepada anak-anak kerana bagaimana acuan begitulah juga kuihnya. Di samping itu, sikap mengarah anak-anak membaca pada waktu senggang sedangkan ibu bapa tidak melakukannya ibarat ketam mengajar anaknya berjalan lurus dan akibat sampai bila-bila budaya membaca tidak akan lekat di hati anak-anak.  Selain itu, ibu bapa bertanggungjawab  perlu cakna dan membantu  aktiviti Nadi Ilmu  Amalan Membaca (NILAM) yang wajib dijalankan di setiap sekolah agar anak sentiasa membaca dan mencatat setiap buku yang dibaca oleh mereka ke dalam buku NILAM. Situasi ini boleh menimbulkan persaingan bersih dalam diri anak-anak untuk meningkatkan bilangan buku yang dibaca pada setiap masa. Natijahnya, anak-anak akan mempunyai kesedaran dan keinsafan betapa pentingnya pengetahuan dan maslahat membaca untuk mereka mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Di samping itu, ibu bapa perlu memberi kata-kata positif atau pujian setiap kali anak-anak menerima sijil nilam sama ada gangsa, perak, emas dan sijl NILAM agar usaha mereka berkenaan dihargai. Bahkan juga ibu bapa yang perihatin terhadap budaya membaca boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan daerah mahu pun perpustakaan negeri sekali sekala sekirannya mereka mempunyai masa senggang terutama pada hujung minggu cuti persekolahan. Sekiranya, aktiviti ini menjadi kebiasaan, anak-anak juga akan sentiasa mengunjungi pusat sumber sekolah untuk membaca buku-buku, majalah dan akhbar pada waktu senggang kerana pusat sumber Gedung ilmu. Sudah terang lagi bersuluh, sebagai ibu bapa mithali, mereka perlu menjadi idola atau model terbaik kepada anak-anak untuk membudayakan amalan membaca dalam kehidupan mereka.

            Tambahan lagi, ibu bapa juga perlulah selalu berhubung dan berbincang dengan pihak sekolah serta bertukar-tukar pendapat  dengan guru-guru tentang perkembangan pendidikan anak-anak. Untuk mengetahui perkembangan pelajaran dan sahsiah anak-anak di sekolah, ibu bapa perlulah sentiasa berhubung dengan pihak sekolah terutama guru kelas dan guru disiplin. Usaha ini penting kerana jika anak-anak menghadapi masalah dalam pelajaran atau masalah disiplin, ibu bapa boleh bertindak segera untuk menangani masalah tersebut. Dalam hal ini, anak-anak pasti dapat diselamatkan daripada dipengaruhi oleh rakan sebaya yang tidak sihat. Selain itu, ibu bapa juga perlu sentiasa mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak walaupun dalam kesibukan bekerja.  Ibu bapa mestilah bersedia menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak setiap kali anak-anak meluahkan masalah mereka. Masalah dan kesedihan anak-anak mestilah dikongsi bersama agar perasaan tersebut tidak akan terpendam yang akan  menjadi satu tekanan dalam diri anak-anak. Biasanya, anak-anak yang memendam perasaan, pasti tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran dan akhirnya mereka akan keciciran dalam pelajaran. Tambahan pula pada tahap umur remaja, anak-anak mudah menghadapi kecelaruan personaliti dan jika tidak ditangani secara bijak oleh ibu bapa masalah ini akan menghantui psikologi mereka.  Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu mengambil berat tentang masalah anak-anak mereka dalam pelajaran dan selalu berbincang dengan guru-guru lain agar anak-anak mendapat pedoman dan boleh memberikan tumpuan untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

            Daripada perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak sebelum nasi menjadi bubur. Sekiranya ibu bapa kurang memberikan perhatian terhadap masa depan anak-anak, anak-anak pasti sukar untuk mencapai kejayaan dan kemungkinan mereka terjebak dalam masalah sosial sehingga sukar untuk diselamatkan. Tambahan pula, anak-anak pada lingkungan umur remaja memang mudah menghadapi sindrom kecelaruan personaliti dan memerlukan pertolongan serta bimbingan daripada ibu bapa untuk memastikan mereka dapat menentukan tingkah laku dan cara berfikir mereka. Kegagalan ibu bapa menyelesaikan masalah kecelaruan personaliti ini akan memudahkan anak-anak terjebak dengan perlakuan negatif akibat pengaruh rakan sebaya Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam mencorakkan masa depan anak-anak khususnya untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam kehidupan dan pelajaran mereka.

KARANGAN UMUM DIMENSI KELUARGA

Ibu bapa sentiasa mengharapkan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna.

Bincangkan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan mereka untuk ke arah melahirkan anak-anak sebagai insan berguna  tercapai.

Ibu mengandung sembilan bulan,
Lebih dan kurang tak ditentukan,
Melahirkan dikau berapa kesakitan,
Berpatang pula minum dan makan,

Setelah kamu sudahlah ada,
Siang dan malam ibumu jaga,
Tidurpun tidak barang seketika,
Makan dan minum tidak terasa.

Kasihnya ayah, rela berkorban,

Badan dan nyawa jadi taruhan

          Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka berjaya dalam kehidupan. Berdasarkan sedutan lagu Roslan Madun bertajuk “Nazam Ibu dan ayah”, senikatanya amat   menusuk kalbu pendengar kerana keseluruhan lagu berkenaan mengambarkan kasih sayang ibu bapa terhadap anak kesayangan merekaTidak ada ibu bapa di dunia ini yang tidak sayang akan anak mereka. Mereka sanggup berkorban apa-apa sahaja untuk memastikan anak-anak mereka sentiasa selamat dan sihat, serta membesar dalam suasana kondusif.. Bagi ibu bapa, tiada detik yang paling menggembirakan mereka melainkan ketika melihat anak-anak mereka membesar sebagai seorang insan yang berguna dan berjaya dalam pendidikan. Sesungguhnya, ibu bapa merupakan insan mulia yang melahirkan kita  dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh. Mereka  merupakan orang yang paling banyak berkorban demi kesejahteraan hidup kita. Ahli bijak pandai pernah berkata bahawa,”Tiada anugerah yang lebih berharga yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-naknyanya kecuali tunjuk ajar dan budi pekerti yang mulia”. Sekiranya ibu bapa berjaya menjadi nahkhoda rumah tangga dan berjaya mendidik anak-anak mereka sudah pasti ibu bapa orang yang paling gembira melihatkan kejayaan anak-anak mereka. Sebaliknya, jika anak-anak gagal dalam pendidikan sudah pasti ibu bapa menangisi kegagalan mereka mendidik anak-anak tercinta. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang perlu diambil ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran?

        Usaha paling asas yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna adalah dengan mewujudkan suasana kekeluargaan yang saling berkasih sayang. Ibu bapa haruslah memahami bahawa anak-anak memerlukan perhatian dan kasih sayang mereka. Ibu bapa boleh mencurahkan kasih sayang sama ada berbentuk luahan kata dan perbuatan yang secukup kepada anak-anak agar anak-anak berasa diri mereka diambil berat dan tidak diabaikan oleh ibu bapa. Misalnya, ibu bapa haruslah memberikan pujian kepada anak-anak sama ada dengan cara memberikan hadiah ataupun dengan mengucapkan kata-kata positif apabila anak-anak mendapat keputusan yang cemerlang. Hal ini penting kerana sepatah kata yang positif daripada ibu bapa dapat menyuntik semangat dan memberikan dorongan serta motivasi kepada anak-anak untuk terus berusaha mencapai kejayaan seterunya kerana pepatah menyatakan rajin dan usaha, tangga kejayaan. Kajian menunjukkan bahawa punca kebanyakan anak-anak menjadi sampah masyarakat adalah kerana keadaan rumah tangga yang porak-peranda di samping sikap ibu bapa yang materialistik dan mementingkan kerjaya mereka sahaja. Sebagai contohnya, banyak kalangan ibu bapa pada zaman mileneum ini  menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab mendidik anak-anak kepada pembantu rumah sepenuhnya. Hal ini menyebabkan anak-anak berasa tersisih dan diabaikan lalu melakukan perkara-perkara negatif seperti berpoya-poya, merokok, menyertai golongan rakan-rakan yang buruk ahklaknya. Tambahan pula pada saat ini anak-anak peringkat remaja sering mengalami sindrom kecelaruan personaliti untuk menempatkan diri mereka  dalam kalangan masyarakat terutama dalam kalangan rakan sebaya. Sekiranya, ibu bapa gagal membantu anak-anak menempatkan diri mereka dalam kalangan rakan-rakan atau tidak memantau pergaulan anak-anak mereka, alamatnya anak-anak mereka akan terjerumus ke dalam kancah aktiviti remaja yang tidak bermoral kerana apabila nasi telah menjadi bubur tidak berguna lagi.Tegasnya,anak-anak akan menjadi insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat, agama, dan negara jika lahirnya keluarga yang saling berkasih sayang kerana “Rumahku, Syurgaku”.

            Selain itu,untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang berguna juga, ibu bapa perlu menyediakan kediaman yang menepati konsep “Rumahku Syurgaku” demi keselesaan anak-anak. Ibu bapa perlulah mewujudkan rumah tangga yang aman dan damai supaya anak-anak berasa tenang ketika berada di rumah. Setiap ibu bapa perlulah mengelakkan pertelingkahan dan pertengkaran di hadapan anak-anak. Ibu bapa hendaklah mengucapkan kata-kata yang lemah-lembut agar anak-anak mendengar segala arahan dan nasihat daripada ibu bapa. Bagi mewujudkan keselesaan dalam rumah tangga, ibu bapa perlulah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk ahli keluarganya seperti bilik tidur yang mencukupi, bilik untuk anak-anak belajar dan bilik untuk anak-anak menonton televisyen atau bermain komputer. Sudah terbukti bahawa anak-anak yang tinggal di kediaman yang kurang selesa cenderung untuk melepak dan sesetengahnya tidak pulang ke rumah. Amalan melepak ini sebati dengan diri anak-anak akan mendedahkan anak-anak kepada pelbagai bentuk gejala negatif seperti merokok, menagih dadah dan sebagainya. Hal ini banyak berlaku di bandar-bandar besar, khususnya di kawasan-kawasan setinggan. Oleh hal yang demikian ,ibu bapa perlu menyediakan kediaman yang selesa untuk anak-anak mereka sekiranya mereka menginginkan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna dan menyayangi keluarganya. Sebaliknya, kegagalan ibu bapa menyediakan kediaman yang menepati konsep “Rumahku,Syurgaku” sudah pasti situasi berkenaan akan menyebabkan anak-anak tidak selesa berada di rumah dan sebagai langkah pelarian atau alternatifnya, mereka akan keluar rumah untuk mencari ketenangan yang mempunyai kesan negatif apabila terjebak dengan kalangan rakan-rakn runtuh akhlaknya. Tegasnya, ibu bapa perlu menyediakan kediaman yang menepati konsep “Rumahku Syurgaku” demi keselesaan anak-anak.

            Di samping itu, untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang berguna, setiap ibu bapa haruslah memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi kerana pepatah menyatakan bahawa kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya dan asas pendidikan bermula dari rumah.. Didikan agama yang sempurna dapat membentuk akhlak dan pekerti mulia kepada anak-anak di samping membantu mereka mengetahui batas hidup yang betul. Penerapan nilai agama dapat membantu anak-anak untuk membezakan  baik atau buruk sesuatu perkara dan anak-anak membesar dengan berpandukan ajaran agama. Sebagai contoh, jika keluarga tersebut berasal dari keluarga yang baik, kebiasaannya keturunannya akan baik kerana kalau asal benih yang baik, campak ke laut menjadi pulau, dilontar ke udara menjadi kejora, dicampak ke bumi menjadi penawar.  Jika ibu bapa mempunyai pegangan dan didikan agama yang kuat, anak-anak mereka juga akan mempunyai tingkah laku yang baik kerana madu satu tong dirembes, rembesnya madu juga, dan bagaimana acuan begitulah kuihnya. Dengan kesempurnaan didikan agama, anak-anak dapat mengawal diri daripada melakukan maksiat seperti meragut, berfoya-foya dan sebagainya. Sekiranya, ibu bapa memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi sudah pasti kehidupan anak-anak mereka akan sempurna dan mereka akan menjadi insan yang amat diperlukan dalam kalangan masyarakat. Tegasnya, didikan agama yang sempurna dapat merealisasikan impian ibu bapa untuk memiliki anak-anak yang berguna.

            Seterusnya, untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang berguna, ibu bapa mestilah menjadi suri teladan yang terbaik kepada anak-anak, bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa janganlah menjadi seperti “ketam mengajar anaknya berjalan betul”. Ibu bapa meminta anak-anak menunjukkan contoh terbaik sedangkan mereka tidak menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Gaya mendidik anak-anak seperti ini tidak akan berkesan. Peribahasa Melayu “bapa borek anak rintik” sudah jelas membuktikan bahawa segala tindak tanduk ibu bapa akan menjadikan ikutan anak-anak, kerana anak-anak biasanya meniru tingkah laku dan percakapan ibu bapa. Anak-anak yang membesar di bawah didikan ibu bapa yang berjaya menjadi suri teladan yang baik akan menjadi insan yang baik dan bertanggungjawab. Sebagai contohnya, jika anak-anak melihat ibu bapanya mendirikan solat dan mengamalkan sikap suka membaca, anak-anak sudah pasti akan mencontohi setiap perbuatan dan perlakuan ibu bapa mereka.  Oleh itu, ,ibu bapa haruslah sentiasa menjaga tingkah laku dan mengelakkan penggunaan bahasa yang kasar dalam kehidupan sehari-hari. Hal ini demikian kerana keperibadian ibu bapa menjadi penentu tingkah laku anak-anak pada masa hadapan. Sekiranya, ibu bapa menjadi suri teladan yang terbaik kepada anak-anak  sudah pasti kehidupan anak-anak akan sentisa sempurna dan dipandang tinggi dalam kalangan masyarakat setempat. Jelasnya, ibu bapa harus menjadi contoh teladan yang baik agar anak-anaknya turut menjadi insan yang baik dan berguna.

            Tambahan lagi, ibu bapa perlulah bersedia untuk menerima sebarang teguran daripada orang lain berkaitan dengan tingkah laku anak-anak mereka dengan hati terbuka. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab dan ingin membentuk anak mereka menjadi insan yang berguna, ibu bapa tidak sepatutnya menyebelahi anak-anak mereka apabila orang lain memberi teguran. Hal ini demikian kerana teguran yang diberi itu bukanlah untuk memburuk-burukkan anak mereka tetapi untuk membetulkan kesilapan yang telah dilakukan oleh anak mereka. Dalam konteks ini, falsafah “menjaga tepi kain orang lain” dalam masyarakat  adalah untuk kebaikan bersama dan ibu bapa perlulah menerimanya secara positif. Berdasarkan teguran yang diberikan, ibu bapa perlulah segera membetulkan kesilapan anak dan mencari punca anak mereka berbuat kesilapan sedemikian rupa agar anak mereka tidak mengulangi kesilapan yang sama. Ibu bapa janganlah mudah melenting apabila terdapat jiran-jiran atau guru-guru memberitahu tentang perangai anak-anak kita kerana sebagai manusia yang bukan bersifat sempurna, kadang-kadang kita sendiri sebagai ibu bapa tidak pernah mengambil tahu kekurangan dan kelemahan anak-anak kita. Hal ini demikian kerana kita sibuk dengan urusan dan kerjaya masing-masing. Oleh itu, kita perlu menganggap setiap kritikan  yang diterima sebagai satu teguran yang membina. Jadi, untuk membentuk anak menjadi insan yang berguna, ibu bapa perlu menerima kritikan dan teguran orang lain dengan hati yang terbuka. Sekiranya ibu bapa sentiasa sensitif dan peka dengan teguran ahli masyarakat sudah pasti natijahnya teguran berkenaan sebagai kunci untuk pembentukan sebuah keluarga cemerlang, gemilang dan terbilang, Peribahasa “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna” atau “sudah terhantuk baru terngadah” sewajarnya menjadi panduan kepada ibu bapa. Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa perlulah bersedia untuk menerima sebarang teguran daripada orang lain berkaitan dengan tingkah laku anak-anak mereka dengan hati terbuka untuk melahirkan keluarga sakinah, mawadah, wa rahmah.

            Akhir sekali, ibu bapa perlu sentiasa mengikuti perkembangan pendidikan anak-anak sama ada dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah anak-anak. Sikap prihatin dan ambil berat ibu bapa menyebabkan anak-anak berasa diri mereka diutamakan. Untuk tidak mengecewakan ibu bapa, anak-anak akan berusaha meningkatkan kecemerlangan sama ada dalam aspek kurikulum ataupun kokurikulum. Hubungan ibu bapa dengan guru-guru sekolah juga memberikan impak kepada tahap sahsiah anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan guru di sekolah sama ada guru disiplin, guru kelas atau guru mata pelajaran. Ibu bapa perlu sering berkunjung ke sekolah untuk mengikuti perkembangan kemajuan anak-anak dalam bidang pelajaran dan berbincang dengan guru disiplin sekolah berkaitan akhlak dan sikap anak-anak di sekolah. Selain itu, ibu bapa juga perlu mengawasi tingkah laku anak-anak di luar rumah serta mengenali rakan-rakan mereka. Ibu bapa juga perlulah bertanya kepada anak sebab-sebab anak-anak keluar rumah atau pulang lewat. Sekiranya ibu bapa sering mengikuti perkembangan pendidikan anak-anak sama ada aspek kurikulum, kokurikulum, dan sahsiah anak-anak natijahnya pembentukan diri anak-anak akan menjurus ke arah kesempurnaan. Tuntasnya,ibu bapa perlu memantau perkembangan pendidikan dan sahsiah anak-anak agar mereka jadi insan yang berguna apabila dewasa kelak.

            Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa usaha untuk membentuk anak-anak menjadi insan yang berguna memerlukan pengorbanan dan kesabaran ibu bapa kerana  tugasan berkenaan bukan mudah seperti disangkakan. Antaranya, ibu bapa perlu mewujudkan suasana kekeluargaan yang saling berkasih sayang, menyediakan kediaman yang menepati konsep “Rumahku Syurgaku, memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi, ibu bapa mestilah menjadi suri teladan yang terbaik kepada anak-anak dan ibu bapa juga perlu sentiasa mengikuti perkembangan pendidikan anak-anak sama ada dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah anak-anak. Semua ini perlu dilakukan melalui proses pendidikan sedikit demi sedikit dan dengan penuh kesabaran. Oleh itu, perancangan yang teliti dan sistematik perlu dilakukan oleh ibu bapa secara istiqomah untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna.Setiap ibu bapa juga mengharapkan anak mereka dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara serta mempertahankan maruah keluarga. Tegasnya, tiada ibu bapa yang mahu melihat anak-anak mereka jadi sampah masyarakat yang bukan sahaja tidak memberikan sebarang sumbangan kepada masyarakat dan negara malah membawa masalah serta menjatuhkan maruah keluarga kita.




Kebaikan Amalan Rumah Terbuka



            Amalan rumah terbuka sudah menjadi lumrah dalam kalangan masyarakat Malaysia. Apabila tiba sahaja musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina dan Hari Krismas, masyarakat Malaysia akan mengambil kesempatan untuk mengunjungi rumah terbuka yang diadakan oleh jiran tetangga, pihak kerajaan tempatan, mahupun mengunjungi rumah terbuka yang diadakan di peringkat negara atau peringkat kebangsaan. Bermula pada tahun 2000, kerajaan Malaysia telah memutuskan bahawa sebanyak enam perayaan kaum utama di Malaysia dianggap sebagai perayaan utama dan akan disambut sebagai perayaan peringkat nasional iaitu Sambutan Hari Raya Aidil Fitri, Perayaan Tahun Baru Cina, Perayaan Hari Krismas, Perayaan Deepavali, Perayaan Hari Gawai dan juga Perayaan Hari keamatan. Oleh sebab itu, semenjak tarikh berkenaan perayaan-perayaan kaum utama masyarakat berkenaan diraikan pada peringkat kebangsaan anjuran bersama kerajaan pusat dan kerajaan negeri pada setiap tahun. Sekiranya, amalan menyambut perayaan-perayaan berkenaan berterusan sudah pasti keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia akan terus mampan.  Menyedari kesungguhan kerajaan menganjurkan rumah terbuka pada peringkat nasional sudah pasti sambutan perayaan berkenaan ada kemaslahatannya kepada negara dan masyarakat. Persoalan yang sering berlegar-legar di gawang minda kita ialah apakah kepentingan-kepentingan amalan rumah terbuka?



            Sebenarnya, amalan rumah terbuka yang diwujudkan banyak memberikan kemaslahatan terutamanya dalam mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota masyarakat di negara kita. Perpaduan yang terjalin sekali gus dapat memudahkan pencapaian matlamat atau misi dan visi negara dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bangsa. Selain itu, amalan rumah terbuka memberikan makna besar kepada anggota masyarakat mengenai perpaduan yang harus wujud untuk mengelakkan sebarang unsur prejudis terhadap keharmonian kaum. Amalan ini juga dilihat sebagai salah satu pertemuan masyarakat yang melupakan pertentangan pendapat, perbezaan idealogi, perbezaan konsep politik mahupun berlainan parti politik sama ada pembangkang atau kerajaan. Pada sambutan hari perayaan utama berkenaan semua masyarakat Malysia tidak kira warna kulit, agama, dan kaum akan mengambil kesempatan Keadaan ini persis peribahasa buang yang keruh, ambil yang jernih. Oleh sebab itu, setiap kaum seperti Melayu, India, Cina, Kadazan dan sebagainya boleh berkunjung ke rumah terbuka kaum lain tanpa sebarang kekangan yang perlu dibimbangi. Sekiranya, amalan murni ini tetap kukuh dalam kalangan masyarakat Malaysia, sudah pasti ukhuwah dalam kalangan masyarakat Malaysia akan kekal akrab. Kesannya, perasaan muhibah antara satu sama lain dapat mewujudkan kehidupan masyarakat yang lebih harmoni dan dapat mengelakkan polemik yang mampu mencentus perbalahan antara kaum. Tegasnya, konsep penyatuan antara kaum dapat dihidupkan melalui amalan rumah terbuka.


            Dari perspektif yang lain , amalan rumah terbuka dapat membantu rakyat Malaysia memahami budaya kaum lain. Mereka akan merayakan perayaan itu bersama-sama walaupun mereka berbeza latar belakang, budaya dan agama. Amalan ini juga membolehkan setiap kaum mengenali juadah kaum-kaum lain selain didedahkan kepada adat resam dan pantang larang rakan-rakan mereka sendiri. Maklumlah tak kenal, maka tak cinta. Sebagai contoh, orang-orang India, Cina, Iban dan Kadazan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Hal ini dapat membantu mereka mempelajari budaya kaum lain, malah budaya sihat ini juga dapat diwujudkan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Secara tidak langsung semangat toleransi akan tersemai dalam kalangan generasi sekarang. Sebaliknya, jika amalan rumah terbuka ini pudar, sudah pasti hubungan antara masyarakat yang terdiri daripada pellbagai kaum akan terhakis. Impaknya, usaha kerajaan untuk mengekalkan keharmonina masyarakat mungkin terhakis. Tuntasnya, budaya dan adat resam kaum lain dapat dipelajari melalui amalan murni ini dan masyarakat Malaysia akan memahami budaya kaum lain melalui amalan kunjung mengunjung semasa rumah terbuka diadakan peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.
           
            Dari kaca mata yang berbeza, penganjuran rumah terbuka juga merupakan daya tarikan kepada pelancong asing yang melancong di negara kita. Mereka bukan sahaja datang ke Malaysia untuk melancong dan menikmati keindahan negara tetapi mereka juga dapat mengalami dan menghayati sendiri keunikan dan keharmonian pelbagai kaum di negara ini semasa menyambut perayaan kaum masing-masing. Keadaan ini bertepatan dengan kata mutiara jauh perjalanan, luas pemandangan. Dalam konteks ini, kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri berkenaan telah pun mengadakan majlis rumah terbuka Malaysia semasa Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Pesta Keamatan, Hari Gawai, Deepavali dan Krismas. Pengalaman pelancong asing meraikan perayaan-perayaan yang terdapat di Malaysia akan menjadikan nama Malaysia sentiasa meniti dari bibir ke bibir mereka sekembalinya mereka ke negara asal mereka dan sekali gus dapat merancakkan industri pelancongan negara. Sekiranya situasi ini berlaku, sudah pasti budaya dan keharmonian masyarakat negara akan disanjung oleh masyarakat global dan akan meningkatkan minat pelancong asing untuk melancong ke negara kita. Izharnya, konsep rumah terbuka dapat memberikan persembahan yang harmonis di mata pelancong asing kerana rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup di bawah payung keharmonian.
           
            Amalan rumah terbuka juga dapat merapatkan hubungan silaturahim dalam hubungan kekeluargaan. Hal ini dikatakan demikian kerana simboliknya amalan rumah terbuka merupakan medan pertemuan yang paling sesuai untuk memperkukuh hubungan silaturahim antara ahli keluarga. Fenomena seperti ini amat dititikberatkan agar sistem kekeluargaan akan sentiasa wujud dengan kukuh dan padu, bukannya semakin layu dan pudar. Tanpa konsep rumah terbuka, hubungan silaturahim dan perpaduan akan terhakis sedikit demi sedikit dan seterusnya akan lesap dalam kehidupan generasi akan datang yang semakin tidak mengenali sanak-saudara mereka. Semasa menghadiri rumah terbuka, mereka akan beramah mesra dan dapat melepaskan kerinduan  di samping mendapat perkembangan terkini antara satu sama lain. Yang muda pula dapat mengenali mereka yang tua dengan lebih dekat dalam pertemuan ahli keluarga ini. Situasi ini dapat mencerminkan yang tua dihormati, yang muda disayangi. Jika amalan rumah terbuka di peringkat keluarga diadakan, sudah pasti setiap unit keluarga asas dan keluarag terbuka akan terpahat. Hal ini akan mempertautkan hubungan keluarga daripada pelbagai lapisan generasi. Ringkasnya, hubungan kekeluargaan dapat diperkukuh dan serinya tidak akan hilang jika amalan rumah terbuka dibudayakan pada hari perayaan.

Tempias daripada amalan rumah terbuka ini menyebabkan suburnya hubungan silaturahim dalam masyarakat. Kesibukan bekerja dan mencari nafkah menyebabkan rapuhnya institusi kejiranan yang dahulunya kukuh. Namun ikatan hubungan ini dapat kembali disuburkan melalui amalan rumah terbuka. Rumah terbuka menyediakan ruang serta peluang bagi masyarakat untuk mengenali jiran tetangga. Ghalibnya, masyarakat setempat akan dijemput menghadiri rumah terbuka yang dianjurkan oleh pihak tertentu. Jiran tetangga yang sebelumnya tidak dikenali atau jarang bertemu dapat berkumpul dan berbual-bual bagi mengukuhkan hubungan yang renggang. Segala salah faham dapat diredakan melalui pertemuan serta perbincangan semasa amalan rumah terbuka. Menurut Saidina Abu Bakar, ‘Hiduplah seperti pohon kayu lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu, tetapi dibalasnya dengan buah’. Malahan, hubungan antara pemimpin dan rakyat juga menjadi lebih erat apabila mereka menganjurkan majlis rumah terbuka pada sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2018 seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Tun Dr. Mahathir Mohammad Perdana Menteri Malaysia ke-8. Jelaslah bahawa amalan rumah terbuka mampu mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan anggota masyarakat. 

            Selain itu, amalan rumah terbuka juga merupakan metodologi lain bagi melihat serta merasai kepelbagaian masakan masyarakat Malaysia.  Rumah terbuka yang dianjurkan di negara kita telah memberikan kelebihan kepada masyarakat peribuminya. Setiap perayaan mempunyai corak atau cara sambutan yang berbeza-beza, maka heterogen adat dan tradisi mula diketengahkan menyebabkan masyarakat kini mampu mengenalinya secara dekat. Keunikan adat dan tradisi yang diamalkan telah menjadi faktor penarik bagi masyarakat lain untuk mula menyesuaikan diri serta merasai kepelbagaian juadah yang disajikan. Sebagai contoh, rumah terbuka bagi masyarakat Iban biasanya menyajikan sagu, manakala masyarakat India pula mementingkan manisan. Tetamu yang menghadirinya pasti teruja apabila mereka dapat merasai juadah yang berbeza dan pelbagai, justeru tradisi dapat terus dipertahankan, bak kata aforisme Melayu, biar mati anak, jangan mati adat. Berakar umbi daripada amalan inilah masyarakat dapat melihat serta merasai kepelbagaian aneka masakan daripada latar masyarakat yang berbeza. Hal ini menyebabkan tradisi bangsa terus kukuh. Sekiranya amalan ini seperti ini berterusan pada setiap tahun, natijah positifnya bukan sahaja keakraban masyarakat pelbagai kaum terjalin malah masyarakat Malaysia dapat menikmati kepelbagaian juadah makanan kaum lain. Sudah terang lagi berusuluh  amalan rumah terbuka juga merupakan metodologi lain bagi melihat serta merasai kepelbagaian masakan

               Pada kaca mata berbeza, pendapatan negara semakin meningkat apabila industri pelancongan di negara kita semakin maju. Pelancong asing akan bertandang ke negara kita kerana mereka teruja akan cara-cara masyarakat majmuk menyambut rumah terbuka. Jabatan Perangkaaan Negara juga menjelaskan bahawa hasil terimaan pelancong meningkat sebanyak 3.1 peratus pada tahun 2011 dan dijangka akan terus meningkat saban tahun. Rumah terbuka dapat menjadi salah satu platform dalam meningkatkan industri pelancongan Malaysia. Selain itu, sikap toleransi dan persefahaman multi etnik yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia sudah menjadi salah satu daya tarikan yang kuat dalam kalangan pelancong asing kerana konsep yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing telah lama sebati dan menjadi pegangan utuh masyarakat kita. Pelancong juga sudah tentu teringin melihat kebudayaan yang sebelum ini belum pernah dilihat. Hal ini disebabkan segala kebudayaan yang unik ini dipersembahkan dalam bentuk yang asli. Tuan rumah dan tetamu yang hadir mengenakan pakaian tradisi masing-masing. Juadah yang dihidangkan juga mengutamakan hidangan tradisi, maka masyarakat Malaysia mahupun masyarakat antarabangsa dapat menyelami budaya semua kaum di negara ini dengan lebih dekat. Hasilnya, kesemua keunikan ini telah menjadi magnet tarikan kepada pelancong. Jika rakyat Malaysia tidak mengambil kesempatan dengan keunikan dan kepelbagaian etnik luar biasa yang hanya boleh ditemui di negara kita, sudah pasti kita juga yang akan rugi. Natijahnya, pelancong asing akan teruja dengan kepelbagaian budaya dan jenis makanan yang disajikan dan akan terus mengunjungi negara sebagai destinasi pelancongan utama mereka. Tegasnya, pendapatan negara semakin meningkat apabila industri pelancongan di negara kita semakin maju.

            Malahan, amalan ini juga dilihat telah menyumbang kepada pembentukan identiti Malaysia melalui budaya bangsa nasional. Sebenarnya, rumah terbuka berlandaskan konsep seruan beragama dan adat budaya kaum masing-masing. Namun demikian, perayaan masing-masing telah diasimilasikan sehingga melahirkan budaya bangsa secara nasional. Senario ini bermakna perayaan negara kita telah berkonsep ala-Malaysia. Pertembungan budaya antara dua atau lebih budaya sebenarnya membawa kepentingan kepada semua pihak. Tamsilnya, masyarakat Cina tidak menyediakan hidangan yang tidak boleh dijamah oleh masyarakat Melayu dan begitu juga dengan masyarakat India. Pertembungan budaya ini sebenarnya bertujuan menjaga perasaan sahabat handai pelbagai kaum di Malaysia. Hal ini disebabkan penghormatan itu merupakan asas keharmonian, perpaduan dan kesejahteraan hidup masyarakat Malsysia. Keindahan, keunikan dan kehalusan budaya ini akan menyebabkan generasi baru berasa bangga dengan warisan yang dimiliki selagi adat ini tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas. Sekiranya rumah terbuka pelbagai kaum dikunjungi pelbagai kaum di Malaysia, sudah pasti kebudayaan kebangsaan Malaysia akan diwujudkan dan kebudayaan ini akan menjadi identiti rakyat Malaysia.Kesimpulannya, amalan rumah terbuka 
menyumbang kepada pembentukan identiti Malaysia melalui budaya bangsa nasional.

            Setelah menghalusi hujah-hujah di atas, bayang kian jelas bahawa amalan rumah terbuka memang banyak membawa  manfaat kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua pihak. Sekiranya konsep ini tidak difahami dan dihayati, kemungkinan amalan ini akan mendatangkan keburukan atau sekadar syarat sahaja untuk menganjurkannya. Kita tidak mahu menjadi seperti rumah sudah siap pahat berbunyi  apabila menganjurkan rumah terbuka. Jika amalan murni ini dibudayakan, sudah pasti hasrat negara untuk mencapai Gagasan 1Malaysia akan menjadi realiti dan bukannya angan-angan Mat Jenin. Walaupun negara kita merupakan satu titik kecil dalam peta dunia, namun usaha kerajaan untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat dijadikan teladan kepada negara-negara di dunia.Semoga dengan kekuatan iltizam masyarakat Malaysia, kita akan dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain seperti Singapura, Amerika Syarikat, China, Britain dan negara-negara besar dunia yang lain.


 Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita kini jelas menekankan penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang yang sememangnya penting serta perlu diberikan perhatian utama. Hal ini demikian kerana, tuntutan zaman telah membuktikan ilmu atau pengetahuanlah yang akan menetukan kejayaan seseorang seandainya dimanfaatkan dengan baik. Oleh itu, setiap orang seyogianya berusaha mencari seberapa banyak ilmu demi kesejahteraan kehidupan di dunia mahupun di akhirat. Ilmu Pelita hidup, demikianlah kata-kata hikmat yang menggambarkan pada kita manfaat yang diperoleh seandainya kita berilmu. Sekiranya pelajar alpa, dan mengganggap penguasaan ilmu tidak penting dalam kehidupan mereka mereka bagaikan menongkah arus globalisasi dan mereka sentiasa dalam kerugian. Sebaliknya, murid yang memberikan penguasaan ilmu dalam budaya kehidupan mereka, sudah pasti mereka akan menjadi insan yang berjaya. Oleh sebab itu, semua anggota masyarakat hendaklah menggunakan masa untuk memenuhkan ilmu di dada. Apabila seseorang itu berilmu, sudah tentulahlah pelbagai maslahat akan diperoleh terutama. Persoalannya, apakah faedah yang diperoleh apabila kita menuntut ilmu ?


          Terdapat banyak maslahat ataupun kebaikan menuntut ilmu, antaranya ilmu membolehkan kita memperoleh kerja yang lebih baik. Dengan pelbagai ilmu yang dimiliki, peluang kerjaya seseorang akan lebih terbuka dan seseorang itu lebih mudah untuk mendapat kerja. Kita juga akan mampu menjawat jawatan yang lebih tinggi. Dengan jawatan dan gaji yang lumayan, seseorang itu mampu membantu kedua-dua ibu bapa dan memberikan kesenangan kepada mereka. InsyaAllah, hasrat dan impian yang terpendam selama ini akan direalisasikan jika kita mempunyai ilmu sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad yang bermaksud “barangsiapa yang mahu kehidupan di dunia, maka bagi mereka ilmu sandarannya” . Oleh itu, terbuktilah bahawa jika kita mempunyai ilmu, maka kita mampu meneruskan kehidupan dengan ilmu yang dimiliki. Kerja seperti doktor, peguam, jurutera, guru, akauntan dan sebagainya memerlukan mereka menguasai ilmu pengetahuan. Ingatlah, kuat ketam kerana sepitnya, kuat manusia kerana ilmunya. Sekiranya kita tidak memiliki ilmu, sudah tentulah kita tidak akan mendapat kerja yang kita idam-idamkan. Sebaliknya, mereka yang berilmu sentiasa menjadi iddola rujukan masayarakat. Tegasnya, seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang lebih baik dan terbuka sekiranya mereka mempunyai ilmu pengetahuan.


           Selain itu, kelebihan menuntut ilmu akan dapat melahirkan individu yang memiliki minda kelas pertama. Masyarakat minda kelas pertama ini ialah masyarakat yang mampu berdaya saing kerana sudah tentu masyarakat yang sebegini memiliki jati diri dan akhlak yang terpuji berkat daripada ilmu yang dimiliki. Seandainya kita tidak mempunyai ilmu, maka kita tentu tidak mampu bersaing dengan orang yang lebih berjaya kerana tidak mempunyai kemahiran untuk mengahadapi cabaran. Masyarakat minda kelas pertama yang disegani dan dihormati lahir daripada masyarakat yang sentiasa mengutamakan aspek tarbiah yang berterusan sebagai pemacu pembentukan insan yang berguna. Hal ini demikian kerana mereka mengganggap bahawa ilmu itu adalah harta yang paling bernilai berbanding harta yang lain. Dengan ilmu yang kita miliki, kita boleh diangkat menjadi pemimpin yang berketerampilan serta peneraju dan pengganti kepimpinan negara.  Bahkan juga, insan yang berilmu tidak mudah ditipu oleh sesiapa sahaja yang ingin mengambil kesempatan atas kelemahan diri kita dek kurangnya ilmu di dada. Golongan yang terpedaya dengan tipu helah golongan yang berkepentingan ialah golongan yang tidak berfikir panjang kerana mereka tidak boleh membezakan antara hak dan batil. Sekiranya, kita berilmu kita akan sentiasa dihormati masyarakat dan menjadi rujukan serta menjadi teladan. Sebaliknya, insan yang tidak berilmu bagaikan melukut di tepi gantang. Tegasnya, kelebihan menuntut ilmu akan dapat melahirkan individu yang memiliki minda kelas pertama. Hal ini selaras dengan gurindam Melayu yang berbunyi:

Kalau kamu rajin mengaji,

Tentu kamu akan dipuji.

         
          Akhir sekali, apabila seseorang itu menuntut ilmu, dia boleh mencipta pelbagai peralatan berasaskan keperluan semasa. Seseorang yang memilih bidang Teknik dan Vokasional umtuk melanjutkan pelajaran, sudah pasti didedahkan dengan kemahiran dan latihan dalam bidang-bidang tertentu. Latihan dan kepakaran yang dimiliki ini membolehkan seseorang itu untuk mencipta pelbagai peralatan berasaskan keperluan semasa. Ketika menuntut ilmu sama ada di peringkat sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi, pelajar-pelajar telah diajar dan diterapkan dengan unsur inovasi dan kreativiti. Keadaaan ini membolehkan pelajar  mencipta sesuatu yang lebih kreatif dan inovasi bagi meningkatkan penguasaan diri. Selain itu, seseorang yang memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains dan Teknologi sudah pasti dapat menyumbang idea dan kepakaran mereka dengan mencipta teknologi yang lebih tinggi untuk memajukan negara seperti mencipta mesin-mesin dan peralatan berteknologi tinggi dalam bidang pertanian dan perindustrian.  Sebagai contoh, En. Zulkefli  Haron, 56 tahun, pemilik Syarikat Zull Design Autotronic merupakan salah seorang masyarakat Malaysia yang telah menghasilkan 1000 produk inovasi bagi memenuhi keperluan peniaga terutamanya melibatkan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan peniaga kecil yang mahu memulakan perniagaan. Sudah terang lagi bersuluh, apabila individu mempunyai ilmu pengetahuan, mereka boleh menghasilkan pelbagai produk inovatif  untuk kemudahan orang lain kerana jika kita dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah pula kita menjadi langau yang boleh membusukkan dagingBahkan masyarakat berilmu dapat membantu negara kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain dalam bidang sains dan Teknologi.

          Kesimpulannya, ilmu amat penting dalam kehidupan dan memiliki ilmu banyak kebaikan dalam kehidupan kita. Ilmu yang ingin kita cari mestilah mencakupi ilmu dunia dan ilmu akhirat. Kedua-dua ilmu ini mestilah seimbang demi menjamin hidup yang bahagia di dunia dan di akhirat. Oleh itu, kita janganlah membuang masa dengan melakukan perkara yang tidak bermanfaat. Gunakanlah masa yang ada untuk menuntut ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya bidang teknologi maklumat dan komunikasi yang sentiasa berubah dari masa ke masa. Akhirulkalam, janganlah kita persia-siakan masa yang ada dengan menjadi manusia yang lalai tanpa melakukan aktiviti yang berfaedah. 

Insya-Allah saya cuba menyenaraikan lebih banyak karangan terbaik selepas ini. Namun, untuk karangan pelajar yang pernah saya siarkan di dalam blog ini , untuk menyiakan semula agak sukar kerana saya perlu mengambil masa yang lama kerana saya perlu memasukkan karangan berkenaan mengunakan gambar jpg. Harap maklum. Semoga bahan di atas dapat membantu pelajar membuat persiapan untuk menghadapi SPM 2018 terutama kertas Bahasa Melayu (1103).

Namun, pelajar boleh merujuk terus karangan pelajar saya terbaik berkenaan terus ke galeri bahan yang telah saya terbitkan di bahagian kanan blog saya.


HURAIKAN LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM PEPERIKSAAN.

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap murid pasti mempunyai keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya akan dapat dicapai sekiranya pelajar-pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya kerana jika ada kemahuan di situ ada jalan. Kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah sesuatu yang susah untuk dicapai sekiranya murid itu sendiri mempunyai azam yang tinggi untuk mencapainya. Murid-murid tidak sepatutnya mengganggap perkara ini sesuatu yang remeh atau mudah kerana keputusan peperiksaanlah yang akan menjamin masa hadapan seseorang pelajar. Oleh itu, pelajar janganlah menyesal pada masa hadapan disebabkan tidak dapat memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan bak kata peribahasa Melayu “ sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tidak berguna.” Oleh itu, saya sebagai seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia, saya harus berusaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan kerana kejayaan saya amat ditagih oleh kedua-dua ibu bapa saya dan guru-guru yang berhempas pulas menjajar saya. Persoalannya, apakah modus operandi dan perancangan dan persediaan awal yang sepatutnya saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti?

            Langkah pertama akan saya ambil ialah sentiasa memberikan perhatian ketika guru sedang mengajar di dalam kelas. Apabila saya memberi perhatian ketika seseorang guru sedang mengajar, sudah tentu sesuatu pembelajaran  tersebut akan cepat diserap masuk ke dalam minda saya. Bahkan seorang pakar psikologi pernah mengatakan bahawa “Lima puluh peratus kejayaan pelajar-pelajar  adalah disebabkan kerana mereka memberikan sepenuh perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.” Oleh sebab itu saya akan berusaha untuk  menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran  guru di dalam kelas. Bahkan juga saya akan cuba menjadi pelajar  aktif dan terlibat dalam setiap sesi  soal jawab sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran guru dijalankan agar saya faham apa sahaja yang ingin disampaikan oleh guru. Berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan oleh Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malasyia mendapati bahawa kebanyakan pelajar cemerlang dalam peperiksaan adalah disebabkan oleh pelajar-pelajar yang sentiasa mengemukakan soalan sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang kurang difahami oleh mereka.. Jika saya selalu bertanya dan menumpukan perhatian di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru, sudah pasti saya memahami topik yang diajar oleh guru kerana malu bertanya sesat jalan. Sebaliknya, jika saya tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas, sudah pasti saya tidak akan faham topik yang diajar oleh guru dan saya akan rugi. Tegasnya, saya akan sentiasa memberikan perhatian ketika guru sedang mengajar di kelas agar saya menjadi pelajar yang berjaya dalam pelajaran.

            Selain itu, saya akan menguruskan masa dengan bijak dan baik agar saya dapat belajar dengan konsisten. Oleh sebab itu, saya akan menyediakan jadual waktu belajar dengan jiwa saya dan saya akan pastikan saya akan mengikutinya dengan tegas sekiranya saya ingin mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Hal ini demikian kerana berdasarkan satu kajian, jadual waktu belajar dapat membantu para pelajar menguruskan masa secara berkesan dan mereka akan mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulangkaji pelajaran dengan lebih menyeluruh dan bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan. Bahkan juga, dengan menyediakan  jadual waktu saya akan dapat memastikan saya dapat menyeimbangkan waktu saya seperti masa untuk berehat, masa untuk mengulangkaji pelajaran, masa untuk beriadah  untuk menjaga fizikal dan emosi saya sentiasa stabil. Dengan adanya jadual peperiksaan yang baik, saya dapat mengelakkan stres dan kemurungan yang akan menyebabkan jiwa saya tidak sempurna. Sekiranya saya dapat mengikut jadual waktu belajar yang telah saya tetapkan sudah pasti saya akan sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan sebaliknya jika saya tidak melakukannya sudah pasti saya akan gagal mendapat keputusan yang cermerlang. Apabila saya gagal mendapat keputusan cemerlang pasti saya akan kecewa oleh itu situasi berkenaan perlu saya elakkan sebelum nasi sudah menjadi bubur dan saya perlu menyediakan payung sebelum hujan sebelum peperiksaan menjelma. Tambahan pula, kebanyakan pelajar yang berjaya biasanya terdiri daripada pelajar-pelajar yang telah membuat persiapan awal sebelum peperiksaan dijalankan. Manakala pelajar-pelajar yang tidak membuat persiapan awal kerana mereka terlalu leka membuang masa  dan tidak berpegang kepada pepatah “masa itu emas” dan “masa lalu tidak akan kembali”, maka mereka tidak dapat menghabiskan semua tajuk-tajuk sebelum tiba peperiksaan dan ini haruslah dielakkan. Jelasnya, pengurusan masa yang cekap akan memberi saya masa yang cukup untuk membuat persediaan awal supaya saya dapat mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang akan saya duduki nanti.

            Seterusnya, saya akan mengikuti kelas tuisyen untuk mendapat ilmu tambahan. Hal kerana di pusat tuisyen, guru-guru yang membimbing saya terdiri daripada guru-guru berpengalaman. Ada dalam kalangan mereka merupakan pemeriksa kerta dan mereka arif cara menjawab soalan yang betul sebagaimana yang dikehendaki skema pemarkahan. Seyogia, saya tidak akan segan silu bertanya guru di pusat tuisyen berkaitan  topik-topik pelajaran yang kurang saya fahami semasa belajar di sekolah  bak kata peribahasa Melayu “ malas berkayuh perahu hanyut” , dan “segan bertanya sesat jalan.” Tambahan pula, jika terdapat sesuatu topik itu diajar dua kali, maka saya akan mudah mengingati topik berkenaan dan saya juga boleh mengikuti program tuisyen di sekolah kerana dengan cara ini  membantu saya untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Saya juga akan menyertai sebarang program kecemerlangan yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Minggu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, teknik menjawab soalan dan lain-lain lagi. Sekiranya saya menyertai program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, mahupun di pusat tuisyen sudah pasti saya akan didedahkan dengan pelbagai jenis soalan dan latihan yang kerap kali akan ditanya dalam peperiksaan. Jelasnya, penyertaan saya dalam tuisyen dan program kecemerlangan merupakan salah satu langkah bagi saya untuk berjaya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

Di samping itu, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang baik akhlaknya dan rakan-rakan berkenaan mempunyai keinginan untuk berjaya dalam peperiksaan kerana pepatah Arab ada mengatakan jika berkawan dengan penjual minyak wangi saya akan mendapat wangiannya tetapi jika saya berkawan dengan tukang besi kamu akan mendapat percikan bahangnya . Seyogia, saya perlu bijak memilih kawan kerana kawan yang baik akan memandu saya ke arah kecemerlangan. Dengan cara pemilihan kawan juga, saya tidak akan dipengaruhi oleh rakan-rakan yang bermasalah dan seterusnya terlibat dalam gejala sosial yang negatif. Bahkan juga, saya akan dapat membezakan antara kaca dengan permata dan sentiasa memikirkan masa depan saya serta matlamat hidup saya untuk menjadi pelajar berjaya dan berguna kepada masyarakat dan negara. Melalui pergaulan dengan rakan-rakan yang mengutamakan pendidikan mereka, saya akan dapat bertukar-tukar pendapat serta ilmu dengan mereka.. Secara tidak langsung, pencapaian keputusan peperiksaan saya akan meningkat hasil daripada perbincangan dan tunjuk ajar daripada rakan-rakan.  Pergaulan dengan rakan-rakan yang bijak dalam pembelajaran akan dapat menimbulkan persaingan yang sihat dalam diri saya. Saya akan mempunyai semangat untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh agar diri saya tidak akan diasingkan dari kumpulan tersebut serta tidak akan berasa tersisih dan terpulau apabila dalam menyelesaikan sesuatu perbincanga. Saya juga dapat bergantung harap kepada rakan–rakan yang baik ini apabila saya tidak berdaya untuk menghadapi dan menyelesaikan  sesuatu cabaran dalam hidup. Mereka tentu  akan dapat membantu saya untuk memotivasi diri ke arah kecemerlangan dalam pelajaran. Tegasnya, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang berakhlak mulia agar saya tidak akan tersilap langkah dalam membuat sebarang keputusan dalam hidup saya.

            Akhir sekali, saya akan mematuhi segala nasihat ibu bapa saya untuk mengulangkaji dan membuat latihan setiap masa  di samping  berdoa kepada Tuhan agar saya  dapat membalas jasa mereka dengan belajar bersungguh-sungguh. Allah berfirman dalam Al Quran, “Tuhanmu  hanya akan menolong dan memberkati hidup anak yang taat kepada ibu bapa.” Kenyataan ini pasti benar kerana orang-orang tua mempunyai lebih banyak pengalaman dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan ranjau dan duri. Saya akan sentiasa patuh pada nasihat dan asuhan ibu saya kerana saya sedar bahawa syurga terletak di telapak kaki ibu. Misalnya, ibu bapa saya selalu menasihatkan saya untuk belajar bersungguh-sungguh dan membuat latihan dan ulangjaji setiap masa. Mereka juga telah membelikan saya banyak buku latihan untuk saya  sempurnakan semasa membuat ulangkaji pelajaran. Oleh sebab itu, saya akan berusaha secara gigih untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dengan menggunakan buku-buku yang telah dibeli oleh mereka. Saya akan cuba untuk membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan contohnya mengulangkaji dan membuat latihan sebanyak mungkin semenjak saya berada di tingkatan empat lagi dengan menggunakan buku-buku yang dibeli oleh ayah dan ibu saya. Hal ini kerana apabila saya membuat latihan dengan banyak terutama soalan-soalan mirip peperiksaan atau soalan sebenar SPM, soalan-soalan yang saya usahakan berkenaan mampu membantu saya untuk menjawab soalan SPM sebenar.  Sebagai mana yang kita sedia maklum, soalan peperiksaan masih dalam format yang sama. Contohnya, soalan rumusan, soalan pemahaman, soalan tatabahasa dan sebagainya tidak lari daripada bertanya topik yang sama saya pelajari. Cuma perbezaan soalan berkenaan hanya pada bentuk soalan sahaja. Sekiranya saya dapat menjawab soalan-soalan pelbagai berdasarkan latihan-latihan yang terdapat dalam buku soalan sudah pasti saya mampu menjawab soalan-soalan semasa dalam peperiksaan nanti. Tegasnya, saya akan mematuhi segala nasihat ibu bapa saya untuk mengulangkaji dan membuat latihan setiap masa  di samping  berdoa kepada Tuhan agar saya  dapat membalas jasa mereka dengan belajar bersungguh-sungguh.

            Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah mudah tetapi boleh saya capai dengan membuat persediaan menghadapi peperiksaan lebih awal. Di samping itu, saya perlulah mengikuti langkah-langkah yang telah saya aturkan di atas seperti menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas, membuat jadual waktu yang sesuai dengan jiwa saya, mengikuti kelas tuisyen dengan sebaik-baiknya , bergaul dengan rakan-rakan yang baik akhlaknya, terutama rakan-rakan yang mempunyai matlamat untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan, dan mematuhi nasihat kedua-dua ibu bapa agar saya sentiasa mengulangkaji dan membuat latihan setiap masa. Sekiranya, langkah-langkah berkenaan saya laksanakan, saya pasti saya akan berjaya dalam peperiksaan kerana usaha tangga kejayaan. Oleh itu, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan tanpa berputus asa ibarat genggam bara api biar sampai jadi arang.

BERJIMAT CERMAT AMALAN MULIA .
Ulaskan pernyataan tersebut

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap murid pasti mempunyai keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya akan dapat dicapai sekiranya pelajar-pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya kerana jika ada kemahuan di situ ada jalan. Kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah sesuatu yang susah untuk dicapai sekiranya murid itu sendiri mempunyai azam yang tinggi untuk mencapainya. Murid-murid tidak sepatutnya mengganggap perkara ini sesuatu yang remeh atau mudah kerana keputusan peperiksaanlah yang akan menjamin masa hadapan seseorang pelajar. Oleh itu, pelajar janganlah menyesal pada masa hadapan disebabkan tidak dapat memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan bak kata peribahasa Melayu “ sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tidak berguna.” Oleh itu, saya sebagai seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia, saya harus berusaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan kerana kejayaan saya amat ditagih oleh kedua-dua ibu bapa saya dan guru-guru yang berhempas pulas menjajar saya. Persoalannya, apakah modus operandi dan perancangan dan persediaan awal yang sepatutnya saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti?

            Langkah pertama akan saya ambil ialah sentiasa memberikan perhatian ketika guru sedang mengajar di dalam kelas. Apabila saya memberi perhatian ketika seseorang guru sedang mengajar, sudah tentu sesuatu pembelajaran  tersebut akan cepat diserap masuk ke dalam minda saya. Bahkan seorang pakar psikologi pernah mengatakan bahawa “Lima puluh peratus kejayaan pelajar-pelajar  adalah disebabkan kerana mereka memberikan sepenuh perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.” Oleh sebab itu saya akan berusaha untuk  menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran  guru di dalam kelas. Bahkan juga saya akan cuba menjadi pelajar  aktif dan terlibat dalam setiap sesi  soal jawab sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran guru dijalankan agar saya faham apa sahaja yang ingin disampaikan oleh guru. Berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan oleh Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malasyia mendapati bahawa kebanyakan pelajar cemerlang dalam peperiksaan adalah disebabkan oleh pelajar-pelajar yang sentiasa mengemukakan soalan sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang kurang difahami oleh mereka.. Jika saya selalu bertanya dan menumpukan perhatian di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru, sudah pasti saya memahami topik yang diajar oleh guru kerana malu bertanya sesat jalan. Sebaliknya, jika saya tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas, sudah pasti saya tidak akan faham topik yang diajar oleh guru dan saya akan rugi. Tegasnya, saya akan sentiasa memberikan perhatian ketika guru sedang mengajar di kelas agar saya menjadi pelajar yang berjaya dalam pelajaran.

            Selain itu, saya akan menguruskan masa dengan bijak dan baik agar saya dapat belajar dengan konsisten. Oleh sebab itu, saya akan menyediakan jadual waktu belajar dengan jiwa saya dan saya akan pastikan saya akan mengikutinya dengan tegas sekiranya saya ingin mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Hal ini demikian kerana berdasarkan satu kajian, jadual waktu belajar dapat membantu para pelajar menguruskan masa secara berkesan dan mereka akan mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulangkaji pelajaran dengan lebih menyeluruh dan bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan. Bahkan juga, dengan menyediakan  jadual waktu saya akan dapat memastikan saya dapat menyeimbangkan waktu saya seperti masa untuk berehat, masa untuk mengulangkaji pelajaran, masa untuk beriadah  untuk menjaga fizikal dan emosi saya sentiasa stabil. Dengan adanya jadual peperiksaan yang baik, saya dapat mengelakkan stres dan kemurungan yang akan menyebabkan jiwa saya tidak sempurna. Sekiranya saya dapat mengikut jadual waktu belajar yang telah saya tetapkan sudah pasti saya akan sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan sebaliknya jika saya tidak melakukannya sudah pasti saya akan gagal mendapat keputusan yang cermerlang. Apabila saya gagal mendapat keputusan cemerlang pasti saya akan kecewa oleh itu situasi berkenaan perlu saya elakkan sebelum nasi sudah menjadi bubur dan saya perlu menyediakan payung sebelum hujan sebelum peperiksaan menjelma. Tambahan pula, kebanyakan pelajar yang berjaya biasanya terdiri daripada pelajar-pelajar yang telah membuat persiapan awal sebelum peperiksaan dijalankan. Manakala pelajar-pelajar yang tidak membuat persiapan awal kerana mereka terlalu leka membuang masa  dan tidak berpegang kepada pepatah “masa itu emas” dan “masa lalu tidak akan kembali”, maka mereka tidak dapat menghabiskan semua tajuk-tajuk sebelum tiba peperiksaan dan ini haruslah dielakkan. Jelasnya, pengurusan masa yang cekap akan memberi saya masa yang cukup untuk membuat persediaan awal supaya saya dapat mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang akan saya duduki nanti.

            Seterusnya, saya akan mengikuti kelas tuisyen untuk mendapat ilmu tambahan. Hal kerana di pusat tuisyen, guru-guru yang membimbing saya terdiri daripada guru-guru berpengalaman. Ada dalam kalangan mereka merupakan pemeriksa kerta dan mereka arif cara menjawab soalan yang betul sebagaimana yang dikehendaki skema pemarkahan. Seyogia, saya tidak akan segan silu  bertanya guru di pusat tuisyen berkaitan  topik-topik pelajaran yang kurang saya fahami semasa belajar di sekolah  bak kata peribahasa Melayu “ malas berkayuh perahu hanyut” , “segan bertanya sesat jalan.” Tambahan pula, jika terdapat sesuatu topik itu diajar dua kali, maka saya akan mudah mengingati topik berkenaan dan saya juga boleh mengikuti program tuisyen di sekolah kerana dengan cara ini  membantu saya untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Saya juga akan menyertai sebarang program kecemerlangan yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Minggu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, teknik menjawab soalan dan lain-lain lagi. Sekiranya saya menyertai program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, mahupun di pusat tuisyen sudah pasti saya akan didedahkan dengan pelbagai jenis soalan dan latihan yang kerap kali akan ditanya dalam peperiksaan. Jelasnya, penyertaan saya dalam tuisyen dan program kecemerlangan merupakan salah satu langkah bagi saya untuk berjaya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

Di samping itu, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang baik akhlaknya dan rakan-rakan berkenaan mempunyai keinginan untuk berjaya dalam peperiksaan kerana pepatah Arab ada mengatakan jika berkawan dengan penjual minyak wangi saya akan mendapat wangiannya tetapi jika saya berkawan dengan tukang besi kamu akan mendapat percikan bahangnya . Seyogia, saya perlu bijak memilih kawan kerana kawan yang baik akan memandu saya ke arah kecemerlangan. Dengan cara pemilihan kawan juga, saya tidak akan dipengaruhi oleh rakan-rakan yang bermasalah dan seterusnya terlibat dalam gejala sosial yang negatif. Bahkan juga, saya akan dapat membezakan antara kaca dengan permata dan sentiasa memikirkan masa depan saya serta matlamat hidup saya untuk menjadi pelajar berjaya dan berguna kepada masyarakat dan negara. Melalui pergaulan dengan rakan-rakan yang mengutamakan pendidikan mereka, saya akan dapat bertukar-tukar pendapat serta ilmu dengan mereka.. Secara tidak langsung, pencapaian keputusan peperiksaan saya akan meningkat hasil daripada perbincangan dan tunjuk ajar daripada rakan-rakan.  Pergaulan dengan rakan-rakan yang bijak dalam pembelajaran akan dapat menimbulkan persaingan yang sihat dalam diri saya. Saya akan mempunyai semangat untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh agar diri saya tidak akan diasingkan dari kumpulan tersebut serta tidak akan berasa tersisih dan terpulau apabila dalam menyelesaikan sesuatu perbincanga. Saya juga dapat bergantung harap kepada rakan–rakan yang baik ini apabila saya tidak berdaya untuk menghadapi dan menyelesaikan  sesuatu cabaran dalam hidup. Mereka tentu  akan dapat membantu saya untuk memotivasi diri ke arah kecemerlangan dalam pelajaran. Tegasnya, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang berakhlak mulia agar saya tidak akan tersilap langkah dalam membuat sebarang keputusan dalam hidup saya.
            Akhir sekali, saya akan mematuhi segala nasihat ibu bapa saya untuk mengulangkaji dan membuat latihan setiap masa  di samping  berdoa kepada Tuhan agar saya  dapat membalas jasa mereka dengan belajar bersungguh-sungguh. Allah berfirman dalam Al Quran, “Tuhanmu  hanya akan menolong dan memberkati hidup anak yang taat kepada ibu bapa.” Kenyataan ini pasti benar kerana orang-orang tua mempunyai lebih banyak pengalaman dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan ranjau dan duri. Saya akan sentiasa patuh pada nasihat dan asuhan ibu saya kerana saya sedar bahawa syurga terletak di telapak kaki ibu. Misalnya, ibu bapa saya selalu menasihatkan saya untuk belajar bersungguh-sungguh dan membuat latihan dan ulangjaji setiap masa. Mereka juga telah membelikan saya banyak buku latihan untuk saya  sempurnakan semasa membuat ulangkaji pelajaran. Oleh sebab itu, saya akan berusaha secara gigih untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dengan menggunakan buku-buku yang telah dibeli oleh mereka. Saya akan cuba untuk membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan contohnya mengulangkaji dan membuat latihan sebanyak mungkin semenjak saya berada di tingkatan empat lagi dengan menggunakan buku-buku yang dibeli oleh ayah dan ibu saya. Hal ini kerana apabila saya membuat latihan dengan banyak terutama soalan-soalan mirip peperiksaan atau soalan sebenar SPM, soalan-soalan yang saya usahakan berkenaan mampu membantu saya untuk menjawab soalan SPM sebenar.  Sebagai mana yang kita sedia maklum, soalan peperiksaan masih dalam format yang sama. Contohnya, soalan rumusan, soalan pemahaman, soalan tatabahasa dan sebagainya tidak lari daripada bertanya topik yang sama saya pelajari. Cuma perbezaan soalan berkenaan hanya pada bentuk soalan sahaja. Sekiranya saya dapat menjawab soalan-soalan pelbagai berdasarkan latihan-latihan yang terdapat dalam buku soalan sudah pasti saya mampu menjawab soalan-soalan semasa dalam peperiksaan nanti. Tegasnya, saya akan mematuhi segala nasihat ibu bapa saya untuk mengulangkaji dan membuat latihan setiap masa  di samping  berdoa kepada Tuhan agar saya  dapat membalas jasa mereka dengan belajar bersungguh-sungguh.

            Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah mudah tetapi boleh saya capai dengan membuat persediaan menghadapi peperiksaan lebih awal. Di samping itu, saya perlulah mengikuti langkah-langkah yang telah saya aturkan di atas seperti menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas, membuat jadual waktu yang sesuai dengan jiwa saya, mengikuti kelas tuisyen dengan sebaik-baiknya , bergaul dengan rakan-rakan yang baik akhlaknya, terutama rakan-rakan yang mempunyai matlamat untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan, dan mematuhi nasihat kedua-dua ibu bapa agar saya sentiasa mengulangkaji dan membuat latihan setiap masa. Sekiranya, langkah-langkah berkenaan saya laksanakan, saya pasti saya akan berjaya dalam peperiksaan kerana usaha tangga kejayaan. Oleh itu, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan tanpa berputus asa ibarat genggam bara api biar sampai jadi arang.
Kebanyakan remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia mengimpikan kerjaya yang dapat menjamin masa hadapan mereka.
Huraikan faktor-faktor pemilihan kerjaya bagi seseorang remaja.

Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah menyumbang kepada perkembangan ekonomi pesat yang menjana pelbagai sektor pekerjaan di Malaysia. Dalam sistem pendidikan di Malaysia, kita menghabiskan masa selama enam tahun di sekolah rendah dan lima tahun di sekolah menengah. Selama sebelas tahun ini, pelajar sentiasa disoal oleh guru-guru, “apakah kerjaya yang anda inginkan?”   Semasa dalam tingkatan empat, pelajar perlu memilih gabungan mata pelajaran yang sesuai berdasarkan minat mereka untuk mengejar kerjaya impian. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kerjaya merujuk kepada profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara mencari nafkah hidup. Kerjaya merupakan panduan dalam kehidupan kita. Pada masa ini, pelajar sepatutnya telah menetapkan matlamat tentang kursus dan kerjaya yang diingini mereka supaya mereka ada hala tuju dalam hidup tidaklah seperti layang- layang yang terputus tali dan tidak menyesal dengan keputusan yang diambil dikemudian hari. Antara kerjaya yang menjadi pilihan ialah doktor, juruterbang, jurutera, ahli kimia dan sebagainya. Persoalannya, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi dalam pemilihan sesuatu bidang kerjaya dalam kalangan pelajar SPM?  

Fokus perbincangan pertama saya berkaitan faktor minat dan cita-cita pelajar semasa di bangku sekolah terutama dalam kalangan pelajar SPM. Minat dan cita-cita merupakan dua perkara saling berkait dan merupakan faktor paling dominan mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang pelajar terutama pelajar yang bakal menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).   Oleh sebab itu, ketika mereka berada di tingkatan empat, pelajar perlu menentukan aliran yang mereka pilih, sama ada aliran sains atau sastera. Bertitik tolak daripada itu, pelajar akan belajar dengan tekun untuk meraih kejayaan cemerlang ke semua pakej mata pelajaran yang ditawarkan dalam jurusan yang diambil. Hal ini kerana kecemerlangan mereka tersebut membolehkan mereka meneruskan pengajian di menara gading untuk menggapai cita-cita mereka. Di Menara gading jugalah tepat mereka menimba ilmu berdasarkan kerjaya yang mereka cita-citakan, sama ada untuk menjadi golongan pekerja profesional seperti doktor, peguam, pendidik, pentadbir dan sebagainya. Jikalau pelajar berusaha sudah pasti mereka akan menggapai kerjaya yang mereka impikan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tegasnya, faktor minat dan cita-cita merupakan dua aspek penentu utama kejayaan pelajar untuk merealisasikan kerjaya mereka cita-citakan.

Selain faktor minat dan cita-cita, pelajar juga perlu memilih mata pelajaran yang ada kaitan dengan kerjaya yang mereka pilih. Umumnya kita mengetahui bahawa semasa di alam persekolahan lagi pelajar harus memilih subjek yang berkaitan dengan kerjaya yang akan diceburi oleh mereka. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan mereka lebih mahir dalam menguruskan kerjaya yang akan diceburi kerana sudah mengetahui dan membuat persediaan yang rapi umpama sediakan payung sebelum hujan. Dengan perkataan yang lain, pelajar seharusnya mengambil subjek yang berkaitan dengan cita-cita masing-masing semasa mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Pada zaman yang serba canggih ini, bukan sahaja kemahiran yang dilihat oleh majikan tetapi keputusan yang cemerlang dalam subjek yang dipilih itu bersesuaian dengan kerjaya turut diberi keutamaan kerana hanya jauhari sahaja yang mengenali manikam. Contohnya, jika pelajar  memilih kerjaya sebagai seorang jurutera, subjek yang mereka mesti pilih ialah Lukisan kejuruteraan. Jikalau pelajar berjaya menguasai mata pelajaran berkenaan sudah pasti mereka ada kelebihan untuk menggapai kerjaya yang diidam-idamkan. Sekiranya, pelajar dapat menentukan minat mereka daripada awal, sudah pasti minat berkenaan akan dapat membantu pelajar untuk menumpukan perhatian kepada mata pelajaran di sekolah dan memilih jurusan yang perlu diambil dan diberi perhatian sebagai persediaan untuk ke Menara gading.  Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh, pemilihan mata pelajaran juga penting untuk menentukan kejayaan pelajar merealisasikan kerjaya yang mereka minati.

          Bahkan juga, pelajar yang mengidamkan kerjaya yang diminati perlu mempunyai tokoh atau idola sebagai motivasi untuk berjaya. Kebiasaaanya, idola yang dipilih perlulah seorang yang unik, seorang yang tabah, dan berjaya dalam bidang kerjayanya. Sebagai contoh Hijjaz Kasturi, seorang arkitek luar biasa negara, mendapat pendidikan di  Adelaide University dan seterusnya ke Melbourne University, Australia. Sekembalinya ke Malaysia tahun 1967, beliau telah memiliki kemahiran tersendiri dan menerajui bidang arkitek negara. Beliau telah memenangi pertandingan rekebentuk menara Maybank, bangunan Tabung Haji dan menara Telekom. Setiap rekabentuk bangunannya menerapkan ciri-ciri keIslaman hingga ke hari ini sehingga namanya tersohor di Persada dunia. Sekiranya pelajar mempunyai idola sendiri, sudah pasti kerjaya pilihan mereka sebagai seorang arkitek akan dapat direalisasikan kerana setiap sejarah kejayaan serta teladan seperti ketekunan, kegigihan dan kekreatifan idola mereka memotivasikan mereka untuk berjaya bukan sahaja di Malaysia malah keseluruh dunia. Jika seorang pelajar mampu memilih ikon atau idola mereka, sudah pasti tindakan yang diambil oleh pelajar berkenaan akan dapat memotivasikan mereka berjaya dalam pendidikan dan kerjaya mereka. Tegasnya, seseorang pelajar yang ingin berjaya menggapai kerjaya idamannya memerlukan idola agar dapat mempengaruhi minda dan semangat mereka untuk berjaya.
     
Selain itu, sokongan dan doa ibu bapa amat perlu untuk memastikan kerjaya idaman remaja dapat direalisasinan. Ironisnya, jika minat seseorang itu tidak mendapat sokongan daripada kedua-dua ibu bapa, sudah tentulah punah harapan mereka.  Hal ini bermakna, seseorang yang hanya mempunyai minat tetapi tidak mendapat restu daripada kedua-dua ibu bapa mereka tentang pemilihan kerjayanya, sudah pasti mereka akan kecundang di peringkat awal lagi.  Oleh hal yang demikian, ibu bapa sewajarnya menyokong minat anak-anak walaupun pemilihan kerjaya mereka bertentangan dengan harapan kedua-dua ibu bapa.  Bagi menyokong pemilihan kerjaya anak-anak mereka, ibu bapa boleh memperlengkapkan segala keperluan anak-anak dalam memenuhi kriteria yang diperlukan.  Sebagai buktinya, ibu bapa bolehlah memberikan dorongan, semangat dan motivasi kepada anak-anak sama ada dalam bentuk material mahupun spiritual. Sekiranya, ibu bapa tidak turut serta membantu usaha anak mereka untuk menggapai kerjaya idaman mereka sudah pasti usaha berkenaan tidak akan kesampaian. Izharlah bahawa ibu bapa juga berperanan menyokong minat anak-anak mereka dalam merealisasikan kerjaya masa depan  anak-anak mereka.

Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya, maka sebagai akhirulkalam, minat menjadi prioriti utama dalam pemilihan sesuatu kerjaya. Dalam konteks ini, ibu bapa memainkan peranan penting dalam pemilihan kerjaya anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana anak-anak mereka memerlukan sokongan dan dorongan daripada mereka sama ada dari aspek mental, spiritual mahupun fizikal. Contoh ketara dari aspek sokongan mental dan spiritual ialah ibu bapa perlu memberikan motivasi kepada anak-anak, manakala sokongan dari aspek fizikal pula ialah mereka perlu menyediakan kelengkapan belajar anak-anak seperti buku rujukan dan menghantar mereka ke pusat tuisyen. Sekiranya hal ini dapat dilaksanakan maka tidak ada lagi orang yang akan sesat di perjalanan untuk memilih kerjaya kerana mereka menetapkan sasaran dari awal lagi. Walaupun demikian, jika seseorang mempunyai minat dan hala tuju yang jelas, tetapi mereka bersikap genggam-genggam bara, terasa panas dilepaskan dan tidak ada semangat kegigihan, ketabahan, keiltizaman dan kecekalan, sudah pasti segala hasrat termasuk kerjaya yang menjadi idaman akan hancur lebur umpama kubur tanpa nisan. Tuntasnya, perkara-perkara yang dinyatakan di atas hendaklah dilaksanakan secara efektif dan janganlah bersikap keras-keras kerak nasi yang mudah putus asa supaya pemilihan bidang kerjaya impian akan menjadi lebih jelas lagi. 

Belakangan ini, isu kenakalan remaja hangat diperkatakan dan membawa petanda yang tidak baik kepada generasi akan datang. 

Huraikan peranan anda sebagai seorang remaja dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji.

Gunakanlah masa yang ada
Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara

            Sebahagian daripada lirik lagu ‘Remaja’ persembahan kumpulan nasyid Unic saya petik untuk menggambarkan kemaslahatan peranan remaja pada masa ini. Lagu yang menyuntik semanagat ini menyeru  para remaja agar menggunakan masa dengan sebaiknya dan mempunyai iltizam yang kuat demi memajukan diri masing-masing . Melalui usaha yang gigih dan tabah tanpa mengenal jemu dalam bidang yang diceburi serta memiliki sahsiah yang terpuji , remaja akan menjadi warga yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan nusa. Remaja yang rata-ratanya mempunyai semangat inkuiri atau ingin tahu yang tinggi berserta perlakuan untuk mencuba sedaya upaya sehingga berjaya bak kata pepatah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, perlu dipandu dan ditarbiah ke jalan yang benar baik melalui diri sendiri, ibu bapa, guru-guru, masyarakat mahupun kerajaan memandangkan remajalah yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara ini lantas mencorakkannya menjadi sebuah negara yang unggul dan terbilang. Negara memerlukan remaja yang mempunyai nilai mandiri dan jati diri yang utuh di samping berdaya saing serta berfikiran kreatif dan inovatif. Namun demikian, amatlah malang kepada negara kita jika remaja yang diharap-harapkan akan sentiasa mendukung panji ‘Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara’ kini dikaitkan dengan pelbagai isu moral yang amat kronik dan membimbangkan kalangan ibu bapa, masyarakat dan juga kepimpinan negara. Perbuatan yang melanggar norma, aturan atau hukum dalam masyarakat yang dilakukan pada usia remaja ini dikatakan membawa petanda yang tidak baik kepada generasi akan datang bak kata peribahasa Melayu, air perabung mengalir ke cucur atap. Perkara ini diakui oleh Kaunselor Berdaftar, Hushim Salleh, dari firma Hushim Motivational & Counselling apabila kes keruntuhan moral remaja Melayu seperti penzinaan, mengandung anak luar nikah dan membuang anak kini berada pada tahap yang serius. Isu ini begitu hampir dengan saya memandangkan saya juga  seorang insan yang bergelar remaja justeru saya mempunyai peranan dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji agar memiliki ciri-ciri remaja cemerlang dambaan negara. Sekiranya saya mampu memiliki sahsiah terpuji serta mempunyai nilai mandiri dan jati diri terpuji sudah pasti saya dapat menyediakan benteng untuk menghalang sebarang unsur negatif yang merosakkan prinsip dan menghancurkan moral saya sebagai remaja Islam. Persoalannya, apakah prakarsa yang perlu saya lakukan untuk membentuk sahsiah terpuji diri yang terpuji.

                Sebagai seorang remaja, usaha saya membentuk sahsiah diri yang terpuji adalah dengan mendalami ilmu agama dan mencintai Allah. Ilmu agama merupakan ilmu yang akan mendekatkan diri saya kepada Maha Pencipta iaitu Allah swt. Tiada ilmu yang lebih mulia melainkan ilmu agama di dunia ini iaitu ilmu dan pengetahuan Islam yang syumul. Perkara ini boleh dibuktikan melalui pernyataan rasa yang disuarakan oleh ilmuan sains yang terkenal iaitu Albert Einstein  (walaupun beliau tidak beragama Islam) yang menyatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta , ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Jelas dapat dilihat bahawa ilmu dan agama mempunyai hubung kait yang sangat akrab. Seseorang yang mendalami ilmu tetapi tidak berlandaskan atau berpaksikan agama tidak akan merasai nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah swt.  Saya akan mendalami ilmu agama dengan membaca dan memahami  Al-Quran,  mengkaji hadis-hadis dan menyelami sirah nabi serta para sahabat. Akhlak Rasulullah yang terpuji dan sempurna yang terkandung dalam Al-Quran dan hadis itu pastinya akan menjadi sumber  primer saya bagi membina pemahaman yang kukuh tentang kemuliaan dan kehebatan memiliki sahsiah yang terpuji. Pembelajaran melalui pembacaan dan penelaahan yang mendalam sebegini mampu memberi input yang berguna kepada saya seperti memahami nilai  yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari . Nilai-nilai seperti ketakwaan, kesabaran, kegigihan, keikhlasan dan bertanggungjawab semuanya memandu diri untuk menjadi insan berperibadi mulia. Pengajaran daripada Al-Quran dan hadis mampu merubah mana-mana perlakuan saya yang sebelum ini yang dianggap bejat atau kurang memuaskan kepada perlakuan yang positif atau terpuji. Jikalau saya tidak memahami kandungan Al-Quran ataupun hadis, saya akan berjumpa dengan ustaz atau ustazah yang mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan dengan agama yang suci ini. Saya akan meluangkan masa untuk pergi ke perpustakaan bagi mendalami ilmu agama kerana di perpustakaan, suasananya yang hening mampu menenangkan fikiran dan mendamaikan jiwa. Dengan mendalami ilmu agama, saya yakin saya mampu membentuk sahsiah diri yang terpuji kerana saya akan memperlihatkan kesopanan berbudi bahasa, kemanisan berkata-kata dan kemampuan memberikan buah fikiran dengan penuh tertib serta matang berlandaskan akhlak Nabi Muhammad saw. Tegasnya, saya akan cuba membentuk sahsiah diri yang terpuji dengan mendalami ilmu agama dan mencintai Allah.

                Selain itu, satu lagi modus operandi yang sepatutnya saya lakukan ke arah pembentukan sahsiah terpuji  dengan menumpahkan ketaatan sepenuhnya kepada ibu bapa saya. Ibu bapa merupakan dua insan yang paling dekat dengan diri saya kerana sesudah saya dilahirkan di muka bumi ini meraka menatang saya bagai minyak. Begitu besar pengorbanan ibu bapa terhadap saya bermula dengan ibu yang mengandungkan saya dengan jerih payahnya selama sembilan bulan sepuluh hari ditambah pula dengan jasa bapa yang bertungkus lumus mencari nafkah bagi menyara keluarga. Walaupun cuma untuk sesuap nasi tetapi itulah titik peluh ikhlas yang dilakukan oleh bapa kepada saya. Saya tidak ingin hidup menjadi seperti Si Tanggang atau Si  Malim Kundang yang merupakan anak derhaka terhadap ibunya. Saya akan taat kepada ibu bapa dengan cara mendengar dan menerima nasihat yang diberikan mereka dengan tangan yang terbuka dan hati yang lapang. Jika saya tidak bersetuju sekalipun, saya tidak akan memberontak dan meninggikan suara ketika memberikan pendapat malah saya akan berbincang dengan cara yang paling baik atau bertatasusila bagi menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku sesuai dengan peribahasa buang yang keruh ambil yang jernih.  Allah telah memberikan kedudukan tinggi kepada ibu bapa dan menyuruh setiap anak berbuat baik kepada mereka. Perkara ini jelas diterangkan melalui firman Allah dalam Surah Al-Israk ayat 23 yang menyuruh kita berbakti kepada ibu bapa. Mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam satu wawancara menyatakan bahawa remaja boleh membina peribadi mulia dengan mentaati ibu bapa melalui perbuatan yang baik, melaksanakan hak-hak mereka  dan menjauhkan diri daripada perilaku yang boleh menyakiti hati kedua-dua ibu bapa. Taat kepada ibu bapa adalah amalan wajib ditunaikan setiap anak. Ketaatan adalah cara paling baik mendekatkan diri kepada Allah kerana taat kepada ibu bapa bererti mentaati perintah-Nya juga. Berbakti kepada ibu bapa membawa berkat. Terdapat hadis Rasulullah saw. yang bermaksud  : “Sesiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya, maka hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali silaturahim." Jelaslah bahawa mentaati ibu bapa mampu menjadikan saya individu yang mempunyai sahsiah diri yang terpuji dan terhalang daripada melakukan perkara-perkara yang merosakkan moral.  
         
                Di samping itu, prakarsa ataupun peranan lain yang dapat saya laksanakan adalah dengan menghormati guru-guru. Sepanjang pembelajaran saya hatta sekalipun saya tidak lagi bergelar pelajar, saya akan menghormati guru-guru saya sebagai tanda terima kasih kepada mereka. Hal ini demikian kerana guru-guru telah bersungguh-sungguh mengajar sehingga saya mampu berdiri dan berpijak di bumi yang nyata menjadi insan yang sebaiknya dan berguna kepada ibu bapa, masyarakat dan negara. Guru telah banyak berkorban demi memartabatkan ilmu dan banyak berjasa bermula daripada mereka mengajar kita membaca, menulis dan mengira. Mereka tidak pernah mentertawakan kesalahan yang saya lakukan malah membetulkan setiap satu daripadanya lantas menepati mutiara kata cendekiawan Wellington iaitu, ‘Usah merendahkan diri seseorang kerana tabiat buruknya tetapi bimbinglah ia ke jalan yang lebih baik”. Saya akan menerima dan menjadikan nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru sebagai insentif dan motivasi untuk saya berjaya menjadi insan berguna yang mampu mendaki menara gading . Tugas guru bukan sahaja sebagai pengajar tetapi ibu bapa kedua saya. Segala kesusahan yang ditempuhinya dalam mendidik anak-anak muridnya sepatutnya dikenang dan dihargai kerana tanpa jerih payah seorang guru itu, pelajarnya akan menjadi manusia yang tidak berguna di dunia dan akhirat. Dengan ilmulah manusia diangkat menjadi makhluk termulia di sisi Allah swt. sehingga dijadikan sebagai khalifah-Nya di muka bumi. Semua ini tidak akan tercapai kecuali dengan kita menjaga peradaban dan rasa hormat yang ikhlas terhadap penyampai ilmu tersebut iaitu guru, pewaris para nabi. Justeru dengan menghormati guru, saya mencetuskan rasa insaf dalam diri dan bertatih membentuk sahsiah diri yang terpuji. 
           
               Dalam pada itu, saya akan menjalinkan hubungan yang baik dengan rakan-rakan dan taulan. Secara perbandingannya, seorang remaja akan meluangkan masa yang lebih bersama rakan-rakannya berbanding dengan ibu bapa atau saudaranya. Hal ini demikian kerana selain keluarga tercinta yang dekat di hati, manakala rakan merupakan tempat mengadu, mencurah perasaan dan berkongsi masalah. Sehubungan itu, saya akan menjaga atau memelihara hubungan yang baik dengan rakan tidak kira sama ada rakan saya berlainan agama, kaum mahupun warna kulit. Seseorang yang mempunyai sahsiah diri yang terpuji harus seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Saya juga sedaya upaya tidak akan menimbulkan isu sensitif terutama isu agama. Saya akan mengambil iktibar daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang telah mengorbankan banyak nyawa yang berpunca daripada rusuhan kaum. Saya akan memberikan pertolongan kepada rakan yang memerlukan bantuan kerana dia merupakan rakan yang baik dan telah membantu ketika saya dalam kesusahan. Dalam kehidupan yang singkat ini, saya perlu berbaik-baik dengan semua orang dan bekerjasama dalam semua bidang kerana yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Kita digalakkan mencari teman yang baik dan meramaikannya seperti kata pepatah ‘berkawan biar seribu tetapi musuh jangan sesekali dicari.’ Saya akan menjadi seseorang yang dapat memberi manfaat segi dorongan, nasihat, ilmu dan sebagainya kepada orang lain.  Rakan-rakan juga tidak akan berasa kekok apabila berkawan dengan saya sekiranya saya tidak bersikap bagai buntal kembung. Apabila saya menjalinkan hubungan baik dengan rakan-rakan, masalah kebejatan moral tidak akan ada dalam kamus rutin hidup saya sejajar dengan visi saya untuk menjadi remaja yang mempunyai sahsiah terpuji.           
                Peranan saya yang terakhir adalah dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak bermoral . Seorang yang ingin mempunyai sahsiah diri yang terpuji tidak bisa melakukan perkara yang negatif yang mampu  keruntuhan akhlak lantas menjatuhkan imej diri sendiri, keluarga, bangsa dan negara. Saya tidak akan mudah terpedaya oleh hasutan syaitan yang membisikkan ‘kata-kata bermadu’ kepada anak Adam agar melakukan dosa. Saya sentiasa awas bahawa syaitan telah berjanji akan menyesatkan umat manusia dek sebab Allah swt. telah mencampakkannya keluar dari syurga kerana tidak mahu sujud kepada Nabi Adam. Kesombongan merajai hati syaitan dengan alasan dia diciptakan daripada api manakala Adam daripada tanah. Kedegilan syaitan kian hari kian diwarisi manusia hingga pelbagai kebejatan moral dan perlakuan hedonisme mewarnai kehidupan menjadikan nilai-nilai nurni jelas nyata dikesampingkan. Saya tidak mahu terjebak dalam kancah yang serba ‘menyesakkan nafas’ dan boleh memusnahkan visi dan misi saya sebagai seorang Muslim yang cemerlang dan memiiki sahsiah yang terpuji. Mantan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Chee pernah menyuarakan pendapatnya  bahawa , “Para belia harus diasuh dan dididik agar memainkan peranan penting dalam mempamerkan akhlak yang baik sesuai dengan imej di mana-mana sahaja pada bila-bila masa”. Saya pasti akhlak dan sahsiah terpuji berpaksikan syariah Islam mampu menghindarkan diri daripada pergaulan bebas, mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga batas-batas aurat dan menjaga hubungan baik sesama individu di sekeliling kita. ‘First impression’ orang lain terhadap kita amat penting kerana dari situlah orang lain akan dapat menilai diri kita yang sebenar”.        
    
Kesimpulannya, gagasan dan tugas untuk memupuk, membangunkan dan meningkatkan mutu akhlak dalam  kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab besar. Tugas ini tidak dapat dilakukan dengan jayanya kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan mempunyai kualiti kemanusiaan yang tinggi. Saya yakin berlandaskan lima prinsip yang saya pegang di atas, dengan izin Allah, saya dapat membentuk sahsiah diri yang terpuji. Pemupukan sahsiah diri  ini saya yakin akan membentuk saya menjadi seorang yang beriman dan bertakwa, mempunyai iltizam yang tidak berbelah bahagi, mempunyai kerohanian yang amat tinggi serta mewarisi ciri-ciri akhlak perjuangan Rasulullah saw. Mutiara kata ulamak tersohor Hamka akan saya jadikan pedoman dalam meniti kehidupan ini. Katanya, “Aku hairan melihat orang menyisir rambutnya setiap hari, tetapi tidak pernah menyisir otaknya, memperkemas dadanya teapi tidak pernah mencuci hatinya. Digosok kasutnya tetapi tidak akalnya.”  Tidak akan saya lakukan perkara yang sia-sia yang bisa menyesatkan saya daripada landasan yang benar sebaliknya pemurnian hati, pemantapan akhlak, ilmu dan  akidah akan terus menjadi pegangan perjalanan hidup saya. Semoga isu kenakalan remaja akan lenyap agar tidak lagi menebarkan sayap negatif kepada generasi akan datang bak kata peribahasa ‘Sebab nila setitik rosak susu sebelanga’

Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang.                           
Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

PETALING JAYA, Selasa - Kejayaan luar biasa seorang pelajar di Kolej Mara Banting (KMB) Muhammad Ihsan Thaqif Bahter Nasir (gambar) yang berusia 18 tahun menjadi bualan netizen apabila dia bukan sahaja meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan minggu lepas, malah turut cemerlang dalam ujian semester di kolejnya.

Berita di atas amat mengembirakan kedua-dua ibu bapa pelajar berkenaan. Memang sudah menjadi lumrah kehidupan, kajayaan seorang anak dalam pendidikan akan mengembirakan insan yang banyak mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit tidak kira sama ada mereka daripada golongan berwang apatah lagi mereka yang berpendapatan kecil. Sebagai anak, mereka memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Dengan bantuan dan doa daripada ibu bapa, anak-anak mampu mencipta kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang amat besar terhadap anak-anak dan rumah tangga. Sekiranya, ibu bapa sering mengabaikan anak-anak, anak-anak pasti berasa dirinya terabai dan mereka akan melibatkan diri dalam kegiatan  gejala sosial yang tidak baik. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlulah bertanggungjawab dan memastikan anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran?

            Peranan pertama yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang ialah ibu bapa mengutamakan iklim rumah tangga yang dibina dalam situasi  yang aman dan bahagia.Anak kunci keamanan dan kebahagiaan rumah tangga ialah sikap saling memahami, berkasih sayang dan tambatan cinta yang luhur dan abadi.  Keharmonian dan keceriaan rumah tangga menjamin anak-anak membesar dengan selamat dan sihat. Hal ini demikian kerana, kehidupan yang bahagia akan membebaskan anak-anak daripada masalah keluarga seperti pertengkaran antara ibu bapa atau ibu bapa yang berpecah-belah. Perpecahan keluarga boleh mengganggu kesejahteraan dan pelajaran anak-anak. Dalam hal ini, peranan ibu bapa penting dalam mewujudkan rumah tangga yang bahagia agar anak-anak dapat menganggap “rumahku syurgaku”. Anak-anak sudah pasti dapat berusaha bersungguh-sungguh tanpa gangguan dalam pelajaran kerana mereka hidup dalam keadaan gembira tanpa ada tekanan yang berat. Sekiranya, ibu bapa dapat mewujudkan situasi aman bahagia dalam kehidupan rumahtangga mereka sudah pasti kejayaan dan kecemerlangan anak-anaknya yang menjadi impian keluarga akan menjadi kenyataa, Sebalikya, kegagalan ibu bapa membina keluarga bahagia, anak-anak akan menerima natijahnya kerana anak-anak gagal menyediakan diri untuk berjaya dalam pendidikan akibat kebejatan rumahtangga. Tegasnya, ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak membesar dalam suasana yang harmoni dan ceria sepanjang masa bagi  mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

            Selain itu, ibu bapa  juga perlulah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan harian dan masa depan anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala tindakan atau kelakuan kerana remaja mempunyai prinsip, nilai dan identiti yang hampir sama. Anak-anak lebih mempercayai dan meyakini kawan daripada ibu bapa sehingga mereka sukar untuk membezakan antara perkara baik dengan perkara yang buruk. Apabila anak-anak bergaul dengan rakan yang bermasalah seperti ponteng sekolah dan menghisap rokok, mereka juga akan mengikut jejak rakan sebaya itu dan hilang minat untuk belajar. Untuk menangani hal ini, ibu bapa mestilah mengenali latar belakang setiap rakan sebaya anak mereka dan mengenal pasti perubahan yang berlaku kepada anak-anak mereka pada setiap masa. Ibu bapa perlulah bertindak lebih awal, bak kata pepatah beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis kerana anak-anak dapat diselamatkan dan boleh memberikan tumpuan terhadap kecemerlangan dalam pelajaran.  Sekiranya, ibu bapa tidak alpa dan sering memantau pergerakan dan perkembangan dan pergaulan anak-anak sudah pasti anak-anak akan sentiasa dipeduli dan mereka akan berjaya memilih rakan yang boleh membantu kejayaan mereka dalam setiap aspek sama ada pendidikan dan pembinaan personaliti mereka agar kecelaruan personality tidak berlaku. Sebaliknya,  kegagalan ibu bapa mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak mereka dengan rakan sebaya, sudah pasti anak-anak mudah terjebak dengan pengaruh negatif rakan sebaya yang mengarahkan mereka melakukan aktiviti tidak bermoral.  Tegasnya, ibu bapa perlulah mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran.

            Di samping itu, ibu bapa juga perlulah memastikan anak-anak mendapat pendidikan agama dan moral yang secukupnya. Pendidikan agama dan moral ini perlu diberikan sejak kecil lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan warna pada kain tersebut. Pendidikan agama dan moral yang diberikan oleh ibu bapa mampu menepis segala bentuk kemungkaran yang berlaku dalam kalangan anak-anak. Anak-anak akan dapat membezakan perkara yang baik dan yang buruk sebelum bertindak melakukan setiap perbuatan. Mereka juga akan menjadi anak-anak yang lebih bertanggungjawab dan memahami peranan mereka sebagai seorang anak dan tidak akan menghampakan harapan ibu bapa. Hasil didikan agama dan moral yang cukup  ini dapat membantu anak-anak untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Sekiranya, ibu bapa gagal memastikan anak-anak mendapat didikan agama dan moral yang  secukupnya, dikuatiri anak-anak akan salah membuat keputusan dan mereka mudah terjebak dengan kegiatan tidak bermoral akibat pengaruh rakan sebaya. Lambat laun dikuatiri kehidupan anak-anak akan musnah. Sebelum kudis menjadi tokak, ibu bapa sebagai orang yang paling hampir dengan anak-anak perlu bijak mengatasi masalah berkenaan. Tegasnya, ibu bapa perlulah memberikan didikan agama yang secukupnya untuk memastikan anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

            Seterusnya, ibu bapa juga perlulah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk anak-anak belajar di rumah supaya anak-anak boleh memberikan tumpuan terhadap pelajaran. Seyogia, ibu bapa perlu menyediakan bilik khas untuk anak-anak mengulangkaji pelajaran serta menyediakan rak-rak untuk tempat simpanan buku, majalah, dan surat khabar. Selain itu, jika ibu bapa berkemampuan, bilik khas untuk anak-anak belajar perlu disediakan alat pendingin hawa agar anak-anak boleh belajar secara kondusif. Bahkan juga, ibu bapa boleh melanggan majalah-majalah seperti Dewan Pelajar, Dewan Siswa, serta akhbar-akhbar tempatan yang ada menyisipkan ruangan pendidikan seperti TUTOR oleh Surat Khabar Utusan Melayu dan Akhbar  Didik untuk akhbar Berita Harian. Tambahan pula, akhbar-akhbar tempatan ini menyediakan ruangan nota dan latihan setiap mata pelajaran untuk membantu anak-anak membuat latihan dan membaca nota sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan sama Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan (PT3) serta Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bahkan juga, ibu bapa boleh membelikan komputer bimbit untuk diletakkan di rungan kerana gajet ini amat penting untuk membantu anak-anak membuat rujukan atas talian sama ada untuk mendapatkan maklumat berkaitan pelajaran, untuk meluaskan kosa kata terutama  untuk mendapat maksud istilah atau istilah sama maksud melalui Pusat Rujukan Bahasa Melayu atas talian yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Anak-anak juga boleh melayari pelbagai kemaslahatan pelajaran di laman sesawang seperti “blogger” yang disediakan oleh guru-guru berpengalaman mata pelajaran secara percuma, mendapatkan kertas soalan peperiksaan sebenar, atau kertas peperiksaan percubaan negeri-negeri untuk sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan kerana maklumat di hujung jari dan langit terbuka. Sekiranya, ibu bapa dapat menyediakan kemudahan sedemikian rupa, anak-anak akan dapat belajar secara kondusif, Cuma ibu bapa perlu membuat pemantauan agar anak-anak tidak menyalahgunakan gajet berkenaan untuk tujuan hiburan berlebihan dan melayari laman-laman porno yang boleh merosakkan moral mereka. Tegasnya, ibu bapa juga perlulah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk anak-anak belajar di rumah supaya anak-anak boleh memberikan tumpuan terhadap pelajaran.

Selain itu, ibu bapa yang berkemampuan mereka boleh menghantar anak-anak mereka mengikuti kelas tambahan atau tuisyen yang tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Sebagaimana kita sedia maklum pusat-pusat tuisyen menyediakan tenaga pengajar yang berpengalaman, tenaga pengajar yang terlibat dengan pemeriksaan kertas peperiksaan yang pakar untuk membantu pelajar menjawab soalan peperiksaan dengan tepat dengan kehendak skema pemarkahan jawapan. Tambahan pula, bilangan pelajar yang kecil di pusat tuisyen memudahkan interaksi pelajar dengan guru sama ada untuk bertanya hal ehwal pelajaran yang masih kabur dan selalunya semakan guru di pusat tuisyen berkualiti dan cepat. Sedangkan bilangan pelajar di sekolah biasa agak banyak menyebabkan proses pembelajaran dan pengajaran agak kurang sempurna. Seyogia, pelajar yang mendapat didikan di pusat tuisyen selalunya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam. Selain itu, ruangan yang belajar yang kondusif dengan adanya pendingin hawa akan memberi keselesaan kepada pelajar untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru. Sekiranya, ibu bapa dapat menghatar anak-anak mengikuti kelas tuisyen, anak-anak akan mendapat bimbingan yang lebih efisien dan anak-anak akan mudah menghadapi dan menjawap soalan peperiksaan dengan baik untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Tegasnya, ibu bapa yang berkemampuan boleh menghantar anak-anak mereka mengikuti kelas tambahan atau tuisyen untuk mendapat bimbingan yang lebih efisien.

Sebagai ibu bapa mithali, mereka juga perlu menjadi idola atau model terbaik kepada anak-anak untuk membudayakan amalan membaca dalam kehidupan bermula dari saat mereka setahun jagung kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Seyogia, ibu bapa hendaklah sentiasa membaca buku pabila ada masa senggang di hadapan anak-anak kerana setiap gerak geri dan perbuatan ibu bapa menjadi perhatian serta mereka menjadi contoh kepada anak-anak kerana bagaimana acuan begitulah juga kuihnya. Di samping itu, sikap mengarah anak-anak membaca pada waktu senggang sedangkan ibu bapa tidak melakukannya ibarat ketam mengajar anaknya berjalan lurus dan akibat sampai bila-bila budaya membaca tidak akan lekat di hati anak-anak.  Selain itu, ibu bapa bertanggungjawab  perlu cakna dan membantu  aktiviti Nadi Ilmu  Amalan Membaca (NILAM) yang wajib dijalankan di setiap sekolah agar anak sentiasa membaca dan mencatat setiap buku yang dibaca oleh mereka ke dalam buku NILAM. Situasi ini boleh menimbulkan persaingan bersih dalam diri anak-anak untuk meningkatkan bilangan buku yang dibaca pada setiap masa. Natijahnya, anak-anak akan mempunyai kesedaran dan keinsafan betapa pentingnya pengetahuan dan maslahat membaca untuk mereka mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Di samping itu, ibu bapa perlu memberi kata-kata positif atau pujian setiap kali anak-anak menerima sijil nilam sama ada gangsa, perak, emas dan sijl NILAM agar usaha mereka berkenaan dihargai. Bahkan juga ibu bapa yang perihatin terhadap budaya membaca boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan daerah mahu pun perpustakaan negeri sekali sekala sekirannya mereka mempunyai masa senggang terutama pada hujung minggu cuti persekolahan. Sekiranya, aktiviti ini menjadi kebiasaan, anak-anak juga akan sentiasa mengunjungi pusat sumber sekolah untuk membaca buku-buku, majalah dan akhbar pada waktu senggang kerana pusat sumber Gedung ilmu. Sudah terang lagi bersuluh, sebagai ibu bapa mithali, mereka perlu menjadi idola atau model terbaik kepada anak-anak untuk membudayakan amalan membaca dalam kehidupan mereka.

            Tambahan lagi, ibu bapa juga perlulah selalu berhubung dan berbincang dengan pihak sekolah serta bertukar-tukar pendapat  dengan guru-guru tentang perkembangan pendidikan anak-anak. Untuk mengetahui perkembangan pelajaran dan sahsiah anak-anak di sekolah, ibu bapa perlulah sentiasa berhubung dengan pihak sekolah terutama guru kelas dan guru disiplin. Usaha ini penting kerana jika anak-anak menghadapi masalah dalam pelajaran atau masalah disiplin, ibu bapa boleh bertindak segera untuk menangani masalah tersebut. Dalam hal ini, anak-anak pasti dapat diselamatkan daripada dipengaruhi oleh rakan sebaya yang tidak sihat. Selain itu, ibu bapa juga perlu sentiasa mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak walaupun dalam kesibukan bekerja.  Ibu bapa mestilah bersedia menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak setiap kali anak-anak meluahkan masalah mereka. Masalah dan kesedihan anak-anak mestilah dikongsi bersama agar perasaan tersebut tidak akan terpendam yang akan  menjadi satu tekanan dalam diri anak-anak. Biasanya, anak-anak yang memendam perasaan, pasti tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran dan akhirnya mereka akan keciciran dalam pelajaran. Tambahan pula pada tahap umur remaja, anak-anak mudah menghadapi kecelaruan personaliti dan jika tidak ditangani secara bijak oleh ibu bapa masalah ini akan menghantui psikologi mereka.  Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu mengambil berat tentang masalah anak-anak mereka dalam pelajaran dan selalu berbincang dengan guru-guru lain agar anak-anak mendapat pedoman dan boleh memberikan tumpuan untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

            Daripada perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak sebelum nasi menjadi bubur. Sekiranya ibu bapa kurang memberikan perhatian terhadap masa depan anak-anak, anak-anak pasti sukar untuk mencapai kejayaan dan kemungkinan mereka terjebak dalam masalah sosial sehingga sukar untuk diselamatkan. Tambahan pula, anak-anak pada lingkungan umur remaja memang mudah menghadapi sindrom kecelaruan personaliti dan memerlukan pertolongan serta bimbingan daripada ibu bapa untuk memastikan mereka dapat menentukan tingkah laku dan cara berfikir mereka. Kegagalan ibu bapa menyelesaikan masalah kecelaruan personaliti ini akan memudahkan anak-anak terjebak dengan perlakuan negatif akibat pengaruh rakan sebaya Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam mencorakkan masa depan anak-anak khususnya untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam kehidupan dan pelajaran mereka.

Aktiviti masa lapang seperti bersukan, menyertai aktiviti kemasyarakatan, dan menyertai perkhemahan memberikan manfaat kepada remaja. 

Jelaskan manfaat-manfaat yang anda peroleh daripada aktiviti tersebut. 



Dalam Surah al-Asr, Allah SWT berfirman bahawa, “Demi Masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.” Hal ini membuktikan bahawa masa itu amat penting dalam kehidupan manusia sesuai dengan peribahasa Melayu yang berbunyi, masa itu emas. Oleh hal yang demikian, remaja sering diingatkan agar memanfaatkan masa lapang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah seperti bersukan, menyertai aktiviti kemasyarakatan mahupun menyertai perkhemahan kerana aktiviti ini membawa pelbagai manfaat. Kendatipun demikian, remaja marcapada lebih gemar menghabiskan masa lapang dengan melayari laman sosial, berpelesiran di kompleks beli-belah atau berlumba haram. Sebenarnya, hal ini telah mendorong mereka terlibat dalam kancah masalah sosial seperti pergaulan bebas, merokok gengsterisme dan vandalisme. Sesungguhnya, gejala yang tidak sihat ini disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya yang negatif lantaran usia remaja yang setahun jagung, darah setampuk pinang. Tambahan pula, golongan remaja mengalami tekanan emosi bagi mencapai kejayaan dalam akademik sehingga menganggap masa lapang perlu dipenuhi oleh aktiviti yang menyeronokkan dan tidak membebani fikiran. Sekiranya saya dapat memanfaat masa lapang dengan sebaik-baiknya, sudah pasti  saya mampu mengelakkan aktiviti sosial kurang sihat, dan mengelakkan diri saya terjebak dengan kegiatan remaja seangkatan yang tidak bermoral. Sebaliknya, jika saya alpa, saya mungkin akan mencoreng arang ke muka ibu bapa saya yang telah bersusah paya mendidik saya menjadi insan berguna semenjak saya kecil lagi. Persoalannya, apakah manfaat yang saya peroleh apabila melakukan aktiviti masa lapang seperti bersukan, menyertai aktiviti kemasyarakatan, dan menyertai perkhemahan? 

Pada waktu lapang seperti waktu petang, saya gemar bersukan. Antara sukan yang saya gemari ialah sukan bola sepak, badminton atau berbasikal. Sungguhpun begitu, tidak ramai remaja yang gemar bersukan kerana mereka lebih gemar menghabiskan masa dengan tidur di rumah dan menghabiskan masa senggang dengan bermain “game” di gajet seperti yang terdapat dalam perisian telefon pintar dan “play store”sahaja. Bukan itu sahaja, alasan bersukan akan menyebabkan badan berbau busuk dan tidak selesa kerana berpeluh juga sering didengari menyebabkan remaja menjauhi aktiviti riadah berkenaan. Sebenarnya, bersukan dapat menyihatkan tubuh badan saya. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti sukan seperti bermain bola sepak dan badminton menyebabkan pergerakan badan yang aktif. Oleh itu, aktiviti ini akan menyebabkan saya mengeluarkan peluh yang menyingkirkan toksin dalam tubuh. Penyingkiran ini juga menyebabkan asid laktik dikeluarkan hingga menyebabkan saya tidak berasa lesu dan lebih cergas kerana badan sihat, otak cerdas. Pada masa yang sama, kolesterol dalam tubuh saya dapat dibakar jika berbasikal hingga menyebabkan masalah obesiti dapat dicegah. Dalam jangka masa yang panjang, saya dapat melancarkan pengaliran darah seterusnya mengelakkan penyakit kronik seperti serangan jantung dan strok. Hal ini dapat dikaitkan dengan peribahasa yang berbunyi mencegah lebih baik daripada mengubati kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sekiranya saya dapat menjalani aktviti senggang yang bermanfaat berkenaan, saya mampu menjadi seorang pelajar aktif, cergas dan dapat menjalankan tugasan saya sebagai seorang pelajar di sekolah. Pendek kata, aktiviti bersukan dapat menyihatkan tubuh badan saya dan dapat menjalankan tugasan saya sebagai pelajar yang proaktif dalam atau di luar kelas.

Di samping itu, pada masa lapang seperti musim cuti sekolah juga saya gemar menyertai aktiviti kemasyarakatan. Antara aktiviti kemasyarakatan yang pernah saya sertai ialah aktiviti ke rumah warga emas, menemui gelandangan sekitar ibu kota Kuala Lumpur dan melawat ke rumah anak yatim. Semasa tiba di tempat terbabit, saya mendengar kisah warga tua yang dipinggirkan oleh anak-anak, mengedarkan makanan kepada warga geladangan, dan bergotong-royong membersihkan dan menceriakan rumah anak yatim. Oleh hal yang demikian, aktiviti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri saya. Misalnya, aktiviti mendengar kisah orang tua yang ditinggalkan oleh anak-anak dapat memberikan nilai keinsafan dan kasih sayang kepada saya kerana lebih menyayangi dan membalas jasa kedua-dua ibu bapa yang telah membesarkan saya seterusnya mengelakkan diri saya daripada menjadi seorang anak yang tidak mengenang jasa kedua-dua penjaga saya seperti kacang melupakan kulitnya. Aktiviti memberikan makan kepada gelandangan pula dapat menyemai nilai keprihatinan dan tanggungjawab terhadap orang yang kurang bernasib baik. Aktiviti melawat anak-anak yatim pula dapat memupuk nilai kerjasama kerana saya membersihkan kawasan rumah anak-anak yatim bersama-sama selain dapat memupuk nilai kebersihan. Jika saya dapat melibatkan diri serta menyertai aktiviti kemasyarakat, aktiviti senggang saya dapat saya isi dengan aktiviti bermanfaat, di samping saya dapat menyelami kesusahan masyarakat serta bersyukur kerana saya masih ada orang yang menyanyagi diri saya di dunia yang fana ini. Sesungguhnya, menyertai aktiviti kemasyarakatan dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri saya. 

                Selain bersukan dan menyertai aktiviti kemasyarakatan, saya juga gemar menghabiskan musim cuti sekolah dengan berkhemah. Saya gemar melakukan aktiviti perkhemahan di hutan lipur seperti Hutan Simpan Belum di Perak atau Hutan Lipur Sungai Tua di Selangor. Pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan semasa saya berkhemah seperti mendirikan khemah, menyediakan hidangan, mencari kayu api, mengambil air atau meneroka hutan. Oleh sebab itu, saya akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Apabila saya terlibat dalam pendirian khemah, saya akan dapat menambahkan ilmu dari segi pembinaan struktur khemah dan ikatan yang paling sesuai. Manakala apabila saya meneroka hutan, saya dapat menambahkan ilmu tentang spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan liar yang boleh dimakan atau beracun. Daripada aktiviti ini juga, saya dapat mengetahui cara keluar dari hutan jika tersesat, iaitu dengan mengikut arah air sungai mengalir ke hilir. Impaknya, saya dapat mengaplikasikan ilmu tersebut dalam kehidupan sehari-hari. Tambahan pula, saya dapat menggunakan ilmu tersebut sebagai panduan dalam hidup sesuai dengan peribahasa, ilmu itu pelita hati. Secara tidak langsung, saya dapat mengelakkan diri daripada dikatakan seperti katak di bawah tempurung. Jika saya tidak menyertai aktiviti mencabar dan penuh dugaan ini sudah pasti saya akan sukar melayari kehidupan pada zaman mencabar yang penuh ranjau dan duri. Secara ringkasnya, dengan menyertai aktiviti berkhemah saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang cetek di dada serta saya bersedia menongkah arus yang penuh dengan cabaran dan halangan untuk merealisasikan kemenjadian diri saya sebagai insan berguna kepada ibu bapa, masyarakat dan negara.

                    Bahkan juga, aktiviti riadah, aktiviti kemasyarakat dan perkhemahan berkenaan banyak kemaslahatannya kepada kepada saya sebagai seorang pelajar dan remaja. Hal ini demikan kerana sepanjang aktiviti berkenaan diadakan saya dapat mengenali dan berkolaboratif dengan pelbagai golongan pelajar berfikiran positif, dan golongan pelajar yang mempunyai misi dan misi ke arah pembentukan masyarakat ideal yang diiltizamkan oleh setiap kerajaan dunia. Saya berkata demikian kerana dengan aktiviti-aktiviti riadah dan kemasyarakatan berkenaan saya akan bertemu dengan pelbagai golongan remaja sama ada pemimpin belia, golongan remaja yang mempunyai visi dan untuk pembentukan masyarakat belia dan ketika ini saya mampu berkongsi maklumat berkaitan program yang perlu diberi penekanan serta bekerjasama secara langsung dengan organisasi kemasyarakatan yang mereka anggotai. Sebagai contoh, saya boleh merancang aktiviti pertukaran belia dan pada masa yang sama setiap anggota daripada organisasi belia ini akan dapat bertukar-tukar pandangan untuk memantapkan pergerakan organisasi belia masing-masing kerana bak kata peribahasa Melayu, jauh perjalanan luas pandangan. Jika saya dapat melakukan perkara sedemikian rupa saya pasti pelbagai inisiatif baru akan dapat saya panjangkan kepada organisasi belia yang saya anggotai dan sudah pasti tindakan saya itu mampu mewujudkan organisasi belia yang mampu untuk membantu kerajaan melahirkan insan remaja proaktif yang boleh membantu kerajaan melahirkan lebih ramai kepimpinan negara dalam kalangan belia untuk menggantikan kepipimpinan negara pada masa akan datang bak kata peribahasa patah tumbuh, hilang berganti. Tegasnya, banyak maslahat yang dapat saya peroleh dengan menyertai ativiti sukan, aktiviti kemasyarakatan dan perkhemahan.

                 Intihanya, terdapat seribu satu manfaat yang boleh saya peroleh daripada aktiviti seperti bersukan, menyertai aktiviti kemasyarakatan, dan menyertai perkhemahan semasa masa lapang. Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah bekerjasama dalam meletakkan tanggungjawab ini di atas bahu masing-masing kerana peribahasa ada menyatakan bahawa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Benarlah seperti yang dinukilkan Saidina Ali, “Masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, maka pedang itu akan memotong kita”. Oleh itu, pihak sekolah perlulah menyusun dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan pada musim cuti sekolah seperti perkhemahan unit beruniform dan mengadakan lawatan ke rumah orang tua. Dalam pada itu, kerajaan hendaklah memperbanyakkan penganjuran karnival untuk remaja terutamanya pada masa cuti sekolah demi mengisi masa lapang remaja daripada terlibat dalam masalah sosial. Ibu bapa juga tidak boleh melepaskan tanggungjawab kerana mereka boleh mendidik anak-anak sejak kecil dengan melakukan aktiviti yang berfaedah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Moga-moga dengan usaha yang bersepadu ini, impian kudus untuk melahirkan generasi yang bijak memanfaatkan masa lapang dapat direalisasikan dengan jayanya. Akhir kata, tepuk tanya tanya selera kerana tanpa kesedaran dalam diri, segala usaha yang direncanakan akan menjadi angan-angan Mat Jenin.

Sila tambah satu isi lagi. Cadangan isi dan fikirkan isi yang sesuai dengan tugasan karangan.



Berdasarkan sedutan lagu Roslan Madun bertajuk Nazam Ibu dan ayah, senikatanya amat   menusuk kalbu pendengar kerana keseluruhan lagu berkenaan mengambarkan kasih sayang ibu bapa terhadap anak kesayangan merekaTidak ada ibu bapa di dunia ini yang tidak sayang akan anak mereka. Mereka sanggup berkorban apa-apa sahaja untuk memastikan anak-anak sentiasa selamat dan sihat, serta membesar dalam suasana kondusif. Ibu bapa juga sanggup berkorban dan bersengkang mata berjaga siang dan malam semata-mata untuk menjaga saya sebagai seorang anak  terutama apabil asaya menghadapi kesakitan. Bagi ibu bapa, tiada detik yang paling menggembirakan mereka melainkan ketika melihat anak-anak mereka membesar sebagai seorang insan yang berguna dan berjaya dalam kehidupan di dunia. Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab, saya perlu sentiasa menghargai pengorbanan ibu bapa saya dan sebaik mungkin saya akan cuba membalas jasa mereka walaupun mereka tidak pernah mengharapkan sebarang balasan daripada saya sebagai seorang anak. Sebagai seorang anak, saya juga bertanggungjawab menggembirakan kehidupan ibu bapa saya dan akan sentiasa menjaga nama baik mereka kerana saya sedar tanpa ibu bapa, saya tidak akan berada di dunia ini. Seyogia, sebagai seorang anak saya akan berusaha membalas jasa mereka dan memastikan mereka sentiasa berbangga mempunyai anak seperti saya. Namun, saya sedar jasa mereka tidak boleh dibayar walaupun harta saya berjuta. Sekiranya saya gagal menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang anak penyesalannya akan saya rasai sepanjang kehidupan saya terutama jika ayah dan ibu sudah tiada di alam nyata. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang harus saya lakukan untuk memastikan mereka bangga saya sebagai anak mereka.

     Langkah utama yang akan saya lakukan untuk memastikan ibu bapa saya bangga saya sebagai anak mereka adalah dengan belajar bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang. Ibu bapa saya pasti akan gembira apabila saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dalaman sekolah atau dalam peperiksaan awam. Untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan , saya akan menumpukan sepenuh perhatian saya semasa guru sedang mengajar. Sekiranya saya tidak memahami sesuatu tajuk dalam pelajaran tertentu, saya tidak akan malu bertanya kepada guru saya kerana pepatah menyatakan bahawa malas berkayuh perahu hanyut, segan bertanya sesat jalan. Selain itu , saya akan mengulangkaji pelajaran secara berkumpulan bersama-sama rakan sekelas ketika ada masa yang terluang. Saya juga akan menyediakan jadual belajar secara sistematik dan efisyen. Semua kerja rumah yang diberikan oleh guru akan saya siapkan mengikut ketetapan masa  yang diberi oleh guru. Saya juga akan sentiasa membuat persediaan lebih awal dengan mengulangkaji pelajaran sebelum menghadapi peperiksaan yang sebenar kerana pepatah menyatakan sediakan payung sebelum hujan. Kejayaan yang akan saya peroleh hasil usaha saya yang bersungguh-sungguh ini dan sudah tentulah saya  akan menaikkan nama baik ibu bapa saya dan saya akan menjadi kebanggaan mereka. Bahkan juga reputasi ibu bapa saya akan dihargai dan menjadi contoh dalam kalangan masyarakat. Jika saya gagal menjadi seorang insan yang berjaya pabila saya dewasa, sudah pasti ibu bapa saya akan sedih dan beranggapan diri mereka gagal menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang penjaga mendidik saya sebagai seorang anak. Jelasnya, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh keputusan yang cemerlang untuk menjaga nama baik ibu bapa saya.

     Selain itu, untuk memastikan ibu bapa saya bangga saya sebagai seorang anak mereka adalah dengan bergaul dan berkawan dengan rakan-rakan yang baik dan dapat membimbing saya menjadi seorang insan yang berguna kepada masyarakat apabila dewasa kelak. Hal ini demikian kerana, saya akan memastikan diri saya tidak terlibat dengan rakan-rakan yang bermasalah yang boleh mempengaruhi saya terjebak dalam kancah gejala sosial seperti merempit, melepak , ponteng sekolah ,melakukan vandalime dan mempengaruhi melibatkan diri dalam aktiviti penagihan najis dadah. Saya akan sentiasa berpegang pada kata bijak pandai Islam yang menyatakan bahawa “jika kita berkawan dengan seorang tukang besi, baju kita akan tercarik kerana terkena percikan api, tetapi jika kita berkawan dengan seorang penjual minyak wangi, tubuh badan kita akan turut berbau harum”. Saya juga akan membezakan antara rakan yang baik dengan rakan yang tidak baik.  Saya akan berkawan dengan rakan-rakan yang mengutamakan pelajaran agar saya dapat bertukar-tukar pandangan dan ilmu dengan mereka. Hal ini penting bagi menimbulkan persaingan yang sihat dalam diri saya, agar saya mempunyai semangat dan motivasi untuk belajar bersungguh-sungguh. Ibu bapa saya pasti bersyukur sekiranya sebagai seorang anak saya tidak melakukan sesuatu yang boleh menconteng arang ke muka mereka. Apabila saya dan rakan-rakan berjaya dalam pendidikan bukan sahaja ibu bapa saya dan ibu bapa rakan-rakan saya sahaja gembira tetapi masyarakarak setempat juga tutur gembira dan beranggapan kami sebagai model dan idola kepada anak-anak mereka. Jelasnya , jika saya bergaul dengan rakan-rakan yang berakhlak mulia dan mempunyai visi dan misi berjaya dalam pelajaran akan memandu kami berjaya di dunia dan akhirat  sebagaimana yang diharapkan setiap ibu bapa.

     Di samping itu , bagi memastikan saya menjadi anak kebanggan mereka, saya akan menjaga akhlak dan tingkah laku saya sendiri agar tidak mencemarkan maruah ibu bapa saya. Setiap ibu bapa pasti berasa bangga seandainya anak-anak yang lahir mengamalkan nilai-nilai murni dan berbudi bahasa dalam kehidupan. Kecemerlangan yang dicapai oleh anak-anak dalam bidang akademik bukan jaminan untuk ibu bapa gembira sekiranya anak-anak yang cemerlang ini tidak memiliki akhlak yang terpuji dan berbudi bahasa. Sebagai seorang anak, saya akan sentiasa menghormati ibu bapa dan bercakap dengan lemah lembut terhadap mereka. Saya juga akan sentiasa mendengar nasihat mereka dan tidak sekali-kali menjadi anak derhaka seperti cerita si Tanggang. Akhlak akan seiring dengan kejayaan yang saya miliki . Sebagai seorang murid sekolah pula, saya akan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Saya akan mengelakkan diri daripada terlibat dalam masalah disiplin seperti ponteng kelas , tidak menghormati guru dan tidak menyiapkan kerja sekolah. Saya sedar sekiranya saya melanggar peraturan sekolah dan terlibat dengan salah laku di sekolah, ibu bapa saya akan di panggil dan mereka akan berasa malu akibat perbuatan saya ini. Oleh itu, saya akan sentiasa menghormati guru-guru di sekolah dan menghormati orang yang lebih tua daripada saya apabila berjumpa dengan mereka di mana-mana sahaja. Hal ini demikian kerana masyarakat pasti bertanya “Anak siapakah yang berbudi bahasa itu?” Secara tidak langsung, ibu bapa saya akan dipandang tinggi oleh masyarakat kerana mendidik anaknya dengan baik. Hadis Riwayat Al-Tarmizi menyatakan bahawa ibu bapa yang baik terdiri daripada ibu bapa yang melahirkan anak-anak yang berakhlak mulia. Sekiranya saya bersikap hidung tinggi, kasar budi bahasa sudah pasti ibu bapa saya dipandang serong kerana tidak pandai mendidik saya sebagai insan mulia. Sudah terang lagi bersuluh tanggungjawab saya menjaga akhlak dan tingkah laku saya sendiri agar tidak mencemarkan maruah ibu bapa saya. 

     Tambahan lagi , saya akan mamastikan ibu bapa saya bangga saya sebagai seorang anak adalah dengan manjalinkan hubungan yang baik dengan ahli keluarga , jiran tetangga dan masyarakat setempat. Sebagai seorang anak yang baik, saya sentiasa menjalinkan hubungan dengan ahli keluarga dan saudara mara yang jauh dan dekat sama ada di sebelah ibu mahupun di sebelah bapa walaupun mereka telah meninggal dunia. Saya akan meneruskan jalinan kasih sayang dengan ibu bapa saudara dan sepupu-sepupu saya termasuklah mereka yang mempunyai hubungan bau-bau bacang dengan saya. Hubungan yang terjalin ini dapat mengeratkan ikatan kekeluaargaan dan tali persaudaraan yang mungkin hampir terputus kerana tinggal berjauhan serta tidak mengenali antara satu sama lain. Sebagai contohnya, saya akan membawa ibu bapa saya menziarahi sanak saudara dan kaum kerabat saya pada musim perayaan atau majlis kenduri-kendara. Saya yakin hubungan saya ini dapat menjaga nama baik ibu bapa saya kerana menjalinkan hubungan baik dalam kalangan keluarga. Selain itu, saya juga akan menjaga hubungan baik dengan jiran tetangga seperti selalu bertegur sapa dengan mereka, menziarahi mereka sekiranya mereka sakit , membantu mereka apabila mereka memerlukan bantuan  dan mengunjungi rumah mereka pada hari perayaan. Sebagai seorang anggota masyarakat, saya akan menyertai setiap program kemasyarakatan yang dianjukan oleh masyarakat di kawasan tempat tinggal saya. Ibu bapa saya pasti gembira apabila saya melibatkan diri dalam program kemasyarakatan kerana mereka tidak perlu berasa bimbang sekiranya saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang tidak baik. Penglibatan saya dalam program kemasyarakatan juga membuktikan saya menjadi lebih matang dan berminda terbuka dan tidaklah seperti katak di bawah tempurung. Jika saya gagal menjalin hubungan baik dan berkomunikasi dengan masyarakat sudah pasti saya dianggap sebagai sampah masyarakat. Tegasnya, nama baik ibu bapa dapat dijaga dan dapat dipelihara sekiranya saya menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat setempat. Bak kata pepatah,  “hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa.”

     Akhir sekali, saya akan sentiasa berpegang teguh pada ajaran agama demi arag mereka bangga saya sebagai anak mereka. Sebagai anak yang baik, saya akan sentiasa mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan saya agar saya mempunyai benteng keimanan yang kukuh dan ampuh serta dapat mengelakkan diri daripada terjebak dan terpengaruh oleh perkara-perkara yang tidak baik. Sekiranya saya berpegang teguh pada ajaran agama, saya dapat membezakan perkara yang salah dan benar. Hal ini amat penting untuk menentukan kejayaan saya pada masa hadapan. Saya akan sentiasa menjaga nama baik ibu bapa dan tidak menghampakan harapan mereka terhadap saya , kerana saya sedar, “siapalah saya tanpa ibu bapa”. Saya akan mempraktikkan didikan agama yang saya terima agar saya mempunyai matlamat hidup yang jelas. Saya sedar akan kepentingan masa hadapan saya. Untuk meningkatkan nilai kerohanian dalam diri , saya akan menghadiri kelas-kelas agama atau kelas fardhu ain serta majlis-majlis ilmu agar dapat membentuk jiwa saya ke arah melakukan perkara-perkara baik. Hal ini penting untuk melawan serangan pemikiran yang boleh menjerumuskan saya untuk melakukan perkara yang tidak baik kerana agama merupakan pendinding diri saya daripada melakukan kemungkaran yang ditegah agama. Jika saya tidak mempunyai pengetahuan agama yang jitu, sudah pasti saya akan hampir dengan aktiviti kemungkaran yang dicela agama dan masyarakat. Tegasnya, didikan agama yang saya terima hasil asuhan ibu bapa akan saya praktikkan dalam kehidupan saya supaya saya  dapat membentuk keperibadian yang baik dalam diri saya sekali gus dapat menjaga nama baik ibu bapa saya.

            Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan saya menjadi faktor utama untuk memastikan saya sebagai anak kebanggan mereka. Hal ini demikian kerana menjaga nama baik ibu bapa atau menggembirakan mereka menjadi satu tanggungjawab sebagai seorang anak.  Oleh itu, saya ingin menyeru agar semua remaja dan anak-anak sentiasa menjaga nama baik masing-masing dan jangan sesekali melukakan perasaan ibu bapa mereka atau melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan imej mereka. Kita perlu ingat bahawa harta benda boleh dicari tetapi ibu bapa tiada galang gantinya. Tegasnya, berbuat baiklah kepada ibu bapa selagi hayat mereka masih ada dan sebelum terlambat kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.



 Kemajuan negara hasil keringat pemimpin hari ini dan pada masa lalu turut dirasai oleh rakyat. Seiring dengan kemajuan negara, peningkatan pendapatan penduduk membolehkan rakyat mampu memiliki kenderaan sendiri. Kita dapat melihat sendiri hampir setiap keluarga mempunyai kenderaan. Selaras dengan peningkatan jumlah kenderaan ini, kadar kesesakan di jalan raya turut semakin meningkat dan menjadi masalah utama kepada semua rakyat. Walaupun ada usaha daripada pihak kerajaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) memperbaik sistem pengangkutan awam dengan memperkenal perkhidmatan rel bandar, pekhidmatan Tren Elektrik (ETS), perkhidmatan bas menghubungi bandar dan antara bandar, perkhidmatan Teksi 1Malaysia, dan pengenalan kereta sewa persendirian "GrabTaxi" dan "GrabCar" tetapi masalah kesesakan jalan taya masih tetap berlaku. Sekiranya, permasalahan perkhidmatan pengangkutan ini terus berleluasa, dan tidak diselesaikan hingga ke akar umbi sudah pasti pengguna jalan raya akan terus menghadapi dilema kerana terpaksa mengharungi kesesakan jalan raya setiap hari. Persoalannya, apakah cara-cara untuk mengurangkan kesesakan jalan raya?

            Antara cara untuk menangani masalah ini termasuklah pihak kerajaan harus menambahkan rangkaian lebuh raya dengan membina lebih banyak jaringan pengangkutan terutama di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Lebuh raya yang sedia ada perlu dinaikkan tarafnya. Contohnya, pihak kerajaan boleh memperlebar jalan raya yang sempit. Langkah ini membolehkan jalan raya menampung bilangan kenderaan yang lebih banyak. Pembinaan jalan raya bertingkat turut harus dilaksanakan agar kesesakan dapat dikurangkan. Kerajaan juga perlu menambah dan meningkatkan kemudahan pengangkutan awam bagi mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Contohnya, perkhidmatan bas perlu dinaik taraf daripada bas mini kepada bas yang lebih selesa. Perkhidmatan komuter, LRT , dan monorel harus dimajukan dari semasa ke semasa bagi menarik minat orang ramai menaikinya. Jika penyediaan sistem pengangkutan  negara lebih kondusif pengguna dan dirangka secara efisien sudah pasti  masalah kesesakan jalan raya tidak akan terus berlaku sehingga mengancam kehidupan pengguna jalan raya. Jelasnya, pihak kerajaan berperanan penting dalam menyediakan pelbagai kemudahan dan pembinaan jalan raya dalam menangani masalah ini.

            Selain itu, polis trafik perlu mengawal lalu lintas terutama ketika waktu kesesakan . Polis trafik perlu bertugas di laluan yang sentiasa mengalami masalah kesesakan khususnya pada waktu balik kerja dari pejabat. Dengan adanya pengawalan lalu lintas oleh pihak trafik, masalah seperti kegagalan fungsi lampu isyarat tidak lagi menjadi punca kesesakan lalu lintas. Bukan itu sahaja, kesesakan jalan raya akibat kemalangan jalan raya turut dapat dikendalikan dengan cepat dan efektif kerana polis trafik telah sedia ada bertugas di jalan raya tertentu. Polis trafik turut dapat membantu memastikan kelicinan pengguna jalan raya dan seterusnya mengelakkan berlakunya kesesakan lalu lintas berlaku ketika waktu puncak. Sekiranya pihak berkuasa hanya bergantung seratus peratus kepada sistem manual dengan mengharapkan lampu isyarat mengawal aliran kenderaan pada setiap masa, sudah pasti kesesakan jalan raya tidak akan dapat diselesaikan.  Tegasnya, polis trafik menggalas tanggungjawab yang berat dalam mengurangkan masalah kesesakan di jalan raya.

            Selain itu, kerajaan juga boleh menggalakkan masyarakat berkongsi kereta ke tempat kerja. Berkongsi kereta merupakan saranan yang ideal dalam usaha mengatasi masalah kesesakan jalan raya. Hal ini berkaku demikian kerana apabila masyarakat berkongsi kereta ke tempat kerja, sudah tentu bilangan kereta di atas jalan raya dapat dikurangkan. Namun demikian, langkah ini juga mempunyai masalahnya yang tersendiri kerana melibatkan perubahan sikap pengguna yang bersikap indivualistik ibarat enau dalam belukar melepasi pucuk masing-masing dalam kehidupan seharian mereka.  Mereka tidak rela berkongsi kereta dengan pihak lain. Ada juga ramai yang tidak menyahut seruan kerajaan berkongsi kereta untuk memudahkan diri ke sesuatu destinasi tanpa menyusahkan orang lain. Jika perubahan sikap ini tidak dibanteras dari awal terutama dalam kalangan kanak-kanak sudah pasti usaha untuk berkongsi kereta yang diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat kerana peribahasa Melayu ada mengatakan ”melentur buluh, biarlah daripada rebungnya. Jelasnya, masyarakat kini perlulah menghakis sikap tersebut dan mengambil langkah yang proaktif seperti rela berkongsi kereta agar kesesakan di jalan raya dapat dikurangkan.

            Di samping itu, pihak berkuasa juga perlu melarang kenderaan berat memasuki laluan utama dalam tempoh tertentu. Kenderaan berat hanya dibenarkan mengguna laluan utama pada masa-masa yang tertentu untuk memastikan kelicinan lalu lintas pada waktu puncak seperti waktu pagi dan waktu malam. Hal ini kerana kebanyakan masyarakat keluar pada waktu ini atas urusan ke pejabat, menghantar anak ke sekolah dan sebagainya. Dalam hal ini, pihak polis trafik haruslah sentiasa meronda di laluan utama agar tiada kenderaan berat yang berada di jalan raya yang biasanya sesak. Sekiranya sesebuah kenderaan berat telah rosak di tengah- tengah jalan, kenderaan tersebut akan mengganggu pergerakan lalu lintas kerana saiznya yang besar akan menghalang kenderaan yang lain. Pada masa yang sama penguatkuasaan terhadap kenderaan berat berada di jalan raya pada waktu puncak perlu dijalankan secara berterusan dan tidak sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja agar ketegasan ini akan memberi pengajaran bukan sahaja kepada pemandu tetapi juga kepada pengusaha kenderaan berat berkenaan. Sekiranya penguatkuasaan berkenaan hanya dijalankan secara bermusim sahaja, sudah pasti objektif utama untuk tidak membenarkan kenderaan berada di jalan raya pada waktu puncak akan gagal dan kesesakan jalan raya akan sentiasa berlaku. Sudah terang lagi bersuluh, pihak berkuasa perlu melarang kenderaan berat dari  memasuki laluan utama terutamanya pada waktu puncak untuk mengelakkan kesesakan di jalan raya.

            Kesimpulannya, kesesakan di jalan raya mendatangkan banyak kerugian terhadap masyarakat dari segi masa, tenaga dan kewangan. Bahkan juga, bilangan pengguna jalan raya menghadapi masalah stres semakin meningkat dan ini memberi impak kepada  keselesaan hidup mereka. Oleh itu, kerajaan dan pihak berkuasa haruslah berganding bahu dengan menguatkuasakan undang-undang jalan raya. Selain itu, usaha mendidik masyarakat untuk berkongsi kereta ke pejabat perlu diberi keutamaan bermula daripada sekolah lagi, selain media arus perdana perlu cakna dengan menyiarkan rencana dan kempen berkongsi kereta setiap masa di media-media mereka sama ada media bercetak atau media elektronik. Bagi masyarakat pula, sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri mestilah dihakis dan sedia menerima perubahan untuk kebaikan bersama kerana muafakat membawa berkat.

Contoh Penulisan Karangan Menggunakan Kaedah Pengembangan Idea Perenggan Karangan.


Aktiviti manusia telah menyebabkan bekalan air berlaku di beberapa tempat di negara kita sehingga mendatangkan pelbagai kesusahan kepada banyak pihak.Berikan komen anda.

Kebanyakan murid kelas 5 Sains mengeluh kerana soalan yang saya berikan sukar. Sememangnya soalan di atas sukar sekiranya muird tidak meneroka alam siber untuk mencari maklumat. Maklumat yang saya paparkan merupakan di atas  hanya fakta asas, dan pelajar perlu mencari banyak lagi untuk menghasilkan karangan yang bermutu.

Penulisan karangan di atas, mengkehendaki anda menyatakan aktiviti manusia menyebabkan bekalan air berlaku di beberapa tempat di negara kita sehingga mendatangkan pelbagai kesusahan kepada banyak pihak.


SILA RUJUK BAHAN MAKLUMAT PADA CORETAN SEBELUMNYA

CONTOH PENGENALAN BERDASARKAN KATA-KATA PEMIMPIN 

PERKARA
PENERANGAN
PENGENALAN JENIS KATA-KATA PEMIMPIN
"Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya." Kata-kata Mahatma Gandhi.
AYAT RANGSANGAN  1
Berdasarkan kata-kata Mahatma Gandhi di atas, jelas menunjukkan alam sekitar amat penting kepada generasi akan datang terutama kelestarian sungai sebagai sumber air minuman dan sumber makanan kepada masyarakat.
AYAT RANGSANGAN  2
Namun, akibat daripada sikap manusia yang mementingkan diri sendiri bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing mengakibatkan pencemaran sungai yang berfungsi sebagai sumber air bersih untuk minuman berlaku dengan berluas-luasa.
AYAT RANGSANGAN  3
Seyogia, sebagai insan yang mempunyai akal fikiran dan faham akan kepentingan sungai seharusnya bertanggungjawab menjaga khazanah alam semulajadi kurniaan Tuhan.
FRASA MENARIK
Sudah terhantuk baru tergadah, begitulah situasinya akan berlaku sekiranya sungai-sungai di negara kita tercemar kerana untuk mengembalikan kelestariannya amat sukar malah memerlukan kos yang tinggi.
UNSUR KBAT
Sekiranya sikap dan budaya masyarakat yang cakna akan kepentingan sungai tidak tersemat di jiwa, sudah pasti sungai-sungai  di Malaysia akan terus tercemar.
AYAT ARAHAN
Persoalannya, apakah aktiviti manusia menyebabkan berlakunya masalah bekalan air sehingga menyebabkan berlakunya kesusahan kepada banyak pihak?


MODUL OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI  PERTAMA:-


TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI
Sebagai permulaan, saya ingin menyelongkar permasalahan pembuangan sampah sarap dalam kalangan penghuni di bandar-bandar besar sebagai punca utama masalah bekalan air sehingga menyusahkan pihak tertentu.
AYAT HURAIAN 1
Mengikut kajian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan setiap individu membuang sisa pepejal 1 kilogram setiap hari (Jaringan Kerajaan Tempatan,1999) Jika semua sampah yang dihasilkan oleh seluruh penduduk dikumpulkan selama 1 bulan sahaja, sampah berkenaan akan memenuhi kira-kira empat buah Menara Kuala Lumpur! 
AYAT HURAIAN 2
Oleh sebab itu, kenyataan di atas amat memeranjat dan menakutkan, masyarakat, sedangkan sampah buangan berkenaan  dikendalikan oleh pihak kementerian yang bertanggungjawab belum lagi sampah yang dibuang warganegara tanpa rasa bertanggungjawab  ke dalam sungai.
AYAT CONTOH 1
Sebagai contoh, antara sungai yang paling tercemar di Malaysia ialah Sungai Pinang dan Sungai Juru di Pulau Pinang, Sungai Klang, dan Sungai Pencala di Kuala Lumpur serta Sungai Segget di Johor.
AYAT CONTOH 2
Begitu juga pencemaran terkini yang berlaku di Sungai Semenyih menyebakan bekalan air di negeri Selangor bermasalah sehingga menyebabkan bekalan air untuk pengguna di sekitar negeri berkenaan tergendala.
AYAT HURAIAN 3
Selain itu, akibat permasalahan air di Selangor yang berlaku baru-baru ini bukan sahaja memberi impak kepada isi rumah tetapi juga menjejaskan operasi premis penjualan makanan, dan kilang yang yang amat bergantung kepada sumber air untuk meneruskan operasi mereka.
UNSUR KBAT
Sekiranya, masalah pembuangan sisa buangan manusia dapat dikawal sudah pasti masalah pencemaran sungai di Malaysia dapat dikawal dan bekalan air minuman terawat tidak akan berlaku serta premis yang bergantung kepada air sebagai sumber operasi mereka tidak akan terjejas.
FRASA MENARIK
Peribahasa Melayu ada mengatakan,   "Oleh sebab nila setitik habis susu sebelanga," begitulah keadaannya dengan permasalahan air yang berlaku di negara kita.
AYAT  PENEGAS
Sudah terang lagi bersuluh, antara punca pemasalahan air di negara kita berlaku adalah kerana pembuangan sampah sarap dalam kalangan penghuni di bandar-bandar besar tanpa kawalan sehingga mencemarkan sungai.



MODUL OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI  KEDUA:-


TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI
Selanjutnya, saya akan mengulas dan memberi pendapat berkenaan permasalahan bekalan air berlaku di beberapa tempat di negara kita sehingga menyusahkan pelbagai pihak dengan kata kunci sikap tidak  bertanggungjawab pengusaha perindustrian sebagai faktor permasalahan bekalan air.
AYAT HURAIAN 1
Sebagai sebuah negara maju, setiap pengusaha perindustrian domestik mengambil kesempatan untuk menjalankan operasi mereka dan pada masa yang sama mereka berusaha mengaut keuntungan tanpa mengendahkan kelestarian sungai.
AYAT HURAIAN 2
Hal ini demikian berlaku kerana sikap pengusaha berkenaan untuk mendapatkan keuntungan berlipat ganda dalam menjalankan operasi mereka sehingga meninggalkan tanggungjawab sosial
AYAT HURAIAN 3
Berbalik semula kepada Sungai Semenyih yang didakwa sering tercemar dan perkara ini bukan sahaja berlaku pada tahun 2017 tetapi berlaku pada tahun 1980-an apabila didapati sumber air sungai berkenaan menjadi tempat pembuangan najis khinzir.
AYAT HURAIAN 4
Oleh sebab pembangunan negara, kini pencemaran terkini akibat daripada ledakan kemajuan industri, Sungai Semenyih dicemari dengan bahan buangan industri seperti minyak, gris, hasil buangan pepejal industri sehingga menyebabkan loji penapisan air terpaksa ditutup.
AYAT CONTOH
Akibat penutupan loji penapisan air berkenaan lebih kurang 450 kawasan terjejas kerana tidak mendapat bekalan air, contohnya melibatkan Daerah Petaling Jaya, Puchong, Seri Kembangan,  Daerah Hulu Langat di Bangi,  Bandar Bukit Mahlota, Kajang Semenyih,  dan juga Kawasan sekitar Daerah Kuala Langat.
UNSUR KBAT
Jika, masalah pencemaran berkenaan tidak dapat dielakkan sudah pasti krisis air di sekitar kawasan yang dinyatakan di atas akan berterusan dan akan melibatkan kesusahan kepada penduduk  serta akan merugikan negara apabila operasi perindustrian di kawasan berkenaan terjejas.
FRASA MENARIK
Oleh sebab itu penguatkuasaan undang-undang dan penyitaan industri yang tidak menjalankan operasi secara bertanggungjawab perlu dilakukan kerana sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
AYAT  ARAHAN
Tegasnya, sikap tidak bertanggungjawab pihak pengusaha perindustrian merupakan faktor berlakunya masalah penyaluran bekalan air kepada pengguna.

MODUL OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI  KETIGA:-


TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI
Seterusnya, saya akan terus menyelongkar faktor  permasalahan bekalan air dengan kata kunci pembalakan secara tidak terkawal antara punca masalah penyaluran air kepada pengguna.
AYAT HURAIAN 1
Sebagaimana kita sedia maklum, hutan  berfungsi sebagai ekologi kerana fungsinya sebagai “Peparu Bumi” kerana peranannya  sebagai tadahan air hujan.

AYAT HURAIAN 2
Oleh sebab itu, aktiviti pembalakan tanpa kawalan dan pembalakan haram akan membinasakan hutan semulajadi anugerah Tuhan dan menyebabkan kehilangan sumber air yang banyak .

AYAT HURAIAN 3
Seyogia, pembalakan yang dijalankan di kawasan berhampiran dengan sungai yang menjadi sumber bekalan air utama perlu dibanteras kerana impaknya boleh menyebabkan kuantiti air akan berkurangan.
AYAT HURAIAN 4
Tambahan pula dengan pertambahan penduduk yang semakin ketara dan mengikut  Bancian Penduduk pada tahun 2017 jumlah penduduk Malaysia seramai 32 juta memerlukan pihak kerajaan mencari sumber bekalan air baru untuk kegunaan generasi pada masa akan datang.
AYAT CONTOH
Sebagai contoh negara dikejutkan dengan aktiviti pembalakan haram dan pembalakan tidak terkawal seperti di Sungai Benus di Hutan Lipur Lentang, Pahang, Kampung Binjai Manis, Terengganu, dan juga Kawasan hutan di Kuala Krai, Kelantan.
UNSUR KBAT
Jika pembalakan tidak terkawal dan pembalakan haram terus-menerus menelanjangi muka bumi negara serta pertambahan penduduk semakin meningkat, sudah pasti kawasan tadahan hujan dan empangan air yang menampung bekalan air negara akan terancam.
FRASA MENARIK
Sudah pasti, peristiwa krisis air yang berlaku di Klang pada tahun 1998 dan di Durian Tunggal Melaka pada tahun 1991 menjadi pengajaran kerana apabila nasi sudah menjadi bubur sudah pasti tidak ada berguna lagi.
AYAT PENEGAS
Sudah terang lagi bersuluh, pembalakan secara tidak terkawal antara punca masalah penyaluran air kepada pengguna.


MODUL OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI  KEEMPAT:-

TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI
Tidak dapat disangkal, vandalisme yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab juga merupakan punca bekalan air terawat tidak dapat disalurkan kepada pihak pengguna.
AYAT HURAIAN 1
Sebagaimana kita sedia maklum, kawasan punca air bersih, dan kawasan empangan air merupakan kawasan larangan kerana kawasan berkenaan penyumbang utama air bersih untuk rawatan di loji pembersihan air sebelum disalurkan kepada pengguna.
AYAT HURAIAN 2
Pihak pengedalian pembersihan air terawat seperti  Syarikat Bekalan Air Selangor  Sdn. Bhd (Syabas ) menyatakan vandalisme antara punca bekalan air bersih terawat gagal disalurkan kepada orang ramai.
AYAT CONTOH
Sebagai contoh pada tahun 2013, loji rawatan air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 dan Fasa 2 dan LRA Rantau Panjang terpaksa ditutup kerana pencemaran akibat tumpahan minyak diesel.
AYAT HURAIAN 3
Selain itu, penutupan LRA juga berlaku akibat kecurian dan vandalisme injap pam rawatan air dan juga komponen peralatan penting loji rawatan air.
AYAT HURAIAN 2
Sebagai langkah berjaga-jaga pihak syarikat air berkenaan terpaksa memasang Sistem Pemantauan Air Mentah untuk mengelak pencemaran berulang pada masa akan datang.
UNSUR KBAT
Sekiranya, pihak pengendalian air terawat berkenaan tidak cakna dan gagal mengesan pencemaran dan perbuatan tidak bertanggungjawab mencemarkan loji rawatan sudah pasti bukan sahaja syarikat berkenaan mengalami kerugian besar malah masyarakat pengguna air juga akan menerima impaknya di samping kerugian kepada pengusaha industri yang bergantung harap kepada bekalan air terawat.
FRASA MENARIK
Oleh sebab itu, kerjasama yang erat bagai aur dengan tebing amat perlu dalam kalangan pekerja syarikat air berkenaan serta bantuan masyarakat setempat untuk mengatasi masalah vandalisme.
AYAT PENEGAS
Kesimpulannya, vandalisme yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab juga merupakan punca bekalan air terawat tidak dapat disalurkan kepada pihak pengguna.

MODUL OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI  KELIMA:-

TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI
Namun begitu, masalah bekalan air juga tertakluk kepada kejadian alam terutama faktor kemarau berpanjangan.
AYAT HURAIAN 1
Sebagaimana kita sedia maklum, keadaan cuaca negara akibat tempias musim panas berkait rapat pembawaan fenomena El Nino yang berlaku di beberapa negara Asia.
AYAT HURAIAN 2
Walaupun tempias fenomena El Nino tidak kritikal tetapi bahang kepanasan tetap dirasai akibat kehadiran monson barat daya yang membawa bahang kepanasan.
AYAT CONTOH
Paling terkesan dengan bahan kepanasan dan penggunaan air pada tahap puncak sudah pasti kawasan padat penduduk seperti di Lembah Klang.
AYAT HURAIAN 3
Selain menerima penggunaan air yang maksima dalam kalangan isi rumah, permintaan air yang tinggi dalam sektor industri pembuatan, dan pembangunan industri pembinaan telah meningkatkan kuantiti penggunaan air berganda setiap hari.
UNSUR KBAT
Sekiranya, pembekalan air tidak dilakukan secara sistematik, dan pihak pengguna air tidak cakna dengan sikap berjimat cermat menggunakan air semasa waktu puncak, sudah pasti krisis bekalan air berlaku seperti berlaku di Lembah Klang pada tahun 1998 sertakrisis air di Durian Tunggal Melaka pada tahun 1991.
FRASA MENARIK
Permasalahan air ini perlu diselesaikan secara kolaborasi pelbagai pihak sama ada pembekal air, pengguna air terdiri daripada isi rumah dan sektor perindustrian bagaikan menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berterabur.
AYAT PENEGAS
Tegasnya, masalah bekalan air juga tertakluk kepada kejadian alam terutama faktor kemarau berpanjangan.

JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENUTUP KARANGAN 

Ayat Penyimpul
Sebelum saya mengakhiri penulisan saya ini, saya ingin menegaskan aktiviti manusia merupakan penyumbang utama permasalahan pembekalan air kepada pengguna sehingga menimbulkan menimbulkan pelbagai masalah kepada pelbagai banyak pihak.
Ayat cadangan
Sebagaimana saya perkatakan di atas, tangan-tangan nakal masyarakat seperti pembuangan sampah sarap dalam kalangan penghuni di bandar-bandar besar, masalah sikap tidak  bertanggungjawab pengusaha perindustrian, sikap pembalakan secara tidak terkawal, masalah vandalisme yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab, dan tidak boleh disangkal faktor  cuaca iaitu kemarau berpanjangan juga antara faktor berlakunya masalah pembekalan air kepada kepada pengguna sehingga menimbulkan menimbulkan pelbagai masalah kepada pelbagai banyak pihak.
Ayat huraian cadangan
Berdasarkan faktor-faktor di atas, masalah pembekalan air akan berlaku secara berterusan selagi sikap tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat tidak diubah.
Ayat huraian mengapa
Cadangan diutarakan
Oleh sebab itu, usaha berterusan bermula daripada akar umbi iaitu institusi keluarga, diikuti kalangan masyarakat, badan-badan bukan kerajaan, serta pihak kerajaan untuk menyedarkan segelintir masyarakat yang lebih mengutamakan nilai indvidualistik sebagai keutamaan mereka.
Ayat cadangan tambahan jika ada.
Selain itu, saya juga ingin menyatakan punca masalah pembekalan air berlaku bukan sahaja  faktor di atas, malah juga masalah kecurian air oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab dan  masalah pertambahan penduduk juga merupakan antara penyebab masalah berkenaan berlaku.
Unsur KBAT
Jika masalah yang diperkatakan di atas tidak diambil peduli, sudah pasti masalah pembekalan air terawat kepada pengguna yang terdiri daripada isi rumah dan serta sektor industri tidak alan berlaku.
Frasa menarik
Kita harus sedar masalah pembekalan air terawat bukan menjadi isu setempat malah telah menjadi isu nasional dan perlu diambil tindakan serta keutamaan kerajaan untuk menyelesaikannya ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak bertarabur.
Ayat Harapan
Konklusinya, sebagai warganegara yang prihatin, kita perlu melakukan usaha berterusan untuk menangani masalah bekalan air terawat dengan berkolaborasi dengan pihak berkuasa agar masalah berkenaan tidak terus berleluasa.

ALHAMDULILLAH KARANGAN DI ATAS SUDAH SAYA LENGKAPKAN.
KESIMPULANNYA, UNTUK MENULIS KARANGAN DIMENSI NEGARA
MEMERLUKAN PELAJAR BANYAK MEMBACA DAN BIJAK MEMBINA AYAT YANG GRAMATIS. KEMUNGKINAN AYAT YANG SAYA BINA PANJANG TETAPI
PELAJAR TIDAK PERLU MENULIS AYAT SEPANJANG AYAT SAYA. CUMA, SAYA MENGHARAPKAN PELAJAR DAPAT MELIHAT BAGAIMANA CARA PENGOLAHAN DAN PENGEMBANGAN IDEA DAN HURAIAN SERTA KEMATANGAN SEMASA MENGARANG.  PELAJAR PERLU BINJAK MENGARANG MENGGUNAKAN KREATIVITI MASING-MASING.


 Tahun Melawat Malaysia (TMM) pertama kali dilancarkan pada tahun 1990 dengan tema "Mengagumkan Malaysia. Tahun Perayaan". Kempen ini merupakan satu kejayaan besar kepada negara apabila kerajaan Malaysia berjaya  menarik 7.4 juta  pelancong ke Malaysia berbanding 4.8 juta pada tahun 1989. Oleh sebab itu, Tahun Melawat Malaysia berjaya menggamit kedatangan ramai pelancong luar, kempen ini terus dijalankan pada tahun 1994, 2007, dan 2014 dengan tema “Meraikan 1Malaysia Truly Asia untuk mengambarkan kepelbagaian kaum dan perpaduan rakyat Malaysia. Paling menarik, berdasarkan laporan ekonomi negara 2010/2011, menunjukkan jumlah pendapatan negara melalui sektor pelancongan terus meningkat kepada RM59.2 bilion pada tahun 2010. Persoalannya, apakah kepentingan sektor pelancongan kepada rakyat dan negara?


Fokus pengenalan karangan biasa:-

Apabila kerajaan mula mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990, usaha ini menunjukkan bahawa kerajaan semakin memberikan perhatian yang serius kepada industri pelancongan kerana langkah ini berpotensi memajukan ekonomi negara. Setiap tahun bilangan pelancong yang datang ke Malaysia semakin meningkat. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Ramai pelancong, sama ada dari luar ataupun dalam negara memilih negara kita sebagai destinasi pelancongan mereka. Persoalannya, apakah kepentingan sektor pelancongan kepada rakyat dan negara kita?

Antara kepentingan sektor pelancongan ialah kita dapat mempromosikan tempat pelancongan yang menarik di Malaysia. Hal ini demikan kerana, Malaysia mempunyai banyak tempat bersejarah yang boleh dilawati seperti Bandar Bersejarah yang terletak di negeri Melaka.  Tempat – tempat bersejarah ini dapat mengembangkan ilmu pengetahuan seseorang. Sealain itu, pelancong juga boleh bermain sambil melawat tempat – tempat  bersejarah ini kerana kita mengetahui bahawa sekiranya cuma melihat barangan bersejarah amat membosan bagi sesetengah pelancong. Oleh sebab itu, untuk memanfaatkan pelbagai pihak, selain barangan bersejarah persembahan turut diadakan, seperti di Kota A – Famosa. Bahkan juga, di Kota A – Famosa pelancong bukan sahaja dapat menambahkan ilmu sejarah tetapi juga beriadah pada masa yang sama kerana tempat beriadah seperti Bandar Cowboy, Dunia Binatang Safari dan Dunia Air turut disediakan. Tempat – tempat ini sesuai untuk semua golongan masyarakat sama ada kanak – kanak ataupun dewasa. Jelasnya, sektor pelancongan dapat mempromosikan tempat pelancongan yang menarik di negara kita.

            Selain itu, sektor pelancongan dapat mempromosikan makanan setempat di negara kita. Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai beraneka jenis makanan yang digemari oleh pelancong. Oleh sebab , negara kita unik dengan kepelbagaian kaum, sudah pasti masyarakatnya mempunyai varieti  masakan yang berbeza seperti masakan Melayu, masakan Cina dan masakan India. Negara – negara Barat seperti England cuma mempunyai satu jenis kaedah masakan seperti kentang goreng, stik dan salad. Negara Itali pula mempunyai masakan seperti spageti, pizza dan telur dadar. Negara kita tidak seperti negara lain yang cuma mempunyai satu kaedah masakan. Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mengetahui pelbagai jenis makanan dari serata dunia seperti yu sang, bau dan char kuey teow daripada kaum Cina, rendang, ketupat dan nasi lemak daripada kaum Melayu, capati, tosai dan idli daripada kaum India serta tidak kurangnya masakan barat dan masakan enak daripada kaum yang berlainan. Masakan yang tidak pernah dirasai oleh pelancong ini memberikan mereka rasa baharu maka menarik minat mereka untuk mengunjungi Malaysia. Tegasnya, makanan setempat dapat dipromosikan melalui sektor pelancongan.

            Di samping itu, sektor pelancongan dapat memperkenal dan mengembangkan industri kraf tangan di Malaysia. Barangan kraf tangan buatan rakyat tempatan bukan sahaja bermutu bahkan harga yang ditawarkan amat berpatutan. Barangan kraf tangan buatan rakyat Malaysia yang diperbuat daripada kain batik, seramik, kayu, perak, kaca dan kulit amat cantik dari segi reka bentuk dan sesuai dijadikan cenderahati kepada pelancong. Pelancong pasti membeli – belah barangan kraf tangan buatan Malaysia seperti batik, kain songket, wau dan lain – lain sebagai buah tangan atau ole-ole buat keluarga atau rakan mereka. Kedatangan pelancong asing ke Malaysia bukan sahaja memajukan industri kraf tangan ke luar negara kita bahkan menjadi periuk nasi kepada pengusaha kraf tangan tempatan. Sekiranya, sektor industri kraf tangan berkenaan tidak dipromosikan, sudah pasti indutri ini ibarat hidup segan mati tak mahu. Jelasnya, industri kraf tangan dapat dimajukan melalui sektor pelancongan.

            Akhir sekali, sektor pelancongan dapat memperkenalkan budaya Malaysia yang unik lagi istimewa kepada dunia luar. Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban dan lain-lain. Kaum-kaum di negara kita yang mempunyai adat, budaya dan cara pemakanan yang berbeza dan istimewa mampu menarik minat pelancong asing. Sektor pelancongan dapat mempromosikan warisan budaya yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas ke serata dunia. Pelancong yang datang ke suatu destinasi pelancongan boleh dihidangkan dengan persembahan kesenian tradisional misalnya wayang kulit, makyung, dikir barat, ronggeng dan kuda kepang. Mereka juga diberi peluang untuk mencuba permainan tradisional seperti sepak raga, galah panjang, congkak, batu seremban dan lain-lain. Pakaian tradisional seperti baju kurung yang diperbuat daripada kain batik dan sari yang diperbuat daripada kain sutera boleh cuba dipakai oleh pelancong asing. Keseronokan pengalaman yang dibawa pulang ke negara asal pelancong akan menjadi memori indah yang akan menggamit mereka untuk datang semula ke negara kita. Tegasnya, keunikan budaya masyarakat Malaysia yang berjaya dipromosi melalui sektor pelancongan sebenarnya memberi imej yang sangat baik kepada negara Malaysia.

            Kesimpulannya, sektor pelancongan merupakan salah satu sumber ekonomi yang amat penting dalam negara kita. Oleh itu, kita harus menggunakan kelebihan yang ada pada negara kita dengan sepenuhnya supaya negara kita dapat menjadi pusat pelancongan yang terkenal di dunia dan seterusnya membangunkan ekonomi negara kita. Walaupun masyararakat kita terdiri daripada berbilang kaum, kita harus bersatu padu demi menjaga kepentingan tanah air tecinta kita. Tegasnya, kita perlulah bersatu padu bak kata pepatah, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.


Jenis-jenis pengenalan.
  1.   Pengenalan jenis umum.
  2.   Pengenalan jenis pendapat dan kata-kata pemimpin
  3.   Pengenalan jenis definisi.
  4.     Pengenalan jenis sejarah.
  5.     Pengenalan jenis lagu.
  6.     Pengenalan jenis puisi.
  7.     Pengenalan jenis iklan.
  8.     Pengenalan jenis cerita.
  9.     Pengenalan jenis fakta.
  10.     Pengenalan jenis cerita
  11.   Pengenalan jenis persoalan.


    1.   

          Penulisan pengenalan jenis umum memerlukan pelajar menulis lima jenis ayat iaitu        
          a) Ayat tema               b)   ayat rangsangan      c) frasa menarik    
          d) Unsur KBAT           e)   ayat arahan.

             Ayat tema : Merujuk kepada soalan karangan.

          Ayat rangsangan  ialah ayat yang berfungsi untuk merangsang pembaca untuk membaca karangan tersebut seterusnya dan meninggalkan kesan yang bermakna kepada pembaca atau pemeriksa. Justeru, dalam penulisan perenggan pengenalan jenis umum ini pelajar perlu mampu menulis ayat-ayat yang menarik, merujuk kepada tema berdasarkan soalan karangan dan isu yang dikaitkan seelok-eloknya berkaitan isu semasa yang hendak dikaitkan secara umum. Sebaliknya, jika ayat yang dibina tidak merangsang minat pembaca, situasi ini akan menyebabkan pengenalan anda biasa sahaja dan tidak ada ciri keistimewaan untuk memikat pembaca atau pemeriksa untuk menentukan slot markah sama ada markah cemerlang, kepujian, baik, memuaskan, kurang memuaskan dan pencapaian minimum.

           Frasa menarik : merujuk kepada peribahasa/ hadis/ maksud ayat Al Quran/
    puisi/ kata-kata pemimpin/ stastitik dan sebagainya.

          Unsur KBAT:  Kesan dan akibat.

         Ayat arahan pula bermaksud ayat yang menjawab kata kunci soalan karangan yang ditugaskan. Melalui ayat arahan ini pembaca atau pemeriksa sudah tahu isi yang ingin anda tulis atau garap dalam penulisan seterusnya. Kebiasaannya ayat arahan ditulis pada bahagian akhir perenggan pengenalan.
    ** Perenggan pengenalan cemerlang dan sesuai dengan tahap pelajar SPM, bilangan ayat dalam perenggan pengenalan mesti mengandungi enam atau tujuh ayat.

    Contoh soalan:
    Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang berakar umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud. Pada pendapat anda, mengapakah masalah rasuah perlu dibendung?
    Contoh
    Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras kerana melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam. (AR1) Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api di dalam sekam. (AR2) Fenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti, dan boleh merosakkan masyarakat dan ekonomi negara.(AR3) Bahkan juga, isu rasuah boleh menyebabakan sesebuah kerajaan yang kukuh menjadi lemah, dan tidak dipercayai oleh msyarakat. [ AR4 ] Sejarah telah menunjukkan isu rasuah meruntuhkan sesebuah kerajaan seperti yang berlaku di  negara Jepun,  dan Thailand. [ AR 4 ] [ Oleh sebab itu, semua pihak samada ada kerajaan mahupun masyarakat sesebuah Negara harus berusaha untuk membanteras gejala rasuah kerana rasuah mendatangkan pelbagai masalah kepada masyarakat, ekonomi, dan maruah negara. ( AA)

    Contoh soalan 2.
    Di negara kita, kes kemalangan jalan raya berlaku hampir setiap hari. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi kes kemalangan jalan raya.

    Hampir setiap hari media masa sama ada media elektronik mahupun media cetak menyiarkan berita tentang kemalangan jalan raya. ( AR1) Pada musim-musim perayaan terutamanya, banyak pengguna jalan raya kehilangan nyawa atau mengalami kecacatan anggota akibat terlibat dalam kemalangan. (AR2)  Dari segi stastik pula, kadar kemalangan jalan raya di negara kita kadar kemalangan yang tertinggi di dunia. (AR3) Menurut stastitik bagi tempoh perayaan Hari Raya Aidilfitri 2015, sebanyak 20,458 kemalangan yang melibatkan 330 kematian telah direkodkan oleh Polis Di Raja Malaysia (Stastitik)Justeru, stastitik berkenaan merupakan kejutan yang menakutkan kita sebagai masyarakat Malaysia. ( AR4) Oleh itu, pihak berkuasa seperti Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan perlu mengambil langkah drastik dan berkesan untuk mengatasi masalah ini. (AA)
    Dalam jawapan contoh pengenalan di atas ( AR1 ) ialah ayat rangsangan 1, (AR2) ayat rangsangan 2, (AR3) ayat rangsangan 3,  (Ayat Contoh Statistik ) dan (AA) ayat arahan.

    2. Pengenalan jenis definisi.
    Isu penderaan kanak-kanak masih lagi berlaku walaupun negara kita sudah mencapai kemajuan yang pesat. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan kes ini sentiasa berlaku dan berulang.

    “Dera” bermaksud pukulan dengan rotan, tali pinggang, atau alat-alat lain sebagai hukuman. “Mendera” bermaksud memukul dengan menggunakan alat-alat yang dinyatakan tadi. “Penderaan” pula bermaksud melakukan perbuatan mendera. Sebenarnya penderaan terbahagi kepada dua jenis iaitu penderaan berbentuk fizikal dan penderaan berbentuk mental. Bedasarkan keratin akhbar Utusan Malaysia bertarikh 15 April 2016, 
    Sebanyak 1,531 kes penderaan kanak-kanak telah dilaporkan di seluruh negara dengan 46 daripadanya melibatkan kematian sejak 2011 sehingga Mac 2016.
    Berdasarkan kajian, banyak faktor penyebab berlakunya gejalaini berlaku terutamanya kepada kanak-kanak.

    3. Pengenalan jenis pendapat pemimpin.
        Kepentingan bahasa Inggeris kepada rakyat dan negara. Bincangkan.

    Tun Dr. Mahathir pernah menyatakan bahawa kita tidak akan mencapai kemajuan yang cepat jika kita tidak menumpukan perhatian dalam penguasaan bahasa Inggeris. Beliau mengatakan bahawa kebanyakan ilmu yang terdapat dalam dunia ini terungkap dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, kita mestilah memberikan penekanan terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan kita. Menurut beliau bahasa Inggeris banyak kepentingan atau kebaikannya, sama ada kepada rakyat mahupun negara.


      4. Pengenalan jenis suasana atau situasi.
    Jiran anda telah ditimpa kemalangan ngeri kerana rumah tertimbus oleh runtuhan batu. Gambarkan keadaan dan suasana pada masa itu.
    Apabila saya sampai di tempat kejadian itu, saya terdengar jeritan manusia dari celah-celah rekahan batu. Selain itu, tangisan bayi dan kanak-kanak jelas kedengaran dari sebuah bilik yang berdekatan dengan runtuhan batu tersebut. Pada ketika itu, pasukan penyelamat masih belum tiba lagi. Saya menjadi gelabah kerana buntu untuk melakukan sesuatu tindakan. Tambahan pula. tiada alat yang boleh saya gunakan untuk membantu saya menyelamatkan mangsa. Namun begitu saya menggagahkan semangat dan mencuba untuk melakukan sesuatu supaya mangsa yang berada di bawah runtuhan batu itu dapat diselamatkan.


      5. Pengenalan jenis persoalan.
    Akhir-akhir ini, kejadian kemalangan di jalan raya berlaku hampir setiap hari. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan ini berlaku?

    Tahukah anda bahawa hampir setiap hari ada sahaja kemalangan di jalan raya yang dilaporkan di media massa? Siapakah yang patut disalahkan, penggunaan jalan raya atau pihak kerajaan? Persoalannya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan ini berlaku?

      6. Pengenalan jenis sejarah.
    Bincangkan punca-punca yang menyebabkan mutu sukan bola sepak di negara kita merosot.

    Pada tahun 1972, pasukan bola sepak negara kita telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan bola sepak Sukan Olimpik di Munich, Jerman. Kejayaan ini diulang pada tahun 1980 apabila pasukan kita layak menyertai Sukan Olimpik di Moscow, Rusia. Pada akhir tahun 1970-an dan awal tahun 1980-an pula, keupayaan pasukan bola sepak negara kira setanding dengan keupayaan pasukan bola sepak Korea Selatan. Namun demikian, apakah punca-punca yang menyebabkan mutu sukan bola sepak negara kita sekarang ini begitu jauh merosot atau ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain?
     7.  Pengenalan jenis berita .
    Sistem pengangkutan di negara ini telah mengalami perubahan yang amat ketara. Berbanding dengan dua puluh tahun yang lalu, kini pelbagai jenis sistem pengangkutan moden telah disediakan bagi kemudahan para pengguna.
    Berikan pendapat anda tentang sistem pengangkutan moden di negara ini.

    ‘Kerajaan galak mohon permit teksi eksekutif’. Demikian tajuk berita yang terpapar di muka 11 akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 17 Jun 2007 yang lalu. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi selepas beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Berjasa Negeri Sembilan Berhad kali ke-9 di Seremban. Teksi eksekutif merupakan sistem pengangkutan awam yang menggunakan teksi yang lebih besar dan selesa, tetapi tambangnya lebih tinggi berbanding dengan teksi bajet. Penggunaan teksi eksekutif dicadangkan apabila usia kenderaan sedia ada mencapai tempoh tujuh tahun. Selain teksi eksekutif, terdapat beberapa jenis sistem pengangkutan moden di negara ini, termasuklah monorel, keretapi LRT dan lain-lain lagi.

     8.  Pengenalan jenis peribahasa.
    Peribahasa ”jiran sepakat membawa berkat” sangat tepat digunakan sebelum ini oleh masyarakat di kawasan luar bandar dalam tradisi bermasyarakat. Bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar pula, budaya ini semakin pupus sekiranya tiada usaha untuk terus memupuknya.
    Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

    ‘Jiran sepakat membawa berkat’. Ungkapan indah ini mengandungi maksud yang amat mendalam. Hidup bermasyarakat pada era globalisasi ini sering meletakkan konsep kejiranan bukan di sisi paling utama. Senario ini menyebabkan kedapatan jiran yang tidak mengetahui bahawa tetangga mereka sedang mengalami masalah, malah musibah sekalipun. Ada antara mereka yang kehairanan serta terkejut apabila dimaklumkan bahawa jiran sebelah rumah sudah berulat setelah menjadi mangsa pembunuhan oleh penjenayah. Seandainya hidup sesama jiran mengamalkan konsep pemuafakatan, sudah barang pasti pelbagai faedah diperoleh masyarakat. Justeru, kejadian yang menyedihkan seperti peristiwa di atas tidak akan berlaku dalam kalangan masyarakat.  Hal ini tentu menggenapi maksud peribahasa yang terungkap di awal perenggan
     ini.

    9.   Pengenalan jenis dialog.     
          Ceritakan sebuah karangan yang berkait dengan peribahasa air yang dicincang tidak  akan putus.

    “Kataku pergi! Pergi!!” pekik Kassim.
    “Pergi kataku!” kataku lagi.
    “Mengapa mesti aku pergi?” balas Aminah, isteri Kassim sambil menangis teresak-esak menahan kesakitan.
    “Bukankah ini rumahku juga?” tambahnya lagi. Mata kirinya yang lebam kerana dipukul sebelum ini sudah tidak boleh dibuka lagi. Namun, Aminah sedar, sekeras-keras batu akan lembut juga apabila terkena titisan air. Aminah sedar akan sifat Pak Karim suaminya yang kerap membuat keputusan terburu-buru tanpa usul periksa . Aminah juga sedar, sikap pemarah Pak Karim pada hari itu sungguh berbeza. Kemungkinan juga,suaminya mempunyai masalah pada waktu tersebut. Aminah tetap sabar dan terus mendiamkan diri selepas itu.
           Hatinya berkata-kata, “ Sabar separuh daripada iman, jika aku terus melawan tindakaku  ibarat api dengan minyak akan terus menyala.”


     10.  Pengenalan jenis puisi.
    Anda telah dipilih mewakili kelas dalam pertandingan menulis esei sempena
    Minggu Keusahawanan yang dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi sekolah anda. Tajuk esei yang ditetapkan ialah “Faedah Berjimat Cermat”.
    Tulis esei anda itu selengkapnya.

    Tikar pucuk tikar mengkuang,
    Alas nikah raja Melayu;
    Ikan busuk jangan dibuang,
    Buat perencah si daun kayu. 
    Pantun warisan di atas mengingatkan kita supaya tidak membuang ikan yang sudah busuk. Sebaliknya, suri rumah yang kreatif seharusnya memanfaatkan ikan busuk itu untuk dijadikan hidangan yang istimewa. Dengan sentuhan yang bijak, ditambah pula dengan pelbagai ramuan termasuk ulam-ulaman, ikan busuk itu akan menjadi makanan yang enak untuk dinikmati. Demikian, maksud secara literal pantun empat kerat di atas. Secara tersiratnya, pantun tersebut mengingatkan kita agar sentiasa berjimat-cermat dalam kehidupan amnya, dan perbelanjaan seharian khususnya. Tambahan pula, agama Islam sendiri melarang umatnya bersikap boros lantaran pemboros ialah sahabat syaitan.


    11.  Pengenalan jenis lagu.
    Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk memajukan sektor pertanian di samping meningkatkan taraf hidup golongan petani.
    Tulis sebuah rencana tentang sumbangan sektor pertanian terhadap ekonomi negara untuk dimuatkan dalam akhbar tempatan.

    Burung yang berkicau
    Air mengalir tenang
    Sejuk mata memandang
    Damai mempesonakan
    Padi melambai-lambai
    Gadis di tepi bendang
    Walau panas membahang
    Tetap manis tersenyum riang 
    Lagu ’Desa Tercinta’ dendangan Nora yang dikategorikan dalam genre muzik irama Malaysia ini sangat popular sekitar tahun 2000 yang lalu. Ilustrasi di dalam lagu tersebut menunjukkan betapa harmoni hubungan antara alam dengan insan. Lebih jauh lagi, lagu itu berusaha memberikan gambaran tentang keindahan sebuah kampung tradisional di negara kita. Kampung tersebut masih mengekalkan sektor pertanian, khususnya penanaman padi sebagai sumber utama pendapatan penduduknya. Walau bagaimanapun, gambaran seumpama itu hanya indah dan terdapat di beberapa perkampungan di negara kita, sedangkan desa yang lainnya sudah dicalar oleh projek pembangunan yang menggila. Di sisi yang lain, sektor pertanian sesungguhnya masih amat diperlukan untuk terus membangunkan negara. Lantaran itu, apakah langkah-langkah proaktif yang wajar dilaksanakan bagi memajukan sektor pertanian di negara ini?



    12.  Pengenalan Jenis petikan Hadis dan Al Quran.
    Tangungjawab pelajar menumpukan pelajaran amat penting kerana hanya pendidikan mampu mengubah kehidupan keluarga dan diri mereka kelak. Bincangkan.
    Allah berfirman dalam Surah Al-“Asr, “ Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” Pengertian Surah Asr ini amat bermakna kepada seorang pelajar, serta tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar dan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak kepada kedua-dua ibu bapa mereka. Pelajar perlu belajar bersungguh dan berjaya dalam pelajaran untuk memastikan mereka mampu mengubah kehidupan keluarga dan untuk kebahagian kehidupan mereka pada masa mendatang. Justeru, sebagai seorang pelajar, mereka perlu tidak mengabaikan tanggung jawab mereka sebagai seorang pelajar.

               Apabila kita merujuk, dan meneliti setiap pengenalan di atas, pengenalan- pengenalan berkenaan mempunyai kekuatan dan  impaknya tersendiri kepada pembaca atau kepada pemeriksa. Namun,keberkesanan pengenalan bergantung kepada kebijaksanaan pelajar semasa memilih dan menentukan pengenalan paling efektif dan sesuai berdasarkan tema atau soalan yang dikemukan semasa peperiksaan.


    Insya Allah, pengenalan di atas akan dikemaskini dari semasa ke semasa tetapi

    pelajar perlu mengaitkan pengenalan dengan Kaedah Pengembangan Idea Perenggan Pengenalan yang saya gunakan kerana setiap alemen ayat yang diketengahkan perlu ada untuk memastikan pengenalan yang dihasilkan mantap. Namun, pelajar perlu faham setiap guru mempunyai kaedah menghasikan perenggan isi, pilihlah pengenalan yang dianggap mudah dan sesuai.



    CONTOH KEPENTINGAN RIADAH ATAU BERSUKAN
              BAHAGIAN A    
                                  ( 30 MARKAH)                         
     (Masa dicadangkan : 45 minit)

    Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah bersukan kepada masyarakat. Panjang huraian  hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.


    BERFAEDAH KEPADA KESIHATAN

    MENGISI MASA LAPANG

    SEBAGAI KERJAYA

    MEGERATKAN HUBUNGAN


    Sukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi masa lapang atau sebagai riadah kecil kerana semasa bersukan proses merembes keluar bahan bahan kumuh yang tidak diperlukan tubuh badan berlaku melalui perpeluhan . Mutakhir ini, pemodenan sukan bergerak seiring dengan kemajuan dunia dan membawa falsafah yang lebih berat. Pertumbuhan pelbagai bidang sukan yang rancak ini digerakkan dengan lebih dinamik dan professional melalui pertubuhan bukan kerajaan dan juga Kementerian Belia dan Sukan. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga telah banyak membawa manfaat diri, keluarga, masyarakat dan negara. Ironinya, penglibatan masyarakat dalam bidang sukan dapat menunaikan pelbagai hasrat bukan sekadar pertarungan di gelanggang sahaja tetapi juga boleh menambah dan menyumbang sumber pendapatan individu dan keluarga. Sekiranya aktiviti sukan menjadi budaya dalam kehidupan masyarakat bukan sahaja mereka dapat mengakrabkan hubungan sesama masyarakat, malah kesihatan badan mereka juga sentiasa sihat serta kepada mereka yang mempunyai kemahiran dalam bidang sukan mampu pula menjana ekonomi untuk membantu mengurangkan kos sara hidup keluarga. Persoalannya, apakah faedah-faedah bersukan kepada maasyarakat?

                Salah satu daripada faedah bersukan ialah kegiatan sukan dapat membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Kehidupan zaman moden ini lebih banyak menggunakan tenaga dalaman dan pemikiran. Golongan profesional dan separa profesional pada alaf baru sering berlumba-lumba untuk meningkatkan sumber ekonomi diri dan keluarga sehingga mengabaikan kegiatan fizikal akibat kekurangan waktu untuk tujuan tersebut. Kesibukan semua lapisan masyarakat ini membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan mental. Penglibatan golongan kanak-kanak , remaja dan orang dewasa dalam pelbagai kegiatan sukan dapat menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan. Kegiatan sukan merupakan  langkah awal bak kata peribahasa Melayu“sediakan payung sebelum hujan” dalam mengawal obesiti, penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetis dan penyakit jantung. Kegiatan sukan juga dapat membantu mereka yang  menghidap penyakit untuk kembali pulih. Bahkan juga penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga mampu menangani ketegangan fikiran dan meringankan bebanan mental terutama kalangan pelajar yang . Sesungguhnya kegiatan sukan dapat melancarkan perjalanan darah, mengurangkan lemak yang berlebihan dalam salur darah dan jantung ,membantu perkumuhan dan membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh badan. Sekiranya, aktiviti bersukan menjadi amalan masyarakat, sudah pasti bilangan pesakit kronik negara dapat dikurangkan kerana tubuh badan yang cergas, melahirkan otak yang cerdasSeyogia, mencegah lebih baik daripada mengubati Tegasnya, penglibatan masyarakat dalam bidang sukan merupakan usaha efektif dalam melahirkan masyarakat yang sihat.

                Selain itu, bersukan juga dapat mengisi masa senggang individu. Masa lapang sebenarnya amat berharga bagi  setiap individu atau masyarakat. Seseorang yang melibatkan diri dalam bidang sukan dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah kerana masa itu emas , walaupun hanya ada beberapa minit, masa itu sangat berharga . Masa lapang ini sangat bermanfaat jika digunakan untuk bersukan bagi mengembalikan tenaga dan melegakan ketegangan atau stres. Bagi golongan remaja pula, penglibatan dalam bidang sukan dapat menghindarkan diri mereka daripada melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral , gejala vandalism serta hedonisme  dan membuang masa sia-sia seperti melepak , merokok dan terlibat dalam pengambilan dadah. Malah aktiviti riadah ini dapat menarik masyarakat ke arah memanfaatkan masa lapang dengan cara yang lebih baik. Kesannya amat jelas kerana dengan bersukan sukan ahli sukan mampu meningkatkan swadaya masyarakat dan melangkah gagah  dengan yakin sehingga ke peringkat antarabangsa  walaupun terpaksa melalui ranjau pidana  dunia persaingan hari ini. Jikalau aktiviti senggang ini digunakan untuk beriadah sudah pasti negara akan dapat melahirkan atlet negara bertaraf dunia yang mampu mengharumkan nama negara tercinta. Sesungguhnya sukan dapat mendisiplinkan masyarakat memanfaatkan masa dengan lebih bermakna.

                Di samping itu, bersukan merupakan  salah satu instrumen penting untuk mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi masyarakat negara yang berbilang kaum. Hal ini demikian kerana, kegiatan sukan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan untuk meraih kemenangan.  Sifat bersatu padu juga dapat dipupuk melalui penglibatan dalam kegiatan sukan kerana bulat air kerana pembentung, bulat  manusia kerana muafakat. Lantaran itu, hubungan yang erat dapat melahirkan sebuah pasukan yang kuat. Para penyokong juga dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di samping berkongsi minat dalam sukan yang sama. Dengan ini, nilai-nilai perpaduan seperti bekerjasama, bertoleransi dan meletakkan kepentingan negara dan pasukan melebihi kepentingan diri dapat dilahirkan melalui penglibatan diri dalam bidang sukan. Sekiranya, amalan bersukan menjadi budaya masyarakat sudah pasti keakraban dan kesepaduan masyarakat akan terjalin dan masalah perkauman akan dapat dielak. Justeru , kegiatan sukan dapat mendidik masyarakat bekerjasama dan bersatu padu serta mengeratkan hubungan antara mereka.

                Akhir sekali, sukan juga mampu memberi ruang untuk menambahkan pendapatan secara individu dan kumpulan. Atlet yang mencapai tahap kemahiran profesional boleh menjadikan sukan sebagai kerjaya dan boleh meningkatkan ekonomi mereka. Penganjuran dan pengusaha peralatan dan prasarana sukan juga mampu menjana pendapatan yang besar. Serentak dengan kegiatan sukan secara serius di peringkat  glokal dan global mampu menjana keuntungan melalui kadar tukaran wang asing kepada negara. Seiring dengan itu, industri hiliran muncul bersama perkembangan sukan yang diceburi. Kemajuan sukan menampakkan hala tuju  anak muda yang berkebolehan mengembangkan bakat dan potensi menjadikan sukan sebagai  kerjaya masa depan mereka. Pemain bola sepak secara professional, pemain badminton  seperti Datuk Lee Chong Wei  dan Shalin Zulkifli masing-masing menjadikan badminton dan  bowling sebagai kerjaya. Apabila budaya bersukan menjadi budaya masyarakat  bukan sahaja tubuh badan mereka sihat, malah mereka dapat  meningkat sara hidup yang kini kian meningkat serta memperkenalkan negara di mata masyarakat dunia. Jelaslah sukan juga dapat menjadi kerjaya yang baru kepada masyarakat dalam menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

    Kesimpulannya, penglibatan dalam bidang sukan akan membawa pelbagai faedah kepada masyarakat. Oleh itu , semua lapisan masyarakat amat digalakkan menyertai semua jenis aktiviti sukan kerana bersukan dapat melahirkan masyarakat yang sihat, bersatu padu, berdaya maju dan berdaya saing. Sukan juga mampu mengangkat martabat rakyat dan negara di persada antarabangsa agar mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain.  Sesungguhnya , sukan berfaedah kepada individu, masyarakat dan negara. Tegasnya,  kegiatan sukan wajar digalakkan kepada semua lapisan masyarakat.


    Bahagian A
    [30 markah]
    (Masa dicadangkan : 45 minit)

    Gambar di bawah menunjukkan suasana di sebuah pusat sumber sekolah. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha meningkatkan penggunaan kemudahan Pusat Sumber Sekolah. Panjangya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan
           
    PUSAT SUMBER SEKOLAH


       LOKASI PUSAT SUMBER PERLULAH STRATEGIK

    MENGHEBAHKAN      KEMUDAHAN PUSAT SUMBER KEPADA PELAJAR

    MENGADAKAN PROGRAM MEMBACA

    GALAKAN TEMPAT PENGAJARAN DAN PEMBELAJAR

    Pusat sumber bertindak sebagai bank atau gedung ilmu pengetahuan kepada pelajar. Banyak bahan bacaan dikumpulkan dan disimpan di sana. Antaranya termasuklah bahan rujukan, buku cerita, majalah, surat khabar dan sebagainya daripada pelbagai negara. Kesemua bahan ini adalah untuk bacaan dan rujukan murid dan warga sekolah. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di pusat sumber, contohnya kemudahan ASTRO kampus, ICT, makmal bahasa, bilik audio visual, dan sebagainya. Pelajar yang bijak dan tahu erti kepentingan ilmu akan memperoleh  pelbagai manfaat  jika memaksimum penggunaan  kemudahan pusat sumber sekolah. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan penggunaan  kemudahan Pusat Sumber Sekolah?

    Antara usaha untuk meningkatkan penggunaan kemudahan Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah dengan  memastikan lokasi pusat sumber sekolah perlulah strategik agar mudah dikunjungi oleh pelajar kerana prasarana berkenaan merupakan gedung ilmu. Misalnya, lokasi pusat sumber perlu terletak di bahagian bawah atau paras paling rendah sesebuah bangunan agar memudahkan pengunjung. Lokasi PSS juga perlu jauh daripada suasana kebisingan untuk membolehkan pengunjung memberi tumpuan terhadap bahan yang dibaca. PSS juga perlu terletak di tempat yang menjadi tumpuan semua orang.  Bangunan tersebut perlulah dicat dan dihias dengan mural yang sesuai dan menarik supaya menjadi tarikan murid untuk  mengunjungi dan meneroka kemudahan yang terdapat di pusat sumber itu, bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Selain itu,  suasana di dalam pusat sumber perlulah kondusif seperti terdapat penyaman udara, dan ruang membaca dan membuat rujukan yang selesa. Suasana di pusat sumber juga perlu ceria, bersih dan senyap agar pengunjung dapat memperoleh ketenangan dan memberi tumpuan terhadap bahan yang dibaca. Buku-buku yang terdapat dalam PSS perlulah ditambah bilangannya dan yang terkini. Waktu PSS juga perlu ditambah untuk membolehkan murid-murid meminjam buku dan membaca atau membuat ulang kaji. Sekiranya PPS kondusif serta mesra pelajar sudah pasti pelajar di sekolah berkenaan akan membudayakan membaca sebagai amalan mereka, malah bilangan pelajar cemerlang dalam ujian malah peperiksaan akan meningkat. Tegasnya, lokasi pusat sumber sekolah perlulah strategik dan kondusif untuk kemudahan dan keselesaan pelajar.

    Usaha seterusnya ialah guru Pusat Sumber Sekolah  perlu menghebahkan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaharu yang disediakan di pusat sumber. Hebahan tersebut boleh dilakukan semasa perhimpunan mingguan atau melalui iklan di kawasan tumpuan pelajar seperti di laluan utama, di papan kenyataan dan juga melalui guru mata pelajar. Melalui saluran ini, murid-murid dapat mengetahui maklumat terkini tentang kemudahan terbaharu yang terdapat di pusat sumber seperti e-pusat sumber iaitu kemudahan pusat sumber yang menggunakan rangkaian internet dan komputer dan sistem automasi. Di samping itu, bahan rujukan dan koleksi buku cerita pelbagai bahasa juga dihebahkan untuk menarik minat pelajar mengunjungi pusat sumber. Maklumat-maklumat tentang buku dan bahan rujukan terkini perlu ditampalkan di papan kenyataan pusat sumber dan kelas-kelas untuk rujukan murid. Jikalau, uasaha ini dijalankan berterusan sudah pasti bilangan pelajar mengunjungi pusat sumber sekolah akan meningkat, minat membaca dalam kalangan pelajar akan disemai dan kadar buta huru dapat disifarkan. Jelasnya, melalui hebahan tersebut, murid-murid dapat maklumat tentang penggunaan perkhidmatan pusat sumber dan berminat untuk mengunjungi Pusat Sumber Sekolah.

    Selain itu, untuk menggalakkan murid-murid mengunjungi PSS, pihak PSS perlu  mengadakan Program Membaca. Program banyak membaca atau program NILAM harus digiatkan lagi agar murid  akan sentiasa mengunjungi pusat sumber untuk meminjam dan membuat bacaan di pusat sumber.  Program NILAM merupakan satu pendekatan untuk penyuburan tabiat membaca dalam kalangan murid. Hal ini menggalakkan usaha berkekalan murid untuk menanamkan sifat membaca. Di bawah program NILAM, setiap murid perlu merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca Nilam. Guru pula akan mengesahkan rekod bacaan murid. Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca. Di samping itu, PSS perlu menambahkan bilangan bahan bacaan yang dibaca agar murid juga dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman melalui bahan yang dibaca bak kata pepatah ’jauh berjalan luas pandangan, banyak membaca, menambah pengetahuan’. Tempat yang penuh dengan bahan bacaan tidak lain dan tidak bukan tentulah di pusat sumber sekolah. Hal ini secara tidak langsung meningkatkan penggunaan kemudahan pusat sumber sekolah dalam kalangan pelajar serta akan dapat meningkatkan bilangan pelajar yang mendapat penghargaan pogram NILAM di peringkat sekolah, daerah, negeri dalam program NILAM akan meningkat. Jika usaha murni ini berkekalan bilangan pelajar cemerlang turut meingkat. Tegasnya, menggalakkan murid-murid mengunjungi PSS amat penting agar fungsi PPS menyerlah di peringkat sekolah sterusnya melahirkan pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang.

    Bahkan juga, galakan kepada guru menggunakan PSS sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran sebagai alternatif penggunaan bilik darjah amat bijak. Pengurusan PSS Sekolah dan pentadbir sekolah perlu menjadikan PPS sebagai tempat guru untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kerana PPS kondusif untuk tujuan berkenaan. Sebagai sebuah gedung ilmu serta kemudahan untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran lebih kondusif sudah pasti penyebaran dan pengaliran ilmu daripada guru kepada pelajar akan lebih mudah. Hal ini kerana proses pengajaran guru akan lebih mudah dengan peralatan yang disediakan di PPS seperti peralatan paparan hablur cecair (LCD), persekitaran bilik seperti bilik multimedia yang kondusif  kepada pelajar, serta bahan rujukan seperti kamus rujukan serta buku melibatkan pelbagai mata pelajaran, serta adanya pendingin hawa, kemudahan ’wireless fidelity’ ( wifi) memudahkan guru melaksanakan Pengajaran Abad Ke-21 yang menyeronokkan pelajar kerana usaha tangga kejayaanSekiranya, proses pengajaran dan pembelajaran cemerlang, pelajar mudah menerima ilmu yang ingin disampaikan oleh guru dan melahirkan pengajaran dan pembelajaran berkesan. Sudah terang lagi bersuluh, galakan kepada guru menggunakan PSS sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran sebagai alternatif penggunaan bilik darjah amat bijak untuk melahirkan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan.

    Kesimpulannya, pusat sumber sekolah perlu menyediakan kemudahan yang terkini dan mengikut peredaran zaman agar pelajar tertarik dengan fungsi PPS sebagai penyebar ilmu. Kemudahan yang disediakan perlu memenuhi keperluan pelajar  dan menarik mereka untuk menggunakan kemudahan yang disediakan. Pusat sumber harus menjadi nadi utama murid dalam proses pembelajaran mereka di sekolah. Sebenarnya, ilmu yang kita miliki hanyalah setitik air jika dibandingkan dengan lautan yang luas. Oleh itu, banyak manfaatkan masa dengan membaca kerana hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih tambahan pula masa itu emas.

    Bahagian A
    [30 markah]

    (Masa dicadangkan : 45 minit)




    Gambar di bawah menunjukkan iklan pelancongan di Malasyia. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan sektor industri pelancongan kepada rakysat dan negara . Panjangya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan

    Apabila kerajaan mula mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990, usaha ini menunjukkan bahawa kerajaan semakin memberikan perhatian yang serius kepada industri pelancongan kerana langkah ini berpotensi memajukan ekonomi negara. Setiap tahun bilangan pelancong yang datang ke Malaysia semakin meningkat. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Ramai pelancong sama ada dari luar ataupun dalam memilih negara kita sebagai destinasi pelancongan. Kedatangan pelancong ke negara membawa seribu rahmat dapat meningkatkan ekonomi negara dari segi pengaliran wang asing masuk ke negara kita. Pelancong yang datang dari negara luar harus menukar mata wang negara mereka kepada mata wang Ringgit Malaysia sebelum boleh berbelanja di sini Persoalannya, apakah kepentingan sektor pelancongan kepada rakyat dan negara kita?

                Antara kepentingan sektor pelancongan ialah kita dapat mempromosikan tempat pelancongan yang menarik di Malaysia kepada para pelancong. Malaysia mempunyai banyak tempat bersejarah yang boleh dilawati seperti Bandar Bersejarah yang terletak di negeri Melaka. Tempat – tempat bersejarah ini dapat mengembangkan ilmu pengetahuan seseorang. Di negara kita pelancong juga boleh bermain sambil melawat tempat – tempat  bersejarah ini kerana kita mengetahui bahawa sekiranya cuma melihat barangan bersejarah amat membosan bagi sesetengah pelancong. Jadi, bagi memanfaatkan pelbagai pihak, selain barangan bersejarah persembahan turut diadakan seperti di Kota A – Famosa bertempat di Melaka Negeri Bersejarah. Di Kota A – Famosa pelancong bukan sahaja dapat menambahkan ilmu sejarah tetapi juga beriadah pada masa yang sama kerana tempat beriadah seperti Bandar Cowboy, Dunia Binatang Safari dan Dunia Air turut disediakan. Tempat – tempat ini sesuai untuk semua golongan masyarakat sama ada kanak – kanak ataupun dewasa. Sekiranya sektor pelancongan menambat hati dan kedatangan para pelancong secara langsung negara mendapat sumber pendapatan tambahan tanpa bergantung kepada sektor perindustrian, pertanian, dan pembalakan sahaja.  Jelasnya, sektor pelancongan dapat mempromosikan tempat pelancongan yang menarik di negara kita serta meningkatkan ekonomi negara.

                Selain itu, sektor pelancongan dapat mempromosikan makanan setempat di negara kita. Malaysia mempunyai beraneka jenis makanan yang digemari oleh pelancong. Negara kita yang mempunyai pelbagai kaum yang berlainan dan masakan yang berbeza seperti masakan Melayu, masakan Cina dan masakan India. Negara – negara Barat seperti England cuma mempunyai satu jenis kaedah masakan seperti kentang goreng, stik dan salad. Negara Itali pula mempunyai masakan seperti spageti, pizza dan telur dadar. Negara kita tidak seperti negara lain yang cuma mempunyai satu kaedah masakan sahaja. Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai kepelbagaian makanan berdasarkan kaum seperti yu sang, bau dan char kuey teow daripada kaum Cina, rendang, ketupat dan nasi lemak daripada kaum Melayu, capati, tosai dan idli daripada kaum India serta tidak kurangnya masakan barat dan masakan enak daripada kaum yang berlainan. Masakan yang tidak pernah dirasai oleh pelancong asing ini akan memberikan mereka kelainan rasa makanan yang mustahil dijumpai di negara asal mereka dan ini akan menarik minat mereka untuk mengunjungi semula Malaysia selepas lawatan pertama mereka. Sekiranya, masyarakat Malaysia cakna dengan kepelbagaian masakan dan makanan tempatan serta mengambil kesempatan dengan kelebihan berkenaan dengan menyajikan menu berkenaan di premis mereka untuk dinikmati pelancong asing, sama ada di gerai-gerai makanan, restoran, dan hotel sudah pasti mereka dapat meningkatkan pendapatan sambil memperkasa sektor pelancongan. Tegasnya, makanan setempat dapat dipromosikan melalui sektor pelancongan untuk menggamit kehadiran pelancong asing.

                Di samping itu, sektor pelancongan dapat memperkenalkan dan mengembangkan industri kraf tangan di Malaysia. Barangan kraf tangan buatan rakyat tempatan bukan sahaja bermutu bahkan harga yang ditawarkan amat berpatutan. Barangan kraf tangan buatan rakyat Malaysia yang diperbuat daripada kain batik, seramik, kayu, perak, kaca dan kulit amat cantik dari segi reka bentuk dan sesuai dijadikan cenderahati kepada pelancong. Pelancong pasti membeli – belah barangan kraf tangan buatan Malaysia seperti batik, kain songket, wau dan lain – lain sebagai buah tangan atau ole-ole buat keluarga atau rakan mereka. Kedatangan pelancong asing ke Malaysia bukan sahaja memajukan industri kraf tangan ke luar negara kita bahkan menjadi periuk nasi kepada pengusaha kraf tangan tempatan.  Sekiranya, promosi yang hebat dilakukan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia di samping  promosi agen-agen pelancongan yang terdapat di negara kita, sudah pasti bukan sahaja pengusaha pelancongan sahaja yang menerima kesan dari segi pertambahan pendapatan mereka tetapi  juga penduduk tempatan yang menjalankan perusahaan kecil dan kraftangan juga menerima tempiasnya. Jelasnya, industri kraf tangan dapat dimajukan melalui sektor pelancongan.

                Akhir sekali, sektor pelancongan dapat memperkenalkan budaya Malaysia yang unik lagi istimewa kepada dunia luar. Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban dan lain-lain. Kaum-kaum di negara kita yang mempunyai adat, budaya dan cara pemakanan yang berbeza dan istimewa mampu menarik minat pelancong asing. Sektor pelancongan dapat mempromosikan warisan budaya yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas ke serata dunia. Pelancong yang datang ke suatu destinasi pelancongan boleh dihidangkan dengan persembahan kesenian tradisional misalnya wayang kulit, makyung, dikir barat, ronggeng dan kuda kepang. Mereka juga diberi peluang untuk mencuba permainan tradisional seperti sepak raga, galah panjang, congkak, batu seremban dan lain-lain. Pakaian tradisional seperti baju kurung yang diperbuat daripada kain batik dan sari yang diperbuat daripada kain sutera boleh cuba dipakai oleh pelancong asing. Keseronokan pengalaman melancong di Malaysia serta keunikan cenderamata yang dibawa pulang ke negara asal pelancong akan menjadi memori indah yang akan menggamit mereka untuk datang semula ke negara kita. Tegasnya, keunikan budaya masyarakat Malaysia yang berjaya dipromosi melalui sektor pelancongan sebenarnya memberi imej yang sangat baik kepada negara Malaysia.

                Kesimpulannya, sektor pelancongan merupakan salah satu sumber ekonomi yang amat penting dalam negara kita. Oleh itu, kita harus menggunakan kelebihan yang ada pada negara kita dengan sepenuhnya supaya negara kita dapat menjadi pusat pelancongan yang terkenal di dunia dan seterusnya membangunkan ekonomi negara kita. Walaupun masyararakat kita terdiri daripada berbilang kaum, kita harus bersatu padu demi menjaga kepentingan tanah air tecinta kita. Tegasnya, kita perlulah bersatu padu bak kata pepatah, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.


    SEKIRANYA KARANGAN DI ATAS DIJAWAB UNTUK  SOALAN  BAHAGIAN B DIMENSI MASYARAKAT  ATAU DIMENSI SESUAI TAMBAH SATU ISI LAGI


    ( Soalan Bahagain B . Dimensi Diri)

    Anda sebagai pengawas pusat sumber sekolah, jelaskan usaha-usaha yang dapat anda lakukan untuk membantu meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah anda.

                Pusat Sumber sekolah merupakan gedung ilmu iaitu tempat untuk mendapatkan pelbagai informasi yang diperlukan oleh setiap warga sekolah. Namun, sejak akhir-akhir ini isu para pelajar kurang mengunjungi pusat sumber sekolah sering diperkatakan dalam media massa sama ada media cetak atau media elektronik. Hal ini membimbangkan semua pihak kerana para pelajar merupakan pelapis yang bakal menerajui negara pada masa hadapan, bak kata peribahasa pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Justeru, pusat sumber sekolah perlu diurus secara sistematik dan efisien untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar agar menjadi pelajar yang berilmu dan bermaklumat selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Persoalannya, apakah usaha-usaha untuk membantu meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah?

                Selaku pengawas pusat sumber sekolah, terdapat banyak usaha yang dapat saya lakukan untuk membantu meningkatkan penggunaan pusat sumber di sekolah saya. Salah satunya ialah saya akan memastikan pusat sumber sentiasa berada dalam keadaan kemas dan menarik. Saya akan bekerjasama dengan pengawas pusat sumber yang lain untuk mengemas kini pusat sumber. Aktiviti gotong-royong membersihkan pusat sumber  akan diadakan secara berkala agar pusat sumber sentiasa berada dalam keadaan bersih . Saya juga akan memastikan buku-buku disusun atur dengan kemas  di atas rak-rak  buku mengikut kategori dan jenis buku. Dengan tindakan yang saya lakukan ini keadaan harmoni dan kondusif  rakan-rakan dapat diwujudkan. Situasi ini dapat memberi keselesaan kepada seseorang pelajar semasa mengulang kaji pelajaran di pusat sumber. Sekiranya suasana kondusif seperti ini dapat diwujudkan sudah pasti bilangan rakan-rakan pelajar mengunjungi pusat sumber sekolah akan meningkat dan peranan pusat sumber sebagai gedung dan penyebar ilmu akan tercapai.  Jelaslah, situasi yang kemas, bersih dan menarik mampu menarik para pelajar berkunjung ke pusat sumber.

                Selain itu, saya akan membantu guru pusat sumber melaksanakan program Nilam untuk meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah. Sebagai contohnya, saya boleh membantu mencari dan menyediakan buku-buku yang sesuai serta menarik untuk kegunaan para pelajar semasa program Nilam. Oleh itu, program Nilam dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Hal ini dapat membantu meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah dan juga menyemai budaya membaca dalam kalangan pelajar. Program Nilam merupakan salah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memupuk dan meningkatkan amalan membaca dalam kalangan pelajar. Budaya membaca amat penting dan melambangkan ketinggian tamadun sesuatu bangsa kerana banyak membaca luas pengetahuan. Dengan membaca, seseorang itu akan mendapat pelbagai ilmu pengetahuan sebagai pedoman hidup, bak kata peribahasa membaca jambatan ilmu. Jikalau usaha saya ini berterusan, saya yakin bilangan ulat buku dalam kalangan rakan-rakan akan bertambah dan budaya malas membaca dalam kalangan pelajar akan dapat dibanteras. Selain itu, bilangan rakan-rakan miskin ilmu dapat dikurangjan agar mereka terelak menjadi seperti katak di bawah tempurung.  Justeru, pelaksanaan program Nilam yang berkesan menjadi daya penarik kepada para pelajar untuk mengunjungi pusat sumber.

                Seterusnya, saya akan mengesyorkan kepada pihak sekolah agar menyediakan kemudahan yang lengkap di pusat sumber. Saya akan menulis surat kepada pihak pengurusan agar dapat menyediakan kemudahan yang lengkap di pusat sumber untuk kebaikan pelajar. Saya akan meminta pihak pengurusan menyediakan  komputer yang boleh diguna pakai oleh pelajar untuk melayari internet bagi mendapatkan pelbagai informasi terkini.Saya akan membantu dari segi  penyediaan buku-buku yang baharu dan menarik serta memastikan keberadaan buku-buku itu sentiasa terpulihara. Dengan adanya pelbagai buku yang baharu dan terkini, pengunjung dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka. Pihak sekolah juga perlu menyediakan pendingin hawa untuk memberi keselesaan kepada para pelajar. Secara tidak langsung keadaan ini lebih mewujudkan suasana yang kondusif dan menggalakkan para pelajar berkunjung ke pusat sumber sekolah.  Jika situasi pusat sumber eksklusif dan kondusif, saya pasti rakan-rakan akan sentiasa berada di pusat sumber untuk mengaut khazanah ilmu untuk bersedia menjadi pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang. Tegasnya, saya akan mengesyorkan kepada pihak sekolah agar menyediakan kemudahan yang lengkap di pusat sumber agar pusat sumber sekolah saya menjadi sebuah Gudang ilmu yang eksklusif dan kondusif untuk keselasaan rakan-rakan pelajar.
                Di samping itu, sebagai pengawas pusat sumber juga, saya akan mengamalkan budaya mesra pelanggan semasa menjalankan tugas. Saya akan bersikap sopan, berbudi pekerti mulia dan berhemah tinggi serta sentiasa bersedia memberikan pertolongan sekiranya pengunjung menghadapi masalah tanpa mengira bangsa dan agama , bak kata peribahasa budi bahasa budaya kita. Layanan mesra daripada  pengawas  menggembirakan para pengunjung dan merupakan salah satu kunci untuk menarik para pelajar mengunjungi pusat sumber. Saya juga akan membantu pihak sekolah mempromosikan buku-buku di pusat sumber agar dapat dipinjam oleh pelajar. Saya juga perlu bersikap adil dan tegas kepada semua pelanggan terutama sekiranya mereka lewat atau sengaja  tidak memulangkan buku yang dipinjam mengikut tarikh yang ditetapkan. Sekiranya saya bersikap sedemikian rupa, tidak akan wujud perasaan kecil hati berlaku dalam karangan rakan-rakan semasa menggunakan pusat sumber untuk meluaskan ilmu dan mereka akan sentiasa berkunjung ke pusat sumber pada masa senggang. Konklusinya, sebagai pengawas pusat sumber juga, saya akan mengamalkan budaya mesra pelanggan semasa menjalankan tugas.

                Selaku pengawas pusat sumber juga, saya akan mencadangkan kepada pihak sekolah agar menyediakan sistem pinjaman buku yang sistematik dan berkesan untuk membantu meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah saya. Contohnya penggunaan ICT khususnya komputer dalam urusan pinjaman dan pemulangan buku dapat menjimatkan masa dan tenaga. Penggunaan sistem berkod merupakan langkah bijak kerana semua bahan bacaan berbentuk buku akan direkodkan secara berkod yang memudahkan urusan pinjaman dan pemulangan buku yang dilakukan secara ‘ scaning’. Kaedah ini akan mewujudkan sistem pengurusan pusat sumber yang sistematik kerana para pelajar tidak perlu menunggu terlalu lama untuk urusan pinjaman dan pemulangan buku. Jelaslah sistem pinjaman yang sistematik dan efektif  adalah penting untuk meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah agar perkhdmatannya mesra pelanggan serta selari dengan peredaran zaman. Jelasnya, selaku pengawas pusat sumber juga, saya akan mencadangkan kepada pihak sekolah agar menyediakan sistem pinjaman buku yang sistematik dan berkesan untuk membantu meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah kerana pusat sumber sekolahku syurgaku.

                Kesimpulannya, pusat sumber sekolah menyediakan perkhidmatan dan sumber pembelajaran dalam pelbagai bentuk bagi membolehkan warga sekolah menjadi pengguna yang bermaklumat dan pemikir  yang kreatif serta kritis. Justeru, terpulang pada pelajar sendiri sama ada mahu menggunakan atau sebaliknya,  tepuk dada tanyalah minda. . Semua pihak perlulah berganding bahu dalam usaha meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah bak kata peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

    (Dimensi Keluarga)
    Menabung amat penting untuk menjamin kehidupan pada masa hadapan.

    Apakah peranan ibu bapa dalam memastikan amalan menabung menjadi budaya                            masyarakat kita?

    Hidup ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah, begitulah lumrah manusia dalam kehidupan. Menjelang era milieu yang sarat dengan informasi dan teknologi, momentum arus terus bergerak ke depan dengan tidak berlengah-lengah. Oleh itu, generasi muda perlu berjimat cermat dan sifat menabung perlu disemai sejak anak-anak masih kecil lagi. Amalan menabung ini diharapkan terbawa-bawa sehingga dewasa kerana kita situasi ekonomi negara dan dunia sentiasa mencabar, sara hidup keluarga dan masyarakat semakin menghimpit, nilai barangan sentiasa meningkat dan inflasi terus menghambat warga. Menabung merupakan tabiat menyimpan wang sebagai persediaan untuk kebahagian pada masa mendatang dan merupakan nilai murni yang perlu terpahat di minda masyarakat. Tanggungjawab untuk memupuk amalan ini dalam sanubari anak-anak jatuh pada bahu ibu bapa. Dengan itu, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dengan bijaksana ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Persoalannya, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam memastikan amalan ini menjadi budaya masyarakat kita?

                  
    Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi menerapkan amalan berjimat-cermat dalam diri anak-anak adalah dengan menjadikan amalan ini sebagai budaya keluarga. Hal ini kerana suasana keluarga merupakan cara yang paling cepat dan efektif bagi membentuk keperibadian anak-anak. Anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapa yang bakal mencorakkannya menjadi putih atau hitam”. Ibu bapa merupakan orang yang pertama berpeluang untuk berinteraksi dengan anak-anak. Anak-anak telah dibawa ke dunia ini oleh ibu bapa. Anak-anak datang ke dunia yang berwarna-warni ini dengan otak yang kosong. Oleh itu, ibu bapa perlulah mengisikan tempat kosong yang ada dalam minda anak-anak dengan perkara yang positif yang bermakna untuk mereka. Dengan kesempatan ini, ibu bapa boleh menyemai amalan menabung dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa boleh mengajar anak-anak menabung dengan menyimpan sebahagian daripada wang perbelanjaan harian sekolah anak-anak. Ajarlah anak-anak berjimat-cermat dan tidak membelanjakan semua wang perbelanjaan harian yang diberi agar anak-anak tahu akan kepentingan menabung. Sekiranya amalan menambung ini diterap dan dibudayakan dalam kalangan anak-anak, mereka boleh berdikari di atas kaki sendiri tanpa menyusahkan ibu bapa sekiranya ada keinginan anak-anak untuk mendapat sesuatu yang menjadi keperluan mereka. Jelasnya, ibu bapa perlu memupuk tabiat ini dalam kalangan kanak-kanak “sebelum kudis menjadi tokak”.

                Selain itu, ibu bapa wajar menerapkan amalan menabung dalam jiwa anak-anak sejak bangku prasekolah lagi, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sewaktu anak-anak masih kecil, mereka sangat mematuhi kata-kata dan nasihat ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa mudah memberitahu dan mendidik mereka berkaitan amalan yang berunsur positif seperti amalan menabung. Anak-anak mudah dipengaruhi ketika mereka masih kecil. Mereka tidak akan mengingkari nasihat ibu bapa dan mengikut segala ajaran ibu bapa mereka. Dengan cara ini, amalan menabung, secara tidak langsung, mudah berakar umbi dalam hati anak-anak. Sekiranya didikan dan ajaran seperti ini diberikan sewaktu belia, anak-anak yang berdarah muda tidak akan mempedulikan ibu bapa lagi
      dan nasihat ini bagai mencurahkan air ke daun keladi. Ibu bapa yang melahirkan anak-anak dan membawa mereka ke alam fana ini, sekiranya mangajar kanak-kanak bukan tanggungjawab mereka, siapakah yang mampu bertanggungjawab dalam hal ini lagi?  Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan amalan sedikit demi sedikit dalam jiwa anak-anak sejak kecil kerana    sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Sekiranya ibu bapa berjaya menjadikan menambung amalan anak-anak mereka sudah pasti anak-anak akan membudayakan amalan murni berkenaan sehingga mereka meningkat dewasa, pastika kehidupan mereka akan bahagia di hari muka. Tegasnya, ibu bapa wajar menerapkan amalan menabung dalam jiwa anak-anak sejak bangku prasekolah lagi agar mereka akan tidak dibebani masalah ekonomi ketika mereka dewasa.
    Selain itu, ibu bapa mengamalkan gaya hidup sederhana dan tidak menunjuk-nunjuk. Anak-anak perlu diterapkan dengan gaya hidup yang sederhana dan tidak membazir. Sebagai contohnya, jenis rumah dan perkakas di dalamnya menjadi penanda aras paling senang bagi menilai taraf hidup sesebuah keluarga. Oleh itu, ibu bapa perlulah bersederhana dalam pembelian peralatan di rumah dan setiap pembelian perlu dibayar tunai tanpa berhutang. Kadangkala, terdapat keluarga yang sanggup berhutang bagi membeli perabot dan perkakas rumah yang bergaya supaya mendapat "pengiktirafan"orang berada oleh orang-orang di sekeliling walaupun hakikat sebenarnya mereka  tidak berkemampuan .Mereka inilah yang berpegang pada prinsip biar papa asal bergaya. Jika ada ibu bapa yang menjadikan hal ini sebagai budaya keluarga, diharapkan mereka dapat menukar perspektif tersebut bagi memudahkan proses penerapan amalan berjimat-cermat dalam diri anak-anak agar kehidupan mereka sempurna kelak. Sudah terang lagi bersuluh, didikan ibu bapa agar anak-anak mengamalkan gaya hidup sederhana dan tidak menunjuk-nunjuk akan memberi rahmat kepada mereka ketika dewasa.
                “Adat usang pusaka lama”, amalan menabung merupakan tabiat yang bijak dan harus diwariskan secara turun-temurun. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak menguruskan wang dengan cekap. Mereka harus memberitahu anak-anak cara penggunaan wang dan cara penyimpanannya. Mereka perlu kerap menggalakkan anak-anak mengamalkan tabiat menabung.  Membuka akaun bank untuk anak-anak merupakan perkara pertama yang boleh diambil bagi menyiapkan anak-anak ke arah berjimat-cermat. Malah, langkah ini boleh diambil sejak usia mereka masih bayi. Ibu bapa dapat menaikkan semangat anak-anak untuk menabung dengan meminta mereka membayangkan wang simpanan yang bakal digunakan untuk masa depan mereka kelak. Kata orang tua, “semua orang memerlukan pujian”. Dengan hal tersebut, ibu bapa boleh memuji anak-anak sekiranya mereka melakukan sesuatu yang baik. Pujian dengan batasan tertentu boleh mewujudkan keyakinan anak-anak. Oleh itu, mereka akan menerima nasihat dan ajaran ibu bapa dengan hati terbuka. Mereka akan belajar pengurusan wang dengan cekap. Amalan menabung mudah ditanamkan. Dengan itu, ibu bapa harus memuji anak-anak dan cara ini dapat memudahkan penerapkan amalan menabung sudah terang seperti “murai berkicau hari siang”.
    Pada hakikatnya,   ibu bapa  berperanan  untuk  menunjukkan  contoh  teladan yang baik kepada anak-anak.  Ibu  bapa  sendiri   harus mengamalkan  sikap  menabung.  Mereka harus menabung wang bersama dengan anak-anak.  Anak-anak  mudah  terikut-ikut  oleh  tingkah  laku ibu  bapa dan mereka akan mengikut jejak langkah ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa perlu menujukkan contoh yang baik. Mereka harus mengamalkan tabiat menabung juga.  Cuba  anda  bayangkan, macam mana anak-anak akan rela hati untuk menabung sekiranya ibu bapa mereka sendiri seorang yang boros dan tidak  pandai  menguruskan  wang?  Jika ibu bapa mendidik anak-anak mereka ke jalan yang betul didikan tersebut seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus sudah pasti mendidik anak-anak dalam situasi begini amat sukar kerana ibu bapa suri teladan mereka. Hal  ini  jelas menunjukkan  betapa pentingnya  imej  yang diberikan oleh ibu bapa di depan anak-anak. Pepatah Melayu juga mengatakan bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Kesimpulanhya, ibu bapa  berperanan  untuk  menunjukkan  contoh  teladan yang baik kepada anak-anak.  

                “Jika berkawan dengan tukang besi, baju kita akan tercarik terkena percikan api; jika berkawan dengan penjual pewangi harum, tubuh kita akan berbau harum”, kawan merupakan ‘magnet sakti’ yang boleh mempengaruh anak-anak yang berusia seumur jagung. Ibu bapa harus menapis kawan anak-anak dan mengelakkan mereka berkawan dengan mereka yang kurang berakhlak. Benteng iman yang lemah anak-anak mudah runtuh sekiranya kegembiraan dan kemewahan mengaburi mata, bak kata pepatah, “ikut hati mati, ikut rasa binasa”. Oleh itu, ibu bapa harus mengurangkan peluang anak-anak untuk bercampur dengan golongan tidak bermoral. Anak-anak mudah terjerumus ke dalam lembah maksiat. Anak-anak hanya tahu menghabiskan wang dan tidak tahu betapa susah payahnya ibu bapa memperoleh wang untuk perbelanjaan anak-anak. Dengan itu, amalan menabung akan dialpakan dan diketepikan oleh anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlu mengelakkan anak-anak berkawan dengan mereka yang kurang bersahsiah.


          KARANGAN SOALAN 3 BERJIMAT CERMAT AMALAN MULIA
    Peringatan. Karangan di bawah Cuma untuk membenih idea anda untuk mengarang. Ubah suai jika perlu.

              Setelah menghela nafas kemerdekaan selama 55 tahun, ibu pertiwi kita yang telah bebas daripada cengkaman penjajah begitu pesat membangun bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Sehubungan dengan hal itu, peribahasa ada menyebut bahawa, ada bukit, ada paya, namun kita tidak boleh mendabik dada kerana di sebalik kemajuan yang sedang dikecap, negara kita masih lagi terkongkong dalam gelombang inflasi yang semakin rumit. Walaupun isu ini hangat diperkatakan dan sering meniti di bibir masyarakat, tetapi pernahkah terlintas dalam benak fikiran kita, apakah yang dimaksudkan dengan inflasi? Mengikut penjelasan yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, inflasi didefinisikan sebagai keadaan kenaikan harga barangan yang disebabkan oleh bertambahnya kuasa membeli. Oleh itu, masalah ini tidak boleh dipandang remeh dan formula penyelesaian harus diimplementasikan untuk merungkaikan masalah ini bak kata peribahasa,tak ada gunung yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni. Persoalannya, mengapakan Berjimat Cermat Amalan Mulia?

              Setiap penyakit ada penawarnya yang mustajab, setiap masalah ada jalan penyelesaian yang berkesan, oleh itu, pihak kerajaan sewajarnya mengambil inisiatif dengan menganjurkan kempen berhemat secara istiqamah dan konsisten ke seluruh pelosok negara dan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga. Memetik kata-kata azimat Lao Tze, kehidupan membazir dan tamak haloba mendorong manusia ke arah kebinasaan. Lantaran itu, kempen tersebut haruslah menekankan kepentingan amalan berjimat cermat supaya nilai murni ini dapat dijadikan amalan dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Tindakan yang lebih afdal, masyarakat sewajarnya diseru supaya berbelanja mengikut kemampuan sendiri ibarat mengukur baju di badan sendiri dan usahlah bersikap membesarkan kerak nasi. Cara berbelanja dengan mengikut hawa nafsu akan membawa padah yang buruk kerana peribahasa Melayu ada menyatakan, ikut nafsu lesu, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Tambahan pula, pihak kerajaan juga harus mengadakan pertandingan yang dapat menarik penyertaan khalayak seperti sayembara puisi, menulis esei, persembahan artis dan sebagainya dalam usaha menyebarluaskan kempen tersebut. Jikalau usaha seperti ini tidak dilakukan sudah pasti masyarakat akan menghadapi masalah kewangan terutama untuk mengharungi keadaan inflasi  serta  peningkatan kos sara hidup sekarang. Jelaslah bahawa penganjuran kempen berhemat secara berterusan dan holistik merupakan perisai yang ampuh untuk merungkaikan masalah kenaikan harga barangan.

              “Jika satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuka untuk menyelesaikan sebarang kesulitan yang berlaku di negara kita termasuk isu kenaikan harga barang. Namun begitu. kita tetap melihat dan kemudiannya menyesal kerana pintu penyelesaian itu tertutup terlalu lama sehingga kita tidak dapat melihat pintu lain yang telah terbuka. Begitulah gambaran implikasi daripada kata-kata mutiara Alexander Graham Bell, seorang ahli sains dan matematik Barat yang menunjukkan bahawa setiap masalah pasti ada cara yang berkesan untuk mengatasinya. Sebagai kesinambungan idea, tindakan badan bukan kerajaan atau NGO melindungi hak-hak pengguna daripada kenaikan harga barangan tanpa kawalan di pasaran merupakan langkah konkrit yang patut dilaksanakan sepanjang masa. Organisasi atau agensi yang menyokong peranan kerajaan ini seperti Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia atau FOMCA dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang atau CAP, telah mendukung obligasi untuk melindungi hak para pengguna. Pihak-pihak ini berperanan untuk menerima sebarang aduan dan menyiasat segala permasalahan yang dihadapi termasuklah masalah kenaikan harga barangan keperluan, penjualan barangan yang telah luput tarikh, caj perkhidmatan yang melampau dan sebagainya. Seterusnya FOMCA dan CAP haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak golongan pengguna akan terpelihara dan tidak mudah dieksploitasi oleh peniaga-peniaga yang licik dan tidak bertanggungjawab. Organisasi-organisasi ini haruslah menjalinkan hubungan ukhuwah ibarat seikat bak sirih, serumpun bak serai dan kita juga berpegang pada falsafah Confusius, apalah gunanya sekiranya kita tidur sebantal tetapi mimpi kita lain-lain, lebih baik kita tidur bantal yang berlainan, tetapi mimpi kita tetap sama. Deduksinya, melindungi hak-hak pengguna daripada kenaikan harga barangan tanpa kawalan di pasaran merupakan tindakan efektif oleh agensi bukan kerajaan atau NGO.

              Tokoh psikologi Barat pernah mengungkapkan bahawa tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan, sebaliknya hidup tanpa dibebani masalah adalah kosong. Kata-kata ini memang ada kebenarannya dan semua rakyat di negara ini perlu berpijak di bumi nyata kerana setiap kemelut yang kita hadapi mesti ada uslub dan minhaj yang komprehensif. Bertitik tolak daripada manifestasi ini, pihak berkuasa seharusnya sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan sesuka hati tanpa memperoleh kelulusan daripada pihak berwajib. Pegawai kerajaan berkaitan juga haruslah memainkan peranan yang penting untuk mengadakan pemeriksaan secara mengejut ke premis-premis perniagaan dari semasa ke semasa untuk memastikan para peniaga mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan tidak bersikap seperti lintah darat. Sementelahan itu, pihak kerajaan juga haruslah melunaskan tanggungjawab yang terletak di atas pundak mereka untuk menggubal, mengkodifikasikan seterusnya menguatkuasakan undang-undang secara serius dan telus supaya dapat memberi peringatan kepada golongan peniaga. Mana-mana peniaga yang cuba menaikkan harga barangan atau memasang lukah di pergentingan hendaklah didakwa di mahkamah agar kesalahan sebegini tidak berulang ibarat pisang berbuah dua kali. Jelaslah, usaha pihak berkuasa yang sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab dapat mengekang masalah kenaikan harga barangan di pasaran.

               Lampu Aladdin tidak akan bersinar sendiri, tetapi Aladdin akan menggosoknya terlebih dahulu, persis ungkapan kata Alex Osborn telah membuktikan bahawa kejayaan semanis madu tidak akan terjana tanpa curahan usaha yang bersungguh-sungguh kerana peribahasa Melayu ada menyebut, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Hakikatnya, media massa juga menggalas kewajipan untuk menyebarluaskan informasi berkaitan ilmu kepenggunaan merupakan prakarsa bagi menangkis masalah kenaikan harga barang. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa ilmu kepenggunaan dalam kalangan masyarakat Malaysia masih kurang meluas dan berada di takuk yang lama. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya segelintir golongan peniaga yang mengutamakan keuntungan akan bersikap ibarat menangguk di air keruh, menindas golongan pengguna yang tidak berdosa. Oleh hal yang sedemikian, media massa haruslah menyumbang tenaga secara optimum dengan menerapkan pengetahuan berkaitan hak-hak pengguna kepada seluruh strata masyarakat. Dengan komitmen pihak media massa, pengguna akan mengetahui kaedah yang efisien untuk menuntut hak mereka daripada dimanipulasikan oleh para peniaga yang durjana. Misalnya, apabila berlaku kenaikan harga barangan, pengguna akan dapat membuat aduan kepada pihak berwajib dan agensi bukan kerajaan supaya hak-hak mereka dapat dipertahankan. Melalui penyebaran maklumat oleh media cetak dan media elektronik, para pengguna termasuk suri rumah tangga akan memperoleh ilmu kepenggunaan secara total dan bertindak berani kerana benar dalam memperjuangkan hak mereka seterusnya mengatasi kemelut kenaikan harga barangan di negara ini. teganya, media massa juga menggalas kewajipan untuk menyebarluaskan informasi berkaitan ilmu kepenggunaan merupakan prakarsa bagi menangkis masalah kenaikan harga barang


              Setelah meniti perbincangan secara panjang lebar, sudah terang lagi bersuluh, segenap lapisan masyarakat mesti bersama-sama menggembleng tenaga untuk mengekang kenaikan harga barangan dari peringkat akar umbinya. Sebagai manusia yang kamil dan soleh, kita tidak wajar menadah tangan ke langit menunggu kejatuhan lampu ajaib Aladdin kerana peribahasa Melayu ada menyatakan, yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayangOleh itu,semua anggota komuniti haruslah mendukung semangat habis kapak berganti beliung untuk membendung masalah tersebut. Oleh itu, Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri kita yang keempat, Tun Mahathir bin Mohamad bukan lagi menjadi angan-angan Mat Jenin


    (Dimensi Keluarga)
    Semangat kejiranan semakin hari semakin luntur dalam kalangan masyarakat. Jelaskan peranan ibu bapa dalam usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.        
    . Menurut perspektif Islam, konsep jiran meliputi skop yang lebih luas sehingga menjangkau empat puluh buah rumah atau keluarga yang tinggal berhampiran dengan kita. Semangat kejiranan pula membawa pengertian jiran tetangga yang hidup berbaik-baik, bertolak ansur dan bekerjasama antara satu sama lain. Dalam kehidupan kita, kita dilarang menyakiti hati jiran, sebaliknya diminta mengambil berat antara satu sama lain dan hidup berlandaskan kasih sayang sesama individu tanpa mengira keturunan, usia, agama atau pangkat. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa “Jiran Sepakat Membawa Berkat”. Jadi, kita perlulah mengutamakan jiran kita dalam kehidupan dan mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu padu dalam melakukan sesuatu perkara. Walau bagaimanapun, dalam era globalisasi yang dipenuhi pelbagai pancaroba moden, semangat kejiranan dalam kalangan anggota masyarakat semakin meluntur.  Oleh itu, semua lapisan masyarakat terutamanya ibu bapa wajar mengambil langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang elektif wajar diambil oleh ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat?

    Menyedari hakikat betapa pentingnya semangat kejiranan diamalkan oleh masyarakat majmuk di negara ini, maka usaha perlu dilakukan oleh ibu bapa agar nilai yang berharga ini tidak lenyap daripada amalan hidup masyarakat kini. Ibu bapa haruslah menyertai  aktiviti gotong-royong yang dianjurkan oleh komuniti atau masyarakat setempat. Dalam hal ini. ibu bapa boleh membawa anak-anak menyertai aktiviti tersebut bersama.  Melalui aktiviti gotong-royong, semua penduduk setempat dapat berkumpul bersama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila  berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berbual-bual dan berkenal-kenalan antara satu sama lain dan sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih baik dan dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “ tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh dijalankan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara bergotong-royong memerlukan masyarakat bekerjasama bagai aur dengan tebing agar aktiviti-aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan lancar dan baik. Melalui cara ini, setiap ahli keluarga dapat menjalinkan hubungan mesra sesama jiran. Mereka juga  sedar akan peranan masing-masing dalam sesuatu komuniti . Sekiranya amalan gotong-royong diamalkan anak-anak ketika dewasa kelak, anak-anak akan melakukan perkara yang sama untuk mengeratkan ikatan kejiranan. Jelasnya, ibu bapa haruslah mengadakan aktiviti gotong-royong agar dapat memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat.

    Selain itu, ibu bapa perlulah menjadi suri teladan atau ‘role model’ yang baik kepada anak-anak sekiranya mahu anak-anak mengamalkan semangat kejiranan dalam diri sendiri. Ibu bapa perlulah mengamalkan cara hidup seperti ‘aur dengan tebing’ atau ‘ ke bukit  sama di daki, ke lurah sama dituruni’ dan ‘hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah’ untuk mencapai keberkatan dalam hidup. Sebagai  anggota dalam sesebuah masyarakat, ibu bapa  mesti mempunyai semangat kekitaan dan keprihatinan terhadap  jiran mereka.. Apabila  mengambil berat akan hal-hal jiran, bukanlah bermaksud kita hendak menjaga tepi kain mereka atau mengambil tahu hal rumah tangga mereka, tetapi kita mengambil tahu masalah-masalah yang dihadapi oleh jiran  dan cuba membantu mereka supaya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh jiran. Hal ini demikian kerana, dalam kehidupan berkeluarga, setiap keluarga pasti akan menghadapi masalah dan masalah itu hanya boleh diatasi atau dikurangkan  dengan bantuan orang lain.  Misalnya, ketika ketua keluarga sakit tenat, maka ahli-ahli keluarga itu memerlukan bantuan daripada jiran untuk menghantar ketua keluarga itu ke hospital, memberitahu keluarganya yang tinggal berjauhan daripada mereka, mendapatkan bantuan nasihat ataupun kewangan dan sebagainya. Sekiranya amalan sikap keprihatinan yang ditunjukkan oleh ibu bapa terhadap jiran, akan menyebabkan anak-anak juga turut mengambil berat tentang jiran mereka. Tegasnya, ibu bapa yang berjaya menjadi suri teladan yang baik, sudah pasti mampu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
    Di samping itu, ibu bapa juga mestilah mengadakan atau menghadiri majlis-majlis rumah terbuka sempena sesuatu sambutan perayaan. Amalan mulia ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim, tetapi juga mampu mengukuhkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Melalui majlis rumah terbuka, ibu bapa boleh membawa anak-anak bersama. Dalam majlis tersebut,  masyarakat dapat berkumpul dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat. Mereka juga berpeluang untuk berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara dan bertanya khabar sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Dengan itu, masyarakat akan lebih memahami adat resam, agama dan budaya masing-masing di negara ini.  Sebagai contoh, majlis-majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Krismas dan Hari Deepavali hendaklah dijadikan acara tahunan. Kehadiran ibu bapa bersama ahli keluarga dalam majlis rumah terbuka, bukan sahaja dapat memperkenalkan anak-anak mengenali lebih dekat adat resam sesuatu budaya malah dapat menanamkan semangat hormat-menghormati dalam diri anak-anak dan mengamalkan semangat perpaduan. Tegasnya, majlis-majlis rumah terbuka mestilah diadakan setiap tahun agar mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan membentuk masyarakat yang bersatu-padu.

    Seterusnya, ibu bapa hendaklah menyemarakkan budaya ziarah-menziarahi dalam kalangan masyarakat sebagai langkah untuk memupuk dan meningkatkan semangat kejiranan dalam diri anak-anak. Dalam hidup bermasyarakat, ibu bapa digalakkan membawa anak-anak-anak  menziarahi jiran tetangga pada  masa-masa  yang sesuai. Dengan menziarahi jiran, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dihadapi oleh jiran kita. Semua masalah boleh diselesaikan bersama dan hal ini akan menjadikan hidup mereka lebih aman dan harmoni walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak  berkunjung ke hospital jika kita mendapat tahu bahawa jiran kita telah dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau mendapat kemalangan. Amalan ini dapat membentuk sifat kasih sayang dan sikap ambil berat serta membuang sejauh-jauh sikap mementingkan diri sendiri dan hidup diibaratkan ‘ seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa ‘berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya’, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang teguh pada prinsip “cubit peha kiri, peha kanan terasa juga”. Jadi, melalui lawatan kita, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita dan secara tidak langsung, mereka dapat hidup dengan lebih selesa, aman dan tenang. Anak-anak turut mengambil berat tentang jiran yang ditimpa masalah sama seperti ibu bapa mereka. Jelasnya, ibu bapa boleh menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi dalam diri anak-anak untuk memupuk semangat kejiranan.

    Akhir sekali, ibu bapa bolehlah menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti Hari Keluarga. Setiap komuniti, sering mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk mengukuhkan hubungan dalam kalangan masyarakat setempat. Aktiviti kerap diadakan sama ada di padang, taman rekreasi atau di tepi pantai. Ibu bapa boleh membawa anak-anak bersama dan setiap ahli keluarga boleh menyertai permainan yang disediakan.  Selain itu, ibu bapa boleh mendedahkan kepada anak-anak tentang kepentingan hidup berpersatuan dalam masyarakat setempat yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk tempatan sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti  Pertubuhan Rukun Tetangga , Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rakan Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan kawasan tempat tinggal atau taman untuk mengelakkan berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti membunuh, merogol, merompak dan sebagainya. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu antara satu sama lain dalam kehidupan. Jelasnya, ibu bapa berperanan penting untuk menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial sebagai langkah untuk memupuk  semangat kejiranan.

    Berdasarkan perbincangan di atas, dapat saya simpulkan bahawa semangat kejiranan dalam setiap individu amat penting untuk melahirkan  masyarakat yang prihatin dan mmmembentuk perpaduan kaum.  Walau apa pun keadaan dan di mana-mana pun kita tinggal, kita perlulah mempunyai jiran yang baik hati, iaitu jiran yang menjadi tempat untuk memohon bantuan ketika kita dalam keadaan yang susah dan sentiasa menghulurkan bantuan dengan senang hati dan menghiburkan ketika kita senang. Jadi, untuk mempunyai jiran yang baik, maka kita perlu menjadikan diri kita sebagai jiran yang baik kepada jiran kita. Sekiranya kita berbaik-baik dengan jiran, maka jiran juga akan berbaik-baik dengan kita. Cogan kata “ Jiran Sepakat Membawa Berkat” perlu terus diamalkan dalam kehidupan kita sehari-hari. Jangan kita berasa susah dalam usaha mengamalkan budaya murni ini. Amalkan dengan hati yang ikhlas, barulah kita memperoleh keberkatan dalam kehidupan. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan kaum akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera. Allah berfirman yang maksudnya, “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu kenal-mengenali”.


    (Dimensi Keluarga)
    Setiap ahli keluarga memainkan peranan penting ke arah melahirkan gaya hidup sihat.  Jelaskan peranan ibu bapa dalam usaha memupuk amalan gaya hidup sihat.

    Amalan gaya hidup sihat adalah cara hidup yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung pada masa hadapan. Namun demikian, ribuan rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan, tidak aktif dan terlalu banyak menghisap rokok. Ribuan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak sihat sejak kecil lagi seperti menggemari makanan yang mengandungi kolesterol, tidak melakukan senaman dan makan secara berlebihan. Oleh itu, untuk mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti sakit jantung, obesiti, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya, rakyat Malaysia perlulah mengamalkan gaya hidup sihat. Secara umumnya, tanggungjawab ini sudah semestinya jatuh pada bahu ibu bapa yang melahirkan anak-anak serta menjaga mereka sejak kecil lagi. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dan keluarga untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak mereka?

    Peranan utama ibu bapa dalam memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak adalah dengan memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan yang seimbang mengikut piramid makanan. Pemakanan yang seimbang adalah pemakanan yang mengandungi ketujuh-tujuh kelas makanan dalam kadar yang bersesuaian iaitu karbohidrat, protein, vitamin, mineral, lemak, air serta serat. Ibu bapa perlulah sentiasa menghidangkan makanan yang berzat serta bernutrisi kepada anak-anak. Ibu bapa perlu merujuk kepada piramid makanan sebagai panduan untuk mendapatkan gizi seimbang. Anak-anak digalakkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang lebih kerana baik untuk  kesihatan mata, gusi, kulit serta mengekalkan kecergasan tubuh badan.   Jika tabiat yang baik ditanam dalam diri anak-anak, sudah pasti anak-anak akan tahu menjaga pemakanan mereka apabila dewasa kelak. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan memasak makanan untuk anak-anak dan mengelakkan  makan  di luar  rumah kerana makanan di luar, khususnya gerai-gerai makanan di sepanjang jalan, dibimbangi telah tercemar kerana mungkin terdedah kepada habuk dan asap kenderaan serta banyak mengandungi perisa makanan yang tidak baik untuk kesihatan.   Ibu bapa juga perlu mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat dan makanan ringan  oleh anak-anak kerana minuman sebegini tidak memberikan apa-apa kebaikan dan mengandungi kandungan gula yang berlebihan. Anak-anak perlulah diajar untuk minum air kosong atau jus buah-buahan yang asli. Jelasnya, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan seimbang dalam memupuk amalan gaya hidup sihat.

    Selain itu, ibu bapa juga boleh melakukan aktiviti bersenam dan beriadah bersama anak-anak. Perbuatan ini bukan sahaja akan menyihatkan badan, malah hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak akan menjadi lebih erat. Aktiviti bersenam mampu mengekalkan gaya hidup sihat kerana peluh-peluh yang keluar sewaktu melakukan senaman akan keluar bersama-sama toksin badan. Kesannya, anak-anak mampu membina tahap imunisasi yang tinggi terhadap serangan penyakit. Aktiviti senaman perlulah dilakukan sekurang-kurannya 30 minit sehari dan tiga kali seminggu.  Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah senam robik, berjoging, berbasikal, berenang serta mendaki bukit. Disebabkan ramai golongan ibu bapa yang bekerja, senaman ini boleh dilakukan pada awal pagi ataupun pada waktu petang selepas ibu bapa pulang dari kerja. Apabila seseorang itu bersenam dan beriadah, mereka dapat meningkatkan kesihatan diri dari aspek fizikal dan mental bak kata pepatah, badan cergas otak cerdas. Anak-anak yang mengamalkan senaman dan beriadah, akan lebih sihat dan dapat memberikan tumpuan terhadap pelajaran di kelas semasa guru sedang mengajar dan semasa mengulang kaji pelajaran. Menurut kajian, murid-murid yang tidak gemar bersukan dan beriadah lebih cenderung untuk berkelakuan pasif di dalam kelas selain suka berkhayal dan mengantuk ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.  Tegasnya, ibu bapa perlulah melakukan aktiviti senaman dan riadah bersama anak-anak supaya amalan gaya hidup sihat dapat dipupuk bagi melahirkan otak yang cerdas dan badan yang cergas.

    Di samping itu, ibu bapa juga perlulah membawa anak-anak membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk memupuk amalan gaya hidup sihat. Ibu bapa digalakkan untuk membawa anak-anak menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali ataupun dua kali setahun di hospital atau klinik kesihatan yang berhampiran.  Pemeriksaan ini meliputi tekanan darah, paras gula dalam darah dan tahap kolesterol. Tujuan pemeriksaan dibuat agar ibu bapa dapat memastikan tahap kesihatan anak-anak berada dalam keadaan sihat dan baik. Pemeriksaan kesihatan adalah penting kerana mampu  mengesan sesuatu penyakit ketika masih di peringkat awal dan memudahkan pesakit menjalani rawatan dengan teknologi moden kini. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Jika ibu bapa mendapati anak-anak mereka tidak sihat, ibu bapa perlulah segera membawa anak-anak berjumpa dengan doktor  untuk mendapatkan rawatan dan  ubat serta pengesahan tentang penyakit yang dihidapi. Hal ini penting bagi membantu ibu bapa mengawal penyakit yang dihidapi anaknya daripada menjadi lebih serius dan kronik, bak kata pepatah cegah sebelum parah. Seterusnya, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mematuhi nasihat doktor dan mengambil ubat pada masa yang ditetapkan. Jelasnya, pemeriksaan kesihatan secara berkala oleh anak-anak akan memupuk amalan gaya hidup sihat.

    Ibu bapa juga perlu mengajar dan melatih anak-anak mereka  mengutamakan kebersihan diri dan kebersihan persekitaran tempat tinggal pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, anak-anak diajar agar mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak dihinggapi  lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa ibu bapa dalam menitik beratkan aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus dilentur sejak dari rebung dalam diri anak-anak  agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat apabila mereka dewasa kelak. Pada masa yang sama,  selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, ibu bapa  juga perlu mendidik  ahli keluarga mereka agar menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, ibu bapa menggalakkan anak-anak mengadakan gotong-royong di rumah setiap hujung minggu untuk membersihkan kawasan rumah bersama ahli keluarga. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak menyertai kegiatan gotong royong di taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, ibu bapa dapat melatih gaya hidup yang positif dalam diri anak-anak mereka  sekaligus akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit.

    Tambahan pula, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam diri anak-anak, ibu bapa perlulah membawa mereka menziarahi orang sakit sama ada saudara-mara, jiran tetangga ataupun rakan-rakan. Hari ini kita sihat, tetapi bagaimana pula dengan hari esok? Jika ibu bapa sering melawat orang yang sedang sakit, nescaya anak-anak mereka juga akan berbuat demikian kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Anak-anak tidak seharusnya merasakan bahawa perbuatan sebegini hanya membuang masa dan merugikan diri kerana ianya sesuatu amalan yang mulia. Apabila kita menziarahi ornag yang sakit, secara tidak langsung kehadiran kita dapat melahirkan perasaan gembira kepada pesakit dan memberi kekuatan kepada diri pesakit  itu untuk melawan kesakitan yang ditanggungnya. Perbuatan menziarahi orang yang sakit akan sedikit sebanyak melahirkan rasa simpati terhadap nasib orang lain dan pada masa yang sama anak-anak akan bersyukur atas kurniaan  badan yang sihat. Kehadiran kita menunjukkan bahawa kita, khususnya anak-anak, mengambil berat tentang diri pesakit dan dapat mengurangkan perasaan sedih pesakit walaupun pepatah menyatakan bahawa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tegasnya, amalan menziarahi orang yang sakit oleh ibu bapa dan anak-anak mampu menanamkan amalan gaya hidup yang sihat.

    Akhir sekali, bagi menjalani amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan agar anak-anak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya. Tubuh badan anak-anak juga perlu direhatkan dengan kadar yang diperlukan untuk mengecas semula organ-organ dalam badan mereka. Anak-anak yang mendapat tidur yang secukupnya berupaya menambah tenaga untuk bergiat aktif ketika di sekolah. Bagi anak-anak yang telah mencapai usia remaja, mereka memerlukan sekurang-kurangnya lapan jam sehari untuk tidur dengan selesa. Nik Nor Madihah, pelajar cemerlang SPM 2008, menyarankan agar semua pelajar tidur secukupnya. Namun, ramai dalam kalangan anak muda pada masa ini yang lebih suka tidur selepas tengah malam walaupun keesokannya merupakan hari persekolahan. Kesannya, mereka tidak akan berasa cergas dan badan akan lesu dan tidak bermaya. Malahan, pelajaran anak-anak juga terganggu dan lama-kelamaan prestasi mereka dalam peperiksaan semakin merosot. Salah satu langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa adalah menetapkan satu masa yang spesifik untuk anak-anak masuk tidur dan mestilah dipatuhi dengan sepenuhnya. Tegasnya, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapat rehat yang secukupnya.

    Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang besar untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak.. Amalan ini adalah penting untuk dilaksanakan agar kesihatan rakyat dalam negara ini sentiasa dalam keadaan yang baik. Oleh itu, langkah-langkah di atas perlulah diamalkan oleh anak-anak yang menjadi pemimpin generasi akan datang bak kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Semua rakyat Malaysia haruslah mengamalkan gaya hidup sihat supaya penyakit seperti kencing manis, obesiti, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya dapat dikurangkan dalam jangka masa yang panjang ini. Jelasnya, jika hal-hal yang dinyatakan di atas itu kita laksanakan, sudah pasti kita memiliki ciri-ciri manusia yang berjaya bak kata pepatah hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

    (KARANGAN DIMENSI KELUARGA)
    Remaja kini banyak menghabiskan masa dengan melayari Internet yang 
    memberikan pelbagai kesan kepada mereka.
    Huraikan peranan ibu bapa untuk mengawal penggunaan Internet dalam kalangan 
    anak-anak.

    Anak kecil main api,
                Terbakar hatinya yang sepi
                             Air mata darah bercampur keringat,
           Bumi dipijak milik orang.

              Lirik lagu Warisan di atas mengenai nasib anak bangsa pada masa akan datang sekiranya kita membiarkan sahaja minda kita dijajah oleh anasir luar. Umumnya mengetahui bahawa penjajahan minda lebih berbahaya daripada penjajahan secara fizikal kerana penjajahan minda ini bersifat halus dan sukar untuk dikesan berbanding dengan penjajahan Internet. Melalui Internet, penjajahan minda ini lebih  halus dan  mudah disebarkan kerana generasi muda hari ini terlalu leka dengan Internet sehingga terikut-ikut akan budaya kuning serta hedonisme yang dibawa oleh anasir luar. Dakyah hendonisme amat dasyat sehingga remaja merupakan benteng pertahanan negara dikongkong dan kehidupan mereka lebih mengutamakan hiburan dan keseronokan sehinggakan tanggungjawab mereka sebagai pelajar hapus daripada minda. Sebelum nasi menjadi bubur, ibu bapa orang yang paling hampir dengan remaja perlu mengawasi anak-anak mereka agar budaya kuning serta hendonisme ini tidak menjadi ikutan anak-anak. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa untuk mengawal penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak?

              Antara peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa ialah ibu bapa perlulah memberi didikan agama yang mantap kepada anak-anak sebagai pendinding kepada anak-anak agar terelak daripada dakyah songsang Barat. Internet bukanlah sesuatu yang mudah dikawal “programming”nya. Oleh sebab itu, banyak laman-laman web yang mengandungi unsur-unsur negatif seperti budaya Black Metal, Skin Head dan pornografi tersebar dengan begitu pantas di Internet. Melalui didikan agama yang mantap sahaja, anak-anak dapat membezakan yang mana perbuatan yang keji dan yang mana perbuatan yang mulia. Sabda Rasulullah SAW ‘akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu’. Sekiranya anak-anak melayari laman-laman web yang berunsur negatif sudah pasti  pasti merosakkan minda mereka dan menyebabkan mereka lalai untuk menyelesaikan tuntutan agama yang wajib mereka tunaikan seperti sembahyang lima waktu sehari semalam serta menjalankan tanggungjawab belajar kerana hanya dengan pendidikan mereka mampu mengubah status ekonomi keluarga. Oleh itu, jelaslah bahawa memberikan didikan agama yang mantap kepada anak-anak adalah penting bagi mengurangkan masalah penyalahgunaan Internet.

    Selain daripada memberikan didikan agama yang mantap kepada anak-anak, ibu bapa juga perlu mengehadkan masa penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak. Memang tidak dinafikan bahawa Internet mempunyai pelbagai kebaikan tetapi ibu bapa perlulah sedar bahawa Internet juga boleh mendatangkan  pelbagai keburukan kepada anak-anak. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, mereka mestilah menetapkan masa penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa hanya membenarkan anak-anaknya menggunakan Internet  pada waktu-waktu tertentu terutama jika mereka ingin mencari bahan ilmiah ataupun untuk menghilangkan stres. Hal ini secara tidak langsung akan mengajar anak-anak agar menggunakan masa dengan baik di samping bijak menggunakan Internet. Sekiranya anak bebas menggunakan internet setiap masa, impaknya Internet mungkin akan melalaikan anak-anak. Jadi, tegaslah bahawa ibu bapa perlu mengehadkan masa penggunaan Internet oleh anak-anak agar anak-anak lebih berdisiplin ketika menggunakan Internet.

              Seterusnya, ibu bapa haruslah memberikan pendedahan tentang Internet kepada anak-anak. Pendedahan berkaitan Internet ini adalah penting supaya anak-anak mengetahui kebaikan dan keburukan Internet sewaktu akhlak mereka masih boleh dibentuk seperti kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini akan menyebabkan mereka akan lebih berhati-hati dalam menggunakan aplikasi-aplikasi yang melibatkan penggunaan Internet. Ibu bapa perlulah menunjukkan sikap yang positif ketika menggunakan Internet di hadapan anak-anak dan mengajar mereka tentang cara penggunaan Internet yang betul. Hal ini kerana tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati. Cuba bayangkan sekiranya anak-anak tidak diberikan pendedahan tentang Internet daripada kecil. Mungkin apabila dewasa kelak mereka akan terikut-ikut budaya-budaya yang tidak bermoral yang telah dipelajarinya daripada Internet. Natijahnya, pendedahan tentang Internet daripada ibu bapa kepada anak-anak akan dapat membantu untuk mengurangkan masalah penyalahgunaan Internet.

              Di samping itu, sebagai ibu bapa yang menyayangi anak-anak, mereka perlulah mendekatkan diri anak-anak semasa mereka aktiviti pembelajaran menggunakan internet. Pada masa kini, pembelajaran menjadi lebih mudah dengan adanya Internet. Pelbagai laman sesawang telah diwujudkan bagi kemudah pembelajaran. Sekiranya anak-anak kerap menggunakan Internet untuk menuntut ilmu, ibu bapa perlulah menyokong tindakan anaknya itu. Ibu bapa tidak perlu risau sekiranya anak-anak tidak menggunakan buku untuk belajar malah mereka harus berbangga kerana anak-anak mereka merupakan generasi yang pintar dalam menggunakan Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi. Tambahan pula, sebagai ibu bapa yang tahu penggunaan internet, mereka tidak perlu risau kerana mereka boleh mengesan aktiviti Internet anak-anak dengan memantau bahagian “history” atau sejarah penggunaan enjin carian sama ada Google, Al-Tavista, Monzila Firefox, Yahoo atau MSN. Hanya dengan cara ini ibu bapa akan tahu sama ada anak-anak mereka menggunakan Internet untuk tujuan kebaikan atau sebaliknya Jadi, sebagai ibu bapa, mereka haruslah menyokong tindakan anak-anak dalam proses meningkatkan IQ melalui penggunaan Internet dalam masa yang sama ibu bapa juga boleh memantau dan terlibat sama semasa aktiviti Internet anak-anak.

              Akhir sekali, ibu bapa mestilah memantau anak-anak semasa menggunakan kemudahan Internet. Janganlah terlalu mempercayai anak-anak kerana sikap tersebut akan membawa masalah kepada ibu bapa pada masa akan datang. Hal ini boleh dilihat dalam filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang berjudul ‘Anakku Sazali’ yang berkisahkan seorang bapa yang terlalu mempercayai anaknya sehingga anaknya sanggup menipu dirinya. Pemantauan terhadap penggunaan Internet oleh anak-anak mungkin sukar dilakukan kerana pada masa kini anak-anak telah mempunyai gajet peribadi seperti telefon pintar dan komputer riba. Namun, sebagai ibu bapa berminda kelas pertama dan arif berkaitan kemahiran Internet dan bertanggungjawab, mereka mampu mengesan penyalahgunaan Internet  dalam kalangan  anak-anak dengan memantau aktiviti penggunaan Internet. Sebagaimana saya perkatakan sebelumnya iaitu ibu bapa boleh melihat aktiviti internet anak-anak pada bahagian “history” atau sejarah enjin carian Internet, bukan sahaja dalam masa sehari, malah sepanjang masa. Tegasnya, ibu bapa mestilah memantau anak-anak semasa menggunakan kemudahan Internet untuk kebaikan anak-anak, keluarga dan bangsa.

              Akhir kata, dapatlah disimpulkan bahawa peranan ibu bapa dalam mengawal penggunaan Internet amatlah penting. Selain daripada ibu bapa dapat mengelakkan anak-anak daripada penjajahan minda, ibu bapa juga dapat melahirkan anak-anak yang celik dalam penggunaan Internet. Dengan adanya generasi yang bijak dalam penggunaan Internet, sudah pasti negara kita akan bertambah maju setanding dengan negara-negara lain. Oleh itu, ibu bapa haruslah melaksanakan tanggungjawab dan peranan bagi melahirkan individu yang bijak, berakhlak serta dapat memajukan bangsa, agama dan negara. Sebelum saya mengakhiri penulisan ini, nasihat saya kepada ibu bapa yang bijak dan mahir dalam penggunaan Internet, kebijaksanaan ibu bapa dalam aplkikasi Internet mempunyai banyak kelebihan,  ibarat anak seorang pelari pecut sedang berada di garisan penamat dengan larian 50 km dan ibu bapa perlu berlari lebih laju daripada pecutan anak mungkin 80 km. Barulah anak akan tahu kehebatan seorang ayah kerana ayah borek anak rintik dan ayah suri teladan bagi seorang anak.



    DOAKAN SAYA SIHAT DAN MAMPU UNTUK MELIHAT KEJAYAAN ANDA DALAM PEPERIKSAAN SPM 2018. NAMUN, SAYA BUKAN INSAN SEMPURNA DAN MANA YANG TIDAK SEMPURNA SAYA HARAP ANDA SEMPURNAKANLAH.
    SEKADAR INI YANG SAYA MAMPU MEMBANTU. SEKALI LAGI SAYA MEMOHON SEMUA PELAYAR BLOG LAMAN BAHASA MELAYU SPM INI, SAUDARA MARA, RAKAN TAULAN, KENALAN SAYA MENDOAKAN SAYA SIHAT DARIPADA KANSER USUS SAYA HADAPI KINI. AAMIIIIIIIN.

    Tiada ulasan: